Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN

PROGRAM RIMUP IFTAR RAMADHAN SABKL 2023/24

Assalamualaikum, salam Ramdhan dan salam Malaysia Madani.

Alhamdulillah, segala pujian dan syukur saya rafak ke hadrat Allah S.W.T yang telah
menganugerahi kita bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang penuh keberkatan dan gandaan
pahala melebihi seribu bulan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W dan keluarga serta para sahabat Baginda yang mulia. Marilah kita panjatkan kesyukuran
ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, diizinkan kita berhimpun
di sini untuk sama-sama memeriahkan Program Iftar Ramadhan 1444 Hijrah bagi Tahun 2023.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang dan mengalu-
alukan kehadiran Datuk/tuan/puan ke majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Islam
dengan Kerjasama Kelab Interact dan Asrama Puteri SMK Aminuddin Baki. Bahkan pada
malam ini, pihak sekolah juga akan mengagihkan sumbangan kepada anak-anak yatim daripada
_____________________. Sumbangan ini adalah usaha daripada Kelab Interact SABKL.
Terima kasih diucapkan kepada semua kerana sudi meluangkan masa untuk berbuka puasa
bersama-sama dengan pihak sekolah pada hari ke dua puluh dua (22) kita berpuasa pada hari
ini.

Untuk pengetahuan semua, program ini dirancang dan disusun bagi menyahut seruan
Rasulullah mengenai keutamaan memberi makan orang yang sedang berpuasa untuk berbuka
dan beramal sedekah bagi mereka yang ingin berbuat demikian seperti yang diriwayatkan Dari
Salmah bin 'Amir R.A Dari nabi SAW Bersabda Apabila salah seorang diantara kamu berbuka
puasa, maka berbukalah dengan kurma, jika tidak ada maka berbukalah dengan air, karena
sesungguhnya air itu dapat membersihkan. [H.R Abu Daud (2355) dan trimidzi (695)]

Hadirin yang dihormati sekalian,


Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada ahli Jawatankuasa Program Ihya
Ramadhan pada tahun ini yang dapat mengaturkan program demi menyemarakkan ibadat
dalam bulan Ramadhan setelah hampir 3 tahun kita tidak mengadakan majlis berbuka puasa
seperti hari ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah atas kesungguhan AJK Kelab Interact
dalam mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim dan pelajar asnaf
SMK Aminuddin Baki. Sesungguhnya, bulan Ramadhan telah menjadikan ramai umatnya
menjadi lembut dan mudah untuk membuat pelbagai kebajikan. Semoga anak-anak yatim dan
pelajar asnaf lebih gembira semasa menyambut Aidilfitri nanti.

Ramadhan merupakan Madrasah pendidikan jiwa, puasa melembutkan hati dan jiwa
manusia, puasa menyihatkan diri, memberikan keinsafan kepada manusia bahawa ada ramai
insan yang tidak dapat menikmati makanan kerana kedhaifan dan kemiskinanmya. Perasaan
mereka yang tidak mempunyai makanan serta kemewahan hidup dapat dirasai oleh mereka
yang berpuasa. Hal ini bersesuaian dengan objektif program pada hari ini iaitu mewujudkan
generasi murid yang tekun melaksanakan rukun Islam ketiga Puasa di bulan Ramadhan,
melahirkan rasa cinta kepada perkara fardhu Ain dan fardhu Kifayah dalam kalangan generasi
murid dan guru serta meningkatkan tahap kemahiran murid dalam ibadah solat puasa membaca
Al-Quran dan ibadah sunat yang lain.

Warga dewan yang dihormati sekalian,


Saya tidak bercadang mengambil masa yang lama untuk berucap pada petang ini.
Justeru, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudi
meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan majlis pada petang ini dan tahniah juga
diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus untuk menjayakan Majlis Iftar
Ramadhan pada petang ini.

Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualakum Warahmatullah Wabarakutuh.

Anda mungkin juga menyukai