Anda di halaman 1dari 3

Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati ENCIK PANDAK HJ AHMAD,KETUA KG SG MELAYU Yang Berbahagia ENCIK KAMARUDIN HJ AHMAD,YDP PIBG,yang disanjungi

ENCIK ABD AZIZ BIN MAHMUD , tuan2 dan puan2 sekalian. Sirih junjung penyeri majlis, majlis kelab staf kita raikan, selamat datang tamu ke majlis, majlis makan malam kita sajikan. Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Majlis Jamuan makan malam kelab staf SKSM 2011. Hadirin dan hadirat sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan di dalam majlis yang indah ini. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis ini diraikan sempena jamuan akhir tahun kelab staf SKSM 2011 Hadirin sekalian, majlis dengan ini mempersilakan Yang berbahagia ENCIK ABD AZIZ BIN MAHMUD untuk memberi ucapan alu-aluan.majlis dengan ini mempersilakan.

terima kasih.............atas ucapan aluan tadi. Seterusnya majlis mempersilakan pengerusi kelab staf 2011 untuk menyampaikan sepatah dua kata.majlis mempersilakan Sebelum memulakan majlis makan malam ini, dijemput. ENCIK ROSMADI untuk membacakan doa.dipersilakan. Bertamu rai sandakan, gendang gendut tali kecapi, sambil menonton kita makan, pelbagai penyampaian akan diserikan. Sambil menikmati hidangan, beberapa penyampaian dan cabutan bertuah akan diadakan khas untuk meraikan para hadirin sebagai tanda penghargaan atas penat lelah selama setahun ini.dengan ini majlis menjemput.............untuk penyampaian cenderahati kelab. dipersilakan Para hadirin sekalian, sebentar tadi kita telah menyaksikan penyampaian cenderahati kelab , kita serikan lagi majlis ini dengan acara cabutan bertuah.majlis

mempersilakan ...................... untuk membuat cabutan dan menyampaikan hadiah. Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya penyampaian cenderahati dan cabutan bertuah itu tadi, maka sampai di sinilah sahaja majlis pada malam ini. kita akan tangguhkan majlis ini dan berharap berjumpa pada masa akan datang. kalau ada sumur di ladang, bolehlah kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita berjumpa lagi. segala kesilapan dan kekurangan daripada pihak penganjur harap dimaafkan. sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai