Anda di halaman 1dari 8

SKRIP SEMINAR PROFESIONALISME KAUNSELOR

PERKARA TINDAKAN

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera


Salam ABC 2.0 Ambil Peduli, Bina Hubungan, Cipta
Kejayaan. Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani

Selamat Datang kepada semua ke Seminar Pemerkasaan


Profesionalisme Kaunselor Peringkat Negeri Sembilan 2023

Untuk makluman hadirin sekalian, bulan oktober adalah


bulan kaunseling. Tema sambutan bulan kaunseling kita
adalah ’Psikologi Peneraju Organisasi Sejahtera’

Bagi memberkati majlis kita, majlis menjemput En Ahmad


Wahid Kaunselor Pendidikan Daerah Rembau untuk
membacakan doa

(bacaan doa)

Amin, amin ya rabbalalamin. Semoga urusan kita dua hari


ini dapat dijalankan dengan lebih lancar.

Yang dihormati
Pn Nora Azlina binti Othman
Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri
Sektor Psikologi dan Kaunseling
Jabatab Pendidikan Negeri Sembilan

Barisan kaunselor pendidikan negeri dan daerah


Guru-guru kaunseling serta hadirin sekalian

Hadirin yang dihormati,


Tanpa membuang masa, kita mulakan majlis pada hari ini
dengan SLOT 1 yang akan disampaikan oleh Pn Sri Rahayu.
Mungkin ada dalam kalangan kita yang sudah lama
mengenali Pn Sri Rahayu.
Dengan ini, majlis mempersilakan Pn Sri Rahayu
Untuk berkongsi tentang teknik relaksasi
Dengan ini, majlis mempersilakan
( slot I NARAZ)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada.................


Atas perkongsian sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Sebelum kita meneruskan untuk SLOT yang ke 2, izinkan


saya untuk membacakan latar belakang penceramah kita.

(latar belakang penceramah)

Sidang hadirin yang dihormati,


marilah sama-sama kita berikan tumpuan untuk APLIKASI
TERAPI KOGNITIF TINGKAHLAKU (CBT) DALAM SESI
KAUNSELING

Untuk itu, dengan segala hormatnya dijemput dan


dipersilakan Yang Berusaha Professor Dr. Huzili Hussin,
Universiti Malaysia Perlis untuk meneruskan acara.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan


(SLOT 2)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas perkongsian


daripada Yg Berusaha Professor Dr. Huzili Hussin sebentar
tadi.

Sebagai menghargai kesudian Yg Berusaha Prof hadir ke


UCSI untuk berkongsi ilmu, majlis menjemput Pn Nora
Azlina binti Othman Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri
untuk menyampaikan sijil penghargaan. Dengan ini, majlis
mempersilakan.

Sidang hadirin yang dihormati,

Seterusnya izinkan saya untuk memperkenalkan


penceramah untuk SLOT 3.

(perkenalkan penceramah)

Dengan ini, majlis mempersilakan Pn Emelia binti Man dari


Persatuan Penyalahgunaan Dadah Malaysia (MADAC) untuk
berkongsi dengan tajuk Intervensi Kaunseling Dalam
Pencegahan Di Organisasi.
(ceramah 3)

Alhamdulillah, selesai perkongsian untuk SLOT 3.


Sebagai tanda terima kasih, majlis menjemput Pn Nora
Azlina untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada Pn
Emilia binti Man atas kesudian berkongsi ilmu bersama kita
pada hari ini. Dipersilakan .

Majlis akan rehat untuk makan tengahari dan pengurusan


diri. Dijemput Pn Nora untuk mengiringi penceramah untuk
jamuan makan tengahari. Hadirin diminta untuk berada di
sini pada jam 2.30 ptg.

Majlis diteruskan lagi dengan SLOT 4 yang akan


disapmpaikan oleh Pn Shammila Aruchunan dari Sektor
Intergriti, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Tanpa membuang masa, majlis menjemput Pn Shammila


yang untuk slot 4 yang bertajuk Tatacara & Tindakan Guru
Bimbingan dan Kaunseling Dalam Menguruskan Isu
Gangguan Seksual. Dipersilakan.

(slot4 )

Alhamdulillah selesai sudah untuk slot 4. Diharap


perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan guru
bimbingan dan kaunseling di sekolah dalam menguruskan
isu gangguan seksual yang dihadapi oleh murid-murid kita.

Sebagai menghargai kesudian pihak Intergriti bersama


dengan kita pada hari ini, majlis menjemput Pn Nora Azlina
binti Othman untuk menyampaikan sijil penghargaan
kepada penceramah kita pada petang ini. Dengan ini majlis
mempersilakan

Majlis diteruskan lagi dengan SLOT 5 yang akan disampaikan


oleh Pn Noorhayati dari Bank Islam.

Seringkali kita baca ada banyak kes yang berkaitan dengan


scammer. Dan saya percaya juga ada dalam kalangan kita
hampir terjerat oleh scammer. Untuk meneruskan majlis
kita pada petang ini, dijemput Pn Azizah binti Ahmad dari
Bank Islam untuk membicarakan mengenai Scam alert
‘Harapan vs Harap’. Dipersilakan

(slot 5 )

Majlis menguucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Azizah


atas perkongsian sebentar tadi. Diharap perkongsian ini
dapat menjadikan diri kita lebih berhati-hati dan semoga
kita dapat berkongsin ilmu itu tadi bersama-sama dengan
rakan-rakan guru.

Hadirin yang dihormati,


Majlis kita akan ditangguhkan dan kita akan bertemu
semula pada esok tepat jam 8.00 pagi. Sebelum kita
bersurai, marilah kita bersama-sama mengambil gambar
untuk rakaman memori pada hari ini.
SKRIP JURUACARA MAJLIS PENUTUP DAN PELANCARAN AMALAN BAIK

PERKARA TINDAKAN

Hadirin yang dihormati,

Majlis kita akan bermula sebentar lagi. Mohon untuk


hadirin memastikan telefon anda diletakkan dalam mode
senyap. Terima kasih.

Mengumukan ketibaan Pn Maheran binti Alias, Timbalan


Setiuasaha Bahagian, Bahagian Psikologi dan Kaunseling
KPM . Mohon hadirin untuk berdiri.

(terus berdiri untuk menyanyikan lagu negaraku)


(lagu negaraku)

Hadirin dipersilakan duduk

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera


Salam ABC 2.0 Ambil Peduli, Bina Hubungan, Cipta
Kejayaan. Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani

Selamat Datang kepada semua ke Pelancaran Bulan


Kaunseling dan Amalan Baik Warga Pendidikan Negeri
Sembilan ’Amalan Senyum’

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara.

Nuri berkicau di hujung pekan


Membuat sarang di tanah rendah
Kehadiran Tuan kami alu-alukan
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan
Yang Berusaha
Pn Maheran binti Alias,
Timbalan Setiausaha Bahagian
Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang Dihormati,
En. Putra bin Hashim
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Pn. Nora Azina binti Othman


Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri Sembilan
Sektor Psikologi & Kaunseling, JPN Negeri Sembilan

Yang dihormati
Prof. Ir. Dr. Jimmy Mok Vee Hoong
Naib Canselor UCSI Universiti (Kampus Seremban-Port
Dickson)

Tn. Hj. Kamanizam bin Hj. Tindek


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson

En. Azril bin Razali


Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Negeri Sembilan

Rakan Strategik

Bank Islam Malaysia Berhad

Rakan-rakan kaunselor, guru-guru bimbingan dan


kaunseling, AKRAB seterusnya para peserta seminar yang
dihormati sekalian.

Untuk memeberkati majlis kita pada petang ini majlis


menjemput En Ahmad Wahid, Kaunselor Pendidikan Daerah
Rembau untuk membacakan doa.

(bacaan doa)

Majlis mengucapakan jutaan terima kasih kepada en Ahmad


Wahid atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita
pada petang ini akan berjalan dengan lebih lancar.

Pergi ke kota beli selasih


Sayang si dara buat halwa
Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa

Dengan ini, majlis menjemput Pn Nora Azlina binti Othman


Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan
Negeri Sembilan untuk menyampaikan ucapan. Dengan ini,
majlis mempersilakan.

(ucapan)

Majlis mengucapakan jutaan terima kasih kepada Pn Nora


Azlina atas ucapan itu sebentar tadi.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian penutupan:


Pelancaran Bulan Kaunseling dan amalan baik warga
pendidikan negeri sembilan ‘amalan senyum’

Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn


Maheran binti Alias, Timbalan Setiausaha Bahagian,
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyempurnakan
majlis, dipersilakan.

(ucapan perasmian penutup)

Majlis mengucapakan jutaan terima kasih kepada Pn


Maheran binti Alias atas kesudian menyempurnakan majlis
pada petang ini.
Bagi menghargai rakan-rakan strategik dalam menjayakan
seminar ini, dengan ini majlis menjemput Pn Maheran binti
Alias dengan diringi Pn Nora Azlina untuk menyampaikan
cenderamata kepada rakan strategik yang terlibat dalam
menjayakan seminar dua hari ini.

- Majlis Guru Kaunseling Negeri Sembilan (MGKNS)


(en Mohd Azril, YDP MGK NS)
- UCSI University, Kampus Seremban-Port Dickson
(Prof Ir. Jimmy Mok Vee Hong)
- Persatuan Kaunselor Penyalahgunaan Dadah
(MADAC)
- Bank Islam
- I Naraz Spa

Alhamdulillah, dengan ini berakhirlah seminar pemerkasaan


profesionalisma kaunselor kita untuk 2023. Saya mewakili
jawatankuasa seminar dan sektor psikologi kaunseling
jabatan pendidikan negeri sembilan menyusun sepuluh jari
atas kekurangan sepanjang seminar ini berlansung. Sebelum
kita bersurai, dijemput semua untuk bergambar sebagai
rakaman memori seminar kita.

Anda mungkin juga menyukai