Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS PENETAPAN TARGET DAN MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2019/2020

TEMPAT : KANTIN
MASA : 8.00PAGI

Teks Catatan

MOTIVASI KEIBU BAPAAN


Bismillahhirohmanirohim…
Assalamualaikum wbt selamat sejahtera

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha
En. Baharuddin Bin Hashim
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa,

Tuan Haji Zulkefli b Mohamad


Penolong kanan Pentadbiran

Pn Hajah Hafizah binti Haron


Penolong kanan Hal Ehwal Murid

En. Anuar Affandi b Mat Saad


Penolong kanan Kokurikulum

Yang dikasihi
Barisan guru warga pendidik SMK Permatang Rawa

Dan yang amat dialu alukan


Ibu Bapa dan penjaga anak-anak permata Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang
Rawa

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan izinnya dapat kita berkumpul
pada pagi yang penuh barakah ini untuk sama-sama kita berada dalam majlis ilmu iaitu

Motivasi Keibu bapaan. Memetik kata-kata Saiditina Ali b Abi Talib Ilmu itu lebih
baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu

1
itu penghukum dan harta itu terhukum. Harta itu kurang apabila
dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

Kami bagi pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa
dan penjaga yang memberi keutamaan masa untuk hadir di majlis ini
dengan harapan kita turut serta merencanakan kecemerlangan anak-anak
yang tercinta.

Para hadirin sekalian,


Sebagai pembuka tirai acara, majlis menjemput Al Fadhil Ustaz Fatim
Nor Muhammad bin Nordin untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan

Amin...amin...amin...ya Rabbal alamin...


Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Fatim Nor Muhammad bin Nordin
atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi . Semoga Yang Maha Esa memberkati dan
merahmati majlis ilmu kita pada pagi ini.

Untuk makluman para hadirin sekalian,


Majlis akan dimulakan dengan Ceramah Motivasi keibubapaan yang akan disampaikan
oleh En Faizel b Ali, ____________________________.
Sebelum itu, izinkan saya untuk membaca sedikit latar belakang penceramh kita pada pagi
ini..
*MAKLUMAT DIRI*
Mohamad Faizel Bin Ali
(850209085553)
Ketua Unit
Psikologi & Kaunseling
Ins.Pendidikan.Guru Kampus Pulau Pinang

*AKADEMIK*
- Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan & Kaunseling, UPSI
- Diploma Psikologi Manusia, UPM
- Sarjana Kaunseling, Universiti Sains Malaysia.
- Doktor Falsafah (dalam pengajian)

*PENGALAMAN*
- Penceramah Motivasi dan Pembina Modul selama 12 tahun.
- Jurulatih Anti Dadah
- Pembina Modul Kepimpinan IPGM, KPM

2
- Pembina Modul TOT Fasilitator
- Jurulatih Tauliah Art Terapi Tahap 1& 2
- Wakili Malaysia Dalam Program Young Asia Leader di Jepun

Dengan ini majlis dengan sukacitanya menjemput En Faizel b Ali


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Faizel b Ali atas perkongsian ilmu
itu tadi.

MESYUARAT AGUNG PIBG


Bismillahhirohmanirohim…
Assalamualaikum wbt selamat sejahtera

Bunga gantang di jeti Peramu,


Indah warnanya bagaikan bara;
Selamat datang para tetamu,
Dengan izin dimulakan acara.

Mawar di taman mekar nan indah,


Harum mewangi di rumpun serai;
3
Terukir senyuman pembuka kalimah,
Selamat datang tuan dirai.

Yang Berbahagia
Puan Shuhada Binti Abdul Rahman
Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai Tengah Pulau Pinang.

Yang berbahagia,
En Suxkaria b Hasaruddin
Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa

Yang Berusaha
En. Baharuddin Bin Hashim
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa,

Tuan Haji Zulkefli b Mohamad


Penolong kanan Pentadbiran

Pn Hajah Hafizah binti Haron


Penolong kanan Hal Ehwal Murid

En. Anuar Affandi b Mat Saad


Penolong kanan Kokurikulum

Yang dikasihi
Barisan guru warga pendidik SMK Permatang Rawa, ahli jawatankuasa PIBG dan para ibu
bapa, waris dan penjaga anak anak SMK Permatang Rawa sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama mengucapkan rasa syukur yang


tidak terhingga kepada Allah Subhanahuwataala, kerana dengan limpah
kurnia-Nya, telah mengizinkan kita, untuk bersama-sama berada dalam
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 28 Sesi 2019/2020.

Majlis juga mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan
Shuhada bt Abdul Rahim, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai Tengah, Pulau
Pinang dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Permatang Rawa bagi tahun 2020 atas
kesudian beliau meluangkan masa untuk turut bersama-sama pada pagi ini.

4
Hadirin yang dihormati sekalian,

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Rozee bin Abdul Razak
, dipersilakan

Amin...amin...amin...ya Rabbal alamin...


Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Mohd Rozee bin Abdul Razak atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi . Semoga Yang Maha Esa memberkati dan merahmati
majlis ilmu kita pada pagi ini.

Seterusnya, marilah kita sama-sama mendengar dan menghayati bacaan ayat-ayat Al-
Quran, Surah Ali Imran, Ayat 156 hingga Ayat 160.

Dengan ini dijemput Saudara Mohamad Muhsin bin Mohd Jalani dari kelas
5 Tassawuf.
Terima kasih Saudara Mohamad Muhsin bin Mohd Jalani atas bacaan ayat-ayat suci itu
sebentar tadi. Untuk makluman semua ayat yang dibacakan sebentar tadi adalah berkaitan
dengan orang-orang munafik, jihad, bermesyuarat dan bertawakkal kepada Allah.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Majlis dengan penuh takzimnya menjemput En Baharuddin bin Hashim
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan.

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh Tuan
Pengetua sebentar tadi
Seterusnya, majlis menjemput En. Suxkaria b Hasaruddin, Yang Dipertua Persatuan Ibu
bapa dan Guru, SMK Permatang Rawa, untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh En
Suxkaria b Hasaruddin sebentar tadi.

Bukan rumput sebarang rumput


Rmput berseni bagai hiasan
Bukan jemput sebarang jemput

5
Jemput memberi kata ucapan

Kalau tuan pikat kenari


Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan hormat diberi
Mohon rasmikan majlis kami

Majlis seterusnya dengan rasa berbesar hati menjemput Yang Berbahagia


Puan Shuhada Binti Abdul Rahman
Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai Tengah Pulau Pinang.
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG
SMK Permatang Rawa Kali Ke 28 Sesi 2019/2020.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia


Puan Shuhada Binti Abdul Rahman atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Para hadirin sekalian,


Majlis dengan berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Puan
Shuhada Binti Abdul Rahman untuk menerima cenderamata daripada pihak sekolah dan
pihak Persatuan Ibu bapa dan Guru.
Dipersilakan…

Hadirin yang dihormati sekalian,

6
Sekarang, kita akan menyaksikan sebuah persembahan multimedia

Makluman majlis akan berhenti rehat

Anda mungkin juga menyukai