Anda di halaman 1dari 3

Bil AGENDA TEKS

Kata Alu-aluan
1. Pengacara Majlis Yang dihormati Tn. Hj. Zainudin bin Samingan, Guru
penolong kanan pentadbiran SK Cheras Jaya,

Yang dihormati En. Zulfikar Almi bin Jamaludin, Guru


Penolong Kanan pendidikan khas,

Barisan guru-guru PPKI, pembantu pengurusan murid, ibu


bapa penjaga dan hadirin sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam


sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin


serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Taklimat Pengoperasian Dan Mesyuarat Pemuafakatan
Ibubapa Dan Guru Ppki.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah


4. tangan untuk mengaminkan bacaan doa yang akan
disampaikan oleh En. Mohamad Husaini Bin Abu Hassan
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Amin, amin ya rabalalamin. Majlis mengucapkan terima


kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan Alu-aluan Seterusnya, majlis menjemput Tn. Hj. Zainudin bin


6. oleh Guru Besar Samingan, Guru penolong kanan pentadbiran SK Cheras
Jaya untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
……………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih En. Zainudin bin


Samingan atas ucapan itu tadi.

Persembahan Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,


7. multimedia PPKI
Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah
sama-sama kita saksikan persembahan multimedia PPKI
SERASA

Taklimat ppki 2021 Hadirin yang dihormati,


8.
Majlis diteruskan dengan Taklimat program pendidikan
khas integrasi 2021:

Dengan ini, dijemput En. Zulfikar Almi bin Jamaludin untuk


menyampaikan taklimat am pengurusan dan pentadbiran
ppki. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Terima
kasih diucapkan kepada En. Zulfikar Almi bin Jamaludin

Seterusnya dijemput Pn. Siti Nur Hapiza Bt Abd. Razak


untuk menyampaikan taklimat kurikulum ppki. Majlis
dengan hormatnya mempersilakan. Terima kasih
diucapkan kepada Pn. Siti Nur Hapiza Bt Abd. Razak.

Seterusnya dijemput Pn. Siti Noraisyah bt Dzaini untuk


menyampaikan taklimat hal ehwal murid ppki. Majlis
dengan hormatnya mempersilakan. Terima kasih
diucapkan kepada Pn. Siti Noraisyah bt Dzaini

Seterusnya dijemput Cik Puteri Norasyikin Bt Pazil untuk


menyampaikan taklimat kokurikulum ppki. Majlis dengan
hormatnya mempersilakan. Terima kasih diucapkan..

9. Soal Jawab Hadirin sekalian,


Saya ingin memberi peluang kepada para hadirin yang
ingin bertanyakan soalan, dipersilakan
..............
Diharapkan semua persoalan yang dinyatakan terjawab.

10. Mesyuarat Seterusnya,


Permuafakatan
Ibubapa Guru PPKI Majlis diteruskan lagi dengan sesi suai kenal Ahli
SK Cheras Jaya Jawatankuasa Permuafakatan Ibubapa Guru PPKI
............

Hadirin sekalian, sebelum majlis bersurai, hadirin dijemput


untuk mengikuti sesi bergambar.

Majlis Penutup
Dengan berakhirnya sesi bergambar itu tadi, maka
selesailah sudah majlis kita pada kali ini.

Ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada


semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan majlis kita pada kali ini.

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..

Anda mungkin juga menyukai