Anda di halaman 1dari 8

CUE ANN.

Bismillah Hirrahmanirrahim….
Alhamdulillahhirabbilalamin…
Rabbissrahli Sadriwayassirli Amri Wahlull Uq Datam Millisaani Yaf
Qohu Qauli…

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

KETIBAAN Mengumumkan, ketibaan Yang Berusaha Tuan Pengetua SK Kelebang


Jaya, Yang berbahagia Penceramah Kita Pada Kali ini. Juga Yang
dihormati YDP PIBG SK Kelebang Jaya

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal BismilLah pembuka bicara.

Dari Raub pergi ke Pontian,


Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan Majlis.

SALUTASI Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha Encik Muhamad Kasim bin Mat Radzi, Guru Besar
SK Kelebang Jaya.

Yang berbahagia, Al-Fadhil Ustaz _Abdul Hamid selaku


tuan penceramah kita pada hari ini.

Yang berbahagia, YDP PIBG, Encik Maheran bin Hamid

Yang dihormati, Pn. Emilia binti Sulaiman, Penolong Kanan SK


Kelebang Jaya.
Yang dihormati En. Mohd Kamal bin Japlawi, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid. SK Kelebang Jaya

Yang dihormati, Encik Faizul bin Musi, Penolong Kanan


Kokurikulum SK Kelebang Jaya

Ahli Jawatankuasa penyelaras Majlis Sambutan Maulidur Rasul


Sekolah Kebangsaan Kelebang Jaya,

Barisan guru-guru serta murid-murid SK Kelebang Jaya yang dirahmati


Allah sekalian

Assalamualaikum w.b.t

Hadirin yang dirahmati,


KATA-KATA
ALUAN Kayu dibelah di tepi paya,
PENGACARA Sampai di baruh gelap gelita,
Lahirnya Rasulullah membawa cahaya,
Menerangi seluruh alam semesta.

Sampai di baruh gelap gelita,


Suram cahayanya di rumah bonda,
Menerangi seluruh alam semesta,
Dengan berkatnya kelahiran baginda.

Sesungguhnya, kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.


yang merupakan Khatimul Anbia’ dinanti-nantikan oleh sekalian
makhluk. Kelahiran Baginda membawa sinar cahaya yang menerangi
kegelapan jahiliah. Baginda memandu hati dan jiwa dengan menjunjung
Islam sebagai penunjuk arahnya.

Justeru, Panitia Pendidikan Islam menganjurkan sambutan Maulidur


Rasul bagi tahun 2022 masihi bersamaan 1444 Hijrah pada hari ini
dengan tema “ Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.
Sambutan Maulidr Rasul ini juga merupakan satu pembuktian cinta kita
terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. yang tidak berbelah bahagi selain
mengamalkan sunnah Baginda dan menjadikan Rasulullah sebagai
idola sepanjang zaman.

BACAAN DOA Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis menjemput dan
mempersilakan, Al-Fadhil Ustaz Mohd Khairul bin Abdul Rahman untuk
memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

 Amin, amin ya Rabba; ‘alamin. Semoga bacaan doa sebentar


tadi memberikan kelancaran majlis kita pada hari ini.
UCAPAN GURU Hadirin dan hadirat yang dikasihi,
BESAR
Majlis kita terus beranjak dengan atur cara seterusnya. Pihak majlis
berbesar hati menjemput dan mempersilakan, Yang Berusaha Encik
Muhamad Kasim bin Mat Radzi, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Kelebang Jaya untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua atas


ucapan dan amanat. Di harapkan segala yang disampaikan dapat kita
ambil pengajarannya

CERAMAH Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


MAULIDUR Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
RASUL
Tak berkat ilmu tanpa amalnya,
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Berkat rimbunnya si pokok jati,


Tempat burung selalu bertemu,
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu

Masa yang ditunggu sudah tiba. Hadirin dan hadirat yang


diRahmati Allah sekalian, pagi ini akan diteruskan dengan
ceramah maulidur rasul yang bertemakan
“______________________________’’ yang akan disampaikan oleh Al-
Fadhil Ustaz __________________.

Majlis dengan ta’zimnya mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada __________________ atas ceramah yang


telah disampaikan sebentar tadi. InsyaAllah segala ilmu yang telah
disampaikan dapat sama-sama kita amal dan sampaikan kepada orang
lain

Majlis diteruskan lagi dengan agenda utama majlis dengan menjemput


dan mempersilakan, Al-Fadhil Ustaz Hamid untuk tampil bagi
menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Majlis dengan penuh
takzimnya mempersilakan.

 Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz atas


penyampaian ceramah yang sungguh bermanfaat sebentar tadi.
Semoga semua guru dan murid dapat mengambil ibrah dan
tarbiah daripada ceramah yang disampaikan sebentar tadi.
PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat yang dihormati,
HADIAH
Kini, tibalah kita ke acara penyampaian cenderahati dan hadiah.
Untuk menyempurnakannya, pihak majlis berbesar hati menjemput dan
mempersilakan Yang Berusaha, En. Muhamad Kasim bin Mat Radzi,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kelebang Jaya diiringi Puan Emilia
binti Sulaiman, Penolong Kanan Pentadbiran untuk tampil ke pentas
utama. Dipersilakan.

Penyampaian hadiah di mulakan dengan Pertandingan Poster


(tempat 1-3)

Terima Kasih diucapkan kepada Tn Guru Besar di atas penyampaian


hadiah kepada para pemenang sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput Yang Berbahagia En. Maheran bin


Hamid YDP PIBG SK KElebang Jaya diiringi En Mohd Kamal untuk
tampil ke pentas.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi tokoh murid


maulidur rasul bagi tahun 1444hijrah.
Dimulakan dengan murid pra sekolah
Dipersilakan adik…………………. naik ke pentas

Tokoh murid tahun 4

Tokoh mrid tahun 5

Tokoh murid tahun 6

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG di atas


kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Majlis meneruskan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan


sepanduk Maulidur rasul Persatuan Badan Beruniform
Dengan itu, majlis menjemput …………………………………………..
Untuk menyampaikan hadiah.

Dimulakan dengan pemenang sepanduk terbaik bagi kedudukan tempat


ke 5 yang dimenangi oleh…………

Tempat ke 4…………………………

Tempat ke 3…………………
Naib juara dimenangi oleh …………………..
Dan juara bagi pertandingan sepanduk maulidur rasul bagi tahun ini
dimenangi oleh …………………..

 Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


…………………….. atas kesudian menyampaikan dan hadiah
sebentar tadi.

penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan pertandingan perarakan


terbaik. Dengan itu, majlis menjemput …………………………. Tampil
ke pentas untuk menyampaikan hadiah

penyampaian hadiah dimulakan dengan perarakan terbaik bagi tahun 4

tempat ke 3 dimenangi oleh…..

tempat ke 2…..

dan juara dimenangi oleh ………

penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan perarakan terbaik tahun 5

tempat ke 3 dimenagi oleh……….

Tempat ke 2…………….

Juara di menangi oleh………………..

Seterusnya, penyampaian hadiah kemenangan bagi perarakan terbaik


tahun 6

Tempat ke 3 dimenangi oleh…………

Tempat ke 2

Juara di menangi oleh ………………..

Majlis meneruskan acara seterusnya iaitu hadiah istimewa dan


penerimanya adalah………………

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada …………………..

Atas kesudian menyampaikan hadia kepada para pemenang.

BERSURAI Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan


terima kasih kepadasemua pihak yang terlibat di dalam
menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung
mahupun tidak.

Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dan


tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa
syukur danucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua,
atas kesudian hadir memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul
peringkat SK Kelebang Jaya

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai


ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Dijemput kepada semua tetamu VIP dan para pentadbir untuk


menikmati jamuan hidangan di bilik hidangan, dipersilakan.

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan


membaca tasbih kaffarah dan surah al ‘Asr.
7.30- murid berhimpun dan guru kelas ambil kehadiran

7.45- taklimat perarakan dan penjurian pertandingan sepanduk

8.00- perarakan

9.00- murid tahun 4 rehat/ tayangan video

9.30- murid tahun 5&6 rehat/ tayangan video

10.00- ucapan pengerusi majlis

Bacaan Doa

Ucapan tuan guru besar

10.30- ceramah maulidur rasul

11.30- penyampaian hadiah

👉Pertandingan poster No: 1-3

👉Tokoh murid maulidur rasul pra, 4,5&6

👉 pertandingan sepanduk PBB No: 1-5

👉 pertandingan perarakan terbaik

Tahun 4: No 1-3

Tahun 5: No 1-3

Tahun 6: No 1-3

👉 Suprise hadiah

12.30- murid masuk kelas


1.20- bersurai

Anda mungkin juga menyukai