Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

ISRA’ MIKRAJ

Assalamualaikum pembuka bicara,


Ahlan wasahlan kami ucapkan,
Selamat datang kepada semua,
Majlis Sambutan Isra’ Mikraj kita mulakan

UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS


 
BismilLahirRahmanirRahim.Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa
Barakatuh.
Alhamdulillahi robbil ‘alamin...........
 
Yang Berusaha,
 En Kasniza Jumari Bin Shamsir
Guru Besar Sk Datuk Keramat 2,

Yang dihormati,
En Ahamad Shukre Bin Mad Lazim (GPK Kokurikulum Merangkap Naib pengerusi
satu )
En Mohd Shukri Bin Abdullah (GPK Tadbir Dan kurikulum)
En Muhammad Ali Bin Jaan @ Mispan (GPK Hal Ehwal Murid)

Yang Berbahagia, Al Fadhil Ustaz Mohd Zainuddin Bin Mohammad Zaini ,


Penceramah Jemputan kitapada pagi ini,
barisan guru, staff sokongan, anak-anak didik dan para hadirin yangdirahmati Allah
sekalian..

Hadirin dan Hadirat sekalian,


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin serta limpah rahmat-Nya
maka pada pagi yang penuh barakah ini, kita dapat berkumpul di sini, tidak lain dan
tidak bukan untuk menjayakan sambutan Isra’ dan Mikraj peringkat sekolah, pada
tahun ini.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berdiri
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.

Doa
Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini dijemput al fadhil ustaz Ahmad Solehin Redzha bin
Mustapha kamal bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan……..
UCAPAN GURU BESAR
Hadirin yang dihormati sekalian…
Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan
Yang Berusaha,
 
En Kasniza Jumari Bin Shamsir
Guru Besar SK Datuk Keramat 2, untuk menyampaikan sepatah dua
kata.Dengan segala hormatnya dipersilakan..
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan tuan
Guru Besar sebentar tadi.
 
  
 
CERAMAH.
SIDANG HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
Tanpa melengahkan masa,marilah kita sama-sama mendengar dan menghayati
Ceramah Isra’ Dan Mikraj
yang akan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Zainuddin Bin Mohammad Zaini..

Tetapi sebelum itu izinkan saya membacakan sedikit biodata beliau:

Nama Sebenar: Mohd Zainudin Bin Mohamed Zaini

Nama Komersial: Ustaz Yeop aka PU Yeop

➡Finalis Pencetus Ummah Musim 1 Astro Oasis


➡Pengacara Ceria I-Star Musim 1 & 2 Astro Ceria

Status: Berkahwin & Dikurniakan 6 Orang Cahaya Mata

Asal: Kg Gajah, Perak

Menetap: Lot 7369, Lorong Pasar 2, Kampung Expo 34600 Kamunting, Perak

PENGALAMAN KERJA :
1.Imam Masjid Jamek Kg Melayu Sg Rapat Ipoh Perak Tahun 2002-2005
2.Pegawai Penguatkuasa Agama JAIPk Tahun 2006-2008
3.Pegawai Pembangunan Keluarga JAIPk Tahun 2009-2014
4.Timb. Pendaftar Perkahwinan, Perceraian & Rujuk Orang Islam Negeri Perak Tahun 2006-
2014
5.Pendakwah/Pelakon/Pengacara 2014-Sekarang

PENDIDIKAN :
1.Sijil Pelajaran Malaysia 1998
2.Syahadah Thanawiah 1998
3.Diploma Tahfiz Al Quran Wal Qiraat JAKIM 2002
4.Ijazah Rawatan & Perubatan Islam Darussyifa' Malaysia 2011

Dengan itu Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Al Fadhil Uztaz PU Yeop


untuk memberikan ceramah beliau…. Dipersilakan
 
Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Uztaz PU Yeop .semoga kita semua dapat
mengambil iktibar dan panduan berguna daripada ceramah tersebut.

PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAMATA


Hadirin sekalian
 
Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga,majlis dengan ini
mempersilakan

YangBerusaha,
 
untukmenyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada
YANG BERBAHAGIA USTAZ
TN HJ KHAIRUDIN B HJ ABU KHAIR
.
Majlis mempersilakan….
 
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas
penyampaiancenderahati itu tadi.
 
PENUTUP
 
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung
majlis.Pada kesempatan ini, saya
mewakiliPENGELOLA PANITIA PENDIDIKAN ISLAMDAN PERSATUAN
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
memohon ampun dan maafseandainya terdapat sebarang kekurangan
sepanjang majlis ini berlangsung.Sekali lagi,terima kasih yang tidak
terhingga kepada
YANG BERBAHAGIA USTAZ
TN HJKHAIRUDIN B HJ ABU KHAIR
dan
hadirin hadirat sekalian kerana sudi melapangkanmasa memeriahkan majlis.
 
 
CERAMAH.
 SIDANG HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,Tanpa melengahkan masa,marilah
kita sama-sama mendengar dan menghayatiCeramah
Isra’ Dan Mikraj
yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz
Tn Hj Khairudin B Hj Abu Khair
.Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan

 
PERGI KE HUTAN MENCARI HARTA
 
HARTA BANYAK PENUH ACUAN 
 
KATA INDAH TIDAK TERKATA
 
BICARA BERNAS JADI PANDUAN 
Terima kasih diucapkan kepada YANG BERBAHAGIA USTAZ PU YEOP
semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan panduan berguna daripadaceramah
tersebut.
PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAMATA
Hadirin sekalian
 
Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga,majlis dengan ini
mempersilakan Yang Berusaha, En Kasniza Jumari Bin Shamsir
Guru Besar Sk Datuk Keramat 2, untuk menyampaikan cenderahati kenang-
kenangan kepada YANG BERBAHAGIA USTAZ USTAZ PU YEOP

Majlis mempersilakan….
 
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas
penyampaiancenderahati itu tadi.
 
PENUTUP
 
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung
majlis.Pada kesempatan ini, saya
mewakiliPENGELOLA PANITIA PENDIDIKAN ISLAMDAN PERSATUAN
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
memohon ampun dan maafseandainya terdapat sebarang kekurangan
sepanjang majlis ini berlangsung.Sekali lagi,terima kasih yang tidak
terhingga kepada YANG BERBAHAGIA USTAZ PU YEOP
dan hadirin sekalian kerana sudi melapangkanmasa memeriahkan majlis.
 

Terima kasih sekalung budi kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidaklangsung dalam majlis yang penuh bermakna ini. Ditamatkan
Majlis yang indah berserimenjunjung kasih menjunjung budi dengan
mempersilakan Yang Berusaha, En Kasniza Jumari Bin Shamsir
untuk mengiringi Yang Berbahagia Ustaz untuk ke kantin bagimenikmati
sedikit hidangan.
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI MAJLIS AKAN DATANG.
 TERIMA KASIH.SEKIAN
Saya akhiri majlis dengan lafaz yang mulia wassalam mualaikum
warohmatullahhiwabarokatuh......

Anda mungkin juga menyukai