Anda di halaman 1dari 5

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM….

KOMPANG BERGEMA PUSAKA BANGSA


DIPALU OLEH SI ANAK MUDA
HADIR TUAN PUAN MERIAH SUASANA
KAMI MENYAMBUT PENUH GEMBIRA

SONGKOK BALDU INTAN PERMATA


KELARAI SUASA BIARA KEJORA
SALAM BERTEMU RESTU DIPINTA
MOHON BERMULA PEMBUKA BICARA

Dewan Bestari menjadi paksi,


Semua hadrin sabar menanti,
Capai visi beramal bakti,
Program CAKNA KASIH KOMUNITI BERSAMA YAPEIM kita mulai,

Kata-kata Aluan

Yang berusaha En Khairul Azuwan bin Che Kassim, guru besar SK Bukit Perah, Yang
dihormati Encik NIK MUHAMMAD NURUL IHSAN BIN SALLEH, Pengurus Yapeim
Negeri Kelantan, ENCIK AZMAN BIN ZAKARIA, Ketua Unit Penyelaras Komuniti
Yapeim, EN MOHD ZAILANI BIN ZAKARIA, Penyelaras Komuniti Yapeim,EN NIK
MOHD HAZWAN BIN NIK AZIS Penyelaras komuniti Yapeim, EN ZAKARIA BIN
DERIS, GURU BESAR SK SULTAN IBRAHIM 3 , JUGA MERUPAKAN BEKAS GB
SK BUKIT PERAH ,Puan Rozam binti Yusoff Penolong Kanan Pentadbiran SK Bukit
Perah, Pn Rosemahani binti Mat Ghani Peolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk Bukit Perah,
En Roslan bin Ahmad, penolonh kanan ko kurikukum SK Bukit Perah, , rakan2 guru,
staff sokongan, para ibubapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum WBT dan Selamat pagi


Bacaan Doa

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati,

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama
mengaminkan doa yang akan dibaca oleh Al-fadhil Ustaz Ahmad Nadzarudin bin
Muhamad.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin


Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ustaz Ahmad
Nadzarudin bin Muhamad atas bacaan doa itu tadi.

Melayang belatuk di hujung pekan


Diperdu peria makanan di cari
Kehadiran semua kami alukan
Majlis ceria bertambah seri.

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita bertemu pada pagi ini di
dalam dewan bestari untuk menjayakan program CAKNA KASIH KOMUNITI
BERSAMA YAPEIM .Untuk pengetahuan semua YAPEIM adalah Yayasan
Pembangunan Ekonomi Islam yang telah ditubuhkan pada 13 OKTOBER 1976. Pihak
sekolah amat bersyukur dan bertetima kasih di atas usaha-usaha pihak yang terlibat untuk
menjayakan program ini yang julung julung kalinya diadakan di SK Bukit Perah . Kita
berharap agar program sebegini akan diteruskan lagi pada masa masa hadapan. Insha
Allah.
Marilah kita panjatkan setingi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana telah dikurniakan
kesihatan tubuh badan yang membolehkan kita berkumpul dalam program ini.. Semoga
Allah SWT akan menaungi, merahmati dan melindungi kita semua.

Ucapan Guru Besar


Para hadirin sekalian,

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan En Khairul


Azuwan bin Che Kassim, Guru Besar SK Bukit Perah untuk menyampaikan ucapan
beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan yang penuh bermakna itu tadi.

Hadirin sekalian,

DARA RUPAWAN TERSENYUM MANIS,


PETIK KENANGA KUNTUM DELAPAN
HADIRNYA TUAN PENYERI MAJLIS
MOLEK KIRANYA SUSULI UCAPAN

Sirih junjung penuh bererti,


Indahnya adat tidak terperi;
Tibalah saat masa dinanti,
Mendengar amanat ucapan perasmi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormati EN NIK MOHD


NURUL IHSAN BIN SALLEH, Pengurus Yapeim negeri Kelantan untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Cakna Kasih
Komuniti bersama Yapeim. Dengan segala hormat dipersilakan.
Ucapan perasmi

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati EN NIK
MOHD NURUL IHSAN BIN SALLEH, Pengurus Yapeim negeri Kelantan di atas
perasmian sebentar tadi.

Sebagai tanda terima kasih kerana sudi bertandang ke sk bukit perah pada pagi
ini dan kenang-kenangan daripada pihak sekolah, dipersilakan En Khairul
Azuwan bin Che Kassim , guru Besar SK Bukit Perah , diiringi oleh Puan
Rosemahani binti Mat Ghani untuk menyampaikan cenderahati kepada dif-dif
kita..
Sebagai tanda terima kasih atas kesudian En NIK MOHD NURUL IHSAN BIN
SALLEH atas penyempurnaan majlis perasmian sebentar tadi, majlis sukacita
dan berbesar hati untuk memberikan cenderamata tanda kenang-kenangan.. Di
persilakan En NIK MOHD NURUL IHSAN sekali lagi untuk menerima
cenderahati dari tuan guru besar.
Seterusnya majlis menjemput pula ………………………………….. bagi
menerima cenderahati dari pihak SK Bukit Perah tanda penghargaan daripada
kami. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis turut menjemput …………………………………………..untuk menerima
cenderahati yang tidak seberapa daripada pihak SK Bukit Perah kerana sudi
meluangkan masa bersama-sama kami pada pagi ini. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar , En Khaitul Azuwan
bin Che Kassim atas kesudian menyampaikan cenderahati.

Seterus nya ialah penGAGIHAN BAKUL MAKANAN dari pihak YAPEIM kepada
kelaurga murid-murid yang terpilih. Mereka yang terpilih ini sememangnya amat
bertuah.
Oleh itu dengan segala hormat sekalai lagi majlis menjemput Yang Dihormati EN
NIK MOHD NURUL IHSAN BIN SALLEH, Pengurus Yapeim negeri Kelantan ,
diiringi oleh tuan guru besar untuk menyampaikan sumbangan. Dipersilakan…….

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih En Mohd Efeendi.

Penutup
Saya bagi pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah
menghulurkan sumbangan bagi menjayakan majlis ini. Semoga kita berjumpa lagi pada
majlis akan datang.

Ubi manis ubi keladi,


Kalau ada di tambah lagi,
Sekiranya umur panjang direstui,
Kita pasti berjumpa lagi..

Sekian terima kasih.


Wabillahi taufik wal hidayah Wassalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai