Anda di halaman 1dari 3

Teks ucapan Majlis Pelancaran Program Jom ke Sekolah dan Watikah Pelantikan

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Bismilllah........................
Assalamualaikum .......................
Yang Di hormati YANG DIPERTUA PIBG SMA AT-TANWIRIAH, EN MUHD ABD
SHUKOR BIN ABU NA’AM,
Yg Berusaha Tn Pengetua Ustaz Nazrudin bin Talib, Pengetua SMA AT-TANWIRIAH,
Yang Dihormati Ustaz Hj KHAIROL AZMAN BIN HJ MOHD ISMAIL, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran
Yg Dihormati Ustaz MOHD HASHIM BIN ALI, GPK HEM.
Yg Dihormati Ustaz WAN MOHAMAD BIN WAN ALI, GPK KoKurikulum
Yg Dihormati Guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dgn
limpah kurnia, taufik dan keizinanNya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis Jom ke
Sekolah dan Watikah Pelantikan pada pagi ini. Program ini merupakan Program Kolaboratif
Antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam
usaha untuk menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid serta kearah meningkatkan
kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa
pendidikan di negara kita.

Hadirin Dan Hadirat Yang Dihormati Sekalian Majlis Dimulakan Dengan Nyanyian Asmaul
Husna, Bangsa Johor Dan Lagu Negaraku. Mohon Semua warga sekolah Menyanyikan Dengan
Penuh Semangat.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN DAN HADIRIN SEMUA DIPERSILAKAN DUDUK

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bukan lebah sebarang lebah,


Lebah bersarang di tanah merah,
Tangan diangkat merafak sembah,
Pada yang Esa kami berserah
Dijemput dengan segala hormatnya, ustaz QISTAS BIN SAJA untuk memimpin bacaan doa.
Terima kasih diucapkan kepada ustaz QISTAS BIN SAJA yg telah sudi memimpin bacaan doa.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada yang Berusaha Tn Pengetua Ustaz Nazrudin bin Talib,
Pengetua SMA AT-TANWIRIAH, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua atas ucapan.

__________________________________________________________________________________

Dini hari mengail ikan,


Dapat seekor ikan haruan,
Tuan YDP PIBG kita persilakan,
Sudilah kiranya memberi ucapan.

Seterusnya, Dijemput Yang BERBAHAGIA YANG DIPERTUA PIBG SMA AT-


TANWIRIAH, EN. MUHD ABD SHUKOR BIN ABU NA’AM untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Majlis JOM KE SEKOLAH DAN WATIKAH PELANTIKAN
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada YANG DIPERTUA PIBG SMA AT-
TANWIRIAH, MUHD ABD SHUKOR BIN ABU NA’AM atas kesudian menyampaikan ucapan
PERASMIAN JOM KE SEKOLAH DAN WATIKAH PELANTIKAN. Seterusnya,
Dipersilakan untuk gimik perasmian.

Bintang-bintang terbit pagi,


Di selaput oleh awan putih,

Tuan sudi datang kemari,

Salam dihulur penuh kasih.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah pelantikan bagi pengawas, pengawas pusat
sumber, pengawas SPBT,PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DAN KETUA KELAS SETIAP
TINGKATAN SERTA bacaan IKRAR AKU JANJI PELANTIKAN.

DIPERSILAKAN
Yang BERBAHAGIA YANG DIPERTUA PIBG SMA AT-TANWIRIAH, EN. MUHD ABD
SHUKOR BIN ABU NA’AM untuk menyampaikan sijil watikah pelantikan dengan diiringi oleh
TUAN PENGETUA, USTAZ NAZRUDIN BIN TALIB.Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan atas kesudian YANG DIPERTUA PIBG SMA AT-TANWIRIAH,
EN. MUHD ABD SHUKOR BIN ABU NA’AM menyampaikan sijil watikah tersebut.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati. Untuk menyempurnakan penyampaian, Majlis
dengan ini, menjemput dan mempersilakan ____________USTAZ NAZRUDIN BIN TALIB______, Tuan
Pengetua, untuk menyampaikan cenderahati kepada EN MUHD ABD SHUKOR BIN ABU
NA’AM YDP PIBG dengan diiringi USTAZ HJ KHAIROL AZMAN BIN MOHD ISMAIL, dipersilakan.

Dijemput,

YANG DIHORMATI

ENCIK MUHD ABD SHUKOR BIN ABU NA’AM YDP PIBG untuk menerima cenderahati
daripada pihak Sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada

ENCIK MUHD ABD SHUKOR BIN ABU NA’AM YDP PIBG atas kesudian menerima cenderahati
dan terima kasih, syukran jazilan.

______________________________________________________________________________
Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita
pada hari ini.
Leka Bersiap si anak dara
Teruna tekun memasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua hadirin. Para VIP dijemput untuk sesi
bergambar kemudian dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan di
kantin.Sekian,Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai