Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

PELANCARAN PROGRAM ZIARAH CAKNA BAGI PERINGKAT


SMK LKTP KAHANG TIMUR TAHUN 2020

11 Februari 2020 ( SELASA ) I 7.30 Pagi I Dewan SEMAKMUR

ATURCARA BUTIRAN PENYAMPAIAN CATATAN

Pengumuman Majlis mengumumkan ketibaan / mengalu-alukan


Ketibaan Perasmi kehadiran,
dan Pentadbir
Yang Berbahagia,
ENCIK ROSLI BIN AHMAD
Yang Dipertua PIBG,SMK LKTP KAHANG TIMUR

Diiringi,

Cikgu HAJI MOHD KAMAL BIN HJ. AHMAD UNTONG


Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Kahang Timur

Serta barisan Guru Penolong Kanan masuk ke dalam


dewan.

Nyanyian Lagu Sebagai tanda cinta akan negeri yang berdaulat, Majlis
Bangsa Johor, dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Lagu
Lagu Negaraku Negaraku dan Lagu Sekolah.
dan Lagu Sekolah
Hadirin mohon berdiri.

( setelah selesai nyanyian lagu )


Hadirin dipersilakan duduk

Kata Aluan [ALU-ALUAN: ]


Pengacara Majlis
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

[ALU-ALUAN: ]
‫سلحدم حعحلىَ حسيبهدحناَ دمححلمدد‬ ‫ حوال ل‬,‫ب المحعاَلحهمميحن‬
‫صلحةَا دحوال ل‬ ‫احلمححممدد لهلهه حر ب‬
‫صححاَبههه أحمجحمهعميحن‬ ‫هه‬
‫حوحعحلىَ آله حوأح م‬
Bismillahirahmanirahhim
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Muafakat
Johor

Yang Berbahagia,
ENCIK ROSLI BIN AHMAD
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Kahang Timur

Yang Berusaha,
Cikgu HAJI MOHD KAMAL BIN HJ. AHMAD UNTONG
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Kahang Timur

Yang Dihormati,
Barisan Guru Penolong Kanan, para guru dan tuan-tuan
dan puan-puan serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Bulan mengambang cantik berseri,


Mari dilihat di dalam taman,
Kehadiran kalian amat hargai,
Terus terpahat zaman berzaman

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Rabbul Izzah,


Allah Yang Maha Esa, kerana dengan izinNya dapat kita
berkumpul pada pagi ini bagi menyempurnakan Majlis
Pelancaran Program Ziarah Cakna peringkat sekolah
ini.

Saya …………………………., selaku pemudahcara


majlis pagi ini mengucapkan selamat datang dan
mengalu-alukan kehadiran para hadirin ke Sekolah
Menengah Kebangsaan LKTP Kahang Timur atau
dikenali juga sebagai SEMAKMUR.

Bacaan Doa Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah bersama-


sama, menadah tangan bermunajat, memohon berkat
agar segala urusan mendapat rahmat.

Untuk itu, Majlis dengan hormatnya menjemput,


Saudara, ..........................................................................
Untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

Amin amin ya rabbal alamin

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas pimpinan


bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Pengetua ADAT BERBAHASA MENYAMPAIKAN PESAN


ADAT UPACARA MENYAMPAIKAN UCAPAN.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan,

Yang Berusaha,
Cikgu HAJI MOHD KAMAL BIN HAJI AHMAD UNTONG
Pengetua SEMAKMUR

Untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan


pengetua diatas ucapan sebentar tadi.

Ucapan KALAU TUAN PIKAT KENARI,


Perasmian JANGAN PATAHKAN BATANG JERAMI,
KEPADA TUAN SEMBAH DIBERI,
MOHON RASMIKAN MAJLIS KAMI.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput


dan mempersilakan,

Yang Berbahagia,
ENCIK ROSLI BIN AHMAD
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Kahang Timur

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya


merasmikan Pelancaran Program ZiarahCkana peringkat
SEMAKMUR tahun 2020

Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan tuan.


BUNGA SELASIH DI DALAM TAMAN,
HARUM MELATI PENYERI INTAN,
TERIMA KASIH UCAPAN TUAN,
KEKAL BERSEMI DALAM INGATAN.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diatas ucapan


dan perasmian sebentar tadi.

Upacara Gimik Sebagai tanda simbolik perasmian, Majlis akan diserikan


Pelancaran
lagi dengan gimik pelancaran. Majlis Sekali lagi
menjemput Encik Rosli bin Ahmad selaku YDP PIBG
SEMAKMUR untuk menyempurnakan gimik pelancaran.
Dipersilakan tuan.

Alhamdulillah, dengan berakhirnya gimik pelancaran


sebentar tadi maka lengkaplah sudah majlis pelancaran
program Ziarah Cakna bagi peringkat sekolah SMK
LKTP KAHANG TIMUR bagi tahun 2020.
Hadirin Hadirat yang dihormati sekalian,
Penyampaian kek
untuk kelas
terbaik Bersesuaian dengan majlis kita pada hari ini, pihak
(kehadiran) sekolah ingin menyampaikan hadiah berupa kek kepada
kelas terbaik kehadirannya.

Dengan itu majlis mempersilakan,


Cikgu Hj Mohd Kamal bin Hj Ahmad Untong
Pengetua SEMAKMUR dan Cikgu Ramli bin Juri GPK
HEM untuk mengiringi En. Rosli b Ahmad, YDP PIBG
SEMAKMUR bagi menyampaikan hadiah.

Majlis mempersilakan tuan.

Kehadiran terbaik bagi bulan Januari tahun 2020 dengan


peratus kehadiran 98.19 % Ialah kelas 4 Ikhlas

(diminta ketua tingkatan untuk mengambil hadiah)

Seterusnya
Anugerah Kelas Harapan dengan peratus kehadiran
sebanyak 97.55% jatuh kepada kelas 4 IKHTIAR.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian
tuan menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Tahniah dan syabas kepada kelas yang Berjaya.


Semoga dengan hadiah ini akan menyemarakkan lagi
semangat para pelajar untuk terus hadir ke sekolah.
Penyampaian Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
cenderahati
Akhir acara kita pada hari ini, majlis menjemput tuan
pengetua,

Cikgu Hj Mohd Kamal b Hj Ahmad Untong

untuk menyampaikan cenderahati kepada Encik Rosli b


Ahmad, YDP PIBG SEMAKMUR
Sebagai menghargai kesudian BELIAU hadir dan
merasmikan Program Ziarah Cakna SMK LKTP
KAHANG TIMUR bagi tahun 2020

Majlis mempersilakan tuan

Terima kasih tuan

Sebelum mengundur diri, saya sebagai pemudahcara


mewakili warga SEMAKMUR memohon ampun dan
maaf atas segala kesilapan sepanjang majlis
berlangsung.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua


tetamu-tetamu yang hadir dan juga kepada warga
SEMAKMUR yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan Program Ziarah
Cakna bagi tahun 2020.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah Assalamualaikum


warah matullahi wabarakatuh.

Saya serahkan untuk majlis seterusnya kepada wakil


KEBIRUS
PENUTUP

Anda mungkin juga menyukai