Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG DAN ACARA SUKANEKA SK AGAMA (MIS) SIBU KALI KE 10

Dijemput semua guru-guru dan murid-murid untuk duduk. Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan Majlis.

Assalamualaikum wrt wbkth, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Terus Menjulang Sarawak. Yang berusaha, Encik Sharkawi Bin Hamdan, Guru Besar SK Agama Sibu, Yang berusaha, Puan Anisah Binti Pungut, Penolong Kanan Pentadbiran, Yang Dihormati, Puan Rokiah Binti Julaihi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang Dihormati, Encik Azizee Bin Alli Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu NegarakU. Mohon guru-guru dan murid-murid bersama-sama berdiri tegak untuk menyanyikan lagu-lagu yang disebutkan.

Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di dalam Majlis Penutupan Kejohanan Balapan dan Balapan dan Acara Sukaneka bagi sesi ke 10. Warga Dewan yang dimuliakan, Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,

Doa dipohon penuh pengharapan, Agar Majlis mendapat keberkatan

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, dengan sukacitanya dijemput Ustaz Shahir untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Sidang dewan yang yang dimuliakan, Tak molek jika ada alu tiada lesungnya, Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak berkat ilmu tanpa amalnya, Tak lengkap majlis jika tidak ada yang berbicara. Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan hormatnya mempersilakan En. Sharkawi Bin Hamdan, Guru Besar SK Agama Sibu bagi menyampaikan ucapan perasmian penutupan bagi Kejohanan Balapan dan Balapan dan Acara Sukaneka bagi sesi ke 10. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha, En. Sharkawi Bin Hamdan, Guru Besar SK Agama Sibu atas kesudian beliau menyampaikan ucapan sebentar tadi. Kini, tibalah masa-masa yang dinantikan iaitu Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Kejohanan Balapan dan Padang dan Acara Sukaneka bagi sesi ke 10. Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, Encik Sharkawi Bin Hamdan, Guru Besar, SK Agama Sibu diringi oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Anisah Binti Pungut bagi menyampaikan hadiah dan medal kepada pemenang. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan. Bagi acara _________________, Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah dan medal sebentar tadi. Yang berusaha, Encik Sharkawi Bin Hamdan, Guru Besar SK Agama Sibu, Yang berusaha, Puan Anisah Binti Pungut, Penolong Kanan Pentadbiran, Yang Dihormati, Puan Rokiah Binti Julaihi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati, Encik Azizee Bin Alli Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum, Diumumkan pula pemenang bagi pertandingan perarakan perbarisan bagi kategori rumah sukan pada hari ini. - tempat ketiga disandang oleh pasukan Rumah__________. -Seterusnya tempat kedua berjaya jatuh kepada pasukan Rumah________. -Dan Johan berjaya disandang oleh pasukan Rumah___________. Hadirin sekalian, -Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini. -Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Sekolah ialah ____________________________. Untuk makluman semua, beliau telah memenangi acara___________________________________________________ -Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Olahragawan Sekolah pada tahun ini ialah ____________________. Beliau telah meraih pingat__________________________________. -Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, keputusan rasmi kedudukan bagi RumahRumah Sukan yang telah bertanding. -Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan Rumah____________ dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa . Dipersilakan Ketua Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah. -Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______ dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa. Dipersilakan Ketua Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah. -Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 22 jatuh kepada: Rumah __________________________ dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa. Dipersilakan Ketua Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah. Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis pada pagi ini telah sampai ke penghujungnya. Marilah sama-sama kita berdiri tegak sekali lagi bagi menyanyikan Lagu Ibu Pertiwiku.

Merdu bertingkah alunan suara, Kadang tak sedar tersilap kata,

Andai terlanjur patah bicara, Serendah hati kemaafan dipinta.

Songket biru tampak berseri, Tenunan indah buat arjuna, Tersilap bicara harap maafi, Ketemu lagi, di lain acara

Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci Wabillahitaufi Wal Hidayah Wassalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai