Anda di halaman 1dari 10

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN KALAM JAMAIE

PERINGKAT NEGERI SARAWAK KALI KE 3 SESI 2014 1435 HIJRAH


Aturcara
Program
Skrip Pengacara Majlis Tindakan/Catatan
Nyanyian Lagu
Negaraku dan
Ibu Pertiwiku
Hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan
Lagu Negaraku dan Lagu Ibu Pertiwiku.

Terima kasih atas nyanyian Lagu Negaraku
dan Ibu Pertiwiku sebentar tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.
AJK Kelengkapan -
bersedia dengan
minus one lagu-
lagu tersebut.
Kata-kata aluan Selamat datang ke Pertandingan Kalam
Jamaie Murid Sekolah Rendah
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2014
Masihi bersamaan 1435 Hijri.

...

.....
Yang Berbahagia,
Tuan Hj. Jaafar bin Belal, Penolong
Pengarah j-QaF, Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak,

Yang Berusaha,
Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah
Negeri Sarawak, Ketua-ketua Unit
Pendidikan Islam Negeri Sarawa,
Pengetua-pengetua, Guru - guru besar

Yang dihormati,
Barisan para hakim, tetamu-tetamu khas,
tetamu-tetamu jemputan, guru-guru
Mengenalpasti
kehadiran tetamu-
tetamu yang
dijemput.

Sebutan nama
Tetamu-tetamu
Kehormat.
pengiring, para peserta kalam jamaie,
tuan-tuan, puan-puan, serta murid-murid
yang dikasihi sekalian.

Assalaamualaikumwarahmatullahi
wabarakatuh, salam sejahtera, selamat
pagi, dan salam perpaduan.

Setinggi kesyukuran kita panjatkan ke
hadrat Allah SWT kerana dengan
inayahNya, dapatlah kita semua berkumpul
pada pagi yang sungguh indah di Dewan
Kompleks Islam Sarawak Sibu yang aman
damai ini. Untuk makluman hadirin
sekalian, pada tahun ini, Bahagian Sibu
telah dipertanggungjawabkan untuk
mengelolakan Pertandingan Kalam Jamaie
bagi Peringkat Negeri untuk kali ke 3.
Kumpulan yang dinobatkan sebagai johan
nanti akan mewakili negeri Sarawak ke
peringkat kebangsaaan yang akan
diadakan di Negeri Perak Darul Ridzuan
pada 09 hingga 11 Oktober nanti. Adalah
diharapkan setiap kumpulan yang
bertanding dapat memberikan
persembahan yang terbaik demi menjulang
nama Sarawak di peringkat kebangsaan.
InsyaAllah.

Bacaan Doa Warga dewan yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,
majlis dengan sukacitanya menjemput
Ustaz Mohd Yusuf Bin Abdullah untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih
diucapkan kepada Ustaz Mohd Yusuf Bin
Abdullah atas bacaan doa sebentar tadi.

Pastikan pembaca
doa duduk
berhampiran
dengan pentas.
Syarat-syarat
pertandingan
Para peserta dan hadirin yang dimuliakan,

Syarat-syarat pertandingan telahpun
dimaklumi oleh setiap peserta dan guru
pembimbing. Pembahagian markah bagi
pertandingan kalam jamaie adalah seperti
yang berikut:

Persembahan = 30 markah
Suara = 30 markah
Isi = 20 markah
Bahasa = 20 markah

Di sini, saya juga ingin memberi penekanan
mengenai masa persembahan. Masa yang
diberikan ialah sepuluh minit dikira apabila
kumpulan mengeluarkan kalam / kata-kata.
Adalah perlu diingatkan bahawa,
pemotongan 5 markah bagi ketepatan
masa akan dikenakan sekiranya masa
persembahan melebihi atau kurang dari 10

minit. Selain itu, konduktor kedua untuk
setiap persembahan adalah tidak
dibenarkan. Sekiranya didapati terdapat
kondutor kedua yang tidak diiktiraf
membantu peserta yang sedang membuat
persembahan, pihak jemaah hakim berhak
untuk membatalkan penyertaan kumpulan
tersebut.
Memperkenalkan
barisan jemaah
hakim
Sebelum kita memulakan pertandingan
Kalam Jamaie pada pagi ini, moleklah
kiranya kita berkenalan dahulu dengan
hakim-hakim yang akan mengadili
pertandingan ini.

Bagi bahagian isi, hakim-hakimnya adalah:
__________________________________
__________________________________
__________________________________
__________________________________

Bagi bahagian persembahan, hakim-
hakimnya adalah:
__________________________________
__________________________________
__________________________________
__________________________________


Mengenalpasti
kehadiran barisan
jemaah hakim

Senarai nama
hakim dan
bahagian masing-
masing.
Bagi bahagian bahasa dan suara pula,
hakim-hakimnya terdiri daripada:
__________________________________
__________________________________
__________________________________
__________________________________

Manakala Ketua Hakim pertandingan ini
ialah:
__________________________________
__________________________________

Ingin saya tegaskan di sini bahawa, segala
keputusan hakim adalah muktamad.
Pertandingan
bermula
Hadirin sekalian,

Pertandingan Kalam Jamaie Murid Sekolah
Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia,
Peringkat Negeri Sarawak kita mulakan.

KUMPULAN PERTAMA

Untuk itu majlis mempersilakan kumpulan
yang memegang undi giliran yang pertama.

Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada kumpulan kalam jamaie yang
pertama.

KUMPULAN KEDUA

Seterusnya majlis mempersilakan peserta
yang memegang undi giliran kedua.

Memberi
peringatan kepada
AJK Penyeliaan
Peserta untuk
menyediakan
peserta
pertandingan
mengikut giliran
yang telah
diberikan.

Tunggu isyarat dari
Floor Manager.


Majlis mempersilakan.

Majis merakamkan terima kasih kepada
kumpulan kalam jamaie giliran kedua itu
tadi.

KUMPULAN KETIGA

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Kita teruskan lagi majlis kita pada pagi ini
dengan mempersilakan peserta yang
memegang undi giliran ketiga.

Majlis mempersilakan.

Majis merakamkan terima kasih kepada
kumpulan kalam jamaie yang ketiga itu
tadi.


KUMPULAN KEEMPAT

Seterusnya, majlis mempersilakan
kumpulan yang memegang undi giliran
yang keempat.

Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada kumpulan kalam jamaie giliran
keempat itu tadi.


KUMPULAN KELIMA

Seterusnya majlis mempersilakan peserta
yang memegang undi giliran kelima.

Majlis mempersilakan.

Majis merakamkan terima kasih kepada
kumpulan kalam jamaie giliran kelima itu
tadi.

KUMPULAN KEENAM

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Kita teruskan lagi majlis kita pada pagi ini
dengan mempersilakan peserta yang
memegang undi giliran keenam.

Majlis mempersilakan.

Majis merakamkan terima kasih kepada
kumpulan kalam jamaie keenam itu tadi.


KUMPULAN KETUJ UH

Seterusnya, majlis mempersilakan
kumpulan yang memegang undi giliran
yang ketujuh.

Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada kumpulan kalam jamaie giliran
ketujuh itu tadi.

Rehat (Kudapan) Dengan persembahan itu tadi, majlis
berhenti buat sementara waktu bagi sesi
kudapan. Dijemput para tetamu untuk
menikmati hidangan yang telah disediakan.


Menjemput
Tetamu-tetamu
kehormat dahulu.

Kenalpasti lokasi
jamuan.
Sambungan
pertandingan
Hadirin diminta mengambil tempat masing-
masing kerana pertandingan akan
dimulakan sebentar sahaja lagi.



Memberi
peringatan kepada
para tetamu supaya
bersedia untuk
sambungan
pertandingan.

KUMPULAN KELAPAN
Hadirin yang dimuliakan,
Meneruskan pertandingan, untuk itu majlis
mempersilakan kumpulan yang memegang
undi giliran yang kelapan.

Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada kumpulan kalam jamaie yang
kelapan itu tadi.


KUMPULAN KESEMBILAN
Seterusnya majlis mempersilakan peserta
yang memegang undi giliran kesembilan

Majlis mempersilakan.

Majis merakamkan terima kasih kepada
kumpulan kalam jamaie kesembilan itu
tadi.

KUMPULAN KESEPULUH

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Kita teruskan lagi majlis kita pada pagi ini
dengan mempersilakan peserta yang
memegang undi giliran kesepuluh.
Majlis mempersilakan.

Majis merakamkan terima kasih kepada
kumpulan kalam jamaie yang kesepuluh
itu tadi.





KUMPULAN KESEBELAS

Sekarang, majlis mempersilakan peserta
yang memegang giliran kesebelas
merangkap peserta terakhir untuk
Pertandingan Kalam Jamaie Murid Sekolah
Rendah peringkat Negeri Sarawak bagi
tahun ini.

Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada Kumpulan Kalam Jamaie yang
kesebelas itu tadi.

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi,
maka berakhirlah sudah Pertandingan
Kalam Jamaie Murid Sekolah Rendah
Kementerian Pendidikan Malaysia
Peringkat Negeri Sarawak bagi tahun 2014
Masihi bersamaan 1435 Hijrah.
Majlis penutupan Hadirin yang dihormati,

Buat pengetahuan semua, pengumuman
keputusan bagi Pertandingan Kalam
Jamaie Murid Sekolah Rendah ini akan
diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim
pada majlis penutupan yang akan


berlangsung pada esok hari. Tahniah
kepada semua peserta kalam jamaie yang
telah menyertai pertandingan pada kali ini.
InsyaAllah, pada tahun hadapan kita akan
bersua lagi. Bicara akhir kalam, terima
kasih tidak terhingga kepada semua yang
terlibat dalam melaksana dan menjayakan
pertandingan kalam jamaie yang diadakan
di negeri Sarawak amnya dan khususnya di
bahagian Sibu. Jutaan kemaafan kami
pohon kiranya ada kesilapan dan
kekurangan yang berlaku sepanjang majlis
ini diadakan. Sesungguhnya segala yang
baik itu dari Allah SWT dan apa sahaja
yang kurang datangnya dari kita sebagai
makhlukNya yang lemah.

Sekian. Assalaamualakum warahmatullahi
wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai