Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA KLINIK KECEMERLANGAN TAHUN 4 DAN 5

TAHUN 2015
Dari Raub pergi ke Pontian,
Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Terus


Menjulang Sarawak.
Yang Berusaha, Encik Sharkawi Bin Hamdan, Guru Besar SK Agama Sibu,
Yang Berusaha, Puan Anisah Binti Pungut, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati, Puan Rokiah Binti Julaihi, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid,
Yang Dihormati, Encik Azizee Bin Alli Ahmad, Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di dalam Dewan Ijtimaiyah ini bagi
menjayakan Klinik Kecemerlangan Tahun 4 dan 5 bagi tahun 2015.

Warga dewan yang dimuliakan,


Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya
menjemput
___________________________________________________________________________
__________________________untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.
Sidang dewan yang yang dimuliakan,
Majlis diteruskan lagi dengan slot Bahasa Melayu Pemahaman yang akan
disampaikan oleh Cikgu Abdul Razak Bin Tahir.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Abdul Razak Bin Tahir atas input
yang telah disampaikan sebentar tadi. Diharap para pelajar dapat
memanfaatkan ilmu yang telah diperolehi demi kecemerlangan diri dalam
subjek Bahasa Melayu Pemahaman.

Para hadirin sekalian,


Meneruskan majlis dengan slot seterusnya iaitu slot Bahasa Melayu
Penulisan yang akan disampaikan oleh Cikgu Saftuyah Binti Omar.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Saftuyah Binti Omar atas input
yang telah disampaikan sebentar tadi. Diharap para pelajar dapat
memanfaatkan ilmu yang telah diperolehi demi kecemerlangan diri dalam
subjek Bahasa Melayu Penulisan.

Dengan berakhirnya slot kecemerlangan itu tadi, majlis pada petang ini
telah sampai ke penghujungnya.
Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci Wabillahitaufik Wal Hidayah
Wassalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.
Para pelajar diminta bergerak ke surau sekolah untuk menunaikan solat
Asar.

Anda mungkin juga menyukai