Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PELANCARAN IHYA’ RAMADHAN 2024/2025

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬

‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha, Cikgu Fairusasikin bin Fatholmuner, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Segamat Baru,

Yang Dihormati, Cikgu Khairil Azhan bin Abd Manap, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan
Segamat Baru.

Yang Dihormati, Cikgu Hj Johari bin Hj Wahab, Penolong Kanan HEM, Sekolah Kebangsaan Segamat
Baru.

Yang Dihormati, Cikgu Fatin Nadia binti Ahmad Kamil, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah
Kebangsaan Segamat Baru.

Yang Dihormati barisan guru-guru Sekolah Kebangsaan Segamat Baru,

Serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Selamat datang diucapkan, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, ke Majlis Pelancaran Program Ihya’
Ramadhan peringkat Sekolah Kebangsaan Segamat Baru bagi tahun 2024/2025 pada pagi yang mulia ini.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta keizinanNya, sekali lagi
pada tahun ini kita dapat melancarkan Program Ihya’ Ramadhan peringkat Sekolah Kebangsaan Segamat
Baru bagi menggalakkan warga Sebaru untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan amal dan kegiatan
yang lebih berfokus.

Guru-guru serta murid-murid sekalian,

Objektif diadakan Program Ihya’ Ramadhan ini adalah untuk melahirkan warga Sebaru yang memiliki
sahsiah yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di sepanjang bulan
Ramadhan al-Mubarak. Selain daripada itu, Program ini akan mewujudkan suasana keakraban , kemesraan
dan keseronokan dalam melaksanakan amal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan
secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhrawi.

Hadirin dan Hadirat sekalian,


(BACAAN DOA)
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.
Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan
Muhammad Arif Zafran Bin Rosdi untuk memimpin bacaan doa. Dengan penuh takzim, majlis
mempersilakan.

-BACAAN DOA-

Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.

Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

(UCAPAN GB)

Buah langsat di tepi busut,


Mari dimuat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan, Yg Berusaha Cikgu Fairusasikin bin
Fatholmuner, Guru besar Sekolah Kebangsaan Segamat Baru bagi menyampaikan ucapan aluan dan
seterusnya merasmikan pelancaran Program Ihya’ Ramadhan peringkat Sekolah Kebangsaan Segamat Baru
bagi tahun 2024/2025.
Dengan segala hormatnya, dijemput dan dipersilakan.
-UCAPAN GB-
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yg Berusaha Cikgu Fairusasikin bin Fatholmuner atas
ucapan itu tadi.
(BACAAN YAASIN)
Hadirin hadirat yang dimuliakan.
Selepas ini kita akan mengadakan bacaan Surah Yaasin perdana bagi menyatakan rasa kesyukuran kita
warga Sebaru di atas segala kurniaan kebaikan yang telah dikecapi selama ini khususnya buat warga Sebaru.
Untuk itu, majlis diserahkan kepada Ustaz Mohd Zailan bin Deraman bagi memimpin bacaan Yaasin.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
-BACAAN YAASIN-
Alhamdulilah, majlis pelancaran Program Ihya’ Ramadhan kini sudahpun tiba ke penghujungnya. Selepas
ini, pelajar Tahap 1 akan berehat di kantin dan bagi yang berpuasa, akan terus kekal berada di dewan bagi
pengisian tazkirah Ramadhan oleh guru yang bertugas. Untuk pelajar Tahap 2, akan kembali ke kelas
masing- masing untuk pengisian tadarus Al-Quran yang akan dibimbing oleh guru yang bertugas.
Pada jam 10.30 pagi nanti, semua murid dikehendaki berkumpul semula di Dewan Darussalam untuk
Ceramah Ihya’ Ramadhan bersama para guru dan warga Sebaru.
Untuk itu, majlis berhenti rehat seketika dan akan bersambung semula pada jam 10.30 pagi.
Assalamu’alaikum w.b.t.
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬

‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Majlis akan dimulakan dengan bacaan asmaul husna. Mohon kepada semua warga dewan untuk berdiri dan
bersedia untuk bersama- sama membacakan asmaul husna.
- BACAAN ASMAUL HUSNA-
Warga dewan dipersilakan duduk.
(CERAMAH IHYA’ RAMADHAN)

Hadirin sekalian, majlis pada hari ini disambung semula dengan ceramah Ihya’ Ramadhan yang akan
disampaikan oleh Tuan Penceramah kita pada hari ini, al-Fadhil Ustaz Mohamad Ikhsan bin Hj Jaapar

Majlis mengharapkan semua murid dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ceramah yang akan
disampaikan sebentar lagi.

Tanpa membuang masa, saya serahkan majlis kepada Ustaz Mohamad Ikhsan bin Hj Jaapar.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

-CERAMAH-

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohamad Ikhsan bin Hj Jaapar atas ceramah yang disampaikan
sebentar tadi.

Diharapkan segala input yang telah disampaikan dapat dijadikan sebagai pedoman dan pengajaran buat
warga Sebaru sekalian. Marilah sama-sama kita di bulan yang mulia ini menanamkan azam yang lebih baik
agar mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t.

(PENYAMPAIAN CENDERAMATA PENCERAMAH)

Hadirin hadirat yang dimuliakan.

Bila memandang ke muka laut,


Nampak sampan mudik ke hulu;
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu

Sebagai tanda penghargaan kepada tuan penceramah pada hari ini, pihak majlis mempersilakan Cikgu
Khairil Azhan bin Abd Manap, Penolong Kanan Pentadbiran, mengiringi Cikgu Fairusasikin bin
Fatholmuner, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Segamat Baru untuk menyampaikan cenderamata sebagai
tanda kenang- kenangan kepada penceramah jemputan kita pada hari ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Ustaz Mohamad Ikhsan bin Hj Jaapar untuk menerima
cenderamata. Dipersilakan.

- PENYAMPAIAN CENDERAMATA-
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha Cikgu Fairusasikin bin Fatholmuner di atas
kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

(BERSURAI)

Hadirin sekalian,

Dengan penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah Program kita pada hari ini.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam hati,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Sebelum bersurai marilah sama-sama kita membaca tasbih Kafarah dan surah Al-Asr.

- BACAAN TASBIH KAFARAH & SURAH AL-ASR-

Assalamu’alaikum W.B.T

Anda mungkin juga menyukai