Anda di halaman 1dari 7

Ingatan Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Para tetamu, guru dan murid diminta untuk dipersilakan mengambil tempat duduk masing-masing
kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Mohon kerjasama para hadirin dan murid-murid, agar berdiri apabila diumumkan ketibaan tetamu
kehormat dan sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Selamat Sultan.

Mengumumkan ketibaan
Ketibaan
Pn. Hajah Hamidah binti Hassan
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman
diiringi barisan pengurusan sekolah,masuk ke dalam dewan.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti lagu Selamat Sultan . Hadirin sekalian
dipersilakan berdiri.

Terima kasih diucapkan. Hadirin dipersilakan duduk.

Kata alu-aluan Dalam bercakap bersopan santun


Pengerusi Dalam susah tuntun menuntun
Majlis Dalam senang santun menyantun
Mulia anak sempurna akhlak
Mulia tua sempurna agama
Mulia bahasa berbudi bahasa
Mulia majlis tertib atur cara

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WBT,
SALAM SEJAHTERA, SALAM MUAFAKAT
SALAM KEMAMAN UNGGUL, SALAM ABC

Yang dihormati
Pn.Hajah Hamidah binti Hassan
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman

En. Mohd Zawawi bin Mohamed


Penolong PPD Unit Pra Sekolah dan Rendah

Pn.Suzliyati bt Mohd Zaman


Guru Besar SK Kuala Kemaman

Encik Azemi bin Mamat


YDP PIBG SK Kuala Kemaman

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG


Guru-guru penjana modal insan gemilang,

Para ibu bapa dan penjaga pendukung generasi berwawasan,

dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.


SELAMAT DATANG KE MAJLIS APRESIASI
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KEMAMAN SESI 2022/2023

Majlis mengambil kesempatan di petang yang penuh bermakna dan berbahagia ini untuk
merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas
kesudian Pn.Hajah Hamidah binti Hassan, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman menghadirkan
diri bagi menyempurnakan majlis pada hari ini.

Hadirin budiman,
Justeru pada kesempatan ini, pihak majlis merakamkan sekalung penghargaan kepada
semua jemputan kerana sudi meluangkan masa demi merealisasikan matlamat program pada hari ini.

Bacaan Doa Hadirin dan hadirat Sekalian,

Majlis bermakna di petang nan berbahagia ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari
yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Hafizi b Hassan bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar
tadi.. Semoga majlis kita berlangsung diberkati oleh Allah SWT.

YDP PIBG Makan nasi di tepi bendang,


Bersambal tumis sedap dimakan,
Datanglah tuan kami mengundang,
Tampil berbicara dengan pesanan.

Hadirin yang dihormati sekalian,bagi meneruskan acara pada hari ini, majlis dengan segala
sukacitanya mempersilakan Encik Azemi bin Mamat, YDP PIBG SK Kuala Kemaman untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan tuan.

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada


Encik Azemi bin Mamat, di atas ucapan itu tadi.

Ucapan Guru Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Besar
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Pn.Suzliyati bt Mohd Zaman
Guru Besar SK Kuala Kemaman untuk menyampaikan ucapan, untaian kata, kalungan wacana.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan tuan guru besar itu tadi.

Ucapan Kata orang,


Perasmian Kepimpinan diteladani
oleh Perasmi Program dirancang dan direalisasi
Muafakat kata menjadi paksi
Kejayaan pasti menjelma
Bukan umpama mimpi didalam mimpi.

Sidang hadirin yang dihormati, kini tibalah saat yang dinantikan, iaitu ucapan dan perasmian Majlis
Apresiasi sesi 2022/2023.
Majlis dengan rasa bangga dan penuh hormatnya mempersilakan

Pn. Hajah Hamidah binti Hassan


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Apresiasi sesi 2022/2023. Majlis
mempersilakan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada Pn. Hajah
Hamidah binti Hassan, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman ,atas amanat dan ucapan
perasmian itu tadi.

PLAN B
Hadirin warga dewan yang dikasihi sekalian,
Ikon Ibubapa
Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Ikon Ibu Bapa. Pada tahun ini, anugerah ini
diberikan kepada ibubapa murid yang mempunyai penglibatan aktif dalam aktiviti yang dianjurkan
oleh pihak sekolah. Bukan itu sahaja,beliau turut menyumbang idea, barangan, tenaga dan masa
bahkan wang ringgit dalam aktiviti anjuran sekolah serta dalam pembangunan prasarana sekolah.

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan…………………………………


diiringi oleh ……………………bagi menyampaikan Anugerah Ikon Ibubapa. Dipersilakan.

Majlis dengan berbesar hati menobatkan Ikon Ibubapa diberi kepada


Pn Azmawati bt Ahmad dan En Amar bin Omar.

Majlis menjemput Pn Azmawati bt Ahmad untuk ke pentas untuk menerima Anugerah Ikon Ibubapa,
dipersilakan.
……

Seterusnya dijemput En.Amar bin Omar untuk ke pentas untuk menerima Anugerah Ikon
Ibubapa,dipersilakan.

Tahniah diucapkan kepada Pn Azmawati bt Ahmad dan En Amar bin Omar diatas anugerah yang telah
diberikan tadi.

Cenderahati Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis menjemput dan mempersilakan Pn. Hajah Hamidah binti
Hassan, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman Diiringi oleh, Pn.Suzliyati bt Mohd Zaman
Guru Besar SK Kuala Kemaman Untuk menyampaikan cenderahati kepada En Azemi bin Mamat,YDP
PIBG SK Kuala Kemaman untuk ke pentas. Dipersilakan.

Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga , dipersilakan Pn.Suzliyati bt Mohd Zaman
Guru Besar SK Kuala Kemaman untuk menyampaikan cenderahati kepada Pn. Hajah Hamidah binti
Hassan, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.


Demikianlah adat kehidupan,
Orang berbudi kita berbahasa
Tidak mungkin terbalas budi
Walau emas sebungkus diberi
Cuma harapan di dalam dada
Tanda mata sudi terima
Tanda ingatan kekal selamanya.

Majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya mempersilakan Pn. Hajah Hamidah binti Hassan, Ketua
Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman diiringi oleh Pn.Suzliyati bt Mohd Zaman
Guru Besar SK Kuala Kemaman untuk melawat dan seterusnya merasmikan “Curicullum Alley”.
Dipersilakan tuan.

Dengan ini, majlis mempersilakan Pn.Suzliyati bt Mohd Zaman


Guru Besar SK Kuala Kemaman untuk menjemput Pn. Hajah Hamidah binti Hassan, Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah Kemaman serta tetamu-tetamu khas untuk menikmati jamuan di bilik jamuan.

Penyampaian Hadirin yang dimuliakan,


Anugerah
HEM Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan…………………………………diiringi oleh ……………………bagi menyampaikan
anugerah. Dipersilakan.

Mendahului senarai penerima anugerah ………………………………..


dipersilakan..(RUJUK SENARAI)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian …………………………………menyampaikan


anugerah sebentar tadi.

Persembahan Sehabis merah daun yang sihat


1 (Prasekolah) Dahan melebar bercerita sakan
Majlis anugerah mohon berehat
Persembahan murid kita persembahkan

Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan yang penuh bertenaga daripada murid-murid dari
Pra Sekolah Ibnu Sina yang akan mempersembahkan tarian tradisional. Dipersilakan.

Demikianlah persembahan yang penuh bertenaga daripada murid-murid pra sekolah ibnu Sina.
Majlis mengucapkan terima kasih.

Penyampaian Hadirin yang dimuliakan,


Anugerah
Kokurikulum Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Kokurikulum kepada murid-murid yang telah
berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai pertandingan di peringkat daerah
Kemaman,negeri Terengganu bahkan sehingga ke kebangsaan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan…………………………………diiringi oleh


……………………bagi menyampaikan anugerah Kokurikulum. Dipersilakan.

Mendahului senarai penerima anugerah ………………………………..


dipersilakan..(RUJUK SENARAI)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian …………………………………menyampaikan
anugerah sebentar tadi.

Persembahan Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, kita berehat seketika untuk memberi laluan kepada
2 (Bahasa persembahan para murid SK Kuala Kemaman.
Arab)
Kita teruskan majlis dengan mempersilakan kumpulan Soutul Firdausi yang akan menyampaikan
persembahan nyanyian yang bertajuk Kun Anta. Dipersilakan.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi, persembahan kumpulan Soutul Firdausi dilatih dan dibimbing oleh
Pn. Shamsuhaini Binti Samsudin dan Pn. Aini bt Mat Darus .Terima kasih diucapkan kepada kumpulan
Soutul Firdausi diatas persembahan hebat itu tadi.

Penyampaian Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak
Anugerah mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang
ADIWIRA berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus
(Tahun 1-3) cemerlang.

Dengan ini dipersilakan ………………………………………………….menjemput dan mengiringi


…………………………………………………..untuk menyampaikan Anugerah Adiwira.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Mendahului senarai penerima anugerah ………………………………..


dipersilakan..(RUJUK SENARAI)

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Majlis dengan ini, mengucapkan jutaan terima kasih
kepada …………………………………………………….atas kesudian menyampaikan anugerah itu tadi. Terima
kasih tuan.

Persembahan Hadirin yang dihormati,


3 (Bahasa
Inggeris) Mari kita sama-sama saksikan persembahan nyanyian dan sketsa dari kumpulan “ The choir Sisters”
dengan tajuk ‘Proud of You. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan yang mendapat sentuhan dan bimbingan
daripada Pn. Azmila Binti Onn dan Pn. Nurlatifah Hanum Bt Abdul Hakim.

Penyampaian Majlis meneruskan acara kita dengan Anugerah Adiwira Tahun 4-6. Dengan ini dipersilakan
Anugerah ………………………………………………….menjemput dan mengiringi …………………………………………………..untuk
ADIWIRA menyampaikan Anugerah Adiwira.
(Tahun 4-6) Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Mendahului senarai penerima anugerah ………………………………..


dipersilakan..(RUJUK SENARAI)

Tahniah kepada semua penerima anugerah.Majlis dengan ini, mengucapkan jutaan terima kasih
kepada …………………………………………………….atas kesudian menyampaikan anugerah itu tadi. Terima
kasih tuan.

Penyampaian Majlis meneruskan acara dengan Anugerah Abdul Rahim Kajai (NILAM). Program Nilam adalah
Anugerah program yang dijalankan sepanjang tahun persekolahan bagi murid tahun 1 hingga tahun 6. Nilam
Abdul Rahim bermaksud nadi,ilmu, amalan, membaca. Penganugerahan ini dinilai berdasarkan jumlah buku yang
Kajai (NILAM) dibaca oleh setiap murid sepanjang tahun persekolahan.

Dengan ini dipersilakan ………………………………………………….menjemput dan mengiringi


…………………………………………………..untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Mendahului senarai penerima anugerah NILAM


dipersilakan..(RUJUK SENARAI)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian …………………………………menyampaikan


anugerah sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin yang Budiman


Anugerah
Tokoh Murid L Anak Ibarat kain putih
&P Diasuh diajar dididik dilatih
Kalau anak tidak dilatih
Jika besar ibu bapa letih

Hati orang tua perlu dijaga


Emak ayah berasa bangga
Jika anak berbudi Bahasa
Itu tandanya membalas jasa

Majlis meneruskan acara dengan anugerah Tokoh Murid. Majlis menjemput Zhariff Fahmie bin Zailani
dan Nur Qisya Azzalea binti Izuwadi untuk berada di atas pentas. Dipersilakan.

Hadirin yang dihormati,pinjamankan pandangan anda ke tayangan montaj yang telah disediakan oleh
En Mohd Khairul Azwan b Yakob. Dipersilakan.

Dengan ini dipersilakan ………………………………………………….menjemput dan mengiringi


…………………………………………………..untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Seterusnya, dijemput Tokoh Murid L SK Kuala Kemaman sesi 2022/2023, dinobatkan kepada
Zhariff Fahmie bin Zailani. Dipersilakan.
…..
Seterusnya, dijemput Tokoh Murid P SK Kuala Kemaman sesi 2022/2023, dinobatkan kepada Nur
Qisya Azzalea binti Izuwadi. Dipersilakan.

Tahniah diucapkan kepada Zhariff Fahmie bin Zailani dan Nur Qisya Azzalea binti Izuwadi sebagai
penerima Anugerah Tokoh Murid SK Kuala Kemaman sesi 2022/2023.Majlis merakamkan ucapan
terima kasih atas kesudian …………………………………menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Penyampaian
Hadiah Ikon
Ibubapa

Penyampaian
Cenderahati
Penutup Hadirin sekalian,
Dengan ini selesailah sudah

Majlis Apresiasi Sekolah Kebangsaan Kuala Kemaman bagi sesi 2022/2023.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada hadirin sekalian yang telah
menyeri dan menjayakan majlis pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga kepada para Ibu Bapa dan Warga Sekolah serta mereka yang terlibat
secara langsung mahu pun tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan kepada hadirin sekalian atas keterlanjuran kata, terkasar
bahasa, terguris rasa.

Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tak akan purnama tanpa matahari. Segala
yang baik datang dari Alah SWT dan segala yang kurang atau kelemahan adalah dari kami insan biasa.
Sebelum mengundur diri, sambutlah salam manis kami dan disudahi dengan lafaz suci...

Wabillah hitaufik walhidayah .....

Anda mungkin juga menyukai