Anda di halaman 1dari 3

MENGUMUMKAN…..

Ketibaan pengetua dan barisan pentadbir sekolah)


(MUZIK)
Tetamu jemputan dan para hadirin dipersilakan mengambil tempat

Nyanyian Negaraku dan Selamat Sultan

KATA SALUTASI
Salam sejahtera kami ucapkan,
Para hadirin semua jemputan;
Selawat dan salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.

Ke pekan kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah

Bismillahirahmanirahim…

Yang Berusaha Tn. Hj. Lokman Zakey bin Hashim,


Pengetua SMK Kemumin

Yang Mulia Tuan Ibrahim bin Tuan Soh,


Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kemumin

Yang Berusaha En. Zamri bin Mohd Noor,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kemumin

En. Mazlan bin Hamad


Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kemumin

Barisan Guru Kanan, Guru Cemerlang, Guru Bimbingan dan Kaunseling

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Anugerah Stimulan, Pelancaran Murid


Permata Harapan dan Sesi Konsultasi Ibu Bapa Calon SPM 2023

Yang dimuliakan para guru

Para ibu bapa Calon SPM 2023

Para murid Ting.5 yang disantuni, seterusnya hadirin dan hadirat sekalian.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

UCAPAN ALU-ALUAN DAN SELAMAT DATANG

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah dan izin-

1
Nya, membolehkan kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini.

Dalam suasana ceria penuh harmoni, di Dewan Sri Cemerlang, majlis


berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-
puan ke majlis penuh bersejarah pada hari ini.

BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Singgah sebentar di Kuala Langkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Sebagai pembuka tirai atur cara, majlis menjemput dan mempersilakan Al-
fadhil Ustaz Abdul Aziz bin Mohamed untuk memimpin bacaan doa sebagai
permintaan hajat dan restu agar majlis kita diberkati hendaknya.
Dipersilakan.

(Bacaan doa)

Semoga doa pimpinan Ustaz tadi diberkati Allah hendaknya.


Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN PENGETUA

Hadirin, para jemputan yang dikasihi,


Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah himpunan doa,
harapan dan sumbangan insan-insan yang berdiri teguh, berjalan seiringan
untuk membantu dalam mencapai kecemerlangan. Ibu bapa, guru-guru dan
rakan taulan jangan dilupakan saat diri berada di puncak gemilang.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata pengetua hajatnya kami.

Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya,


Yang Berusaha Tn Hj Lokman Zakey bin Hashim, Pengetua SMK Kemumin
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

(Ucapan Pengetua)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan


atas janaan ucapan Tn. Pengetua sebentar tadi.

2
ANUGERAH STIMULAN MODUL KOLEKSI ITEM 2 CALON-CALON SPM
2023

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Hadirin yang dimuliakan,


Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha Tn Hj Lokman Zakey bin Hashim, Pengetua SMK Kemumin diiringi
Yang Mulia Tuan Ibrahim bin Tuan Soh, Penolong Kanan Pentadbiran SMK
Kemumin bagi menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

PENYAMPAIAN ANUGERAH – RUJUK BUKU PROGRAM - MUZIK

Seterusnya…Pelancaran Murid Permata Harapan SPM 2023

NYANYIAN LAGU SEKOLAH DAN BERSURAI

Hadirin yang dimuliakan,

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Salam Takzim, Salam Hormat dan Assalammualaikum.

Mohon hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Sekolah.

Baiklah…seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan para ibu


bapa bersama anak masing-masing ke kaunter kelas yang terdapat di
belakang untuk sesi konsultasi ibu bapa bersama guru-guru tingkatan dan
guru-guru mata pelajaran. Dipersilakan…

Anda mungkin juga menyukai