Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJIS AMBANG MERDEKA TAHUN 2023

ATURCARA TEKS
Salutasi irama beralun gendang dipalu…
langkah diayun berpasang-pasangan
66 tahun telah berlalu.
malaysia megah menyambut kemerdekaan..

Assalammualaikum wmt , Salam Malaysia Madani dan Salam


Anak yang Baik lagi Cerdik.

1. Yang Mulia Tengku Zarena binti Tengku Azam


PENGETUA SMK SERI INDAH
Yang Berusaha
2. Pn. Maizurfidar Anom binti Abdullah PENOLONG
KANAN PENTADBIRAN SMK SERI INDAH
3. Pn. Mahani binti Wahab PENOLONG KANAN HEM
4. Pn. Mazitah binti Ngah PENOLONG KANAN
KOKURIKULUM
5. GURU-GURU KANAN MATA PELAJARAN
6. KAUNSELOR MURID
7. GURU-GURU
Seterusnya semua murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi, kerana di pagi yg


berbahagia dan ceria ini kita dapat bersama-sama berkumpul
bagi memeriahkan satu lagi program bersempena dengan
sambutan bulan kemerdekaan 66 tahun Malaysia iaitu
sambutan ambang merdeka.
begitu pantas detik masa berlalu,kita bakal menyambut
kemerdekaan malaysia kurang 6 hari lagi dengan penuh
kedamaian.
ini jelas membuktikan betapa beruntungnya kita sebagai
rakyat malaysia, hidup di bumi bertuah ini.

Nyanyian 3 Hadirin yang dihormati sekalian,


buah lagu
Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan
Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan diikuti dengan
Lagu Sekolah.. Bagi menghormati lagu ini mohon semua
dipersilakan berdiri. Marilah kita sama-sama menghayati lagu-
lagu tersebut. Dipersilakan.

(Nyanyian 3 buah lagu)


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Hadirin dipersilakan
duduk.

Bacaan Doa Hadirin yang dihormati sekalian…

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah kita sama sama menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Saudara
Muhammad Irsyad Haziq Bin Mohd Razali. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

( Bacaan Doa)

Amin amin ya rabbal alamin.


Majlis mengucapkan terima kasih kpd saudara Muhammad
Irsyad Haziq atas bacaan doa sebentar tadi.. moga-moga
majlis kita pada pagi ini berjalan dengan lancar dan mendapat
rahmatNYa.

Ucapan Hadirin Sekalian,


Pengetua
Majlis kita terus berlayar ke destinasi utamanya. Untuk itu,
pihak majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan
Yang Mulia Tengku Zarena binti Tengku Azam PENGETUA
SMK SERI INDAH untuk menyampaikan ucapan. Majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

SELEPAS UCAPAN PENGETUA

Majlis mengucapkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Puan Pengetua atas ucapan perasmian yg
diberikan sebentar tadi.

Ucapan Jangan tertawan alpa duniawi,


Perasmi Hanya indah serupa mimpi;
Aduhai pahlawan kesateria pertiwi;
En. Mohd Hulurkan madah kata perasmi
Azman
Hadirin Sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput dan Encik Mohd


Azman bin Mat Jusoh YDP PIBG SMK Seri Indah untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Ambang Merdeka bagi tahun 2023. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.
SELEPAS UCAPAN PERASMI

Majlis mengucapkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Encik Mohd Azman bin Mat Jusoh YDP PIBG
atas ucapan perasmian yg diberikan sebentar tadi.

Penyampaian Di kesempatan ini, pihak sekolah berbesar hati untuk


cenderahati memberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan
terima kasih kepada Encik Mohd Azman bin Mat Jusoh YDP
PIBG yang telah sudi menjayakan program pada hari ini.

Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Pn.


Maizurfidar Anom binti Abdullah PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN untuk mengiringi Yang Mulia Tengku Zarena
binti Tengku Azam PENGETUA SMK SERI INDAH untuk
menyempunakan penyampaian cenderahati.
Majlis mempersilakan,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Mohd


Azman bin Mat Jusoh untuk menerima cenderahati
penghargaan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Mulia Tengku Zarena binti Tengku Azam
atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

Dijemput Encik Mohd Azman dan semua barisan pentadbir


untuk mengambil tempat duduk yang telah disediakan di
bawah pentas.

Persembahan Dari Kedah ke bandar Perlis


PPKI Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan menyusul memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur dihati

Majlis akan diteruskan dengan persembahan dari murid


PPKI. Dipersilakan

PERSEMBAHAN

Terima kasih kepada murid PPKI atas persembahan yang


menghiburkan itu tadi.

Persembahan Majlis diteruskan lagi dengan persembahan seterusnya dari


Kadet Polis & Kadet Polis dan Kadet Bomba. Dipersilakan.
Kadet Bomba
PERSEMBAHAN

Terima kasih diucapkan kepada Kadet Polis dan Kadet Bomba


atas persembahan yang bersemangat itu tadi.

Persembahan Berjalan kaki di atas titi,


Nyanyian lagu Ke kedai Nyonya membeli roti,
tema Ayuh semua kita berdiri,
Menyanyi dengan riang hati.

Dijemput Encik Mohd Azman , semua barisan pentadbir dan


guru-guru untuk naik ke atas pentas untuk sama-sama
menyanyikan Lagu Tema Hari Kebangsaan “Malaysia
MADANI : Tekad perpaduan Penuhi Perpaduan, Lagu
KeranaMu Malaysia, Lagu Jalur Gemilang , Lagu Negaraku
dan Lagu Tanggal 31 dan diikuti dengan laungan Merdeka
sebanyak 7 kali. Dipersilakan

Sidang hadirin sekalian, marilah sama-sama kita


berdiri dan menyanyikan kesemua lagu tersebut dengan
penuh semangat patriotic.

NYANYIAN

Tahniah diucapkan kepada semua atas nyanyian yang


bertenaga sebentar tadi.

Penutup Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua saya pohonkan.

Kenangan lara akan terbuku,


Pusaka bangsa suka dan duka,
Laungan suara pekikkan Tunku,
Merdeka Merdeka Merdeka Merdeka!!

Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin atas


kesudian memeriahkan majlis pada hari ini. Seribu
kemaafan saya hulurkan jika sepanjang mengendalikan
majlis pada hari ini terdapat kesalahan tutur kata
dan tersilap bicara. InsyaAllah jika Allah izinkan,
tahun depan bersua lagi. Salam sayang, salam
Malaysia Madani.

Assalamualaikum dan jumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai