Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA (MAJLIS BERSAMA MPSM)

MAJLIS PERSARAAN CIKGU HAJI ABD AZIZ BIN OTHMAN

TUAN PENGETUA SMK PALONG TIMUR, SEGAMAT, JOHOR

TARIKH: 2 JANUARI 2024 (SELASA)

CUE ANN.

Perarakan masuk:

Cikgu Abd Aziz bin Othman

PPD SEGAMAT, PENGETUA-PENGETUA MPPSM

YDP PIBG DAN AJK PIBG


KETIBAAN
YANG DIRAIKAN
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, Cikgu Haji Abd Aziz bin
Othman.

Selamat datang ke Majlis Persaraan Cikgu Haji Abd. Aziz bin


Othman, Mantan Pengetua SMK Palong Timur, Segamat, Johor.

AJK MAKANAN: SET UP KEK DI HADAPAN

KELUARGA PENGETUA AKAN BERADA DI HADAPAN DAN


NYANYIAN LAGU “ALLAH SELAMATKAN KAMU”

Pihak majlis ingin menjemput Cikgu


Haji Abd Aziz ke hadapan untuk memotong kek hari lahir.

SURPRISE
Pihak Majlis juga ingin menjemput cucuanda tersayang
KELUARGA
TUAN Muhammad Aisy Hakim dan Amna Sofea Humaira untuk
PENGETUA menyampaikan bingkisan kasih untuk Cikgu Haji Abd Aziz.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada keluarga Cikgu Abdul


Aziz di atas kejutan buat Cg Aziz.
SALUTASI Bismillahirahmanirahim

Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara;

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Yang berusaha,

Tuan Haji Abdul Rahman bin Kechik

Pegawai Pendidikan Daerah Segamat

Yang berusaha,

Cikgu Zulfidy bin Monel

YDP MPSM Daerah Segamat

Yang Diraikan

Tuan Haji Abd Aziz bin Othman

Mantan Pengetua SMK Palong Timur

Yang Dihormati

En. Azman Bin Hamli

Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru

SMK Palong Timur

Yang dihormati

En. Abd. Hadi bin Adman

Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Guru-guru Penolong Kanan SMK Palong Timur


Dif-dif Jemputan

Jawatankuasa Pengelola

Majlis Persaraan Cikgu Haji Abd Aziz bin Othman

Dan guru-guru SMK Palong Timur

Alhamdulilah… bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin


limpah kurnia Nya pada hari ini, kita dapat bersama-sama berhimpun
di Dewan ini bagi melangsungkan Majlis Persaraan Cikgu Abd Aziz
bin Othman, Mantan Pengetua SMK Palong Timur. Terlebih dahulu
bagi pihak majlis, kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan
kehadiran para tetamu jemputan serta hadirin-hadirat sekalian.

KATA-KATA Hadirin yang dikasihi,.


ALUAN
PENGACARA
Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Anak Cina main gelombang,


Terlihat jauh di Tanjung Jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti


mengundang perpisahan. Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah,
berkumpulnya kita pada pagi yang berbahagia ini adalah untuk
meraikan Yang berusaha, Cikgu Hj Abd Aziz bin Othman bakal
meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di
sekolah ini dan juga sekolah-sekolah di daerah Segamat.

Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira begitulah juga


besarnya jasa Cikgu Hj Abd Aziz sehingga tidak mampu untuk kami
membalasnya. Sekalung penghargaan diucapkan buat Cikgu Aziz
yang diraikan atas kesudian menghadirkan diri. Tidaklah seberapa
majlis ini untuk meraikan Tuan yang hebat dan dicontohi
kewibawaannya.

Hadirin para jemputan yang dihormati,

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

BACAAN DOA Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan,

Al-Fadhil Ustaz Mohd Saiful Zafri untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan

Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih kepada Ustaz Mohd Saiful Zafri atas bacaan doa
sebentar tadi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Bagi memeriahkan lagi majlis pada hari ini, kami persembahkan


PERSEMBAHAN
persembahan dari Bitara SMK Palong Timur iaitu Pasukan Pantun
PANTUN
SMK Palong Timur sebagai kenangan di halwa telinga khususnya
buat yang diraikan. Majlis mempersilakan.

Begitulah santapan mata yang dihadiahkan oleh pelajar buat yang


diraikan. Sekalung penghargaan atas persembahan Istimewa tadi.

UCAPAN YDP Para tetamu yang dikasihi,


MPSM
SEGAMAT Tuah tersenyum pada Si Teja,
Duduk bersimpuh sambil bersila,
Kain ditenun bersama reja,
YDP MPSM hormat dipersila

Pihak majlis kini ingin menjemput Yang Di-Pertua MPSM Segamat


iaitu Cikgu Zulfidy bin Monel untuk menyampaikan ucapan beliau.
Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zulfidy bin Monel di atas


ucapan tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon berucap di majlis kami.

UCAPAN TUAN Tanpa melengahkan masa, majlis ingin menjemput Yang Berusaha
PPD SEGAMAT Tuan PPD Segamat iaitu Tuan Haji Abdul Rahman bin Kechik untuk
menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Pihak majlis ingin merakamkan sekalung perhargaan buat Tuan Haji


Abdul Rahman di atas ucapan sebentar tadi

Hadirin yang dikasihi,

Jangan tertawan alpa duniawi,


Hanya indah serupa mimpi,
Duhai tuan kesatria dirai,
Hulurkan madah kata bersakti.
UCAPAN YANG
DIRAIKAN Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan


Yang Diraikan, Cikgu Haji Abd Aziz bin Othman untuk menyampaikan
ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

– Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian tuan


yang diraikan menyampaikan ucapan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia biografi dan


MULTIMEDIA memori perjalanan Yang diraikan Cikgu Haji Abd Aziz bin Othman.
Marilah kita sama-sama saksikan persembahan multimedia ini.

Begitulah tadi persembahan multimedia Yang Diraikan Cikgu Haji


Abdul Aziz bin Othman. Semoga ia menjadi sumber inspirasi buat kita
semua.

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.
Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
JAMUAN MAKAN Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

Majlis dengan ini menjemput Yang Diraikan, Tuan PPD, YDP


MPSM , Dif-dif jemputan dan para guru untuk menjamu selera.

Dari Kedah ke Kuala Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti;
Persembahan diselit memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Majlis kini diteruskan dengan persembahan dari wakil guru SMK


Palong Timur iaitu Cikgu Iqbal bin Abu Latif bagi memeriahkan majlis
keraian pada hari ini. Tanpa melengahkan masa. Majlis
mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Iqbal di atas


persembahan tadi.
PERSEMBAHAN
PELAJAR
Sehabis merah daun yang sihat,
Dahan melebar bercerita sakan;
Majlis keraian mohon berehat,
Persembahan pelajar seterusnya kita saksikan.

Majlis diteruskan dengan persembahan kedua iaitu persembahan


pelajar bagi majlis hari ini. Tanpa melengahkan masa. Majlis
mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas persembahan tadi.

SESI Hari berlalu tiada sedar,


FOTOGRAFI Adat berpisah pasti merindu,
Sudilah tuan untuk bergambar,
Tanda kenangan pengubat rindu.

Majlis ingin menjemput dan mempersilakan Yang diraikan Cikgu Haji


Abd Aziz bin Othman bersama Tuan PPD Segamat, YDP MPSM
Segamat serta Pengetua – pengetua MPSM Segamat untuk sesi
fotografi.

Hadirin yang dihormati,

Menggamit rindu datang ke mari,


Waktu bersama duka gembira,
Kenangan lalu memahat memori,
Taburan budi kilauan kejora.

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk


menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi. Namun, yang
tersirat telah pun tersurat. Kami mendoakan semoga Cikgu Haji Abd
Aziz bin Othman akan sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia
PENUTUP bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara Cikgu. Segala kenangan akan terpahat menjadi


memori sepanjang zaman.

Hadirin, sekian berakhirlan majlis kita pada hari ini. Pihak majlis
merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua
yang terlibat dalam menyempurnakan majlis kita pada hari ini. Ampun
maaf dari pihak kami andai ada sebarang kekhilafan dan kekurangan.

Assalammualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai