Anda di halaman 1dari 9

“MAJLIS PERSARAAN EN.

AHMAD BIN SHAFIE”


PERKARA/ BUTIRAN CATATAN
MASA
Assalamualaikum salam sejahtera,
Titipan pantun membuka bicara,
Berhimpun kita bertemu mesra,
Mengikat erat kasih saudara.
perarakan
masuk para Mencari timba si anak dara,
tetamu Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Bismilahirahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi taaala
wabarakatuh.

Hari yang indah penuh ceria..


saat yang berbahagia penuh bermakna..
Kita raikan majlis ‘Tautan Kasih Lambaian Mesra’
En. Ahmad bin Shafie, Mantan Guru Besar SK
Kuala Kaung.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa tidak terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
Yang berusaha,
Encik Zulkefli bin Salim
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Kaung,

Yang diraikan,
En. Ahmad bin Shafie, Mantan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kuala Kaung

Yang dihormati barisan penolong kanan


Sekolah Kebangsaan Kuala Kaung,

Encik Amirul Azam bin Abdul Salim


Guru penolong kanan kurikulum

Pn. Jamitun binti Wagimon


Guru Penolong kanan hal ehwal murid

En Anuar bin Idris


Guru Penolong kanan ko-kurikulum

Seterusnya barisan guru , AKP dan warga SKKK


yang dikasihi sekalian.
Hadirin yang dimuliakan,
Bacaan doa
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati

Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput


ustaz Zul Azri bin Zainal untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan
*********** (Doa)

Aamin, aaminn Ya rabbal A’ lamin

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


ustaz Zul Azri bin Zainal atas pimpinan bacaan
doa itu tadi.

Ucapan wakil Seterusnya marilah kita dengar ucapan alu


pentadbir aluan dari wakil barisan pentadbir iaitu Puan
Jamitun binti Wagimon, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kuala
Kaung. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Ucapan wakil pentadbir
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
Puan Jamitun atas kesudian menyampaikan
ucapan sebentar tadi.

Seterusnya, dijemput Puan Rufiah binti Turat


selaku wakil ahli kelab keluarga SK Kuala Kaung
untuk menyampaikan ucapan sempena
persaraan En. Ahmad bin Shafie . Majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Rufiah atas


ucapan sebentar tadi.

Bacaan Segak bergaya putera mahkota,


biodata Dimahkotakan di majlis penuh meriah,
Izinkan saya membaca biodata,
Didahului dengan lafaz bismillah.

Bismilahirahmanirrahim…

Dilahirkan pada tanggal…..

Tayangan Sudah biasa kita dengari,


montaj Patah tumbuh hilang berganti,
Namun tak sama dengan yang ini,
Tak mungkin ada galang ganti.

Sebelum kita ke acara seterusnya, marilah sama-


sama kita saksikan rakaman video yang
disediakan ini.

Ucapan En. Pada hari bersejarah ini


Ahmad Shafie tak kan lengkap majlis kita, jika insan istimewa
yang diraikan ini tidak berbicara,
buat terakhir kalinya, kita dengarkan ucapan
untaian mutiara kata daripada yang diraikan En.
Ahmad bin Shafie. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

*Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada yang diraikan En.
Ahmad bin Shafie atas ucapan sebentar tadi.

Banyak duri perkara duri


Tidak sama duri mengkuang
Banyak budi perkara budi
Tidak sama budimu seorang
**Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Potong kek
Cikgu Mad panggilan mesra,
Guru Besar yang banyak berjasa,
Mendidik anak bangsa bukan sedetik cuma,
tiga dekad begitu lama.

Kini sudah tiba masanya,


Berundur cikgu Mad kerana bersara,
Hilanglah permata yang sangat berharga,
Hilang seri malap cahaya.

persembahan Kain songket cantik kilauan


Ditenung oleh orang kemaman
Tak terbalas budimu tuan
kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan.
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian
Penyampaian cenderamata buat insan yang kita raikan pada
hadiah hari ini iaitu Encik Ahmad bin Shafie.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Encik Zulkefli bin Salim, Guru
Besar Sekolah Kuala Kaung untuk menyampaikan
cenderamata daripada piahk sekolah dan Kelab
Keluarga kepada Encik Ahmad bin Shafie,
sebagai tanda kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar


di atas kesudian menyampaikan hadiah itu
tadi.

Seterusnya penyampaian hadiah daripada guru-


guru kepada Encik Ahmad bin Shafie, insan
yang diraikan pada hari ini. Dipersilakan….

Demikianlah tadi berakhirnya majlis Tautan Kasih


Lambaian mesra buat insan yang diraikan iaitu
Encik Ahhmad bin Shafie. Kita akan berhenti
seketika untuk menikmati jamuan dan acara
seterusnya akn disambung selepas itu. Dijemput
sekali lagi ustaz zul Azrie bin Zainal untuk
membacakan doa makan. Dipersilakan.
Saya

Ampun dan maaf kami pinta,


Andai pernah mengusik rasa,
Jenguklah kami sekali sekala,
Andai rindu datang menjelma.

Semoga cikgu Jamaliah sihat sejahtera,


Menyusuri hari-hari yang ceria,
Disamping beribadat pada yang esa,
Moga dalam lindungan allah sentiasa.

penutup Begitulah tadi, upacara penyampaian


cenderamata kenang-kenangan khusus daripada
warga SKK kepada insan yang diraikan Encik
Ahmad bin Shafie.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Zulkefli bin


Salim ,barisan GPK,guru2 dan serta seluruh
warga SKKK
Kain songket cantik kilauan
Ditenung oleh orang kemaman
Tak terbalas budimu tuan
kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan.

Sekian, terima kasih…semoga kita berjumpa lagi..

Anda mungkin juga menyukai