Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH

Tarikh : 29 September 2016


Masa : 9.50 pagi
Tempat : Dewan SK Jelotong

PERKARA/ BUTIRAN
PEMBACA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Ketibaan
Tetamu
Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar
lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Limah Binti Arip dengan diiringi dif-dif
kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Aroma perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna

Kami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan Budi,Sentuhan Abadi” sempena


persaraan, Puan Limah Binti Arip.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin
diminta berdiri.

...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Bacaan Doa Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, dan salam 1


Malaysia.
Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan doa dan menghayati bacaan selawat yang akan
dipimpin oleh: Al Fadil Ustaz Halil Bin Rojikin. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*********** (Doa)

Ucapan Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil
Alu-aluan
Ustaz Halil Bin Rojikin atas bacaan doa dan pimpinan selawat sebentar tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis tepian titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Dihormati Encik Ramlan Bin Mamat

Guru besar Sk Jelotong

Yang Diraikan

Puan Limah Binti Arip

Yang Berusaha Puan Salmiah Binti Parto

Guru penolong kanan pentadbiran Sk Jelotong

Yang Berusaha Encik Zamzam Bin Toimin

Penolong Kanan Hal-ehwal Murid Sk Jelotong


Yang Berusaha Encik Suhaimi Bin Baharudin

Penolong Kanan Kokurikulum

Yang dihormati Encik Mohd Uzir Bin Kamal Din

Pengerusi Bahagian Kebajikan Guru dan Kakitangan

Seterusnya

Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis “Sanjungan Budi,Sentuhan Abadi” sempena persaraan Yang Diraikan Puan


Limah Binti Arip

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada ilahi kerana dengan
limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk
meraikan Puan Limah Binti Arip, dalam Majlis “Sanjungan Budi,Sentuhan Abadi”

Jasamu dikenang

Budimu tak terbilang

Semangatmu dijulang

Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan
oleh Yang Diraikan Puan Limah Binti Arip, sepanjang perkhidmatan beliau di dalam
dunia pendidikan yang berakhir sebagai guru di Sk Jelotong
Persembahan 1 Para hadirin yang dihormati sekalian,

Harum kenanga menusuk sukma

Dahan menjalar daunnya berduri

Beralih kita agenda pertama

Persembahan pelajar penambah seri

Untuk itu, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan daripada murid tahun 3
Cemerlang dengan lagu yang bertajuk Terukir di Bintang. Kumpulan ini dipimpin oleh
Puan Erdayu Nisnan dan juga Puan Siti Nursyafeqah Binti Sukor.

Ucapan terima kasih kepada pelajar atas persembahan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Ucapan Kasih
Ketua Murid Tak molek jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis menjemput adik Muhammad Muaz Bin Abd Aziz, Ketua Murid SK Jelotong bagi
mewakili murid-murid untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Ucapan Terima kasih diucapkan kepada Muhammad Muaz Bin Abd Aziz atas ucapan sebentar
Pengerusi tadi.
BKGK
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada pengerusi Bahagian Kebajikan Guru dan
Kakitangan iaitu Encik Mohd Uzir Bin Kamal Din

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada


Encik Mohd Uzir Bin Kamal Din atas ucapan yang begitu bermakna itu tadi

Ucapan Gb Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang dihormati Encik Ramlan Bin Mamat,
Guru besar Sk Jelotong. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Encik Ramlan Bin Mamat, Guru besar Sk
Jelotong atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Persembahan Hadirin sekalian,


2 Teratai menguntum tepian kesuma
Jangan dipetik tumbuhnya subur
Selesai ucapan penuh bermakna
Selingan majlis semoga terhibur

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan khas daripada murid-murid.

Untuk itu dipersilakan adik Adham daripada tahun 5 Cemerlang dan adik Hanafi
daripada tahun 6 Cemerlang untuk mempersembahkan lagu ‘Ingat-Ingat’. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan itu tadi. Semoga kita terhibur dengan persembahan
khas yang cukup istimewa sebentar tadi. Mereka juga dibimbing oleh Puan Erdayu
Nisnan serta Puan Siti Nursyafeqah Binti Sukor. Terima kasih diucapkan.
Para Hadirin yang kami muliakan,

Tayangan
Slaid
Sentuhan Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Abadi Itu adat, itu lumrah kehidupan

Begitulah rentetan perjalanan

Walau sukar untuk ditelan

Tapi kaki tetap mengorak jalan

Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena


persaraan Yang Diraikan Puan Limah Binti Arip.

*** Persembahan multimedia

Persembahan Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan
3 dan 4 Yang Diraikan Puan Limah Binti Arip. Terima kasih kepada team unit ict SKJ dan
individu yang menjayakan persembahan tersebut.

Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Hadirin yang dihormati,

Seterusnya, marilah kita nikmati pula persembahan daripada murid tahun 6


Cemerlang yang akan menyanyikan lagu ‘Kenangan Terindah’. Buat pengetahun semua,
kumpulan ini dibimbing oleh Cik Nik Nurisya Binti Mohd Kamarol Zaman dan Cik
Huzaimah Binti Mon. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ucapan terima kasih atas persembahan itu tadi.


Kini, tibalah giliran murid-murid daripada tahun 6 Gemilang membuat persembahan.
Kumpulan yang dibimbing oleh Puan Erdayu Nisnan dan Puan Siti Nursyafeqah binti
Sukor akan mempersembahkan 2 buah lagu iaitu Doa Perpisahan dan Bertemu dan
Berpisah.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tahun 6 Gemilang atas persembahan
itu tadi.

Hadirin yang dimuliakan,


Ucapan
Petik si dara bunga keladi
Perpisahan
Untaian melur indah dikarang
Yang Dirai Banyak budi perkara budi
Tidak sama budimu seorang
Puan Limah
Binti Arip
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan Puan Limah Binti Arip. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan
Puan Limah Binti Arip atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Memotong Hadirin yang dimuliakan,


pulut kuning

Seperti yang kita sedia maklum bahawa hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Puan
Limah Binti Arip.

Untuk itu, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk beliau.
Sebelum itu, terlebih dahulu majlis menjemput Puan Limah Binti Arip
dengan diringi oleh GPK 1, Puan Salmiah Binti Parto dan juga penolong penyelaras,
iaitu Puan Fadzilah Binti Abd Kadir tampil ketengah pentas untuk memotong pulut
kuning sempena hari lahir beliau. Dipersilakan.

Hadirin yang dimuliakan,


Sama-sama kita nyanyikan lagu selamat hari jadi buat Puan Limah Binti Arip.
Selamat hari jadi, selamat hari jadi cikgu Hayati, selamat hari jadi…

Terima kasih diucapkan kepada Puan Limah Binti Arip yang sudi menyempurnakan
majlis. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan juga hadirin sekalian.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Penyampaian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai
Hadiah & tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Puan Limah binti
cenderamata Arip.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Puan, Guru
Besar Sk Jelotong, Encik Ramlan bin Mamat mengiringi Yang Diraikan Puan Limah
Binti Arip untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Rujuk senarai hadiah…

Salam dan Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang kenangan khusus untuk Yang
Lambaian Diraikan Puan Limah Binti Arip.
Perpisahan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Limah Binti Arip
atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan
terima kasih di atas kesudian Yang dihormati Encik Ramlan Bin Mamat mengiringi
Yang Diraikan Puan Limah Binti Arip.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata
sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.

Untuk Puan Limah..

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,

Tiada terkalam kasih dijunjung,

Jasa baktimu tetap dikenang,

Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.


Penutup Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Limah Binti Arip
kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua

mendoakan agar Yang Diraikan Puan Limah bertambah ceria dan bahagia dalam
kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi,Sentuhan
Abadi” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Mari dipetik cempaka melata


Tunjang tersisa seutuh tali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum


Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Dipersilakan Puan Limah Binti Arip diiringi oleh Puan Salmiah dan Puan Fadzilah ke mesin perakam
waktu sebagai simbolik tamatnya perkhidmatan beliau selama 23 tahun di Sk Jelotong ini.

Anda mungkin juga menyukai