Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS SANTAPAN KASIH

27 APRIL 2017 (KHAMIS)

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


PEMBACA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ketibaan
Tetamu Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana
majlis kita akan bermula sebentar lagi.

(paluan kompang)

(selawat – semua tetamu bangun)

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Hajjah


Sharifah Binti Yusof dengan diiringi dif-dif
kehormat masuk ke dalam dewan .

(Pn Sharifah terus ke meja santapan)

Persembahan Hadirin sekalian, pembuka majlis pada hari ini…


tarian sama-sama kita saksikan persembahan tarian zapin
dan joget daripada murid-murid SK Taman
Melawati.
Sama-sama kita saksikan.
Nyanyian Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku.
Lagu Dif-dif kehormat dan para hadirin dijemput
Negaraku berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)
Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Bacaan Doa Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,


salam sejahtera, dan Salam 1 Malaysia.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh:
Al Fadil Ustaz Raja Sharudin Bin Raja Saidin
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al
Ucapan Fadil Ustaz Raja Sharudin Bin Raja Saidin
Alu-aluan atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha
Puan Marisanam Binti Jantan
Pengerusi Majlis ”Sanjungan Budi, Lambaian Kasih”
merangkap Penolong Kanan Pentadbiran SK Taman
Melawati,

Yang Dihormati
Puan Suhaila Binti Elias
Wakil Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Yang Dihormati,
Encik Alwan Bin Ginen
Pengerusi Majlis Guru Besar Negeri Selangor

Dato’ Ir Fauzi Bin Omar


Yang Dipertua PIBG SK Taman Melawati

Barisan Penolong Kanan SK Taman Melawati, Dato’-


Dato’, Datin-Datin, Guru Besar-Guru Besar, Mantan
Guru Besar-Guru Besar, Penolong Kanan – Penolong
Kanan, guru-guru, Jawatankuasa PIBG, Hadirin
hadirat dan seterusnya,

Yang Diraikan
Puan Hajjah Sharifah Binti Yusof
Guru Besar SK Taman Melawati

Selamat datang ke
Majlis “Santapan Kasih” sempena persaraan Yang
Diraikan
Puan Hajjah Sharifah Binti Yusof,
Guru Besar SK Taman Melawati.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur


Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya,
maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada
pagi ini untuk memeriahkan Majlis “Santapan
Kasih”.

Hadirin sekalian
Ucapan Puan
Marisanam Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis menjemput
Yang Berusaha Puan Marisanam Binti Jantan,
Penolong Kanan Pentadbiran,
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Ucapan Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima


Encik Alwan kasih kepada Yang Berusaha Puan Marisanam Binti
Bin Ginen Jantan, Penolong Kanan Pentadbiran atas ucapan
sebentar tadi.

Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan ucapan


daripada Yang Dihormati Encik Alwan Bin Ginen ,
Pengerusi Majlis Guru Besar Negeri Selangor.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Persembahan Majlis Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


Multimedia dan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati
Encik Alwan Bin Ginen , Pengerusi Majlis Guru
Besar Negeri Selangor atas ucapan sebentar tadi.

Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan


persembahan multimedia sempena persaraan Yang
Diraikan Puan Hajjah Sharifah Binti Yusof.

Ucapan Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan


Yang Dirai persembahan multimedia sempena persaraan Yang
Puan Diraikan Puan Sharifah Binti Yusof.
Sharifah
Binti Yusof Hadirin yang dihormati,
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada, Yang
diraikan Puan Hajjah Sharifah Binti Yusof.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(muzik berita kepada kawan)


Seterusnya majlis menjemput Yang Diraikan Puan
Hajjah Sharifah Binti Yusof dengan diringi oleh
keluarga dan dif-dif kehormat untuk ke tengah
pentas bagi menyempurnakan upacara memotong
manisan sebagai simbolik majlis santapan kasih.
Dipersilakan.

Turut dijemput dif-dif kehormat naik ke pentas


untuk bersama-sama Yang Diraikan Puan Sharifah
Binti Yusof untuk menyempurnakan upacara
memotong manisan. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajjah


Sharifah Binti Yusof kerana sudi menyempurnakan
majlis.
Terima kasih kepada semua hadirin.
Dijemput Yang Diraikan Puan Hajjah Sharifah Binti
Yusof bersama-sama dif-dif kehormat untuk
kembali ke meja utama.

Seterusnya dijemput semua hadirin untuk menjamu


selera.

Hadirin sekalian, sebelum kita teruskan majlis ini,


saya dengan berbesar hatinya menjemput
pengacara jemputan pada hari ini…
dipersilakan artis tidak asing lagi…
berikan tepukan…
Puan Sharifah Shahirah….

Persembahan Hadirin sekalian,


Memoir Majlis akan diserikan lagi dengan persembahan-
Terindah persembahan muzikal.

1) En Nasarudin Bin Abdul Razak


-
2) Puan Noraisyah Binti Nasarudin
-
3) Encik Ahmad Mahafiz Bin Mohd Zain
-
4) Dato’ Ir. Fauzi Bin Omar
-
5) Puan Sharifah Shahirah
-

Penyampaian Hadirin sekalian,


Hadiah & Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian
cenderamata hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-
kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini
iaitu Puan Hajjah Sharifah Binti Yusof.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan Yang diraikan Puan
Hajjah Sharifah Binti Yusof, diiringi oleh dayang-
dayang naik ke pentas untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Majlis akan dimulakan dengan penyampaian


cenderamata daripada….

Selesai Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata


penyampaian kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Puan
cenderamata Hajjah Sharifah Binti Yusof.

Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih


kepada semua penyampai cenderamata sebentar
tadi.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang


Diraikan Puan Hajjah Sharifah Binti Yusof untuk
kembali ke meja utama diiringi oleh dayang-dayang.
Dipersilakan.

Sesi
Bergambar

Penutup Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung majlis.

Majlis merakamkan penghargaan terima kasih


kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan
Majlis “santapan kasih” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi
Wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai