Anda di halaman 1dari 3

Begitulah tadi tayangan lagu kebangsaan “Negaraku” dan diikuti

dengan lagu sekolah “Ke mercu Jaya”

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh


dan salam sejahtera

Yang Berusaha, Puan Sabtuyah binti Chee, pengetua SMK Seri Setia
Yang dihormati Encik Ong Siaw Kit, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati Encik Haili bin Maharup, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid,
Yang Dihormati Encik Julius anak Mundor, Penolong Kanan
Kokurikulum,
Barisan Guru Kanan
Yang dihormati Yang Di Pertua PIBG, Encik Ismail bin Ali,
rakan guru, rakan anggota kumpulan pelaksana serta murid-murid
yang dikasihi sekalian,
                                                                                      
Selamat Datang ke : Majlis Lambaian Kasih sempena Persaraan Puan
Than Lee Fei, Perpindahan Encik Azhan Shakir bin Mahmud dan Puan
Fatimah binti Idi.

Kalau pergi ke tanjong keramat


Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon Rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini,


marilah sama-sama kita memperdengarkan dan mengaminkan bacaan
doa yang dibacakan oleh Ustaz Ahmad bin Harun.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ahmad bin Harun atas bacaan
doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Seterusnya, marilah sama-sama kita mendengar ucapan daripada
Yang Diraikan iaitu Puan Than Lee Fei, Encik Azhan Shakir bin
Mahmud dan Puan Fatimah binti Idi

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Diraikan atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Penghargaan daripada


Pengetua SMK Seri Setia, Puan Sabtuyah binti Chee. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Puan Sabtuyah binti Chee atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan “Tayangan Slaid Bingkisan Ucapan


daripada Warga SMK Seri Setia”

Marilah sama-sama kita saksikan. Dipersilakan.

Begitulah tadi Tayangan Slide Bingkisan Ucapan daripada Warga


SMK Seri Setia.

Hadirin yang dihormati, Majlis kita diteruskan lagi dengan tayangan


Slide “Sepanjang Jalan Kenangan Puan Than Lee Fei, Encik Azhan
Shakir bin Mahmud dan Puan Fatimah binti Idi di SMK Seri Setia”
Marilah sama-sama kita saksikan tayangan slide ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung


Hendak membeli tikarlah rotan
Budi dikenang bakti disanjung
Kekal subur dalam ingatan

Seterusnya kita akan menyaksikan tayangan Slide “Majlis Penyerahan


Nota Serah Tugas, Penyampaian Cendermata, dan “Thumb Print
terakhir” Puan Than Lee Fei, Encik Azhan Shakir bin Mahmud dan
Puan Fatimah binti Idi di SMK Seri Setia. Marilah sama-sama kita
saksikan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Panjang sungguh jambatan Pulau Pinang


Sempat berhenti di Tanjung Uban
Jasa tuan puan tetap dikenang
Semoga diberkati diredhai Tuhan

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung majlis.

Terima kasih diucapkan dan tahniah kepada Yang diraikan iaitu Puan
Than Lee Fei, Encik Azhan Shakir bin Mahmud dan Puan Fatimah binti
Idi kerana sudi bersama kita pada petang ini dan kami semua
mendoakan agar Puan Than Lee Fei, sentiasa dalam keadaan sihat
dan bahagia bersama keluarga tercinta, serta kepada Encik Azhan
Shakir bin Mahmud semoga anda berjaya mengenggam Ijazah Sarjana
dan tidak akan putus asa untuk menabur bakti kepada anak bangsa
dan kepada Puan Fatimah binti Idi semoga puan terus melakar
kejayaan di tempat baharu. Ingat-ingat lah kami di sini selalu.

PUCUK PAUH DELIMA BATU


ANAK SEMBILANG DITAPAK TANGAN
BIAR JAUH DINEGERI SATU
HILANG DI MATA DI HATI JANGAN

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Saya sebagai Pengacara Majlis pada petang ini, memohon ampun dan
maaf sekiranya ada tersalah tutur kata, sehingga kita berjumpa lagi
majlis lain.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai