Anda di halaman 1dari 8

TEKS JURUACARA

PROGRAM DTP : LEADERSHIP BENCH MARKING : INSPIRING LEADER 2.0


SEKOLAH RENDAH

TAHUN 2023

AKTIVITI/ MASA AGENDA CATATAN


KEHADIRAN
ROMBONGAN
KOMPANG FORMASI

MENGUMUMKAN KETIBAAN

UMUM KETIBAAN Ikut keperluan


Dif-dif kehormat diiringi Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Padang Temu masuk ke dewan.

ALUAN PENGERUSI
MAJLIS (2 minit) MENJADI TATAPAN PENYERI MATA,
LAMAN SEPADU BERSERI INDAH,
MAJLIS DIBUKA TIRAI BERMULA,
DENGAN ALUNAN MADAH YANG INDAH

Bismillahirrahmanirrahim,
Para hadirin yang dimuliakan,

Bermulanya bunyi menjadi aksara,


Daripada aksara terbentuklah kata,
Kata membuka bicara,
Maka terbinalah ilmu yang diikat, Sebut jika ada.
Oleh akal, budi dan bicara, Kalua tiada
Melalui bicara, boleh
umumkan
Kata-kata tinta dan pena,
ketibaan
Membina tamadun bersama.. kemudian

Yang berusaha,
ENCIK YUSRI BIN SEMAN,
Pegawai Pendidikan daerah Melaka Tengah

Yang berusaha,
PN HAJAH NOR HAMIZAH BINTI DAUD
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Temu
Yang dihormati,
Pegawai SIP+ dan SISC+ serta pegawai-pegawai dari Pejabat
Pendidikan Daerah Melaka Tengah

Yang dihormati
Barisan Guru Besar Daerah Melaka Tengah

Yang dihormati
Barisan Guru Penolong Kanan SK Padang Temu

Yang dihormati,
Guru-guru dan hadirin Sekalian.

Salam Malaysia Madani,

Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia,

Salam JPN Melaka, Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik,

Negara Sejahtera,

#JPN Melaka BITARA

Salam SEPADU

Sehati Mengungguli Prestasi, Nothing Is Impossible.

Terima kasih kepada semua kerana memenuhi dewan SEPADU


pada hari ini dan selamat datang diucapkan kepada semua ke
Sekolah Kebangsaan Padang Temu.

Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera,

GUNUNG LEDANG AIRNYA TENANG,


DITIUP BAYU KABUS PUN HILANG,
SELAMAT DATANG SELAMAT BERTANDANG,
KE MAJLIS KAMI YANG PENUH GEMILANG.
Pada petang Yang Penuh Ceria, Majlis Berbesar Hati Mengalu-
Alukan Kehadiran Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Ke..

PROGRAM DTP : LEADERSHIP BENCH MARKING :


INSPIRING LEADER 2.0 SEKOLAH RENDAH BAGI TAHUN
2023

BERBUSANA INDAH SI ANAK WATAN,


SENYUM MEMIKAT HINGGA KE HATI,
MENADAH TANGAN MEMOHON KEBERKATAN,
SEMOGA MAJLIS SENTIASA DI RAHMATI.

Hadirin yang dimuliakan;

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita semua ,
dengan sanubari yang bersih , minda yang jernih,
menghimpunkan segala harapan dan hasrat, dengan bait-bait doa
serta munajat.

BACAAN DOA (3
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
minit)
Ustaz Sahril bin Yusof
untuk memimpin bacaan doa.

*********************************

Amin..amin, ya robbal alamin.. Semoga pertemuan kita pada hari


ini dipelihara, Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,
Menambah tautan kemesraan,Serta.Berpisahnya kita nanti, akan
diiringi dengan seribu ketenangan.

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih atas bacaan


doa sebentar tadi.

WACANA Hadirin yang dimuliakan,


KEPIMPINAN (10
Majlis kita pada petang ini diteruskan dengan Wacana Kepimpinan
minit)
dari

PN. HJH NOR EZAH BINTI MUHAMMAD


PEGAWAI SIP + PPD MELAKA TENGAH
Oelh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*****************************************

Majlis mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih di atas


ucapan dan perkongsian itu tadi.

Hadirin sekalian,
Majlis kita pada hari ini diteruskan dengan tayangan video
korporat SK padang Temu. Marilah sama-sama kita saksikan.
TAYANGAN
VIDEO *********************************
KORPORAT (5
Minit)
Demikianlah tadi tayangan video korporat yang telah dihasilkan
oleh guru-guru SEPADU.

Hadirin Sekalian.

Majlis akan diteruskan lagi dengan taklimat dan perkongsian


Amalan Terbaik yang akan disampaikan oleh

YANG BERUSAHA,
PERKONSIAN PUAN HAJAH NOR HAMIZAH BINTI DAUD,
AMALAN BAIK TUAN GURU BESAR
OLEH GB (30 SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TEMU.
MINIT)
Oleh itu majlis mempersilakan.
*********************************

Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar di atas taklimat


sebentar tadi.
Tengok
UCAP TAMA Hadirin hadirat, sidang dewan sekalian, keadaan.
PEGAWAI Kalau awal
PENDIDIKAN SANGGUL INDAH IDAMAN PUTERI, dtg boleh bg
DAERAH ucapan.
BUAT DIPAKAI PUTERI JELITA,
MELAKA Kalau
SUDILAH TUAN TAMPILKAN DIRI,
TENGAH (10 lambat
BERIKAN UCAPAN SEPATAH KATA
MINIT) boleh
kemudian
Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan ucapan yang akan di
sampaikan oleh

ENCIK MOHD YUSRI BIN SEMAN


TUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MELAKA TENGAH

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********************************

ITIK SEKAWAN BERENANG-RENANG,


LARI DIKEJAR ITIK SERATI,
PESANAN TUAN SENTIASA DIKENANG,
TERSEMAT KEMAS DI DALAM HATI

Majlis mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih di atas


ucapan itu tadi.

Hadirin yang dimuliakan,..

Majlis diteruskan lagi dengan acara menandatangani sijil bagi


Program Jalinan Pintar di antara Pejabat Pendidikan Melaka
Tengah dan SK Padang Temu.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


PN. HAJAH NOR HAMIZAH BT HJ DAUD
TANDA TANGAN
SEBAGAI
bersama-sama YDP Majlis Guru Besar Setiu iaitu
SIMBOLIK
PROGRAM
ENCIK YUSRI BIN SEMAN
JALINAN PINTAR
(10 MINIT) untuk ke pentas bagi menunurunkan tandatangan sebagai
simbolik jalinan pintar.

Dengan itu majlis mempersilakan.


*********************************

Terima kasih diucapkan kepada Tuan PPD di atas kesudian


menandatangani sijil sebentar tadi.
PENYAMPAIAN Untuk itu,
SIJIL Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan cenderahati.
PENGHARGAAN
Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
PUAN HAJAH HAMIZAH BINTI DAUD, GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TEMU,
untuk menyempurnakan upacara tersebut.

Dipersilakan

ENCIK ZAINUDDIN BIN DOLLAH


DAN
YDP MAJLIS GURU BESAR SETIU
CENDERAHATI
untuk menerima sijil dan cenderahati. Dipersilakan.
(5MINIT)

*********************************

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Hamizah Binti Daud


dan En Yusri bin Seman diatas kesudian menyempurnakan majlis
sebentar tadi.

PENGUMUMAN Sidang hadirin yang budiman,..


MERCU SEPADU Tak lengkap sekiranya sudah sampai di SEPADU tetapi tidak
melawat kawasan yang ada. Untuk makluman semua, di SEPADU
terdapat beberapa kawasan yang menarik yang boleh dilawati
antaranya:
i. Laman Minda Sihat (Sebelah dewan)
ii. Tandas-tandas viral bagi rumah sukan hijau, merah,
kuning dan biru di blok pentadbiran, blok tahun tahap satu
dan tahap dua yang meliputi tandas guru dan murid.
iii. Laluan HIP yang merupakan sebahagian daripada Inovasi
Peringkat Kebangsaan 2022
iv. Taman HIP Sumbangan PIBG
v. Laluan Panitia
vi. Taman-taman Panitia
vii. Bilik TS25
viii. Taman Herba
ix. Kebun Alam Sekitar
x. Galeri Walk PPKI sesuai untuk sekolah yang mempunyai
kelas Pendidikan khas
xi. Smart Classroom
xii. Sudut bertema dan
xiii. Sudut Gempak Starz
Kata orang lama,

BERKAYUH DAH SAMPAI KE MUARA,


BERENANG DAH SAMPAI KE TEPIAN,
BERLARI DAH SAMPAI KE GARISAN,
BERJALAN DAH SAMPAI KE PENGHUJUNG.

OLEH ITU,

PROGRAM DTP : LEADERSHIP BENCH MARKING :


INSPIRING LEADER 2.0 SEKOLAH RENDAH

telah sampai ke penghujungnya.

Untuk makluman, selepas ini akan diadakan acara perasmian


Rumah Melaka yang telah siap dibina sebelum tuan-puan melawat

UCAPAN kawasan sekolah.

PENUTUPAN
MAJLIS Oleh itu, majlis merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan
terima kasih kepada Semua kerana sudi melapangkan masa
untuk hadir ke majlis pada petang ini.

Sebelum berakhir, kami pihak majlis ingin mohon kemaafan di


atas segala kekhilafan..

Kemaafan menjunjung diri,


Terima kasih memayung budi.

Bagi meneruskan acara perasmian, dijemput Tuan PPD EN Yusri


bin SEMAN diiringi Pn Hajah Nor Hamizah binti Daud Bersama-
sama tetamu jemputan menuju ke rumah Melaka bagi upacara
perasmian tersebut.

Sekian,
Wabillahi taufik walhidayah wssalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai