Anda di halaman 1dari 5

MENGUMUMKAN KETIBAAN PUAN ZARINI BINTI AHMAD,

PENOLONG KANAN HEM SMK BATU 5


Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum w.t.h, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Yang berusaha Puan Zarini binti Ahmad, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid SMK Batu 5,
Yang berusaha Encik Arif bin Yahya, Kem Komandan,
Yang berusaha Puan Salina binti Maydin, Penolong Kem
Komandan,
Yang dihormati Encik Akmal Nizam bin Abdullah, Ketua Jurulatih
Kem PLKN Rimba Taqwa,
Yang dihormati Encik Idris bin Hassan, Penyelaras Kenangan
Budi Curahan Bakti,
Yang berbahagia Encik Amir bin Dahlan, Yang Dipertua PIBG
SMK Batu 5,

Saudara Mohd Sharifuddin Mustaqim bin Idris, Penghulu yang


kami sayangi, para jurulatih Kem PLKN Rimba Taqwa, guru-guru
pengiring , barisan urusetia Kursus Asas Kepimpinan Remaja
Peringkat Sekolah Menengah tahun 2015 dan seterusnya para
peserta sekalian.
Para hadirin sekalian,
Buluh diasah jalinan disemat,
Gubahan diolah bawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan saudara
Mohd. Izz bin Mohd Hadri untuk memipin bacaan doa.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd. Izz bin Moohd
Hadri atas bacaan doa sebentar tadi.
Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan keizinanNya, maka
kita telah diberi keupayaan untuk merealisasikan Kursus Asas
Kepimpinan Remaja Peringkat SMK Batu 5 selama 3 hari 2
malam.
Para hadirin sekalian,
Pemimpin adalah merupakan individu yang amat penting
dalam satu-satu organisasi atau pertubuhan. Atas kesedaran

inilah, maka kursus ini telah dirancang khas yang berfokuskan


kepada beberapa objektif.
PERTAMA - Melahirkan pemimpin yang berdedikasi dan
berketerampilan.
- Meningkatkan jati diri dan sentiasa bersedia
berkhidmat dalam
apa jua keadaan.
- Dan akhir sekali, berupaya mengaplikasikan segala
ilmu yang
diperolehi.
Para hadirin sekalian,
Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput penghias tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memberi kata aluan.
Bagi meneruskan aturcara, pihak majlis dengan segala
hormatnya menjemput Yang Dihormati Encik Amir Bin Dahlan,
Yang Dipertua PIBG SMK Batu 5, untuk memberi ucapan.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Amir bin Dahlan atas
ucapan sebentar tadi.
Seterusnya, marilah sama-sama kita mendengar ucapan wakil
pelajar.

Untuk itu, dipersilakan saudara Mohd Sharifudin Mustaqim bin


Idris, Penghulu Kursus Asas Kepimpinan Remaja peringkat
Sekolah Menengah untuk memberi ucapan.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Sharifudin
Mustaqim bin Idris atas ucapan itu tadi.
Tuan-tuan dan hadirin sekalian,
Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.
Bagi menjadikan majlis ini lebih bermakna, majlis dengan suka
citanya menjemput Puan Zarini binti Ahmad, Penolong kanan
HEM SMK Batu 5 untuk memberi ucapan dan seterusnya
merasmikan penutupan Kursus Asas Kepimpinan SMK Batu 5
tahun 2015.
Dipersilakan.
Demikian tadi ucapan perasmian penutup yang telah
disempurnakan oleh Puan Zarini binti Ahmad, majlis
merakamkan ucapan terima kasih.
Seterusnya, upacara penyampaian hadiah.

Bagi mengendalikan slot ini, saya serahkan kepada Puan


Fuziyah Ismail.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Fuziyah.
Para hadirin sekalian,
Seterusnya kita akan akhiri majlis ini dengan nyanyian 3 buah
lagu iaitu ;
I.
II.
III.

Lagu 1Malaysia
Lagu sekolah dan
Lagu Negeri Kedah

Anda mungkin juga menyukai