Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

PELANCARAN BULAN DAKWAH & IHYA RAMADAN 1444H/2023M


SMK CYBERJAYA

Ucapan Alu-aluan ‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬


Pengacara Majlis Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
‫ والصالة والسالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬,‫الحمد هلل رب العالمين‬
‫قال رب اشرح لي صدري ويسرلي امري وحلل عقدة من‬,‫وعلى آله وصحبه اجمعين‬
‫لسان يفقه قولي‬

Yang berusaha USTAZ SALEHIN BIN ABDULLAH Pengetua


SMK Cyberjaya

Yang dihormati PN CHE NOR ROSMAWATI BT. YAHAYA


Penolong Kanan Petang

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran

Kaunselor sekolah

Guru-guru serta murid-murid yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah, selaut kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana


dengan izin-Nya jua kita dapat bersama-sama untuk menjayakan
Pelancaran Program Dakwah dan Ihya Ramadan Peringkat Sekolah
Menengah Kebangsaan Cyberjaya bagi tahun 2023 Masihi
bersamaan tahun 1444 Hijri.
Untuk makluman semua antara objektif diadakan program
Sambutan Ihya Ramadan ialah:

1. Menghidupkan Ramadan dengan aktiviti yang boleh


mempertingkatan ketaqwaan warga sekolah.
2. Mencetuskan rasa bangga dan syukur dengan Rahmat Allah
swt dengan tibanya Ramadan.
3. Memupuk sikap bersedia menyumbang tenaga dan usaha
walaupun dalam keadaan kesempitan, lapar dahaga dan
keletihan.
4. Menggalakkan individu melaksanakan amalan-amalan
ibadah dalam bulan Ramadan.

Bacaan Doa Murid-murid yang dikasihi sekelian,

Kalau pergi ke Tanjung Keramat


Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon Rahmat
Moga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan


adik WAN MUHAMMAD AMMAR B.WAN MOHD ZAKRI
dari 2 Topaz untuk membacakan doa. Dipersilakan…

Bacaan doa Amin-amin ya Rabbal Alamin, semoga dengan bacaan doa itu tadi
majlis kita berjalan lancar dan diberkati Allah.

Bacaan Ayat al- Amin-amin ya Rabbal Alamin, semoga dengan bacaan doa itu tadi
Quran dan Ibrah majlis kita berjalan lancar dan diberkati Allah.
Seterusnya kita akan disajikan dengan alunan bacaan ayat suci al-
Quran oleh adik MUHAMMAD ADAM B.MOHD FIRDAUS
dari 2 Topaz. Beliau akan memperdengarkan bacaan ayat suci
alquranul karim surah alBaqarah bermula dari ayat 183 hingga 187.
Dikuti dengan Ibrah disebalik ayat tersebut pula akan disampaikan
oleh adik MUHAMMAD DANISH IRSYAD B. ZULKIFLI dari
2Topaz. Dipersilakan…

Tazkirah Ramadan Murid-murid yang dikasihi sekelian,


Majlis akan diteruskan dengan sedikit sentuhan untuk kita semua
iaitu Tazkirah Ramadan. Untuk itu, majlis mempersilakan kepada
adik ALESYA BINTI ARMAN dari 2 Ametysh untuk
menyampaikan tazkirah. Dipersilakan….

Gimik Sambutan Masjil mengucapkan terima kasih kepada adik ALESYA BINTI
Ihya Ramadan ARMAN atas tazkirah Ramadan sebentar tadi. Diharapkan agar
kita semua mengambil pengajaran dari apa yang disampaikan.
Ucapan Perasmian Murid-murid sekelian,
Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang bulan Ramadan ini.Kita
akan mulakan dengan SMK Berselawat, SMKC Berzanji dan
SMKC Bertadarus pada hari esok.. diikuti pd hari berikutnya
tadarus murid dan guru, tazkirah 5 minit dan tabung Infaq
Ramadan. Untuk itu Murid-murid diminta membawa tafsir alquran.

Jangan tertawan alpa duniawi


Hanya Indah Serupa mimpi
Duhai pahlawan kesatria pertiwi
Hulurkan madah kata perasmi

Sebagai acara kemuncak, majlis mempersilakan Us Salehin bin


Abdullah Pengetua SMK Cyberjaya yang kita sayangi untuk
menyampaikan ucapan perasmian seterusnya melancarkan Program
Bulan Dakwah dan Ihya Ramadan Peringkat Sekolah Menengah
Kebangsaan Cyberjaya bagi tahun 2023 Masihi bersamaan 1444
Hijri
Serta pelancaran Tabung Ramadan.
Penutup Terima kasih diucapkan kepada Us Solehin atas ucapan perasmian
serta pelancaran Bulan Dakwah dan Ihya Ramadan sebentar tadi.
Adalah diharapkan agar murid-murid dapat mengambil perhatian
terhadap apa telah yang disampaikan oleh tn Pengetua kita.
Saya akhiri majlis ini dengan sepotong hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim dan serangkap pantun

‫ من صام رمضان‬:‫أن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم قال‬


‫إيمانا ً واحتسابا ً غفر له ما تقدم من ذنبه‬
Maksudnya: Sesiapa berpuasa Ramadan atas dasar iman dan
mengharap pahala daripada Allah, maka akan diampuni dosanya
yang telah lalu.

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta.

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang kurang itu dari
kelemahan diri saya sendiri. Saya akhiri dengan lafaz yang mulia,
wabillah hi taufiq walhamdulillah wassalamualaikum wbth.

Kita tangguhkan dengan bacaan Tasbih kaffarah dan surah Al-Asr

Anda mungkin juga menyukai