Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADAN DAN MAJLIS KHATAM AL QURAN

CUE / ANN CATATAN

Guru-guru dan murid-murid mengambil tempat

Tema diberi Barakahnya Ramadhan,


Bulan dituntut untuk berpuasa
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka bicara

Dengan bismillah…lafaz dimula,


Dengan bismillah… restu dipinta,
Segala usaha telah pun mendapat hidayat-Nya,
Semoga beroleh seluruh berkat-Nya.

- Yang berusaha,
En Awang Bin Mahali, Guru Besar SK Karamunting
En Habib Abdul Rahman Bin Habib Mahmud ( Penolong
Kanan SK Karamunting)
Puan Nurazie Bt Intang (Penolong Kanan HEM)
Puan Sabaria Bt Abidin, Penolong Kanan Petang
En Mohd Aris Bin Arshad (Penolong Kanan Kokurikulum)

Guru guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

- Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana


dengan izin Nya dapat kita bersama-sama berkumpul
pada pagi yang mulia ini, 26 Ramadan Tahun 1443 hijrah
Islam bagi meraikan Majlis Penutupan Program Ihya

1
MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADAN DAN MAJLIS KHATAM AL QURAN

Ramadan dan Majlis Khatam Al-Quran peringkat Sekolah


Karamunting bagi tahun 2022.

Bacaan Doa

Tepi berangan Rumpunan buluh


Tempua Mendekat jinak dipikat
Menadah tangan jemari sepuluh
Doa dipanjat Memohon berkat

Bagi memberkati majlis, dijemput ustaz Zulkifli Ahmad Bin Jusoh


untuk mengetuai bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

(bacaan doa)

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.


Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis

Buat pengetahuan hadirin sekalian, Program Ihya Ramadan


merupakan program tahunan yang sentiasa dilaksanakan bagi
meraikan kedatangan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadan.
Sepanjang program ini di jalankan, pelbagai aktiviti telah
dilaksanakan oleh guru guru Panitia Pendidikan Islam SK
Karamunting seperti program tadarus Al-Quran, pertandingan
hafazan, pertandingan bercerita dan lain-lain.

Dalam tempoh program ini dilaksanakan, guru-guru dan murid-


murid juga diberi platform untuk menambah amal jariah melalui
kutipan derma yang dibuka sepanjang hari persekolahan dan
diselenggara rapi oleh pihak Panitia Pendidikan Islam SK
Karamunting.

2
MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADAN DAN MAJLIS KHATAM AL QURAN

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW


bersabda:

Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan


sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah
tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)

Ucapan Penyelaras Transisi

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

- Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan dengan


menjemput Penyelaras Program Ihya Ramadan bagi
tahun 2022, Ustazah Noormawaty Binti Jauhari untuk
menyampaikan ucapan alu aluan. Dipersilakan.

- Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar


tadi
Ucapan Perasmian Guru Besar

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Dengan ini majlis menjemput, Yang Berusaha Encik Awang Bin


Mahali untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
majlis Penutupan Program Ihya Ramadan bagi tahun 2022.

3
MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADAN DAN MAJLIS KHATAM AL QURAN

Dipersilakan

- Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan


perasmian sebentar tadi.
Tayangan Video

Majlis diteruskan dengan tayangan video yang memaparkan


aktiviti aktiviti sepanjang Program Ihya Ramadan dijalankan.
Dipersilakan

(Tayangan video tamat)

Demikianlah tadi tayangan video yang memaparkan aktiviti


aktiviti sepanjang program Ihya Ramadan bagi tahun 2022

Persembahan

Dari Kedah ke Kuala Perlis


Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Majlis kita pada pagi ini

Persembahan sebentar tadi telah dibimbing


oleh________________________

PENUTUP

Siang bertahan menghitung waktu,


Terawih tak lupa di malam hari,

4
MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADAN DAN MAJLIS KHATAM AL QURAN

Mahmudahkan diri setiap waktu,


Walau Ramadhan kan pergi esok hari.

Hadirin sekalian, dengan berakhirnya penyampaian hadiah


sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini.
Sebelum majlis bersurai, sebagai wakil pihak penganjur, kami
memohon ampun maaf atas kekurangan sepanjang majlis di
jalankan. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan segala
silap dan salah datangnya dari kelemahan diri kami.

Akhir sekali, sama-sama kita berdoa agar kita sentiasa diberkati


dengan kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan. Serta
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak
lama lagi.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai