Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacaraan Majlis

Khatam Al-Quran 1434H/2013




Kata-kata aluan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.t.b, salam
sejahtera dan selamat datang diucapkan kepada hadirin dan
hadirat sekalian ke Majlis Khatam al-Quran, SK Awat-Awat
bagi tahun 2013.

Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis.

Dengan lafaz yang mulia :

.
.


.


Yang Berusaha, Tuan Guru Besar SK Awat-Awat, Cik Masnah
binti Othman,

Yang dihormati, guru penolong kanak pentadbiran En Jamal
bin Abdullah, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Cik
Dayangku Hayati binti Malam, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, En Sinin bin Jaman, guru-guru, para ibu-bapa,
para peserta majlis khatam quran, murid-murid serta hadirin
hadirat, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa
kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa
kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita
dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran peringkat
sekolah SK Awat-awat.
Untuk pengetahuan hadirin,Majlis Khatam Al-Quran pada hari
ini melibatkan murid-murid tahun 6 SK Awat-Awat. Semoga
majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang
mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat
martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk
utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan
akhirat. Sesuai dengan firman Allah yang berbunyi:
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan
yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan berita
yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang
mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh
pahala yang besar

Surah al-Isra':9



Bacaan doa

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati.
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al-
Fadzil Ustaz Aliazali bin Ahmad. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Al-Fadzil Ustaz Aliazali bin Ahmad atas bacaan
doa itu tadi.

Perarakan masuk
peserta

Hadirin sekalian, kita mempersilakan perarakan masuk
peserta-peserta majlis khatam al-Quran. Dipersilakan para
peserta untuk mengambil tempat.

Majlis dimulakan.
Bacaan Takhtim &
Doa Khatam Al-
Quran.

Hadirin hadirat yang dimuliakan, majlis khatam al-Quran pada
tahun ini dimulakan. Untuk itu majlis dengan segala
hormatnya menjemput Al-Fadzil
Ustaz.........................................................................................
bagi memimpin majlis. Majlis Mempersilakan.

Alhamdulillah, selesai sudah majlis khatam al-Quran ini yang
disertai oleh .................orang murid SK Awat-Awat. Tahniah
diucapkan.

Ucapan guru besar

Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Persada ucapan akan diteruskan lagi dengan menjemput
Cik Masnah bin Othman, Guru Besar SK Awat-Awat untuk
menyampaikan ucapan seterusnya menutup rasmi Khatam Al-
Quran SK Awat-Awat ini. Majlis dengan penuh rasa takzimnya
mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih
kepada Cik Masnah bin Othman, Guru Besar SK Awat-Awat
atas ucapan beliau sebentar tadi.


Penyampaian sijil

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kini, tibalah kepada upacara penyampaian sijil kepada para
peserta majlis Khatam Al-Quran bagi tahun 2013. Untuk
tujuan itu, majlis menjemput Cik Masnah bin Othman, Guru
Besar SK Awat-Awat dengan diiringi oleh
...........................................................................................untuk
menyampaikan sijil kepada para peserta.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cik Masnah
bin Othman, Guru Besar SK Awat-Awat atas kesudian
menyampaikan sijil kepada para peserta sebentar tadi.


Penutup
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan.
Bunga melur bunga kenanga
Cantik disusun penyeri anjung
Al-Quran bagaikan intan permata
Al-Quran dijunjung umat disanjung

Bunga mawar cantik berseri
Mekar disirami si embun pagi
Majlis Khatam Al-Quran mengundur diri
Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.




Alhamdulillah. Sekalung penghargaan dan terima kasih
diucapkan kepada semua jemputan dan hadirin sekalian
kerana sudi hadir ke majlis pada pagi ini.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan
andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Bunga dedap di atas para,
Letak tepi dua pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Orang dagang ke puncak tahan,
di tanah rata menawar duka,
Umur panjang diizinkan tuhan,
Pasti kita bersua muka.

Kelemahan tidak terperi, kebaikkan tidak sekali, yang baik itu
datangnya daripada Allah dan yang pastinya yang lemah itu
daripada kelemahan kami sendiri.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah
wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi
AmnilLahi Taala wa ilal liqa, maas salamah
Jamuan
Dijemput kepada para tetamu untuk menikmati hidangan yang
telah disediakan.

Anda mungkin juga menyukai