Anda di halaman 1dari 2

Teks Pengacara Majlis Ihya Ramadhan 1434 H 31.7.

2013 Bil
Teks

Assalamualaikum w.b.t Yang Berbahagia , Ustaz Adham Nahib Jamil An-Nimnim, Imam Palestine Yang Berusaha, Ustaz Yusof Abdullah, Penyelia Kanan Pendidikan Islam, PPD Baling Sik, Yang Berusaha, Ustaz Mohd Mokhtar Md Isa, Pengetua SMK Agama Baling Yang Berusaha, Penolong-penolong Kanan, Guru-Guru Kanan, guruguru, sidang hadirin dan rakan-rakan pelajar sekalian. Alhamdulillah Syukur kita panjat ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin dan rahmat-Nya dapat kita berhimpun di majlis Ihya Ramadhan yang murni ini untuk sama-sama mendengar Tazkirah oleh Imam Palestine dan berbuka puasa bersama. Majlis ingin mengucapkan Ahlan wa sahlan kepada saudara kita dari Palestine dan sidang hadirin ke majlis Ihya Ramadhan . Sesungguhnya peluang bertemu sendiri dengan orang Palestine jarang kita perolehi , justeru marilah kita manfaatkan sepenuhnya peluang ini untuk mendapat gambaran jelas masalah saudara kita di Palestine. semoga pertemuan ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim kita sesama Islam. Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan Yang Berbahagia , al-Fadil Ustaz Adham Nahib Jamil An-Nimnim, Imam Palestine, untuk memberi Tazkirah diiringi al-Fadil Ustaz Mohd Zurin Shaari selaku penterjemah kita hari ini TAZKIRAH IMAM PALESTINE Majlis mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada AlFadhil Ustaz Adham Nahib An- Nimnim. Dan Ustaz Mohd Zurin Shaari. Semoga inti sari daripada tazkirah tadi dapat meningkatkan tahap kefahaman tentang masyarakat Palestine , agama dan ketaqwaan kita kepada Allah. Sidang hadirin yang sabar menanti, Selepas berbuka kita akan menunaikan solat Maghrib berjemaah dan selepas itu semua akan bergerak secara tertib ke Dewan Makan Al-Bukhari untuk menikmati jamuan .

Jam 7.36

Berikut dipersilakan saudara Mohd Izhar Ishak , untuk membaca doa berbuka puasa . Sebentar lagi , pada jam 7. 37 mlm akan kedengaran azan menandakan masuk waktu Maghrib dan waktu berbuka untuk daerah Baling .

Anda mungkin juga menyukai