Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

SEKOLAH RENDAH

Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewaganegaraan

Kelas : 5 Cemerlang

Bil. Murid : 20 orang

Masa : 8.45 – 9.45 pagi

Tarikh : 20 Jun 2010

Tema : 4: KENALI BUDAYA MALAYSIA

Tajuk : UNIT 7 : HARGAI WARISAN BUDAYA MALAYSIA

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran ini, murid akan dapat:-

1. menyenaraikan tarian dan alat muzik yang terdapat di negara kita.


2. mengapresiasikan kesenian dalam tarian dan alat muzik di negara kita.
3. berbangga dengan keunikan pelbagai tarian dan alat muzik yang terdapat di
negara kita.

Penerapan Nilai-nilai Murni

1. Menghargai warisan kita


2. Bekerjasama
3. Berbangga dengan warisan budaya kita

Unsur Patriotisme

1. Berbangga dengan alat muzik tradisional masyarakat Malaysia.


2. Bersyukur kerana menjadi warganegara Malaysia yang mempunyai pelbagai
kaum dan budaya.

Pengetahuan Sedia Ada

1. Murid pernah menyaksikan tarian singa.


Alat dan Bahan Bantu Mengajar

1. VCD tarian tradisional pelbagai kaum


2. Laptop
3. LCD
4. Beberapa kad gambar jenis-jenis alat muzik
5. Kad gambar jenis-jenis tarian
6. Kad –kad huruf
7. Lembaran kerja

Masa /
Aktiviti / Isi pelajaran Catatan
Langkah

Sumber P&P:
Tayangan VCD
berkaitan dengan
1. Murid ditayangkan dengan tayangan video
Set Induksi tajuk.
yang memaparkan berbagai jenis tarian
dan alat muzik dari berbagai kaum.
5 minit Nilai murni:
Menghargai warisan
budaya.

1. Guru bersoala jawab dengan murid tentang Sumber P&P


video yang dilihat sebentar tadi. Soal jawab secara
a) Apakah yang kamu lihat sebentar tadi? rawak
b) Pernahkah kamu lihat tarian-tarian
seperti ini sebelum ini? Nilai Murni
c) Di manakah kamu melihatnya?
Langkah 1
d) Kaum apakah yang menarikan tarian
ini?
10 minit
e) Pernahkah kamu melihat alat-alat
muzik seperti ini?
f) Bilakah alat-alat muzik ini dimainkan?

2. Murid disoal secara rawak.

Langkah 2 1. Murid diberi penerangan tentang pelbagai Sumber P&P


jenis tarian tradisional dan jenis-jenis alat Gambar-gambar
15 minit muzik menggunakan perisian powerpoint.. pelbagai jenis tarian
a) Tarian – Tarian Ngajat dan alat muzik
- Tarian Sumazau
- Tarian Inang Nilai Murni
- Tarian Kipas Berbangga dengan
- Tarian Bharata Natyam keunikan tarian dan

b) Alat Muzik – Kompang alat muzik tradisional


- Erhu
- Nadaswaram
- Sape
- Sompoton

2. Murid-murid juga ditunjukkan dengan


gambar-gambar tarian dan alat-alat muzik
yang diterangkan oleh guru.

3. Murid-murid meneliti gambar-gambar yang


ditunjukkan oleh guru.

1. Murid di bahagikan kepada lima kumpulan. Sumber P&P


Kad huruf
2. Setiap kumpulan diberi beberapa set kad
huruf. a n e
3. Dalam tempoh lima minit, murid-murid di
dalam kumpulan diminta menyusun kad Nilai Murni
huruf menjadi nama tarian dan nama alat Bekerjasama
muzik yang telah diterangkan tadi.
Langkah 3
4. Kad-kad yang telah disusun itu dilekatkan
20 minit
pada papan hitam.

5. Setelah masa tamat, guru menyemak


semula kad-kad yang telah disusun itu
bersama-sama murid-murid.

6. Kumpulan yang dapat menyusun dan


melekatkan paling bayak perkataan yang
betul adalah pemenang.

Langkah 4 1. Murid diberi lembaran kerja yang mesti Sumber P&P


disiapkan dalam tempoh 10 minit. Lembaran kerja
15 minit
2. Contoh Nilai Murni
Bekerjasama
Senaraikan lima jenis tarian yang terdapat di
Malaysia.

1.________________________________

2.________________________________

3.________________________________

4.________________________________

5.________________________________

Senaraikan lima jenis alat muzik tradisional


pelbagai kaum di Malaysia.

1.________________________________

2.________________________________

3.________________________________

4.________________________________

5.________________________________

1. Murid dipilih secara rawak untuk membaca Sumber P&P


kembali jawapan yang ditulis di dalam Soalan lisan
lembaran kerja.
Nilai Murni
2. Guru membuat rumusan bahawa terpadat Berbangga dengan
Penutup pelbagai jenis tarian dan alat muzik yang kesenian Malaysia
terdapat di Malaysia mengikut kaum dan
5 minit budaya.

3. Guru juga menjelaskan bahawa murid


hendaklah mengapresiasi pelbagai jenis
kesenian yang terdapat di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai