Anda di halaman 1dari 3

Assalamulaikum w.b.

t Yang berusaha Ust Abd Somat Md Don, Penolong Kanan HEM, Yang berusaha Ust Othman Omar Zuhdi , Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Yang berusaha Ust Yahaya bin Lebai Mat, Pengetua SMK Batu 8, Sik, Guru-Guru Kanan, Guru-guru SMK Agama Baling, Yang diraikan guru-guru dan pelajar SMK Batu 8, Sik dan semua hadirin .

Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua ke SMK Agama Baling. Pepatah Melayu ada menyebut tentang kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Semoga usaha kita untuk saling kunjung mengunjung ini akan dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara guru dengan guru dan murid dengan murid. Untuk makluman semua hadirin sekolah ini mempunyai seramai .......... pelajar, 60 orang guru dan 16 staff. Sejarah penubuhan sekolah

Sekian, Kalau ada sumur di ladang Boleh saya menumpang mandi Adat melayu saling bertandang Erat saudara kekal abadi
TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA LAWATAN SMK BATU 8 SIK. 11.10.2011.

Assalamulaikum w.b.t Kita Mulakan Majlis Dengan Bacaan Umul Kitab , Al-Fatihah Yang Berusaha, Pn. Hjh Maznah Bt Wadin, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Agama Baling, Yang berusaha Ust Abd Somat Md Don, Penolong Kanan HEM, Yang berusaha Ust Othman Omar Zuhdi , Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Yang berusaha Ust Yahaya bin Lebai Mat, Pengetua SMK Batu 8, Sik, Guru-Guru Kanan, Guru-guru SMK Agama Baling, Yang diraikan guru-guru dan pelajar SMK Batu 8, Sik dan semua hadirin . Saya mewakili seluruh warga SMK Agama Baling ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan serta para pelajar SMK Batu 8, Sik untuk datang menziarahi kami pula di sini. Selamat datang, selamat bertemu kembali kepada yang kami temui di SMK Batu 8 tempoh hari dan salam perkenalan kami hulurkan buat yang baru pertama kali bertemu. Kala petang bakar jerami Asap tinggi mencapai awan Selamat datang ke sekolah kami Moga pulang seribu kenangan Tanpa melengahkan masa , majlis mempersilakan Tuan Haji Yahaya bin Lebai Mat, Pengetua SMK Batu 8, Sik untuk memberi ucapan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Tn Haji Yahaya.
Meneruskan acara, majlis mempersilakan Pn. Hjh. MAznah bt Wadin, Penolong Kanan Pentadbiran, untuk menyampaikan sepatah dua kata ucapan.Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hjh. MAznah. Memandangkan kita mempunyai agenda lawatan yang padat, disertai dengan perlawanan bola sepak persahabatan, saya tidak ingin berceloteh panjang atau melewatkan majlis. Harapan kami tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak pelajar mendapat sedikit info berkaitan sekolah ini dan anda semua gembira sepanjang lawatan mesra ini.

Sebagai tanda kenangan berpanjangan daripada kami atas pertemuan pada petang yang indah ini, majlis mempersilakan Pn. Hjh. Maznah Wadin mewakili semua warga SMK Agama Baling untuk menyampaikan cenderahati tanda ingatan daripada kami kepada Tuan Haji Yahaya Lebai Mat, wakil SMK Batu 8, Sik. Kalau ada jarum yang patah Jangan disimpan di dalam peti Kalau ada silap dan salah Jangan simpan di dalam hati. Seterusnya adalah lawatan ke kawasan sekitar sekolah . Kami mohon maaf kerana kawasan sekolah tidak berada dalam keadaan yang selesa kerana dalam proses penyelenggaraan dan baik pulih. Sekian. Terima kasih. Kita tutup majlis dengan bacaan TAsbih Kafarah dan surahtul As.

Disediakan oleh : ................................. (PN. SURINA MOHD ZAINOL)

Anda mungkin juga menyukai