Anda di halaman 1dari 2

Assalammualaikum W.B.

T
Terima kasih saudari pengerusi majlis.
Yang Berusaha En Ambau Guru Besar SK Rantau Panjang Sibu,
Yang Dihormati En Ishammuudin Ab Hadi, Penolong Kanan 1
Yang Dihormati En John anak Ugong, Penolong Kanan HEM
Yang Dihormati Pn Norlida bt Bujang, Penolong Kanan Ko Kurikulum
Para guru, ibu bapa, anak-anak khatam Al-Quran yang diraikan dan hadirin yang
dirahmati Allah.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya , kita dapat berkumpul di
majlis yang penuh keberkatan ini.
Hadirin sekalian,
Timang tinggi-tinggi
sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Sudah pandai baca kitab
Sinonim dengan pantun lama ini, masayarakat kita sudahpun menerapkan
kepentingan bacaan Al-Quran dalam kehidupan masyarakat Islam sejak dahulu.
Maka dengan perlaksanaan majlis khatam Al-Quran ini , kami selaku ibu bapa
murid SK Rantau Panjang ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada anakanak yang khatam al-quran pada 2012 . Kami bersyukur kerana anak-anak ini lah
nanti yang akan meneruskan tradisi bacaan al-quran dan amalan barakoh.
Untuk makluman semua yang hadir, majis ini julung kalinya diadakan di SK
Rantau Panjang Sibu. Oleh yang demikian saya amat berbesar hati atas semua
usaha yang dicurahkan oleh para ibu bapa, guru-guru dan anak-anak kita
menyempurnakan majlis ini.
Hadirin sekalian,
Saya mewakili ibu bapa anak-anak SK Rantau Panjang mengucapkan terima kasih
atas bimbingan para ustaz dan ustazah sehingga anak kami berjaya menamatkan
pengajian. Tidak dilupakan para guru yang sedia membantu mereka .

Segala usaha ini berhasil apabila anak-anak kita belajar dengan tekun .Tidak
kurangnya usaha ibu dan bapa mereka menghantar ke kelas KAFA pada waktu
petang.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak para ibu bapa
menggalakkan anak mereka mengaji al-quran terutama di rumah. Semoga majlis
seperti ini akan menjadi motivasi kepada anak-anak yang lain untuk tekun mengaji
dan belajar tidak mengira apa bidang sekalipun.
Sekian,
Wabillahi taufiq wal hidayah,
Wassalamualaikum wrbh.

Anda mungkin juga menyukai