Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacara Program Ihya Ramadhan

SMK Taman Scientex

Que Ann
Ketibaan Mengumumkan ketibaan
Tetamu/VIP
____________________________________
____________________________________
____________________________________

Diiringi Yang Berusaha


Pn Shamiah binti Ismail
Pengetua SMK Taman Scientex.

Nyanyian
Lagu Negeri
Johor dan
Lagu
Dirgahayu Terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin
Sekolah dipersilakan untuk duduk.
Terbilang

Bacaan Doa BACAAN DOA


Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah
sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon berkat agar majlis mendapat rahmat.
untuk itu, dipersilakan ustaz
___________________________________untuk
memimpin bacaan doa.

Terima kasih diucapkan kepada ustaz ___________


atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Alu-
aluan Yang dihormati,
Pengerusi
_________________________________________
_________________________________________
_________________________________________
_________________________________________
_________________________________________

i) Yang Berusaha, Puan Hajah Shamiah


Binti Ismail,
Pengetua SMK Taman Scientex,
ii) Yang Dihormati, En. Rashid Bin Abd
Rahman,
Penolong Kanan Pentadbiran
iii) Puan Norashuha Binti Tajuddin,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
iv) Pn. Rodziah Binti Mohd Noor, Penolong
Kanan Kokurikulum
v) Pn. Rokiah Binti Ahmad, Penolong
Kanan Petang
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, ibu
bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh,


Salam Ramadhan dan Salam Muafakat Johor.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan


setinggi-tinggi kesyukuran kerana pada pagi 23
Ramadhan 1438 hijrah yang penuh barokah ini
dapat kita berkumpul bagi melangsungkan Majlis
Penyampaian Sumbangan Sempena Program Ihya
Ramadhan yang julung-julung kali diadakan di
SMK Taman Scientex. Bulan Ramadhan,
“Permulaannya rahmat, pertengahannya
keampunan dan pengakhirannya di jauhkan api
neraka”.
Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan hadirin
sekalian dan diharap majlis ini dapt mengeratkan
lagi ukhuwah sesama kita.

Antara objektif majlis kita pada pada hari ini ialah:


Memberi peluang kepada golongan sasaran iaitu
murid-murid yatim dan miskin untuk merasai
kemeriahan Hari Raya bersama-sama.
Melatih murid-murid untuk menanam sikap murah
hati dan sedia membantu orang lain yang
memerlukan.
Dan majlis ini juga dapat
Memberi mesej kepada semua murid bahawa
sekolah bukan saja mementingkan aspek akademik
dan kokurikulum,malah meletakkan nilai-nilai
murni sebagai salah satu objektif utama dalam
mendidik murid-murid.

Semoga semua sumbangan yang telah diinfakkan


mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah
swt.

Penyampaian Hadirin sekalian,


sumbangan
Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan
ihya Ramadhan kepada 50 orang murid yang telah
terpilih.

Sumbangan Untuk itu, majlis mempersilakan En Marhadi bin


pertama Bachok, Pengerusi PIBG SMK Taman Scientex
diiringi oleh Yang dihormati En. Rashid bin Abd.
Rahman, Pen Kanan Pentadbiran SMK Taman
Scientex untuk tampil bagi menyampaikan
sumbangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Dipersilakan penerima yang pertama,

(rujuk senarai)

Terima Kasih diucapkan kepada En Marhadi bin


Bachok, Pengerusi PIBG SMK Taman Scientex
dan En. Rashid bin Abd. Rahman, Pen Kanan
Pentadbiran SMK Taman Scientex atas
penyampaian itu tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang
Berusaha Pn Shamiah binti Ismail, Pengetua SMK
Sumbangan Taman Scientex diiringi oleh Pn Rokiah binti
kedua Ahmad Penolong Kanan Petang SMK Taman
Scientex untuk tampil bagi menyampaikan
sumbangan seterusnya. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Dipersilakan penerima,

(Rujuk Senarai)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


mempersilakan Yang Berusaha Pn Shamiah binti
Ismail, Pengetua SMK Taman Scientex diiringi
oleh Pn Rokiah binti Ahmad, Penolong Kanan
Petang SMK Taman Scientex atas penyampaian itu
tadi.

Hadirin sekalian,

Allah SAW telah berfirman dalam Surah Al-Anfal


ayat 2 dan 3 yang bermaksud.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu


adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,
gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan
kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman
mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal,
iaitu orang-orang yang mendirikan solat dan yang
menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami
berikan kepada mereka.

Penutup Dengan berakhirnya penyampaian sumbangan itu


tadi, maka berahirlah Majlis penyampaian
sumbangan sempena Program Ihya Ramadhan
SMK Taman Scientex kali pertama ini.
Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
Atas sumbangan yang telah diberikan bagi
menjayakan majlis ini.

Saya mewakili Majlis pada hari ini, ingin


mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat di dalam
menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara
langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan
beroleh keberkatan daripada-Nya.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan Majlis ini.

Akhir kalam, Marilah sama-sama kita akhiri Majlis


pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan
surah al-`Asr.

Sekian.

WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH


WASSALAMUALAIKUM W.RT.

Anda mungkin juga menyukai