Anda di halaman 1dari 10

Assalamualaikum wkt, salam satu Malaysia salam KB Gemilang.

Yang Berusaha tn hj imam pekeh bin hj yassin pengerusi BKS


SAPZ
Yang dihormati ustaz tuan Nasir bin Abdul Wahib Pegawai
Pendidikan Agama Islam Daerah Muar
Yang dihormati Tuan Haji Rahim bin ………………………. Ketua
Kampung Parit Hj Zin.
Yang dihormati Tuan Haji Bushari Bin Jamil,Imam Masjid Jamek
Kampung Parit HJ Zin.
Barisan ahli jawatankuasa BKS, guru-guru, dan yang dikasihi
murid-murid sekalian.

Al-
Hamdulillahi Rabbil ‘Alamin, saya bersyukur ke hadrat Allah S
WT di atas limpah perkenan-
Nya, dapat kita bersama dalam Majlis Sambutan Maulidur Ras
ul Peringkat
SAPZ bagi tahun 1439 Hijriah, bersamaan tahun 2018 Masihi.

Walaupun, penganjuran majlis ini lewat dari tarikh


yang sepatutnya, namun majlis ini dianjurkansebagai medium
untuk meningkatkan kefahaman agama seluruh warga
sapz, selainmenjana kecintaan terhadap junjungan besar Bagind
a Rasulullah SAW.

Hadirin yang berbahagia sekalian,

Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan


Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agam
a Islam. Saya memetik ungkapan Imam Mutawalli Sha'rawi
yang telah menulis di dalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-
Islamiyya (ms. 295);

"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, berge


mbira dengan kelahiran baginda(s.a.w) dan semua tumbuh-
tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun berge
mbira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Isla
m bergembira di atas kelahiranbaginda (s.a.w), kenapa kamu me
nghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda
(s.a.w)?"

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Kelahiran dan perutusan Baginda Nabi Muhammad SAW merupa


kan satu nikmat dan rahmatkepada seluruh alam. Hal ini telah
dinyatakan oleh Allah SWT, di dalam surah al- anbiyak ayat107 :
( wa ma arsalnaka illa rohmatan lil ‘alamin) Maksudnya :
“ Dan tidaklah kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan seba
gai rahmatke seluruh alam”

Justeru itu, kita selaku ummat Nabi Muhammad SAW,


wajar untuk sentiasa mengenangperjuangan Baginda Rasulullah
SAW dalam menyebarkan dakwah Islam. Hasil perjuangandakwa
h Baginda Rasulullah SAW dan pengorbanan sahabat-
sahabat Baginda, maka kita dapat mengecapi nikmat iman dan Isl
am pada hari ini.

Saya menarik perhatian kepada seluruh pewaris generasi masa


hadapan yang berada di hadapan saya ketika ini,
dengan beberapa fenomena keruntuhan jiwa dan akhlak, masyar
akat MelayuMuslim mutakhir ini. Kes-
kes bayi yang ditinggalkan di tong-
tong sampah, di masjid dansebagainya.

Kita juga sering mendengar kes “si tanggang moden”, ana


k menderhakai ibubapanya, sehinggasanggup meninggalk
an ibubapa di pusat-pusat jagaan
warga tua tanpa kerelaan mereka. Ini tidak termasuk
dengan ribuan bayi yang dilaporkan lahir tanpa ikatan
perkahwinan yang sah.

Mengikut statistik pula, lebih 95% penghuni di 28 pusat


serenti di negara ini adalah mereka yang beragama Islam.
Angka ini tidak termasuk mereka yang masih bebas di
luar. Renungkanlah sejenak, pada ketika remaja dan belia
kaum-kaum lain menghabiskan masa membanting tulang
mencari kemakmuran hidup dengan menjana pendapatan,
memperkukuh ekonomi, remaja dan belia muslim pula
leka, sebuk dengan merempit, melepak serta
berpeleseran tanpa haluan.
Ini membuktikan keruntuhan jatidiri Muslim di dalam negar
a kita.

Justeru, apa yang saya harapkan


ialah, agar penganjuran Sambutan Maulidur
RasulPeringkat
sekolah pada kali ini, akan mengetuk rasa kesedaran kita
agar sentiasa berusahamemperbaiki akhlak dan meneguh
kan jatidiri sebagai seorang muslim, bagi menempuh arus
kehidupan di dunia yang sementara ini.

Hadirin yang di rahamti Allah sekalian,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan


terima kasih kepada USTAZ TUAN HAJI MOHD ARIFF
BIN HJ JASIMAN @ NIN yang sudi menerima undangan
kami, terima kasih kepada YDP, terima kasih juga kepada
guru-guru dan murid-murid yang sudi hadir.
Jutaan penghargaan dan tahniah pula saya
tujukan kepada jawatankuasa pelaksana majlis sambutan
Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi tahun ini,
khususnya kepada penyumbang-penyumbang sama ada
dalam bentuk wang ringgit, idea dan tenaga dalam
menjayakan program ini.

Sama-samalah
kita berdoa kepada Allah SWT, agar kita semua, digolon
gkan di dalamgolongan umat Baginda Rasulullah SAW,
yang layak untuk memasuki syurga Allah SWT, sesuai de
ngan sabda Baginda Rasulullah SAW :

“Setiap daripada ummatku akan masuk ke dalam syu


rga kecuali mereka yang enggan”Sahabat bertanya : “Si
apakah yang enggan wahai Rasulullah.
Rasulullah menjawab : “ Barangsiapa yang mentaatiku, m
asuklah dia ke dalam syurga, barangsiapa yang mengingk
ariku, maka sesungguhnya dia enggan masuk ke dalam
syurga.”

Sidang hadirin yang berbahagia;

Jauh Perjalanan Luas pemandangan,


Mencari Ilmu Merungkai Rahsia,
Muhammad Rasul Nabi Junjungan,
Menjadi Teladan Umat Manusia.

Rasulullah Utusan Mulia,


Kisah hidupnya penuh cabaran,
Menyebar Islam Seantero Dunia,
Membawa kita Cahaya Kebenaran.

Sekian,

Wabillahi taufiq wal-hidayah, wassalamualaikum


warahmatullahi w
UCAPAN PENGETUA SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN
MAULIDUR RASUL DAN PROGRAM REMAJA SIHAT
2012 Tarikh : 10 Februari 2012 Terima kasih
Pengacara Majlis. Assalamualaikum wbkt, Selamat
sejahtera dan salam 1 Malaysia; Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Yang
berusaha Encik Azizan bin Yusof, Timbalan Pegawai
Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Petaling
Perdana, Yang berusaha, Puan Norhaliza binti Abdul
Hamid, Penolong Kanan HEM, merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Pelaksana Majlis Sambutan Maulidur
Rasul dan Remaja Sihat 2012, Yang berusaha Encik
Andy Oon, Yang DiPertua PIBG, SMK Subang Utama,
Yang berbahagia Profesor Dato' Dr. Ab Rahim bin
Selamat, Pengerusi Surau Al-Hikmah SMK Subang
Utama, Barisan pentadbir SMK Subang Utama,
rakan-rakan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa
PIBG dan Surau Al-Hikmah, para guru yang
dihormati dan murid-murid yang saya kasihi
sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Allah
subhanahuwataala kerana dengan keizinanNya
dapat kita bersamasama berkumpul pada pagi ini
bagi meraikan majlis sambutan Maulidur Rasul dan
Program Remaja Sihat tahun ini. Terlebih dahulu
saya bagi pihak jawatankuasa induk dan
jawatankuasa pelaksana majlis sambutan Maulidur
Rasul dan Program Remaja Sihat pada pagi ini
mengucapkan selamat datang dan terima kasih
kepada Yang Berusaha Tuan PPD, Puan Hjh Foziah
binti Buang atau kesudian beliau menerima
undangan untuk merasmikan program kita pada
hari ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga
kepada YDP PIBG, Encik Andy Oon, dan Pengerusi
Surau Al-Hikmah, Y.Bhg. Profesor Dato' Dr Ab.
Rahim bin Selamat serta semua tetamu jemputan
yang telah sudi meluangkan masa untuk turut serta
memeriahkan majlis pada pagi ini. Dalam
kesempatan ini juga saya mengucapkan terima
kasih dan syabas kepada semua guru dan murid
yang telah membantu menjayakan program ini.
Tidak lupa juga penghargaan dan terima kasih saya
kepada pihak PIBG dan Surau Al-Hikmah atas
sumbangan kewangan bagi membantu pihak
sekolah merealisasikan program ini. Ucapan terima
kasih juga kepada Datin Sharifah Nooraiya, isteri
Y.Bhg Dato' Abdul Jalil, AJK PIBG, atas sumbangan
bunga telur. Dato'-Dato', Datin-Datin, hadirin yang
saya hormati sekalian. Majlis yang dianjurkan oleh
Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Pendidikan
Moral ini bertujuan antaranya untuk melahirkan
remaja yang berkualiti dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek selain memberi pendedahan
kepada murid-murid tentang kehidupan dengan
menjadikan pemimpin terdahulu sebagai idola.
Sudah tentulah bagi murid-murid Islam Nabi
Muhammad s.a.w harus dijadikan sebagai contoh
ikutan yang sempurna. Majlis pada hari ini juga
diharap akan dapat memupuk sikap positif murid ke
arah menjadikan mereka remaja yang sihat dalam
segala aspek, di samping merapatkan hubungan
ukhwah antara warga SMKSU dengan para
penduduk setempat khasnya ibu bapa murid. Untuk
mencapai objektif program ini, pelbagai acara telah
disediakan oleh guru-guru panitia masingmasing
bagi menjayakan majlis pada hari ini.Murid-murid
Islam akan meneruskan majlis dengan perarakan
beramai-ramai sambil memuji-muji kebesaran nabi
Muhammad s.a.w. seterusnya berkumpul di surau
Al-Hikmah untuk mendengar ceramah agama
sementara murid-murid bukan Islam akan
meneruskan majlis mereka dengan pelbagai
pengisian ke arah melahirkan remaja yang sihat.
Semoga program seumpama ini akan terus
mendapat sokongan padu daripada para ibu bapa
dan masyarakat setempat. Diharapkan juga
program ini akan memberi input serta natijah yang
baik

Anda mungkin juga menyukai