Anda di halaman 1dari 2

(Bismillahirrahmannirrahim, Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin,

Was-solatu was-salamu ‘ala Rasulihil-amin, Wa’ala aalihi wasohbihi ajma’in: amma ba’du)

Assalamualaikum wkt.

Yang Berusaha En. Abd Rashid Bin Razali, Guru Besar SKPH2

Yang dihormati

Barisan penolong kanan, guru-guru, ibu bapa dan yang dikasihi rakan-rakan sekalian.

Al-Hamdulillahi Rabbil ‘Alamin, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah
perkenan-Nya, dapat kita bersama dalam Majlis Bacaan Yasin sempena Sambutan Maulidur
Rasul Peringkat SK Putra Heights 2, bagi tahun 1443 Hijriah, bersamaan tahun 2021 Masihi.

Terima kasih kepada barisan ustaz dan ustazah kerana telah memberi peluang kepada saya
untuk berkongsi ilmu pada pagi yg mulia ini. Moga apa yang saya akan kongsikan ini dapat
meningkatkan kefahaman agama khususnya untuk diri saya sendiri dan seluruh warga SKPH2,
selain menjana kecintaan terhadap junjungan besar Baginda Rasulullah SAW.

Hadirin yang berbahagia sekalian,

Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah


(s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Saya memetik ungkapan Imam Mutawalli Sha'rawi

"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran
baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun
bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam bergembira di atas
kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan
kelahiran baginda (s.a.w)?"

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Kelahiran dan perutusan Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan satu nikmat dan
rahmat kepada seluruh alam. Hal ini telah dinyatakan oleh Allah SWT, di dalam surah al-
anbiya ayat 107 :
( wa ma arsalnaka illa rohmatan lil ‘alamin) Maksudnya :
“ Dan tidaklah kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam”

Justeru itu, kita selaku ummat Nabi Muhammad SAW, wajar untuk sentiasa mengenang
perjuangan Baginda Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah Islam. Hasil perjuangan
dakwah Baginda Rasulullah SAW dan pengorbanan sahabat-sahabat Baginda, maka kita dapat
mengecapi nikmat iman dan Islam pada hari ini.

Saya menarik perhatian kepada kawan-kawan dan seluruh pewaris generasi masa hadapan
yang berada di hadapan saya ketika ini, dengan beberapa fenomena keruntuhan jiwa dan
akhlak, masyarakat Melayu Muslim mutakhir ini. Semakin banyak kes-kes jenayah yang telah
kita dengar.
Kita juga sering mendengar kes “si tanggang moden”, anak menderhakai ibubapanya,
sehingga sanggup memarahi dan menengking ibu bapa mereka apabila disuruh buat kerja
rumah. Ini tidak termasuk dengan menipu ibu bapa kononnya nak buat kerja sekolah tetapi
sebaliknya bermain game, layan youtube dan sebagainya di telefon bimbit mahupun laptop.

Hadirin sekalian

Tanpa kita sedar, ramai penghuni di pusat serenti di negara ini adalah mereka yang beragama
Islam. Angka ini tidak termasuk mereka yang masih bebas di luar. Renungkanlah sejenak, pada
ketika remaja dan belia kaum-kaum lain menghabiskan masa menimba ilmu, ada juga di
kalangan mereka sudah membanting tulang mencari kemakmuran hidup dengan menjana
pendapatan, memperkukuh ekonomi, tetapi remaja dan belia muslim pula leka, sibuk dengan
melepak, buat perkara yg tiada faedah serta berpeleseran tanpa haluan. Ini membuktikan
keruntuhan jatidiri Muslim di dalam negara kita.

Justeru, apa yang kita harapkan ialah, agar penganjuran Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat sekolah pada kali ini, akan mengetuk rasa kesedaran kita agar sentiasa berusaha
memperbaiki akhlak dan meneguhkan jatidiri sebagai seorang muslim, bagi menempuh arus
kehidupan di dunia yang sementara ini.

Hadirin yang di rahmati Allah sekalian,

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT, agar kita semua, digolongkan di dalam
golongan umat Baginda Rasulullah SAW, yang layak untuk memasuki syurga Allah SWT,
sesuai dengan sabda Baginda Rasulullah SAW :

“Setiap daripada ummatku akan masuk ke dalam syurga kecuali mereka yang enggan”
Sahabat bertanya : “Siapakah yang enggan wahai Rasulullah. Rasulullah menjawab : “
Barangsiapa yang mentaatiku, masuklah dia ke dalam syurga, barangsiapa yang
mengingkariku, maka sesungguhnya dia enggan masuk ke dalam syurga.”

Hadirin yang saya muliakan, saya akhiri tazkirah ini dengan 2 rangkap pantun.

Jauh Perjalanan Luas pemandangan,


Mencari Ilmu Merungkai Rahsia,
Muhammad Rasul Nabi Junjungan,
Menjadi Teladan Umat Manusia.

Rasulullah Utusan Mulia,


Kisah hidupnya penuh cabaran,
Menyebar Islam Seantero Dunia,
Membawa kita Cahaya Kebenaran.

 
Sekian,

Wabillahi taufiq wal-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai