Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdullillah, syukur

ke hadrat Allah SWT kerana dapat kita sekali lagi menyambut Maulidur
Rasul Peringkat Masjid Ar-Rahman, Kg. Sri Lukut.

Bismillahirrahmannirrahim, Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Was-solatu


was-salamu ‘ala Rasulihil-amin, Wa’ala aalihi wasohbihi ajma’in

Yang Berbahagia,
Tuan Haji Jamaludin bin A.Hamid, Pegawai Daerah Kluang
Dan

As Sheikh Haji Sabaruddin bin Isnin, Kadi Daerah Kluang

Yang Berusaha,
En. Mohd Hazim bin Ibnu Hajar, Penghulu Mukim Kahang
Dan
En. Yussof bin Haji Ibrahim, Ketua Kampung Kg. Sri Lukut
Yang Berusaha,
Tuan-tuan Imam, Tuan-tuan Bilal, Ahli Jawatankuasa Masjid Ar-
RAhman, Surau An-Nur, Kg. Temigol dan Surau Al-Amin, Kg. Pinggir
Jaya, Kahang.
Serta para hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian.

Al-Hamdulillahi Rabbil ‘Alamin, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT di


atas limpah perkenan-Nya, dapat kita bersama dalam Majlis Sambutan
Maulidur Rasul Peringkat Masjid Ar-Rahman Kg. Sri Lukut bagi tahun
1443 Hijrah, bersamaan tahun 2022 Masihi yang bertema ‘Keluarga
Malaysia Pemangkin Kemakmuran’

Penganjuran majlis ini dianjurkan sebagai medium untuk meningkatkan


kefahaman agama seluruh warga Kg. Sri Lukut, selain menjana
kecintaan terhadap junjungan besar Baginda Rasulullah SAW.
Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam
kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam.
Semangat Maulidur Rasul perlu terus disemarakkan dan disemai dalam
jiwa setiap umat Islam sebagai bukti ketulusan cinta kita terhadap
Rasululullah SAW biarpun kita menyambut dalam suasana yang
sederhana dalam norma baharu.

Maulidur Rasul yang kita sambut pada hari ini, hakikatnya bukanlah
sekadar sambutan hari lahir Baginda Rasulullah SAW semata-mata.
Tetapi ia membawa suatu makna yang amat besar kepada seluruh
manusia.

Dalam konteks kemanusiaan, Rasulullah adalah model dalam


mengangkat ukhuwah insaniah atau persaudaraan kemanusiaan.
Baginda berusaha menghapuskan apa jua bentuk diskriminasi atas
nama agama, bangsa, warna kulit mahupun keturunan.

Ini menunjukkan, Islam merupakan agama yang terbangun di atas


prinsip memuliakan manusia atau takrim al-insan, berdasarkan firman
Allah SWT dalam Surah al-Isra’ ayat 70 maksudnya “Dan sesungguhnya
Kami telah memuliakan anak-anak Adam.”

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Kelahiran dan


perutusan Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan satu nikmat dan
rahmat kepada seluruh alam. Hal ini telah dinyatakan oleh Allah SWT, di
dalam surah Al-Anbiyak ayat 107 : Yang bermaksudnya : “ Dan tidaklah
kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat ke
seluruh alam” Kita selaku ummat Nabi Muhammad SAW, wajar untuk
sentiasa mengenang perjuangan Baginda Rasulullah SAW dalam
menyebarkan dakwah Islam. Hasil perjuangan dakwah Baginda
Rasulullah SAW dan pengorbanan sahabat-sahabat Baginda, maka kita
dapat mengecapi nikmat iman dan islam pada hari ini.
Saya juga mengucapkan jutaan penghargaan dan tahniah kepada
barisan jawatankuasa pelaksana majlis sambutan Maulidur Rasul
peringkat Masjid Ar-Rahman bagi tahun ini. Saya berdoa kepada Allah
SWT, agar kita semua, digolongkan di dalam golongan umat Baginda
Rasulullah SAW, yang layak untuk memasuki syurga Allah SWT. Hal ini
sesuai dengan sabda Baginda Rasulullah SAW : “Setiap daripada
ummatku akan masuk ke dalam syurga kecuali mereka yang enggan”
Sahabat bertanya : “Siapakah yang enggan wahai Rasulullah.
Rasulullah menjawab : “ Barangsiapa yang mentaatiku, masuklah dia ke
dalam syurga, barangsiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya
dia enggan masuk ke dalam syurga.”

Apa jua perbezaan, kita jadikan sebagai kelebihan dan bukannya


kelemahan, manakala sebarang persamaan, kita jadikan sebagai
sumber kekuatan. Kita jalin dan kukuhkan kembali perpaduan dengan
ikatan kasih sayang dan toleransi sebagai sebuah Keluarga Malaysia
yang besar.

Siapa pun kita, sama ada seorang bapa, ibu, anak, jiran, pekerja, ketua,
pemimpin masyarakat, pemimpin agama perlu memainkan peranan
untuk bersama-sama seiring demi kesejahteraan komuniti serta ummah.

Sekian, Wabillahi taufiq wal-hidayah, wassalamualaikum

Anda mungkin juga menyukai