Anda di halaman 1dari 7

Assalamualaikum wkt.

Yang Berusaha ……………………………………………………..

Yang dihormati

Rakan-rakan pentadbiran, guru-guru, kakitangan dan yang dikasihi murid-murid sekalian.

Al-Hamdulillahi Rabbil ‘Alamin, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah perkenan-
Nya, dapat kita bersama dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMK Ayer Lanas, bagi
tahun 1442 Hijriah, bersamaan tahun 2020 Masihi.

Walaupun, penganjuran majlis ini lewat dari tarikh yang sepatutnya, namun majlis ini dianjurkan juga
sebagai medium untuk meningkatkan kefahaman agama seluruh warga SMK Ayer Lanas , selain
menjana kecintaan terhadap junjungan besar Baginda Rasulullah SAW.

‫مستمعين الكرام‬,
Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w)
umpama simbol bagi agama Islam. Saya memetik ungkapan Imam Mutawalli Sha'rawi yang telah
menulis di dalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295);

"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda
(s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira
dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam bergembira di atas kelahiran baginda
(s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"

Para Pendengar yang dirahmati Allah sekalian,


Kelahiran dan perutusan Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan satu nikmat dan rahmat
kepada seluruh alam. Hal ini telah dinyatakan oleh Allah SWT, di dalam surah al- anbiya ayat 107 :
( wa ma arsalnaka illa rohmatan lil ‘alamin) Maksudnya :
“ Dan tidaklah kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam”

Justeru itu, kita selaku ummat Nabi Muhammad SAW, wajar untuk sentiasa mengenang perjuangan
Baginda Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah Islam. Hasil perjuangan dakwah Baginda
Rasulullah SAW dan pengorbanan sahabat-sahabat Baginda, maka kita dapat mengecapi nikmat
iman dan Islam pada hari ini.

Saya menarik perhatian kepada seluruh pewaris generasi masa hadapan yang berada di hadapan
saya ketika ini, dengan beberapa fenomena keruntuhan jiwa dan akhlak, masyarakat Melayu Muslim
mutakhir ini. Kes-kes bayi yang ditinggalkan di tong-tong sampah, di masjid dan sebagainya.

Kita juga sering mendengar kes “si tanggang moden”, anak menderhakai ibubapanya, sehingga
sanggup meninggalkan ibubapa di pusat-pusat jagaan warga tua tanpa kerelaan mereka. Ini tidak
termasuk dengan ribuan bayi yang dilaporkan lahir tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

Mengikut statistik pula, lebih 95% penghuni di 28 pusat serenti di negara ini adalah mereka yang
beragama Islam. Angka ini tidak termasuk mereka yang masih bebas di luar. Renungkanlah sejenak,
pada ketika remaja dan belia kaum-kaum lain menghabiskan masa membanting tulang mencari
kemakmuran hidup dengan menjana pendapatan, memperkukuh ekonomi, remaja dan belia muslim
pula leka, sebuk dengan merempit, melepak serta berpeleseran tanpa haluan. Ini membuktikan
keruntuhan jatidiri Muslim di dalam negara kita.
1
Justeru, apa yang saya harapkan ialah, agar penganjuran Sambutan Maulidur Rasul Peringkat
sekolah pada kali ini, akan mengetuk rasa kesedaran kita agar sentiasa berusaha memperbaiki
akhlak dan meneguhkan jatidiri sebagai seorang muslim, bagi menempuh arus kehidupan di dunia
yang sementara ini.

Hadirin yang di rahmati Allah sekalian,

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT, agar kita semua, digolongkan di dalam golongan
umat Baginda Rasulullah SAW, yang layak untuk memasuki syurga Allah SWT, sesuai dengan sabda
Baginda Rasulullah SAW :

“Setiap daripada ummatku akan masuk ke dalam syurga kecuali mereka yang enggan”
Sahabat bertanya : “Siapakah yang enggan wahai Rasulullah. Rasulullah menjawab : “ Barangsiapa
yang mentaatiku, masuklah dia ke dalam syurga, barangsiapa yang mengingkariku, maka
sesungguhnya dia enggan masuk ke dalam syurga.”

………………………………………

Selawat’ (‫ )صلوات‬adalah jamak dari kalimat solat bererti doa atau seruan kepada
Allah SWT. Di segi bahasa pula, selawat bermaksud mendoakan atau
memohon berkat kepada Allah SWT dan melimpahkan Rahmat-Nya untuk Nabi
dengan ucapan, kenyataan dan pengharapan, semoga beliau (Nabi) sentiasa
sejahtera (beruntung, tak kurang suatu apapun, keadaannya tetap baik dan
sihat).

Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud memperbesarkan,


mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung
perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai
penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah
menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Nabi Muhammad SAW bersabda; “Doa seseorang itu akan terawang-awangan


dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”

Bencana Tidak Berselawat

1 - Mereka yang tidak berselawat adalah orang yang paling kedekut dan akan;
2 - Dijauhkan dari rahmat Allah.
3 - Mendapat kehinaan yang memalukan.
4 - Setiasa mengalami kerugian dan penyesalan.
5 - Termasuk kalangan yang mendapat kesusahan.
6 - Mengalami kebingungan di hari kiamat.
7 - Mengalami kesukaran di Padang Mahsyar.
8 - Menjadi ahli neraka.
2
Nabi Muhammad SAW. Bersabda; “Doa seseorang itu akan terawang-awangan
dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”

Waktu Afdal Berselawat / Masa paling afdal dituntut berselawat

1 - Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.


2 - Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
3 - Sesudah tasyahud wuduk, sebelum membaca doa.
4 - Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
5 - Di akhir qunut dalam solat.
6 - Di dalam solat jenazah.
7 - Di antara takbir solat hari raya.
8 - Ketika masuk dan keluar dari masjid.
9 - Setiap waktu pagi dan petang.
10 - Hari Khamis malam Jumaat,
11 - Sepanjang hari Jumaat,
12 - Ketika telinga berdesing.
13 - Ketika terlupa sesuatu perkara.
14 - Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.
15 - Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting.
16 - Masa menghadiri tempat perhimpunan yang baik.
17 - Waktu meninggalkan sesuatu majlis.
18 - Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW.

Fadhilat Berselawat

1 - Allah limpahkan rahmat berkali ganda.


2 - Allah menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
3 - Menghilangkan kesusahan dan meluaskan rezeki.
4 - Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
5 - Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
6 - Terselamat daripada keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat.
7 - Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langt.
8 - Memperolehi doa malaikat selama sedang berselawat.
9 - Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah SAW pada hari akhirat.
10 - Dapat sentiasa berada bersama Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.
11 - Jaminan terpelihara dan terselamat dari segala perkara yang
mendukacitakan dan membimbangkan di dunia dan akhirat.
3
12 - enghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
13 - Meneguhkan tapak kaki ketika melalui Titian Siratul Mustaqim.

Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah SAW

1 - Berasa lebih mencintai Rasulullah SAW.


2 - Menjadi zakat dan pembersih diri.
3 - Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah SWT.
4 - Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
5 - Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing-masing.
6 - Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.
7 - Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke
atas Nabi.
8 - Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad SAW yang
sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda
SAW sudah wafat.

Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dan


begitu banyak manfaat daripada Allah Subhanahu Wataala disebabkan amalan
bersalawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Lafaz Selawat Yang Paling Ringkas


Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:

‫آل ُُمَ َّم ٍد‬


ِ ‫اللَّه َّم ص ِل َعلَى ُُمَ َّم ٍد و َعلَى‬
َ ِّ َ ُ
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Dari hadis An-Nasae’i: 1292, sahih.

4
Lafaz Selawat Paling Afdal
Terdapat beberapa riwayat yang menukilkan bahawa beberapa orang sahabat Nabi SAW
telah bertanya Rasulullah SAW cara atau kaifiyat untuk berselawat ke atas Baginda SAW,
maka diajarnya kepada mereka.

Antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA.

Sahabat yang mulia ini menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi
SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau.

Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah:

،‫آل ُُمَ َّم ٍد‬


ِ ‫اللَّه َّم ص ِل َعلَى ُُمَ َّم ٍد و َعلَى‬
َ ِّ َ ُ
،‫َحي ٌد ََِمي ٌد‬
َِ ‫ك‬ ِ ِ ‫َكما صلَّيت علَى‬
َ َّ‫آل إِبْ َراه َيم إِن‬ َ َ َْ َ
‫َحي ٌد ََِمي ٌد‬
َِ ‫ك‬ ِ ِ ‫ َكما َبرْكت علَى‬،‫آل ُُم َّم ٍد‬ ٍ
َ َّ‫آل إِبْ َراه َيم إِن‬ َ َ ََ َ َ ِ ‫اللَّ ُه َّم ََب ِرْك َعلَى ُُمَ َّمد َو َعلَى‬
Maksudnya:

Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana
Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha
Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad
sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau
Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”

Inilah antara kaifiyat berselawat yang diajarkan Nabi SAW kepada para sahabat RA sebagai
jawapan kepada pertanyaan mereka mengenai cara berselawat untuk Baginda.

Maka adalah logik untuk dikatakan lafaz ini sebagai lafaz paling afdhal dalam
berselawat.

Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan:

Apa yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada para Sahabat RA tentang kaifiyah (dalam
membaca selawat) ini setelah mereka menanyakannya, menjadi petunjuk bahawa itu
adalah nas selawat yang paling utama kerana Baginda SAW tidaklah memilih bagi
dirinya kecuali yang paling mulia dan paling sempurna.”

[Fathul Bari: 11/66].

5
Sidang Pendengar yang berbahagia,

Jauh Perjalanan Luas pemandangan,


Mencari Ilmu Merungkai Rahsia,
Muhammad Rasul Nabi Junjungan,
Menjadi Teladan Umat Manusia.

Rasulullah Utusan Mulia,


Kisah hidupnya penuh cabaran,
Menyebar Islam Seantero Dunia,
Membawa kita Cahaya Kebenaran.

‫السالم عليكم ورَحة هللا وبركاته‬

6
7

Anda mungkin juga menyukai