Anda di halaman 1dari 14

Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi

Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai
acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat
Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
.

Allah SWT berfirman: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk
mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.” (Surah al-Anbia, ayat 107).
Imam Syafie Rahimahullah berkata: “Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut
Maulid Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya
serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan
membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syahid dan orang
soleh, dan ia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat.”
.
.
.
.
TUJUAN SAMBUTAN
1. Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.
2. Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
3. Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan.
4. Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam:
 Beribadah dan mentaati Allah SWT.
 Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
 Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
 Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.
 Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.
.

Allah SWT berfirman: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan
baik) hari akhirat, serta dia juga menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam
masa susah dan senang)” (Surah al-Ahzab, ayat 21).
.
.
AMALAN SUNAT MAULID NABI
Daripada membiarkan hari berlalu begitu sahaja, adalah lebh baik kita melakukan;
1. Puasa sunat
2. Mandi sunat
3. Berziarah ke makam Rasulullah SAW.
4. Mengerjakan amalan-amalan mulia.
5. Memperdengar dan menghayati sirah Rasulullah SAW.
6. Memperbanyakkan tasbih, tahmid dan selawat.
7. Mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan acara-acara seperti:
o Perarakan sambil berselawat dan menghayati perjuangan Rasulullah SAW
o Syarahan sirah Nabi
o Forum agama dan perpaduan
o Marhaban
o Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
.
.
FADILAT MAULIDUR RASUL
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang
mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
1. Berniat hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan.
Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
2. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud akan diperolehi oleh orang yang mengadakan majlis dan
seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu.
3. Orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya
Allah Subhanahu Wataala akan:
 Menghindarkan kekeringan dan kemarau.
 Menghilangkan kecelakaan, bala dan penderitaan,
 Menjauhkan kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian.
 Memudahkan menjawab soalan-soalan Mungkar dan Nakir apabila mati kelak.
 Ditempatkan bersama orang-orang yang benar di sisi Allah Subhanahu Wataala.
4. Rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam akan:
 Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka.
 Malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu.
 Malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan
kebaikan bagi orang-orang yang berusaha mengadakan majlis Maulid Nabi SAW itu.
5. Kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam.
6. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku
nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk
majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”
7. Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Sesiapa membesarkan Maulud Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”
8. Begitu juga As-Sirri As Saqati berkata: “Sesiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga
kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam.”
.
.
‫وهللا أعلم بالصواب‬
Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

1. PENGERTIAN MAULID NABI :


Dari segi istilah ‘Maulid nabi” ialah : Waktu lahirnya nabi. Maka dari sinilah
munculnya istilah-istilah baru seperti : Ihtifal Maulid nabi, Haflah Maulid nabi,
Ihtifal Li zikri Maulid nabi ( Perayanan memperingati Maulid nabi) , dan sebagainya
yang mana kata dasarnya berkembang dari “ Maulid ” iaitu waktu lahir.

Secara keseluruhan adalah sama iaitu mempelajari hikmah, dan memperingati


sejarah hari lahir nabi. Jikalau kita faham istilah ini tidak jadi masalah iaitu ; “Waktu
lahirnya nabi” serta sirah nabi.
Cuma yang beza adalah istilah sahaja menurut peredaran zaman , manakala cara
pelaksanannya pula tidak ada percanggahan di dalam Islam .
2. DALIL AL-QURAN :
a. Allah berfirman: “Dan terhadap nikmat Tuhanmu , maka hendaklah kamu
menyebut –menyebutkan (atau menceritakan ).” -surah Duha ayat 11:

Keterangan:
Di dalam ayat ini sangat jelas Allah mengalakan kita supaya menyebut atau
menceritakan nikmatnya , maka siapakah nikmat yang paling agung di sini? Maka
tidak lain tidak bukan adalah Nabi kita Muhammad SAW.
Caranya bagaimana? Iaitu dengan menceritakan atau membaca sirah nabawi dari
mula baginda lahir sehinggalah di bangkitkan atau sehinggalah wafat.
b. Allah berfirman: “Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia di lahirkan dan pada
hari ia di meninggal dan pada hari ia di bangkitkan hidup kembali” –Surah Maryam
15 –
Keterangan:

Allah memberikan kesejahteran dan selamat pada hari maulid nabi Isa. Jikalau Allah
memberikan kesejahteran di atas kelahiran nabi Isa , apatah lagi Nabi kita yang
paling agung, yang di lahirkan untuk kita menyambutnya.

c. Allah berfirman “Dan kesejahteran semoga di limpahkan kepadaku, pada hari aku
di lahirkankanpada hari aku meninggal dan pada hari aku di bangkitkan hidup
kembali” -surah Maryam 33-

Keterangan:
Di sini Nabi Isa berkata : “Kesejahteraan di limpahkan kepada ku pada hari aku di
lahirkan “ Dalil ini juga menunjukkan nabi Isa juga menerima anugerah yang sama
pada hari ia di lahirkan yang di sebut “Maulid nabi”
3. SIAPAKAH YANG MULA-MULA MENYAMBUT MAULID NABI ?
Jawapanya : Adalah nabi kita Muhammad SAW. Nabi kita yang mula-mula sekali
menyambut ihtifal maulid nabi berdasarkan hadis nabi di dalam Syarah Sahih
Muslim jilid 4 juz 8 hal; 51 :

i) “Bahawasanya Rasulullah di tanya tentang puasanya pada hari Isnin , Rasulullah


s.a.w. menjawab : Di hari inilah aku di lahirkan dan hari inilah aku di bangkitkan
atau di hari di mana al-quran di turunkan kepada ku”

Keterangan :

Jadi di sini jelas nabilah yang mula menyambut hari lahirnya dengan berpuasa
setahun sekali , sebab nabi berkata : “Hari ini adalah hari lahir ku” , dan kita telah
tahu bahawa hari lahir adalah sekali sahaja .
Maka dengan berpuasa menunjukkan syukur di atas nikmatNYA di hari lahirnya.
Jadi apakah tujuan berpuasa itu ? Tidak lain tidak bukan adalah mensyukuri
nikmatNYA.
Begitu juga di dalam Sunan Abi Daud juz 2 ; Darul Jil hal 337 dan Sunan Ibnu Majah
juz 1 darul kutub ilmiyah hal; 553 juga meriwayatkan hadis ini .

ii) Begitu juga ketika nabi hendak di Israkkan, maka nabi singgah di Baitul Maqdis
( sekarang ni Palestin ) lalu malaikat Jibril berkata adakah Tuan tahu tempat ini :
Maka nabi menjawab tidak .
Lalu jibril berkata: “Inilah “Baitul laham” , tempat nabi Isa di lahirkan , kemudian
nabi pun bersolat di situ.”
 Jom Aktifkan MyKad Smart Shopper Anda Untuk dapatkan Mata Ganjaran !!
Jadi nabi bersolat di Baitul laham kerana merasa syukur iaitu tempat lahir nabi Isa,
yang merupakan satu tempat yang mulia. Nabi menyambutnya dengan bersolat di
situ . Dan banyak lagi dalil di dalam kitab.

iii) Begitu juga kisah jariah menyambut perayanya dan para saidina umar (jikalau
tidak silap) menegahnya. Lalu nabi berkata : “Jangan , biarkan ia menyambutnya.”

4. PENGKAJIAN :
Dari sudut pengkajian, maka ia tidak lain adalah :

1. Untuk menceritakan sirah nabi


2. Beselawat ke atas nabi sebanyaknya
3. Menghayati perjuangan nabi serta cinta kepadanya
4. Menyedarkan umat untuk kembali mengingati nabi melaui “malulid”
Jikalau kita hendak menyambutnya berseorangan di dalam rumah, tidak menjadi
masalah, dan untuk kita membaca sirah nabi bukan waktu “maulid’ juga tidak jadi
halangan, itu terpulang pada cita rasa masing2, sebab “Maulid Nabi” yang telah saya
terangkan itu adalah “Hari kelahiran Nabi” dan biasanya di buat bertepatan dengan
hari “kelahiran nabi”

5. KAEDAH FIQAH :
Barangkali elok kita meninjau kaedah hukum feqah iaitu :
“Al-Aslu fil Asyak al-ibahah hatta Yadulla ‘ala dalil ‘ala tahrim”

Ertinya: Asal setiap sesuatu adalah BOLEH , kecuali ada dalil yang
mengharamkanya”

Maka jelaslah selagi mana tiada hukum haram, mahu pun wajib, kita di larang
memandai meletakkan hukum.
Jikalau kita meneliti dari nas al-quran dan hadis ternyata tidak ada yang
menyatakan “maulid”adalah haram, makruh, dan sebaginya.
Dengan ini jelaslah tiada satu nas pun sama ada al-quran mahu pun hadis, yang
mengatakan haram, apatah lagi bidaah.

Sekian wassalam

Wallahu’alam

– Nur Muhammad –

Wahai Tuhan tolong sampaikanlah doa dan rindu ini

Kepada Nur Muhammad..Cahaya sebagai sumber segala cahaya..

Wahai Tuhan tolong ikatkanlah hati kami ini Kepada Nur Muhammad..

Cahaya penghubung hati dengan Allah..

Cahaya yang mampu menembusi kegelapan hati untuk dicahayakan..

Dengannya hati dapat mengenal dan melihat Allah..Dan mampu untuk berhubung
dengannya..

Maka Allah pun wujud dalam seluruh hidupnya..


Allah lah yang menggerakkan setiap gerakannya..

Allah lah yang mewakilkannya kepada manusia

Dialah Allah yang melantiknya Bayangan nur Muhammad yang dipinjamkan


Pesuruh diatas pesuruh
Cahayanya diatas sumber cahaya Cahaya Nur Muhammad..
Penghubung hati dengan Tuhan..
Cahaya zaman yang tidak pernah padam
Oleh seribu satu kegelapan yang menghalang
Mampu menerangi akhir zaman
Maka islam akan kembali gemilang
Allah diagungkan semula
Nabi Muhammad dibanggakan lagi diseluruh dunia..

MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI


PERJUANGAN DIHAYATI
Pengenalan
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi
Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini.
Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut,
penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan,
mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus
seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada
cahaya Ilahi.
Menghayati Perjuangan Nabi

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun menuntut kita sama-sama menghayati dan
mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar
kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat
dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu
anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.

Keperibadian Terpuji

Masyarakat Arab Quraisy amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah
hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat
banjir. Baginda dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik budi pekertinya, seorang yang
amanah sehingga digelar al-amin.

Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal
siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya? Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi
Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan
perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan
perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:

"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah ) menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk
menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah
menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".

Ketokohan
Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi,
kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya
dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian,
umat Islam hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang
ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam adalah
bertanggungjawab mempertahankan agama Allah.
Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat
disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti
Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas
sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam
memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya
bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang
teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Keadaan Kucar kacir


Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai kebinatangan.
Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan
di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan
dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan
untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam
yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan
untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan.
Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan
yang paling sekali.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa
mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-
banyak (dalam masa susah dan senang).
(al-ahzab 21).

Kesimpulan
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia
teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat. Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi
umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya
kerana baginda adalah teladan terbaik.

Sumber: Akhbar Utusan Malaysia

JAKIM

Sejarah dan asal usul sambutan Maulidur Rasul

Esok (15/Feb/2011), umat Islam akan menyambut hari kelahiran junjungan besar kita Nabi
Muhammad SAW. Walaupun ada yang kata tak payah sambut (bidaah) tapi ramai juga yang
mempertahankan sambutan hari kelahiran baginda SAW ini.

Terpulanglah pada anda semua. Yang pasti, pokok pangkalnya, saya dan anda semua WAJIB KENAL,
CINTA/SAYANG dan IKUT semua suruhan Nabi SAW. Setuju?
Sebut pasal maulidur rasul ini, saya tertanya-tanya juga. Dari manakah asal usul dan sejarah
sambutan maulidur rasul ini?

Ada ramai juga kawan-kawan yang bertanya meminta kepastian. Apakah hukum menyambut
maulidur rasul ini?

Saya telah buat sedikit semakan berkenaan dengan perkara tersebut. Berikut adalah apa yang saya
jumpa.

 Siapakah orang yang pertama menyambut maulid Nabi???


Sambutan peringatan Maulid Nabi pertama kali dilakukan oleh Raja Irbil (wilayah Iraq sekarang),
bernamaMuzhaffaruddin al-Kaukabri.
 Sejak bilakah sambutan maulidur rasul ini diadakan?
Ia dimulakan oleh Sultan Muzhaffaruddin pada awal abad ke 7 hijriyah.
Ibn Katsir dalam kitab Tarikh berkata:

“Sultan Muzhaffar mengadakan peringatan maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau
merayakannya secara besar-besaran. Beliau adalah seorang yang berani, pahlawan,` alim dan
seorang yang adil -semoga Allah merahmatinya-”.

Dijelaskan oleh Sibth (cucu) Ibn al-Jauzi bahawa, dalam peringatan tersebut, Sultan al-Muzhaffar
mengundang seluruh rakyatnya dan seluruh para ulama’ dari berbagai disiplin ilmu, baik ulama’
dalam bidang ilmu fiqh, ulama’ hadits, ulama’ dalam bidang ilmu kalam, ulama’ usul, para ahli
tasawwuf dan lainnya untuk meraikannya.

Selama tiga hari, sebelum hari pelaksanaan mawlid Nabi, beliau telah melakukan berbagai
persiapan. Ribuan kambing dan unta disembelih untuk hidangan para hadirin yang akan hadir dalam
perayaan Maulid Nabi tersebut.

Segenap para ulama’ saat itu membenarkan dan menyetujui apa yang dilakukan oleh Sultan al-
Muzhaffar tersebut. Mereka semua menganggap baik perayaan maulid Nabi yang dibuat untuk
pertama kalinya itu.

Ibn Khallikan dalam kitab Wafayat al-A`yan menceritakan bahawa al-Imam al-Hafizh Ibn Dihyah
datang dari Moroco menuju Syam dan seterusnya ke menuju Iraq, ketika melintasi daerah Irbil pada
tahun 604 Hijrah, beliau mendapati Sultan al-Muzhaffar, raja Irbil tersebut sangat besar
perhatiannya terhadap perayaan Maulid Nabi. Oleh kerana itu, al-Hafzih Ibn Dihyah kemudian
menulis sebuah buku tentang Maulid Nabi yang diberi judul “al-Tanwir Fi Maulid al-Basyir an-Nadzir”.
Karya ini kemudian beliau hadiahkan kepada Sultan al-Muzhaffar.

Para ulama’, semenjak zaman Sultan al-Muzhaffar dan zaman selepasnya hingga sampai sekarang
ini menganggap bahawa perayaan maulid Nabi adalah sesuatu yang baik.
Para ulama terkemuka dan Huffazh al-Hadits telah menyatakan demikian. Di antara mereka seperti ;

 al-Hafizh Ibn Dihyah (abad 7 H)


 al-Hafizh al-’Iraqi (W. 806 H)
 Al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani (W. 852 H)
 al-Hafizh as-Suyuthi (W. 911 H)
 al-Hafizh aL-Sakhawi (W. 902 H)
 SyeIkh Ibn Hajar al-Haitami (W. 974 H)
 al-Imam al-Nawawi (W. 676 H)
 al-Imam al-`Izz ibn `Abd al-Salam (W. 660 H)
 mantan mufti Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bakhit al-Muthi’i (W. 1354 H)
 Mantan Mufti Beirut Lubnan iaitu Syeikh Mushthafa Naja (W. 1351 H)

dan terdapat banyak lagi para ulama’ besar yang lainnya.

Bahkan al-Imam al-Suyuthi menulis karya khusus tentang maulid yang berjudul “Husn al-Maqsid Fi
‘Amal al-Maulid”. Karena itu perayaan maulid Nabi, yang biasa dirayakan di bulan Rabi’ul Awwal
menjadi tradisi ummat Islam di seluruh dunia, dari masa ke masa dan dalam setiap generasi ke
generasi.

 Apakah hukum menyambut Maulid Nabi?

Peringatan Maulid Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam yang dirayakan dengan membaca
sebagian ayat-ayat al-Qur’an dan menyebutkan sebagian sifat-sifat nabi SAW yang mulia, ini adalah
perkara yang penuh dengan berkah dan kebaikan kebaikan yang agung. Tentunya perayaan tersebut
terhindar dari bid`ah-bid`ah sayyi-ah yang dicela oleh syara’.

Sebagaimana dijelaskan di atas, perayaan Maulid Nabi mulai dilakukan pada permulaan abad ke 7
Hijrah. Ini bererti perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam,
para sahabat dan generasi Salaf.

Namun demikian, ini tidak bererti hukum perayaan Maulid Nabi dilarang atau sesuatu yang haram.
Kerana segala sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam atau
tidak pernah dilakukan oleh para sahabatnya belum tentu bertentangan dengan ajaran Rasulullah
sallallahu`alaihi wasallam sendiri.

Para ulama’ menyatakan bahawa perayaan Maulid Nabi adalah sebahagian daripada bid`ah
hasanah (yang baik). Ertinya bahawa perayaan Maulid Nabi ini merupakan perkara baru tetapi ia
selari dengan al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi dan sama sekali tidak bertentangan dengan
keduanya.
Sumber rujukan : Pondok Habib

Maka, bersempena sambutan Maulidur Rasul ini, PakarHowTo menyeru kepada anda semua untuk
kita menyambutnya dengan hati yang benar-benar insaf dan ikhlas.

Mari kita berazam sungguh-sungguh untuk mengamalkan sunnah-sunnah baginda SAW sedaya yang
mungkin.

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda SAW, bukan hanya pada hari maulid saja,
tetapi juga setiap masa dan ketika insyaAllah.
Adab berjemaah yang mula dipinggirkan
Oleh ustnik

"Agak mual dan meluat apabila membaca 'pergeseran' yang dikatakan berlaku di antara beberapa
pemimpin PAS-kecil atau besar. Isu yang agak besar atau dibesarkan di internet antaranya:
-krisis PAS Selangor dan kerajaan Selangor
-kumpulan 'Erdogan' atau promuzakarah
-cadangan Tok Guru pilih Mat Sabu calon PRK Kuala Terengganu dan beberapa isu berkaitan.

Reaksi segera Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi cukup dimengerti, dan mesti
dihayati. Ada beberapa ulasan yang saya ingin kongsikan bersama bagi memperkasa Tarbiyyah dan
adab berjemaah yang mula dipinggirkan.

1. PAS bukan hanya parti politik tapi gerakan Islam Atas sifatnya sebagai gerakan Islam, maka ia
punya ciri-ciri hebat berbanding parti politik biasa. Ciri-ciri ini mesti dihayati oleh pendokong,
penyokong dan pemimpin. Kegagalan menghayati ciri-ciri ini menjadikan anda sebagai 'target' untuk
melemahkan gerakan. Fiqh Harakah dari Sirah Nabawiyah tulisan TGHH wajar menjadi santapan
kembali. Usrah dan penghayatan usrah mesti diperhebat terutama di kalangan pemimpin Pusat atau
yang memegang tampuk jawatan di peringkat Kerajaan Negeri PR. Apabila dikatakan gerakan Islam,
maka al-Quran dan Sunnah WAJIB menjadi pedoman, bukan cara berfikir seperti muktazilah di
zaman moden.

2. Perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam jemaah 'Rambut sama hitam, hati lain-lain'.
Siasah syariyah mesti diperkasa. Adab berbeza pendapat mesti diperturunkan. Internet, website,
blog, portal digunakan untuk menarik massa kepada Islam dan menyokong gerakan Islam, bukan
untuk mengajak 'berbalah' dan berhujah sesama sendiri. Medan yang lebih spesifik telah disediakan
oleh jemaah untuk mengemukakan pandangan. Keterbukaan tidak bermakna semuanya mesti
'ditelanjangkan' sebulat-bulatnya.

3. Tindakan tatatertib kepada mereka yang menyebar rahsia parti Ini bukan gimik. Ini bukan main-
main. Dalam sejarah Islam dan Sirah Nabi, kita ditunjuk oleh Nabi yang cukup berahsia tentang hijrah
walaupun kepada Sahabat paling hampir. Nabi berkelubung di tengahari datang memberitahu Abu
Bakar tentang hijrah supaya tidak diketahui oleh Musyrikin. Teguran Ustaz Idris kena pada tempat
dan masanya. Saya mencadangkan supaya diambil tindakan tatatertib kepada mereka yang
memecahkan apa-apa keputusan yang dianggap rahsia oleh parti kepada mereka yang tidak
bertanggungjawab-khususnya media atau SB-yang mencari peluang memporak-perandakan parti.
(Malaysiakini tolong jangan jadi batu api!)

4. PAS tak perlukan pro itu pro ini! Kita diajar supaya Islam dan jemaah didahulukan. Pandangan
boleh berbeza, tapi adalah satu perkara malang apabila perbezaan pandangan akhirnya mewujudkan
istilah-istilah yang tak seronok untuk didengar. Bertahun-tahun bagi mereka yang sudah biasa
dengan usrah, tarbiyah, tamrin dan aktiviti tarbiah diajar untuk beradab dalam berjemaah. Tapi dalam
jemaah seperti PAS yang terbuka untuk semua ini, pastinya cabaran sentiasa ada di hadapan,
menghadapi manusia yang tiada tarbiah, media yang tiada tarbiah dan mungkin juga pemimpin yang
naik tanpa tarbiah!"

Tiga hari kebelakangan ini Kaherah basah dengan titisan hujan. Sejuknya bukan main
merasuk ke dalam tulang kecil kita. Namun tidak kita lupakan hari kebesaran, kelahiran
baginda nabi pada 12 Rabiul Awal yang akan datang.
Jika dihitung-hitung ada lebih kurang 2 minggu lagi. Hangatnya melentur kebekuan yang
membalut tubuh saat ini.

Karya yang hebat dari TGHH

Tajuk: Fiqh Harakah


Penulis: Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Cetakan pertama: November 1987

Kita pilih satu buku yang baik karangannya, hebat lagi penulisnya iaitu Fiqh Harakah.
Terkandung di dalamnya sirah baginda Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam, yang
kemudiannya diolah setiap satu daripada peristiwa yang berlaku untuk dijadikan
pedoman dan bimbingan dalam kehidupan.

Sebagaimana dikatakan oleh pengarang, “Bukanlah mempelajari sirah Rasulullah itu


sekadar mengetahui peristiwa atau sejarah, atau dengan kata yang lain mempelajari
sejarah biasa, tetapi tujuan yang sebenarnya adalah untuk memahami taswaur
(gambaran) Islam yang hakiki yang dinyatakan oleh batang tubuh dan peribadi
Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat rdhiallahu ‘anhun yang
mendampingi dan mengelilinginya khususnya di zaman pembinaan iman dan
tuntutannya dalam diri setiap individu, rumah tangga, masyarakat dan negara.”

Ibrah dari sirah


Kupasan-kupasan yang diterangkan oleh Tuan Guru Haji Hadi antara lain menjawab
pertuduhan jahat orientalis barat terhadap susuk tubuh baginda, dengan menampilkan
hujah-hujah yang solid.
Sepertimana tuduhan orientalis Perancis Carre De Vaux dalam bukunya ‘Pengarang Al-
Quran’ yang menyatakan baginda Nabi adalah orang yang bertanggungjawab
mengarangnya.
Selain itu huraian juga banyak menyebutkan panduan buat para diae yang melibatkan
diri dalam gerakan Islam. Panduan yang diberikan berdasarkan kepada sirah
nabawiyyah.

…….

Man la yu’raf la yuhib. (Barang yang tidak mengetahui nescaya tidak mampu menyintai).
Justeru bangkitkan semula memori berupa sirah seperti ini dalam kepala fikiran kita.

Moga kecintaan kita kepada baginda nabi makin subur, dan penghayatan terhadap amal-
amal Islami makin mendalam.

Highly recommended.
Wallahu a’lam.

Anda mungkin juga menyukai