Anda di halaman 1dari 140

1

1. Azan
2. Berpuasa
3. Bersiwak
4. Diam
5. Doa
6. Hari Raya
7. Melayani Kanak-kanak
8. Mendahuui yang kanan
9. Kegembiraan
10.Kesedihan
11.Melayani Isteri
12.Membaca al-Quran
13.Menjaga Rambut
14.Minum Air
15.Bermusafir
16.Pakaian
17.Penglihatan
18.Percakapan
19.Perkahwinan
20.Dalam Rumah
21.Berselawat

2
22. Dalam Tandas
23. Menerima Tetamu
24. Tidur
25. Ziarah Orang Sakit
26. Berzikir
27. Di Rumah
28. Menangani Sihir
29. Percakapan
30. Remaja
31. Memberi Salam
32. Wanita
33. Tumbuh-tumbuhan
34. Senyum
35. Di Pasar
36. Wangian
37. Bersukan
38. Berkenderaan
39. Masjid
40. Ketenangan

3
A
zan merupakan suara yang menghalau syaitan.
Semasa Nabi SAW ingin mencari cara untuk
memanggil manusia solat, Nabi SAW telah
berbincang dengan para sahabatnya. Maka
sebahagian sahabat telah memberi beberapa cadangan.
Seorang sahabat telah mencadangkan azan, maka Rasulullah
SAW telah bersetuju dengannya. Azan mempunyai nilai
yang tinggi di dalam agama kita iaitu syiar Islam di negara
Islam. Allah SWT memuji para muazzin.
Allah SWT berfirman : “Dan siapakah yang lebih baik
perkataannya selain mereka yang menyeru kepada Allah dan
berbuat amal yang soleh”. Nabi SAW bersabda, “Para muazzin mempunyai leher paling
panjang pada hari kiamat”. Muazzin mempunyai kedudukan yang tinggi kerana dia adalah
penolong Allah SWT dalam menyeru manusia ke hadrat-Nya dan pintu rahmatNya yang
Maha Agung.
Nabi SAW mengkhabarkan kepada kita tentang amal terbesar, dan hendaklah
manusia berlumba-lumba mendapatkannya. Baginda SAW bersabda, “Jika manusia
mengetahui ganjaran pada saf pertama dan seruan azan, kemudian mereka tidak
mendapatkannya melainkan dengan undian, maka mereka akan melakukan undian”.
Manusia hendaklah mendahulukan bersegera dalam menggapai fadhilat azan.
Dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, bahawa sesiapa yang melaungkan azan, maka apa
sahaja yang mendengarnya dari kalangan manusia, jin dan apa sahaja batu atau lumpur
melainkan mereka akan menjadi saksi kepadanya pada hari kiamat. Dengan itu, manusia
hendaklah melaungkan azan di rumahnya, jika dia tidak mendengar azan. Jika dia di
padang pasir, maka ucapkanlah azan, sehingga dia memperolehi ganjaran azan yang
besar di mana Allah SWT memuji ahli-ahlinya.
Antara adab yang penting bagi seorang muazzin ialah dia seorang yang bertaqwa
dan baik serta seorang yang boleh dipercayai. Dan dengan itu, hendaklah dia menghadap
kiblat dan bersuci semasa melaungkan azan. Dan bagi azan itu sendiri, disunnahkan ia
dilaungkan dengan jelas dan menguatkan suaranya semasa azan dan berdiri di tempat
yang tinggi. Pada hari ini, kita menggunakan pembesar suara.

4
Kemudian meletakkan jari-jari di telinganya semasa azan dan melaungkan azan
dengan lafaz yang diketahui dan masyhur, “Allahu Akbar” sehingga ke akhirnya. Dengan
itu, disunnahkan berpaling pada lafaz “Hayya ‘alassolah, Hayya ‘alal falah”, berpaling ke
kanan dan ke kiri. Dan disunnahkan bagi muazzin ‘at-tarji’.
At-tarji’ selepas melafazkan dua takbir yang pertama, mengucapkan syahadah
kepada dirinya sendiri “Asyahadualla ilaha illallah” 2 kali dan “Asyhaduanna Muhammada
Rasulullah” 2 kali. Selepas itu, barulah dia melafazkan syahadah empat kali dengan suara
yang kuat.
Bagi solat subuh, disunnahkan “taswib” dengan lafaz “As-solatu khairumminanna-
um” 2 kali. Sunnah-sunnah yang penting ini perlu diamalkan semasa azan. Disunnahkan
bagi muazzin berdiri semasa azan dan memanjangkan lafaz azan semasa azan manakala
semasa iqamah memendekkan dan mempercepatkan lafaz iqamah.
Manakala bagi kaum wanita, wanita dibolehkan iqamah di kalangan wanita sahaja
tanpa kehadiran lelaki. Namun tidak disunnahkan wanita melaungkan azan selama-
lamanya. Nabi SAW bersabda : Jika kamu mendengar azan maka sahutlah ia!.
Sayyidah Aisyah RA berkata, Nabi SAW ketawa dan berbual mesra dengan kami
sehinggalah apabila datang waktu solat dan Nabi SAW mendengar azan, Nabi SAW
seolah-olah tidak mengenali kami atau kami tidak mengenalinya iaitu Nabi SAW
meninggalkan segala kesibukkannya dan Nabi SAW bersedia untuk solat.
Maka apabila kita mendengar seruan muazzin, kita hendaklah bersedia untuk solat
dan meninggalkan segala kesibukkan kita di dalam perbualan, penulisan, pekerjaan
sehinggakan ketika membaca al-Quran hendaklah kita meninggalkan segala urusan,
kerana ini merupakan seruan Allah melalui lisan penolong-Nya iaitu Muazzin.
Kemudian disunnahkan melafazkan seperti apa yang dilafazkan Muazzin.
Sesungguhnya Nabi SAW mengkhabarkan “Sesiapa yang melafazkan seperti apa yang
dilafazkan Muazzin dengan sepenuh hatinya, maka dia akan masuk syurga” Dalam ri-
wayat lain, “Dia akan mendapatkan syafaatku.” Disunnahkan menjawab selepas Muazzin
semasa lafaz “Asyhadu anna Muhammadarrasulullah” Ucapkanlah “Ana Asyhadu anna
Muhammadan Rasulullah, Rodhitu billahi Rabban wabil islami diina wa bi Muhammadin
Nabiyyan.” Begitu juga, apabila dilaungkan “Hayya ‘alassolah, Hayya ‘alal falah” Ucapkan-
lah “Laa hawla walaa quwwata illaa billahil ‘aliyyul ‘adzim”. Semasa azan subuh, muazzin
melaungkan “Assolatu khairum minannaum” jawablah “Sodaqta wabararta wabilhaqqi na-
taqta.

5
Dan selepas azan disunnahkan berselawat ke atas Nabi SAW kemudian berdoa
dengan doa yang diminta oleh Nabi SAW

، َ‫حممدا الوسيلةَ والفضيلة‬


ً ‫آت‬ ِ ، ‫القائمة‬
ِ ِ‫ والصالة‬، ‫التام ِة‬
َّ ِ‫رب هذهِ الدعوة‬
َّ ‫اللهم‬
َّ
ُُ َ‫حممودا الذي وع ْدته‬
ً ‫مقاما‬
ً ُ‫وابعثْه‬
“Wahai tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan solat yang akan didirikan
kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji kepada Nabi Muhammad dan bangkitkan-
lah Baginda pada tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan.
Kemudian berdoa dengan doa yang kamu sukai. Maka sesiapa yang berdoa
dengan doa ini Allah SWT akan memuliakannya dengan berita gembira dari Rasulullah
SAW dia layak mendapatkan syafaatku. Maka ini adalah wasilah melalui doa untuk
Rasulullah SAW agar kita mendapat syafaatnya pada hari kiamat.
Nabi SAW mengkhabarkan kepada kita bahawa doa di antara azan dan iqamah
tidak akan ditolak. Makai ia merupakan antara waktu yang penting bagi seorang mukmin
untuk menyibukkan diri kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Mendengarkan azan
memberikan kerehatan dan melindungi dari bala. Nabi SAW memberitahu apabila syaitan
mendengar azan, ia lari sambil terkentut-kentut iaitu syaitan melarikan diri semasa azan
kerana ia membakar dan menyakitinya.
Azan merupakan antara nikmat Allah kepada kita. Ketika manusia mendengar azan
yang bergema dari menara-menara orang islam dia merasa kerehatan dan ketenangan
dan melindunginya dari bala. Maka azan terikat dengan syiar Islam, terikat dengan syiar
Islam yang teragung dan terikat dengan Nabi SAW. Alangkah baiknya ketika kita
mendengar azan, kita membayangkan bagaimana Nabi SAW mendengarnya dan
menghadap Allah SWT sehingga ia menjadi penyambung antara kita dalam menyegerakan
solat seperti bersegeranya Rasulullah SAW dalam menunaikan solat. Maka kita benar-
benar mengikut Nabi SAW di dalam amalan yang paling baik dengan sebaik-baik ciptaan
iaitu Nabi SAW. Justeru, kita akan memperolehi nilai dari firman Allah SWT “Katakanlah
(Muhammad) jika engkau menyintai Allah, ikutilah aku, nescaya engkau dicintai Allah”.

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

6
A
llah SWT memerintahkan perihal puasa kepada kita. dia menjadikan
puasa begitu istimewa antara kita dan diri-Nya. Allah SWT berfirman,
“Semua amalan anak adam adalah untuknya, kecuali puasa kerana
sesungguhnya ia adalah untukku dan aku yang akan memberi ganjaran
untuknya.” Seolah-olah Allah SWT berfirman bahawa puasa merupakan suatu
yang istimewa antara Aku dan hamba-Ku di mana disembunyikan ganjarannya di
dalam pengetahuan-Ku. Allah SWT sangat merindukan kita dengan
menyembunyikan ganjaran bagi orang yang berpuasa dan kurnian-Nya dan Dia
begitu mementingkan ibadah yang mulia ini.
Antara Hikmah Puasa
Puasa merupakan ibadah yang
menyuruh kita meninggalkan dan
menahan diri. Kenapa perlu menahan diri?
Banyak hikmah di dalamnya sehingga
manusia terbiasa untuk menjadi hakim
kepada dirinya dan menjadikan perisai
daripada nafsunya dalam tangannya. Kita
meninggalkan dan menahan diri daripada
perkara yang dibolehkan iaitu makan dan minum dan ianya merupakan asas dalam
kehidupan.
Seolah-olah Allah SWT bercakap kepada kita, “Jika engkau menahan diri dari
perkara asas dalam hidupmu seperti makan dan minum maka pastilah engkau
mampu meninggalkan perkara-perkara yang haram.
Puasa Membantu Menghilangkan Perkara Negatif
Bagi sesetengah orang berlaku sesetengah keadaan di mana semasa dia berpuasa
kemarahannya meluap-luap dengan ini Nabi SAW telah bersabda “Bila mana
seorang dari kamu berpuasa maka janganlah berbicara yang buruk dan janganlah
bertindak bodoh, apabila ada orang yang mencacimu dan mengajakmu bertengkar
maka katakanlah

7
“Sesungguhnya aku sedang berpuasa” iaitu di samping engkau menahan diri dari
perkara asas seperti makan dan minum berusahalah untuk melazimi akhlak-akhlak
ini iaitu jangan engkau bergaduh dan berlawan dengan orang lain. sekiranya
seseorang menyakitimu, terimalah ia dengan berlapang dada, berlembutlah dan
rasailah makna ini semasa engkau sedang berpuasa ia akan mengingatkanmu
dengan rasa lapar dan haus dan bahawa engkau juga sedang dalam keadaan
istimewa dengan Allah SWT.
Perkara yang mungkin manusia tidak senang akannya di dalam hidupnya
iaitu berubahnya bau mulutnya, dan dia tidak mahu berjumpa dengan orang lain
atau mendekati orang yang berbau mulutnya kerana lapar. Nabi SAW bersabda,
“Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi Allah SWT lebih harum
dari bau Kasturi” Sebahagian ulama berkata, cuba perhatikan perkataan “Di sisi
Allah” iaitu, engkau wahai orang yang berpuasa apabila bau mulutmu mula berubah
kerana berpuasa sekarang engkau dalam keadaan khas bersama Allah di sisi Allah,
ketahuilah engkau sangat dekat dengan Allah, dengan itu, doa orang yang
berpuasa tidak tertolak dan waktu berpuasa itu semuanya merupakan suatu tempoh
yang mana semuanya terbuka (rahmat Allah) doalah dan mintalah daripada Allah
segala yang engkau inginkan, engkau yang sedang berpuasa sangat dekat dengan
Allah dan pintu permintaan dibuka seluasnya oleh Allah Yang Maha Tinggi.

Puasa Memberi Kekuatan Yang Menakjubkan Kepada Tubuh Badan


Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka dan
kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Kegembiraan ketika berbuka dan
menunggu masa untuk makan dan minum selepas berlapar dan dahaga engkau
gembira dengan rezeki dari Allah dan pertolongan dariNya.
Dengan itu, disunnahkan kepadamu ketika berbuka untuk berdoa dengan doa yang
diajarkan oleh Nabi SAW
Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku ber-
serah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tu-
han Maha Pengasih.
“telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan telah diraih pahala, insya Allah”.

Perasaan di mana pada waktu ini, semuanya merupakan pertolongan dari Allah
SWT semata-mata sehingga engkau mampu berbuka puasa.

8
Nabi SAW bersabda kepada kita, “Ummatku akan sentiasa dalam kebaikan,
bila? selagimana dia menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur” Perkara
yang sangat mudah! Maka apabila engkau menyegerakan berbuka puasa ia
merupakan tanda engkau berada dalam kebaikan! Apa maksud semua ini? iaitu
apabila ummat bertebaran pada bulan Ramadan kemudian pada saat berbuka
mereka semua bersedia pada waktu yang sama menunggu saat-saat ini sambil
semua tertumpu kepada Allah SWT ini merupakan tanda bahawa ummat ini masih
bersatu dalam menunaikan ibadah ini kerana Allah SWT dan jadilah manusia sebab
-sebab mendapatkan kebaikan.
Ada ketikanya, ada orang berada di pejabatnya dan masuk waktu maghrib,
khususnya di negara bukan Islam, mungkin waktu maghrib telah masuk sedangkan
engkau masih di dalam kereta dan belum sampai ke rumah dan engkau tiada buah
kurma maka sebaik-baiknya jangan menunggu sampai engkau sampai ke rumah
atau menjumpai buah kurma berbukalah dengan apa sahaja yang engkau ada
kerana sunnah menyegerakan berbuka merupakan sunnah yang besar.

Puasa Sunat
Seperti mana Nabi SAW memberi perhatian akan puasa Ramadan, baginda
juga banyak berpuasa sunat. Baginda SAW mengikuti Ramadan dengan puasa 6
hari di bulan Syawal, baginda bersabda, “Sesiapa yang berpuasa Ramadan
kemudian diikuti dengan puasa hari Syawwal seolah-olah dia berpuasa sepanjang
tahun.”
Baginda menggalakkan kita berpuasa Isnin dan khamis dan juga tiga hari
putih (13, 14, 15 setiap bulan). Baginda juga menggalakkan puasa dalam bulan-
bulan haram, paling banyak puasa dalam bulan Syaaban, Puasa Nabi Daud iaitu
puasa sehari dan tidak berpuasa sehari (selang seli), selagimana seseorang
manusia mampu bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah ini sesungguhnya
ibadah ini menyempitkan ruang-ruang mengalirnya syaitan di dalam tubuh manusia.

9
Maka siapa yang berpuasa dengan mengikuti jalan kekasih kita Nabi Muhammad
SAW dan dia berbuka juga mengikut apa yang diajarkan Rasulullah SAW maka dia
akan mendapatkan cahaya-cahaya dan keberkatan yang pernah meliputi Rasulullah
SAW semasa bulan Ramadannya, puasanya, penumpuannya dan doanya dan
menghubungkan dirinya dengan Nabi SAW dengan hubungan yang kuat dan
mantap seperti mana firman Allah SWT Allah SWT berfirman : Katakanlah:”Jika
kamu benar-benar cintakan Allah ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihimu.
(Ali-Imran:31)

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

10
R
asulullah SAW datang kepada manusia, dengan perkara-perkara yang
tidak mereka ketahui daripada amalan kebersihan. Antara perkara yang
telah diajarkan kepada manusia ialah bersiwak.

Bersiwak adalah Sunnah yang mudah, namun pahalanya, kesannya dan


faedahnya sangat besar. Antara faedah siwak yang agung dalam aspek keduniaan
dan pancaindera ialah ia dapat membersihkan gigi dan memutihkannya,
menguatkan gusi, menghilangkan kaviti dan menjauhkan dari bakteria serta
memberi manfaat untuk perut dan akal.
Bahkan Nabi SAW menyebutkan
bahawa antara faedah
maknawinya ialah ia dapat
menghalau syaitan. Mereka yang
mempunyai siwak maka syaitan
akan lari daripadanya. Ia juga
dapat menggandakan pahala dan
kebaikan.
Ia juga dapat menolong
dalam ucapan syahadah pada
saat kematian iaitu ia merupakan satu sebab ‘husnul khotimah’. Antara faedah
siwak yang besar ialah siwak menyebabkan keredhaan Allah SWT seperti yang
telah disabdakan Nabi SAW : Siwak ialah keredhaan Allah, membersihkan mulut
dan di dalam riwayat lain siwak menghalau syaitan.”
Maka segelintir sahabat merasa kagum bagaimana kayu yang digunakan
untuk membersihkan gigi merupakan sebab keredhaan Allah. Lihatlah bagaimana
Rasulullah SAW menjalinkan antara amalan seharian kita yang berfaedah bagi
kebersihan dan kesihatan kita, dengan perkara utama bahkan perkara yang paling
tinggi iaitu redha Allah SWT.

11
Disunnahkan penggunaan siwak melebihi 20 kali sehari. Antara perkara penting
ialah mengetahui tujuan siwak ialah membersihkan mulut dan gigi serta
menyegarkan nafas. Ia boleh dicapai dengan sebarang alat, namun cara yang
paling baik dan utama adalah yang diajarkan oleh Nabi SAW iaitu kayu arak yang
merupakan antara mukjizat Rasulullah SAW, kerana ia mempunyai bahan yang
membersihkan dan menyahkuman dan bermanfaat untuk semua bahagian mulut,
gigi, gusi dan sebagainya.
Namun, jika manusia tidak menemui kayu ini maka dibolehkan dengan kulit
batang kurma, dengan batang pokok raihan atau apa-apa batang yang mempunyai
bau yang wangi dan juga boleh menggunakan berus dan ubat gigi seperti yang
digunakan pada hari ini.
Nabi SAW bersabda : Jika tidak memberati ummatku, maka aku akan me-
wajibkan siwak dengan wudhu. Rasulullah SAW mempunyai kaedah dalam
menggunakan siwak. Jika kita bersiwak mengikut kaedah Rasulullah SAW, kita
akan melakukan banyak Sunnah yang terhimpun dalam satu Sunnah lalu beroleh
ganjaran yang banyak, serta memperoleh banyak faedah dari segi kesihatan dan
akhirat. Maka disunnahkan memegang siswak seperti yang diajarkan oleh para
Rasulullah (SAW).
Disunnahkan siwak dipegang di antara jari kelingking dan ibu jari dan di atas
jari-jari selainnya. Kemudian disunnahkan sebelum menggunakan siwak agar
mencucinya dan melembutkannya dengan air. Kemudian mulakan siwak dari sebe-
lah kanan dan dari bahagian atas. Maka mulakan dari bahagian atas ke bawah dan
menggerakkan siwak dalam bentuk bulatan. Kemudian lalukan ia bahagian atas
gigi kemudian bahagian belakang gigi. Disunnahkan juga menyapu lidah dan
lelangit dengan siwak 3 kali.
Rasulullah SAW mengajar kita untuk menggunakan siwak secara melintang.
Ada di antara manusia yang mempunyai sesuatu di celahan giginya, dengan itu,
Rasulullah SAW memberitahu kita akan Sunnah ‘Tahlil’ (Menyelati). Jika seseorang
ingin bersiwak, sebaik-baiknya kita mencungkil gigi dengan ‘floss’ sekiranya
terdapat sesuatu di celah-celahnya.
Apabila selesai bersiwak, disunnahkan mencucinya dari kesan air liur. Maka
ini merupakan kaedah yang baik dalam menggunakan siwak. Jika seseorang
beramal dengannya, ia akan beroleh banyak kebaikan dan dia mengikuti Sunnah
Rasulullah SAW.

12
Kajian membuktikan bahawa kayu Arak mempunyai kelebihan yang besar
berbanding teknologi terkini. Rasulullah SAW sangat mementingkan siwak
sehinggakan beliau tidak pernah meninggalkannya semasa musafir atau tidak,
sehinggakan Baginda melantik Abdullah Bin Mas’ud dalam kesibukan dan
pekerjaanya, sebagai pemegang siwak Rasulullah SAW.
Nabi SAW menggunakan siwak dalam banyak keadaan namun antara
keadaan yang terpenting ialah sebelum berwudhu’ dan sebelum solat. Kerana
Rasulullah SAW telah bersabda kepada kita, “Jika aku tidak memberati ummatku,
nescaya aku wajibkan siwak ke atas mereka setiap kali sebelum wudhu’. Dalam
riwayat lain, “Setiap kali sebelum solat”.
Namun siwak disunnahkan dalam banyak keadaan, semasa keluar rumah
dan semasa masuk ke dalamnya, semasa bangun dari tidur dan hendak tidur, se-
masa bau mulut berubah, semasa membaca al-Quran.
Apa yang penting siwak disunnahkan dalam banyak keadaan bahkan dalam
keadaan yang penting. Antara kejadian penting yang menunjukkan kedudukan
siwak di sisi Rasulullah SAW ialah seperti yang dikhabarkan oleh Saidatina Aisyah
semasa saat kewafatan Rasulullah, Baginda bersandar di atas dadanya (Aisyah).
Beliau berkata “Aku melihat Baginda melihat ke arah siwak di atas lantai”. Maka
aku mengambilnya dan menggigitnya supaya ia lembut dengan air liurku.
Kemudian aku memberikannya kepada Nabi SAW untuk bersiwak dengannya.
Beliau berbangga kerana perkara terakhir yang masuk ke dalam mulut Nabi SAW
ialah air liurnya. Begitu juga siwak, ia layak berbangga kerana alat terakhir yang
masuk ke dalam Baginda ialah siwak. Dan bagi Sunnah yang agung ini, jika siwak
tidak mempunyai nilai lain kecuali kedudukannya semasa kewafatan Nabi, cukuplah
bagi kita untuk tidak meninggalkan siwak sehingga ke akhir hayat kita, dalam
merealisasikan maksud ‘mengikut Nabi’ yang ditunjukkan dalam firman Allah
“Katakanlah (Muhammad) jika engkau menyintai Allah, ikutilah aku, nescaya
engkau dicintai Allah”.

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

13
A
ntara seni yang perlu dipelajari oleh seseorang ialah seni percakapan.
Lawan bagi seni percakapan ialah seni yang kedua iaitu seni berdiam diri.
“Bagaimana saya belajar kemahiran berdiam diri dan mampu
melakukannya?” Bagaimana Nabi SAW di dalam kebanyakan waktunya,
Baginda SAW berdiam diri.

Diam Baginda SAW adalah berfikir / merenung (ke dalam diri). Para sahabat
menyifatkan sifat Baginda SAW ini dengan begitu menakjubkan yang mana ramai
orang melalaikan hal ini. Baginda SAW menegah lidahnya dari berkata-kata kecuali
pada perkara yang bermanfaat kepada orang lain” Perkataan “menegah lidahnya”
membawa makna bahawa Baginda SAW menahan lidahnya, Baginda SAW juga
tidak berkata-kata dengan hawa nafsunya, kecuali ianya adalah wahyu yang
diturunkan ke atas Baginda SAW.

Faedah terbesar berdiam diri ialah karisma, kehormatan dan membangkitkan


hikmah di dalam diri. Semakin banyak seseorang itu diam semakin bertambah
hikmah di dalam dirinya. Perhatikan ramai cerdik pandai di alam ini mereka sedikit
bercakap tetapi kata-kata mereka tepat dan padat.

14
Nabi SAW bersabda “Allah SWT merahmati seseorang yang apabila dia
bercakap dia memperoleh kebaikan dan apabila dia diam dia selamat”. Berdiam diri
sentiasa memberikan keselamatan. Diam memberikan manfaat kepada manusia
dan menyelamatkan dirinya dari berlaku banyak perkara.
Oleh sebab itu, Nabi SAW semasa malam Mikraj, Baginda SAW telah melihat
sebuah peristiwa yang menakjubkan. Gambaran yang mana apabila seseorang
membayangkannya pasti dia akan memperhatikan kata-katanya. Terutama pada
hari ini, kita mempunyai teknologi dengan aplikasi yang boleh merekod kata-kata
kita dan seluruh dunia boleh menyaksikannya.
Semasa peristiwa Mikraj, Baginda SAW melihat seekor lembu besar keluar
dari lubang yang kecil, kemudian lembu itu ingin masuk kembali ke dalam lubang itu
tetapi tidak berjaya. Baginda SAW bersabda, “Wahai Jibril apakah makna semua
ini?” Jibril menjawab: “Ini ibarat seseorang yang mengeluarkan satu perkataan dan
ingin menariknya kembali, tetapi dia tidak mampu maka dia pun menyesal.”
Apabila seseorang berbicara, dia boleh berkata perkara yang tidak baik
tentang orang lain dan menambah-nambah perkara yang tidak sepatutnya. Dia
boleh bercakap akan sesuatu dan tersebar ke seluruh dunia. Tersebar dari seorang
ke seorang dan kepada seluruh dunia dan hal ini bermula dari seorang, dan Allah
SWT akan mempertanggungjawabkan perkara ini ke atasnya.
Situasi kita pada hari ini ialah seseorang itu bercakap kerana dia memang
suka bercakap, Bukan berkata-kata untuk menyampaikan perkara yang bermanfaat,
akan tetapi selagi kita duduk, marilah kita bercakap. Perhatikan contohnya
seseorang duduk dengan sekumpulan manusia, kemudian bercakap tentang semua
topik dan kemudian semua orang hendak bercakap sehinggakan kadang-kadang,
tidak tahu siapa yang bercakap dan siapa yang mendengar kerana semua yang ada
bercakap.
Bercakap telah menjadi keinginan apabila topik politik disebut semua orang
bercakap tentangnya. Begitu juga topik ekonomi, topik agama, topik perubatan,
astronomi, bahkan semua topik yang ada di dunia ini!.
Kamu mendapati orang bercakap tentang semua perkara. Jika seseorang
membayangkan, jika dituliskan semua perkataan diucapkan dalam sehari dari pagi
sehingga tidur semua perkataan dituliskan sehingga menjadi sebuah buku yang
lengkap.

15
Bagaimana jika dia membayangkan apabila buku itu lalu merasa malu akan dirinya
sendiri. Apakah semua perkataan yang sia-sia yang aku cakap sepanjang hari ini.
Dan semua perkataan itu memang dicatatkan. Tiada perkataan yang dilafazkan
kecuali ianya dicatatkan oleh Raqib dan ‘Atid. Malaikat mencatat semua perkataan
yang dilafazkan dalam sehari sehingga kamu tidur dan ianya dipersembahkan
kepada Allah SWT.
Bagaimana kamu boleh redha melihat banyak perkataan yang sia-sia ini
dipersembahkan kepada Tuhanmu?
Antara bahaya kata-kata ialah seperti yang disabdakan Nabi SAW : Apabila
seseorang hamba berbicara satu perkataan yang diredhai oleh Allah, maka
darjatnya akan ditinggikan disebabkan perkataan tersebut, Hanya satu perkataan!
Dan sebaliknya, satu perkataan yang dikatakan seorang hamba yang membawa
kepada murka Allah SWT, maka dengannya dia dicampakkan ke neraka. Kita
berlindung kepada Allah SWT darinya.
Di dalam sebuah riwayat lain: “Orang yang duduk di sekelilingnya ketawa (kerana
kata-katanya)” oleh sebab itu, setiap orang perlu memperhatikan perkataanya.
Setiap sifat memerlukan kepada latihan.
Abu Darda RA seorang sahabat yang hebat, pernah berkata, “Kami belajar untuk
diam seperti kami belajar untuk bercakap”.
Seperti mana seseorang itu belajar bercakap, begitu jugalah dia perlu belajar untuk
diam. Belajarlah bagaimana menahan dirinya dari bercakap. Sekiranya seseorang
itu melatih dirinya dan mengatakan, “Hari ini, aku akan bercakap perkara yang
penting sahaja”.
Hari ini, aku berdiam diri sepanjang hari. “Sesungguhnya aku sudah bernazar
berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pengasih, maka aku tidak akan berbicara
dengan sesiapa pun pada hari ini” –Maryam:26.
Seseorang itu perlu melatih dirinya sehingga ini menjadi sebab utama dia dapat
mengawal dirinya, dan dalam meneladani Nabi SAW.

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

16
A
llah SWT berfirman, “Berdoalah kepadaKu, akan Aku perkenankan”.
Baginda SAW bersabda, “Doa ialah tunjang ibadah” dan doa itu sendiri
ialah ibadah. Doa yang boleh diamalkan ialah doa-doa di dalam al-Quran
atau doa-doa dari Rasulullah SAW dan ianya adalah sebaik-baik doa.
Kemudian seorang hamba boleh bermunajat kepada Allah SWT dengan apa sahaja
yang terlintas di fikirannya, Seperti apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW
kepada para sahabat agar berdoa untuk setiap
perkara, sehinggakan kepada masinnya makanan
mereka.
Nabi SAW berdoa untuk perkara yang berbeza.
Doa-doa Rasulullah SAW mendidik adab dan rasa
penghambaan. Maka asas doa ialah penghambaan
dalam meminta daripada Allah Yang Maha Tinggi.

Adab-adab dalam berdoa


Berdoa mempunyai adab-adab, antaranya
persediaan makanan dan minuman yang halal,
kerana Rasulullah SAW bersabda “Seorang lelaki
berdoa, pakaiannya haram, makanannya haram,
bagaimana Allah mahu menerima doanya?”
Adab yang kedua, kita perlu berdoa kepada Allah
SWT dengan suara yang lembut, di antara kuat dan perlahan. Seterusnya,
bermunajat kepada Allah SWT dengan bahasa yang difahami dan apa sahaja di
dalam fikiran. Jangan membebankan diri dengan bersajak, kerana Rasulullah SAW
bersabda, ada di kalangan manusia yang melampau di dalam berdoa, doanya
disertai sajak yang dibuat-buat dan perkara yang tidak sepatutnya kerana kita
sedang berurusan dengan Allah SWT yang melihat hati kita.

17
Seterusnya berusaha menghadap qiblat, seperti itu juga, kita perlu mengangkat
tangan, seperti Rasulullah SAW yang mengangkat tangannya dengan tinggi
sehingga terlihat ketiak putih Baginda SAW. Nabi SAW mengangkat tangannya
sangat tinggi.
Disunnahkan dimulakan doa dengan memuji Allah SWT dan berselawat ke atas
Nabi SAW kerana ini sebab dimakbulkan doa dan ditutupi doa seterusnya. Pada
suatu hari, Nabi SAW duduk di masjid, terdapat seorang sahabat sedang berdoa
kepada Allah SWT, maka Nabi SAW bersabda, “Doamu akan diterima jika kamu
menutupnya, maka dia bertanya, “Apakah penutupnya Ya Rasulullah? Nabi SAW
bersabda bila kamu menutupnya dengan memuji Allah SWT”.
Dengan itu, kamu perlu mengambil berat masa-masa dan tempat-tempat yang
mustajab doanya. Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia
pemalu, Dia malu apabila hambanya mengangkat tangan berdoa kepada-Nya untuk
membalasnya dengan tangan kosong.
Bagi adab-adab yang tersembunyi (batin), antaranya ialah keyakinan dengan
penerimaan Allah SWT, berdasarkan sabda Rasulullah SAW, “Jika kamu berdoa
kepada Allah, maka berdoalah dengan menyakini doamu akan diterima Allah”
Antara adab yang penting ialah hendaklah kita tidak meminta kepada Allah SWT
agar disegerakan penerimaan doa. Ketahuilah, jika Allah SWT melewatkan
terkabulnya doa kita, maka sesungguhnya itu semua mengandungi hikmah
mengikut kehendak-Nya, dan sesungghunya kehendak-Nya mengatasi kehendak
kita, maka kita akan bahagia dengan berdoa.
Antara kelembutan dan keindahan doa ialah, kita perlu mengetahui doa itu sendiri
adalah nikmat. permintaan ini ialah ruh ibadah dan tunjang ibadah. Antara adab
doa yang penting yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW ialah, berdoa untuk
saudara-saudara kita. Doa kepada saudaranya secara rahsia. Mana-mana muslim
yang berdoa untuk saudaranya secara rahsia, maka malaikat mendoakannya
seperti apa yang telah dimintanya.
Antara adab Rasulullah SAW dalam berdoa, bahawa Baginda mengajar kita agar
meminta doa dari hamba-hamba Allah yang soleh. Baginda Saidina Rasulullah
SAW meminta doa dari Saidina Umar, Baginda bersabda, “Wahai Umar, Jangan
melupakan kami, wahai saudaraku di dalam doamu”. Saidina Umar berkata, “Maka
tiada yang aku sukai di dunia ini melainkan perkara ini.”

18
Nabi SAW melarang kita berdoa untuk diri kita, anak-anak kita atau harta kita dalam
keadaan marah dikhuatari kita berdoa pada saat mustajabnya doa, maka kita
memusnahkan diri kita dan anak-anak kita. Berapa ramai ibu atau ayah dalam
keadaan marah, mendoakan keburukan untuk anak-anaknya maka ia akan
memusnahkan mereka. Dengan ini, wajib bagi kita mendoakan kebaikan untuk
mereka, bukan mendoakan keburukan untuk mereka. Inilah jalan Rasul kita SAW.
Nabi SAW bersabda : “Sebaik-baik ibadah ialah menunggu kelapangan (terlepas
dari masalah dengan penuh sabar)” Bersesuaian dengan salah satu doa Nabi SAW,
untuk kita ambil pelajaran darinya, bahawa Nabi SAW semasa berdakwah kepada
penduduk Taif untuk mengajak mereka kepada Islam, mereka telah membaling batu
kepada Baginda sehingga mengalir darahnya, dan Baginda keluar dengan
perasaan sedih dan terluka lalu Baginda mengangkat tanganya kepada Allah,
“Ya Allah, aku mengadu kepadaMu, kelemahan diriku, sedikitnya kemampuanku
dan hinanya aku pada pandangan manusia. Engkau adalah Tuhan orang-orang
yang lemah, dan Engkau adalah Tuhanku. Kepada siapa Engkau serahkan aku?
Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah yang bengis, atau kepada
musuh yang menguasai urusanku. Jika Engkau tidak murka kepadaku, maka aku
tidak peduli, namun keselamatan dariMu lebih melapangkanku. Aku berlindung
dengan sinar cahayaMu yang menerangi kegelapan, dan memberi kebaikan urusan
dunia dan akhirat, dari MurkaMu yang hendak Engkau turunkan kepadaku. Hanya
Engkau yang layak menegurku sehingga Engkau redha. Sungguh, tiada daya dan
kekuatan selain daripadaMu.
Doa Baginda SAW penuh kebaikan, Baginda SAW bersabda kepada kita. Setiap
Nabi mempunyai doa yang mustajab, dan sesungguhnya, setiap Nabi berdoa untuk
ummatnya, dan sesungguhnya aku menyimpan doaku sebagai syafaat untuk
ummatku pada hari kiamat. Ini merupakan doa paling besar yang kita harapkan.
Maka barang siapa yang mengikut jalannya, berpandukan panduannya dan dekat
dengan sunnahnya, maka beliau berhak mendapat keutamaan syafaat Nabi SAW
pada hari kiamat, inshaAllah, apabila ianya diiringi dengan ikutan dan perasaan
cinta.
“Katakanlah (Wahai Muhammad), jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku,
kamu akan dicintai Allah.”
Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

19
H
ari raya adalah antara cara menunjukkan kegembiraan. Bagaimana
Rasulullah SAW menzahirkan kegembiraan dalam berhari raya? Kita
mesti belajar daripada baginda SAW cara bergembira. Allah SWT telah
membukakan pintu kegembiraan dan mengambil iktibar daripada
kegembiraan ini daripada segala segi.
Saidina Abu Bakar RA bertemu dengan anaknya Saidatina Aisyah RA beliau
Nampak ada dua wanita menyanyi. Beliau berkata, “Seruling syaitan ada di rumah
Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab, “Biarkan dia”. “Setiap kaum ada
perayaannya. Ini adalah perayaan kami.” Rasulullah SAW suka menzahirkan
kegembiraan kerana kegembiraan ini adalah dengan keberkatan Allah. Keraian
adalah salah satu ibadah juga. Ia mendekatkan kita kepada Allah SWT jika
dilakukan dengan cara Nabi SAW.
Pada malam raya adalah antara malam
yang perlu kita pentingkan untuk mencontohi
Rasulullah SAW. Kita bukan sahaja dapat
mencontohi baginda dalam solat, qiamullail dan
amalan tetapi dapat mencontohi baginda ketika
dalam keraian. Qiamulail pada malam raya
adalah antara amalan terbaik kerana Allah
SWT memberikan ganjaran yang sama seperti
amalan kita pada sepanjang Ramadan. Kita
perlu bersiap-siap pada malam raya lagi.
Sebelum keluar untuk solat raya kita
perlu mandi, pakai pakaian terbaik, memakai wangian, memotong kuku, semua
bentuk kebersihan dan penggunaan wangian mesti dizahirkan pada hari raya
sebagai tanda kegembiraan. Rasulullah SAW memerintahkan para wanita dan
kanak-kanak termasuk wanita yang sedang haid keluar semuanya untuk
menzahirkan kegembiraan dan sebagai tanda syukur ke atas nikmat Allah SWT.

20
Antara Sunnah Rasulullah SAW pada hari raya ialah baginda akan makan selepas
solat sunat hari raya ‘aidiladha, baginda makan daripada hidangan korban yang
ada. Dilarang sama sekali menggunakan alatan mercun dan perkara yang
merbahaya kepada manusia seperti memandu kereta dengan terlalu laju dan
bahaya. Baginda juga telah melarang senjata dibawa pada hari raya kerana ditakuti
akan memudaratkan orang lain.
Ibadah paling mulia pada malam raya ialah bertakbir dengan suara kita dan takbir
akan bergema di seluruh alam itu lambang islam. Rasulullah SAW dan para
sahabat bertakbir. Para sahabat bertakbir di Mina sehingga seluruh penduduk
Mekah mendengar takbir mereka. Takbir sepatutnya bergema di semua jalan, pasar
raya dan rumah. Malam raya mestilah bergema dengan takbir. Takbir ini ada makna
antara kita dan Allah SWT.
Apabila kita hidup dengan makna sebenar takbir setiap kali kita nampak sesuatu di
dunia, sebut Allah Maha Besar, Allah yang dalam hati saya lebih besar daripada
segala-galanya. Jika kita faham makna takbir dan dapat rasakan kemanisannya
pada hari raya maka kita akan sedar sesuatu. Rasulullah SAW tidak akan
memerintahkan kita bertakbir dengan kuat pada hari raya kecuali pasti ada rahsia di
sebaliknya. Bertakbirlah dan kuatkan suara kita pasti akan menemui rahsianya
dengan makna takbir ini.
Antara sunnah raya yang penting adalah melakukan korban pada hari raya
Aidiladha. Korban adalah antara ibadah mulia. Setiap bulu atau titisan darah ada
pahalanya. Membahagikan daging kepada orang ramai membawa kegembiraan.
Kegembiraan pada hari raya adalah antara kita dan Allah SWT. Kita mesti
mengambil kesempatan ini. Rasulullah SAW mengharamkan berpuasa pada hari
raya sedangkan puasa antara ibadah yang besar tetapi saat raya adalah saat
gembira… bergembiralah… walaupun ada beberapa perkara yang menganggu
fikiran kita, jadikan hari raya sebagai hari gembira kerana kegembiraan pada
keadaan itu ada keistimewaannya. Semoga dengan kegembiraan ini kita dapat
raikan kegembiraan besar.

21
Apakah kegembiraan besar? Kegembiraan besar iaitu dapat bertemu Rasulullah
SAW di Darul Karamah. Kita berdoalah agar kegembiraan kita di dunia sebagai
jalan kegembiraan kita pada hari akhirat dengan redha Allah SWT dan dapat
berdampingan. “Katakanlah jika kamu cinta kepada Allah SWT maka ikutilah aku
(Nabi Muhammad SAW) nescaya Allah akan mencintai kamu”

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

22
N
abi SAW begitu baik dalam layananya kepada kanak-kanak, baginda
mempamerkan asas pendidikan untuk kanak-kanak. Sesungguhnya
kanakkanak dilahirkan dengan fitrah yang baik. Setiap manusia
dilahirkan dalam keadaan fitrah. Bukti, bayi dilahirkan dalam keadaan
tulen, suci dan bersih dari segala kekurangan. Dan Nabi SAW memelihara kesucian
dan ketulenan ini.

Antara contoh belaian kasih baginda kepada kanak-kanak ialah baginda suka
menghidu, mendakap dan mencium mereka. Pernah al-Aqra’ bin Habis melihat
baginda juga beberapa orang badawi berkata kepada baginda : Ya Rasulullah,
kamu mencium kanak-kanak kamu? Nabi menjawab: Ya, Lalu mereka berkata:
Sesungguhnya kami tak mencium kanak-kanak kami. Rasulullah SAW bersabda
lagi: Apa yang aku akan buatkan untuk kamu andainya Allah merampas sifat
rahmat dari hati-hati kamu. Ini bukti bahawa mencium kanak-kanak adalah rahmat
dan kasih saying.

Ramai yang tak tahu, bahawa ini adalah satu ibadah dan kebaikan, iaitu mencium
dan mendakap kanak-kanak. Nabi SAW suka
mendukung kanak-kanak. Kerap dilihat Hasan atau
Husin atau kedua-duanya di atas bahagian belakang
Rasulullah SAW. Satu hari, Anas bin Malik datang, Dia
melihat Nabi SAW dalam keadaan menongkat dua
tangan dan dua kakinya dan Hasan dan Husin sedang
bermain di atas belakang baginda. Maka dia berkata
kepada Nabi SAW Sebaik-baik tunggangan ada-
lah tunggangan kamu berdua. Lalu Nabi SAW
bersabda: Dan merekalah sebaik-baik penunggang,
Ya Anas. Nabi SAW memberi kepada mereka berdua
kedudukan dan kemuliaan.

23
BERMAIN PENTING UNTUK PEMBESARAN KANAK-KANAK JUGA BAIK
UNTUK JIWA DAN TUBUH BADAN.
Antara keindahan dalam hidup Rasulullah adalah ketika melayani kanak-kanak.
Nabi SAW selalu bermain dan bergurau senda dengan kanak-kanak. Pernah
baginda mengambil air dan membalingnya ke muka kanak-kanak sehingga kanak-
kanak itu ketawa dan bermain dengannya. Nabi SAW memiliki sifat kasihan. Begitu
melindungi kanak-kanak. Suatu ketika baginda bersolat di dalam masjid, ketika
bersolat Umamah binti Zainab datang kepadanya dan memanjat belakang baginda.
Ketika itu baginda dalam keadaan bersujud. Lamanya bersujud sehingga para
sahabat menyangka baginda mengalami kekejangan. Setelah selesai bersolat,
baginda bersabda: Anak perempuanku ini duduk di atasku, dan aku tak mahu
menganggunya.

SESIAPA YANG MEMBIMBING ANAK-ANAKNYA, DIA TELAH MENJINAKKAN


HASADNYA.
Nabi SAW mendidik mereka membimbing serta menanam nilai murni kepada
mereka. Kerana inilah waktu sesuai untuk mendidik mereka tentang nilai dan prinsip
hidup. Sayidina Husin pernah mengambil sebiji kurma yang tidak halal baginya
kerana zakat tidak halal bagi ahli keluarga baginda. Lalu Nabi SAW mencabut
kurma dari mulutnya (Husin) dan berkata: Kakh... Kakh. Maka dia keluarkan kurma
dari mulutnya dan baginda bersabda: Ia tak halal bagi kita sebagai keluarga
Muhammad. Kerana ia adalah zakat. Baginda pernah melihat seorang ibu
memanggil anaknya bernama Abdullah dia memanggil: Ya Abdullah! datang ke sini,
aku nak berikan kau sesuatu. Apabila dia datang, baginda bertanya kepada si ibu:
Nabi bersabda: Sekiranya kau tak berikan apa-apa kepadanya nescaya dituliskan
untuk kau sebagai penipu di sisi Allah.

24
Nabi SAW mengajar kita tentang bercakap benar. Ramai antara kita menipu
ketika bermain dengan anaknya. Seperti dia memanggil anaknya kerana ingin
memberinya sesuatu tetapi dia berbohong. Dia telah menanam sifat buruk dalam
diri anaknya. Rasulullah SAW suka mendidik kanak-kanak dalam berkata benar,
juga dengan sifat berani. Rasulullah SAW biasa berlumba dengan kanak-kanak.
Nabi SAW pernah meminta anak saudaranya Abdullah bin Abbas dan beberapa
saudara kandungnya berbaris di suatu tempat dan baginda duduk di satu tempat
kemudian baginda memanggil mereka datang kepadanya secara berlumba. Apabila
sampai mereka telah menjatuhkan badan mereka ke atas dada Rasulullah SAW.
Inilah Nabi SAW pemimpin ummah melayan kanak-kanak dengan penuh lembut
dan berakhlak baik.
Adakah kita turut sama berakhlak sebegini? Seseorang mungkin memukul
budak disebabkan dia membaling sesuatu, juga menengking dan memarahi budak
disebabkan perkara remeh. Nabi SAW tak pernah memukul orang lain dan tak
pernah menyakiti kanak-kanak. Nabi SAW meletakkan satu kaedah penting.
Perintahkan anakmu bersolat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka
ketika berumur 10 tahun. Pukul di sini, bukanlah pukulan yang kuat tetapi dikatakan
memukul dengan benda seperti batang siwak. Ia dilakukan agar kanak-kanak betul-
betul merasai teguruan. Rasulullah SAW sendiri tak pernah melakukannya. Tetapi
baginda begitu penyayang dan mulia dalam melayani kanak-kanak.

JADILAH GURU KETIKA DIA KECIL DAN KAWAN APABILA DIA MENINGKAT
USIA
Antara hak asasi utama ayah kepada anak-anak ialah melindungi anaknya
dengan doa-doa. Rasulullah SAW melindungi Hasan dan Husin dengan satu doa
penting. Selepas menyapu mereka berdua, baginda membaca: Aku berlindung
dengan nama Allah yang sempurna daripada syaitan dan haiwan berbahaya dan
daripada bahaya hasad. Sesiapa yang membacanya, Ummu Sibyan takkan dapat
memudaratkannya Ia sejenis jin yang suka menyakiti kanak-kanak.
Antara layanan baik Rasulullah SAW kepada kanak-kanak ialah baginda suka
menggembirakan mereka. Kerana ingin menghargai dan menggembirakan mereka.
Para sahabat biasa membawa kepada Rasulullah SAW buah hasil tuaian pertama.
Sebaik saja buah-buahan di kebun mereka masak baginda akan mengambil,
mencium buah tersebut dan bertahmid kemudian baginda akan memberi kanak-
kanak yang paling muda di kawasan itu.

25
Dengan tujuan memanjai dan menggembirakan kanak-kanak tersebut kerana
Rasulullah SAW suka menghidupkan keceriaan di dalam hati kanak-kanak. Seperti
yang disebut di dalam beberapa hadith Bahawa Allah SWT menyediakan tempat di
syurga bagi mereka yang menghidupkan keceriaan di dalam hati kanak-kanak.
Ramai yang suka dan sayangkan kanak-kanak. Tetapi maksud kita di sini, agar kita
hayati maksud mencontohi Rasulullah SAW. Apabila saya mencium atau mendakap
atau bermain dengan anak saya, saya rasakan ia salah satu daripada jenis ibadah.
Atau mencontohi Nabi SAW mendekat diri saya kepada Allah dan Rasulullah SAW
meningkatkan lagi kecintaan saya kepada Allah dan mendapat kecintaan daripada-
Nya.

Katakanlah jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai
kamu. (Surah Al-Imran: 31)
Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

26
Allah SWT berfirman dalam kitab-Nya “Dan golongan kanan,
alangkah mulianya golongan kanan itu.” Allah SWT telah
peruntukkan kepada golongan kanan dengan kemuliaan dan
kemajuan.
Nabi SAW suka memulakan dengan kanan dalam setiap
urusannya. Seperti yang diriwayatkan dalam banyak hadith
Rasulullah SAW suka bermula dengan bahagian kanan. Ketika
makan, minum, memakai selipar dan ketika berjalan.
Kebanyakan urusannya, Baginda SAW suka memulakan dengan
bahagian kanan. Dalam memberi dan urusan lain Baginda suka
mengguna tangan kanan.
Jika kita benar-benar cintakan Nabi SAW pasti kita akan suka dengan apa
yang disukai oleh Nabi SAW. Nabi SAW suka dalam mendahulukan bahagian
kanan, perkataan penting di sini Bagi Nabi SAW ia bukan sekadar amalan tetapi
kesukaan Baginda. Kita patut mencontohi Nabi SAW dalam semua perkara. Nabi
SAW pada peristiwa Hajjatul Wada’ ketika tukang cukur hendak mencukur rambut
baginda telah ditegur oleh Nabi SAW : “ Mulakan cukur dari bahagian kanan.” Nabi
SAW mengajarnya kerana baginda sukakan amalan mendahulukan kanan.
Fakta sains telah membuktikan suluruh pergerakan dalam tubuh manusia
bergerak mengikut sistem yang terperinci. Setiap pergerakan bermula dari bahagian
kanan dan bergerak ke kiri. Ambil dan memberi dengan tangan kanan adalah Sun-
nah harian. Dalam sehari, berapa kali kita memberi dan menerima sudu, pinggan,
kertas dan pensil.
Sebahagian kita banyak dalam berinteraksi seperti penjual atau juruwang dan
penjual di pasar raya, berapa kali mereka mengambil dan memberi duit atau bil
kepada pelanggan? Ratusan kali, paling minimum 200 kali dalam sehari. Bermakna,
dalam setahun dia melakukannya sebanyak 70 hingga 80 ribu kali atau lebih dari itu
dia melakukan interaksi tersebut.

27
Satu kisah tentang Nabi SAW suka mendahulukan kanan, suatu hari baginda duduk
untuk minum, di kanannya ketika itu Ibnu Abbas budak kecil berumur sekitar 6 atau
5 tahun. Di kirinya pula, Abu Bakar dan Umar dua sahabat mulia. Apabila Nabi
SAW minum, Dia suka mendahulukan kanan, Dia berpaling kepada Ibnu Abbas dan
berkata “Izinkan aku berikan minuman ini kepada mereka dahulu? Lalu dia
menjawab: Ya Rasulullah, takkan ada yang membantahmu, maka Nabi SAW
berikan minuman itu kepadanya dahulu.
Sunnah mendahulukan kanan mengatasi segala kelebihan. Abu Bakar RA
seorang tokoh dan alim tetapi Sunnah mendahulukan kanan diutamakan. Saya
perlu mendidik anak saya, Jika dia memberi air atau kurma dia perlu bermula dari
sebelah kanan biarpun di sebelah kiri saya lebih tua dan alim. Inilah Sunnah
Rasulullah SAW.
Mendahulukan kanan ialah Sunnah bagi seluruh para Nabi. Di dalam kitab-
kitab agama samawi, Penganut agama terdahulu menggunakan tangan kanan
ketika makan dan menyukai dalam mendahulukan kanan. Indahnya! Manusia boleh
merasakannya.
Saya bersangka baik kepada Allah SWT, saya gunakan tangan kanan ketika
menerima sesuatu, ketika menyikat rambut, mulakan kanan sebelum kiri, masuk ke
rumah dengan kaki kanan, masuk ke masjid dengan kaki kanan, saya pentingkan
bahagian kanan.
Pada hari kiamat nanti, golongan mukmin yang berjaya akan menerima buku
amalan mereka dengan apa? Mereka akan menerimanya dengan tangan kanan
mereka. Seperti firman Allah SWT tentang mereka “Sesiapa yang menerima surat
amalnya dengan tangan kanannya”
Mendahulukan kanan dalam sudut etika pula seseorang itu perlu
menggunakan tangan kiri atau seumpamanya. Mendahulukan kanan adalah
Sunnah Nabi kita dan para nabi yang terdahulu.
Nabi SAW pernah menasihati seorang lelaki, Jangan makan dengan tangan
kirimu, sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya. Syaitan suka
menggunakan tangan kirinya dan Nabi SAW suka menggunakan tangan kanannya.
Siapa yang kamu lebih sayang? Siapa yang menjadi ikutan kamu? Dan Sunnah
siapa yang anda pilih?

28
Prihatinnya kita terhadap amalan Sunnah Rasulullah SAW takkan menjadikan
kita mundur atau kolot. Sebaliknya, jika kita berpegang dengan Sunnah Nabi SAW
Allah akan mengurniakan kita kekuatan, kemuliaan dan kasih sayang.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran “Katakanlah, jika kamu mencintai Allah
ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu. Saya rasakan, jika saya berikan sesuatu
kepada orang lain dengan tangan kanan akan bertambah cintanya Allah kepada
saya. Memberikan nikmat cinta-Nya kepada saya. Sunnah Nabi SAW begitu bernilai
bagi hidup saya jika penghayatan sebegitu dihayati. Perjalanan hidup saya
mengikut Sunnah Rasulullah SAW

29
N
abi Muhammad SAW adalah sumber kegembiraan, dan Baginda
merupakan sebesar-besar perkara yang menggembirakan kita. Sebesar
-besar kegembiraan ialah bertemu dengan Baginda pada hari kiamat dan
minum air dari tapak tangannya yang mulia.
Nabi SAW turut bergembira (berseronok) dan menguruskan kegembiraannya
mengikut apa yang diajarkan Allah SWT. Allah SWT berfirman kepada kita,
“Katakanlah (Muhammad), dengan kurnia Allah dan rahmatNya, maka dengan itu,
bergembiralah! Itu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan” (Yunus:58).
Maka kegembiraan sentiasa berkaitan dengan kurniaan Allah dan perasaan
syukur dengan kurniaan Allah. Di dalam hidup Nabi SAW, Baginda gembira dengan
banyak perkara. Baginda gembira dengan pengislaman lelaki Yahudi yang
memeluk Islam kemudian meninggal dunia. Maka Baginda menangis kerana terlalu
gembira, seraya berkata “Segala puji bagi Allah yang menyelamatkannya dari
neraka denganku”.
Selain itu, Nabi SAW gembira dengan kedatangan sebahagian sahabatnya.
Baginda gembira semasa pulang dari Khaibar dan Allah membuka Khaibar
untuknya serta menolong kaum Yahudi di sana. Maka Baginda berjumpa Saidina
Jaafar dan berkata “Sesungguhnya aku berjumpa dengan Jaafar” Baginda SAW
bersedia untuk memakai baju, dan sebahagian badannya terbuka. Baginda bangun
dengan segera sehingga Baginda berjumpa Saidina Jaafar bin Abi Talib, lalu
berkata, “Aku tidak tahu kerana apa aku gembira, kerana pembukaan Khaibar atau
kedatangan Jaafar. Beliau menjadikan
kedatangan sahabat yang mulia ini
setaraf dengan pembukaan Khaibar,
kerana kedudukan Jaafar yang istimewa
di dalam hati Rasulullah SAW.

30
Nabi SAW bersabda, Riangkan hatimu dari semasa ke semasa. Nabi SAW
gembira dengan apa yang dimuliakan Allah SWT kepadanya, iaitu para isterinya.
Baginda juga gembira dengan perkahwinan. Dengan itu, apabila anak perempu-
annya berkahwin, Baginda memperlihatkan kegembiraannya. Baginda
menyambutnya dengan peralatan yang mengikut syariah, dengan penuh tawadu’
dan adab kepada Allah SWT.
Baginda mengadakan kenduri namun ia tidak melalaikannya. Sesetengah
manusia, apabila mereka gembira (berseronok), mereka melupakan seluruh
peraturan dan adab. Sehingga ramai manusia, apabila mereka gembira dengan
perkahwinannya atau perkahwinan anak lelaki/perempuannya, mereka berkata,
“Cukup, malam ini malam kegembiraan, malam untuk berseronok!” Maka mereka
meninggalkan banyak suruhan seperti solat atau melampaui batas-batas peraturan
dan adab, dan Nabi SAW tidak melakukan perkara ini.
Imam Ali berkata : riangkan hati ini, sesungguhnya ia berasa bosan seperti
bosannya badanmu. Nabi SAW memperlihatkan adab dan peraturan dalam
menguruskan kegembiraanya, kerana kegembiraan boleh menyebabkan manusia
melampaui batas-batas adab dan pergaulan yang baik dengan Allah SWT.
Adab pertama ialah menisbahkan segala perkara kepada Allah SWT. Apabila
Nabi SAW melihat perkara yang mengagumkannya, beliau mengucapkan “Segala
puji bagi Allah yang dengan nikmatNya menyempurnakan segala kebaikan”

ُ
‫الصاحلات‬ ‫هللا اذلي بنعم ِت ِه ت ُّمت‬
ِ ُ‫امحلد‬

Dan apabila Baginda gembira dengan sesuatu perkara Baginda turun ke


bumi dan sujud syukur kepada Allah, sepertimana apabila sampai berita suatu
kabilah telah memeluk Islam, lantas Baginda sujud kepada Allah, dan apabila Allah
mengangkat suatu bala, Baginda sujud syukur kepada Allah SWT. Maka Baginda
menisbahkan segala perkara kepada Allah SWT.

31
Adab kedua ialah memperlihatkan kegembiraan. Nabi SAW bersabda, “Warwarkan
pernikahan dan sambutlah ia dengan pukulan gendang atau kompang”, kerana
dengan memperlihatkan kegembiraan, ia akan membangkitkan keseronokan dan
kasih sayang di antara manusia. Nabi SAW ketika datang kepadanya pertolongan,
dan diperlihatkan Allah SWT apa yang ingin diperlihatkan Baginda menzahirkannya
dengan penuh tawadhu’ dan pengharapan. Ketika Nabi SAW memasukki Kota
Makah dalam Fath Makkah, Baginda SAW tunduk sehingga mukanya hampir
mengenai belakang kudanya, kerana begitu merendah diri kepada Allah. Nabi
SAW tidak menyambutnya dengan takabbur atau menisbahkan perkara itu kepada
dirinya tetapi Baginda menisbahkannya kepada Allah yang Maha Kuasa.
Antara adab lain ialah mengutus pembawa berita gembira, Apabila ayat taubat
turun kepada Kaab bin Malik dan orang-orang yang bersamanya, Nabi SAW
menghantar pemberi berita gembira kepada Kaab bin Malik untuk menyampaikan
berita gembira tersebut. Maka menghantar berita, mesej dan wakil untuk
menyampaikan berita gembira merupakan Sunnah Rasulullah SAW.
Antara Sunnah Nabi SAW ialah takbir ketika melihat perkara yang
menggembirakannya atau berhasilnya perkara yang menggembirakannya. Takbir
sepertimana yang dilakukan Baginda semasa hari perayaan, Baginda SAW
melaungkan takbir. Baginda suka memperlihatkan kegembiraan semasa hari raya.
Apabila datang orang-orang Sudan yang memukul gendang dan bermain di Masjid
Baginda SAW, Sayyidah ‘Aisyah mahu melihatnya, Baginda SAW bertanya,
“Adakah kamu ingin melihatnya wahai Aisyah?” Maka Baginda berdiri di tempat
dekat dengan pintu dan Aisyah di atas belakangnya. Lalu ‘Aisyah menonton orang
Habsyah tersebut memukul gendang, bermain dan menari. Baginda SAW berdiri
dan bertanya ‘Aisyah “Adakah engkau sudah puas?” sehingga ‘Aisyah betul-betul
puas, Maka Baginda SAW suka menzahirkan kegembiraannya.
Apabila engkau gembira dengan suatu nikmat maka ingatlah bahawa ia dari Allah
SWT dan jangan lupa bersyukur atas nikmat tersebut.
Antara perkara yang paling menggembirakan Nabi SAW di dunia ini, iaitu apabila
Fatimah melahirkan Hassan dan Hussain antara perkara yang paling
menggembirakan Baginda. Baginda menzahirkan kegembiraannya dengan
mendukung dan mencium mereka, namun Baginda bersyukur kepada Allah SWT
dan melaksanakan aqiqah, dan ia merupakan antara Sunnah Baginda SAW.

32
Kita memohon kepada Allah agar menambahkan kegembiraan kita dan umat Islam.
Apabila seorang manusia dimuliakan Allah dengan perkara yang
menggembirakannya, maka, dia mengingati kegembiraannya seperti gembiranya
Rasulullah SAW. Dan mengingati bahawa asas kegembiraan ialah pertemuan
dengan Allah dan Rasulullah SAW. Maka ini merupakan kegembiraan yang
terbesar seiring dengan firman Allah, “Katakanlah (Muhammad), “Sekiranya engkau
mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya engkau akan dicintai Allah”.

33
Kekasih kita Nabi Muhammad SAW sentiasa di dalam kesedihan, dan
Baginda SAW telah melalui sebahagian ujian dan rintangan. Baginda juga berpisah
dengan ramai orang yang dikasihinya. Maka bagaimana baginda menguruskan
kesedihanNya. Pada sifatnya, Baginda SAW sentiasa di dalam kesedihan. Namun
beliau tidak menyembunyikan kegembiraan dan keseronokannya daripada para
sahabat.
Sentiasa bersedih kerana Baginda banyak risau terhadap umatnya. Baginda
mahukan kebaikan bagi umatnya, namun ramai yang melarikan diri darinya, kerana
tidak mengenali Baginda dan kebaikan yang dibawanya.
Maka Baginda SAW bersedih disebabkan mereka. Satu jenazah telah
diangkat pada ketika Nabi SAW sedang duduk, maka apabila Nabi melihatnya,
Baginda pun menangis, jenazah itu ialah jenazah seorang yahudi yang mati dalam
kekufuran. Maka Nabi SAW telah menangis, Baginda ditanya, “Apa yang engkau
tangisi wahai Rasulullah?, Baginda menjawab, “Jiwa yang baru ditunjukkan
kepadaku akan ke neraka. Baginda sangat bersedih atas perkara ini.
Nabi SAW bersabda “Alangkah hebatnya keadaan orang yang beriman,
kerana semua keadaanya adalah kebaikan dan ini hanya ada pada seorang
mukmin : jika dia mendapatkan kesenangan dia akan bersyukur, maka itu adalah
kebaikan baginya, dan jika dia ditimpa kesusahan dia akan bersabar, maka itu
adalah kebaikan baginya”.
Nabi SAW merupakan orang yang paling banyak berpisah
dengan orang kesayangannya di dunia ini. Baginda telah
berpisah dengan isterinya Khadijah, iaitu kekasihnya dan orang
yang banyak berkorban dengan diri dan hartanya. Baginda juga
telah berpisah dengan orang yang banyak menyokongnya, iaitu
pakciknya Abu Talib. Maka tahun tersebut telah dinamakan
“Tahun kesedihan”.

34
Begitu juga dengan kematian anak-anak lelaki Baginda Qasim, Abdullah dan
Ibrahim serta anak-anak perempuannya, Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kulthum.
Mereka semua telah ditimpa penyakit dan meninggal dunia.
Maka Nabi SAW telah mengebumikan mereka dengan tangan Baginda sendiri.
Apabila anaknya Ibrahim meninggal dunia, Nabi SAW telah menangis dan
bergenang air matanya. Maka seorang budak lelaki telah melihatnya dan bertanya,
“Ya Rasulullah, engkau juga menangis?” Baginda bersabda, “Sesungguhnya mata
menangis, dan hati berasa sedih, dan tidaklah kita mengatakan sesuatu melainkan
yang diredhai Allah. Sesungguhnya kami bersedih dengan perpisahan ini.
Beginilah hal Nabi SAW ketika Baginda bersedih dengan kematian orang-orang
yang tersayang. Nabi Yaaqub telah berkata : Sesungguhnya aku meluahkan
dukacita dan kesedihanku kepada Allah.
Nabi SAW menolong mereka yang sedang bersedih. Baginda meredakan
kesedihan sehinggakan kepada kanak-kanak. Apabila Baginda mendatangi seorang
budak yang baru kematian burungnya, budak itu sangat sedih dengan kematian
burungnya, maka Baginda SAW menenangkannya, dan berkata “Wahai Ayah
Umair, apa yang sedang Nughair lakukan?”. Baginda berkata begitu kerana ingin
meredakan kesedihan dan melupakannya, serta menampakkan musibah itu kecil
buat kanak-kanak itu.
Nabi SAW mengajar kita semasa bersedih, agar mengembalikan segala perkara
kepada Allah. Seperti dalam firman Allah, “Dan berilah berita gembira kepada
mereka yang bersabar, iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah, mereka
mengucapkan sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah tempat kami
kembali.” Ini merupakan ucapan orang-orang yang sabar “Inna Lillahi wainna ilaihi
raaji’un”.
Antara sifat Baginda SAW apabila terlalu bersedih atau gelisah, Baginda SAW
menyapu kepala dan janggutnya, lalu mengatakan “Hasbiyallah / Hasbunallah
wani’mal wakil” (Cukuplah Allah sebagai penolongku / kami).
Baginda SAW bersabda kepada Ummi Salamah semasa kematian suaminya,
“Katakanlah, Ya Allah, berilah pahala di dalam musibahku, dan gantikanlah bagiku
sesuatu yang lebih baik darinya”. Maka Ummu Salamah tidak menjumpai
seseorang yang lebih baik dari Abu Salamah, namun Allah menggantikan baginya
Rasulullah SAW dan beliau telah menjadi Ummul Mu’minin.

35
Nabi SAW mengajarkan kita suatu doa yang hebat dan ia merupakan intipati
penting untuk dipelajari dari pelajaran ini. Nabi SAW bersabda, “Tidaklah seseorang
ditimpa musibah, kerunsingan dan kesedihan maka dia mengucapkan, “Ya Allah,
sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba
perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan
adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang
Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada
seseorang daripada makhlukMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu atau yang
tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku,
cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku” kecuali
Allah akan menghilangkan kerisauan dan kesedihannya dan melapangkan baginya.
Sahabat bertanya, “Perlukah kami mempelajarinya?” Bahkan, bagi sesiapa yang
mendengarnya mestilah dia mempelajarinya. Jadi sekarang kamu sudah
mendengarnya, maka kamu mesti mempelajarinya seperti sabdaan Nabi SAW.
Inilah doa yang agung yang perlu dilafazkan semasa ditimpa kesedihan.
Setiap perkara ada penawarnya, Bagi kesedihan juga ada penawarnya.
Antara penawar semulajadi bagi kesedihan yang telah diajarkan oleh Nabi ialah
“Talbinah”. Talbinah ialah minuman daripada gandum, ia dimasak sehingga putih
kemudian diminum. Maka ia dipanggil “Talbinah” kerana ia menyerupai susu. Maka
Nabi SAW memberitahu bahawa ia memberikan ketenangan kepada hati dari
kesedihan dan kerisauan. Ini merupakan antara penawar yang diberitahu oleh Nabi
SAW.
Antara perkara yang dipentingkan Nabi SAW ketika kesedihan ialah larangan
melanggar batas-batas syariat seperti menjerit, tangisan yang melampau,
mengoyakkan pakaian, menampar wajah, begitu juga meratap dan menyebut kata-
kata yang tidak beradab dengan Allah SWT. Hal ini semakin banyak dilakukan oleh
manusia dan Nabi SAW keras melarang hal ini.
Setiap orang yang ditimpa musibah di dunia perlulah memikirkan tentang
perpisahannya dengan Rasulullah SAW. Tiada musibah yang paling besar
melainkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW di dunia ini. Justeru ingatan ini
akan menyedarkan kita akan hubungan kita dengan Rasulullah SAW di dalam
kesedihan dan seluruh aspek kehidupan kita. Maka ini merupakan makna yang
tersurat dan tersirat dari firman Allah SWT “Katakanlah sekiranya engkau mencintai
Allah, maka ikutilah aku, nescaya engkau dicintai Allah SWT.”

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

36
A
llah SWT tidak ciptakan lelaki yang lebih kuat daripada Nabi SAW.
Manusia menyangka kekuatan dan kekasaran adalah lambing kelakian,
sebenarnya tidak. Salah satu sudut penting dalam kehidupan Nabi SAW
adalah hubungan baginda dengan isteri-isteri dan ahli keluarga. Baginda
SAW bersabda “Yang terbaik antara kamu adalah yang berbuat baik kepada ahli
keluarganya dan akulah yang terbaik untuk keluargaku.” Dalam riwayat yang lain,
“Yaitu terbaik antara kamu adalah yang berbuat baik kepada isterinya dan akulah
yang terbaik buat keluargaku.”
Wanita ibarat cahaya bintang dambaan lelaki, tanpanya lelaki akan hidup
dalam kegelapan. Jika kita bercakap tentang romantis, cinta atau emosi jika kita
lihat kepada hidup Nabi SAW kita akan dapati bahawa baginda adalah insan yang
paling lembut, baik hati, terbaik dan sangat pemurah dalam setiap urusan hidup
baginda. Jika nak cari tentang cinta dan kesetiaan, kita akan menemui cinta
baginda SAW kepada Khadijah. Demi kesetiaan dan cinta, baginda sanggup
menyembelih seekor kambing dan bersabda “Ambillah sembelihan ini dan
bahagikannya kepada sahabatsahabat Khadijah.” Sekarang, siapa lagi yang fikirkan
tentang sahabatsahabat isteri?
Kajian membuktikan suami yang mengucupi isterinya setiap pagi hidup lebih
lama daripada mereka yang tidak melakukannya. Manusia mungkin
membayangkan Nabi SAW yang fasih bercakap dan berkeyakinan tinggi. Orang
yang duduk di sebelah baginda seolah-olah ada burung atas kepala mereka. Salah
seorang sahabat membayangkan ini lalu pergi kepada Aisyah
dan bertanya “bagaimana kelakuan kamu bila Bersama dengan
Rasulullah?
“Ketika kami Bersama baginda, kami tak sanggup melihat
terus ke mata baginda, Aisyah menjawab : “Di rumah baginda
seperti kami semua, baginda bergurau senda, makan dengan
kami dan bersihkan rumah.”

37
Sekarang ini, adakah lelaki antara kita yang sanggup menyapu lantai rumah?
Kadangkala, apabila lelaki diminta membersihkan rumah atau tandas ia dianggap
sebagai menjatuhkan kelakiannya. Nabi SAW pernah membersihkan rumah.
Baginda juga menjahit pakaiannya. Baginda menampal pakaiannya dan mengikat
sarung pedangnya.
Wanita yang membawa lelaki kepada kebahagiaan. Bila Nabi SAW duduk
Bersama isterinya, baginda akan tunaikan haknya, Baginda menghias diri untuk
mereka dan dengan penuh kelembutan baginda akan bergurau senda dengan isteri
-isterinya. Diriwayatkan bahawa baginda pernah keluar berlumba berkali-kali
dengan Aisyah.
Jika hendak berbicara tentang keindahan cinta, renungilah kehidupan Nabi
SAW ini bukannya cerita yang jarang berlaku dalam hidup Nabi SAW. Orang mung-
kin katakana perstiwa itu hanya berlaku beberapa kali saja. Beginilah seluruh
kehidupan perkahwinan baginda SAW.
Pada hari perjanjian Hudaibiah dimerterai, ketika Nabi SAW nak pulang para
sahabat sangat sedih dan begitu juga baginda kerana sahabatnya tak dengar
katanya, Isterinya, Ummu Salamah berkata, wahai Rasulullah, kenapa kau sedih?
Baginda SAW menjawab “Sahabatku buat itu dan ini,” beliau berkata : “Janganlah
pedulikan mereka, ya Rasulullah, keluarlah dan sembelihlah haiwan kemudian
cukurlah kepalamu nescaya mereka akan ikut.”
Nabi SAW menuruti pandangan Ummu Salamah itu dan ia direkodkan dalam
sejarah bahawa Muhammad Bin Abdullah yang menerima wahyu, manusia paling
bijaksana dan lemah lembut menurut pendapat isterinya dalam keadaan tertentu.
Nabi SAW takkan keluar bermusafir melainkan ditemani salah seorang
isterinya. Baginda akan membuat undi untuk menentukan siapa yang akan
menemaninya. Ketika menunaikan haji wada’, baginda membawa semua isterinya
bersama-sama.
Nabi SAW tak pernah menganggap bahawa wanita sebagai beban. Suatu
masa, salah seorang isteri Nabi dikatakan isteri itu adalah Safiayyah beliau nak
menaiki unta tapi tak berjaya lalu Rasulullah merendahkan diri baginda dan mena-
warkan lututnya untuk membolehkan beliau naik ke belakang unta tersebut. Kita
boleh bandingkan situasi ini dengan membuka pintu kereta untuk isteri, siapa yang
rela hati bukakan pintu untuk isterinya pada hari ini dengan beranggapan bahawa ia
adalah demi mengikut sunnah nabi…

38
Peratus wanita di dunia yang didera oleh suami mereka adalah antara 50%-
60%. Dalam riwayat-riwayat hidup Nabi SAW baginda tak pernah walau sekalipun
memukul wanita sepanjang hidupnya. Hari ini, jika seseorang anggap dirinya lelaki
lalu memukul wanita dia akan merasakan dirinya kuat. Katakan kepadanya, lelaki
yang seribu kali lebih lelaki dari kamu iaitu Nabi Muhammad SAW tak pernah
mengangkat tangannya ke muka wanita. Bagindalah insan yang sempurna. Jadi,
jika ada lelaki yang mengangkat tangannya untuk memukul isteri kelakiannya
malahan semakin tercalar. Lelaki yang ingin mencontohi kelakian Nabi SAW,
bagindalah seorang yang mengambil berat, sabar, penyayang, sentiasa tersenyum
jika berjumpa ahli keluarganya. Inilah insan yang sempurna. Nabi SAW ketua
segala lelaki, risaukan kaum wanita. Ini adalah pesanan buat semua wanita,
sesungguhnya Nabi SAW sangat mengasihani kalian berbanding kaum lain di dunia
ini.

Antara amanat terakhir baginda sebelum wafat adalah mengingatkan kita


tentang solat kemudian baginda bersabda: ”Pertahankan wanita dan berbuat baik
dengan mereka.” inilah lambing kehebatan Nabi SAW “Lelaki terbaik antara kamu
adalah yang berbuat baik dengan ahli keluarganya dan aku adalah yang terbaik
untuk keluargaku.” Jika anda nak berada dekat dan disayangi oleh Rasulullah SAW
bergaullah dengan isteri anda dengan pergaulan yang baik. Bersabar, berlembut
dan bermesra dengan mereka. Berbuat baiklah dengan menunaikan hak-hak
mereka. Inilah yang akan membawa anda lebih dekat dengan Rasulullah SAW
kerana cuba mencontohi baginda dan ini akan melayakkan anda mendapat tempat
berdekatan dengan kolam baginda di hari kiamat kelak insyaAllah.

Allah SWT berfirman: Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah maka
ikutilah nescaya Allah akan mengasihimu. (Ali-Imran : 31)

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

39
Apabila kamu membaca al-Quran, rasakanlah bahawa ia kata-kata Allah kepa-
damu. Subhanallah, setiap orang pasti mendapati sesuatu dari alQuran. Seseorang
memahami dan menghayati perkara-perkara di dalam alQuran, Berlainan dengan
orang lain kerana ini merupakan perkataan Allah kepada setiap ciptaaNya. Setiap
individu pasti mendapati perkara yang berbeza antara satu sama lain apabila mem-
baca al-Quran. Ummu Salamah telah berkata bahawa bacaan Rasulullah ialah
bacaan yang paling baik huruf demi huruf.
Setiap huruf diberikan haknya. Ada individu yang membaca al-Quran secara terge-
sa-gesa. Kadang-kadang, huruf dimasukkan ke dalam yang lain. Namun, kamu
mestilah membaca Quran agar orang lain mampu mengulangi bersamamu. Bacaan
Rasulullah disempurnakan bacaan panjangnya. Para sahabat telah berkata,
“Apabila Baginda membaca Bismillahirrahmanirrahim, Baginda memanjangkan pa-
da kalimah Allaah, ar-Rahmaan, ar-Rahiim.
Setiap mad diberikan haknya. Baginda membacanya seperti yang diperintahkan Al-
lah. “Dan bacalah al-Quran secara tartil (bertajwid)”. Baginda SAW membaca suatu
surah dengan penuh tartil sehinggakan ia lebih panjang dari surah berikutnya ketika
membacanya dengan penuh tartil dan tajwid.
Seorang sahabat, Abdullah bin Mughaffal telah melihat Nabi SAW di dalam
pemandangan yang sangat indah. Baginda sedang menunggang untanya. Dan
membaca surah al-That dengan suara dan bacaan yang lembut dan berulang-
ulang.
Iaitu Baginda membaca al-Quran secara tartil dan berulang-ulang. Ini dinamakan
mengulang. Iaitu Baginda SAW membaca dengan penuh
penghayatan dan ini berlaku semasa baginda sedang
duduk di atas untanya semasa di dalam perjalanan.

40
Hari ini, kita boleh membaca al-Quran di dalam kenderaan, sambil berjalan dan da-
lam setiap keadaan. Namun yang terbaik adalah semasa kita dalam keadaan yang
suci (berwudhu’). Dan menggunakan siwak untuk membersihkan mulut sebelum
membaca al-Quran. Menghadap qiblat, memakai baju yang bersih, bau yang
wangi, dan tempat yang bersih.
Juga membaca al-Quran dengan penuh khusyuk, dan penghayatan. Menangis
atau buat-buat menangis. Kerana Nabi SAW bersabda, “Quran ini diturunkan
dengan penuh kesedihan. Semasa kamu membaca Quran, menangislah, namun
jika engkau tidak mampu, buat-buatlah menangis.” Iaitu engkau menghayati makna
dengan khusyuk.
Dan engkau sekarang sedang mendengar perkataan Allah SWT. Baginda SAW
solat pada suatu malam dan membukanya dengan surah al-Baqarah.
Apabila sampai pada ayat rahmat, maka Baginda memohonnya kepada Allah. Apa-
bila sampai kepada ayat yang mengandungi azab, keagungan Allah, Baginda
memohon perlindungan kepada Allah. Apabila sampai pada ayat tasbih, Baginda
akan bertasbih kepada Allah. Ketika Baginda membaca “Sucikan nama Tuhanmu
yang maha Tinggi”.
Maksudnya, Allah sedang meminta kita bertasbih, ianya suatu perintah. “Sucikanlah
nama Tuhanmu yang Maha Tinggi”, maka Baginda mengatakan “Maha Suci Allah
yang Maha Tinggi”
Ketika Baginda membaca “Bukankah Allah sebaik-baik yang menghakimi?” Bag-
inda berkata, “Bahkan, dan Aku antara yang menyaksikannya” Beginilah keadaan
Nabi SAW dengan al-Quran dan dalam memahami makna-makna kalam Allah
SWT .
Adakalanya Nabi SAW membaca al-Quran sehingga kedengaran suaranya
sampai ke bilik-bilik di sekitarnya. Adakalanya, Baginda membaca secara perlahan.
Baginda pernah menyoal Saidina Abu Bakar,” Bagaimana kamu membaca al-
Quran?” Maka jawabnya, “Aku membaca dengan perlahan kerana merasakan Allah
dekat denganku” Baginda bertanya Umar pula. Jawabnya. “Adapun aku lebih suka
membaca secara kuat sehingga dapat membangunkan orang yang tidur dan
menghalau syaitan.”

41
Maka bagi setiap individu, membaca al-Quran hendaklah mengikut keadaan dan
tempat. Membaca al-Quran boleh secara kuat/nyaring, perlahan atau dengan suara
yang halus. Al-Quran merupakan nur dari Allah, membacanya dapat melapangkan
jiwa, padanya ada penyembuhan, pelepasan dari kesusahan, membacanya dapat
membaiki keadaan, dapat menghalau syaitan, dan ruqyah. Jika kamu membaca al-
Quran, maka luaskanlah niatmu, sehingga kamu berhasil mendapat setiap kebaikan
dari al-Quran yang agung ini. Baginda SAW mempunyai hizib dari al-Quran, dan
wirid harian dari al-Quran iaitu Baginda membaca bahagian-bahagian tertentu dari
al-Quran.
Baginda mengkhatamkan al-Quran setiap 3 hari. Begitu juga dengan para sahabat,
mereka khatam dalam masa 7 hari dan ini juga amalan ramai para ulama dan orang
-orang soleh dalam kalangan ummat ini. Setiap minggu, mereka membaca
(khatam) al-Quran. Mereka telah berkata, “Paling sedikit bacalah sehari satu juzu’
agar engkau dapat khatam sekali dalam sebulan”. Nabi SAW pernah disoal,
“Apakah amalan yang paling disukai Allah?” Baginda menjawab, “Al-hal al-murtahil”
Apakah ia al-Hal al-Murtahil?” Baginda menjawab, “Orang yang apabila tamat mem-
baca al-Quran, dan dia akan terus memulakannya dengan al-Fatihah” iaitu apabila
kamu tamat membaca surah an-Nas, maka serta merta mulakanlah membaca al-
Fatihah dan dia beginilah halnya secara berterusan, khatam demi khatam. Maka
kamu akan sentiasa memulakan Kalam Allah dari permulaan sesudah kamu selesai
(khatam).
Ada individu yang merasa susah untuk membaca al-Quran dengan banyak setiap
hari. Namun, apa yang penting ialah permulaannya. Mulakanlah dengan satu
mukasurat setiap hari. Kemudian selepas satu tempoh , tambah lagi 2 muka surat,
kemudian 3 muka surat. Apa yang penting, kamu berterusan membaca al-Quran
setiap hari. Sehingga terbentuk suatu hubungan harian antara kamu dan Allah me-
lalui firman-firmanNya. Siapa yang hidup dengan sesuatu perkara, dia akan mati
dan dibangkitkan dengannya.

Jika kamu membaca al-Quran dan hidup dengannya, nescaya kamu akan dibang-
kitkan bersama-sama al-Quran. Ini kerana Quran merupakan cahaya, pemimpin
dan pembimbing manusia ke syurga. Antara nikmat yang besar yang telah dise-
diakan Allah di syurga, iaitu Allah mengurnikan kita membaca al-Quran di dalam sy-
urga. Dan antara nikmat yang besar adalah mendengar bacaan al-Quran Nabi
SAW di dalam syurga.

42
Telah diceritakan bahawa, orang-orang yang beriman berkumpul di suatu lapangan
di dalam syurga. Kemudian Nabi SAW membacakan kepada mereka Surah Toha
seperti yang diriwayatkan, maka apakah perkara yang paling baik selain mendengar
bacaan surah Toha melalui lisan Toha nescaya ianya merupakan nikmat yang be-
sar.

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

43
Anggota yang mencantikkan manusia ialah rambut. Allah SWT menciptakan rambut
sebagai perhiasan untuk lelaki dan wanita.

CIRI-CIRI RAMBUT NABI SAW


Rambut Nabi SAW berwarna hitam pekat, tidak terlalu kasar atau terlalu lembut.
Rambut baginda SAW beralun ibarat corak alunan pasir di padang pasir. Rambut
baginda SAW dikatakan di paras telinga atau mencecah bahu. Rambut baginda
pernah dilepaskan hingga mencecah belakang badan.

HADIS TENTANG RAMBUT


Sabda Nabi SAW “Jika kamu ada rambut maka hormatilah ia”. Kita mesti hargai
rambut kerana ia adalah nikmat Allah SWT. Kita mesti hargai penciptaan rambut.
Kita patut berhias dengan ciptaan Allah

CARA NABI SAW MENJAGA RAMBUT


Nabi SAW sangat menjaga rambut. Jika anda rasa dah terlalu menjaga rambut
percayalah bahawa Nabi SAW lakukan lebih daripada anda. Nabi SAW sentiasa
membawa sikat bersama-sama, baginda akan bawa sikat ke mana-mana saja. Nabi
SAW sering sapu minyak di rambut, baginda merapikan rambut menggunakan
sikat. Baginda melindungi rambut daripada debu, baginda tidak
suka rambut yang berdebu. Baginda sukakan kecantikan.
Sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya Allah indah dan sukakan
keindahan.” Siapa yang sukakan keindahan bererti dia suka apa
yang disukai Allah dan Rasulullah SAW.

44
Nabi SAW mempunyai cermin dan cermin itu dibawa ketika baginda bermusafir. An-
tara sunnah baginda ketika melihat cermin ialah dengan bersyukur kepada Allah
SWT sambal berdoa : ‫ق ي‬ِ ‫هللاََ َّم كَما َ َح َس ْنتَ خ َْل ِق ْي فَ َح ِسِّن ُخ ُل‬
ُّ
“Ya Allah, seperti mana Engkau telah elokkan rupaku elokkanlah juga akhlakku.”
Menjaga penampilan zahir dan batin, penghayatan terhadap nikmat kecantikan lu-
aran dan mengaitkannya dengan kecantikan dalaman merupakan sunnah yang
mulia. Jika kita hayatinya, kita akan dapat rasai kecantikan tersembunyi di dalam
diri kita.

CARA NABI SAW MENYAPU MINYAK DI RAMBUT


Antara sunnah Nabi SAW ialah menyapu minyak di rambut. Terdapat ratusan jenis
minyak rambut di pasaran sekarang. Kita menyapu minyak di rambut kerana ia
tuntutan sunnah Nabi SAW. Tetapi minyak zaitun mengandungi keberkatan selain
ia minyak yang digunakan oleh Nabi SAW. Nabi SAW suka meminyakkan rambut
dengan minyak zaitun. Sabda baginda, “Makanlah zaitun dan sapulah minyak zai-
tun sesungguhnya ia daripada pohon yang diberkati.”
Allah SWT menyatakan bahawa terdapat keberkatan pada pokok zaitun.
Rasulullah SAW mempunyai cara yang bagus ketika menyapu minyak. Semua
pergerakan baginda bertujuan untuk kecantikan. Pada setiap perbuatan tersirat
hikmah tertentu. Baginda ambil dan letak minyak di jari telunjuk kemudian disap-
ukan di bulu kening kanan dan kiri, kemudian baginda sapu di bahagian bawah
bibir. Seterusnya baginda sapu minyak di mata dan janggut dan akhir sekali bag-
inda sapukan minyak di rambut dan di anggota badan yang lain. Begitulah cara
baginda menyapu minyak. Jika kita ikuti cara baginda menyapu minyak percayalah
bahawa kita akan merasa dekat dengan Nabi SAW.

MENGUBAH WARNA RAMBUT


Nabi SAW pernah mewarnakan rambut, ketika uban mula tumbuh, di mana para
sahabat katakana jumlah uban itu tidak sampai 20 helai pun. Tetapi Nabi SAW me-
warnakan rambut menggunakan inai sehingga warnanya berubah. Rasulullah SAW
sentiasa suka berhias. Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya Allah indah dan suka-
kan keindahan” sehingga para sahabat bimbang jika ini termasuk dalam perbuatan
sombong. Sabda baginda, “Sombong kerana menghina hak,” ia tidak berkaitan
dengan perbuatan berhias dengan memakai pakaian elok dan merapikan rambut ini
bukan perbuatan sombong malahan ini adalah sunnah Nabi SAW.

45
GAYA RAMBUT
Nabi SAW menegah daripada menggayakan sesetengah gaya rambut kerana pada
asalnya ia bercanggah dengan fitrah. Agama kita agama yang indah, contohnya
botak separuh maknanya hanya sebahagian kepala dibotakkan samada di bahagi-
an atas, sisi atau belakang. Perbuatan ini haram kerana bercanggah dengan fitrah.
Allah SWT ciptakan kita dengan rambut yang penuh. Kenapa perlu dibotakkan
sebahagiannya? Perkara ini perlu diberi perhatian.

SUNNAH YANG DIABAIKAN


Antara sunnah yang sering diabaikan manusia ialah menanam rambut. Kita disunat-
kan menanam rambut dan kuku setelah dipotong kerana kuku dan rambut sebaha-
gian daripada manusia. Kita ditanam setelah meninggal sebagai tanda hormat, be-
gitu juga kita harus hormati anggota badan. Dikatakan bahawa anggota badan ini
akan kembali kepada tuannya di hari pertemuan dengan Allah SWT.
Kita semua sukakan kecantikan. Kita ingin berhias. Kita ingin mencantikkan rambut.
Ada yang suka simpan rambut panjang ada pula yang suka rambut pendek. Tidak
mengapa simpan rambut panjang kerana Nabi SAW turut menyimpan rambut. Hen-
dak potong pendek pun tak mengapa kerana Rasulullah SAW juga pernah potong
rambut. Niat mencontohi Nabi SAW itulah yang mencantikkan anda. Berhias untuk
mencontohi Nabi SAW turut termasuk dalam makna ayat al-Quran ini “Katakanlah,
jika kamu sayang Allah, maka ikutilah aku nescaya kamu akan disayangi Allah.”

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

46
Bagaimana kekasih kita Nabi Muhammad SAW minum? Allah SWT berfirman, “Dan
Kami jadikan dari air setiap benda hidup” Air ialah rahsia kehidupan yang diciptakan
Allah SWT di dunia ini. Dan Nabi SAW merupakan rahsia kehidupan dalam bermua-
malah (pergaulan) dengan Allah SWT. Allah SWT telah berfirman: “Dan kami jad-
ikan dari setiap air benda hidup.”
Bahawa Nabi SAW sangat mementingkan air, iaitu Baginda memerlukan air yang
bersih dan mementingkan air yang bersih. Dan Sunnah ini mengandungi kebaikan
yang besar, kerana ia memberi kesan yang besar kepada kesihatan manusia dan
tubuh badan manusia kebanyakkannya adalah air.
Antara adab-adab minum ialah tasmiyah, iaitu menyebut nama Allah SWT sebelum
minum dan memuji Allah selepasnya. Dan Nabi SAW minum duduk dan menyuruh
manusia untuk minum dalam keadaan duduk. Benar, Baginda pernah minum
berdiri, namun itu untuk menerangkan keharusan. Namun suruhan Baginda yang
lebih utama adalah minum sambil duduk.
Antara adab-adab Nabi SAW semasa minum ialah minum dengan tangan kanan,
dan Baginda berpesan kepada kita, “Makan dan minumlah dengan tangan kanan
kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri”. Maka inilah beza antara kita
dan syaitan.
Nabi SAW minum dengan tiga nafas, iaitu Baginda minum kemudian menjauhkan
bekas dari mulutnya dan bernafas, kemudian baginda minum lagi. Dan begitulah
Sunnah Baginda. Di dalam sebahagian riwayat, bahawa Baginda menyebut nama
Allah dan memuji Allah pada setiap tegukkan sebelum dan selepasnya.

47
Dan ketika ditanya kepada Nabi SAW tentang minum dengan 3 nafas, Baginda
bersabda, “Abra’ (Melepaskan penyakit), Arwa (Menghilangkan haus), dan Amra
(Menguatkan sistem pencernaan). Iaitu, ianya menambah kesihatan manusia dan
memudahkan air masuk ke dalam tubuh badan mereka. Dengan itu, ia menyejuk-
kan rongga manusia. Dan antara Sunnah Nabi SAW menghirup air dengan bebera-
pa hirupan, maka Baginda tidak minum air sekaligus atau minum kesemuanya da-
lam satu teguk sahaja. 70% dari badan manusia terdiri daripada air.
Daripada adab-adab Nabi SAW, jika Baginda minum susu, Baginda akan minum air
selepas itu. Baginda berkumur-kumur dengannya dan berkata, “Di dalamnya (susu)
ada lemak”. Baginda SAW sangat menitikberatkan kebersihan mulutnya dengan
berkumur-kumur dan minum selepas minum minuman yang berlemak.

Dan dari sunnahnya selepas minum ialah berdoa dengan doa yang baik dan meng-
ingati Allah dengan zikir yang mulia.
‫بذنوبن ا‬
ِ ‫الحم ُد هللِ الذَّي جعله ع ْذبًا فُراتا ً برحمت ِه ولم يجعَ ْله ِمل ًحا أُجا ًجا‬

“Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air yang baik dan segar dengan
rahmatnya, dan tidak menjadikan ia masin dengan dosa-dosa kami.” Perasaan ba-
hawa Allah SWT telah memuliakanku dengan air yang segar ini sedangkan aku tid-
ak berhak mendapatkan kerana dosaku mungkin boleh mengubah air ini. Namun
Allah SWT tidak berbuat demikian malah memuliakan kita. Perasaan ini sangat in-
dah dalam mensyukuri nikmat Allah SWT.
Antara adab-adab minum yang agung dan menakjubkan, Baginda SAW bersabda,
“Orang yang menuang minuman, mereka minum yang terakhir.” Jika kamu mahu
menuang minuman kepada orang lain, maka engkau orang terakhir yang minum.
Dan ini adalah Sunnah dan perbuatan Nabi SAW.
Terdapat perkara-perkara yang dibenci oleh Nabi SAW semasa minum antaranya
ialah meniup kepada minuman/kuah. Manusia meniup benda yang panas untuk me-
nyejukkannya, maka ini dibenci oleh Nabi. Dan dengan itu, bernafas di dalam bekas
minuman dan minum dari mulut cerek. Contohnya, jika terdapat bekas yang besar
dan ramai yang minum darinya, dan Baginda membenci mereka yang minum dari
mulut bekas itu, kerana ini menjijikkan untuk orang lain.

48
Tahukah anda bahawa air di dalam tab mandi bersamaan dengan 800 gelas
air? Allah SWT berfirman kepada kita, “Makan dan minumlah dan jangan memba-
zir.” Terdapat sebahagian perbuatan yang bersalahan dengan firman Allah dan
Sunnah Nabi contohnya, meninggalkan banyak botol-botol kosong yang mempu-
nyai baki air dan membuangnya, menggunakan air secara membazir dan perkara-
perkara kemewahan. Maka berapa ramaikah manusia yang tidak mempunyai beka-
lan air bersih?
Nabi SAW menyukai minuman manis yang sejuk. Apabila ditanyakan kepada
Baginda SAW, apakah minuman yang disukainya, Baginda menjawab, “Minuman
manis yang sejuk.” Maka Baginda SAW mencampurkan air dengan kismis atau kur-
ma atau madu pada waktu malam dan Baginda meminumnya pada waktu siang.
Baginda bersabda, “Air ini akan menjadi manis dengan adanya manisan ini.”
Bahawa Nabi SAW menyukai susu dan Baginda selalu meminumnya dan me-
nyejukkannya dan mencampurkannya dengan air sejuk. Maka Baginda SAW
cenderung kepada perkara ini. Antara minuman yang diminum oleh Nabi SAW ialah
Sawiq iaitu tepung gandum apabila dicampur dan larut di dalam air, maka dimi-
numnya ia memberi kesan kepada kelapangan dada dan kecergasan badan.
Ketika kita mengingati Sunnah-sunnah minum Baginda SAW, kita menghayati
bahawa cara minum kita adalah mengikuti Sunnah Nabi dan mencintai Baginda se-
hingga meresap ke dalam jiwa kita. Dan kita berharap dengan beramal dengan
Sunnah-sunnah minum Nabi SAW, agar kita dapat minum sebaik-baik air dari
telaganya, dengan tangan Baginda yang mulia pada hari kiamat, air yang dapat
menghilangkan dahaga buat selamalamanya.
Katakanlah (Muhammad), jika engkau mencintai Allah, maka ikutilah aku, kamu
akan dicintai Allah.”

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

49
Nabi SAW bersabda : Bermusafir adalah satu penyeksaan. Namun begitu Nabi
SAW menyatakan kepada kita bermusafir juga mempunyai banyak faedah. Sabda
Nabi SAW : Bermusafirlah agar kamu sihat dan beruntung, dan satu riwayat lain :
Bermusafirlah agar kamu sihat dan sejahtera Tujuan perjalanan adalah baik dan
betul. Jika musafir tanpa arah tujuan sudah tentu dia tidak menepati tujuan baik
yang disebutkan oleh Rasulullah SAW.
Jika seseorang ingin bermusafir dia sepatutnya menunaikan solat sunat 2
rakaat di rumah sebelum bermusafir. Sabda Nabi Muhammad S.A.W, ” Perkara
yang terbaik yang ditinggalkan oleh seorang lelaki kepada ahli keluarganya apabila
dia bermusafir ialah menunaikan solat 2 rakaat”. Inilah langkah pertama yang dil-
akukan sebelum seseorang itu keluar dari tempatnya.
Anatara sunnah Rasulullah S.A.W. ialah baginda suka bermusafir pada hari
Khamis dan tidak suka bermusafir pada hari Jumaat. Seseorang sepatutnya tidak
bermusafir pada hari Jumaat, menyebabkan dia gagal menunaikan solat Jumaat.
Nabi S.A.W. bersabda, “Bermusafirlah di malam hari kerana ia memen-
dekkan perjalanan”. Kebiasaannya perjalanan dimudahkan di malam hari.
Benarlah sabda Nabi S.A.W. bahawa jarak menjadi singkat di malam hari.
Antara perkara sunat dalam bermusafir ialah seseorang perlu membawa
bersamanya beg kecil berisi keperluan asas untuk dirinya. Setiap kali bermusafir,
Nabi S.A.W. membawa beg kecil berisi siwak. Baginda sentiasa membawa siwak
ketika bermusafir. Baginda juga membawa sikat, cermin, celak dan kayu wangi.
Kayu wangi ini dianamakan Al-Midra, dengannya baginda meleraikan rambut. Dan
beberapa peralatan dan barang
keperluan

50
Kemudian mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga, dengan memohon
penjagaan daripada Allah S.W.T. Inilah sunnah yang dibaca oleh Nabi S.A.W. kepa-
da beberapa sahabat, “Aku pohon agar kau dijagai Allah S.W.T. yang takkan hilang
jagaan daripadaNya”. Sesungguhnya Allah SWT akan memelihara setiap jagaan-
Nya.
Sunat bagi meminta didoakan oleh orang musafir. Sesungguhnya Rasulullah
S.A.W. meminta salah seorang sahabatnya iaitu Umar Al-Khattab agar men-
doakannya ketika dia berangkat untuk bermusafir apabila dia datang meminta izin
daripada Rasulullah S.A.W. Lalu Nabi S.A.W. bersabda, “Saudaraku, janganlah kau
lupa untuk mendoakan kami. Rasulullah S.A.W. sendiri meminta sahabatnya men-
doakan untuknnya.
Apabila keluar dari rumahnya, sunat kita membaca basmalah. ‘Dengan nama Allah
aku beriman dan bertawakal kepada Allah dan tiada yang berkuasa melainkan Al-
lah’. Riwayat lain : Aku berpegang kuat kepada Allah. Apabila mula menaiki kender-
aan untuk bermusafir, berdoalah dengan doa musafir. Terdapat banyak doa dan
zikir bermusafir.
Bagi yang bermusafir, jika mudah baginya, agar memilih teman perjalanan yang
pekerti. Sunat bagi yang bermusafir secara berkumpulan agar seorang daripada
mereka menjadi ketua. Jika jumlah mereka 3 orang ke atas, mereka perlu
bermesyuarat untuk memilih ketua. Sebagai pemimpin dan menyusun program per-
jalanan mereka. Inilah Sunnah Rasulullah SAW Juga salah satu Sunnah yang kini
dilupai oleh kita.
Antara sunnah lain Rasulullah S.A.W. dalam bermusafir ialah sunat kita bertakbir
ketika pada paras ketinggian dan bertasbih ketika turun keparas rendah.Ketika
menaiki kapal terbang apabila dia mula berlepas dan terbang tinggi, sunat bagi kita
bertakbir, Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Dan bertasbih ketika turun,
Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!. Begitu juga kalau kereta kita mendaki
bukit, jejantas atau kawasan tinggi. Sunat bertakbir setiap kali naik ke atas. Dan
bertasbih ketika menurun. Juga sunat digunakan di mana-mana tempat dan Ban-
dar.
Juga di antara sunnah Nabi S.A.W. ialah Al-Huda’ (nyanyian musafir). Diketahui,
antara sunnah Nabi S.A.W. ialah mendengar nyanyian. Sebagai bukti bahawa Nabi
S.A.W. suka mendengar nyanyian ketika dalam perjalanan. Rasulullah S.A.W.
inginkan kita dalam suasana yang baik. Merehat dan menenangkan dirinya da-
ripada suasana tegang yang mungkin dialami ketika bermusafir.

51
Nabi S.A.W. mengajarkan kita, apabila memasuki sesuatu pekan atau kampung kita
disunatkan berdoa kepada Allah S.W.T. Setiap kali baginda memasuki sesuatu
negara atau kampung, baginda akan berdoa agar Allah permudahkan perjalan-
annya. Jika seseorang itu mengamalkan sunnah ini, Allah akan lindunginya setiap
kali dia melalui sesuatu kawasan.
Nabi S.A.W. juga berpesan agar kita membawa balik hadiah. Pastikan ada hadiah
ketika balik daripada bermusafir. Biarpun hadiah tersebut hanya kecil tetapi amat
bernilai bagi ahli keluarga, kanak-kanak, sanak saudara dan rakan karib. Hadiah
mengeratkan hati manusia. Terutama apabila pulang dengan membawa hadiah.
Ramai yang pulang dengan membawa hadiah. Tetapi siapa antara kita yang mera-
sai ia adalah sunnah dan ikutan daripada Rasulullah S.A.W.
Inilah keistiewaan kepada yang tahu dan belajar tentang sunnah Nabi S.A.W. Apa-
bila kita melaksanakan salah satu daripada sunnah ini, kita dapat merasai perjalan-
an kita dalah perjalanan yang luar biasa. Dipenuhi dengan berbagai manfaat dan
faedah dan keagamaan dan mencontohi penghulu para nabi S.A.W.
Katakanlah jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai
kamu. (Surah Al-Imran: 31)

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

52
Nabi SAW seorang yang indah dan cantik serta baginda indah dalam setiap aspek.
Antara keindahan Nabi SAW ialah adabnya dengan pakaiannya. Nabi SAW
seorang yang indah dan cantik serta baginda indah dalam setiap aspek. Antara
keindahan Nabi SAW ialah adabnya dengan pakaiannya.
Baginda SAW menyukai warna putih dan juga warna hijau. Nabi SAW memakai pa-
kaian berbelang merah dan hijau. Nabi SAW juga memakai warna hitam. Nabi
SAW memakai serban, songkok dan Nabi SAW memakai gamis dan gamis yang
paling disukai SAW ialah baju (jubah). Ini merupakan baju yang paling disukai Nabi
SAW. Nabi SAW juga memakai ‘hullah’ iaitu potongan selendang dan kain.
Seorang sahabat telah berkata “Aku tidak pernah melihat seorang yang memakai
hullah merah di malam yang gelap lebih indah dari Rasulullah SAW”. Nabi SAW ju-
ga memakai jubah dan menutup kepalanya dengan selendang. Beginilah keadaan
Nabi SAW dan Nabi SAW mempunyai adab dengan pakaiannya. Nabi SAW me-
makai pakaian, baju dan seluar bermula dari sebelah kanan sebelum sebelah kiri
dan menyebut nama Allah SWT (membaca basmalah).
Baginda SAW membaca doa ketika memakai pakaian, “Segala puji bagi Allah
yang memakaikan aku pakaian ini dan memberiku rezeki tanpa daya dan kekuatan
dariku”

Jika pakaian itu baru, Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT agar menjadikan
kebaikan padanya dan menjauhkan ia dari keburukan. Apabila Nabi
SAW berjumpa dengan mereka yang memakai baju baru Nabi SAW
berdoa kepadanya
‫ومت شهيدًا‬
ِ ‫ال َبس جديدًا و ِعش حميدًا‬
“Pakailah pakaian baru, hiduplah dengan kemuliaan dan matilah
sebagai syahid.

53
Beginilah sifat Rasulullah SAW, semua perkara ini adalah untuk menunaikan
perintah Allah SWT kerana manusia memakai pakaian untuk menutup auratnya dan
sebagai perhiasan. Seperti yang telah diperintahkan Allah di dalam firmanNya,
“Kami telah menurunkan pakaian untuk menutup auratmu” (al-A’raf : 26). Allah
SWT telah berfirman, “Pakailah pakaianmu yang indah setiap kali ke masjid” (al-
A’raf : 31).
Maka manusia berhias dengan pakaian yang baik tanpa berbanggabangga dan
bermegah-megah. Nabi SAW berjumpa dengan seorang yang berpakain lusuh.
Nabi SAW bertanya, “Adakah engkau tidak mempunyai harta? Jawabnya, “Ya, aku
mempunyai harta.” “Maka mengapa engkau tidak menzahirkan nikmat Allah kepa-
damu? “Dan dengan nikmat Allah, maka ceritakanlah”. Sesungguhnya Allah SWT
suka melihat kesan nikmatNya ke atas hamba-hambaNya.
Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang memakai pakaian kemahsyuran di dunia, nes-
caya Allah memakaikannya pakaian kehinaan pada hari kiamat.
Antara Sunnah Rasulullah SAW apabila Nabi SAW memakai baju baru Baginda
menyedekahkan pakaian yang lama. Tidak seperti ramai orang pada hari ini yang
mempunyai pakaian yang begitu banyak di dalam almari mereka, Nabi SAW hanya
memiliki pakaian yang sedikit. Ada ketikanya, Nabi SAW meminjam pakaian da-
ripada para sahabatnya.
Antara adab Nabi SAW di dalam berpakaian adalah Nabi SAW hanya memakai pa-
kaian yang sedia ada, iaitu Nabi SAW tidak suka berlebih-lebihan dalam berpaka-
ian. Sebahagian manusia berlebih-lebihan dalam berhias. Ini bukanlah dari Sun-
nah Nabi SAW bahkan Nabi SAW bersederhana di dalam berpakaian dan Baginda
SAW tidak suka berbangga-bangga.
Maka Nabi SAW melarang kita memakai pakaian kemahsyuran. Nabi SAW
bersabda “Sesiapa yang memakai pakaian kemahsyuran di dunia, nescaya Allah
memakaikannya pakaian kehinaan pada hari kiamat.” Baginda tidak memakai paka-
ian untuk berbangga. Baginda mengelakkan dari ‘menyerupai’ kaum wanita. Kaum
wanita tidak menyerupai kaum lelaki. Kaum lelaki tidak menyerupai perempuan pa-
da warna atau cara berpakaian. Apa yang diketahui daripada pakaian wanita, hen-
daklah lelaki menjauhkan diri daripadanya. Apa yang diketahui untuk lelaki, harus-
lah bagi wanita menjauhinya.

54
Nabi SAW melarang kaum lelaki untuk memakai sutera. Barang siapa yang me-
makainya di dunia, Allah akan mengharamkan sutera baginya pada hari akhirat.
Nabi SAW juga melarang kaum lelaki melabuhkan pakaiannya melebihi paras buku
lali. Baginda bersabda: “Apa yang di bawah buku lali, maka nerakalah tempatnya”
Nabi SAW mengangkat pakaiannya dengan penuh tawaddhu’ dan beradab dengan
Allah SWT.
Maka bagi wanita hendaklah mereka melabuhkan dan memanjangkan pakaiannya
dan bagi lelaki pula memendekkan dan mengangkatnya. Beginilah Sunnah Bag-
inda SAW.
Baginda SAW melarang daripada lukisan. Jika Nabi SAW menjumpai salib, maka
akan dimusnahkannya. Maka harus bagi mereka yang ingin memakai pakaian yang
mempunyai tulisan atau lukisan memastikan apa yang ditulis dan dilukis agar ia tid-
ak bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW.
Sepertimana Nabi SAW menyukai sebahagian warna, Nabi SAW juga membenci
sesetengah warna yang lain. Baginda SAW membenci warna merah pekat. Nabi
SAW juga membenci warna kuning bagi lelaki. Kita perlulah mengambil perhatian
terhadap warna-warna yang dibenci Rasulullah SAW.
Pada hari ini, para saintis telah menemukan bahawa warna mempengaruhi tabiah
dan perbuatan manusia. Maka apa yang terbaik ialah menyukai perkara yang
disukai Rasulullah SAW. Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya Allah itu cantik dan
dia menyukai kecantikan.
Allah SWT berfirman kepada kekasihnya, “Dan pakaianmu, maka sucikanlah” Nabi
SAW mencintai kebersihan pada pakaiannya, begitu jugalah bagi seluruh orang
beriman yang mengikuti Nabi. Dan barang siapa yang beramal dengan Sunnah
Rasululah pada pakaian zahirnya, kita berharap agar Allah memuliakannya dengan
pakain batin yang telah disebutkan oleh Allah di dalam firmanNya, “Dan pakaian ta-
qwa itulah sebaikbaik pakaian.” (al-A’raf : 26).
Kita juga berharap apabila kita beramal dengan Sunnah Nabi di dalam berpakaian
dan dimuliakan Allah dengan pakain batin, kita akan memperolehi kemuliaan dan
rahsia firman Allah “Katakanlah (Muhammad) jika engkau menyintai Allah, ikutilah
aku, nescaya engkau dicintai Allah”. Jadi kita ‘memakai’ maksud firman Allah ini di
dalam seluruh kehidupan kita, Insha Allah.

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

55
Nikamt penglihatan adalah nikmat yang terbesar daripada nikmatnikmat Allah SWT
kepada kita yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit yang paling banyak. Allah
SWT memerintahkan dalam al-Quran agar manusia menggunakan mata untuk ber-
fikir tentang kehebatan & kekuatan Allah SWT.
Nabi Muhammad SAW mempunyai mata yang cantik, mata yang besar, mata
Rasulullah SAW juga luas, hujung mata baginda panjang, hitam dan lebat. Mata
Baginda SAW cantik. Bersama-sama kecantikan ini adalah kecantikan pandangan
Baginda SAW.
Kepada apakah ditujukan pandangan Nabi SAW? Nabi SAW suka memandang
kepada kehijauan, epal yang merah, dan Baginda SAW suka melihat kepada air
yang mengalir iaitu Nabi SAW suka melihat kepada kecantikan dan pemandangan-
pemandangan yang baik, kerana ia memberi kesan kepada diri dan hati serta
manusia dapat hidup dalam ketenangan dan kerehatan.
Nabi SAW memandang orang lain dengan pandangan rahmat.
Pandangannya dipenuhi rahmat. Kerana pandangan manusia memberi makna
kepada manusia; pandangan rahmat, kasih sayang, kemarahan, tipu daya dan se-
bagainya. Sesungguhnya pandangan Nabi SAW kepada manusia merupakan
pandangan rahmat.
Bagaimana pandangan Nabi SAW. Bahawa Nabi SAW memandang kepada orang
lain hanya seketika, iaitu memandang mereka dengan rasa malu
dan tidak menajamkan pandangannya kepada orang lain, tetapi
Baginda SAW melihat mereka dengan pandangan yang lembut.

56
Daripada sunnahnya SAW bahawa pandangan Baginda SAW banyak menghala ke
bumi daripada ke langit, Baginda SAW sangat tawadhu’ dan beradab dengan Allah.
Baginda SAW tidak banyak melihat kepada perkaraperkara dunia, Jika Baginda
SAW melihat perkara dunia yang menakjubkannya, maka Baginda SAW mengucap-
kan “Tiada kehidupan yang lebih baik daripada kehidupan akhirat”.
Allah SWT mengajar Nabi SAW “ Jangan engkau memandang melainkan apa yang
Kami telah berikan kepadamu iaitu pasanganpasanganmu, perhiasan kehidupan
dunia”. Mata adalah saluran ke hati. Nabi SAW sangat mulia, Pada hari ini, mata
kita disibukkan memandang banyak perkara tanpa berfikir. Mata ialah saluran ke
hati.
Setiap perkara yang dilihat akan dicetak ke dalam hatimu. Lihatlah bahawa hatimu
begitu berharga bagimu. Apa yang dilihat akan dicetak ke dalam hatimu. Mata ini
ialah alat pencetak ke hati. Sebahagian manusia suka memandang perkara-perkara
yang tidak penting. Jika seseorang banyak melihat perkara-perkara yang ber-
manfaat dan berfaedah pandangan ini akan membawa kepada banyak faedah dan
ilmu.
Mukjizat-mukjizat Penglihatan Nabi SAW. Nabi SAW melihat bintangbintang apa
yang tidak dapat dilihat oleh manusia dari bilangan bintangbintang. Manusia melihat
7 bintang tetapi Baginda melihat 11 atau 12 bintang. Nabi SAW bersabda, “Berdiri
tegak dan luruskan sofmu, sesungguhnya aku melihatmu dari belakang badanku
seperti mana aku melihatmu dari depanku.”
Mata yang sibuk ambil tahu. Ramai manusia, jika seseorang membuka telefon bim-
bitnya, maka orang di sebelahnya sibuk melihat apa yang tertulis di telefonnya. Jika
seseorang melalui sebuah rumah yang terbuka, dia sibuk mengintai ke dalam ru-
mah itu.
Perbuatan suka mengintai ini dilarang oleh Allah SWT, Allah SWT berfirman,
“Jangan mengintai”.
Kesan mata. Mata dan penglihatan mempunyai rahsia dan kesan. Apabila
seseorang memandang sesuatu dengan pandangan hasad dan ta’ajub dengannya
mungkin ia boleh menyebabkan kemudharatan.
Oleh itu, jika kamu melihat sesuatu yang engkau kagumi, maka ucapkanlah
“MashaAllah, Tabarakallah”, atau mengingati Allah SWT dan berselawat ke atas
Nabi SAW, sesungguhnya ini adalah kezaliman yang boleh memudharatkan melalui
penglihatan, dapat terjadi dan dihapuskan dengan izin Allah SWT.

57
Pandangan yang mengandungi hasad dan zalim boleh memudharatkan dan pan-
dangan yang dipenuhi rahmat dan kasih sayang boleh memberi manfaat dengan
izin Allah SWT.
Penjagaan Mata Nabi SAW. Penglihatan adalah antara nikmat yang terbesar dari
Allah SWT, Maka memerlukan penjagaan dan bantuan kerana Nabi SAW menjaga
mata Baginda. Maka Baginda SAW menggunakan ithmid dan celak. Nabi SAW
bersabda kepada kita, “Bercelaklah kamu dengan ithmid, kerana ia mencerahkan
pandangan dan melebatkan bulu mata”.
Ini adalah Sunnah Nabi SAW yang perlu kita titik beratkan kerana Nabi SAW tidak
pernah meninggalkan celak walaupun dalam musafir kerana Baginda SAW memba-
wa celak bersamanya. Dan daripada Sunnah Baginda SAW bahawa Baginda
bercelak, mata kanan sebelum mata kiri dan Baginda SAW bercelak 3 kali kanan,
dan 3 kali kiri atau 3 kali kanan, 2 kali kiri.
Apa yang penting, Baginda SAW suka melakukan amalannya secara ganjil. Mung-
kin kita telah melupakan Sunnah ini, maka siapa yang mengamalkannya, dia telah
menghidupkan Sunnah kekasih kita SAW.
Penglihatan ialah kunci kepada Ilmu. Nabi SAW telah duduk pada suatu malam,
dan Baginda melihat bulan purnama di langit, Baginda berkata kepada para sa-
habat, “ Adakah kamu melihat bulan itu?”, mereka menjawab, “Ya, Wahai
Rasulullah” Baginda bersabda, “Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhanmu di sy-
urga, seperti kamu melihat bulan ini yang tidak pernah kamu lihat sebelumnya.
Tuhan kita telah memuliakan Nabi SAW pada malam Mi’raj dengan melihat
kepada wajahNya yang mulia. Dan kita berharap dengan mengikut Sunnah Nabi
SAW dan mengikut Sunnah penglihatannya SAW Allah akan memuliakan kita untuk
memandang wajahNya bersama-sama Nabi SAW maka kita akan mendapat
kedudukan yang tertinggi di dalam firman Allah SWT, “Katakanlah (Muhammad),
jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku, kamu akan dicintai Allah”.

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

58
Rasulullah SAW baik dalam bertutur, baik dalam berkata-kata. Baginda SAW suka
menggunakan lafaz dan perkataan yang begitu baik, cantik dan lembut. Ba-
yangkan, jika ada insan yang cuba menggantikan perkataan tersebut dengan per-
kataannya, pasti takkan dia temui. Sebaik-baik pertuturan adalah milik Nabi SAW
Allah SWT berfirman kepada Nabi-Nya SAW “Katakanlah kepada hamba-hambaku,
ucapkanlah perkataan yang lebih baik, sesungguhnya syaitan itu menimbulkan
perselisihan antara mereka.” Ayat ini seakan-akan ingin memberitahu kita berkata-
katalah dengan baik kerana syaitan menggunakan pertuturan dan lafaz kamu untuk
menimbulkan perselisihan.
Oleh itu, kita lihat ramai yang menghadapi masalah disebabkan mulut mereka. Ada
individu yang menggunakan ayat tertentu tapi di salah erti oleh individu yang lain.
Allah SWT berfirman : Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, Ucapkanlah per-
kataan yang lebih baik.
Salah satu adab Nabi SAW, kadang kala mewakilkan orang lain untuk bercakap.
Jika Nabi SAW ingin menegur beberapa kesalahan syarak yang dilakukan oleh
orang lain, Baginda SAW tidak menegurnya terus tetapi Baginda akan berkata : Ke-
napa mereka melakukan begitu? Baginda hanya bertanya dan tidak suka menyebut
keburukan orang lain.
Salah satu adab Nabi SAW kadangkala apabila ingin memberitahu seseorang yang
dia ada melakukan kesalahan baginda akan bercakap dengan orang yang rapat
dengan individu tersebut supaya bukan Baginda yang menegur kesalahan individu
tersebut.
Manusia yang berjaya ialah yang menutup mulutnya sebelum orang lain menutup
telinga mereka. Kini, sebahagian kita lebih suka pertuturan yang kasar, maksudnya
mereka tak sukakan pertuturan yang baik.

59
Sebahagian kita berubah kerana tidak memahami ini adalah Sunnah Nabi SAW.
Sebab itulah sebahagian kita menjadikan perkataan yang tak elok, kejian dan kutu-
kan, juga ungkapan yang pelik sebagai sapaan antara mereka.
Bagi mereka inilah penampilan terbaik dan sesuai untuk pemuda. Sahabat Nabi
SAW bernama Jabir telah bertemu Nabi SAW dia berkata kepada Nabi : Ya
Rasulullah, berika peringatan kepadaku, Nabi SAW bersabda kepadanya : Jangan-
lah kau mencela orang lain. Maka dia berkata : Demi Allah, sejak itu aku tidak
pernah mencela orang lain sama ada dia lelaki, perempuan, orang merdeka, hamba
atau haiwan bermaksud, dia setelah itu tak pernah mencela, hinggakan haiwan pun
sudah tidak dicela olehnya. Dia memahami peringatan daripada Nabi dan sejak itu,
dia tidak pernah mencela sesiapa pun.
Pernah seorang wanita mengutuk binatangnya, iaitu seeokor unta telah dilaknatnya,
lalu Nabi SAW bersabda: Turunkan barang daripada unta tersebut dan lepaskann-
ya, unta yang dilaknat tak patut berjalan bersama kita. Maka unta tersebut berjalan
bersendirian kerana Nabi tak redha unta itu bersama dalam kumpulan.
Otot tubuh yang paling kuat dalam tubuh manusia ialah lidah. Nabi SAW bersabda
mungkin satu pertuturan daripada seorang lelaki membuatkan khalayak ramai keta-
wa akan menghumbankan dia ke dalam api neraka yang lebih jauh dari gugusan
bintang.
Kadangkala manusia ingin berjenaka untuk membuatkan orang lain ketawa maka
dia menggunakan lafaz yang biadap terhadap Allah SWT atau yang tak layak ter-
hadap Allah.
Nabi SAW melarang kita bertutur kepada orang dengan kata-kata kutukan dan
leteran atau kata-kata yang melupakan kita dengan nikmat yang diberikan Allah
kepada kita. Hari ini kita namakannya dengan kata-kata negatif kerana ia menjatuh-
kan motivasi masyarakat, menjadikan manusia sentiasa melihat kegelapan.
Dengan kata-katanya telah memadam perasaan tenang dan kedamaian yang
ada dalam hati manusia. Fikir dahulu sebelum berkata, ruangkan masa untuk me-
matangkan pertuturan, kata-kata seperti buah yang memerlukan masa untuk men-
jadi matang. Indah sungguh kerana Sunnah ini masih berterusan. Jika semua per-
tuturan kamu adalah baik maka kamu akan sentiasa mencontohi Nabi SAW kerana
kamu sentiasa ingin bertutur dengan kata-kata yang baik.

60
Setiap percakapan sama ada kepada pegawai, ahli keluarga dan kanak-kanak ada-
lah apa yang terbuku dari dalam diri manusia. Seperti yang disebut: “Setiap yang
ada di dalam bekas pasti akan membasahi, Lidah dijadikan bukti, apa yang terbuku
dalam hati.”

Hati Nabi SAW adalah yang paling suci sebab itulah tuturnya begitu suci. Tim-
bangkan, adakah kamu memilih ini atau yang ini? Inilah yang ditawarkan Allah SWT
kepada kita dalam firmannya : Katakanlah, jika kamu mencintai Allah ikutilah aku,
nescaya Allah mencintaimu. Penting untuk kita fahami iaitu mencontohi Nabi SAW
dalam bertutur dan berkata-kata bukan hanya perbuatan dan keadaan, agar kita
dapat mendisiplinkan pertuturan kita.
Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

61
Perkahwinan adalah antara tuntutan bagi semua manusia, tepai Nabi SAW dalam
hal perkahwinan, Baginda mempunyai Sunnah-sunnah dan adab-adab.
Perkahwinan merupakan semanis-manis, secantik-cantik, selembut-lembut perkara
dan memberi banyak manfaat dan faedah bagi manusia di dunia dan akhirat.
Tujuan perkahwinan bagi manusia sangat banyak, setiap orang berkahwin dengan
sebab sendiri. Namun Nabi SAW mengangkat tujuan perkahwinan kepada ting-
katan yang tertinggi. Nabi SAW menjadikan perkahwinan sebagai penghubung an-
tara kita dan Baginda bersabda, “Berkahwinlah dan ramaikan ummatku,
sesungguhnya aku berbangga denganmu, umatku pada hari kiamat”.
Bayangkan, dengan berkahwin kamu telah meramaikan ummat Nabi SAW dan Bag-
inda gembira denganmu. Anda adalah antara sebab kebanggaan Nabi SAW. Ba-
yangkan Nabi SAW berbangga dengan ummatnya pada hari kiamat, dan engkau
merupakan sebab kebanggaan Nabi SAW, engkau akan memperolehi ganjaran
yang baik daripadaNya.
Antara tujuan terpenting perkahwinan ialah sebagai pelindung. Apabila engkau
berkahwin, niatkanlah ia sebagai melindungi dan memelihara dirimu, melindungi
dan memelihara gadis-gadis muslimah. Tujuan ini merupakan tujuan yang besar
dalam membaiki masyarakat dan menjadi banteng kepada perkara-perkara buruk
yang menimpa sesuatu masyarakat.
Perkara terpenting di dalam perkahwinan yang menentukan kebahagiaan yang ber-
panjangan ialah proses pemilihan. Memilih calon yang sekufu sangat penting bagi
setiap pemuda dan pemudi. Nabi SAW memberikan kita isyarat dan garis panduan
di dalam memilih, jadi kita mesti mengambil perhatian tentang hal ini. Nabi SAW
bersabda, “Seorang wanita dikahwini kerana hartanya, keturunannya, kecantikann-
ya dan agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia.”

62
Apabila seseorang berkahwin kerana kecantikan, jadilah kecantikan itu lebih
darinya. Apabila dia berkahwin kerana keturunan, mungkin keturunan itu akan
hilang dan dia menjadi hina kerana sesuatu sebab. Sekiranya dia berkahwin
kerana hartanya, mungkin dia akan menjadi hina dan miskin disebabkan itu. Na-
mun jika mengahwini seseorang kerana agama pasti ada keberkatan padanya.
Nabi SAW mengingatkan kita akan hal yang penting. Nabi SAW bersabda, “Berhati-
hatilah dengan ‘hadraauddiman (hijau yang buruk)!” Apakah ia ‘hadraauddiman’
wahai Rasulullah? Perkataan yang menimbulkan tanda tanya. Nabi bersabda
‘wanita cantik yang hidup dalam persekitaran yang buruk’. Ia adalah pokok yang
hijau namun ditengahnya rosak. Ia dijangkiti tumbuhan perosak. Contohnya
seorang wanita yang cantik namun dididik dengan buruk, maka berhati-hatilah!
Adapun bagi seorang wanita, dia juga perlu memilih calon suaminya. Nabi SAW
bersabda, “Jika datang kepadamu seorang lelaki yang baik agamanya dan ber-
tanggungjawab, maka kahwinilah dia!” Jika ada padanya agama, akhlak dan ama-
nah, dia memelihara hakmu dan takutkan Allah, apabila dia datang meminang maka
terimalah dia.
Nabi SAW telah menyebutkan satu ungkapan penting yang perlu diberi perhatian
dan penekanan. “Jika kamu tidak menerimanya, maka ia akan menjadi fitnah dan
kemusnahan yang besar di atas muka bumi ini”
Pada hari ini, kita mengetahui akan perkara ini dan keburukan yang terjadi disebab-
kan tidak mengambil perhatian dalam soal memilih pasangan. Jadi seseorang perlu
berhati-hati di dalam memilih pasangan samada pemuda ataupun gadis.
Antara perkara penting sebelum perkahwinan, iaitu semasa bertunang dan ia
dibenarkan oleh syariat ia melihat bakal isteri ditemani ahli keluarganya. Mengapa?
Melihat bakal pasangan ini mempunyai rahsia. Nabi SAW bersabda, “Jika kamu
ingin mengahwini seseorang lihatlah dirinya” Sesungguhnya ini dapat mendekatkan
di antara kalian. Ia umpama perasa (di dalam makanan) yang akan membibitkan
kasih sayang di antara kamu. Melihat pasangan semasa proses pemilihan akan
mendatangkan ketenangan hati.
Mas kahwin yang terlampau mahal menyebabkan banyak masalah kepada
masyarakat. Ramai pemuda, apabila menjelang perkahwinan kepenatan dan si
gadis juga kepenatan, si bapa kepenatan, si ibu kepenatan, begitu juga keluarga
gadis itu. Mengapa kamu memenatkan dirimu sendiri? Ini adalah masalah yang
merunsingkan. Mereka semua kepenatan dan mereka suka memenatkan diri mere-
ka sendiri.

63
Seseorang perlu memiliki kesedaran bahawa aku bukanlah menjual anak gadisku.
Jika seorang lelaki ingin memiliki anakku dengan wang, harta dunia tidak pernah
sama dengan anakku. Namun, jika lelaki itu sesuai, apa gunanya harta yang ban-
yak, aku hanya inginkan anakku bahagia dan ia bukanlah pada banyaknya harta.
Kebahagiaan sebenar adalah apabila lelaki itu memuliakan anakku dan mem-
berikannya kehidupan yang bahagia.
Walimah dan kenduri merupakan Sunnah dalam perkahwinan. Nabi SAW semasa
berkahwin melakukan kenduri dan menjemput sahabatnya mengikut kemampuann-
ya. Kali pertama dengan seekor kambing, pernah juga lebih dari seekor kambing.
Ada juga ketikanya Baginda tidak mampu menyembelih kambing. Sesetengah dari
perkahwinan Nabi SAW dihidangkan sawiq, iaitu campuran tamar dan gandum.
Apabila kita dijemput ke kenduri, hendaklah kita menjawabnya dengan
menghadirinya untuk turut sama bergembira atas kegembiraan saudara semuslim
kita, mengucapkan tahniah dan mendoakan mereka.
Doa yang diajarkan oleh Nabi SAW ialah doa yang penting “Wahai Allah berkatilah
pada mereka, ke atas mereka, dan keluarkanlah daripada mereka banyak ke-
baikan.” Dia ini didoakan kepada siapa? Kepada anaknya az-Zahraa (Fatimah) dan
Saidina Ali.
Menjelang hari perkahwinan, ayah atau abang lelaki perlu rapat kepada bakal
pengantin. Bagi anak gadis, ibunya perlu rapat dengannya dan menasihati mereka
dengan nasihat yang penting dan berguna untuk hari kemudian.
Malam pertama merupakan malam yang menyatukan seorang suami dan isterinya.
Detik pertama ini merupakan detik yang paling membahagiakan. Padanya ada
Sunnah yang penting yang perlu diberi perhatian oleh para pemuda. Kebanyakkan
orang melupakan Sunnah ini.
Namun pemuda yang baik tidak akan melupakan Sunnah ini, lebih-lebih lagi pada
saat yang penting ini. Dia solat 2 rakaat sebagai tanda syukur kepada Allah SWT
dan tidak sekali-kali melupakan Tuhannya. Dia tidak akan sampai pada saat
perkahwinan hanyalah kerana kebaikan Allah SWT. Jadi solatlah 2 rakaat sebagai
tanda syukur.

64
Perkara pertama apabila mengangkat penutup muka isterinya adalah meletakkan
tapak tangan di atas ubun-ubunnya dan bacalah “Ya Allah, jadikan padanya ke-
baikan dan keberkatan” Hubungan yang kuat di antara kita dan Nabi SAW. Nabi
SAW bersabda kepada kita, “Nikah itu adalah sunnahku, maka siapa yang mem-
benci sunnahku dia bukanlah dari kalanganku”. Jika kamu merupakan dari ka-
langan Nabi Muhammad, juga pengikut sunnahnya, pastilah kamu mempunyai has-
rat yang kuat untuk berkahwin dan membina sebuah keluarga yang mengikut acuan
Nabi SAW. Dan kamu termasuk mereka yang dikhususkan Allah di dalam firmanN-
ya “Katakanlah (Muhammad) jika engkau menyintai Allah, ikutilah aku, nescaya
engkau dicintai Allah”.

65
Rumah merupakan pemilikan manusia, tempat perlindungan dan kerehatan bag-
inya dan tempat berkumpulnya seseorang dengan keluarganya. Bagaimana kita
dapat menjadikan rumah kita memberi kerehatan dan selesa untuk kita. Bagaima-
na kita menjadikannya rumah dengan acuan Nabi SAW kerana Nabi SAW merupa-
kan contoh yang terbaik di dalam kehidupan seseorang insan yang sahih dan baik.
Antara perkara yang terpenting ialah seseorang mestilah memilih rumah yang
sesuai, yang paling dekat dengan rumah Allah (masjid) dan memilih jiran yang
soleh. “Jiran sebelum rumah, dan teman sebelum perjalanan”. Seperti yang telah
disabdakan Nabi SAW.
Adab-adab masuk ke dalam rumah – Apabila seseorang masuk ke dalam ru-
mahnya, dia haruslah menyebut nama Allah SWT dan masuk dengan kaki kanan.
Disunnahkan juga, membaca doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW :-

Wahai Allah, aku memohon kebaikan semasa masuk dan keluar. Dengan nama Al-
lah kami masuk, Dengan nama Allah kami keluar dan kepada Tuhan kami berserah
diri.
Apabila seseorang membaca doa ini, syaitan berkata kepada syaitan yang lain,
“Engkau terlepas peluang untuk masuk”
Syaitan tidak mampu masuk ke dalam
rumah bersama orang tersebut. Apabila kamu masuk ke dalam rumah, maka beri-
lah salam kepada penghuni rumah, kerana salam merupakan permulaan kepada
pertemuan maka ia membangkitkan rasa selamat dan ketenangan di antara dirimu
dan keluargamu. Sekiranya tiada sesiapa di dalam rumah, maka berilah salam
kepada dirimu. Katakanlah “Assalamu’alaina, tahiyyatan min ‘indillah toyyibatan
mubarakah” dengan itu, engkau memperoleh sunnah-sunnah salam.

66
Apakah perkara pertama yang dilakukan Rasulullah SAW semasa masuk ke dalam
rumah? Sayyidah ‘Aisyah berkata, “Baginda SAW akan bersiwak terlebih dahulu.”
Antara perkara yang terpenting juga adalah meminta keizinan. Pernah suatu ketika,
Nabi SAW duduk di rumahnya, maka seorang lelaki telah datang dan berkata,
“Boleh saya masuk?” Nabi SAW bersabda kepada hambanya, “Keluarlah dan
ajarilah dia bagaimana meminta izin!”
Nabi SAW begitu bersungguh-sungguh dalam mengajarkan adab yang mulia.
Hamba tersebut telah keluar dan berkata, “Ucapkanlah Assalamualaikum, boleh
saya masuk?” Apabila lelaki itu meminta izin dengan cara ini, Nabi SAW berkata
kepadanya, “Sekarang masuklah!”.
Nabi SAW melarang kita, tidak memperkenalkan diri ketika meminta izin contohnya,
apabila kamu mengetuk pintu seseorang dan ditanya, “Siapakah itu?”, kamu menja-
wab, “Saya!” Seorang lelaki telah mengetuk pintu Nabi SAW dan ketika ditanya
siapakah itu, dia menjawab, “saya” Nabi SAW membenci jawapannya dan berkata,
“Saya, saya, saya” iaitu “Siapa namamu, beritahu siapakah kamu?” maka ini meru-
pakan adab yang penting semasa ingin masuk ke dalam rumah.
Antara adab yang diamalkan Nabi SAW ialah Baginda SAW melakukan tugasan ru-
mah tangganya. Baginda SAW pernah membersihkan rumahnya, membaiki ka-
sutnya dan mengikat bekas air. Baginda mempunyai tugasan sendiri di rumahnya.
Begitu juga, golongan lelaki mestilah mempunyai tugasan sendiri di rumah.
Melakukan perkara yang dapat membantu keluarganya, memenuhi keperluan mere-
ka dan membaiki sesuatu yang rosak. Ini merupakan Sunnah Nabi SAW.
Antara perkara yang terpenting di rumah kita, adalah memakmurkannya dengan
zikir dan bacaan al-Quran. Perumpamaan rumah yang disebut nama Allah SWT
dan rumah yang tidak disebutkan nama Allah di dalamnya, seperti orang hidup dan
orang mati (Bukhari).
Bayangkan sama ada rumahmu hidup atau mati. Nabi SAW mengkhabarkan baha-
wa rumah yang dibacakan al-Quran di dalamnya mampu dilihat oleh penduduk
langit. Mereka melihatnya seperti kita melihat bintang di langit (pada waktu malam).

67
Ramai sahabat mengajak Nabi SAW datang ke rumah mereka dan bersolat di sua-
tu tempat untuk dijadikan tempat solat mereka. Maka Sunnah ini, wajarlah bagi se-
tiap orang menjadikan suatu tempat khas untuk bersolat bersama keluarganya. Na-
bi SAW memberi amaran mengenai perkara yang menghalang masuknya malaikat
ke dalam rumah kita. Ini merupakan perkara yang penting kerana jika malaikat tidak
masuk, maka syaitan yang akan masuk.
Nabi SAW memberi amaran agar kita berhati-hati dengan gambar, patung, ukiran
yang kini banyak didapati di rumah-rumah. Begitu juga, dengan kehadiran anjing
bukan untuk tujuan pengawasan dan pemburuan.
Nabi SAW menyeru kita agar berhati-hati dengan segala penyebab bahaya. Jika
terdapatnya api, pintu yang terbuka, bekas yang terbuka yang boleh memberi
mudharat kepada seseorang. Begitu juga elektrik dan apa jua perkara yang berba-
haya wajarlah bagi seseorang untuk berjaga-jaga dengannya khususnya sebelum
tidur.
Nabi SAW bersabda, “Ketika malam menjelang atau sudah petang, maka halangi-
lah (anak-anak) mereka dari keluar kerana sesungguhnya syaitan sedang ber-
keliaran”. Apabila telah berlalu waktu malam beberapa ketika, maka bebaskanlah
mereka, dan tutuplah pintu sambil menyebut nama Allah kerana syaitan tidak dapat
membuka pintu yang tertutup. Ikatlah bekas air kamu sambil menyebut nama Allah
dan tutuplah bekasbekas dan peralatan kamu sambil menyebut nama Allah walau-
pun dengan meletakkan sesuatu dan tutuplah lampu rumahmu.
Adab keluar rumah – Keluar rumah juga mempunyai adab iaitu seseorang keluar
rumah dengan kaki kirinya sambil mengucapkan
‫بسم الل امنت باهلل توكلت على الل وال حول وال قوة اال باهلل العلي العظي م‬
Dengan nama Allah, aku beriman dengan Allah, aku bertawakkal kepada Allah, Ti-
ada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah yang Maha Tinggi dan Agung.
Nabi SAW bersabda bahawa sesiapa yang membaca doa ini ketika keluar dari ru-
mah, apabila dia bertembung dengan syaitan, maka syaitan itu akan terpelanting,
maka datanglah syaitan lain dan melihat ianya terpelanting, lalu bertanya, ‘mengapa
denganmu’? Apa halnya dengan si fulan? Lalu dia menjawab, “Apa pandanganmu
mengenai seseorang yang dilindungi, diawasi dan diberi petunjuk?”

68
Sekiranya kita mengamalkan setiap Sunnah Nabi SAW di rumah-rumah kita, rumah
-rumah kita akan berkait rapat dengan bilik-bilik Nabi SAW, bilikbilik di mana Allah
SWT telah menurunkan sebuah surah khas yang menerangkan perihalnya. Maka
apakah yang lebih baik lagi selain menzahirkan makna hubungan kita dengan
Rasulullah SAW pada rumahrumah kita, nescaya rumah kita akan berkait dengan
firman Allah, “Katakanlah (Muhammad), sekiranya engkau mencintai Allah, maka
ikutilah aku, nescaya engkau dicintai Allah”

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

69
Semulia-mulia tempat dan setinggi-tinggi impian yang diimpikan seorang insan dan
kita impikan ialah bersama-sama dengan kekasih kita Nabi SAW pada hari kiamat.
Ini merupakan kedudukan yang paling tinggi dan terbaik.
Bagaimana seseorang dapat sampai kepada tahap ini? Nabi SAW telah bersabda,
“Di antara kamu yang diutamakan denganku pada hari kiamat, ialah kamu yang pal-
ing banyak berselawat ke atasku”. Manusia yang paling hampir kedudukannya
dengan Nabi SAW adalah mereka yang paling banyak berselawat ke atas Nabi
SAW.
“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi,
Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan berilah
salam penghormatan ke atasnya.”
Allah SWT sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW. Dan selawat Allah SWT ke atas
Nabi-Nya merupakan bentuk kasih sayang, keberkatan, kemuliaan dan kehebatan
daripada Allah SWT ke atas Nabi SAW yang sentiasa bertambah bagi Nabi SAW
dan ia merupakan kunci bagi kita, kepada pengurniaan kasih sayang Allah kepada
kita kerana ketika kita memohon dari Allah SWT agar merahmati kekasihNya dan
berselawat ke atasnya, maka Allah SWT akan mengasihi kita, mengurniakan
sepuluh rahmat dan berselawat ke atas kita sepuluh kali. Berapa banyak selawat
yang dibacakan menentukan kedudukan seseorang manusia di sisi Allah SWT.
Pada suatu hari, Nabi SAW keluar dengan sangat gembira dan ceria. Para sahabat
berkata “Wahai Rasulullah, kami melihat engkau begitu gembira hari ini?
Rasulullah SAW bersabda “Bagaimana aku tidak gembira sedangkan Jibril AS telah
turun dan mengkhabarkan kepadaku bahawa Allah SWT berselawat sepuluh kali
kepada siapa yang berselawat ke atasku sekali”

70
Faedah-faedah berselawat ke atas Nabi SAW sangat banyak. Selawat ke atas Nabi
SAW merupakan sebab dipenuhi hajat-hajat. Nabi SAW mengkhabarkan bahawa
“Sesiapa yang berselawat ke atasku setiap hari 100 kali maka Allah SWT akan me-
menuhi hajatnya”.
Selawat ke atas Nabi SAW merupakan sebab dihapuskan kegelisahan dan kesedi-
han. Selawat ke atas Nabi SAW merupakan sebab penerimaan doa, penyem-
buhan, sebab penurunan hidayah. Selawat ke atas Nabi SAW merupakan sebab
penerimaan Allah ke atas seorang hamba dan amalannya. Allah SWT berfirman
“Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu (ke atas Nabi SAW) dan
berilah salam penghormatan kepadanya”.
Satu soalan penting yang ditanyakan oleh ramai orang iaitu berapa kali sepatutnya
seseorang itu berselawat ke atas Nabi SAW dalam sehari sehingga ia menjadi rutin
mereka yang mencintai dan mereka yang banyak berselawat. Salah seorang sa-
habat yang hebat di kalangan ahli fiqah telah bertanyakan soalan ini, Ubay bin Kaab
dia bertanya “Wahai Rasulullah, Sesungguhnya aku berdoa kepada Allah SWT dan
berselawat ke atasmu maka berapa sepatutnya aku jadikan masaku (selepas me-
nyempurnakan fardhu) untuk berselawat ke atasmu?”
Nabi SAW berkata kepadanya “Itu mengikut kesukaanmu” Dia berkata “satu
perempat, wahai Rasulullah? Nabi SAW “itu mengikut kesukaanmu:, jika kamu
tambah maka ia lebih baik” dia berkata “Aku jadikan selawat untukmu satu perdua
wahai Rasulullah? Nabi SAW “Itu mengikut kesukaanmu, jika kamu tambah maka
ia lebih baik” Dia berkata “Aku jadikan selawat untukmu tiga perempat, wahai
Rasulullah?” Nabi SAW “Itu mengikut kesukaanmu, jika kamu tambah maka ia
lebih baik”
Dia berkata “Aku jadikan seluruh masaku untuk berselawat kepadamu” Nabi SAW
bersabda kepadanya “Ini merupakan ibarah bahawa, perbuatan ini perlu dilazimkan
di dalam minda” Oleh yang demikian, dicukupkan keperluanmu dan diampunkan
dosa-dosamu.
Allah Maha Besar, Selawat ke atas Nabi SAW menghapuskan kegelisahan. Ramai
manusia yang mempunyai kegelisahan (keperluan), orang yang banyak berselawat
ke atas Nabi SAW akan dihapuskan kegelisahan di dalam hatinya, dan Allah SWT
akan mengampunkan dosadosanya yang menyebabkan masalah-masalah bagi kita
di dunia dan akhirat, penyembuhnya adalah memperbanyakkan selawat ke atas Na-
bi SAW.

71
Bayangkan, selawat dan salam yang dibacakan kepada Nabi SAW dipamirkan dan
sampai kepadanya. Ini semua dicatat dan ditunjukkan kepada Nabi SAW bahawa
si polan ini sentiasa berselawat ke atasmu beberapa kali. Apabila engkau datang
pada hari kiamat dan berjumpa Nabi SAW, kita bersama dengan Nabi SAW yang
selalu dibacakan dan dipamirkan selawatmu ke atasnya.
Di dalam hadis sahih, sesungguhnya Nabi SAW mengingati salam @ selawat
seketul batu. Sabdanya, Aku mengenali seketul batu di Mekah yang sentiasa mem-
beri salam kepadaku ketika aku melalui kawasannya. Sesungguhnya Nabi SAW
tidak pernah melupakan salam seketul batu kepadanya. Adakah kamu pernah
membayangkan bahawa mungkinkah Nabi SAW lupa salam darimu, ummatnya
yang Muslim dan mukmin? Nabi SAW tidak akan melupakan salammu selama-
lamanya.
Berselawat ke atas Nabi SAW ialah wajib ketika tahiyyat di dalam solat dan di da-
lam khutbah Jumaat, wajib dalam solat jenazah selepas takbir yang kedua dan dis-
unnatkan pada banyak tempat dan kawasan. Sehinggakan ramai ulama’ yang
mengatakan bahawa disunnatkan berselawat ke atas Nabi SAW di dalam setiap
perkara dan setiap masa. Namun, di dalam sesetengah tempat, kita sangat diga-
lakkan untuk berselawat ke atas Nabi SAW. Daripadanya ialah di majlis-majlis
kerana Rasulullah SAW telah datang ke perjumpaan sesuatu kaum yang meng-
ingati Allah atau berkumpulnya suatu kumpulan di dalam satu majlis dan mereka
mengingati Allah dan berselawat ke atasku atau berselawat ke atas Nabi SAW maj-
lis tersebut akan dikecualikan dari penyesalan dan kesedihan iaitu majlis-majlis
yang di dalamnya tidak mengingati Allah SWT dan tidak berselawat ke atas Nabi
SAW, maka majlis ini akan menjadi penyesalan kepada kita pada hari kiamat.
Disunnatkan berselawat ke atas Nabi SAW ketika memasuki masjid, ketika
memasuki rumah, ketika keluar dari masjid, dari rumah. Disunnatkan berselawat ke
atas Nabi SAW khususnya pada hari Jumaat. Kerana Nabi SAW telah bersabda,
“Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari jumaat, sesungguhnya selawat-
selawatmu akan sampai kepadaku atau dipersembahkan kepadaku. Maka perban-
yakkanlah selawat ke atasku pada malam yang gelap dan hari yang terang
sesungguhnya selawat-selawatmu akan dipersembahkan kepadaku”.

72
Orang-orang yang bakhil ialah mereka yang apabila disebutkan namaku mereka tid-
ak berselawat ke atasku. Beginilah yang telah diterangkan oleh Nabi SAW. Men-
gapa mereka ini bakhil? Janganlah kita bersikap bakhil kepada diri sendiri. Allah
SWT juga berselawat ke atasnya, Nabi SAW tidak memerlukan selawat kita tetapi
mereka itu bakhil terhadap diri sendiri untuk mendapatkan kebaikan buat dirinya.
Nabi SAW telah bersabda, “Celakalah mereka yang apabila disebutkan namaku,
mereka tidak berselawat ke atasku” ketahuilah, doa akan tergantung di antara langit
dan bumi sehingga dibacakan ke atas Nabi SAW. Sekiranya kita ingin berdoa
kepada Allah SWT dengan sebarang permintaan, mulakanlah dengan berselawat
ke atas Nabi SAW dan akhirilah dengan selawat ke atas Nabi SAW dengan ke-
percayaan dan keyakinan bahawa Allah SWT akan menerima doamu seperti mana
yang disebutkan dalam banyak riwayat mengenai Nabi dan para sahabat.
Jika kita menginginkan perkara ini (dicintai Allah), dan kita mengetahui bahawa
kunci hubungan di antara kita dan Nabi SAW ialah selawat ke atas
Nabi SAW kita akan mengejar kunci terbesar untuk menemukan maksud firman Al-
lah SWT “Katakanlah (Muhammad) jika engkau menyintai Allah, ikutilah aku, nes-
caya engkau dicintai Allah”. Dan firman Allah SWT “Sesungguhnya Allah dan para
Malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi, Wahai orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu ke atas Nabi dan berilah salam penghormatan ke atasnya.”

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

73
Kekasih kita SAW datang kepada umat ini untuk memperbaikinya, Manusia merasa
takjub lalu berkata, “Sesungguhnya Muhammad mengajar para sahabatnya semua
perkara, sehinggakan kepada bagaimana menunaikan hajat apabila masuk tandas.”
Manusia masuk ke dalam tandas sebagai tempat membuang hajatnya. Tempat
yang jijik bagi manusia kerana di sana manusia membuang kekotoran. Namuan,
Nabi SAW mengubah perkara ini, kepada tempat yang mendatangkan pahala da-
lam bermuamalah dengan Allah, sehinggakan seorang daripada kita, apabila masuk
ke dalam tandas dan memperoleh ganjaran yang banyak, dan dia boleh mengamal-
kan lebih 15 sunnah dari Sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Disunnahkan bagi mere-
ka yang ingin masuk ke tandas, beberapa Sunnah.
Pertamanya, menanggalkan cincin atau benda yang tertera nama Allah SWT agar
dia tidak masuk ke dalam tandas. Keduanya, menyebut nama Allah dan memohon
perlindungan kepada Allah daripada syaitan dengan taawwuz Rasulullah,
“Wahai Allah, aku berlindung kepadamu dari syaitan jantan dan syaitan betina.”
Maka ini akan melindunginya daripada syaitan kerana tandas ialah tempat berkum-
pulnya syaitan.
Ketiga, menutup kepala. Keempat, memakai selipar agar tidak terpijak najis.
Kelima, mengangkat pakaiannya agar ia tidak terkena najis, dan panjangkanlah ia
semula semasa ingin menunaikan solat.
Kemudian, masuk ke tandas dengan kaki kiri. Dan hendaklah tidak menyebut nama
Allah SWT semasa di dalam tandas. Dengan itu, ditegah bercakap-cakap kerana
Nabi SAW membenci bercakap di dalam tandas, maka apabila seseorang me-
manggilnya, hendaklah dia berdehem agar orang itu mengetahui dia berada di da-
lam tandas.

74
Dan mengambil perhatian hal berkaitan ‘bertelanjang’, kerana Nabi SAW membenci
perkara tersebut. Baginda bersabda, “Allah lebih berhak untuk engkau malu kepa-
danya” Maka apabila seseorang ingin menunaikan hajatnya, angkatlah pakaiannya
sekadar untuk membuang air sahaja.
Disunnahkan berdoa dengan doa pelindung iaitu
‫بسم الل الذي ال اله اال ه و‬
di mana Nabi mengkhabarkan kepada kita bahawa barang siapa yang membaca
doa ini, maka Allah akan menutup auratnya dari pandangan jin dan mereka tidak
dapat melihat auratnya.
Allah SWT berfirman : Lelaki yang suka menyucikan dirinya dan Allah menyintai
orang-orang yang suci. Dengan ini, Nabi SAW telah mengajar kita akan kebaikan
beristinjak. Istinjak ialah membersihkan dan membuang najis dari tempat keluarnya.
Kita boleh menggabungkan batu dan air. Pada hari ini, orang menggunakan tisu
dan air. Orang Arab dan orang-orang terdahulu tidak mengetahui cara istinjak dari
kekotoran dengan menggunakan air, kecuali selepas datangnya Rasulullah SAW.
Dan Allah SWT memuji sebahagian masyarakat Madinah kerana mereka yang mula
-mula mengamalkan perkara ini iaitu ahli Quba’. Allah SWT berfirman tentangnya,
“Manusia yang suka bersuci” Mengapa? Kerana mereka menggabungkan batu dan
air. Maka disunnahkan jika manusia mahu beristinjak, menyapu najis dengan tisu
dahulu kemudian diikuti dengan air, maka dia menjadi orang yang beramal dengan
Sunnah Nabi SAW.
Disunnahkan beristinjak dengan tangan kiri agar dimuliakan tangan kanan. Dan
dengan itu, disunnahkan berdehem-dehem iaitu istibra’, kerana Nabi SAW
mengkhabarkan kepada kita kebanyakkan azab kubur adalah kerana mengadu
domba dan tidak istibra’ dari air kencing. Maka hendaklah manusia mengambil per-
hatian akan hal ini. Beristibra’ dengan berdehemdehem, dan dengan melalukan
tangannya di bawah alat sulitnya sehingga keluar baki air kencing dari badannya.

75
Di kalangan manusia merasakan masa di dalam tandas sebagai sia-sia, maka dia
mencuba untuk memenuhinya dengan perkara yang salah. Waktu yang digunakan
semasa menunaikan hajat bukanlah sia-sia, akan tetapi ia adalah waktu yang
digunakan untuk berfikir akan nikmat Allah SWT. Dengan ini, Nabi SAW telah
mengajar kita apabila keluar dari tandas, hendaklah kita keluar dengan kaki kanan
dan berdoa dengan doa yang mulia,
‫ وعافان ي‬، ‫ي األذَى‬
ِّ ِ‫أذهب عن‬
َ ‫الحم ُد هللِ الذي‬
“Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesakitan dariku dan
menyihatkanku” maka kita sentiasa berfikir akan nikmat Allah, dan dengan itu,
manusia merasai pengharapan yang besar kepada Allah, kerana dia melihat dan
menghidu pada dirinya sesuatu yang tidak diingininya. Maka selepas itu dia tidak
menyombongkan diri kepada orang lain. Ini adalah faedah yang didapati manusia
semasa di dalam tandas.
Sebuah hadis Nabi SAW : Janganlah dua orang keluar menuju ke tandas dengan
membuka auratnya serta bercakap-cakap. Maka sesungguhnya Allah murka ter-
hadap hal tersebut”
Berdasarkan apa yang diajarkan oleh Rasulullah tentang bagaimana seseorang
membuang hajatnya, maka disunnahkan bagi mereka yang berhajat untuk membu-
ang air kecil/besar, hendaklah mengangkat pakaiannya sekadarnya sahaja, dan
janganlah mendedahkan seluruh auratnya.
Kemudian duduk dan menekan kaki kiri maka ini dapat memudahkan keluarnya air
kencing dan najis. Dan di antara perkara yang kita perlu ambil berat dan perhatikan
ialah, berhati-hati dengan percikan air kencing. Sekiranya dia berada di tempat
yang terbuka, berhati-hati dengan angin yang boleh menyebabkan percikan air
kencing. Dan jangan kencing menghadap permukaan yang keras kerana air kenc-
ing akan terpecik kepadanya, maka dia akan mengotori pakaiannya. Manusia perlu
mengambil perhatian ketika berdiri (selepas membuang air), jangan melihat najis
yang keluar. Dan janganlah meninggalkan najisnya dalam menjaga kebersihan
tandas bagi orang lain.

76
Nabi SAW dimuliakan Allah dengan mukjizat bahawa bumi menelan apa yang
keluar dari Baginda. Namun Baginda mengajar kita agar jangan meninggalkan
kesan najisnya kerana ia menjijikkan bagi orang lain seperti yang berlaku di tandas-
tandas khas dan awam, dan di tempat-tempat awam.
Perkara yang indah daripada Sunnah ini ialah, manusia dapat merasakan bahawa
perbuatannya terikat dengan perbuatan Nabi SAW di dalam setiap aspek kehidupan
termasuk aspek yang mudah dan tersembunyi ini.

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

77
Nabi SAW menyukai tetamu dan memuliakan tetamu, bahkan Nabi SAW meminta
tetamu, dan memuliakan mereka. Ini merupakan antara akhlak Nabi SAW yang
agung. Dan Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan
hari kiamat, maka dia akan memuliakan tetamunya. Dan Nabi SAW bersabda,
“Tiada kebaikan bagi mereka yang tidak menerima tetamu”.
Pada hari ini, kita perlu berfikir mengenai perkara ini. Bagaimana kita menerima
tetamu sehingga kita dapat mencontohi sifat Rasulullah SAW. Pada hari ini, ramai
manusia yang sibuk dengan kehidupan serba moden tidak mengalu-alukan ke-
hadiran tetamu di sisi mereka. Mereka rasa dibebani dengan kehadiran tetamu. Ini
adalah antara perbuatan yang ditegah oleh Nabi SAW.
Nabi SAW mengajar kita jika kita mahu menjemput tetamu, jemputlah mereka yang
bertakwa dan jangan menjemput orang kaya sahaja tanpa orang miskin. Baginda
SAW bersabda: “Janganlah engkau makan kecuali makanan orang yang bertakwa,
dan jangan pula makan makananmu itu melainkan yang membawa kepada takwa.”
Baginda SAW apabila menjemput tetamu, Baginda memulakan dengan orang
miskin di kalangan ahli Suffah.
Sesetengah manusia selalu mendahulukan sesuatu yang memberi kepentingan un-
tuknya, dan melupakan orang sebelahnya yang lebih memerlukan, sedangkan itu
memberikan pahala sebagaimana yang dipandu oleh Nabi SAW. Penerimaan
tetamu dengan baik dan penuh kegembiraan merupakan sebahagian daripada me-
layan tetamu. Rasulullah SAW menerima tetamu dengan penerimaan yang baik.
Dan Nabi SAW menerima tetamu dengan rasa gembira, riang dan seronok. Ini
merupakan antara perkara penting yang perlu didahulukan tuan rumah untuk
tetamunya.

78
Kemudian, menyediakan tempat duduk yang sesuai untuk mereka. Nabi SAW telah
didatangi tetamu dan Nabi SAW mempersilakan mereka duduk di atas bantal dan
Baginda duduk di atas tanah. Maka memuliakan tetamu dan mempersilakan mere-
ka di tempat yang bersih, baik dan indah merupakan Sunnah Rasulullah SAW dan
bukti kemuliaan Nabi SAW serta kemurahan hatinya.
Disunnahkan bagi tuan rumah untuk menyegerakan hidangan makanan bagi
tetamunya, Firman Allah SWT: “Maka tidak beberapa lama selepas itu, ia memba-
wa jamuan untuk mereka, seekor anak lembu yang dipanggang” kepada Saidina
Ibrahim. Maka, tuan rumah tidak sepatutnya lengah dalam menghidangkan ma-
kanan, atau menunggu seseorang dan melambatkan hidangan untuk tetamu yang
lain, bahkan mendahulukan hidangan pada masa yang sepatutnya. Dengan itu,
kamu perlu mendahulukan makanan sekaligus, dan menyediakan makanan sebaik
mungkin mengikut kemampuanmu.
Namun di sini, terdapat suatu Sunnah yang penting iaitu tidak berlebihlebihan
(sehingga membazir). Tuan rumah perlu makan dengan tetamunya. Maka jangan-
lah tuan rumah berhenti makan selagi tetamu tidak berhenti makan. Dengan itu,
jangan mengangkat makanan sehingga kamu yakin tetamu itu sudah selesai, dan
berhenti makan, agar tidak memalukan tetamunya dengan mengangkat hidangan
sedangkan dia masih menginginkannya.
Antara perkara yang penting ialah penghuni rumah hendaklah menolong tuan ru-
mah, perempuan dan lelaki dalam menyediakan keperluan tetamu. Kita menge-
tahui bahawa tetamu datang membawa rezeki dan keluar dengan membawa dosa
penghuni rumah itu.
Nabi Muhammad SAW memenuhi jemputan hamba sahaya, orang miskin. Baginda
sentiasa memenuhi jemputan walaupun di pinggir Madinah bahkan di luar Madinah
dan Baginda mengambil berat terhadap jemputan kerana Allah dan Rasulnya, khu-
susnya, jemputan perkahwinan dan aqiqah. Jangan melengah-lengahkan
menghadiri majlis-majlis yang penting di dalam syarak.
Nabi SAW bersabda, “Jika aku dijemput di kampung, maka aku akan
menerimanya.” Iaitu jika seseorang menjemput aku dan menghidangkan sup tulang
pasti aku terimanya. Ini antara sifat tawadhuknya Nabi SAW. Sebahagian manu-
sia, jika dia tidak dijemput ke majlis yang hebat maka dia tidak akan memenuhi
jemputan tersebut.

79
Nabi SAW bersabda : Jika seseorang menjemput kamu ke walimah maka hadirilah
ia! (Riwayat Bukhari). Tetamu perlu meminta izin apabila dia ingin masuk, dan
duduk di tempat yang disediakan tuan rumah kerana mungkin ada tetamu yang ma-
suk dan duduk di tempat yang tidak disukai oleh tuan rumah.
Maka duduklah di mana-mana sahaja yang telah disediakan tuan rumah atau duduk
di mana-mana tempat yang terdapat ramai orang di situ. Dengan itu, apabila tetamu
masuk ke rumah, dia tidak boleh memisahkan dua orang di majlis itu, dan jangan
memotong perbualan orang lain. Apabila dia melihat perkara mungkar, hendaklah
dia segera pulang agar dia tidak menjadi penolong kepada kemungkaran yang ter-
dapat di dalam jemputan ini. Maka dia menjadi orang yang mendiamkan
kemungkaran tersebut. Dan janganlah kamu mengingkarinya kerana Allah SWT.
Nabi SAW bersabda : Tidak dihalalkan bagi seorang lelaki memisahkan di antara
dua orang kecuali dengan keizinan mereka (Riwayat Ahmad).
Nabi SAW bersama sahabat-sahabat Baginda pernah menjadi tetamu bagi seorang
sahabat. Apabila makanan dihidangkan, seorang sahabat telah mengasingkan
dirinya. Maka Nabi SAW bertanya, “Apa yang telah menimpamu?”, Dia menjawab,
“Aku sedang berpuasa”. Maka Nabi SAW berkata, “Saudaramu bersusah payah un-
tukmu dan engkau berpuasa?” Dengan itu, para ulama’ berkata disunnahkan un-
tuknya mengambil hati saudara yang menjemputnya, dan berbuka puasa sunat ser-
ta merta. Namun, jika dia mengetahui bahawa tuan rumah tidak kisah dengan
perkara itu, maka tiada masalah baginya untuk terus berpuasa.
Tetamu perlu menikmati hidangan sehingga ia membuatkan tuan rumah merasa ba-
hawa tetamunya gembira dan berpuas hati dengan hidangan tersebut. Dengan itu,
tetamu perlu berterima kasih kepada tuan rumah dan mendoakannya. Nabi SAW
semasa makan bersama sahabatsahabatnya di rumah seorang sahabat, Baginda
SAW bersabda, “Berterima kasihlah kepada sahabatmu (tuan rumah)”
“Bagaimana?”, Baginda bersabda, “Berdoalah untuknya”. Maka di antara doa Nabi
SAW yang disunnahkan,

ِّْ
ُ‫وصلت علي ُكم المالئكة‬ ‫األبرار‬
ُ َ ‫أ ْف‬
‫طر عند ُكم الصائمونَ وأك َل طعام ُكم‬
Telah berbuka puasa orang-orang yang berpuasa di kalangan kamu, dan kamu te-
lah menikmati hidangan yang baik, dan telah berselawat ke atasmu para malaikat.

80
Antara adab-adab tetamu, tidaklah dia membebani tuan rumah. Seperti di dalam fir-
man Allah SWT, “Apabila kamu sudah makan, maka bertebaranlah (di atas muka
bumi Allah)” Maka, para tetamu tidak boleh melengah-lengahkan pulang selepas
menikmati hidangan sehingga menyusahkan tuan rumah itu.
Muliakanlah tetamumu, nescaya kamu akan dimuliakan Allah Yang Maha Mulia.
Mereka yang mengamalkan Sunnah Nabi SAW, mereka akan pulang sebagai
tetamu yang agung, pada hari kiamat, hari manusia pulang sebagai tetamu Nabi
SAW. Apabila kita meneliti makna firman Allah “Katakanlah (Muhammad), jika
kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya kamu akan dicintai Allah” kita
akan minum air dari telaga Nabi SAW dengan tapak tangannya pada hari tersebut,
Insha Allah.

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

81
Tidur merupakan hikmah dari Allah SWT, dengannya kita dapat merehatkan badan,
ketenangan, mencergaskan fizikal dan mental. Terdapat banyak Sunnah dan adab
yang diamalkan oleh Nabi SAW. Pertama persediaan tidur awal bagi memudahkan
kita bangun sebelum subuh. Jika seseorang mahu tidur, disunnahkan berwudhu’
dan menggosok gigi. Disunnahkan mengibas cadar atau tempat tidur barangkali
terdapat sesuatu di atasnya.
Seterusnya, jika dia mahu tidur, tidurlah di atas sisi kanannya dan disunnatkan me-
letakkan tapak tangan kanan di bawah pipi kanannya.
Disunnatkan berdoa dengan doa yang telah diajarkan oleh Nabi SAW, seperti
‫ظ‬ ْ ‫س ْلت َ َها فَاحْ ف‬
ُ َ‫َظ َها ِبمََ ا ت َح َْف‬ ْ َْ ‫إن‬
َ ََ‫أر‬ ْ َ‫نف َْ ِسي ف‬
ِ ‫ار َح ْم َها َو‬ َ َ‫س ْكت‬ َ ََ‫أرََ فَعُهُ فَإ ِ ْن أ ْم‬ ِ ‫ض ْعتُ َج ْنبِي َو‬
ْ ََ‫بك‬ َ ‫ي َو‬ ِِّ ‫ب ِاس ِْمكَ َرب‬
َ‫الح َِي ن‬
ِ ‫ص‬ َّ ‫ب ِه َِ ِعبَادَكَ ال‬

Dengan nama Allah aku letakkan sisiku dan denganMu aku angkatnya kembali,
Wahai Allah, jika kamu genggam nyawaku maka ampunkan aku dan jika kau
hantarkan ia kembali maka peliharalah ia sebagaimana Kau pelihara hamba-hamba
Mu yang soleh.
Dan dengan itu, disunnatkan membaca Ayat Kursi dan Surah alKafirun, dan disun-
natkan membaca surah al-Ikhlas dan Muawwizatain (Surah al-Falaq dan an-Nas
sebanyak 3 kali, kemudian ditiupkan di atas tapak tangan dan disapukan ke seluruh
badan. Ibubapa boleh mengamalkan perkara ini kepada anak-anak mereka kerana
ia dapat menjaga dan membenteng daripada perkara yang buruk.
Allah SWT berfirman: “Dan kami jadikan tidur sebagai alas”. Dan dengan itu disu-
natkan bertaubat kepada Allah SWT dari segala dosa sebelum tidur, dan tidur
dengan hati yang bersih dan memaafkan semua manusia.

82
Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kamu mampu menjadi seperti Abu
DhamDham? Maka para sahabat tertanya-tanya, “Siapakah Abu DhamDham wahai
Rasulullah? “Beliau adalah lelaki biasa di kalangan orang Islam, apabila dia berbar-
ing di atas tilamnya, dia berkata, Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sedekahkan
kehormatanku ke atas manusia, siapa yang menyakitiku, berkata tentangku dan
mengumpatku, aku ampunkan dan maafkan mereka semua. Maka, kemaafan ini
akan menjadikan manusia tidur dengan hati yang bersih dan suci.
Tidur ialah ibadah jika ianya disertakan dengan niat takwa dalam mentaati Allah.
Adapun keadaan Nabi SAW semasa tidur, Baginda tidak tidur dalam keselesaan
(kemewahan). Baginda tidur di atas tikar jerami, di atas kulit haiwan sehinggakan
Baginda pernah tidur di atas tanah. Baginda mempunyai katil namun ia dibuat dari
tali.
Saidina Umar al-Khattab masuk menemui Rasulullah SAW dan Baginda sedang
tidur di atas tikar jerami dalam cuaca yang panas, dan ia telah meninggalkan kesan
merah pada jasad Baginda. Maka Saidina Umar menangis, Baginda bertanya, “Apa
yang engkau tangisi wahai Umar?” Dia berkata, “Ya Rasulullah, Kisra dan Kaisar
tidur di atas tilam yang empuk, dan engkau Rasulullah SAW hanya tidur di atas je-
rami?” Baginda bersabda, “Itu tidak memudaratkanku. Bagi mereka dunia dan bagi
kita akhirat.” Kaedah yang telah dipakai oleh Nabi ini, perlulah manusia amalkan
iaitu memendekkan tidurmu.
Pernah Nabi SAW tidur nyenyak pada satu malam dan Baginda bertanya, “Apa
yang telah kamu lakukan pada tilamku?” Mereka berkata, “Kami telah melipat
tilammu wahai Rasulullah supaya ia lebih empuk” Maka Baginda bersabda,
“Sesungguhnya itu telah menghalangku untuk bangu qiyamullail”. Jadi, hendaklah
manusia tidak bermewah (terlampau selesa) semasa tidur agar dia mampu bangun
qiyamullail.
Rasulullah SAW telah melihat seorang lelaki di dalam masjid sedang tidur di atas
perutnya (meniarap), maka Baginda telah menuju kepada lelaki itu dan berkata,
“Bangunlah!” sesungguhnya tidur seperti ini dimurkai Allah!”. Dalam riwayat lain,
“Ini merupakan tidur ‘Jahanammiah’ iaitu tidur penghuni Neraka!”.
Baginda SAW telah bersabda “Tidurlah sebentar (sebelum waktu Zohor),
Sesungguhnya syaitan tidak melakukannya”. Daripada Sunnah Nabi SAW ialah
qailullah iaitu tidur sebentar sebelum waktu zohor, yang akan membantunya
bangun pada tengah malam. Namun, ia hanyalah tidur yang ringan (sekejap).

83
Dan Nabi SAW membenci tidur selepas Subuh dan Asar, kerana pada waktu-waktu
ini, Allah SWT sedang membahagikan rezekiNya. Pernah seorang lelaki datang
kepada Rasulullah SAW dan mengadu tentang insomnia iaitu tidak dapat tidur pada
waktu malam. Maka Baginda telah mengajar doa ini,
ُّ ‫ يا ح‬، ‫ي قيو ٌم ال تأ ُخذُكَ ِسنَةٌ وال نو ٌم‬
ِ ‫ي يا قيو ُم ا ْه ِد لي ِلي‬
‫وأنم َْ عي ِن ي‬ ٌّ ‫ت النجو ُم و َه َدأتََِ العيونُ وأنتَ ح‬
ِ ‫َار‬
َ ‫الله ِّم َغ‬

“Wahai Allah, bintang-bintang sudah hilang, mata-mata sudah terpejam, dan


Engkau Maha Hidup dan Berdiri dengan sendiri, Wahai Yang Maha Hidup, Yang
Maha Berdiri dengan Sendiri, tidurkan mataku dan pandulah malamku.”
Dan apabila manusia melihat sesuatu yang menakutkan di dalam mimpinya, Nabi
SAW mengkhabarkan agar membaca ta’awwuz dari syaitan yang direjam dan melu-
dah 3 kali ke sebelah kiri.
Siapa yang beramal dengan adab tidur, maka tidurnya seperti jaga. Antara Sunnah
yang penting ialah bangun sebelum waktu subuh. Sebahagian manusia tidur se-
hingga terbit matahari, maka Rasulullah SAW telah mengkhabarkan “syaitan telah
kencing di telinga lelaki itu” kerana semasa tiba waktu solat, dia sedang tidur.
Antara Sunnah Rasulullah semasa bangun dari tidur, apabila Baginda bangun, Bag-
inda menyapu mukanya dengan tangannya, iaitu menyapu kesan tidur dari
wajahnya. Kemudian Baginda mengingati Allah SWT, Baginda berdoa,
‫ور‬
ُ ‫ش‬ُّ ‫الحم ُد ل ِِّلََ َََِّ الذَّي أحيانا بع َد ما أماتنا وإل ْي ِه الن‬
Baginda berdoa, “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah memat-
ikan kami dan kepadaNya kami kembali”

Dan Baginda bersiwak, berwudhuk dan solat. Baginda memberitahu kita bahawa
syaitan mengikat kepala manusia dengan 3 simpulan semasa dia tidur. Apabila dia
bangun dan mengingati Allah, terlepas satu simpulan, semasa dia berwhudu’ ter-
lepas satu simpulan. Semasa dia solat, terlepas satu simpulan. Maka dengan itu,
jika manusia tidak melakukan perkara ini, dia bangun dalam keadaan tidak baik.
Apabila terlepas kesemua simpulan, manusia bangun dalam keadaan yang baik.
Maka dia menjalani harinya dengan bahagia, penuh kerehatan.

84
Manusia jika mengamalkan adab-adab tidur, tidurnya sama seperti jaganya. Ibnu
Mas’ud telah berkata, “Aku mahu tidurku sama seperti jagaku” Dan kita mengetahui
bahawa Nabi SAW matanya tidur, namun hatinya jaga.
Kita berharap dengan beramal dengan adab Rasulullah SAW, ia akan menjadi
rahsia bagi kesedaran (jaga) ini, dan kita dimuliakan oleh Allah melihat Rasulullah di
dalam mimpi, dan dikumpulkan bersamanya di negeri akhirat. Dan itu adalah
kerana berkatnya firman Allah, “Katakanlah (Muhammad), jika engkau mencintai Al-
lah maka ikutilah aku, engkau akan dicintai Allah”.

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

85
Nabi SAW mengajar manusia perkara yang tidak diketahuinya sebelum ini. Nabi
SAW mengajar kita bahawa menziarahi orang sakit mempunyai ganjaran yang be-
sar. Baginda SAW telah meninggikan kefahaman kita dengan melakukan amalan
insani yang dapat menenangkan orang lain. Ia juga suatu perintah yang agung ba-
hawa kita sedang bermuamalah dengan Allah SWT.
Baginda SAW telah menyebut kepada kita di dalam hadis yang perlu diambil per-
hatian dan difikirkan. Nabi SAW bersabda, “Allah SWT telah berfirman kepada
anak Adam, Aku telah sakit, dan kamu tidak menziarahiku! Maka hambaNya telah
berkata, “Bagaimana aku menziarahimu sedangkan Engkau Tuhan sekelian alam?”
Allah SWT menjawab, “Tidak engkau tahu bahawa si polan telah sakit dan engkau
tidak datang menjenguknya?” Sekiranya engkau menjenguknya, nescaya engkau
mendapati Aku di sisinya!”
Perkataan ‘di sisiku’ perlu diambil perhatian, iaitu ia adalah perintah menggembi-
rakan hati mereka yang sakit. Bagi orang yang sakit, Allah berada di sisinya, dekat
dengannya. Dan dengan itu, mereka yang menziarahi orang sakit, mengetahui ba-
hawa aku sekarang seperti menziarahi Allah.
Di dalam sebuah hadis lain, “Barangsiapa yang menjenguk orang sakit pada waktu
‘ghudwah’ iaitu waktu subuh, 70 ribu malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga
waktu petang Dan barangsiapa yang menjenguk orang sakit pada waktu petang, 70
ribu malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga ke pagi. Bilangan malaikat
yang banyak ini memohon keampunan buatku, berselawat ke atasku, dan men-
doakan kebaikan buatku, ketika mana aku menjenguk saudara muslimku yang sa-
kit.

86
Nabi SAW menjenguk setiap golongan yang sakit di kalangan umatnya. Baginda
SAW menjenguk wanita yang sakit, hamba sahaya, orang islam dan bukan islam,
para sahabatnya di kalangan tenteranya yang cedera sehinggakan kepada orang
badwi bukan Arab.
Baginda tidak meninggalkan satu pun golongan masyarakat yang sakit melainkan
pasti dijenguk kesemuanya. Sama ada di dalam Madinah atau kampung dan kawa-
san di sekitar Baginda SAW.
Maka dengan itu, ketika mana Ummu Saaib sakit, Baginda SAW telah men-
ziarahinya, apabila Baginda SAW menemuinya, beliau sedang mengutuk penyakit-
nya iaitu demam. Maka Baginda SAW berkata kepadanya, ‘Wahai Ummu Saib, jan-
ganlah engkau membenci penyakitmu dengan mencacinya, sesungguhnya ia
menghapuskan keburukan seperti terhapusnya kekotoran pada besi semasa diba-
kar.
Baginda SAW menjenguk orang sakit, menenangkannya serta mengajarkannya.
Beginilah seharusnya semasa menjenguk orang yang sakit. Nabi SAW bukan sa-
haja mengajar para sahabatnya mengenai perintah ini serta mendidik mereka,
bahkan Baginda SAW memberi kepada pesakit keyakinan dan semangat yang ting-
gi.
Sehinggakan baginda telah mengarahkan Saidina Umar al-Khattab dengan
bersabda, “Wahai Umar, jika engkau menziarahi mereka yang sakit, maka suruhlah
mereka mendoakan untukmu, kerana sesungguhnya doa mereka seperti doa para
malaikat.
Adab menziarahi orang sakit – Dalam hal menziarahi orang yang sakit, Nabi SAW
telah mengajarkan adab, nilai-nilai dan makna-makna. Adab yang paling penting
ialah memilih waktu yang sesuai. Jangan menjenguk orang yang sakit ketika dia
agak sibuk atau dia sedang penat atau lewat malam semasa dia hendak tidur.
Sesungguhnya ini membebankan orang yang sakit melampaui kemampuannya.

Nabi SAW bersabda : Tidaklah seorang Muslim itu ditimpa musibah, melainkan Al-
lah SWT mengampunkan dosanya walaupun duri menusuk badannya.

87
Antara adab ketika menziarahi orang yang sakit ialah menyenangkan hatinya, dan
menyenangkan hati mereka dalam pelbagai bentuk antaranya Nabi SAW bersabda,
‘Apabila kamu menziarahi orang yang sakit, maka hilangkanlah kerunsingan mere-
ka terhadap penyakitnya’. Maka perkara ini akan memulihkan semangat mereka.
Katakan kepada orang yang sakit, ‘Insha Allah, engkau akan dipanjangkan umur,
Allah akan panjangkan umurmu, engkau akan sihat’. Perkara ini memberi motivasi
kepada mereka yang sakit.
Para pengkaji telah menyebutkan bahawa, ianya merupakan antara sebab yang
penting di dalam penyembuhan. Memberi motivasi kepada orang yang sakit,
kerana ini merupakan salah satu sebab penyembuhan.
Ketika mana Baginda SAW menziarahi orang yang sakit, Baginda SAW menga-
takan kepadanya : ‘Sembuh! In Sha Allah’. Ketika menziarahi orang yang sakit,
Baginda SAW mendoakannya, ada ketikanya, Baginda SAW meletakkan tangannya
di atas bahagian yang sakit dan berdoa dengan sebahagian doa. Antaranya, Nabi
SAW berdoa kepada orang yang sakit, :

‫ُغادر َسق ًم ا‬ َّ ‫اشف وأنت ال‬


ُ ‫ ِشفا ًء ال ي‬، َ‫ ال ِشفا َء إال شِفاؤك‬،‫شافي‬ ِ ،‫الناس‬
ِ َّ‫الباس رب‬
َ ‫ب‬
ِ ‫أذه‬
Wahai tuhan manusia, hilangkanlah penyakit, sembuhkanlah sesungguhnya engkau
Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan kesembuhanmu, Kesembuhan
yang menghilangkan kesakitan. Dalam riwayat lain, kesakitan dan penyakit.
Nabi SAW mengkhabarkan, ‘Jika kamu menjenguk orang sakit yang belum nazak,
iaitu orang yang penyakitnya bukan di tahap kritikal dan belum hampir kepada ajal-
nya, maka doakanlah dia dengan doa ini,
‫يشفي ك‬
َ ْ ‫العظيم‬
‫أن‬ ِ ‫العرش‬
ِ َّ‫العظيم رب‬
َ ‫أسأ ُلََ ال َل‬
“Aku memohon kepada Allah, Tuhan Arasyh yang agung agar menyembuhkamu,
dibaca sebanyak 7 kali, nescaya Allah akan menyembuhkannya dari penyakit itu.
Setiap perkara yang diajarkan Nabi dalam menziarahi mereka yang sakit, mem-
berikan kita isyarat bahawa Nabi SAW merupakan seorang yang sangat sibuk, juga
seorang guru, pembimbing yang mempunyai keluarga yang besar serta memberi
sedekah kepada faqir miskin dan mengetuai peperangan, namun tidak pernah
mengabaikan perkara penting ini di dalam kehidupannya. Bahkan Baginda SAW
sentiasa mengutamakan orang yang sakit.

88
Dengan itu, ada ketikanya, Nabi SAW menyoal para sahabatnya, adakah di antara
kamu yang telah menziarahi orang yang sakit? Maka Abu Bakar sentiasa menja-
wab, “Aku wahai Rasulullah” maka Nabi SAW pun tersenyum. Soalan ini akan sen-
tiasa ditanyakan oleh Rasulullah SAW kepada setiap anggota masyarakat. Setiap
hari, ingatlah bahawa Rasulullah SAW menyoalmu, “Adakah engkau telah men-
ziarahi orang yang sakit?” Jika engkau membayangkan soalan yang diajukan oleh
Rasulullah SAW ini, nescaya ia akan menguatkan ikutanmu dan hubunganmu
dengan Nabi SAW. Maka ini akan menjelaskan makna firman Allah, “Katakanlah
(Muhammad) jika engkau mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya engkau dicin-
tai Allah.” Semoga Allah mengurniakan kita ‘mengikut’ jalan Nabi SAW dan cintaN-
ya (di dalam ayat tadi).

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni

89
Antara hal kenabian yang agung ialah zikir kepada Allah. Zikir ialah kunci men-
dekatkan diri (kepada Allah) dan antara amalan yang teragung. Dan Nabi SAW
merupakan orang paling banyak berzikir kepada Allah. Saidatina Aisyah mencer-
itakan bahawa Baginda SAW mengingati Allah di dalam setiap urusan. Baginda
mengingati Allah pada setiap masa.
Apabila Baginda ditanya oleh seorang lelaki, “Wahai Rasulullah, terdapat banyak
syariat Islam, maka wasiatkanlah aku dengan sesuatu jika aku beramal dengannya,
aku akan masuk syurga.” Baginda berkata kepadanya, “Basahilah lidahmu dengan
zikir kepada Allah.”
Baginda SAW mempunyai zikir yang mutlak, Baginda mengingati Allah pada setiap
waktu. Dan Baginda juga berzikir kepada Allah dalam urusan yang berbeza dari
pagi hingga malam, Setiap amalan Baginda terikat dengan zikir, dengan Basmalah,
puji-pujian dan doa kepada Allah SWT.
Dengan itu, Nabi SAW mempunyai zikir yang berkaitan dengan masa. Baginya zikir
pada waktu pagi, zikir waktu petang dan lain-lain lagi. Nabi SAW sentiasa berdamp-
ing dengan Allah. Malah Baginda menggalakkan para sahabat agar berzikir, bahkan
di dalam setiap peluang. Baginda mengajar para sahabat dan ummatnya untuk ber-
zikir. Baginda tidak pernah melepaskan peluang tersebut.
Pernah sekali semasa Baginda dalam perjalanan dan Baginda sampai ke satu tem-
pat yang dipanggil Bukit ‘Jumudan’ Baginda SAW bersabda, “Golongan ‘Mufarridun’
akan mendahului Jumudan ini.”
Baginda seperti ingin menyedarkan mereka apakah maksud ‘mendahului’. Mereka
bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah ‘Mufarridun’?” Baginda menjawab, “Mereka
yang banyak berzikir kepada Allah SWT, atau mereka yang kerap dan banyak ber-
zikir kepada Allah SWT.”

90
Allah SWT telah berfirman dalam hadith Qudsi “Siapa yang mengingatiku pada
dirinya, Maka Aku mengingatinya pada diriKu. Siapa yang mengingatiku di dalam
kumpulan, maka Aku akan mengingatinya di dalam kumpulan yang lebih baik dari
mereka.”
Nabi SAW sangat menyukai majlis-majlis zikir dan mereka yang berkumpul untuk
berzikir. Sehingga pernah sekali Baginda keluar kepada para sahabatnya maka
Baginda mendapati mereka sedang mengingati Allah. Baginda bertanya, “Apa yang
kamu sedang lakukan? Mereka menjawab, “Ya Rasulullah, kami sedang mengingati
Allah, kebaikanNya dan segala kurnianNya ke atas kami.” Lalu Baginda bertanya,
“Adakah kamu hanya duduk untuk mengingati Allah?” Baginda menyuruh mereka
bersumpah. Mereka menjawab, “Demi Allah, kami hanya berkumpul untuk tujuan ini
wahai Rasulullah.” “Adapun aku bukan menyuruhmu bersumpah untuk menu-
duhmu, tetapi Jibril telah datang kepadaku, dan memberitahuku bahawa Allah ber-
bangga denganmu di hadapan para malaikatNya.”
Jika manusia menghayati makna ini bahawa Allah berbangga dengan manusia
yang berkumpul untuk mengingatiNya, Allah berfirman : “Sesiapa yang meng-
ingatiku pada dirinya, Maka Aku akan mengingatinya pada diriKu dan siapa yang
mengingatiKu di dalam kumpulan, maka Aku akan mengingatinya di dalam kum-
pulan yang lebih baik.
Nabi SAW memberitahu kita mengenai suatu pemandangan yang sangat indah.
Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang mencari dan singgah di dalam maj-
lis zikir. Jika mereka menjumpai suatu kaum yang mengingati Allah, mereka berka-
ta, “Pergilah kepada apa yang kamu cari” dan mereka berbondong-bondong sehing-
ga ke langit dunia.
Pemandangan yang menakjubkan, perkumpulan malaikat di majlis sehingga ke
langit. Apabila mereka pulang selepas itu, Allah bertanya kepada mereka,
“Bagaimana hamba-hambaku? Mereka menjawab, “HambaMu bertasbih, memuji-
mu sehingga ke akhir majlis” Maka Allah berfirman, “Saksikanlah wahai malaikat
bahawa Aku telah mengampuni mereka.” Mereka berkata, “Wahai Allah, fulan ini
datang untuk mengambil tahu (hal orang)” Allah berfirman, “Sesungguhnya aku te-
lah mengampuninya, mereka adalah kaum yang tidak sia-sia perkumpulan mereka.”
Mereka itulah ahli zikir yang telah disebutkan hak mereka oleh Allah melalui NabiN-
ya, “Dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka (ahli zikir)”- al-
Kahfi : 28. Mereka ialah golongan yang selalu melazimi zikir kepada Allah SWT.

91
Nabi SAW mempunyai zikir yang sentiasa dilakukannya. Dan mestilah setiap pengi-
kutnya mengambil berat akan zikir-zikir tersebut. Sebaik-baik zikir ialah Laa ilaha
illallah. Sebaik-baik zikir adalah Laa ilaha illallah. Sebaikbaik ucapanku dan para
Nabi ialah Laa ilaha illallah. Ia merupakan ucapan ikhlas, tauhid dan kunci syurga.
Seorang muslim perlu memperbanyakkan ucapannya.
Antara zikir yang agung ialah “Subhanallahi wabihamdihi Subhanallahil Adzim.”
Sabda Rasulullah SAW, “2 kalimah yang ringan pada lisan, berat pada timbangan,
disukai oleh Allah, Subhanallahi wabihamdihi, Subhanallahi ‘Adzim.” Para sahabat
r.a berkata, “Di dalam majlis bersama Rasulullah, kami sentiasa membaca ucapan
ini 100 kali”
‫الغفور‬
ُ ‫التواب‬
ُ َّ ‫ب اغ ِف ْر لي وتبْ َُ عل‬
‫ي إنك أنت‬ ِ ِّ ‫ر‬
“ Wahai tuhanku, ampunilah aku, dan terimalah taubatku, Sesungguhnya Engkau
adalah Yang Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang” Maka hendaklah bagi
setiap Muslim mengamalkannya kerana Nabi SAW sentiasa membaca zikir ini di se-
tiap majlis.
Antara zikir yang paling penting ialah Baqiatussolihaat Rasulullah SAW bersabda,
“Ucapan Subhanallah, Alhamdulillah, Lailaahaillallah, Allahu Akbar lebih baik bagiku
daripada terbitnya matahari serta dunia dan seisinya.”
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya aku melihat seorang lelaki yang pada
malam mi’raj yang disinari dengan cahaya arasy’ Aku bertanya, “Adakah dia
seorang Nabi?, Jibril menjawab, “Bukan” Aku bertanya, “Seorang Malaikat?”, Jibril
menjawab, “Bukan” Aku bertanya, Maka siapakah dia? Jibril menjawab, ini adalah
lelaki yang lidahnya basah dengan zikrullah.”
Sesiapa yang suka melalui syurga di dunia, maka hadirilah majlis-majlis zikir.
Sesungguhnya ia adalah taman-taman syurga di dunia.” Perkara terpenting bagi
zikir ialah hati yang hadir terhadap Allah, dan merasakan bahawa Allah sentiasa
melihatku, dan Dia sentiasa bersamaku. Dan Dia mengingatiku ketika mana aku
mengingatiNya.
Maka ini merupakan makna firman Allah, “Maka ingatilah Aku, nescaya Aku meng-
ingatimu” dan Rasulullah SAW menekankan kepada kita mengenainya di dalam
banyak hadis Qudsi iaitu “Sesiapa yang menyebut namaKu secara bersendirian,
Maka aku akan mengingatinya pada diriKu” dan siapa yang menyebut namaKu di
dalam kumpulan, nescaya Aku menyebut namanya di dalam kumpulan yang lebih
baik”.

92
Ini bermakna, jika manusia memahaminya, ia merupakan pertalian antara dirinya
dengan Allah SWT. Dan sesungguhnya Allah SWT berfirman, “Aku bersama ham-
baKu selagimana lidahnya menyebut namaKu”.
Begitulah Nabi datang kepada kita untuk menghidupkan dan meningkatkan keiman-
an dan pengetahuan kepada Yang Maha Penyayang dan kita dapat mengambil da-
ripada rahsia firman Allah SWT “Katakanlah jika engkau mencintai Allah, maka ikuti-
lah aku, nescaya engkau dicintai Allah.”

93
Rumah merupakan pemilikan manusia, tempat perlindungan dan kerehatan bag-
inya dan tempat berkumpulnya seseorang dengan keluarganya.
Bagaimana kita dapat menjadikan rumah kita memberi kerehatan dan selesa untuk
kita. Bagaimana kita menjadikannya rumah dengan acuan Nabi SAW kerana Nabi
SAW merupakan contoh yang terbaik di dalam kehidupan seseorang insan yang
baik.
Antara perkara yang terpenting ialah seseorang mestilah memilih rumah yang
sesuai, yang paling dekat dengan rumah Allah (masjid) dan memilih jiran yang
soleh. “Jiran sebelum rumah, dan teman sebelum perjalanan”. Seperti yang telah
disabdakan Nabi SAW.
Adab-adab masuk ke dalam rumah – Apabila seseorang masuk ke dalam ru-
mahnya, dia haruslah menyebut nama Allah SWT dan masuk dengan kaki kanan.
Disunnahkan juga, membaca doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW :-
‫وبسم ال ِل خرجْ نا وعلى‬
ِ ‫بسم ال ِل َولجْ ََ نا‬
ِ ِ‫خرج‬
َ ‫وخير ال َم‬
َ ِ‫خير ال َمولج‬
َ ُ‫الله َّم إني أسألك‬
‫ال ِل ربنِِّا تو َّك ْلن ا‬
Wahai Allah, aku memohon kebaikan semasa masuk dan keluar. Dengan nama Al-
lah kami masuk, Dengan nama Allah kami keluar dan kepada Tuhan kami berserah
diri.

94
Apabila seseorang membaca doa ini, syaitan berkata kepada syaitan yang lain,
“Engkau terlepas peluang untuk masuk” Syaitan tidak mampu masuk ke dalam ru-
mah bersama orang tersebut. Apabila kamu masuk ke dalam rumah, maka berilah
salam kepada penghuni rumah, kerana salam merupakan permulaan kepada per-
temuan maka ia membangkitkan rasa selamat dan ketenangan di antara dirimu dan
keluargamu. Sekiranya tiada sesiapa di dalam rumah, maka berilah salam kepada
dirimu. Katakanlah “Assalamu’alaina, tahiyyatan min ‘indillah toyyibatan mu-
barakah” dengan itu, engkau memperoleh Sunnah-sunnah salam.
Apakah perkara pertama yang dilakukan Rasulullah SAW semasa masuk ke dalam
rumah? Sayyidah ‘Aisyah berkata, “Baginda SAW akan bersiwak terlebih dahulu.”
Antara perkara yang terpenting juga adalah meminta keizinan. Pernah suatu ketika,
Nabi SAW duduk di rumahnya, maka seorang lelaki telah datang dan berkata,
“Boleh saya masuk?” Nabi SAW bersabda kepada hambanya, “Keluarlah dan
ajarilah dia bagaimana meminta izin!”
Nabi SAW begitu bersungguh-sungguh dalam mengajarkan adab yang mulia.
Hamba tersebut telah keluar dan berkata, “Ucapkanlah Assalamualaikum, boleh
saya masuk?” Apabila lelaki itu meminta izin dengan cara ini, Nabi SAW berkata
kepadanya, “Sekarang masuklah!”.
Nabi SAW melarang kita, tidak memperkenalkan diri ketika meminta izin contohnya,
apabila kamu mengetuk pintu seseorang dan ditanya, “Siapakah itu?”, kamu menja-
wab, “Saya!” Seorang lelaki telah mengetuk pintu Nabi SAW dan ketika ditanya
siapakah itu, dia menjawab, “saya” Nabi SAW membenci jawapannya dan berkata,
“Saya, saya, saya” iaitu “Siapa namamu, beritahu siapakah kamu?” maka ini meru-
pakan adab yang penting semasa ingin masuk ke dalam rumah.
Antara adab yang diamalkan Nabi SAW ialah Baginda SAW melakukan tugasan ru-
mah tangganya. Baginda SAW pernah membersihkan rumahnya, membaiki ka-
sutnya dan mengikat bekas air. Baginda mempunyai tugasan sendiri di rumahnya.
Begitu juga, golongan lelaki mestilah mempunyai tugasan sendiri di rumah.
Melakukan perkara yang dapat membantu keluarganya, memenuhi keperluan mere-
ka dan membaiki sesuatu yang rosak. Ini merupakan Sunnah Nabi SAW.
Antara perkara yang terpenting di rumah kita, adalah memakmurkannya dengan
zikir dan bacaan al-Quran. Perumpamaan rumah yang disebut nama Allah SWT
dan rumah yang tidak disebutkan nama Allah di dalamnya, seperti orang hidup dan
orang mati (Bukhari).

95
Bayangkan sama ada rumahmu hidup atau mati. Nabi SAW mengkhabarkan baha-
wa rumah yang dibacakan al-Quran di dalamnya mampu dilihat oleh penduduk
langit. Mereka melihatnya seperti kita melihat bintang di langit (pada waktu malam).
Ramai sahabat mengajak Nabi SAW datang ke rumah mereka dan bersolat di sua-
tu tempat untuk dijadikan tempat solat mereka. Maka Sunnah ini, wajarlah bagi se-
tiap orang menjadikan suatu tempat khas untuk bersolat bersama keluarganya. Na-
bi SAW memberi amaran mengenai perkara yang menghalang masuknya malaikat
ke dalam rumah kita. Ini merupakan perkara yang penting kerana jika malaikat tidak
masuk, maka syaitan yang akan masuk.
Nabi SAW memberi amaran agar kita berhati-hati dengan gambar, patung, ukiran
yang kini banyak didapati di rumah-rumah. Begitu juga, dengan kehadiran anjing
bukan untuk tujuan pengawasan dan pemburuan.
Nabi SAW menyeru kita agar berhati-hati dengan segala penyebab bahaya. Jika
terdapatnya api, pintu yang terbuka, bekas yang terbuka yang boleh memberi
mudharat kepada seseorang. Begitu juga elektrik dan apa jua perkara yang berba-
haya wajarlah bagi seseorang untuk berjaga-jaga dengannya khususnya sebelum
tidur.
Nabi SAW bersabda, “Ketika malam menjelang atau sudah petang, maka halangi-
lah (anak-anak) mereka dari keluar kerana sesungguhnya syaitan sedang ber-
keliaran”. Apabila telah berlalu waktu malam beberapa ketika, maka bebaskanlah
mereka, dan tutuplah pintu sambil menyebut nama Allah kerana syaitan tidak dapat
membuka pintu yang tertutup. Ikatlah bekas air kamu sambil menyebut nama Allah
dan tutuplah bekasbekas dan peralatan kamu sambil menyebut nama Allah walau-
pun dengan meletakkan sesuatu dan tutuplah lampu rumahmu.
Adab keluar rumah – Keluar rumah juga mempunyai adab iaitu seseorang keluar
rumah dengan kaki kirinya sambil mengucapkan
‫بسم الل امنت باهلل توكلت على الل وال حول وال قوة اال باهلل العلي العظي م‬

Dengan nama Allah, aku beriman dengan Allah, aku bertawakkal kepada Allah, Ti-
ada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah yang Maha Tinggi dan Agung.

96
Nabi SAW bersabda bahawa sesiapa yang membaca doa ini ketika keluar dari ru-
mah, apabila dia bertembung dengan syaitan, maka syaitan itu akan terpelanting,
maka datanglah syaitan lain dan melihat ianya terpelanting, lalu bertanya, ‘mengapa
denganmu’? Apa halnya dengan si fulan? Lalu dia menjawab, “Apa pandanganmu
mengenai seseorang yang dilindungi, diawasi dan diberi petunjuk?”
Sekiranya kita mengamalkan setiap Sunnah Nabi SAW di rumah-rumah kita, rumah
-rumah kita akan berkait rapat dengan bilik-bilik Nabi SAW, bilikbilik di mana Allah
SWT telah menurunkan sebuah surah khas yang menerangkan perihalnya. Maka
apakah yang lebih baik lagi selain menzahirkan makna hubungan kita dengan
Rasulullah SAW pada rumahrumah kita, nescaya rumah kita akan berkait dengan
firman Allah, “Katakanlah (Muhammad), sekiranya engkau mencintai Allah, maka
ikutilah aku, nescaya engkau dicintai Allah”

97
Di dunia ini ada unsur baik dan jahat, baik ialah cahaya daripada Allah SWT, jahat
ialah kegelapan, sentiasa ada hubungan dengan syaitan. Antara kegelapan yang
mengancam manusia ialah sihir. Kita dengar tentang sihir dan rasa takut
mengenainya. Sihir hitam, merah dan banyak lagi.
Rasulullah SAW menjadi model hidup kita hinggakan Allah menduga baginda
dengan ancaman ini, sebagai panduan untuk kita. Nabi SAW disihir oleh Labid dan
anak-anaknya. Dia ambil helaian rambut Nabi SAW melakukan beberapa ritual sihir,
sehingga Nabi SAW terkena sihirnya. Kita perlu tahu semua orang terdedah dengan
bahaya sihir. Ia seperti sakit dan masalah yang biasa dialami.
Pada suatu malam baginda mengadap Allah dengan penuh tawaduk. Yang kita per-
lu lihat di sini ialah bertawajuh kepada Allah SWT. Pada malam itu, baginda lihat
dua orang seorang tanya seorang lagi jawab…. kenapa dengan dia? dijawab, dia
terkena sihir. siapa yang sihirnya? dihawab Labid, dengan apa? dengan helaian
rambut yang diletak dalam telaga si fulan. Lalu Nabi SAW terjaga dan Allah SWT
telah buang sihir itu.
Baginda SAW keluar dan ingin buang sihir itu dari telaga tetapi Nabi SAW
abaikannya. Nabi SAW berharap agar umat Islam tidak diancam kejahatan, pertel-
ingkahan dan perkara yang merumitkan masalah.
Bagaimana saya lindungi diri daripada sihir?
Nabi SAW ajar kita ayat-ayat pelindung. Jika diamalkan kita tidak diancam sihir.
Pertama, ayat Kursi, jika ayat ini dibaca dirinya disinari cahaya yang melindunginya
daripada sakit kegelapan.

98
Kedua Surah al-Ikhlas, surah an-Nas dan surah al-Falaq dibaca setiap pagi, petang
dan sebelum tidur kemudian sapu seluruh badan.
Ketiga, baca 3 kali pada waktu pagi dan petang
‫ماءََ َوه َُو الس َِّم ْي ُم العَلي ِ َْ م‬
ِ ‫س‬ َ ‫ض َوالَ في ِ ال‬ َ َ‫بس َْ ِم ال ِل الذِي ال‬
ْ ِ ‫يضَُ ُّر َم َع اس ِْمه في‬
ِ ََ‫االر‬ ِ
Keempat, baca tiga kali pada waktu pagi dan petang
َ‫ش ِر ما َ خَل ق‬
َّ ‫ت الل الت َاماتََِ ِم ْن‬ ِ ُ‫أعََُ ْوذ‬
ِ ‫بكََ ِلمََ ا‬
Masalah yang kita hadapi kini ialah kita suka berlebihan dalam sesuatu perkara. Bi-
la hadapi masalah dia tuduh sihir. Tak dapat bermain dengan baik dia mengaku
disihir, bila ada masalah antara suami isteri atau pertunangan terbatal mengaku dis-
ihir yang menyebabkan terjadinya suasana tidak tenteram. Kita tidak patut lakukan
demikian. Sihir memang wujud, tetapi sebab lain juga ada. Ada kaitan psikologi dan
tabiat hidup seperti manusia lain.
Apa perlu dibuat jika rasa disihir?
Jika kita rasa diri kita disihir lihat sesuatu atau bermimpi yang berkaitan dengan
sihir, ayat pelindung yang diamalkan ialah pertamanya berdoa kepada Allah SWT.
Kemudian baca ayat Kursi, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas serta ayat berkenaan
sihir seperti firman Allah dalam kisah Musa Surah Yunus ayat 81
َ‫ص ِل ُح َع َم َل ْال ُم ْف ِسدِي ن‬
ْ ُ‫إنََ اللـَّهَ الَ ي‬ ِِّ ۖ ‫س ٰى َما ِجئْتُم ب ِه َِ ال ِسِّحْ ُر‬
ِِّ ۖ َُُ‫إنََ اللـَّهَ َسيُب ِْطله‬ َ ‫ألََ قَ ْوا قَا َل ُمو‬
ْ ‫فَل َّمََ ا‬

Surah Taha ayat 69


ُ ‫َّاح ُر َحي‬
‫ْث أتَ ٰ َى‬ ِ ‫اح ٍر ۖ َوالَ يُ ْف‬
ِ ‫لحَُ الس‬ ِ ‫س‬َ ‫صنَعُوا َك ْي ُد‬
َ ‫صنَعُوا ۖ إ ِن َّمََ ا‬ ْ ‫ق َما في ِ ِيمََ ينِكَ تل ََْ َق‬
َ ‫ف َما‬ ْ ‫َو‬
ِ ََ‫أل‬

Jika kita baca ayat-ayat ini dengan niat sembuh dengan izin Allah SWT kita akan
sembuh seperti Nabi SAW. Namun rawatan ruqyah, pelindung takkan berkesan
kecuali kita ada rasa yakin ini daripada Allah. Dia ada keyakinan terhadap Allah dan
guna rawatan itu juga bersangka baik pada Allah SWT.

99
Jika dia yakin dan optimis ayat-ayat itu pasti berkesan. Sihir akan terungkai jika kita
jumpa dan rosakkan sihir itu. Sihir biasa diikat dengan tali. Kesannya hilang jika di-
musnahkannya. Antara masalah isu ini, kita lebih suka bertemu bomoh. Ada yang
menipu, ada yang guna sihir, mustahil kita buang sihir dengan sihir. Rawat kegela-
pan dengan kegelapan. Di dunia ini, ramai yang amalkan sihir, amalkan kebatilan
dan kegelapan ini.
Kita perlu berhati-hati. Nabi SAW bersabda “Sesiapa yang temui dukun atau per-
amal maka aku berlepas tangan dengan dia Maka dia telah kufur dengan apa yang
diturunkan ke atas Muhammad SAW. Ini adalah sesuatu yang sangat berbahaya.
Isteri ingin suami menyayanginya lalu dia pergi jumpa bomoh. Mereka guna istilah
lain dan bukan sihir, seperti istilah mantera cinta, ramuan cinta dan pembuka hati.
Semua ini akhirnya ada kaitan dengan sihir.
Kita perlu jauhi amalan sihir dengan al-Quran dan sunnah Nabi SAW selain Itu ada-
lah sangat bahaya. Perkara utama dalam topik sihir ini, manusia tidak tahu kelebi-
hannya. Syaitan dan sihir tak dapat tandingi kelebihan manusia. Syaitan ialah dikeji,
kaum kegelapan, cahaya mengatasi kegelapan. Jangan takut dan keliru dengan
sihir. Bersama dengan Allah, Allah Bersama dengan kita dengam mengamalkan
sunnah Nabi SAW kita akan jauh dari ancaman dan kita akan terlindung dan aman.

100
Rasulullah SAW baik dalam bertutur, baik dalam berkata-kata. Baginda SAW suka
menggunakan lafaz dan perkataan yang begitu baik, cantik dan lembut. Bayangkan,
jika ada insan yang cuba menggantikan perkataan tersebut dengan perkataannya,
pasti takkan dia temui. Sebaik-baik pertuturan adalah milik Nabi SAW
Allah SWT berfirman kepada Nabi-Nya SAW “Katakanlah kepada hamba-hambaku,
ucapkanlah perkataan yang lebih baik, sesungguhnya syaitan itu menimbulkan
perselisihan antara mereka.”
Ayat ini seakan-akan ingin memberitahu kita berkata-katalah dengan baik kerana
syaitan menggunakan pertuturan dan lafaz kamu untuk menimbulkan perselisihan.
Oleh itu, kita lihat ramai yang menghadapi masalah disebabkan mulut mereka. Ada
individu yang menggunakan ayat tertentu tapi di salah erti oleh individu yang lain.
Allah SWT berfirman : Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, Ucapkanlah per-
kataan yang lebih baik.
Salah satu adab Nabi SAW, kadang kala mewakilkan orang lain untuk bercakap.
Jika Nabi SAW ingin menegur beberapa kesalahan syarak yang dilakukan oleh
orang lain, Baginda SAW tidak menegurnya terus tetapi Baginda akan berkata : Ke-
napa mereka melakukan begitu? Baginda hanya bertanya dan tidak suka menyebut
keburukan orang lain.
Salah satu adab Nabi SAW kadangkala apabila ingin memberitahu seseorang yang
dia ada melakukan kesalahan baginda akan bercakap dengan orang yang rapat
dengan individu tersebut supaya bukan Baginda yang menegur kesalahan individu
tersebut.

101
Manusia yang berjaya ialah yang menutup mulutnya sebelum orang lain menutup
telinga mereka. Kini, sebahagian kita lebih suka pertuturan yang kasar, maksudnya
mereka tak sukakan pertuturan yang baik. Sebahagian kita berubah kerana tidak
memahami ini adalah Sunnah Nabi SAW. Sebab itulah sebahagian kita menjadikan
perkataan yang tak elok, kejian dan kutukan, juga ungkapan yang pelik sebagai
sapaan antara mereka.
Bagi mereka inilah penampilan terbaik dan sesuai untuk pemuda. Sahabat Nabi
SAW bernama Jabir telah bertemu Nabi SAW dia berkata kepada Nabi : Ya
Rasulullah, berika peringatan kepadaku, Nabi SAW bersabda kepadanya : Jangan-
lah kau mencela orang lain. Maka dia berkata : Demi Allah, sejak itu aku tidak
pernah mencela orang lain sama ada dia lelaki, perempuan, orang merdeka, hamba
atau haiwan bermaksud, dia setelah itu tak pernah mencela, hinggakan haiwan pun
sudah tidak dicela olehnya. Dia memahami peringatan daripada Nabi dan sejak itu,
dia tidak pernah mencela sesiapa pun.
Pernah seorang wanita mengutuk binatangnya, iaitu seeokor unta telah dilaknatnya,
lalu Nabi SAW bersabda: Turunkan barang daripada unta tersebut dan lepaskann-
ya, unta yang dilaknat tak patut berjalan bersama kita. Maka unta tersebut berjalan
bersendirian kerana Nabi tak redha unta itu bersama dalam kumpulan.
Otot tubuh yang paling kuat dalam tubuh manusia ialah lidah. Nabi SAW bersabda
mungkin satu pertuturan daripada seorang lelaki membuatkan khalayak ramai keta-
wa akan menghumbankan dia ke dalam api neraka yang lebih jauh dari gugusan
bintang.
Kadangkala manusia ingin berjenaka untuk membuatkan orang lain ketawa maka
dia menggunakan lafaz yang biadap terhadap Allah SWT atau yang tak layak ter-
hadap Allah.
Nabi SAW melarang kita bertutur kepada orang dengan kata-kata kutukan dan
leteran atau kata-kata yang melupakan kita dengan nikmat yang diberikan Allah
kepada kita. Hari ini kita namakannya dengan kata-kata negatif kerana ia menjatuh-
kan motivasi masyarakat, menjadikan manusia sentiasa melihat kegelapan.
Dengan kata-katanya telah memadam perasaan tenang dan kedamaian yang ada
dalam hati manusia. Fikir dahulu sebelum berkata, ruangkan masa untuk me-
matangkan pertuturan, kata-kata seperti buah yang memerlukan masa untuk men-
jadi matang.

102
Indah sungguh kerana Sunnah ini masih berterusan. Jika semua pertuturan kamu
adalah baik maka kamu akan sentiasa mencontohi Nabi SAW kerana kamu senti-
asa ingin bertutur dengan kata-kata yang baik.
Setiap percakapan sama ada kepada pegawai, ahli keluarga dan kanak-kanak ada-
lah apa yang terbuku dari dalam diri manusia. Seperti yang disebut: “Setiap yang
ada di dalam bekas pasti akan membasahi, Lidah dijadikan bukti, apa yang terbuku
dalam hati.”
Hati Nabi SAW adalah yang paling suci sebab itulah tuturnya begitu suci. Tim-
bangkan, adakah kamu memilih ini atau yang ini? Inilah yang ditawarkan Allah SWT
kepada kita dalam firmannya : Katakanlah, jika kamu mencintai Allah ikutilah aku,
nescaya Allah mencintaimu. Penting untuk kita fahami iaitu mencontohi Nabi SAW
dalam bertutur dan berkata-kata bukan hanya perbuatan dan keadaan, agar kita
dapat mendisiplinkan pertuturan kita.

103
Antara perkara yang dipentingkan oleh Nabi SAW semasa hayatnya adalah pen-
jagaan remaja. Nabi SAW telah mempraktikkan pergaulan dan keutamaan yang
khas dengan golongan remaja, kerana mereka merupakan tenaga penting di dalam
membangunkan ummah.
Nabi SAW dibangkitkan sebagai rasul semasa remaja dan yang terawal beriman
dengannya ialah seorang remaja. Nabi SAW bersabda “Aku wasiatkan kamu
dengan para remaja mereka mempunyai hati yang paling lembut.” “Sesungguhnya
aku dibangkitkan dengan agama yang lurus, golongan remaja menyokongku mana-
kala golongan tua membelakangiku.” Orang yang terawal yang beriman dengan
Nabi SAW merupakan pemuda. Bagi ummat ini dan keunggulannya bermula dari
golongan remaja.
Semasa Rasulullah SAW membuka Kota Makah, Nabi SAW telah memberi
tanggungjawab kepada Attab Bin Usaid yang berusia 21 tahun untuk menguruskan
Kota Makah sedangkan ada golongan yang lebih tua dan berusia. Ketika mana Na-
bi SAW ingin mengutuskan seseorang untuk menjadi penolongnya di dalam
mengajar manusia dan berdakwa, sebelum Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Nabi
SAW mengutuskan seorang pemuda bernama Mus’ab bin Umair yang sebelumnya
di dalam kesesatan dan Islam telah mengangkatnya ke peringkat yang lebih tinggi
di dalam kehidupan sehingga dia menjadi utusan Rasulullah SAW.
Tugas ini merupakan tugas yang penting di dalam pembangunan agama Islam
secara keseluruhannya dan Nabi SAW telah meletakkan tanggungjawab tersebut
ke atas bahu seorang pemuda. Nabi SAW telah menjadikan para remaja sebagai
pemimpin, sehinggakan dalam hal ilmu. Baginda SAW pernah bertanya kepada
Ibnu Abbas yang masih kecil dalam lingkungan umur 15 tahun atau lebih muda,
Baginda SAW pernah menjadikannya turut bersama dalam mentafsirkan ayat-ayat
al-Quran.

104
Baginda SAW pernah bersabda, “Aku mengetahui dalam kalangan kamu yang ma-
hir di dalam halal dan haram, iaitu Muaz bin Jabal”. Muaz bin Jabal wafat pada za-
man pemerintahan Umar, pada usia 33 tahun pada zaman Baginda SAW masih
hidup, mungkin umurnya ketika itu sekitar 15 tahun.
Ini kesemuanya memberi gambaran bahawa Nabi SAW sangat mementingkan go-
longan remaja. Usamah bin Zaid telah diberi tanggungjawab, di dalam memimpin
para tentera yang hebat, ketika umurnya baru 17 tahun. Jika dibandingkan hal ini
dengan keadaan kita pada hari ini, nescaya kita akan mendapati bahawa ramai
remaja masih tidak memahami peranan mereka yang sebenar.
Jika kita menghayati kata-kata Rasulullah SAW kepada para remaja nescaya kita
mendapati bahawa kesemuanya merupakan kata-kata motivasi yang memberi se-
mangat kepada golongan remaja untuk melangkah maju dalam kehidupan.
Nabi SAW bersabda “Santunilah golongan tua dan sayangilah golongan muda. Nabi
SAW memerhatikan bahawa para remaja mempunyai darah muda yang penuh se-
mangat. Ketika mana Nabi SAW di Mekah dan muazzin sedang melaungkan azan,
Baginda SAW telah mendengar ada remaja dan kanak-kanak sedang mempermain-
kan dan meremehkan azan. Maka Nabi SAW bersabda, “Panggilah mereka”, dan
ketika itu ada 10 orang lalu mereka semua melaungkan azan.
Baginda bersabda, “Aku ingin mendengar mereka melaungkan azan” maka mereka
melaungkan azan seorang demi seorang lalu Baginda SAW bersabda, ”Aku telah
mendengar seseorang dengan suara yang lunak” Apabila Baginda SAW
mendengar pemilik suara lunak yang bernama Abu Mahzurah, Baginda telah
bersabda kepadanya, “Pergilah ke Masjidil Haram dan laungkan azan!” Maka Bag-
inda SAW telah melantiknya sebagai muezzin Masjidil Haram di Mekah di tanah
yang paling suci dan di masjid yang teragung di atas bumi ini dengan serta merta.
Baginda SAW telah mempertanggungjawabkannya sedangkan sebelum itu dia telah
mempermainkan azan namun dia mempunyai suara yang bagus, maka Nabi SAW
serta merta memberikannya tanggungjawab.
Ini semua memberikan kita suatu isyarat kenabian, bahawa remaja ketika diberikan
tanggungjawab dan ketika diletakkan pada posisi kepimpinan dia akan mula
berkembang dan cuba untuk membuktikan diri dan kejayaannya. Remaja merupa-
kan tonggak ummat dan penentu masa hadapan.

105
Nabi SAW mengambil berat di dalam menggalakkan remaja agar membaiki ke-
hidupan mereka. Baginda SAW bersabda, “Wahai sekelian pemuda, barangsiapa di
antara kamu yang mampu, maka berkahwinlah dan bagi siapa yang tidak mampu
maka berpuasalah”. Nabi SAW mengetahui bahawa para pemuda mempunyai
naluri untuk berkahwin dan manusia jika dikalahkan oleh naluri mereka akalnya tid-
ak mampu berfikir.
Kebanyakkan pemuda sangat mengikut perasaannya seperti dalam hadith yang
lain, “mempunyai hati yang sangat lembut” maka Nabi SAW inginkan para pemuda,
untuk menuruti naluri mereka pada perkara yang halal agar mereka mampu mem-
bezakan antara yang salah dan benar di dalam berbuat ihsan kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman “Sesungguhnya mereka para pemuda itu telah beriman
dengan Tuhan mereka, lalu kami tambahkan bagi mereka petunjuk”. Baginda SAW
telah bersabda, “Ciptaan yang paling dicintai oleh Allah SWT ialah remaja dengan
akhlak yang baik” Remaja ini menghabiskan masa remajanya di dalam ketaan
kepada Allah SWT. Remaja yang menginfakkan masa remajanya di dalam ketaatan
dan ibadah kepada Allah SWT, baginya kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.
Baginda SAW bersabda, “7 golongan yang mendapat naungan Allah pada hari tiada
naungan selain naunganNya, salah satunya remaja yang membesar di dalam ket-
aatan kepada Allah SWT. Jika kita meletakkan kalimah ini di dalam kurungan
(maksudnya jika semua remaja beramai dengan perkara ini), dan kita mengetahui
bagaimana bermuamalah dengan Allah melalui para remaja, nescaya akan terhasil
ummat dalam kalangan remaja yang akan mengubah alam ini kepada keadaan
yang lebih baik dari keadaan kita hari ini.
Nabi SAW sehinggakan kepada para pemudi, ketika mana Baginda menuju ke
Khaibar, telah datang seorang pemudi yang bernama Umaiyyah al-Makhzumiah dia
berkata, “Wahai Rasulullah, bawalah aku bersamamu” Baginda bertanya, “Apa
yang akan engkau lakukan?”, lalu jawabnya, “Aku akan membawa air dan merawat
orang sakit” maka Nabi SAW telah membawanya bersama dan dia telah berkhidmat
di dalam perang Khaibar, tatkala perang itu tamat, Nabi SAW telah menyarungkan
kepadanya seutas kalung maka pemudi ini berasa bangga, kerana kalung ini telah
dipakaikan oleh Rasulullah dengan tangannya sendiri dan dia telah berkata kepada
sahabatnya setelah dia dewasa jika aku mati, maka tanamlah aku bersamasaman-
ya kerana dia berasa bangga dengan penghargaan Rasulullah SAW.

106
Ketika Nabi SAW di dalam perjalanan ke Tabuk, seorang sahabat telah melihat
seorang pemuda menggembala kambing, lalu berkata, “Sekiranya pemuda ini berji-
had di jalan Allah nescaya ia lebih baik baginya” Baginda SAW bersabda, “Apa
yang kamu tahu? semoga ketika mana dia menyara ahli keluarganya, dia juga se-
dang berjuang di jalan Allah” atau menyara dirinya sedangkan ia sama dengan
berjihad di jalan Allah”.

Nabi SAW mengajar mereka bahawa remaja mempunyai banyak peranan di dalam
kehidupan, antaranya peranan dalam bidang ekonomi, ilmu dan jihad maka jangan-
lah kita memperkecilkan atau meremehkan peranan seorang remaja di alam ini
kerana setiap orang mempunyai kepentingan dan peranan yang besar di dalam ke-
hidupan

107
Masalah besar yang dihadapi orang ramai sekarang ialah persaudaraan yang se-
makin renggang. Rawatan yang mudah dan sangat berkesan yang diajar oleh Nabi
SAW : Sabda Nabi SAW, “Kamu takkan masuk syurga melainkan setelah beriman,
dan tidaklah kamu beriman melainkan kamu telah berkasih saying, sukakah kamu
jika aku tunjukkan sesuatu jika dilakukan pasti kamu akan berkasih sayang, sebar-
kan salam sesama kamu.”
Maksud salam sangat mendalam. Salam menyebarkan kasih sayang dan kehar-
monian, jika anda ucapkan salam pertama sekali as-Salam antara nama Allah
SWT, kedua, semasa memberi salam anda mendoakan keamanan seseorang.
Salam berkait rapat dengan keamanan, ketika ucapkan salam, anda seolah-olah
menjamin keamanannya daripada pihak anda iaitu saya takkan sakiti kamu, kamu
selamat jika berada dengan saya.
Memberi salam adalah sunnah Nabi SAW manakala menjawab salam pula
hukumnya wajib. Firman Allah SWT, “Jika kamu terima ucapan maka balaslah
dengan ucapan yang lebih baik atau setaraf dengannya. Jika seorang memberi
salam kepada kita, kita mesti membalasnya dengan ucapan yang lebih baik.
Ganjaran memberi salam, Seorang pemuda datang menemui Nabi SAW dia ucap-
kan “Assalamualaikum” Nabi SAW bersabda “sepuluh” pemuda kedua datang dan
ucapkan “Assalamualaikum Warahmatullah” Nabi SAW bersabda “Dua puluh”,
pemuda ketiga datang dan ucapkan “Assalamualaikum Warahmatullahi Wa-
barakatuh” Nabi SAW bersabda “Tiga puluh”. Mereka bertanya, “Ada apa dengan
jumlah itu semua?” Baginda SAW menjawab, “Pemuda pertama dapat 10 pahala,
pemuda kedua 20 pahala dan yang ketiga 30 pahala.

108
Adab ini indah, menggalakkan orang mengucapkan salam, orang yang beri salam
bebas daripada sifat takbur. Antara cara merawat sifat takbur ialah dengan memberi
salam.

Sifat ucapan salam Nabi SAW


Ramai sahabat menyifatkan ucapan salam Nabi SAW sebagai ucapan yang diden-
gari oleh orang yang berjaga dan tidak mengejutkan orang yang sedang tidur,
kerana kelembutan dan ketenangan ucapan baginda SAW. Nabi SAW beri salam
di semua tempat, baginda beri salam kepada orang tua, muda, lelaki dan wanita,
termasuklah kepada kanak-kanak.
Pernah seseorang tertanya-tanya sama ada nak beri salam atau tidak, emmm
orang itu perlukan ucapan salam, orang sering pertikaikan siapa yang patut beri
salam dan kepada siapa kita patut beri salam. Ucapan salam asalnya diciptakan un-
tuk seluruh manusia.

Tatacara memberi salam


Perkara menarik tentang salam ialah pada tatacaranya. Orang di atas kenderaan
beri salam pada orang yang berjalan. Yang berjalan beri salam pada yang duduk.
Orang yang berseorangan beri salam pada sekumpulan ramai.
Sesetengah orang menganggap ucapan salam ini tidak bernilai, kerana jika selalu
beri salam itu dianggap membebankan atau memberi salam menurunkan darjat
seseorang. Penghulu semua nabi dan insan paling mulia Rasulullah SAW banyak
ucapkan salam. Ketika para sahabat berjalan dan terpisah antara pokok mereka
akan berpatah balik untuk memberi salam. Contohnya jika kita keluar bekerja dan
kembali ke pejabat kita patut ucapkan salam kepada rakan sekerja. Jika keluar ke
mana-mana dan kembali ke rumah berilah salam. Dengan memberi salam berulang
-ulang kali keberkatan dan kebaikannya juga digandakan.

Sunnah yang diabaikan


Sunnah yang sering diabaikan manusia adalah memberi salam ketika berpisah. Kita
saling ucapkan salam ketika bertemu tetapi kita jarang ucap salam ketika berpisah.
Nabi SAW menyatakan ini bukan perkara yang baik. Ucapan salam ketika berpisah
sama pentingnya dengan salam ketika bertemu. Kita mesti hidupkan sunnah Nabi
Muhammad SAW ini.

109
Bila salam makruh diucapkan?
Ada orang ucapkan salam di tempat yang tak sepatutnya seperti di dalam tandas
atau beri salam pada sekumpulan orang yang sedang sibuk buat kerja penting atau
beri salam ketika masuk ke masjid di waktu orang sedang solat, baca al-Quran atau
sedang dalam majlis ilmu, perbuatan ini akan mengganggu kelancaran majlis.

Kamu akan disayangi Allah


Situasi terindah ucapan salam diberikan ialah ketika Nabi SAW bertemu Allah SWT
di malam Israk dan Mi’raj. Ketika bertemu Allah, baginda ucapkan “Segala penghor-
matan dan solawat yang baik untuk Allah. Allah menjawab, “Salam sejahtera ke
atas kamu wahai nabi, Bersama rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Bayangkan, kita
ucapkan salam dengan ucapan yang diberikan oleh Allah kepada Nabi SAW. Orang
mukmin mesti perbanyakkan memberi salam kerana Allah SWT berfirman “Ucapan
ketika mereka bertemu Tuhan mereka ialah salam.”
Jika sesiapa rajin memberi salam hingga ke akhir hayat dengan izin Allah dia akan
bertemu Allah dengan selamat. Dia akan menjadi penghuni
Darussalam. Itulah maksud tersirat di sebalik ayat ini “Katakanlah, jika kamu sayang
Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan menyayangi kamu.”

110
Ketika wahyu pertama diturunkan kepada Nabi SAW di gua Hira’, baginda SAW lari
kepada siapa? Baginda SAW tidak pergi bertemu pakcik atau sahabat, tetapi bag-
inda SAW terus lari kepada isterinya Khadijah RA.
Hari terakhir Nabi SAW dalam hidup baginda SAW memilih untuk menghembus
nafas terakhir di pangkuan Aisyah RA. Risalah kenabian bermula dan berakhir Ber-
sama wanita. Ini bukan perkara kebetulan. Allah SWT telah meletakkan hikmah pa-
da peranan wanita. Nabi SAW berikan wanita kedudukan dan hak mereka.
Bagaimana adab Nabi SAW terhadap wanita?
Rasulullah SAW sering didatangi orang ramai bertanya soalan. Pernah suatu ketika
baginda SAW didatangi sekumpulan wanita. Mereka bercakap dengan suara yang
kuat. Kemudian Umar RA datang menemui baginda. Wanitawanita itu terdiam
setelah mendengar suara Umar RA. Rasulullah SAW tergelak. Umar RA hairan,
apa yang buat baginda tergelak? “Wanita-wanita itu sedang bercakap, mereka terdi-
am setelah dengar suara kamu.” Umar RA marah katanya, “Kamu takut aku dan
bukan Rasulullah?” Seorang wanita meminta izin baginda untuk menjawab,
Rasulullah SAW benarkan dia menjawab, Katanya, “Umar, awak tegas dan garang,
Rasulullah SAW lembut dan penyayang.” Rasulullah SAW tergelak lagi. Ini mem-
buktikan bahawa Rasulullah turut mendengar persoalan daripada wanita, samada
secara individua atau berkumpulan.
Nabi SAW mementingkan bakat wanita dan Pendidikan untuk mereka.
Cuba imbas kembali doktor yang terkenal di zaman Nabi SAW beliau ialah Ummu
Atiyyah, beliau sertai Nabi SAW dalam peperangan. Beliau membantu merawat pe-
juang yang tercedera. Nabi SAW memandang tinggi bakat seperti ini pada wanita.
Baginda meminta Syaffa’ mengajar isterinya untuk menulis dan membaca. Nabi
SAW mementingkan Pendidikan untuk Aisyah RA. Aisyah RA meriwayatkan lebih
2000 hadis. Beliau seorang mufti yang sering menjadi rujukan manusia. Semua itu
hasil perhatian Rasulullah SAW dan perhatian yang diberikan terhadap hak wanita.

111
Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat, seorang wanita
yang terkenal dengan sikap kurang sopan datang. Ketika itu, Rasulullah SAW se-
dang makan bersama sahabat. Dia meminta makanan daripada Rasulullah SAW.
Lalu Rasulullah SAW berikannya sedikit makanan, tetapi wanita itu mahukan ma-
kanan di mulut baginda, lalu baginda berikan wanita itu makanan daripada mulut
baginda lalu wanita itu bertukar menjadi wanita paling pemalu.
Mukjizat kenabian memang berlaku di sini, tetapi akhlak yang diketengahkan di sini.
Bayangkan siapa lagi yang sanggup melayan wanita begini selain Rasulullah SAW?

Cara Nabi SAW kendalikan Keperluan Wanita


Nabi SAW berikan kaum wanita peluang bersolat di masjid, sehingga baginda SAW
bersabda, “Jangan haling hamba Allah daripada memasuki masjid.” Ketika semakin
ramai wanita memenuhi Masjid Nabawi, baginda SAW khaskan satu pintu untuk
mereka, ia masih kekal menjadi pintu masuk wanita sehingga kini. Wanita berkum-
pul di sudut masjid dan tunaikan solat di belakang Nabi SAW, mereka turut
mendengar ceramah dan khutbah baginda SAW.
Ada seorang sahabiyah bernama Ummu Waraqah, Rasulullah SAW pernah
ziarahnya dan akui beliau seorang syahid. Beliau pernah meminta izin Nabi SAW
untuk solat di rumahnya Bersama kaum wanita lain, Rasulullah SAW melantik bilal
khas untuk melaungkan azan di rumahnya supaya wanita lain dapat datang.
Rasulullah SAW meraikan hak mereka. Baginda SAW memenuhi permintaan
wanita.

Inisiatif Wanita Ketika Dalam Krisis


Wanita secara semula jadi bersifat penyayang. Rasulullah SAW benarkan wanita
terlibat dalam krisis, ketika Madinah berhadapan dengan krisis, ketika Rasulullah
SAW bersedia untuk perang Tabuk setelah sembahyang raya, baginda SAW keluar
untuk bercakap dengan kaum wanita, Baginda SAW bercakap tentang sumbangan
wang dan tenaga sukarela. Ada wanita yang tanggalkan subang dan gelang untuk
diberikan kepada Nabi SAW. Banyak sumbangan diperoleh daripada kaum wanita
di situ.

112
Wanita golongan terawal terlibat dalam kerja sukarela. Idea ini diilhamkan oleh
Rasulullah SAW, isu-isu besar meliputi isu kemasyarakatan dan politik turut melibat-
kan wanita pada zaman Nabi SAW. Kaum wanita berbai’ah kepada Rasulullah
SAW. Ada ayat al-Quran diturunkan tentang bai’ah kaum wanita kepada Nabi Mu-
hammad SAW.
Nabi Muhammad SAW memudahkan perjalanan kaum wanita. Jalan untuk wanita
ke syurga sangat mudah. Allah SWT menyediakan untuk mereka banyak jalan.
Sabda Nabi SAW, “Jika wanita solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan,
menjaga kehormatan diri dan mentaati suami, katakanlah kepadanya “Masuklah ke
syurga melewati pintu apa pun.” semua pintu dibuka untuk kamu pilih, betapa
mulianya taraf wanita seperti dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.
Bayangkan jika semua wanita sedar betapa Rasulullah SAW mementingkan hak
mereka sehingga dalam wasiat terakhir sebelum baginda SAW wafat baginda
bersabda, “Aku wasiatkan agar kamu berbuat baik terhadap wanita, kepentingan
yang diletakkan oleh Nabi SAW ini membuatkan kaum wanita lebih menyayangi
baginda SAW.
Kaum lelaki dituntut agar berbuat baik. Mengikut contoh tauladan terbaik iaitu Nabi
SAW, Nabi SAW meraikan kehadiran wanita dalam hidup baginda SAW. Ini antara
adab yang diajar oleh Nabi SAW, ini juga yang tersirat di sebalik firman Allah SWT
“Katakanlah, jika kamu sayang Allah, maka cintailah aku, nescaya Allah akan
mencintai kamu.”

113
Allah SWT cipta dunia ini seimbang, antara ciptaan Allah yang penting di dunia dan
tak boleh hidup tanpanya ialah pokok dan tumbuh-tumbuhan. Antara nikmat Allah
SWT ialah kebanyakan tumbuhan ini mati dengan sendirinya. Kita dikehendaki
menjaga nikmat kehidupan ini kerana ia mempengaruhi hidup kita semua.
Sesungguhnya Allah Menumbuhkan benih tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan.
Sayur adalah kumpulan makanan paling penting di dunia. Haiwan dan manusia
makan sayur-sayuran. Makhluk yang patut paling banyak di dunia adalah tumbuh-
tumbuhan. Manusia bertanggungjawab untuk menanam pokok demi kebaikan
dunia.
Antara nikmat Allah ialah kita hanya perlu tanam biji benih gemburkan dan jagaann-
ya mudah sahaja tetapi siapa yang menanamnya? Dalam alQuran Allah berfirman
“Adakah kamu yang menumbuhkan tanaman atau kami yang menumbuhkan?. Kita
hanya perlu tanam biji benih dan Allah yang akan hidupkannya.

Rasulullah SAW Menggalakkan Bercucuk tanam


Rasulullah SAW galakkan kita bercucuk tanam, berdasarkan hadis ini, Rasulullah
SAW bersabda tiada seorang muslim pun yang bertani atau berladang lalu hasil
pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia atau haiwan melainkan bagi
dirinya pahala sedekah. Bayangkan jika kita tanam pokok hasil tanaman kita di-
makan oleh burung, serangga atau apa saja ia makan dan mendapat manfaat kita
mendapat pahala sedekah. Ini daripada segi manfaat secara umum.

114
Pemanasan Global
Kebanyakan masalah pada hari ini berkaitan dengan tumbuhan, antaranya ialah
pemanasan global. Penyelesaiannya ialah tumbuh-tumbuhan. Menanam pokok
merupakan penyelesaian terbaik. Kebanyakan pencemaran udara di sesetengah
kawasan disebabkan oleh kekurangan pokok.
Ada sesetengah penyelesaian yang kita mesti tumpukan perhatian padanya. Kita
mesti tumpukan perhatian pada cara Rasulullah SAW berfikir. Rasulullah SAW per-
tanggungjawbkan tugas ini secara individu. Ramai yang fikir saya tanam 3 pokok
apa bezanya? masalah takkan selesai. Ia memerlukan jutaan pokok. Memang betul,
kalau anda, kawan, orang lain menerima seruan ini dan seruan ini tersebar, per-
tanian ini dianggap sebagai cara mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kalau 1.5
juta orang islam menyahut seruan ini dan setiap orang menanam 10 atau 20 pokok
kebanyakan masalah bumi pada hari ini yang berkaitan dengan pencemaran dan
pemanasan global akan selesai.

Rasulullah SAW menanam Lebih daripada 200 Pokok


Rasulullah SAW amat mengambil berat tentang bercucuk tanam. Rasulullah SAW
menanam 200 pohon kurma untuk Salman al-Farisi. Rasulullah SAW menanam
untuk tujuan sedekah. Ada sesetengah kawasan yang ditanam mendapat manfaat
daripada hasil tanaman.

Rizab Pertanian
Idea tentang rizab pertanian yang diamalkan di seluruh dunia dimulakan oleh
Rasulullah SAW. Sebab itulah ada banyak kawasan simpanan Rizab Mekah, Rizab
Madinah. Kawasan di luar bandar tidak boleh dibangunkan supaya kawasan ini
boleh ‘bernafas’ . Idea ‘paru-paru’ di tengah bandar, kalau seluruh bandar dah ter-
tutup taka da pokok, banyak penyakit akan menyerang tetapi Rasulullah SAW ting-
galkan beberapa kawasan untuk tanam pokok.

Menggunakan Tanah Terbiar


Idea hebat yang dicetuskan oleh Rasulullah SAW iaitu menggunakan tanah terbiar.
Kalau ada tanah tanpa pemilik, kalau ada sesiapa yang bercucuk tanam di situ
tanah itu dikira menjadi miliknya. Idea menggunakan tanah terbiar , ini akan meng-
galakkan orang ramai untuk bercucuk tanam, keluar ke tanah di luar bandar,

115
Pertama ia sesuai untuk bercucuk tanam ada manfaat sebagai bekalan makanan, ia
akan membantu untuk meluaskan kawasan bandar supaya bandar tak menjadi ter-
lalu sesak dengan orang ramai, orang ramai akan mula keluar ke kawasan bandar
untuk bercucuk tanam maka kawasan bandar akan menjadi lebih luas.

Larangan Menebang Pokok


Rasulullah SAW melarang kita daripada menebang pokok, malah Rasulullah SAW
melarang menebang pokok walaupun ketika waktu perang. Pada hari ini dalam per-
sidangan dunia mereka mencari cara untuk memelihara habitat ketika waktu pepe-
rangan sedangkan Rasulullah saw telah melarang sesiapa pun daripada menebang
pokok walaupun peperangan itu dimenangi Rasulullah tetap melarang para sahabat
daripada menebang pokok, malah baginda bersabda “barangsiapa yang menebang
sepohon pokok Allah akan memasukkan kepalanya ke dalam api neraka.” Begitulah
tegasnya baginda untuk melindungi tumbuhan yang mempengaruhi banyak masa-
lah di dunia.

Allah Mencintaimu
Antara mukjizat Nabi SAW ialah sepohon pokok berjumpa Rasulullah SAW. Pokok
itu bergerak menuju baginda disebabkan kasihnya baginda pada pokok dan
kasihnya pokok pada baginda SAW. Tetapi kita mestilah mencintai Rasulullah SAW
lebih daripada perkara lain seperti pokok dan tumbuhan sebab baginda adalah
imam dan guru kita. Inilah jaminan yang akan mengikat kita dengan amalan bag-
inda sebagaimana firman Allah SWT “Katakanlah jika kamu sayang Allah maka iku-
tilah aku nescaya kamu akan disayangi Allah.”

116
Bagaimana ekspresi Rasulullah SAW pada kebanyakan waktu? Nabi SAW merupa-
kan insan yang sentiasa tersenyum kepada sahabatsahabatnya. Baginda takkan
berkata-kata tanpa tersenyum. Begitulah kehidupan Nabi SAW.
“Ceriakan dunia nescaya ia akan turut ceriakanmu, Ia merupakan satu ikutan bukan
sekadar sebuah perumpamaan”
Rasulullah SAW jika tersenyum akan bersinarlah keseluruhan dinding. Yang ber-
maksud cahaya daripada wajah baginda SAW bersinar ke seluruh dinding yang
mengelilingi baginda. Ada juga yang menggambarkan Nabi SAW jika baginda
gembira seolah-olah matahari dan bulan beredar di sekeliling dahi baginda. Ia ada-
lah gambaran yang indah kepada matahari dan bulan yang menunjukkan kepada
cahaya baginda yang bersinar menenangkan dan penuh kerahmatan dengan
senyuman lembut baginda SAW.
Perkara yang indah tentang kehidupan baginda SAW adalah baginda sentiasa
tersenyum iaitu pada kebanyakan waktu baginda SAW akan tersenyum sehing-
gakan ada sahabat berkata kepada Jarir RA Sejak aku memeluk Islam, Rasulullah
SAW tak pernah membelakangkan aku dan baginda tak pernah melihatku melain-
kan baginda sedang tersenyum, ini adalah fenomena yang luar biasa.
Baginda seorang insan yang anda kenali dan bergaul dengannya bertahun-
tahun lamanya dan tak mungkin baginda melihat anda atau ketika anda berjumpa
wajahnya sentiasa mengukirkan senyuman.

117
Kelebihan Senyuman
Senyuman memberi kelebihan kepada badan dan minda. Ia mengurangkan risiko
tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit jantung. Ia membawa kepada anda sua-
tu perubahan. Sekarang bayangkan jika anda terserempak dengan seseorang yang
sedang keluar dari rumahnya dan dia bermasam muka kepada anda kemudian an-
da ke pejabat dan terserempak dengan seorang pegawai yang sedang bermasam
muka, ketika berjalan anda terjumpa seseorang yang bermasa muka apa agaknya
insan tersebut sedang rasakan? Sudah tentu dia merasakan sesuatu yang sempit.
Dia merasakan bahawa kehidupannya gelap. Tetapi bayangkan jika seorang insan
daripada bangkitnya dia daripada tidur lalu mendapati pasangannya tersenyum, di
pagar pula pengawal itu tersenyum, di jalanan dia dapati manusia saling bersalam-
salaman sesame mereka dan saling berbalas senyuman, begitu juga jika dia tiba di
tempat kerjanya dengan senyuman sudah tentu ini akan menyebarkan keceriaan.

Antara perkara penting mungkin manusia terlupa tentangnya senyuman bukanlah


suatu adat, ia merupakan ibadah. Nabi SAW bersabda “Senyumanmu pada wajah
saudaramu merupakan sedekah.”
Antara tempat yang Rasulullah SAW pernah tertawa dan baginda SAW sentiasa
tersenyum pada kebanyakan waktunya : Pernah seorang sahabat Abu Darda RA
setiap kali beliau bangun untuk berkata-kata di khalayak manusia beliau tersenyum
sesetengan Jemaah berkata : Wahai Abu Darda manusia akan perbodohkan kamu,
manusia akan kata orang ini bodoh kerana untuk apa tersenyum setiap masa? ini
kerana sesetengah manusia berpendapat sedemikian, seorang insan jika dia senti-
asa tersenyum bererti ada yang tak kena atau ada kekurangan pada maruah dan
nilai dirinya, begitulah bagaimana sesetengah manusia berfikir bahawa senyuman
mengurangkan nilai seseorang insan manakala kekerasan dan kemarahan menun-
jukkan ketinggian kedudukan dan maruah seseorang.
Kemudian Abu Darda berkata sesungguhnya aku melihat Rasulullah SAW ketika itu
beliau mengingatkan manusia tentang qudwah sesungguhnya aku melihat
Rasulullah SAW dan baginda takkan berkata-kata melainkan dengan tersenyum.
Hadis ini membawakan kepada kita dua manfaat yang sangat besar.

118
Pertama : senyuman tak mengurangkan nilai insan bahkan senyuman menambah
nilai seseorang insan. Kedua : Abu Darda merupakan contoh pengikut yang baik
dan para sahabat merupakan pengikut setia Nabi SAW walaupun pada senyumann-
ya. sehinggakan manusia berkata senyum hanya perkara biasa padalah tidak, wa-
laupun pada senyuman Nabi SAW para sahabat tetap berusaha mencontohinya
dan mereka sentiasa tersenyum ketika berkata-kata kerana mereka lihat Nabi SAW
melakukannya.
Senyuman membawa suatu perubahan kepada anda, senyuman menambah keya-
kinan diri, senyuman memupuk kreativiti. Nabi SAW yang menjalani kehidupan
dengan senyuman kepada para sahabat, para wanita, yang tua dan yang muda.
Pada hari kewafatan baginda, ketika kesakitan menjengah baginda SAW kesakitan
baginda ibarat kesakitan yang ditanggung dua orang pemuda bererti ia amat berat
buat Nabi SAW, ketika baginda SAW berperang dengan kesakitan tersebut ba-
yangkan pada hari kewafatan baginda hari isnin yang merupakan hari terakhir ke-
hidupan Rasulullah SAW ketika solat subuh, para sahabat berada di masjid, Abu
Bakar As-Siddiq bersolat bersama-sama mereka ketika Rasulullah menyelak tabir
biliknya dan melihat kepada umatnya lalu baginda SAW tersenyum.
Senyuman ini luar biasa dan dinamakan senyuman perpisahan. Baginda melihat
dan mendapati para sahabatnya berjemaah menunaikan solat subuh maka baginda
menjadi senang hati lalu baginda melemparkan senyuman. Para sahabat yang
menyaksikan senyuman itu berkata kami hamper nak berhenti daripada bersolat
bermaksud mereka terlalu merindui Nabi SAW dan juga senyuman baginda SAW ia
membuatkan mereka hamper berhenti bersolat hanya kerana senyuman baginda
SAW dan itulah perkara terakhir tanda perpisahan Nabi SAW dan para sahabat RA
iaitu dengan senyuman tersebut.
Jika seseorang faham erti senyuman yang dilemparkan Nabi SAW dengan penuh
kasih sayang, dia akan tahu makna hidup yang penuh dengan senyuman seperti
Nabi Muhammad SAW. Senyuman itu merupakan ikutan yang berkait rapat dengan
senyuman perpisahan yang diajar oleh Nabi SAW pada pandangan terakhir bag-
inda kepada sahabatnya RA.
Allah SWT berfirman : Katakanlah:”Jika kamu benar-benar cintakan Allah ikutilah
aku, nescaya Allah akan mengasihimu. (Ali-Imran:31)

119
Allah SWT menggambarkan bantahan orang kafir terhadap kesederhanaan Nabi
SAW mereka berkata : “Nabi jenis apakah ini? Dengan makan dan berjalan ke
pasar? Baginda SAW memang berjalan ke pasar malah baginda sendiri yang
mengasaskan pasar untuk umat Islam di Madinah al-Munawwarah selepas baginda
melihat pasar kaum Yahudi dan lain-lain terdapat penyelewengan dan pen-
ganiayaan maka baginda berdiri di sebuat tempat lalu bersabda : “Ini adalah tapak
pasar kamu”. Maka terdirilah sebuah pasar untuk mereka dan Rasulullah SAW
sendiri datang ke pasar tersebut.
Terdapat pelbagai sunnah yang berkaitan dengan pasar. Antara adab yang ter-
penting dan yang paling dituntut adalah Nabi SAW bersabda kepada sesiapa yang
memasuki pasar dan membaca
ِّ ‫ َوه َُو َح‬، ُ‫ يُحْ يي ِ َوي ُِميت‬،‫ لهََُ ْال ُم ْلك َولهََُ ْال َح ْمد‬، ََُ‫ال إ ِلهَ ِإالَّ الَّ َّل َوحْ ده ال ش َِريك له‬
‫ي ال‬
‫َيء قَدِير‬ ْ ‫لى ُك ِّل ش‬َ ‫ َوه َُو َع‬،‫ ب ِيدََِ ِه ْال َخي ُْر‬،‫يمَُ وت‬
َ
dituliskan baginya sejuta kebaikan dan sejuta kejahatan akan dipadam dan Allah
menaikkan darjatnya ke sejuta darjat lebih tinggi dan Allah juga akan sediakan un-
tuknya sebuah rumah di syurga.
Sesetengah orang mempersoalkan mengapa ganjarannya sangat besar? Pertama
ganjaran ini adalah daripada Allah yang maha pemurah. Kedua ramai orang di
pasar akan leka daripada mengingati Allah, jadi jika anda mengingati Allah di tem-
pat ramai orang melupakannya ganjaran tersebut akan dilipat gandakan kerana an-
da mengingatiNya ketika orang lain melupakanNya.

120
Ada doa lain yang diajarkan oleh Nabi SAW “Apabila memasuki pasar, haruslah
membaca : Dengan nama Allah, Ya Allah, kurniakan kepadaku kebaikannya dan
lindungilah aku dari kejahatannya.” Ya Allah aku berlindung dari akad yang palsu
dan jual beli yang merugikan.” Dengan cara ini, pembeli dan penjual akan diber-
kati Allah kerana mereka telah memohon perlindungan Allah dan meminta supaya
berjaya dalam jual beli.

Nabi SAW bersabda “Peniaga yang jujur akan bersama dengan para syuhada’ pada
hari kiamat.” Nabi SAW juga akan bersikap mesra terhadap para pedagang apabila
memasuki pasar dan selalu menasihati mereka. Inilah antara perkara terpenting
ketika berada di pasar. Jika terdapat penjual yang melakukan kesilapan dia harus
dinasihati dengan baik seperti sabda Nabi SAW kepada seorang pemuda
“Barangsiapa yang menipu maka dia bukanlah dari kalangan kita.” Ini kerana pemu-
da itu menyembunyikan barang yang rosak di bawah barang yang elok.

Jika peniaga itu jujur, Nabi SAW bersabda bahawa mereka akan bersama dengan
para syuhada’ pada hari kiamat kelak. Bermakna dia akan ditinggikan ke darjat para
syuhada’ jika bersikap jujur.

Pernah sekali Nabi SAW memasuki pasar bersama Abu Hurairah dan beliau mem-
bawa pakaian untuk dibaiki. Apabila Nabi SAW menerima pakaian tersebut Abu
Hurairah menghulurkan tangan untuk mengambilnya tapi Nabi SAW tak mem-
benarkan beliau melakukannya lalu bersabda Wahai Abu Hurairah “Pemilik barang
lebih berhak untuk membawanya.” Ini merupakan antara sunnah yang sangat indah
iaitu seseorang bertanggungjawab mengambil barangnya sendiri.

Pasar umat Islam seperti tempat beribadah. Seseorang yang membelanjakan wang
untuk membeli keperluan keluarganya dia harus ingat bahawa wang yang dibel-
anjakan dan bungkusan yang dibawa itu ada nilai tertentu di sisi Allah SWT. Wang
itu lebih berharga daripada wang yang dibelanjakan di jalan Allah dan wang yang
disedekahkan kepada fakir miskin itulah nilai wang yang dibelanjakan untuk anak-
anak dan ahli keluarga.

121
Nabi SAW juga disifatkan sebagai seorang yang tidak riuh rendah di pasar. Bag-
inda tidak sukakan pekikan dan kekecohan yang kebiasaannya berlaku di pasar-
pasar, sebaliknya baginda seorang yang tenang dan kita sangat digalakkan men-
contohinya. Kerana Nabi SAW merupakan ikutan kita.
Antara perkara penting yang perlu kita perhatikan dan ia sering berlaku di pasar
adalah akad yang terlalu banyak. Lebih banyak dari pihak penjual daripada pihak
pembeli.
Nabi SAW mengajar kita dengan sabdanya :”Bersumpah baik untuk barang tapi
menghilangkan keberkatannya.” Ini jika bersumpah ke atas perkara yang benar.
Kepada mereka yang bersumpah dengan nama Allah SWT ke atas perkara yang
salah sesungguhnya orang tersebut berdosa dan dianggap menderhaka kepada Al-
lah SWT.
Di pasar kebiasaannya terdapat lelaki dan wanita. Ramai orang mungkin melakukan
dosa bila berada di pasar. Namun Nabi SAW ada bersabda kepada kita
“Pandangan itu merupakan anak panah beracun dari syaitan. Barangsiapa yang
mengelaknya kerana takutkan Allah, Allah akan kurniakannya kemanisan iman.”
Selepas ini jika anda memasuki pasar dan mendapati ramai wanita berjalan di
sebelah anda seorang demi seorang, jika anda merendahkan pandangan, Allah
akan kurniakan kasih sayangNya.
Jika kita faham makna sunnah Rasulullah SWA ini, pasar akan menjadi tempat un-
tuk kita mendapat ganjaran dari Allah SWT kerana mengikuti sunnah Nabi SAW
yang akan memberikan kita ganjaran daripada Allah SWT. Jika anda dalam
keadaan yang dah faham tentang sunnah ini, berseronoklah di pasar dengan
mengamalkan sunnah ini. Allah SWT berfirman :
Katakanlah:”Jika kamu benar-benar cintakan Allah ikutilah aku, nescaya Allah akan
mengasihimu. (Ali-Imran:31)

122
Setiap manusia mempunyai minat. Suka kepada sesuatu. Apakah benda yang ada
di dunia yang disukai oleh Nabi S.A.W? Apakah perkara di dunia ini yang Nabi
S.A.W minati? Sabda Nabi S.A.W : “ Perkara yang disukai oleh aku daripada dunia,
wanita yang halal dan wangian.”
Wangian dan haruman yang bagus adalah perkara yang disukai oleh Nabi S.A.W.
Tak syak lagi, sukanya baginda kepada wangian kerana naluri fitrah seseorang
manusia yang normal. Setiap orang jika fitrahnya baik, jika kejadiannya baik, jika
kemanusiaanya baik sudah tentu dia akan suka kepada wangian. Sebaliknya dia
akan membenci seperti Nabi SAW yang tidak suka kepada bauan yang busuk. Nabi
S.A.W benci jika terlihat atau terbau benda yang busuk.
Rasulullah tak suka makan bawang putih, merah dan tumbuhan yang berbau
busuk. Apabila baginda ditanya tentang ini. “Saya seorang pemohon”. Bermaksud,
aku memohon kepada tuhanku dan malaikat turun kepadaku,sebab itulah aku tak
mahu ada padaku bau busuk.
Berwangi menyegarkan jiwa untuk beribadah. Allah S.W.T telah kurniakan kepada
diri Nabi S.A.W wangian semulajadi. Peluh Nabi S.A.W lebih wangi dariapada min-
yak wangi. Setiap manusia tahu macam mana bau peluhnya. Tetapi peluh Nabi
S.A.W lebih wangi daripada wangian. Nabi S.A.W kuat berpeluh. Suatu
hari baginda tidur di rumah
Ummu Salamah. Lalu Ummu Salamah membawa bekas mengumpul peluh yang
ada di lengan baginda. Lengan Nabi S.A.W berpeluh dan diambil olehnya (Ummu
Salamah). Baginda terjaga dan berkata : “Apa yang kau buat, Ummu Sulaim” Dia
Menjawab : “ Ya Rasulullah, kami nakkan wangian yang terbaik untuk kami.” Dalam
riwayat lain, “ kami jadikannya keberkatan untuk anak-anak kami.” Lalu Nabi S.A.W
bersabda : “Kau benar” Nabi jadikan wangian, 1/3 dari mas kahwin Fatimah Antara
sunnah dalam wangian.

123
Nabi S.A.W mengajar kita agar tidak menolak wangian. Sesiapa yang mendapat
wangian sebagai hadiah atau diberi wangian di tempat khusus maka janganlah dia
tolak wangian tersebut kerana dia adalah nikmat kurnian Allah S.W.T kepada manu-
sia. Nabi S.A.W sentiasa mendapatkan wangian sama ada dengan dengan mem-
belinya atau menggunakannya. Nabi menggunakan wangian Kasturi. Nabi
bersabda : “Sebaik-baik wangian adalah kasturi” Nabi juga sukakan ‘Anbar dan
Faghia iaitu bunga dari pohon inai. Juga menggunakan wangian Raihan.
Nabi S.A.W bersabda : “ Sesiapa yang mendapat Raihan maka jangan ditolak
kerana ia berasal dari syurga.” Walaupun baginda berbau wangi secara semulajadi
baginda tetap berusaha mengguna wangian dan menggunakan duit untuk
mengguna wangian. Manusia mampu membezakan antara 5 ribu aroma yang ber-
lainan. Keharuman Nabi S.A.W orang lain akan tahu baginda melalui jalan tertentu.
Kerana baginda memiliki wangian dan keharuman yang istimewa yang tidak ada
pada orang lain.
Hinggakan jika baginda menggosok kepala kanak-kanak. Ini salah satu dari kebia-
saan baginda, jika bertemu seorang budak baginda akan menggosok kepala budak
itu, bercakap, bergurau dengannya. Bila budak itu balik kerumahnya, keluarganya
akan tahu bahawa dia telah bertemu dengan Nabi S.A.W, bila mereka terbau wan-
gian. Sebaik saja budak itu masuk ke rumah, mereka terbau wangian Rasulullah
dan baginda telah menggosok kepalanya.
Anas berkata : “Aku tak pernah cium haruman ‘Anbar, Kasturi dan wangian lain
yang lebih harum dari haruman Rasulullah” Perkara penting berkaitan dengan wan-
gian, kita disunatkan untuk mengguna wangian pada semua perkara. Baginda teliti
tentang wangian. Begitu teliti! Sentiasa mengguna wangian. Menggunakan ketika
berumrah, menggunakannya ketika menunaikan solat, menggunakannya ketika
ingin menghadiri majlis keramaian, juga menggunakannya pada hari Raya.
Maka sunat bagi kita mengguna wangian ketika bersolat. Sunat menggunakannya
ketika hadiri sebarang pertemuan. Sunat si isteri sapu wangian kepada suaminya.
Begitu juga si suami kepada isterinya. Wangian ialah sunnah yang sentiasa diamal-
kan. Maksudnya seorang disunatkan sentiasa menggunakan wangian. Berlebihan
dalam mengguna wangian tidak mengapa. Sunnah wangian ialah sunnah yang in-
dah, baginda yang paling banyak menggunakan wangian.

124
Jika seseorang ingin mencontohi Nabi S.A.W, merasai dan menghayati bahawa
sunnah ini menghubungkan dia dengan Nabi S.A.W. Dia merasai bahawa pada
dirinya sesuatu yang disukai oleh Rasulullah S.A.W.

Tak syak lagi, apa yang disukai olah Rasulullah juga disukai oleh Allah S.W.T. Saya
kini dalam keadaan berbau harum merasai Allah S.W.T menyukai akan wangian
tersebut dan Rasulullah S.A.W menyukainya kerana memahami dan menghayati.

125
Bersukan merupakan antara aktiviti yang digemari manusia. Bersukan, suka
bersukan, persaingan, Latihan, menguatkan badan, menjaga kesihatan dan mem-
peroleh fizikal yang kuat dan sihat. Semua inilah yang dikejar oleh manusia tanpa
mengetahui bahawa ianya berkaitan dengan kehidupan Nabi Muhammad SAW.
Nabi SAW mengajak dan menggalakkan umatnya dan baginda sendiri mementing-
kan amalan bersukan. Kita boleh katakana bahawa Nabi SAW merupakan antara
atlet terbaik dan cara baginda menjaga tubuh badannya.
Nabi SAW bersabda : “Mukmin yang kuat lebih disayangi oleh Allah berband-
ing mukmin yang lemah.” Namun kekuatan boleh mempengaruhi seseorang kerana
ia membantunya untuk taat dan berkhidmat kepada Allah. Ia juga membantu manu-
sia menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.
Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya tubuh kamu berhak ke atas
kamu.” Para sahabat menggambarkan kepada kita tentang fizikal Nabi SAW. Nabi
SAW bertubuh kental, fizikal baginda mantap, perut baginda sekata dengan
belakang badannya.” Ia lambing kekentalan dan kekuatan Nabi SAW. Apabila Nabi
SAW berjalan, ia kelihatan seolah-olah baginda menuruni cerun. Baginda berjalan
dengan penuh bersemangat. Cuba lihat bila seseorang berjalan dengan berseman-
gat seolah-olah dia mengangkat kakinya tinggi dari tanah. Sesiapa yang berjalan
berterusan begitu pasti akan berasa letih mengikut rentak jalan Rasulullah SAW
yang laju walaupun kita da mencuba dengan sedaya upaya. Cara jalan baginda
Nampak biasa sahaja, namun para sahabat yang mengikuti baginda berasa letih
kerana mengikutinya dari belakang. Itulah lambing kekuatan baginda SAW.

126
RASULULLAH SAW BERSABDA : “AJARILAH ANAK-ANAKMU BERENANG
DAN MEMANAH.”
Nabi SAW mengamalkan aktiviti sukan yang wujud di zamannya seperti memanah.
Baginda juga seorang penunggang kuda. Nabi SAW bersaing, Baginda juga ber-
tarung dengan Rukanah dan mereka yang lain. Ini bermaksud baginda SAW amal-
kan semua jenis sukan yang terkenal pada zamannya.
Perkara penting yang boleh dipelajari daripada sunnah ini adalah pertama
manusia perlu tahu ia adalah sunnah. Jika kita tahu bersukan itu sunnah, dan jika
seseorang keluar dari rumah maka berniatlah untuk mengamalkan sunnah ini. Jika
dia pergi bermain bola, menyertai bola baling atau apapun jenis sukan yang wujud
sekarang berniatlah bahawa ia adalah untuk mengikuti sunnah Nabi SAW dan ber-
sukanlah demi menguatkan badan untuk lebih taat kepada Allah SWT, menguatkan
badan demi berkhidmat untuk keluarga, negara dan diri sendiri. Ini akan membuat-
kan bersukan menyihatkan dari dua aspek : menyihatkan hati dan badan.

Rasulullah SAW bersabda : “Berseronoklah dan amalkanlah bersukan.aku tak suka


orang melihat keterbatasan dalam agamamu.” Nabi SAW mengatakan bahawa jika
kita mengamalkan aktiviti bersukan bersama keluarga yang ada niat, tujuan dan
berfaedah, ia bukanlah sesuatu yang dilarang, bahkan ia akan mendekatkan
seseorang kepada Allah. Ia menguatkan tubuh badan untuk berkhidmat demi aga-
manya apabila diperlukan. Nabi SAW berusaha dalam menggalakkan aktiviti ber-
sukan kepada para sahabat hinggakan isteri-isterinya yang kebiasaanya menung-
gang haiwan tunggangan, untuk berjalan kaki.
Baginda SAW pernah berlumba dengan Aisyah. Ia adalah demi mengga-
lakkan beliau untuk bersukan menguatkan badan demi menanggung pelbagai
tanggungjawab. Ia juga menambah kecantikan dan penampilan beliau.

127
Rasulullah SAW bersabda : “Kebaikan terpahat di dahi kuda sehingga hari kiamat.” Antara
aktiviti yang sering baginda amalkan adalah menganjurkan perlumbaan. Baginda SAW
menganjurkan perlumbaan kuda. Baginda SAW akan menghadiahkan sesuatu kepada ku-
da-kuda tersebut dan menyifatkannya dengan sifat-sifat yang baik. Nabi SAW pernah
mempunyai seekor unta Bernama al-‘Adba’. Ia seekor unta yang kuat dan tak pernah
dikalahkan dalam mana-mana perlumbaan. Suatu hari, ketika Nabi SAW berlumba,
seorang Badawi datang bersama untanya yang muda lalu mengalahkan unta baginda. Pa-
ra sahabat bersedih kerana mereka sangat menyokong unta Nabi SAW. Mereka sangat
sedih, Nabi SAW memerhatikan mereka, Baginda SAW bersabda : “Allah yang berhak
menaikkan dan menurunkan sesuatu.” Begitula keadaan sekarang. Apabila sesetengan
orang bersedih kerana kalah, dia akan tertekan namun Nabi SAW berkata bahawa tidak
mengapa jika kalah. Ia adala adat permainan yang harus diterima semua pihak. Baginda
SAW berada sangat dekat dengan kita. Jika kita fikirkan dari bangun tidur hingga tidur
semula Rasulullah SAW ada bersama kita. Inilah nilai sebenar mencontohi sunnah Nabi
SAW. Baginda mengubah rutin harian kita daripada kosong tanpa nilai kepada sesuatu
yang sangat berharga. Manusia akan terus membangun. Syukur kepada Allah SWT
kerana Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang sempurna yang membawa kita kepa-
da kebaikan. Baginda SAW telah membukakan untuk kita pintu segala kebaikan.

128
Masalah menunggang tunggangan yang sekarang kita katakan masalah menaiki
kenderaan dan berbagai jenis kenderaan yang lain terdapat padanya sunnah-
sunnah dan adab-adab serta akhlak yang sangat banyak. Oleh kerana itu, mungkin
kita mengubah tunggangan ini dan apa yang disiapkan Allah SWT untuk kita men-
jadi kelebihan-kelebihan yang sangat banyak.
Faedah pertama yang telah disyariatkan Allah SWT, dengan firman-Nya :
“Dan Dia jadikan untukmu kapal dan bintang ternak yang kalian tunggangi supaya
kalian duduk di atas punggungnya kemudian kalian mengingati nikmat Tuhan kalian
setelah kalian duduk di atasnya.”
Bila kita menaiki apa-apa kenderaan kita kena ingat siapa yang memberi kita
nikmat ini? Doa yang diajarkan oleh Nabi SAW ialah

‫الرِحي ِم‬ َّ ِ‫بِ ْس ِم هللا‬


َّ ‫الر ْْحَـٰ ِن‬

َ ‫لَمْنـ َقلِبو‬
.‫ن‬ ِ ِ ِ َ ِ‫سْبحا َن الَّ ِذى س َّخر لَنَا َه َذا وما ُكنَّا لَهُ م ْق ِرن‬
ُ ُ ‫ َوإ ََّّن إ ََل َربنَا‬،‫ني‬ ُ ََ َ َ َ ُ
Maksudnya : “Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini (kenderaan)
bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya (13) dan
sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami” (14) (Az-Zukhruf : 13 & 14)

129
ADAB KETIKA MEMBELI KERETA BARU
Jika seseorang membeli kereta baru maka disunnahkan baginya menaikinya
dengan mengucapkan basmalah kemudian bersyukur kepada Allah SWT dan men-
gucapkan
“ Segala puji bagi Allah atas kurniaan rezeki di luar kemampuan dan kekuatan ku”
Sebelum mula memandu,menyentuhnya atau sebelum pindah milak, disunatkan un-
tuk membaca : “Ya Allah, berikan aku kebaikannya dan kebaikan penciptaannya
dan jauhkanlah aku dari kejahatan dan kejahatan penciptaannya” Sunnah mem-
baca doa ini supaya diberkati dan dipelihara oleh Allah.

MENOLONG ORANG LAIN


Nabi S.A.W telah mengajar kita amalan sunnah yang sangat penting. Sabda bag-
inda kepada sahabat: “Barangsiapa yang mempunyai kenderaan lebih maka hen-
daknya membawa orang yang tidak mempunyai kenderaan” Ini bermaksud sesiapa
yang ada kenderaan harus menolong mereka yang tak ada supaya kita tak lupakan
orang yang memerlukan. Contohnya anda sedang memandu dan jiran anda perlu
menumpang atau anak-anak jiran perlu menumpang untuk ke sekolah dengan anak
anda. Ini merupakan fikrah saling membantu antara satu sama lain kerana bukan
semua orang memilikki kenderaan.

RASULULLAH S.A.W MENCUCI DAN MEMBERSIHKAN TUNGGANGANNYA


SENDIRI

Nabi S.A.W pernah ditawarkan menaiki tunggangan dan duduk di depan. Baginda
sedang berjalan ketika itu. orang itu berkata: “Naiklah wahai Rasulullah” Nabi
S.A.W bersabda kepadanya: “kamu naiklah” Dia menjawab: “Wahai Rasulullah, nai-
klah” Baginda bersabda: “Tidak.Tuan tunggangan itu lebih berhak ke atas tunggan-
gannya” Lihatlah betapa mulianya adab baginda. Memadangkan kau tuannya,
kaulah yang berhak duduk di depan melainkan kau berikannya kepada ku.
Lalu orang itu berkata: “Wahai Rasulullah, aku berikannya kepada kau “ Kemudian
barulah Nabi S.A.W duduk di tempat hadapan itu. Kita boleh praktikkan adab ini
ketika menaiki kenderaan orang lain. Kita tak patut terus duduk. Kita sepatutnya
tunggu sampai diberitahu di mana kita boleh duduk. Inil adalah untuk memuliakan
pemilik kenderaan tersebut.

130
MANUSIA BIASA MELUANGKAN MASA SELAMA 2 TAHUN DARI UMURNYA DALAM
KERETA
Nabi S.A.W ketika berada di atas tunggangan, baginda mengajarkan kita sesuatu. Perkara
yang boleh dimanfaatkan adalah jika kita berada lama dalam kereta kita boleh mendengar
bacaan Al-Quran. Sesetengah orang boleh hafal Al-Quran kerana mendengar kaset dalam
kereta. Sesetengah yang lain pula mendengar syarahan kitab-kitab dalam kereta. Terapat
banyak cara untuk memanfaatkannya jika kita sentiasa dekat dengan sunnah Nabi S.A.W.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA :“KEBAIKAN TIADA PADA MENUNGGANG KUDA


ATAU UNTA DENGAN LAJU, MAKA BERTENANGLAH DAN TUNGGANGLAH
DENGAN AMAN”
Antara perkara penting yang perlu di sebut adalah gangguan pencemaran bunyi, kema-
rahan dan antara tempat sering terjadinya perkara-perkara di mana manusia menjadi
marah adalah dalam kereta. Terutamanya bila berhadapan dengan jalan yang sesak teruk.
Keadaan kesesakan trafik membuatkan manusia sangat tertekan hinggakan membawa
kepada perbuatan mencemuh dan mencaci. Nabi S.A.W menegah kita daripada mencaci.
Jika berhadapan dengan kesusahan contohilah perkara yang terjadi kepada sahabat yang
sedang menunggang keldai bersama Nabi S.A.W, bila terjatuh lalu menyumpah syaitan.
Kemudian Nabi S.A.W menoleh kepadanya dan bersabda :
“ Jangan mencaci syaitan kerana jika kau lakukannya, ia hanya akan membuatnya lebih
besar sebesar sebuah rumah. Sebaliknya, sebutlah Bismillah. Jika kamu sebut Bismillah,
ia akan menjadi kecil sekecil seokor lalat” Manusia yang kemarahan lalu mencaci dan
menghina membuatkan jalan-jalan dipenuhi oleh syaitan dan syaitan suka menimbulkan
kemarahan. Jadi jika anda berhadapan dengan kesesakan, sebutlah Bismillah.

BAGAIMANA ANDA MENGHARGAI DIRIMU?


Perkara ini sangat penting berkaitan dengan kenderaan. Sesetngah orang
menganggap bahawa nilai seorang manusia adalah pada hartanya. Sedangkan niai manu-
sia adalah pada personaliti dan adabnya. Kerana Nabi S.A.W tak memandang semua ini.
Baginda pernah menunggang unta, kuda, baghal dan keldai. Namun kini manusia ber-
susah payah untuk membeli kereta-kereta mewah kerana percaya ia akan menaikkan nilai
diri mereka. Perasaan seperti ini tidak seharusnya ada dalam diri manusia.

131
Secara kesimpulannya, kita boleh mengamalkan banyak adab dan sunnah Nabi S.A.W
ketika berada dalam kenderaan yang dipermudahkan Allah S.W.T untuk kita. Kenderaan
kita itu boleh bertukar menjadi wasilah untuk kita mengikuti baginda. Setiap jam yang kita
luangkan dalam kenderaan akan menambahkan kasih sayang kita kepada Rasulullah.
Sekaligus menambahkan kasih sayang kita kepada Alllah S.W.T dengan mencontohi sun-
nah Nabi S.A.W.

Allah SWT berfirman :


Katakanlah:”Jika kamu benar-benar cintakan Allah ikutilah aku, nescaya Allah akan men-
gasihimu. (Ali-Imran:31)

132
ADAB & KEMULIAAN MASJID
Yang paling sangat diperhatikan Rasulullah SAW semasa hidupnya adalah mem-
bangun dan mengurus masjid hingga Baginda SAW ketika pertama kali sampai di
Madinah dan beliau tinggal di sana beliau memperhatikan pembangunan masjid.
Oleh kerana itu, Baginda SAW bersabda : “Bolehkah aku menunjukkan kepada kal-
ian sesuatu yang Allah SWT akan menghapus kesalahan dan mengangkat darjat
kerananya? mereka menjawab, bahkan ya Rasulullah.. Baginda bersabda :
“Sempurnakan wudu’ di waktu yang sulit (seperti sejuk) , memperbanyak langkah
kaki menuju masjid dan menunggu solat setelah solat, itulah Ribat (pengikat), itulah
Ribat (pengikat), itulah Ribat (pengikat),.
Nabi SAW juga memberitahu kepada kita tentang keadaan seorang mukmin yang
hatinya selalu terikat dengan masjid beliau menyebutkan termasuk dari salah satu
yang akan dinaungi Allah dengan naungan-Nya, Baginda bersabda : “Dan seorang
lelaki yang hatinya selalu terikat dengan masjid dia sangat mencintai masjid.

ADAB BERKAITAN DENGAN MASJID


Nabi SAW menyebutkan adab yang banyak berkaitan dengan masjid, pertama Nabi
SAW menganjurkan untuk membangun masjid dengan sabdanya : “Barangsiapa
membangun masjid kerana Allah, Allah akan membangunkan untuknya di syurga.”
dan “Barangsiapa membangun masjid walaupun sekecil sarang burung Allah akan
membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” Allah SWT berfirman : “Hai
anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap kali memasuki masjid.” Jika
kamu hendak solat di manapun secara umum terlebih lagi jika di masjid hendaknya
seseorang menyiapkan diri dengan pakain yang baik dan bagus serta dengan me-
makai minyak wangi yang penting dia berhias dan mempercantik diri, ini adalah per-
mintaan Allah dari kita “Pakailah pakaianmu yang indah di setiap kali memasuki
masjid.”

133
Baginda SAW sangat menganjurkan kita untuk memperbanyakan langkah
menuju masjid. Mereka yang keluar rumah untuk menunaikan solat subuh se-
dangkan waktu masih gelap, seorang yang berjalan untuk solat subuh ketika gelap
Nabi SAW berkata tentangnya : “Berilah berita gembira bagi orang yang berjalan ke
masjid di waktu gelap dengan cahaya yang terang di hari kiamat, Allah akan me-
nyempurnakan cahaya mereka.” “Cahaya mereka memancar di hadapan dan di
sebelah kanan mereka,” mereka berkata : “Wahai tuhan kami, sempurnakanlah ca-
haya kami.” sebagaimana Allah menyifatkan mereka di dalam al-Quran.
Nabi SAW jika berjalan menuju ke masjid berdoa dengan doa ini

‫اج َع ْل ِم ْن َخ ْل ِفى نُ ًورا‬


ْ ‫ص ِرى نُ ًورا َو‬ َ َ‫اج َع ْل ِِف ب‬
ِ
ْ ‫اج َع ْل ِِف َسَْعى نُ ًورا َو‬
ِ
ْ ‫اج َع ْل ِِف قَـ ْلِِب نُ ًورا َوِِف ل َس ِاِن نُ ًورا َو‬
ْ ‫اللَّ ُه َّم‬
‫ اللَّ ُه َّم أ َْع ِط ِِن نُ ًورا‬.‫اج َع ْل ِم ْن فَـ ْوقِى نُ ًورا َوِم ْن ََْت ِِت نُ ًورا‬ ِ ِ
ْ ‫َوم ْن أ ََمامى نُ ًورا َو‬
“Ya Allah jadikanlah hatiku bercahaya, lisanku bercahaya, pendengaranku bercaha-
ya, penglihatanku bercahaya. Jadikanlah Ya Allah belakangku bercahaya, depanku
bercahaya, atasku bercahaya dan bawahku bercahaya. Ya Allah, berikanlah cahaya
untukku.” (HR. Bukhari Muslim)

Jika kita perhatikan bahawa berjalan ke masjid, seluruh anjuran Nabi SAW
untuk berjalan ke masjid bahawa itu adalah cahaya di atas cahaya hingga jika
seorang menuju masjid dan pulang ke rumah, Allah SWT menyiapkan untuknya
kedudukan di syurga setiap kali pergi dan pulang. Jika seseorang telah sampai di
depan pintu masjid dia membayangkan bahawa sekarang dia akan masuk ke ru-
mah Allah SWT. Disunnahkan meletakkan kasutnya di tempat yang sesuai kemudi-
an masuk masjid dengan kaki kanan kerana ini termasuk sunnah Rasullah SAW iai-
tu mengagungkan masjid dan berdoa :
ِ ِ ِ َّ ‫ان‬
ِ َ‫أَعوذُ ِِبهللِ الْع ِظي ِم وبِوج ِه ِه الْ َك ِرِْْي وسلطَانِِه ال َق ِد ِْي ِمن الشَّيط‬
‫اب‬َ ‫ اَلل ُه َّم ا ْغفر ِِل ذُنُ ِوِ َوافْـتَ ِِل أ‬،‫الرجيم‬
َ ‫َبو‬ َُ ََْ َ ُ
‫ك‬َ ِ‫َرْحَت‬
maka dia telah memulai masuk masjid dengan meminta ampunan dan meminta rah-
mat hingga dia masuk masjid dengan bersih.

134
Rasulullah SAW bersabda : “Jika seseorang dari kalian masuk masjid maka
janganlah duduk hingga solat dua rakaat.” Termasuk perkara yang sangat penting
di dalam masjid adalah hendaknya seseorang memahami bahawa masjid bukan
hak perseorangan, semua orang di dalam masjid sama, tidak ada perbezaan, mak-
sudnya tidak layak seseorang mengkhususkan tempat untuknya misalnya dengan
melabelkan sejadah atau tempat khas solat untuk dia sahaja orang lain tidak boleh
solat di situ selainya. Masjid adalah rumah Allah SWT tidak boleh seseorang
mengkhususkan tempat untuknya di masjid. Jika datang seseorang yang bermarta-
bat rendah di mata masyarakat lalu duduk di saf pertama dan duduk di tempat per-
dana Menteri, Menteri atau ulamak maka tidak boleh seseorang pun mengusir dia
dari tempatnya kerana itu adalah rumah Allah.
Kemudian hendaknya seseorang mengetahui bahawasanya masjid ini
dibangun untuk kaum Muslimin supaya menghubungkan mereka dengan tuhannya
dan untuk menunaikan solat maka tidak boleh seseorang pun menggangu orang
lain misalnya, tidak boleh dua orang berbicara sedangkan di sebelahnya ada
seseorang yang membaca al-Quran hingga menggangunya bahkan makruh
seseorang mengangkat suaranya ketika mengaji jika suaranya menggangu orang
solat atau orang yang sedang mengaji terkadang seseorang datang ke masjid lalu
mengaji dengan suara keras seakan dia di rumahnya, seakan-akan itu masjidnya,
ini tidak boleh kerana dapat menggangu orang lain. Jika membaca al-Quran yang
menggangu orang solat atau orang yang sedang berzikir hukumnya makruh,
bagaimana menggangu dengan selainnya atau dengan suara yang lain.
Termasuk sunnah yang selalu dilakukan Nabi SAW terlebih lagi di bulan
Ramadan adalah I’tikaf di masjid. Ulamak mengatakan sunnah ini dapat dilakukan
oleh seseorang setiap hari di waktu apapun dia masuk masjid, dia dapat niat I’tikaf
walaupun hanya satu jam, setengah jam bahkan hanya beberapa menit yang pent-
ing dengan niat I’tikaf itu dia sudah mendapat fadhilat I’tikaf.
Jika seseorang muslim keluar dari masjid, disunnahkan keluar dengan kaki
kiri dan membaca doa :

،‫ك‬ ِ ْ َ‫ اَللَّه َّم إِِّن أَسأَلُك ِمن ف‬،ِ‫السالَم علَى رسوِل هللا‬ َّ ‫بِ ْس ِم هللاِ َو‬
َ ‫ضل‬ ْ َ ْ ْ ُ ْ ُ َ َ ُ َّ ‫الصالَةُ َو‬
.‫الرِجْي ِم‬ ِ َ‫صم ِِن ِمن الشَّيط‬
َّ ‫ان‬ ِ
ْ َ ْ ْ ‫اَللَّ ُه َّم ْاع‬
Sebesar mana kadar kecintaan kita kepada Rasulullah SAW kita akan mem-
perhatikan masjid kerana setiap kali kita masuk masjid kita akan ingat bahawa Nabi
kita SAW sangat memperhatikan dan mencintai masjid.

135
BAGAIMANA KEADAAN RASULULLAH SAW DALAM KEBANYAKAN WAKTU?

Rasulullah SAW sentiasa dalam keadaan tenang pada setiap perkara. Hatinya di-
penuhi dengan ketenangan. Allah SWT menurunkan ketenangan ke atas hatinya,
dan perkara itu terlihat pada pergerakannya.
Baginda SAW apabila berjalan meskipun jalannya itu kelihatan gagah seperti se-
dang menuruni cerun namun baginda SAW berjalan secara perlahan dan tenang.
Apabila menoleh Baginda SAW akan memusingkan keseluruhan badannya, bag-
inda SAW tidak menolehkan kepalanya sahaja iaitu tidak menoleh berkali-kali
bahkan memalingkan keseluruhan badannya.
Apabila ingin menunjuk (sesuatu) Baginda SAW menunjukkan dengan jarinya, Apa-
bila baginda ketawa tahap ketawanya yang paling tinggi adalah senyuman. Bag-
inda tidak berteriak di pasar.

KETENANGAN
Antara sebab hilangnya ketenangan dalam diri kita adalah kita tidak meluangkan
masa untuk diri kita. Seseorang bangun dari tidur pada waktu pagi, terbuka sahaja
matanya terus sahaja menghidupkan telefon bimbitnya, melihat berita-berita dunia
dan terus sahaja menerima berita-berita manusia dalam satu masa.
Waktu ini seseorang manusia sepatutnya mengucapkan “Asbahna wa asbahal
mulku….”, berwudu’, solat 2 rakaat, berehat, bersarapan, berbual-bual dengan ahli
keluarga.
Sebaliknya dia pergi ke keretanya, ada bunyi bising dijalanan, dia ingin tahu, dia
ingin segera, dia memotong kereta lain dan membunyikan hon kereta, apabila dia
pergi kerja ada banyak masalah, apabila dia masuk ke pasar, penuh dengan barang
yang bermacam bentuk dan warna dan matanya menjeling ke sana sini.

136
Pada waktu rehat dan waktu qailullah jika diberikan rehat ketika bekerja dia akan
menghidupkan telefon bimbitnya dan terus sahaja ke media sosial. Dia pulang ke
rumah ketika waktu manusia meletakkan belakangnya di atas lantai atau per-
maidani dia sibuk hinggakan atas katil ketika waktu tidur rehat dan bersantai dia
masih memegang telefonnya jadi kamu dapati manusia itu terganggu.

KETENANGAN MEREHATKAN SARAF DAN MEMBANTU FIKIRAN


SESEORANG KETIKA BEKERJA
Kalau kita melihat pada kehidupan Rasulullah SAW dan mempelajarinya, tidak akan
kita dengar bahawa Nabi SAW memanggil sesiapa dari jauh, “Ya Fulan!” Baginda
tidak pernah menjerit. Bahkan Nabi SAW memanggil siapa yang dekat dengannya.
Jika seseorang itu jauh, Baginda SAW akan menghantar seseorang untuk me-
manggilnya atau Baginda SAW sendiri akan pergi kepadanya.

KETENANGAN MEMERLUKAN KEPADA PENYELESAIAN


Pada zaman dahulu, faktor-faktor ketenangan dan ketenteraman mencukupi. Apa-
bila malam menjelma manusia akan berhenti meskipun ianya penting bagi mereka.
Kehidupan semulajadi akan menuntun manusia. Hari ini, terdapat kesongsangan
dalam alam. Oleh yang demikian, kita memerlukan kepada penyelesaian.
Ketenangan hari ini memerlukan penyelesaian dan usaha. Setiap karakter baik me-
merlukan manusia untuk mencari sebab untuk mendapatkannya. Ilmu didapati
dengan belajar, dan kesabaran dengan selalu bersabar sepertimana yang disabda-
kan Nabi SAW. Ketenangan dengan selalu bertenang, ketenteraman dengan selalu
tenteram. Manusia mampu untuk mendapatkan setiap sifat baik.

BAGAIMANA UNTUK SAYA MENDAPATKAN KETENTERAMAN DAN


KETENANGAN
Pertamanya, mesti ada pada diri saya keinginan untuk ini. Hendaklah pada diri
saya keyakinan bahawa ketenangan dan ketenteraman adalah semulajadi dan in-
dah. Bagaimanapun jika tanggapan kita pada mulanya jika pergerakan menjeling
sana sini, melompat-lompat ini merupakan kecantikan maka dari asasnya keadaan
sudah terbalik. Tetapi keyakinan yang pertamanya kerana contoh insaniah kita yang
tertinggal iaitu Rasulullah SAW adalah begini

137
Yang kedua, pembiasaan untuk itu adalah manusia membiasakan dirinya tenang
dan stabil, manusia tidak sepatutnya lemah. Yang ketiga, sebab-sebab dalaman
iaitu mengingati Allah SWT, bersendirian bersama Allah SWT bangun pada seperti-
ga akhir malam, berbicara dengan dalaman diri. Banyak manusia tidak tahu ber-
bicara dengan dirinya. Mereka bercakap dengan manusia, mereka melihat perkara
luaran sahaja, mereka tidak mampu melihat dalaman mereka. Oleh yang demikian,
kamu dapati mereka selalu mempunyai masalah dan bergolak. Perkumpulan untuk
mengingati Allah SWT
“Tiada sesuatu kaum pun yang berkumpul sambil mengingati Allah, melainkan para
Malaikat berkerumunan di sisi mereka dan ketenangan turun ke atas mereka dan
rahmat akan mencucuri mereka, dan Allah SWT akan menyebut-yebut mereka
kepada sesiapa yang ada di sisinya”.
Jadi ketenangan itu merupakan sesuatu yang turun dari alam yang tertinggi. Apabi-
la ia turun ke dalam hati manusia maka tenang dan tetaplah ia. Oleh itu, bagi yang
bangun malam, Ketika waktu tenang waktu yang damai lalu dia mengingati Allah
SWT lalu dia bangun pagi seperti gunung yang kukuh, tertambat tidak bergoncang
tidak terkesan tidak tergangu.
Syaitan-syaitan mempunyai peranan dalam ganguan kerana Allah SWT memberita-
hu kita bahawa salah satu daripada perbuatan syaitan ialah menggangu. Di mana
syaitan gangu diri dengan bangkitkanlah kemarahan sesiapa pun yang kamu mam-
pu dengan suara kamu! Syaitan suka apabila manusia sentiasa menjadi tergangu
emosi. Kenapa? Kerana apabila manusia dalam keadaan tergesa-gesa, dia tidak
dapat melihat tetapi dalam keadaan diam dia mampu untuk membezakan setiap
perkara dan meletakkan setiap perkara pada tempatnya.

KERJA YANG DILAKUKAN KETIKA TENANG MEMBAWA HASIL-HASIL YANG


TERBAIK
Hari ini keluarnya manusia dari Arafah ke Muzdalifah pemandangan dan panorama
menghairankan kamu kerana teramat bising dan teriakan dan pergolakan se-
dangkan baru sahaja tadi mereka beribadah dan bertajalli. Apabila Rasulullah SAW
keluar dari Arafah baginda mendengar suatu teriakan iaitu ada sebahagian sahabat
yang tergesa-gesa mengerakkan kuda dan unta. Maka Rasulullah SAW bersabda
“Wahai manusia, hendaklah kamu tenang, bukanlah kebaikan itu dengan membawa
tunggangan dengan laju” iaitu tergesa-gesa tidak mengangkat darjat kamu dan tid-
ak menambah kebaikan kamu apabila kamu tiba sebelum kawan kamu.
Ketenangan adalah asas. Ibadah yang paling besar dan penting iaitu solat kerana
Nabi Muhammad SAW bersabda “Apabila kamu mendengar Iqamah maka berjalan-
lah untuk solat dan hendaklah kamu tenang, dan apa yang kalian dapatkan dari
solat maka ikutilah dan apa yang kalian tertinggal maka sempurnakanlah.”

138
Anda dapati manusia pada tempat yang tenang, masjid ialah salah satu sumber
ketenangan. Dia masuk, dia tergesa-gesa dan berlari untuk bersolat bersama, Dan
kalaulah solat dan mendapatkan rakaat bersama imam kerana kemuliaan dan kebe-
sarannya maka Rasulullah SAW lebih mengutamakan ketenangan padanya.
Sesungguhnya ketenangan itu lebih baik daripada mendapatkan rakaat.

SESEORANG YANG DIHIASI DENGAN KETENANGAN AKAN KHUSYUK DA-


LAM SOLATNYA
Kita sangat memerlukan rehat, memerlukan ketenangan, memerlukan kedamaian,
memerlukan ketenteraman dan ketetapan hati. Kita memerlukan ketika pergerakan
kita, diam kita di rumah bersama anak-anak lelaki dan perempuan, kita perlu mem-
biasakan diri kita untuk berada dalam pergerakan yang tenang dan damai. Kita
amatlah perlu untuk mengikuti cinta kita kepada Nabi SAW pada pergerakannya
dan pada diamnya untuk terus mendapatkan cahaya-cahaya (“Katakanlah Wahai
Muhammad Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku nescaya Allah
mengasihi kamu”)

139
Segala grafik yang terdapat di e-Book ini adalah gambar hiasan semata-mata

140

Anda mungkin juga menyukai