Anda di halaman 1dari 145

ISI KANDUNGAN ADAB DAN SUNNAH

1. AZAN
2. BERPUASA
3. BERSIWAK
4. DIAM
5. BERDOA
6. HARI RAYA
7. BERGAUL DENGAN KANAK-KANAK
8. MENDAHULUKAN KANAN
9. KEGEMBIRAAN
10. KESEDIHAN
11. MELAYANI ISTERI
12. MEMBACA AL-QURAN
13. MENJAGA RAMBUT
14. MINUM AIR
15. BERMUSAFIR
16. PAKAIAN
17. PENGIHATAN
18. PERCAKAPAN
19. PERKAHWINAN
20. DALAM RUMAH
21. BERSELAWAT
22. TANDAS

23. MENERIMA TETAMU


24. TIDUR
25. ZIARAH ORANG SAKIT
26. BERZIKIR
27. MENANGANI SIHIR
28. PERGAULAN DENGAN REMAJA
29. MEMBERI SALAM
30. WANITA
31. TUMBUH-TUMBUHAN
32. SENYUM
33. DI PASAR
34. WANGIAN
ADAB DAN
SUNNAH AZAN

Azan merupakan suara yang menghalau syaitan. Semasa Nabi SAW


ingin mencari cara untuk memanggil manusia solat, Nabi SAW telah
berbincang dengan para sahabatnya. Maka sebahagian sahabat telah
memberi beberapa cadangan. Seorang sahabat telah mencadangkan azan,
maka Rasulullah SAW telah bersetuju dengannya. Azan mempunyai nilai
yang tinggi di dalam agama kita iaitu syiar Islam di negara Islam. Allah SWT
memuji para muazzin.

Allah SWT berfirman : “Dan siapakah yang lebih baik


perkataannya selain mereka yang menyeru kepada Allah dan
berbuat amal yang soleh”. Nabi SAW bersabda, “Para muazzin
mempunyai leher paling panjang pada hari kiamat”. Muazzin mempunyai
kedudukan yang tinggi kerana dia adalah penolong Allah SWT dalam
menyeru manusia ke hadratNya dan pintu rahmatNya yang Maha Agung.

Nabi SAW mengkhabarkan kepada kita tentang amal


terbesar, dan hendaklah manusia berlumba-lumba
mendapatkannya. Baginda SAW bersabda, “Jika manusia
mengetahui ganjaran pada saf pertama dan seruan azan,
kemudian mereka tidak mendapatkannya melainkan dengan
undian, maka mereka akan melakukan undian”.

Manusia hendaklah mendahulukan bersegera dalam


menggapai fadhilat azan. Dikhabarkan oleh Rasulullah SAW,
bahawa sesiapa yang melaungkan azan, maka apa sahaja yang
mendengarnya dari kalangan manusia, jin dan apa sahaja batu
atau lumpur melainkan mereka akan menjadi saksi kepadanya
pada hari kiamat. Dengan itu, manusia hendaklah melaungkan azan di
rumahnya, jika dia tidak mendengar azan. Jika dia di padang pasir, maka
ucapkanlah azan, sehingga dia memperolehi ganjaran azan yang besar di
mana Allah memuji ahli-ahlinya.

Adab-adab seorang muazzin/bilal – Antara adab yang penting bagi


seorang muazzin ialah dia seorang yang bertaqwa dan baik serta seorang
yang boleh dipercayai. Dan dengan itu, hendaklah dia menghadap kiblat
dan bersuci semasa melaungkan azan. Dan bagi azan itu sendiri,
disunnahkan ia dilaungkan dengan jelas dan menguatkan suaranya semasa
azan dan berdiri di tempat yang tinggi. Pada hari ini, kita menggunakan
pembesar suara.

Kemudian meletakkan jari-jari di telinganya semasa azan dan


melaungkan azan dengan lafaz yang diketahui dan masyhur, “Allahu Akbar”
sehingga ke akhirnya. Dengan itu, disunnahkan berpaling pada lafaz “Hayya
‘alassolah, Hayya ‘alal falah”, berpaling ke kanan dan ke kiri. Dan
disunnahkan bagi muazzin ‘at-tarji’. At-tarji’ selepas melafazkan dua takbir
yang pertama, mengucapkan syahadah kepada dirinya sendiri “Asyahadualla
ilaha illallah” 2 kali dan “Asyhaduanna Muhammadan Rasulullah” 2 kali.
Selepas itu, barulah dia melafazkan syahadah empat kali dengan suara yang
kuat.

Bagi solat subuh, disunnahkan “taswib” dengan lafaz “As-solatu


khairumminannaum” 2 kali. Sunnah-sunnah yang penting ini perlu
diamalkan semasa azan. Disunnahkan bagi muazzin berdiri semasa azan
dan memanjangkan lafaz azan semasa azan manakala semasa iqamah
memendekkan dan mempercepatkan lafaz iqamah.

Manakala bagi kaum wanita, wanita dibolehkan iqamah di kalangan


wanita sahaja tanpa kehadiran lelaki. Namun tidak disunnahkan wanita
melaungkan azan selama-lamanya. Nabi SAW bersabda : Jika kamu
mendengar azan maka sahutlah ia!.
Sayyidah Aisyah berkata, Nabi SAW ketawa dan berbual mesra dengan
kami sehinggalah apabila datang waktu solat dan Nabi SAW mendengar
azan, Nabi SAW seolah-olah tidak mengenali kami atau kami tidak
mengenalinya iaitu Nabi SAW meninggalkan segala kesibukkannya dan Nabi
SAW bersedia untuk solat.

Maka apabila kita mendengar seruan muazzin, kita hendaklah bersedia


untuk solat dan meninggalkan segala kesibukkan kita di dalam perbualan,
penulisan, pekerjaan sehinggakan ketika membaca al-Quran hendaklah kita
meninggalkan segala urusan, kerana ini merupakan seruan Allah melalui
lisan penolongNya iaitu Muazzin.

Kemudian disunnahkan melafazkan seperti apa yang dilafazkan


Muazzin. Sesungguhnya Nabi SAW mengkhabarkan “Sesiapa yang
melafazkan seperti apa yang dilafazkan Muazzin dengan sepenuh hatinya,
maka dia akan masuk syurga” Dalam riwayat lain, “Dia akan mendapatkan
syafaatku.” Disunnahkan menjawab selepas Muazzin semasa lafaz “Asyhadu
anna Muhammadarrasulullah” Ucapkanlah “Ana Asyhadu anna
Muhammadan Rasulullah, Rodhitu billahi Rabban wabil islami diina wa bi
Muhammadin Nabiyyan.” Begitu juga, apabila dilaungkan “Hayya ‘alassolah,
Hayya ‘alal falah” Ucapkanlah “Laa hawla walaa quwwata illaa billahil ‘aliyyul
‘adzim”. Semasa azan subuh, muazzin melaungkan “Assolatu khairum
minannaum” jawablah “Sodaqta wabararta wabilhaqqi nataqta.

Dan selepas azan disunnahkan berselawat ke atas Nabi SAW kemudian


berdoa dengan doa yang diminta oleh Nabi SAW

، ‫ آتِ محم ًدا الوسيل َة والفضيل َة‬، ‫ة‬ِ ‫ والصال ِة القائم‬، ‫ة‬ِ ‫رب هذ ِه الدعو ِة التا َّم‬
َّ ‫م‬
َّ ‫الله‬
‫وعدتَ ُه‬
ْ ‫وابع ْث ُه مقا ًما محمو ًدا الذي‬

Wahai tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan solat yang akan
didirikan kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji kepadanbi
Muhammad dan bangkitkanlah Baginda pada tempat yang terpuji yang telah
Engkau janjikan. Kemudian berdoa dengan doa yang kamu sukai. Maka
sesiapa yang berdoa dengan doa ini Allah akan memuliakannya dengan
berita gembira dari Rasulullah SAW dia layak mendapatkan syafaatku. Maka
ini adalah wasilah melalui doa untuk Rasulullah SAW agar kita mendapat
syafaatnya pada hari kiamat.

Nabi SAW mengkhabarkan kepada kita bahawa doa di antara azan dan
iqamah tidak akan ditolak. Makai a merupakan antara waktu yang penting
bagi seorang mukmin untuk menyibukkan diri kepada Allah Yang Maha
Berkuasa. Mendengarkan azan memberikan kerehatan dan melindungi dari
bala. Nabi SAW memberitahu apabila syaitan mendengar azan, ia lari sambil
terkentut-kentut iaitu syaitan melarikan diri semasa azan kerana ia
membakar dan menyakitinya.

Azan merupakan antara nikmat Allah kepada kita. Ketika manusia


mendengar azan yang bergema dari menara-menara orang islam dia merasa
kerehatan dan ketenangan dan melindunginya dari bala. Maka azan terikat
dengan syiar Islam, terikat dengan syiar Islam yang teragung dan terikat
dengan Nabi SAW. Alangkah baiknya ketika kita mendengar azan, kita
membayangkan bagaimana Nabi SAW mendengarnya dan menghadap Allah
SWT sehingga ia menjadi penyambung antara kita dalam menyegerakan
solat seperti bersegeranya Rasulullah SAW dalam dalam menunaikan solat.
Maka kita benar-benar mengikut Nabi SAW di dalam amalan yang paling baik
dengan sebaik-baik ciptaan iaitu Nabi SAW. Justeru, kita akan memperolehi
nilai dari firman Allah SWT “Katakanlah (Muhammad) jika engkau
menyintai Allah, ikutilah aku, nescaya engkau dicintai Allah”.

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN
SUNNAH BERPUASA
Allah SWT memerintahkan perihal puasa kepada kita. dia menjadikan
puasa begitu istimewa antara kita dan diriNya. Allah SWT berfirman, “Semua
amalan anak adam adalah untuknya, kecuali puasa kerana sesungguhnya ia
adalah untukKu dan Aku yang akan memberi ganjaran untuknya.” Seolah-
olah Allah SWT berfirman bahawa puasa merupakan suatu yang istimewa
antara Aku dan hambaku di mana disembunyikan ganjarannya di dalam
pengetahuanKu.

Allah SWT sangat merindukan kita dengan menyembunyikan ganjaran


bagi orang yang berpuasa dan kurnianNya dan Dia begitu mementingkan
ibadah yang mulia ini.

Antara Hikmah Puasa


Puasa merupakan ibadah yang menyuruh kita meninggalkan dan
menahan diri. Kenapa perlu menahan diri? Banyak himah di dalamnya
sehingga manusia terbiasa untuk menjadi hakim kepada dirinya dan
menjadikan perisai daripada nafsunya dalam tangannya. Kita meninggalkan
dan menahan diri daripada perkara yang dibolehkan iaitu makan dan minum
dan ianya merupakan asas dalam kehidupan.
Seolah-olah Allah SWT bercakap kepada
kita, “Jika engkau mampu
menahan diri dari perkara asas
dalam hidupmu seperti makan dan
minum maka pastilah engkau
mampu meninggalkan perkara-
perkara yang haram.
Puasa Membantu Menghilangkan Perkara Negatif
Bagi sesetengah orang berlaku sesetengah keadaan di mana semasa
dia berpuasa kemarahannya meluap-luap dengan ini Nabi SAW telah
bersabda “Bila mana seorang dari kamu berpuasa maka janganlah berbicara
yang buruk dan janganlah bertindak bodoh, apabila ada orang yang
mencacimu dan mengajakmu bertengkar maka katakanlah “Sesungguhnya
aku sedang berpuasa” iaitu di samping engkau menahan diri dari perkara
asas seperti makan dan minum berusahalah untuk melazimi akhlak-akhlak
ini iaitu jangan engkau bergaduh dan berlawan dengan orang lain. sekiranya
seseorang menyakitimu, terimalah ia dengan berlapang dada, berlembutlah
dan rasailah makna ini semasa engkau sedang berpuasa ia akan
mengingatkanmu dengan rasa lapar dan haus dan bahawa engkau juga
sedang dalam keadaan istimewa dengan Allah SWT.

Perkara yang mungkin manusia tidak senang akannya di dalam


hidupnya iaitu berubahnya bau mulutnya, dan dia tidak mahu berjumpa
dengan orang lain atau mendekati orang yang berbau mulutnya kerana lapar
Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu di
sisi Allah lebih harum dari bau Kasturi” Sebahagian ulama berkata, cuba
perhatikan perkataan “Di sisi Allah” iaitu, engkau wahai orang yang berpuasa
apabila bau mulutmu mula berubah kerana berpuasa sekarang engkau
dalam keadaan khas bersama Allah di sisi Allah, ketahuilah engkau sangat
dekat dengan Allah, dengan itu, doa orang yang berpuasa tidak tertolak dan
waktu berpuasa itu semuanya merupakan suatu tempoh yang mana
semuanya terbuka (rahmat Allah) doalah dan mintalah daripada Allah segala
yang engkau inginkan, engkau yang sedang berpuasa sangat dekat dengan
Allah dan pintu permintaan dibuka seluasnya oleh Allah Yang Maha Tinggi.

Puasa Memberi Kekuatan Yang Menakjubkan Kepada Tubuh Badan


Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, kegembiraan ketika
berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Kegembiraan ketika
berbuka dan menunggu masa untuk makan dan minum selepas berlapar dan
dahaga engkau gembira dengan rezeki dari Allah dan pertolongan dariNya.
Dengan itu, disunnahkan kepadamu ketika berbuka untuk berdoa dengan
doa yang diajarkan oleh Nabi SAW

َ‫م ْين‬ ِ ‫م ال َّر‬


ِ ‫ح‬ َ ‫ك يَا اَ ْر‬
َ ‫ح‬ َ ِ‫مت‬ ُ ‫ك أَ ْفطَر‬
ْ ‫ْت بِر‬
َ ‫َح‬ َ ِ‫ت َو َعلَى ِر ْزق‬
ُ ‫ك آ َم ْن‬ ُ ‫م‬
َ ِ‫ت َوب‬ ُ ‫ك‬
ْ ‫ص‬ َّ ‫اَلل ّ ُه‬
َ َ‫م ل‬

Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku


berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya
Allah Tuhan Maha Pengasih.

ْ َ‫َت األ‬
َ ‫ج ُر إِن‬
ُ‫شا َء للا‬ َ ‫ وثَــب‬،‫وق‬ ُ َّ
ُ ‫ وا ْبــتَلَّتِ ال ُع ُر‬،‫َـأ‬ َ ‫َذ‬
‫هبَ الظم‬
telah hilang dahaga, urat-urat telah basah, dan telah diraih pahala, insya
Allah.

Perasaan di mana pada waktu ini, semuanya merupakan pertolongan dari


Allah SWT semata-mata sehingga engkau mampu berbuka puasa.

Nabi SAW bersabda kepada kita, “Ummatku akan sentiasa dalam


kebaikan, bila? selagimana dia menyegerakan berbuka dan melambatkan
sahur” Perkara yang sangat mudah! Maka apabila engkau menyegerakan
berbuka puasa ia merupakan tanda engkau berada dalam kebaikan! Apa
maksud semua ini? iaitu apabila ummat bertebaran pada bulan Ramadan
kemudian pada saat berbuka mereka semua bersedia pada waktu yang sama
menunggu saat-saat ini sambal semua tertumpu kepada Allah SWT ini
merupakan tanda bahawa ummat ini masih bersatu dalam menunaikan
ibadah ini kerana Allah SWT dan jadilah manusia sebab-sebab mendapatkan
kebaikan.

Ada ketikanya, ada orang berada di pejabatnya dan masuk waktu


maghrib, khususnya di negara bukan Islam, mungkin waktu maghrib telah
masuk sedangkan engkau masih di dalam kereta dan belum sampai ke
rumah dan engkau tiada buah kurma maka sebaik-baiknya jangan
menunggu sampai engkau sampai ke rumah atau menjumpai buah kurma
berbukalah dengan apa sahaja yang engkau ada kerana sunnah
menyegerakan berbuka merupakan sunnah yang besar.

Puasa Sunat
Seperti mana Nabi SAW memberi perhatian akan puasa Ramadan,
baginda juga banyak berpuasa sunat. Baginda SAW mengikuti Ramadan
dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, baginda bersabda, “Sesiapa yang
berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa hari Syawwal seolah-olah
dia berpuasa sepanjang tahun.”

Baginda menggalakkan kita berpuasa Isnin dan khamis dan juga tiga
hari putih (13, 14, 15 setiap bulan). Baginda juga menggalakkan puasa
dalam bulan-bulan haram, paling banyak puasa dalam bulan Syaaban, Puasa
Nabi Daud iaitu puasa sehari dan tidak berpuasa sehari (selang seli),
selagimana seseorang manusia mampu bersungguh-sungguh dalam
menunaikan ibadah ini sesungguhnya ibadah ini menyempitkan ruang-ruang
mengalirnya syaitan di dalam tubuh manusia.

Maka siapa yang berpuasa dengan mengikut jalan kekasih kita


Muhammad SAW dan dia berbuka juga mengikut apa yang diajarkan
Rasulullah SAW maka dia akan mendapatkan cahaya-cahaya dan keberkatan
yang pernah meliputi Rasulullah semasa bulan Ramadannya, puasanya,
penumpuannya dan doanya dan menghubungkan dirinya dengan Nabi SAW
dengan hubungan yang kuat dan mantap seperti mana firman Allah SWT
Allah SWT berfirman : Katakanlah:”Jika kamu benar-benar cintakan Allah
ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihimu. (Ali-Imran:31)

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN
SUNNAH BERSIWAK
Rasulullah SAW datang kepada manusia, dengan perkara-perkara yang
tidak mereka ketahui daripada amalan kebersihan. Antara perkara yang
telah diajarkan kepada manusia ialah bersiwak.

Bersiwak adalah Sunnah yang mudah, namun pahalanya, kesannya


dan faedahnya sangat besar. Antara faedah siwak yang agung dalam aspek
keduniaan dan pancaindera ialah ia dapat membersihkan gigi dan
memutihkannya, menguatkan gusi, menghilangkan kaviti dan menjauhkan
dari bakteria serta memberi manfaat untuk perut dan akal.

Bahkan Nabi SAW menyebutkan bahawa antara faedah maknawinya


ialah ia dapat menghalau syaitan. Mereka yang mempunyai siwak maka
syaitan akan lari daripadanya. Ia juga dapat menggandakan pahala dan
kebaikan.

Ia juga dapat menolong dalam ucapan syahadah pada saat kematian


iaitu ia merupakan satu sebab ‘husnul khotimah’. Antara faedah siwak yang
besar ialah siwak menyebabkan keredhaan Allah SWT seperti yang telah
disabdakan Nabi SAW : Siwak ialah keredhaan Allah, membersihkan mulut
dan di dalam riwayat lain siwak menghalau syaitan.”

Maka segelintir sahabat merasa kagum bagaimana


kayu yang digunakan untuk membersihkan gigi merupakan
sebab keredhaan Allah. Lihatlah bagaimana Rasulullah
SAW menjalinkan antara amalan seharian kita yang
berfaedah bagi kebersihan dan kesihatan kita, dengan
perkara utama bahkan perkara yang paling tinggi
iaitu redha Allah SWT.
Disunnahkan penggunaan siwak melebihi 20 kali sehari. Antara
perkara penting ialah mengetahui tujuan siwak ialah membersihkan mulut
dan gigi serta menyegarkan nafas. Ia boleh dicapai dengan sebarang alat,
namun cara yang paling baik dan utama adalah yang diajarkan oleh Nabi
SAW iaitu kayu arak yang merupakan antara mukjizat Rasulullah SAW,
kerana ia mempunyai bahan yang membersihkan dan menyahkuman dan
bermanfaat untuk semua bahagian mulut, gigi, gusi dan sebagainya.

Namun, jika manusia tidak menemui kayu ini maka dibolehkan dengan
kulit batang kurma, dengan batang pokok raihan atau apa-apa batang yang
mempunyai bau yang wangi dan juga boleh menggunakan berus dan ubat
gigi seperti yang digunakan pada hari ini.

Nabi SAW bersabda : Jika tidak memberati ummatku, maka aku akan
mewajibkan siwak dengan wudhu. Rasulullah SAW mempunyai kaedah
dalam menggunakan siwak. Jika kita bersiwak mengikut kaedah Rasulullah
SAW, kita akan melakukan banyak Sunnah yang terhimpun dalam satu
Sunnah lalu beroleh ganjaran yang banyak, serta memperoleh banyak
faedah dari segi kesihatan dan akhirat. Maka disunnahkan memegang
siswak seperti yang diajarkan oleh para ‘ulama’ dan Rasulullah (SAW).

Disunnahkan siwak dipegang di antara jari kelingking dan ibu jari dan
di atas jari-jari selainnya. Kemudian disunnahkan sebelum menggunakan
siwak agar mencucinya dan melembutkannya dengan air. Kemudian
mulakan siwak dari sebelah kanan dan dari bahagian atas. Maka mulakan
dari bahagian atas ke bawah dan menggerakkan siwak dalam bentuk
bulatan. Kemudian lalukan ia bahagian atas gigi kemudian bahagian
belakang gigi. Disunnahkan juga menyapu lidah dan lelangit dengan siwak
3 kali.

Rasulullah SAW mengajar kita untuk menggunakan siwak secara


melintang. Ada di antara manusia yang mempunyai sesuatu di celahan
giginya, dengan itu, Rasulullah SAW memberitahu kita akan Sunnah ‘Tahlil’
(Menyelati). Jika seseorang ingin bersiwak, sebaik-baiknya kita mencungkil
gigi dengan ‘floss’ sekiranya terdapat sesuatu di celah-celahnya.

Apabila selesai bersiwak, disunnahkan mencucinya dari kesan air liur.


Maka ini merupakan kaedah yang baik dalam menggunakan siwak. Jika
seseorang beramal dengannya, ia akan beroleh banyak kebaikan dan dia
mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.

Kajian membuktikan bahawa kayu Arak mempunyai kelebihan yang


besar berbanding teknologi terkini. Rasulullah SAW sangat mementingkan
siwak sehinggakan beliau tidak pernah meninggalkannya semasa musafir
atau tidak, sehinggakan Baginda melantik Abdullah Bin Mas’ud dalam
kesibukan dan pekerjaanya, sebagai pemegang siwak Rasulullah SAW.

Nabi SAW menggunakan siwak dalam banyak keadaan namun antara


keadaan yang terpenting ialah sebelum berwudhu’ dan sebelum solat.
Kerana Rasulullah SAW telah bersabda kepada kita, “Jika aku tidak
memberati ummatku, nescaya aku wajibkan siwak ke atas mereka setiap kali
sebelum wudhu’. Dalam riwayat lain, “Setiap kali sebelum solat”.

Namun siwak disunnahkan dalam banyak keadaan, semasa keluar


rumah dan semasa masuk ke dalamnya, semasa bangun dari tidur dan
hendak tidur, semasa bau mulut berubah, semasa membaca al-Quran.

Apa yang penting siwak disunnahkan dalam banyak keadaan bahkan


dalam keadaan yang penting. Antara kejadian penting yang menunjukkan
kedudukan siwak di sisi Rasulullah SAW ialah seperti yang dikhabarkan oleh
Saidatina Aisyah semasa saat kewafatan Rasulullah, roh Baginda akan keluar
sedang Baginda bersandar di atas dadanya (Aisyah). Beliau berkata “Aku
melihat Baginda melihat ke arah siwak di atas lantai”. Maka aku
mengambilnya dan menggigitnya supaya ia lembut dengan air liurku.
Kemudian aku memberikan ia kepada Nabi SAW untuk bersiwak dengannya.
Beliau berbangga kerana perkara terakhir yang masuk ke dalam mulut
Nabi SAW ialah air liurnya. Begitu juga siwak, ia layak berbangga kerana
alat terakhir yang masuk ke dalam Baginda ialah siwak. Dan bagi Sunnah
yang agung ini, jika siwak tidak mempunyai nilai lain kecuali kedudukannya
semasa kewafatan Nabi, cukuplah bagi kita untuk tidak meninggalkan siwak
sehingga ke akhir hayat kita, dalam merealisasikan maksud ‘mengikut Nabi’
yang ditunjukkan dalam firman Allah “Katakanlah (Muhammad) jika engkau
menyintai Allah, ikutilah aku, nescaya engkau dicintai Allah”.

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN
SUNNAH DIAM

Antara seni yang perlu dipelajari oleh seseorang ialah seni percakapan.
Lawan bagi seni percakapan ialah seni yang kedua iaitu seni berdiam diri.
“Bagaimana saya belajar kemahiran berdiam diri dan mampu
melakukannya?” Bagaimana Nabi SAW di dalam kebanyakan waktunya,
Baginda SAW berdiam diri.

Diam Baginda SAW adalah berfikir / merenung (ke dalam diri). Para
sahabat menyifatkan sifat Baginda SAW ini dengan begitu menakjubkan
yang mana ramai orang melalaikan hal ini. Baginda SAW menegah lidahnya
dari berkata-kata kecuali pada perkara yang bermanfaat kepada orang lain”

Perkataan “menegah lidahnya” membawa makna bahawa Baginda


SAW menahan lidahnya, Baginda SAW juga tidak berkata-kata dengan hawa
nafsunya, kecuali ianya adalah wahyu yang diturunkan ke atas Baginda SAW.

Faedah terbesar berdiam diri ialah karisma,


kehormatan dan membangkitkan hikmah di
dalam diri.
Semakin banyak seseorang itu diam semakin bertambah hikmah di dalam
dirinya. Perhatikan ramai cerdik pandai di alam ini mereka sedikit bercakap
tetapi kata-kata mereka tepat dan padat.

Nabi SAW bersabda “Allah SWT merahmati seseorang yang apabila dia
bercakap dia memperoleh kebaikan dan apabila dia diam dia selamat”.
Berdiam diri sentiasa memberikan keselamatan. Diam memberikan manfaat
kepada manusia dan menyelamatkan dirinya dari berlaku banyak perkara.

Oleh sebab itu, Nabi SAW semasa malam Mikraj, Baginda SAW telah
melihat sebuah peristiwa yang menakjubkan. Gambaran yang mana apabila
seseorang membayangkannya pasti dia akan memperhatikan kata-katanya.
Terutama pada hari ini, kita mempunyai teknologi dengan aplikasi yang
boleh merekod kata-kata kita dan seluruh dunia boleh menyaksikannya.

Semasa peristiwa Mikraj, Baginda SAW melihat seekor lembu besar


keluar dari lubang yang kecil, kemudian lembu itu ingin masuk kembali ke
dalam lubang itu tetapi tidak berjaya. Baginda SAW bersabda, “Wahai Jibril
apakah makna semua ini?” Jibril menjawab: “Ini ibarat seseorang yang
mengeluarkan satu perkataan dan ingin menariknya kembali, tetapi dia tidak
mampu maka dia pun menyesal.”

Apabila seseorang berbicara, dia boleh berkata perkara yang tidak baik
tentang orang lain dan menambah-nambah perkara yang tidak sepatutnya.
Dia boleh bercakap akan sesuatu dan tersebar ke seluruh dunia. Tersebar
dari seorang ke seorang dan kepada seluruh dunia dan hal ini bermula dari
seorang, dan Allah SWT akan mempertanggungjawabkan perkara ini ke
atasnya.

Situasi kita pada hari ini ialah seseorang itu bercakap kerana dia
memang suka bercakap, Bukan berkata-kata untuk menyampaikan perkara
yang bermanfaat, akan tetapi selagi kita duduk, marilah kita bercakap.
Perhatikan contohnya seseorang duduk dengan sekumpulan manusia,
kemudian bercakap tentang semua topik dan kemudian semua orang hendak
bercakap sehinggakan kadang-kadang, tidak tahu siapa yang bercakap dan
siapa yang mendengar kerana semua yang ada bercakap.

Bercakap telah menjadi keinginan apabila topik politik disebut semua


orang bercakap tentangnya. Begitu juga topik ekonomi, topik agama, topik
perubatan, astronomi, bahkan semua topik yang ada di dunia ini!.

Kamu mendapati orang bercakap tentang semua perkara. Jika


seseorang membayangkan, jika dituliskan semua perkataan diucapkan
dalam sehari dari pagi sehingga tidur semua perkataan dituliskan sehingga
menjadi sebuah buku yang lengkap.

Bagaimana jika dia membayangkan apabila buku itu lalu merasa malu
akan dirinya sendiri. Apakah semua perkataan yang sia-sia yang aku cakap
sepanjang hari ini.

Dan semua perkataan itu memang dicatatkan. Tiada perkataan yang


dilafazkan kecuali ianya dicatatkan oleh Raqib dan ‘Atid. Malaikat mencatat
semua perkataan yang dilafazkan dalam sehari sehingga kamu tidur dan
ianya dipersembahkan kepada Allah SWT.

Bagaimana kamu boleh redha melihat banyak perkataan yang sia-sia


ini dipersembahkan kepada Tuhanmu?

Antara bahaya kata-kata ialah seperti yang disabdakan Nabi SAW :


Apabila seseorang hamba berbicara satu perkataan yang diredhai oleh Allah,
maka darjatnya akan ditinggikan disebabkan perkataan tersebut, Hanya satu
perkataan! Dan sebaliknya, satu perkataan yang dikatakan seorang hamba
yang membawa kepada murka Allah SWT, maka dengannya dia
dicampakkan ke neraka. Kita berlindung kepada Allah SWT darinya.
Di dalam sebuah riwayat lain: “Orang yang duduk di sekelilingnya
ketawa (kerana kata-katanya)” oleh sebab itu, setiap orang perlu
memperhatikan perkataanya. Setiap sifat memerlukan kepada latihan.

Abu Darda (ra) seorang sahabat yang hebat, pernah berkata, “Kami
belajar untuk diam seperti kami belajar untuk bercakap”.

Seperti mana seseorang itu belajar bercakap, begitu jugalah dia perlu
belajar untuk diam. Belajarlah bagaimana menahan dirinya dari bercakap.
Sekiranya seseorang itu melatih dirinya dan mengatakan, “Hari ini, aku akan
bercakap perkara yang penting sahaja”.

Hari ini, aku berdiam diri sepanjang hari. “Sesungguhnya aku sudah
bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pengasih, maka aku tidak akan
berbicara dengan sesiapa pun pada hari ini” –Maryam:26.

Seseorang itu perlu melatih dirinya sehingga ini menjadi sebab utama
dia dapat mengawal dirinya, dan dalam meneladani Nabi SAW

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN
SUNNAH BERDOA

Allah SWT berfirman, “Berdoalah kepadaKu, akan Aku perkenankan”.


Baginda SAW bersabda, “Doa ialah tunjang ibadah” dan doa itu sendiri ialah
ibadah. Doa yang boleh diamalkan ialah doa-doa di dalam al-Quran atau
doa-doa dari Rasulullah SAW dan ianya adalah sebaik-baik doa.

Kemudian seorang hamba boleh bermunajat kepada Tuhannya SWT


dengan apa sahaja yang terlintas di fikirannya, Seperti apa yang telah
diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berdoa untuk
setiap perkara, sehinggakan kepada masinnya makanan mereka.

Nabi SAW berdoa untuk perkara yang berbeza. Doa-doa Rasulullah


SAW mendidik adab dan rasa penghambaan. Maka asas doa ialah
penghambaan dalam meminta daripada Allah Yang Maha Tinggi.

Adab-adab dalam berdoa – Berdoa mempunyai


adab-adab, antaranya persediaan makanan dan minuman
yang halal, kerana Rasulullah SAW bersabda “Seorang
lelaki berdoa, pakaiannya haram, makanannya haram,
bagaimana Allah mahu menerima doanya?”

Adab yang kedua, kita perlu berdoa kepada


Allah SWT dengan suara yang lembut, di antara
dan kuat dan perlahan. Seterusnya, bermunajat
kepada Allah SWT dengan Bahasa yang difahami
dan apa sahaja di dalam fikiran. Jangan
membebankan diri dengan bersajak, kerana
Rasulullah SAW bersabda, ada di kalangan manusia
yang melampau di dalam berdoa, doanya disertai sajak yang dibuat-buat
dan perkara yang tidak sepatutnya kerana kita sedang berurusan dengan
Allah SWT yang melihat hati kita.

Seterusnya berusaha menghadap qiblat, seperti itu juga, kita perlu


mengangkat tangan, seperti Rasulullah SAW yang mengangkat tangannya
dengan tinggi sehingga terlihat ketiak putih Baginda SAW. Nabi SAW
mengangkat tangannya sangat tinggi.
Disunnahkan dimulakan doa dengan memuji Allah dan berselawat ke
atas Nabi SAW kerana ini sebab dimakbulkan doa dan ditutupi doa
seterusnya. Pada suatu hari, Nabi SAW duduk di masjid, terdapat seorang
sahabat sedang berdoa kepada Allah SWT, maka Nabi SAW bersabda,
“Doamu akan diterima jika kamu menutupnya, maka dia bertanya, “Apakah
penutupnya Ya Rasulullah? Nabi SAW bersabda bila kamu menutupnya
dengan memuji Allah SWT”.

Dengan itu, kamu perlu mengambil berat masa-masa dan tempat-


tempat yang mustajab doanya. Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya Allah
Yang Maha Mulia pemalu, Dia malu apabila hambanya mengangkat tangan
berdoa kepadaNya untuk membalasnya dengan tangan kosong.

Bagi adab-adab yang tersembunyi (batin), antaranya ialah keyakinan


dengan penerimaan Allah SWT, berdasarkan sabda Rasulullah SAW, “Jika
kamu berdoa kepada Allah, maka berdoalah dengan menyakini doamu akan
diterima Allah”

Antara adab yang penting ialah hendaklah kita tidak meminta kepada
Allah SWT agar disegerakan penerimaan doa. Ketahuilah, jika Allah SWT
melewatkan terkabulnya doa kita, maka sesungguhnya itu semua
mengandungi hikmah mengikut kehendak-Nya, dan sesungghunya
kehendak-Nya mengatasi kehendak kita, maka kita akan bahagia dengan
berdoa.
Antara kelembutan dan keindahan doa ialah, kita perlu mengetahui
doa itu sendiri adalah nikmat. permintaan ini ialah ruh ibadah dan tunjang
ibadah. Antara adab doa yang penting yang telah diajarkan oleh Rasulullah
SAW ialah, berdoa untuk saudara-saudara kita. Doa kepada saudaranya
secara rahsia. Mana-mana muslim yang berdoa untuk saudaranya secara
rahsia, maka malaikat mendoakannya seperti apa yang telah dimintanya.

Antara adab Rasulullah SAW dalam berdoa, bahawa Baginda mengajar


kita agar meminta doa dari hamba-hamba Allah yang soleh. Baginda Saidina
Rasulullah SAW meminta doa dari Saidina Umar, Baginda bersabda, “Wahai
Umar, Jangan melupakan kami, wahai saudaraku di dalam doamu”. Saidina
Umar berkata, “Maka tiada yang aku sukai di dunia ini melainkan perkara
ini.”

Nabi SAW melarang kita berdoa untuk diri kita, anak-anak kita atau
harta kita dalam keadaan marah dikhuatari kita berdoa pada saat
mustajabnya doa, maka kita memusnahkan diri kita dan anak-anak kita.
Berapa ramai ibu atau ayah dalam keadaan marah, mendoakan keburukan
untuk anak-anaknya maka ia akan memusnahkan mereka. Dengan ini, wajib
bagi kita mendoakan kebaikan untuk mereka, bukan mendoakan keburukan
untuk mereka. Inilah jalan Rasul kita SAW.

Nabi SAW bersabda : “Sebaik-baik ibadah ialah menunggu kelapangan


(terlepas dari masalah dengan penuh sabar)” Bersesuaian dengan salah satu
doa Nabi SAW, untuk kita ambil pelajaran darinya, bahawa Nabi SAW semasa
berdakwah kepada penduduk Taif untuk mengajak mereka kepada Islam,
mereka telah membaling batu kepada Baginda sehingga mengalir darahnya,
dan Baginda keluar dengan perasaan sedih dan terluka lalu Baginda
mengangkat tanganya kepada Allah,

“Ya Allah, aku mengadu kepadaMu, kelemahan diriku, sedikitnya


kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Engkau adalah
Tuhan orang-orang yang lemah, dan Engkau adalah Tuhanku. Kepada siapa
Engkau serahkan aku? Kepada orang jauh yang memandangku dengan
wajah yang bengis, atau kepada musuh yang menguasai urusanku. Jika
Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak peduli, namun keselamatan
dariMu lebih melapangkanku. Aku berlindung dengan sinar cahayaMu yang
menerangi kegelapan, dan memberi kebaikan urusan dunia dan akhirat, dari
MurkaMu yang hendak Engkau turunkan kepadaku. Hanya Engkau yang
layak menegurku sehingga Engkau redha. Sungguh, tiada daya dan
kekuatan selain daripadaMu.

Doa Baginda SAW penuh kebaikan, Baginda SAW bersabda kepada


kita. Setiap Nabi mempunyai doa yang mustajab, dan sesungguhnya, setiap
Nabi berdoa untuk ummatnya, dan sesungguhnya aku menyimpan doaku
sebagai syafaat untuk ummatku pada hari kiamat. Ini merupakan doa paling
besar yang kita harapkan.

Maka barang siapa yang mengikut jalannya, berpandukan panduannya


dan dekat dengan sunnahnya, maka beliau berhak mendapat keutamaan
syafaat Nabi SAW pada hari kiamat, inshaAllah, apabila ianya diiringi dengan
ikutan dan perasaan cinta.

“Katakanlah (Wahai Muhammad), jika kamu mencintai Allah, maka


ikutilah aku, kamu akan dicintai Allah.”

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN
SUNNAH HARI RAYA

Hari raya adalah antara cara menunjukkan kegembiraan. Bagaimana


Rasulullah SAW menzahirkan kegembiraan dalam berhari raya? Kita mesti
belajar daripada baginda SAW cara bergembira. Allah SWT telah
membukakan pintu kegembiraan dan mengambil iktibar daripada
kegembiraan ini daripada segala segi.

Saidina Abu Bakar RA bertemu dengan anaknya Saidatina Aisyah RA


beliau Nampak ada dua wanita menyanyi. Beliau berkata, “Seruling syaitan
ada di rumah Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab, “Biarkan dia”. “Setiap
kaum ada perayaannya. Ini adalah perayaan kami.” Rasulullah SAW suka
menzahirkan kegembiraan kerana kegembiraan ini adalah dengan
keberkatan Allah. Keraian adalah salah satu ibadah juga. Ia mendekatkan
kita kepada Allah SWT jika dilakukan dengan cara Nabi SAW.

Pada malam raya adalah antara malam yang perlu kita pentingkan
untuk mencontohi Rasulullah SAW. Kita bukan sahaja dapat mencontohi
baginda dalam solat, qiamullail dan amalan tetapi dapat mencontohi baginda
ketika dalam keraian. Qiamulail pada malam raya adalah
antara amalan terbaik kerana Allah SWT
memberikan ganjaran yang sama seperti amalan
kita pada sepanjang Ramadan. Kita perlu
bersiap-siap pada malam raya lagi.

Sebelum keluar untuk solat raya kita


perlu mandi, pakai pakaian terbaik, memakai
wangian, memotong kuku, semua bentuk
kebersihan dan penggunaan wangian mesti
dizahirkan pada hari raya sebagai tanda
kegembiraan. Rasulullah SAW memerintahkan para wanita dan kanak-kanak
termasuk wanita yang sedang haid keluar semuanya untuk menzahirkan
kegembiraan dan sebagai tanda syukur ke atas nikmat Allah SWT.

Antara Sunnah Rasulullah SAW pada hari raya ialah baginda akan
makan selepas solat sunat hari raya ‘aidiladha, baginda makan daripada
hidangan korban yang ada. Dilarang samasekali menggunakan alatan
mercun dan perkara yang merbahaya kepada manusia seperti memandu
kereta dengan terlalu laju dan bahaya. Baginda juga telah melarang senjata
dibawa pada hari raya kerana ditakuti akan memudaratkan orang lain.

Ibadah paling mulia pada malam raya ialah bertakbir dengan suara kita
dan takbir akan bergema di seluruh alam itu lambang islam. Rasulullah SAW
dan para sahabat bertakbir. Para sahabat bertakbir di Mina sehingga seluruh
penduduk Mekah mendengar takbir mereka. Takbir sepatutnya bergema di
semua jalan, pasar raya dan rumah. Malam raya mestilah bergema dengan
takbir. Takbir ini ada makna antara kita dan Allah SWT.

Apabila kita hidup dengan makna sebenar takbir setiap kali kita
Nampak sesuatu di dunia, sebut Allah Maha Besar, Allah yang dalam hati
saya lebih besar daripada segala-galanya. Jika kita faham makna takbir dan
dapat rasakan kemanisannya pada hari raya maka kita akan sedar sesuatu.
Rasulullah SAW tidak akan memerintahkan kita bertakbir dengan kuat pada
hari raya kecuali pasti ada rahsia di sebaliknya. Bertakbirlah dan kuatkan
suara kita pasti akan menemui rahsianya dengan makna takbir ini.

Antara sunnah raya yang penting adalah melakukan korban pada hari
raya aidiladha. Korban adalah antara ibadah mulia. Setiap bulu atau titis ada
pahalanya. Membahagikan daging kepada orang ramai membawa
kegembiraan.

Kegembiraan pada hari raya adalah antara kita dan Allah SWT. Kita
mesti mengambil kesempatan ini. Rasulullah SAW mengharamkan berpuasa
pada hari raya sedangkan puasa antara ibadah yang besar tetapi saat raya
adalah saat gembira… bergembiralah… walaupun ada beberapa perkara
yang menganggu fikiran kita, jadikan hari raya sebagai hari gembira kerana
kegembiraan pada keadaan itu ada keistimewaannya. Semoga dengan
kegembiraan ini kita dapat raikan kegembiraan besar.

Apakah kegembiraan besar? Kegembiraan besar iaitu dapat bertemu


Rasulullah SAW di Darul Karamah. Kita berdoalah agar kegembiraan kita di
dunia sebagai jalan kegembiraan kita pada hari akhirat dengan redha Allah
SWT dan dapat berdampingan

“Katakanlah jika kamu cinta kepada Allah SWT maka ikutilah aku (Nabi
Muhammad SAW) nescaya Allah akan mencintai kamu”

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN SUNNAH
DENGAN KANAK-KANAK

Nabi SAW begitu baik dalam layananya kepada kanak-kanak, baginda


mempamerkan asas pendidikan untuk kanak-kanak. Sesungguhnya kanak-
kanak dilahirkan dengan fitrah yang baik. Setiap manusia dilahirkan dalam
keadaan fitrah. Bukti, bayi dilahirkan dalam keadaan tulen, suci dan bersih
dari segala kekurangan. Dan Nabi SAW memelihara kesucian dan ketulenan
ini.
Antara contoh belaian kasih baginda kepada kanak-kanak ialah
baginda suka menghidu, mendakap dan mencium mereka. Pernah al-Aqra’
bin Habis melihat baginda juga beberapa orang badawi berkata kepada
baginda : Ya Rasulullah, kamu mencium kanak-kanak kamu? Nabi
menjawab: Ya, Lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami tak mencium
kanak-kanak kami. Rasulullah SAW bersabda lagi: Apa yang aku akan
buatkan untuk kamu andainya Allah merampas sifat rahmat dari hati-hati
kamu. Ini bukti bahawa mencium kanak-kanak adalah rahmat dan
kasih sayang.
Ramai yang tak tahu, bahawa ini adalah satu
ibadah dan kebaikan. Iaitu mencium dan mendakap
kanak-kanak. Nabi SAW suka mendukung
kanak-kanak Kerap
dilihat Hasan atau
Husin atau kedua-
duanya di atas bahagian belakang
Rasulullah SAW. Satu hari, Anas bin Malik
datang, Dia melihat Nabi SAW dalam
keadaan menongkat dua tangan dan dua
kakinya Dan Hasan dan Husin sedang
bermain di atas belakang baginda. Maka dia
berkata kepada Nabi SAW Sebaik-baik tunggangan
adalah tunggangan kamu berdua. Lalu Nabi SAW bersabda: Dan merekalah
sebaik-baik penunggang, Ya Anas. Nabi SAW memberi kepada mereka
berdua kedudukan dan kemuliaan.

BERMAIN PENTING UNTUK PEMBESARAN KANAK-KANAK JUGA BAIK UNTUK


JIWA DAN TUBUH BADAN.

Antara keindahan dalam hidup Rasulullah adalah ketika melayani


kanak-kanak. Nabi SAW selalu bermain dan bergurau senda dengan kanak-
kanak. Pernah baginda mengambil air dan membalingnya ke muka kanak-
kanak sehingga kanak-kanak itu ketawa dan bermain dengannya. Nabi SAW
memiliki sifat kasihan. Begitu melindungi kanak-kanak. Suatu ketika baginda
bersolat di dalam masjid, ketika bersolat Umamah binti Zainab datang
kepadanya dan memanjat belakang baginda. Ketika itu baginda dalam
keadaan bersujud. Lamanya bersujud sehingga para sahabat menyangka
baginda mengalami kekejangan. Setelah selesai bersolat, baginda
bersabda: Anak perempuanku ini duduk di atasku, dan aku tak mahu
menganggunya.

SESIAPA YANG MEMBIMBING ANAK-ANAKNYA, DIA TELAH MENJINAKKAN


HASADNYA.

Nabi SAW mendidik mereka membimbing serta menanam nilai murni


kepada mereka. Kerana inilah waktu sesuai untuk mendidik mereka tentang
nilai dan prinsip hidup. Sayidina Husin pernah mengambil sebiji kurma yang
tidak halal baginya kerana zakat tidak halal bagi ahli keluarga baginda. Lalu
Nabi SAW mencabut kurma dari mulutnya (Husin) dan berkata: Kakh… Kakh.
Maka dia keluarkan kurma dari mulutnya dan baginda bersabda: Ia tak halal
bagi kita sebagai keluarga Muhammad. Kerana ia adalah zakat. Baginda
pernah melihat seorang ibu memanggil anaknya bernama Abdullah dia
memanggil: Ya Abdullah! datang ke sini, aku nak berikan kau sesuatu.
Apabila dia datang, baginda bertanya kepada si ibu: Nabi bersabda:
Sekiranya kau tak berikan apa-apa kepadanya nescaya dituliskan untuk kau
sebagai penipu di sisi Allah.
Nabi SAW mengajar kita tentang bercakap benar. Ramai antara kita
menipu ketika bermain dengan anaknya. Seperti dia memanggil anaknya
kerana ingin memberinya sesuatu tetapi dia berbohong. Dia telah menanam
sifat buruk dalam diri anaknya. Rasulullah SAW suka mendidik kanak-kanak
dalam berkata benar, juga dengan sifat berani. Rasulullah biasa berlumba
dengan kanak-kanak. Nabi SAW pernah meminta anak saudaranya Abdullah
bin Abbas dan beberapa saudara kandungnya berbaris di suatu tempat dan
baginda duduk di satu tempat kemudian baginda memanggil mereka datang
kepadanya secara berlumba. Apabila sampai mereka telah menjatuhkan
badan mereka ke atas dada Rasulullah SAW. Inilah Nabi SAW pemimpin
ummah melayan kanak-kanak dengan penuh lembut dan berakhlak baik.

Adakah kita turut sama berakhlak sebegini? Seseorang mungkin


memukul budak disebabkan dia membaling sesuatu, juga menengking dan
memarahi budak disebabkan perkara remeh. Nabi SAW tak pernah memukul
orang lain dan tak pernah menyakiti kanak-kanak. Nabi SAW meletakkan
satu kaedah penting. Perintahkan anakmu bersolat ketika mereka berumur
7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun. Pukul di sini,
bukanlah pukulan yang kuat tetapi dikatakan memukul dengan benda seperti
batang siwak. Ia dilakukan agar kanak-kanak betul-betul merasai teguruan.
Rasulullah SAW sendiri tak pernah melakukannya. Tetapi baginda begitu
penyayang dan mulia dalam melayani kanak-kanak.

JADILAH GURU KETIKA DIA KECIL DAN KAWAN APABILA DIA MENINGKAT
USIA

Antara hak asasi utama ayah kepada anak-anak ialah melindungi


anaknya dengan doa-doa. Rasulullah SAW melindungi Hasan dan Husin
dengan satu doa penting. Selepas menyapu mereka berdua, baginda
membaca: Aku berlindung dengan nama Allah yang sempurna daripada
syaitan dan haiwan berbahaya dan daripada bahaya hasad. Sesiapa yang
membacanya, Ummu Sibyan takkan dapat memudaratkannya Ia sejenis jin
yang suka menyakiti kanak-kanak. Antara layanan baik Rasulullah SAW
kepada kanak-kanak ialah baginda suka menggembirakan mereka. Kerana
ingin menghargai dan menggembirakan mereka. Para sahabat biasa
membawa kepada Rasulullah SAW buah hasil tuaian pertama. Sebaik saja
buah-buahan di kebun mereka masak baginda akan mengambil, mencium
buah tersebut dan bertahmid kemudian baginda akan memberi kanak-kanak
yang paling muda di kawasan itu.

Dengan tujuan memanjai dan menggembirakan kanak-kanak tersebut


kerana Rasulullah SAW suka menghidupkan keceriaan di dalam hati kanak-
kanak. Seperti yang disebut di dalam beberapa hadith Bahawa Allah SWT
menyediakan tempat di syurga bagi mereka yang menghidupkan keceriaan
di dalam hati kanak-kanak. Ramai yang suka dan sayangkan kanak-kanak.
Tetapi maksud kita di sini, agar kita hayati maksud mencontohi Rasulullah
SAW. Apabila saya mencium atau mendakap atau bermain dengan anak
saya saya rasakan ia salah satu daripada jenis ibadah. Atau mencontohi
Nabi SAW mendekat diri saya kepada Allah dan Rasulullah SAW
Meningkatkan lagi kecintaan saya kepada Allah dan mendapat kecintaan
daripada-Nya.

Katakanlah jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan
mencintai kamu. (Surah Al-Imran: 31)

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN SUNNAH
MENDAHULUKAN KANAN
Allah SWT berfirman dalam kitab-Nya “Dan golongan kanan, alangkah
mulianya golongan kanan itu.” Allah SWT telah peruntukkan kepada
golongan kanan dengan kemuliaan dan kemajuan.

Nabi SAW suka memulakan dengan kanan dalam setiap urusannya.


Seperti yang diriwayatkan dalam banyak hadith Rasulullah SAW suka
bermula dengan bahagian kanan. Ketika makan, minum, memakai selipar
dan ketika berjalan. Kebanyakan urusannya, Baginda SAW suka memulakan
dengan bahagian kanan. Dalam memberi dan urusan lain Baginda suka
mengguna tangan kanan.

Jika kita benar-benar cintakan Nabi SAW pasti kita akan suka dengan
apa yang disukai oleh Nabi SAW. Nabi SAW suka dalam mendahulukan
bahagian kanan, perkataan penting di sini Bagi Nabi SAW ia bukan sekadar
amalan tetapi kesukaan Baginda.

Kita patut mencontohi Nabi SAW dalam semua perkara. Nabi SAW
pada peristiwa Hajjatul Wada’ ketika tukang cukur hendak mencukur rambut
baginda telah ditegur oleh Nabi SAW : “ Mulakan cukur dari bahagian kanan.”
Nabi SAW mengajarnya kerana baginda
sukakan amalan mendahulukan kanan.

Fakta sains telah membuktikan


suluruh pergerakan dalam tubuh
manusia bergerak mengikut sistem yang
terperinci. Setiap pergerakan bermula
dari bahagian kanan dan bergerak ke
kiri. Ambil dan memberi dengan tangan
kanan adalah Sunnah harian. Dalam sehari, berapa kali kita memberi dan
menerima sudu, pinggan, kertas dan pensil.

Sebahagian kita banyak dalam berinteraksi seperti penjual atau


juruwang dan penjual di pasar raya, berapa kali mereka mengambil dan
memberi duit atau bil kepada pelanggan? Ratusan kali, paling minimum 200
kali dalam sehari. Bermakna, dalam setahun dia melakukannya sebanyak 70
hingga 80 ribu kali atau lebih dari itu dia melakukan interaksi tersebut.

Satu kisah tentang Nabi SAW suka mendahulukan kanan, suatu hari
baginda duduk untuk minum, di kanannya ketika itu Ibnu Abbas budak kecil
berumur sekitar 6 atau 5 tahun. Di kirinya pula, Abu Bakar dan Umar dua
sahabat mulia. Apabila Nabi SAW minum, Dia suka mendahulukan kanan,
Dia berpaling kepada Ibnu Abbas dan berkata “Izinkan aku berikan minuman
ini kepada mereka dahulu? Lalu dia menjawab: Ya Rasulullah, takkan ada
yang membantahmu, maka Nabi SAW berikan minuman itu kepadanya
dahulu.

Sunnah mendahulukan kanan mengatasi segala kelebihan. Abu Bakar


ra seorang tokoh dan alim tetapi Sunnah mendahulukan kanan diutamakan.
Saya perlu mendidik anak saya, Jika dia memberi air atau kurma dia perlu
bermula dari sebelah kanan biarpun di sebelah kiri saya lebih tua dan alim.
Inilah Sunnah Rasulullah SAW.

Mendahulukan kanan ialah Sunnah bagi seluruh para Nabi. Di dalam


kitab-kitab agama samawi, Penganut agama terdahulu menggunakan
tangan kanan ketika makan dan menyukai dalam mendahulukan kanan.
Indahnya! Manusia boleh merasakannya.

Saya bersangka baik kepada Allah SWT, saya gunakan tangan kanan
ketika menerima sesuatu, ketika menyikat rambut, mulakan kanan sebelum
kiri, masuk ke rumah dengan kaki kanan, masuk ke masjid dengan kaki
kanan, saya pentingkan bahagian kanan.
Pada hari kiamat nanti, golongan mukmin yang berjaya akan
menerima buku amalan mereka dengan apa? Mereka akan menerimanya
dengan tangan kanan mereka. Seperti firman Allah SWT tentang mereka
“Sesiapa yang menerima surat amalnya dengan tangan kanannya”

Mendahulukan kanan dalam sudut etika pula seseorang itu perlu


menggunakan tangan kiri atau seumpamanya. Mendahulukan kanan adalah
Sunnah Nabi kita dan para nabi yang terdahulu. Nabi SAW pernah
menasihati seorang lelaki, Jangan makan dengan tangan kirimu,
sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya. Syaitan suka
menggunakan tangan kirinya dan Nabi SAW suka menggunakan tangan
kanannya. Siapa yang kamu lebih sayang? Siapa yang menjadi ikutan kamu?
Dan Sunnah siapa yang anda pilih?

Prihatinnya kita terhadap amalan Sunnah Rasulullah SAW takkan


menjadikan kita mundur atau kolot. Sebaliknya, jika kita berpegang dengan
Sunnah Nabi SAW Allah akan mengurniakan kita kekuatan, kemuliaan dan
kasih sayang.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran “Katakanlah, jika kamu mencintai


Allah ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu. Saya rasakan, jika saya
berikan sesuatu kepada orang lain dengan tangan kanan akan bertambah
cintanya Allah kepada saya. Memberikan nikmat cinta-Nya kepada saya.
Sunnah Nabi SAW begitu bernilai bagi hidup saya jika penghayatan sebegitu
dihayati.

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN SUNNAH
DALAM KEGEMBIRAAN
Nabi Muhammad SAW adalah sumber kegembiraan, dan Baginda
merupakan sebesar-besar perkara yang menggembirakan kita. Sebesar-
besar kegembiraan ialah bertemu dengan Baginda pada hari kiamat dan
minum air dari tapak tangannya yang mulia.

Nabi SAW turut bergembira (berseronok) dan menguruskan


kegembiraannya mengikut apa yang diajarkan Allah SWT. Allah SWT
berfirman kepada kita, “Katakanlah (Muhammad), dengan kurnia Allah dan
rahmatNya, maka dengan itu, bergembiralah! Itu lebih baik dari apa yang
mereka kumpulkan” (Yunus:58).

Maka kegembiraan sentiasa berkaitan dengan kurniaan Allah dan


perasaan syukur dengan kurniaan Allah. Di dalam hidup Nabi SAW, Baginda
gembira dengan banyak perkara. Baginda gembira dengan pengislaman
lelaki Yahudi yang memeluk Islam kemudian meninggal dunia. Maka
Baginda menangis kerana terlalu gembira, seraya berkata “Segala puji bagi
Allah yang menyelamatkannya dari neraka denganku”.

Selain itu, Nabi SAW gembira dengan kedatangan sebahagian


sahabatnya. Baginda gembira semasa pulang
dari Khaibar dan Allah membuka Khaibar
untuknya serta menolong kaum Yahudi di sana.
Maka Baginda berjumpa Saidina Jaafar dan
berkata “Sesungguhnya aku berjumpa dengan
Jaafar” Baginda SAW bersedia untuk memakai
baju, dan sebahagian badannya terbuka.
Baginda bangun dengan segera sehingga
Baginda berjumpa Saidina Jaafar bin Abi Talib,
lalu berkata, “Aku tidak tahu kerana apa aku gembira, kerana pembukaan
Khaibar atau kedatangan Jaafar. Beliau menjadikan kedatangan sahabat
yang mulia ini setaraf dengan pembukaan Khaibar, kerana kedudukan Jaafar
yang istimewa di dalam hati Rasulullah SAW.

Nabi SAW bersabda, Riangkan hatimu dari semasa ke semasa. Nabi


SAW gembira dengan apa yang dimuliakan Allah SWT kepadanya, iaitu para
isterinya. Baginda juga gembira dengan perkahwinan. Dengan itu, apabila
anak perempuannya berkahwin, Baginda memperlihatkan kegembiraannya.
Baginda menyambutnya dengan peralatan yang mengikut syariah, dengan
penuh tawadu’ dan adab kepada Allah SWT. Baginda mengadakan kenduri
namun ia tidak melalaikannya. Sesetengah manusia, apabila mereka
gembira (berseronok), mereka melupakan seluruh peraturan dan adab.
Sehingga ramai manusia, apabila mereka gembira dengan perkahwinannya
atau perkahwinan anak lelaki/perempuannya, mereka berkata, “Cukup,
malam ini malam kegembiraan, malam untuk berseronok!” Maka mereka
meninggalkan banyak suruhan seperti solat atau melampaui batas-batas
peraturan dan adab, dan Nabi SAW tidak melakukan perkara ini.

Imam Ali berkata : riangkan hati ini, sesungguhnya ia berasa bosan


seperti bosannya badanmu. Nabi SAW memperlihatkan adab dan peraturan
dalam menguruskan kegembiraanya, kerana kegembiraan boleh
menyebabkan manusia melampaui batas-batas adab dan pergaulan yang
baik dengan Allah SWT.

Adab pertama ialah menisbahkan segala perkara kepada Allah SWT.


Apabila Nabi SAW melihat perkara yang mengagumkannya, beliau
mengucapkan “Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya
menyempurnakan segala kebaikan”
ُ
‫الصالحات‬ ُّ
‫تتم‬ ‫ه‬ ِ ‫الحم ُد‬
ِ ِ‫للا الذي بنعمت‬

Dan apabila Baginda gembira dengan sesuatu perkara Baginda turun


ke bumi dan sujud syukur kepada Allah, sepertimana apabila sampai berita
suatu kabilah telah memeluk Islam, lantas Baginda sujud kepada Allah, dan
apabila Allah mengangkat suatu bala, Baginda sujud syukur kepada Allah
SWT. Maka Baginda menisbahkan segala perkara kepada Allah SWT.

Adab kedua ialah memperlihatkan kegembiraan. Nabi SAW bersabda,


“Warwarkan pernikahan dan sambutlah ia dengan pukulan gendang atau
kompang”, kerana dengan memperlihatkan kegembiraan, ia akan
membangkitkan keseronokan dan kasih sayang di antara manusia. Nabi
SAW ketika datang kepadanya pertolongan, dan diperlihatkan Allah SWT apa
yang ingin diperlihatkan Baginda menzahirkannya dengan penuh tawadhu’
dan pengharapan. Ketika Nabi SAW memasukki Kota Makah dalam Fath
Makkah, Baginda SAW tunduk sehingga mukanya hampir mengenai
belakang kudanya, kerana begitu merendah diri kepada Allah. Nabi SAW
tidak menyambutnya dengan takabbur atau menisbahkan perkara itu kepada
dirinya tetapi Baginda menisbahkannya kepada Allah yang Maha Kuasa.
Antara adab lain ialah mengutus pembawa berita gembira, Apabila
ayat taubat turun kepada Kaab bin Malik dan orang-orang yang bersamanya,
Nabi SAW menghantar pemberi berita gembira kepada Kaab bin Malik untuk
menyampaikan berita gembira tersebut. Maka menghantar berita, mesej
dan wakil untuk menyampaikan berita gembira merupakan Sunnah
Rasulullah SAW.

Antara Sunnah Nabi SAW ialah takbir ketika melihat perkara yang
menggembirakannya atau berhasilnya perkara yang menggembirakannya.
Takbir sepertimana yang dilakukan Baginda semasa hari perayaan, Baginda
SAW melaungkan takbir. Baginda suka memperlihatkan kegembiraan
semasa hari raya. Apabila datang orang-orang Sudan yang memukul
gendang dan bermain di Masjid Baginda SAW, Sayyidah ‘Aisyah mahu
melihatnya, Baginda SAW bertanya, “Adakah kamu ingin melihatnya wahai
Aisyah?” Maka Baginda berdiri di tempat dekat dengan pintu dan Aisyah di
atas belakangnya. Lalu ‘Aisyah menonton orang Habsyah tersebut memukul
gendang, bermain dan menari. Baginda SAW berdiri dan bertanya ‘Aisyah
“Adakah engkau sudah puas?” sehingga ‘Aisyah betul-betul puas, Maka
Baginda SAW suka menzahirkan kegembiraannya.
Apabila engkau gembira dengan suatu nikmat maka ingatlah bahawa
ia dari Allah SWT dan jangan lupa bersyukur atas nikmat tersebut. Antara
perkara yang paling menggembirakan Nabi SAW di dunia ini, iaitu apabila
Fatimah melahirkan Hassan dan Hussain antara perkara yang paling
menggembirakan Baginda. Baginda menzahirkan kegembiraannya dengan
mendukung dan mencium mereka, namun Baginda bersyukur kepada Allah
SWT dan melaksanakan aqiqah, dan ia merupakan antara Sunnah Baginda
SAW.

Kita memohon kepada Allah agar menambahkan kegembiraan kita dan


umat Islam. Apabila seorang manusia dimuliakan Allah dengan perkara yang
menggembirakannya, maka, dia mengingati kegembiraannya seperti
gembiranya Rasulullah SAW. Dan mengingati bahawa asas kegembiraan
ialah pertemuan dengan Allah dan Rasulullah SAW. Maka ini merupakan
kegembiraan yang terbesar seiring dengan firman Allah, “Katakanlah
(Muhammad), “Sekiranya engkau mencintai Allah, maka ikutilah aku,
nescaya engkau akan dicintai Allah”.

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN SUNNAH
DALAM KESEDIHAN

Kekasih kita Nabi Muhammad SAW sentiasa di dalam kesedihan, dan


Baginda SAW telah melalui sebahagian ujian dan rintangan. Baginda juga
berpisah dengan ramai orang yang dikasihinya. Maka bagaimana baginda
menguruskan kesedihanNya. Pada sifatnya, Baginda SAW sentiasa di dalam
kesedihan. Namun beliau tidak menyembunyikan kegembiraan dan
keseronokannya daripada para sahabat.

Sentiasa bersedih kerana Baginda banyak risau terhadap umatnya.


Baginda mahukan kebaikan bagi umatnya, namun ramai yang melarikan diri
darinya, kerana tidak mengenali Baginda dan kebaikan yang dibawanya.

Maka Baginda SAW bersedih disebabkan mereka. Satu jenazah telah


diangkat pada ketika Nabi SAW sedang duduk, maka apabila Nabi
melihatnya, Baginda pun menangis, jenazah itu ialah jenazah seorang yahudi
yang mati dalam kekufuran. Maka Nabi SAW telah menangis, Baginda
ditanya, “Apa yang engkau tangisi wahai Rasulullah?, Baginda menjawab,
“Jiwa yang baru ditunjukkan kepadaku akan ke neraka. Baginda sangat
bersedih atas perkara ini.

Nabi SAW bersabda “Alangkah hebatnya keadaan orang


yang beriman, kerana semua keadaanya adalah kebaikan
dan ini hanya ada pada seorang mukmin : jika dia
mendapatkan kesenangan dia akan bersyukur, maka
itu adalah kebaikan baginya, dan jika dia ditimpa
kesusahan dia akan bersabar, maka itu adalah
kebaikan baginya”.
Nabi SAW merupakan orang yang paling banyak berpisah dengan
orang kesayangannya di dunia ini. Baginda telah berpisah dengan isterinya
Khadijah, iaitu kekasihnya dan orang yang banyak berkorban dengan diri
dan hartanya. Baginda juga telah berpisah dengan orang yang banyak
menyokongnya, iaitu pakciknya Abu Talib. Maka tahun tersebut telah
dinamakan “Tahun kesedihan”.

Begitu juga dengan kematian anak-anak lelaki Baginda Qasim,


Abdullah dan Ibrahim serta anak-anak perempuannya, Zainab, Ruqayyah
dan Ummu Kulthum. Mereka semua telah ditimpa penyakit dan meninggal
dunia.

Maka Nabi SAW telah mengebumikan mereka dengan tangan Baginda


sendiri. Apabila anaknya Ibrahim meninggal dunia, Nabi SAW telah menangis
dan bergenang air matanya. Maka seorang budak lelaki telah melihatnya dan
bertanya, “Ya Rasulullah, engkau juga menangis?” Baginda bersabda,
“Sesungguhnya mata menangis, dan hati berasa sedih, dan tidaklah kita
mengatakan sesuatu melainkan yang diredhai Allah. Sesungguhnya kami
bersedih dengan perpisahan ini.

Beginilah hal Nabi SAW ketika Baginda bersedih dengan kematian


orang-orang yang tersayang. Nabi Yaaqub telah berkata : Sesungguhnya
aku meluahkan dukacita dan kesedihanku kepada Allah.

Nabi SAW menolong mereka yang sedang bersedih. Baginda


meredakan kesedihan sehinggakan kepada kanak-kanak. Apabila Baginda
mendatangi seorang budak yang baru kematian burungnya, budak itu
sangat sedih dengan kematian burungnya, maka Baginda SAW
menenangkannya, dan berkata “Wahai Ayah Umair, apa yang sedang
Nughair lakukan?”. Baginda berkata begitu kerana ingin meredakan
kesedihan dan melupakannya, serta menampakkan musibah itu kecil buat
kanak-kanak itu.
Nabi SAW mengajar kita semasa bersedih, agar mengembalikan segala
perkara kepada Allah. Seperti dalam firman Allah, “Dan berilah berita
gembira kepada mereka yang bersabar, iaitu mereka yang apabila ditimpa
musibah, mereka mengucapkan sesungguhnya kami milik Allah dan
kepadaNyalah tempat kami kembali.” Ini merupakan ucapan orang-orang
yang sabar “Inna Lillahi wainna ilaihi raaji’un”.

Antara sifat Baginda SAW apabila terlalu bersedih atau gelisah,


Baginda SAW menyapu kepala dan janggutnya, lalu mengatakan
“Hasbiyallah / Hasbunallah wani’mal wakil” (Cukuplah Allah sebagai
penolongku / kami).

Baginda SAW bersabda kepada Ummi Salamah semasa kematian


suaminya, “Katakanlah, Ya Allah, berilah pahala di dalam musibahku, dan
gantikanlah bagiku sesuatu yang lebih baik darinya”. Maka Ummu Salamah
tidak menjumpai seseorang yang lebih baik dari Abu Salamah, namun Allah
menggantikan baginya Rasulullah SAW dan beliau telah menjadi Ummul
Mu’minin.

Nabi SAW mengajarkan kita suatu doa yang hebat dan ia merupakan intipati
penting untuk dipelajari dari pelajaran ini. Nabi SAW bersabda, “Tidaklah
seseorang ditimpa musibah, kerunsingan dan kesedihan maka dia
mengucapkan, “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada
hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu,
terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku
memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya
diriMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada
makhlukMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu atau yang tersembunyi
pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di
dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku” kecuali Allah
akan menghilangkan kerisauan dan kesedihannya dan melapangkan
baginya. Sahabat bertanya, “Perlukah kami mempelajarinya?” Bahkan, bagi
sesiapa yang mendengarnya mestilah dia mempelajarinya. Jadi sekarang
kamu sudah mendengarnya, maka kamu mesti mempelajarinya seperti
sabdaan Nabi SAW. Inilah doa yang agung yang perlu dilafazkan semasa
ditimpa kesedihan.

Setiap perkara ada penawarnya, Bagi kesedihan juga ada penawarnya.


Antara penawar semulajadi bagi kesedihan yang telah diajarkan oleh Nabi
ialah “Talbinah”. Talbinah ialah minuman daripada gandum, ia dimasak
sehingga putih kemudian diminum. Maka ia dipanggil “Talbinah” kerana ia
menyerupai susu. Maka Nabi SAW memberitahu bahawa ia memberikan
ketenangan kepada hati dari kesedihan dan kerisauan. Ini merupakan antara
penawar yang diberitahu oleh Nabi SAW.

Antara perkara yang dipentingkan Nabi SAW ketika kesedihan ialah


larangan melanggar batas-batas syariat seperti menjerit, tangisan yang
melampau, mengoyakkan pakaian, menampar wajah, begitu juga meratap
dan menyebut kata-kata yang tidak beradab dengan Allah SWT. Hal ini
semakin banyak dilakukan oleh manusia dan Nabi SAW keras melarang hal
ini.

Setiap orang yang ditimpa musibah di dunia perlulah memikirkan


tentang perpisahannya dengan Rasulullah SAW. Tiada musibah yang paling
besar melainkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW di dunia ini. Justeru
ingatan ini akan menyedarkan kita akan hubungan kita dengan Rasulullah
SAW di dalam kesedihan dan seluruh aspek kehidupan kita. Maka ini
merupakan makna yang tersurat dan tersirat dari firman Allah SWT
“Katakanlah sekiranya engkau mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya
engkau dicintai Allah SWT.”

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN SUNNAH
MELAYAN ISTERI
Allah SWT tidak ciptakan lelaki yang lebih
kuat daripada Nabi SAW. Manusia menyangka
kekuatan dan kekasaran adalah lambing kelakian,
sebenarnya tidak. Salah satu sudut penting
dalam kehidupan Nabi saw adalah
hubungan baginda dengan isteri-isteri dan
ahli keluarga. Baginda SAW bersabda “Yang
terbaik antara kamu adalah yang berbuat baik kepada ahli keluarganya dan
akulah yang terbaik untuk keluargaku.” Dalam riwayat yang lain, “Yaitu
terbaik antara kamu adalah yang berbuat baik kepada isterinya dan akulah
yang terbaik buat keluargaku.”

Wanita ibarat cahaya bintang dambaan lelaki, tanpanya lelaki akan


hidup dalam kegelapan. Jika kita bercakap tentang romantis, cinta atau
emosi jika kita lihat kepada hidup Nabi SAW kita akan dapati bahawa baginda
adalah insan yang paling lembut, baik hati, terbaik dan sangat pemurah
dalam setiap urusan hidup baginda. Jika nak cari tentang cinta dan
kesetiaan, kita akan menemui cinta baginda SAW kepada Khadijah. Demi
kesetiaan dan cinta, baginda sanggup menyembelih seekor kambing dan
bersabda “Ambillah sembelihan ini dan bahagikannya kepada sahabat-
sahabat Khadijah.” Sekarang, siapa lagi yang fikirkan tentang sahabat-
sahabat isteri?

Kajian membuktikan suami yang mengucupi isterinya setiap pagi hidup


lebih lama daripada mereka yang tidak melakukannya. Manusia mungkin
membayangkan Nabi SAW yang fasih bercakap dan berkeyakinan tinggi.
Orang yang duduk di sebelah baginda seolah-olah ada burung atas kepala
mereka. Salah seorang sahabat membayangkan ini lalu pergi kepada Aisyah
dan bertanya “bagaimana kelakuan kamu bila Bersama dengan Rasulullah?
“Ketika kami Bersama baginda, kami tak sanggup melihat terus ke mata
baginda, Aisyah menjawab : “Di rumah baginda seperti kami semua, baginda
bergurau senda, makan dengan kami dan bersihkan rumah.”

Sekarang ini, adakah lelaki antara kita yang sanggup menyapu lantai
rumah? Kadangkala, apabila lelaki diminta membersihkan rumah atau tandas
ia dianggap sebagai menjatuhkan kelakiannya. Nabi SAW pernah
membersihkan rumah. Baginda juga menjahit pakaiannya. Baginda
menampal pakaiannya dan mengikat sarung pedangnya.
Wanita yang membawa lelaki kepada kebahagiaan. Bila Nabi SAW duduk
Bersama isterinya, baginda akan tunaikan haknya, Baginda menghias diri
untuk mereka dan dengan penuh kelembutan baginda akan bergurau senda
dengan isteri-isterinya. Diriwayatkan bahawa baginda pernah keluar
berlumba berkali-kali dengan Aisyah.

Jika hendak berbicara tentang keindahan cinta, renungilah kehidupan


Nabi SAW ini bukannya cerita yang jarang berlaku dalam hidup Nabi SAW.
Orang mungkin katakana perstiwa itu hanya berlaku beberapa kali saja.
Beginilah seluruh kehidupan perkahwinan baginda SAW.

Pada hari perjanjian Hudaibiah dimerterai, ketika Nabi SAW nak pulang
para sahabat sangat sedih dan begitu juga baginda kerana sahabatnya tak
dengar katanya, Isterinya, Ummu Salamah berkata, wahai Rasulullah,
kenapa kau sedih? Baginda SAW menjawab “Sahabatku buat itu dan ini,”
beliau berkata : “Janganlah pedulikan mereka, ya Rasulullah, keluarlah dan
sembelihlah haiwan kemudian cukurlah kepalamu nescaya mereka akan
ikut.”

Nabi SAW menuruti pandangan Ummu Salamah itu dan ia direkodkan


dalam sejarah bahawa Muhammad Bin Abdullah yang menerima wahyu,
manusia paling bijaksana dan lemah lembut menurut pendapat isterinya
dalam keadaan tertentu.
Nabi SAW takkan keluar bermusafir melainkan ditemani salah seorang
isterinya. Baginda akan membuat undi untuk menentukan siapa yang akan
menemaninya. Ketika menunaikan haji wada’, baginda membawa semua
isterinya bersama-sama.

Nabi SAW tak pernah menganggap bahawa wanita sebagai beban.


Suatu masa, salah seorang isteri Nabi dikatakan isteri itu adalah Safiayyah
beliau nak menaiki unta tapi tak berjaya lalu Rasulullah merendahkan diri
baginda dan menawarkan lututnya untuk membolehkan beliau naik ke
belakang unta tersebut. Kita boleh bandingkan situasi ini dengan membuka
pintu kereta untuk isteri, siapa yang rela hati bukakan pintu untuk isterinya
pada hari ini dengan beranggapan bahawa ia adalah demi mengikut sunnah
nabi…

Peratus wanita di dunia yang didera oleh suami mereka adalah antara
50%-60%. Dalam riwayat-riwayat hidup Nabi SAW baginda tak pernah
walau sekalipun memukul wanita sepanjang hidupnya. Hari ini, jika
seseorang anggap dirinya lelaki lalu memukul wanita dia akan merasakan
dirinya kuat. Katakan kepadanya, lelaki yang seribu kali lebih lelaki dari kamu
iaitu Nabi Muhammad SAW tak pernah mengangkat tangannya ke muka
wanita. Bagindalah insan yang sempurna. Jadi, jika ada lelaki yang
mengangkat tangannya untuk memukul isteri kelakiannya malahan semakin
tercalar. Lelaki yang ingin mencontohi kelakian Nabi SAW, bagindalah
seorang yang mengambil berat, sabar, penyayang, sentiasa tersenyum jika
berjumpa ahli keluarganya. Inilah insan yang sempurna. Nabi SAW ketua
segala lelaki, risaukan kaum wanita. Ini adalah pesanan buat semua wanita,
sesungguhnya Nabi SAW sangat mengasihani kalian berbanding kaum lain
di dunia ini.

Antara amanat terakhir baginda sebelum wafat adalah mengingatkan


kita tentang solat kemudian baginda bersabda: ”Pertahankan wanita dan
berbuat baik dengan mereka.” inilah lambing kehebatan Nabi SAW “Lelaki
terbaik antara kamu adalah yang berbuat baik dengan ahli keluarganya dan
aku adalah yang terbaik untuk keluargaku.” Jika anda nak berada dekat dan
disayangi oleh Rasulullah SAW bergaullah dengan isteri anda dengan
pergaulan yang baik. Bersabar, berlembut dan bermesra dengan mereka.
Berbuat baiklah dengan menunaikan hak-hak mereka. Inilah yang akan
membawa anda lebih dekat dengan Rasulullah SAW kerana cuba mencontohi
baginda dan ini akan melayakkan anda mendapat tempat berdekatan
dengan kolam baginda di hari kiamat kelak insyaAllah.

Allah SWT berfirman: Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah


maka ikutilah nescaya Allah akan mengasihimu. (Ali-Imran : 31)

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN SUNNAH
MEMBACA AL-QURAN

Apabila kamu membaca al-Quran, rasakanlah bahawa ia kata-kata Allah


kepadamu. Subhanallah, setiap orang pasti mendapati sesuatu dari al-
Quran. Seseorang memahami dan menghayati perkara-perkara di dalam al-
Quran,

Berlainan dengan orang lain kerana ini merupakan perkataan Allah kepada
setiap ciptaaNya. Setiap individu pasti mendapati perkara yang berbeza
antara satu sama lain apabila membaca al-Quran. Ummu Salamah telah
berkata bahawa bacaan Rasulullah ialah bacaan yang paling baik huruf demi
huruf.

Setiap huruf diberikan haknya. Ada individu yang membaca al-Quran secara
tergesa-gesa. Kadang-kadang, huruf dimasukkan ke dalam yang lain.
Namun, kamu mestilah membaca Quran agar orang lain mampu mengulangi
bersamamu.

Bacaan Rasulullah disempurnakan bacaan panjangnya. Para sahabat telah


berkata, “Apabila Baginda membaca Bismillahirrahmanirrahim, Baginda
memanjangkan pada kalimah Allaah, ar-Rahmaan, ar-Rahiim.

Setiap mad diberikan haknya. Baginda membacanya


seperti yang diperintahkan Allah. “Dan bacalah al-Quran
secara tartil (bertajwid)”. Baginda SAW membaca suatu
surah dengan penuh tartil sehinggakan ia lebih panjang
dari surah berikutnya ketika membacanya
dengan penuh tartil dan tajwid.
Seorang sahabat, Abdullah bin Mughaffal telah melihat Nabi SAW di dalam
pemandangan yang sangat indah. Baginda sedang menunggang untanya.
Dan membaca surah al-That dengan suara dan bacaan yang lembut dan
berulang-ulang.
Iaitu Baginda membaca al-Quran secara tartil dan berulang-ulang. Ini
dinamakan mengulang. Iaitu Baginda SAW membaca dengan penuh
penghayatan dan ini berlaku semasa baginda sedang duduk di atas untanya
semasa di dalam perjalanan.

Hari ini, kita boleh membaca al-Quran di dalam kenderaan, sambil berjalan
dan dalam setiap keadaan. Namun yang terbaik adalah semasa kita dalam
keadaan yang suci (berwudhu’). Dan menggunakan siwak untuk
membersihkan mulut sebelum membaca al-Quran. Menghadap qiblat,
memakai baju yang bersih, bau yang wangi, dan tempat yang bersih.

Juga membaca al-Quran dengan penuh khusyuk, dan penghayatan.


Menangis atau buat-buat menangis. Kerana Nabi SAW bersabda, “Quran ini
diturunkan dengan penuh kesedihan. Semasa kamu membaca Quran,
menangislah, namun jika engkau tidak mampu, buat-buatlah menangis.”
Iaitu engkau menghayati makna dengan khusyuk.

Dan engkau sekarang sedang mendengar perkataan Allah SWT. Baginda


SAW solat pada suatu malam dan membukanya dengan surah al-Baqarah.
Apabila sampai pada ayat rahmat, maka Baginda memohonnya kepada
Allah.

Apabila sampai kepada ayat yang mengandungi azab, keagungan Allah,


Baginda memohon perlindungan kepada Allah. Apabila sampai pada ayat
tasbih, Baginda akan bertasbih kepada Allah. Ketika Baginda membaca
“Sucikan nama Tuhanmu yang maha Tinggi”.
Maksudnya, Allah sedang meminta kita bertasbih, ianya suatu perintah.
“Sucikanlah nama Tuhanmu yang Maha Tinggi”, maka Baginda mengatakan
“Maha Suci Allah yang Maha Tinggi”

Ketika Baginda membaca “Bukankah Allah sebaik-baik yang menghakimi?”


Baginda berkata, “Bahkan, dan Aku antara yang menyaksikannya” Beginilah
keadaan Nabi SAW dengan al-Quran dan dalam memahami makna-makna
kalam Allah SWT Yang mana lebih baik, membaca al-

Adakalanya Nabi SAW membaca al-Quran sehingga kedengaran suaranya


sampai ke bilik-bilik di sekitarnya. Adakalanya, Baginda membaca secara
perlahan. Baginda pernah menyoal Saidina Abu Bakar,” Bagaimana kamu
membaca al-Quran?” Maka jawabnya, “Aku membaca dengan perlahan
kerana merasakan Allah dekat denganku” Baginda bertanya Umar pula.
Jawabnya. “Adapun aku lebih suka membaca secara kuat sehingga dapat
membangunkan orang yang tidur dan menghalau syaitan.”

Maka bagi setiap individu, membaca al-Quran hendaklah mengikut keadaan


dan tempat. Membaca al-Quran boleh secara kuat/nyaring, perlahan atau
dengan suara yang halus. Al-Quran merupakan nur dari Allah, membacanya
dapat melapangkan jiwa, padanya ada penyembuhan, pelepasan dari
kesusahan, membacanya dapat membaiki keadaan, dapat menghalau
syaitan, dan ruqyah. Jika kamu membaca al-Quran, maka luaskanlah
niatmu, sehingga kamu berhasil mendapat setiap kebaikan dari al-Quran
yang agung ini. Baginda SAW mempunyai hizib dari al-Quran, dan wirid
harian dari al-Quran iaitu Baginda membaca bahagian-bahagian tertentu dari
al-Quran.

Baginda mengkhatamkan al-Quran setiap 3 hari. Begitu juga dengan para


sahabat, mereka khatam dalam masa 7 hari dan ini juga amalan ramai para
ulama dan orang-orang soleh dalam kalangan ummat ini. Setiap minggu,
mereka membaca (khatam) al-Quran. Mereka telah berkata, “Paling sedikit
bacalah sehari satu juzu’ agar engkau dapat khatam sekali dalam sebulan”.
Nabi SAW pernah disoal, “Apakah amalan yang paling disukai Allah?”
Baginda menjawab, “Al-hal al-murtahil” Apakah ia al-Hal al-Murtahil?”
Baginda menjawab, “Orang yang apabila tamat membaca al-Quran, dan dia
akan terus memulakannya dengan al-Fatihah” iaitu apabila kamu tamat
membaca surah an-Nas, maka serta merta mulakanlah membaca al-Fatihah
dan dia beginilah halnya secara berterusan, khatam demi khatam. Maka
kamu akan sentiasa memulakan Kalam Allah dari permulaan sesudah kamu
selesai (khatam).

Ada individu yang merasa susah untuk membaca al-Quran dengan banyak
setiap hari. Namun, apa yang penting ialah permulaannya. Mulakanlah
dengan satu mukasurat setiap hari. Kemudian selepas satu tempoh , tambah
lagi 2 muka surat, kemudian 3 muka surat. Apa yang penting, kamu
berterusan membaca al-Quran setiap hari. Sehingga terbentuk suatu
hubungan harian antara kamu dan Allah melalui firman-firmanNya. Siapa
yang hidup dengan sesuatu perkara, dia akan mati dan dibangkitkan
dengannya.

Jika kamu membaca al-Quran dan hidup dengannya, nescaya kamu akan
dibangkitkan bersama-sama al-Quran. Ini kerana Quran merupakan cahaya,
pemimpin dan pembimbing manusia ke syurga. Antara nikmat yang besar
yang telah disediakan Allah di syurga, iaitu Allah mengurnikan kita membaca
al-Quran di dalam syurga. Dan antara nikmat yang besar adalah mendengar
bacaan al-Quran Nabi SAW di dalam syurga.

Telah diceritakan bahawa, orang-orang yang beriman berkumpul di suatu


lapangan di dalam syurga. Kemudian Nabi SAW membacakan kepada
mereka Surah Toha seperti yang diriwayatkan, maka apakah perkara yang
paling baik selain mendengar bacaan surah Toha melalui lisan Toha nescaya
ianya merupakan nikmat yang besar.

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN SUNNAH
MENJAGA RAMBUT

Anggota yang mencantikkan manusia ialah rambut. Allah SWT menciptakan


rambut sebagai perhiasan untuk lelaki dan wanita.

CIRI-CIRI RAMBUT NABI SAW


Rambut Nabi SAW berwarna hitam pekat, tidak terlalu kasar atau terlalu
lembut. Rambut baginda SAW beralun ibarat corak alunan pasir di padang
pasir. Rambut baginda SAW dikatakan di paras telinga atau mencecah bahu.
Rambut baginda pernah dilepaskan hingga mencecah belakang badan.

HADIS TENTANG RAMBUT


Sabda Nabi SAW “Jika kamu ada rambut maka hormatilah ia”. Kita mesti
hargai rambut kerana ia adalah nikmat Allah SWT. Kita mesti hargai
penciptaan rambut. Kita patut berhias dengan ciptaan Allah SWT.

CARA NABI SAW MENJAGA RAMBUT


Nabi SAW sangat menjaga rambut. Jika anda rasa dah
terlalu menjaga rambut percayalah bahawa Nabi SAW
lakukan lebih daripada anda. Nabi SAW sentiasa
membawa sikat bersama-sama, baginda akan bawa
sikat ke mana-mana saja. Nabi SAW sering sapu minyak di
rambut, baginda merapikan rambut menggunakan
sikat. Baginda melindungi rambut daripada debu,
baginda tidak suka rambut yang berdebu. Baginda
sukakan kecantikan. Sabda Nabi SAW,
“Sesungguhnya Allah indah dan sukakan
keindahan.” Siapa yang sukakan keindahan bererti
dia suka apa yang disukai Allah dan Rasulullah SAW.
Nabi SAW mempunyai cermin dan cermin itu dibawa ketika baginda
bermusafir. Antara sunnah baginda ketika melihat cermin ialah dengan
bersyukur kepada Allah SWT sambal berdoa :
‫خلُ ِقي‬ ْ ‫خ ْل ِق‬
ِ ّ ‫ي َفح‬
ُ ‫َسن‬ َ ‫َس ْن‬
َ ‫ت‬ َّ ‫اللَّ ُه‬
َ ‫م َكماَ ح‬
“Ya Allah, seperti mana Engkau telah elokkan rupaku elokkanlah juga
akhlakku.”

Menjaga penampilan zahir dan batin, penghayatan terhadap nikmat


kecantikan luaran dan mengaitkannya dengan kecantikan dalaman
merupakan sunnah yang mulia. Jika kita hayatinya, kita akan dapat rasai
kecantikan tersembunyi di dalam diri kita.

CARA NABI SAW MENYAPU MINYAK DI RAMBUT


Antara sunnah Nabi SAW ialah menyapu minyak di rambut. Terdapat ratusan
jenis minyak rambut di pasaran sekarang. Kita menyapu minyak di rambut
kerana ia tuntutan sunnah Nabi SAW. Tetapi minyak zaitun mengandungi
keberkatan selain ia minyak yang digunakan oleh Nabi SAW. Nabi SAW suka
meminyakkan rambut dengan minyak zaitun. Sabda baginda, “Makanlah
zaitun dan sapulah minyak zaitun sesungguhnya ia daripada pohon yang
diberkati.”

Allah SWT menyatakan bahawa terdapat keberkatan pada pokok zaitun.


Rasulullah SAW mempunyai cara yang bagus ketika menyapu minyak.
Semua pergerakan baginda bertujuan untuk kecantikan. Pada setiap
perbuatan tersirat hikmah tertentu. Baginda ambil dan letak minyak di jari
telunjuk kemudian disapukan di bulu kening kanan dan kiri, kemudian
baginda sapu di bahagian bawah bibir. Seterusnya baginda sapu minyak di
mata dan janggut dan akhir sekali baginda sapukan minyak di rambut dan
di anggota badan yang lain. Begitulah cara baginda menyapu minyak. Jika
kita ikuti cara baginda menyapu minyak percayalah bahawa kita akan
merasa dekat dengan Nabi SAW.

MENGUBAH WARNA RAMBUT


Nabi SAW pernah mewarnakan rambut, ketika uban mula tumbuh, di mana
para sahabat katakana jumlah uban itu tidak sampai 20 helai pun. Tetapi
Nabi SAW mewarnakan rambut menggunakan inai sehingga warnanya
berubah. Rasulullah SAW sentiasa suka berhias. Nabi SAW bersabda
“Sesungguhnya Allah indah dan sukakan keindahan” sehingga para sahabat
bimbang jika ini termasuk dalam perbuatan sombong. Sabda baginda,
“Sombong kerana menghina hak,” ia tidak berkaitan dengan perbuatan
berhias dengan memakai pakaian elok dan merapikan rambut ini bukan
perbuatan sombong malahan ini adalah sunnah Nabi SAW.

GAYA RAMBUT
Nabi SAW menegah daripada menggayakan sesetengah gaya rambut kerana
pada asalnya ia bercanggah dengan fitrah. Agama kita agama yang indah,
contohnya botak separuh maknanya hanya sebahagian kepala dibotakkan
samada di bahagian atas, sisi atau belakang. Perbuatan ini haram kerana
bercanggah dengan fitrah.
Allah SWT ciptakan kita dengan rambut yang penuh. Kenapa perlu
dibotakkan sebahagiannya? Perkara ini perlu diberi perhatian.

SUNNAH YANG DIABAIKAN


Antara sunnah yang sering diabaikan manusia ialah menanam rambut. Kita
disunatkan menanam rambut dan kuku setelah dipotong kerana kuku dan
rambut sebahagian daripada manusia. Kita ditanam setelah meninggal
sebagai tanda hormat, begitu juga kita harus hormati anggota badan.
Dikatakan bahawa anggota badan ini akan kembali kepada tuannya di hari
pertemuan dengan Allah SWT.

Kita semua sukakan kecantikan. Kita ingin berhias. Kita ingin mencantikkan
rambut. Ada yang suka simpan rambut panjang ada pula yang suka rambut
pendek. Tidak mengapa simpan rambut panjang kerana Nabi SAW turut
menyimpan rambut. Hendak potong pendek pun tak mengapa kerana
Rasulullah SAW juga pernah potong rambut. Niat mencontohi Nabi SAW
itulah yang mencantikkan anda. Berhias untuk mencontohi Nabi SAW turut
termasuk dalam makna ayat al-Quran ini “Katakanlah, jika kamu sayang
Allah, maka ikutilah aku nescaya kamu akan disayangi Allah.”

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN SUNNAH
MINUM AIR

Bagaimana kekasih kita Nabi Muhammad SAW minum? Allah SWT berfirman,
“Dan Kami jadikan dari air setiap benda hidup” Air ialah rahsia kehidupan
yang diciptakan Allah SWT di dunia ini. Dan Nabi SAW merupakan rahsia
kehidupan dalam bermuamalah (pergaulan) dengan Allah SWT. Allah SWT
telah berfirman: “Dan kami jadikan dari setiap air benda hidup.”

Bahawa Nabi SAW sangat mementingkan air, iaitu Baginda memerlukan air
yang bersih dan mementingkan air yang bersih. Dan Sunnah ini
mengandungi kebaikan yang besar, kerana ia memberi kesan yang besar
kepada kesihatan manusia dan tubuh badan manusia kebanyakkannya
adalah air.

Antara adab-adab minum ialah tasmiyah, iaitu menyebut


nama Allah SWT sebelum minum dan memuji Allah
selepasnya. Dan Nabi SAW minum duduk dan
menyuruh manusia untuk minum dalam keadaan
duduk. Benar, Baginda pernah minum berdiri,
namun itu untuk menerangkan keharusan.
Namun suruhan Baginda yang lebih utama
adalah minum sambil duduk.

Antara adab-adab Nabi SAW semasa minum


ialah minum dengan tangan kanan, dan
Baginda berpesan kepada kita, “Makan dan
minumlah dengan tangan kanan kerana
syaitan makan dan minum dengan tangan
kiri”. Maka inilah beza antara kita dan syaitan.
Nabi SAW minum dengan tiga nafas, iaitu Baginda minum kemudian
menjauhkan bekas dari mulutnya dan bernafas, kemudian baginda minum
lagi. Dan begitulah Sunnah Baginda. Di dalam sebahagian riwayat, bahawa
Baginda menyebut nama Allah dan memuji Allah pada setiap tegukkan
sebelum dan selepasnya.

Dan ketika ditanya kepada Nabi SAW tentang minum dengan 3 nafas,
Baginda bersabda, “Abra’ (Melepaskan penyakit), Arwa (Menghilangkan
haus), dan Amra (Menguatkan sistem pencernaan). Iaitu, ianya menambah
kesihatan manusia dan memudahkan air masuk ke dalam tubuh badan
mereka. Dengan itu, ia menyejukkan rongga manusia. Dan antara Sunnah
Nabi SAW menghirup air dengan beberapa hirupan, maka Baginda tidak
minum air sekaligus atau minum kesemuanya dalam satu teguk sahaja. 70%
dari badan manusia terdiri daripada air.

Daripada adab-adab Nabi SAW, jika Baginda minum susu, Baginda akan
minum air selepas itu. Baginda berkumur-kumur dengannya dan berkata, “Di
dalamnya (susu) ada lemak”. Baginda SAW sangat menitikberatkan
kebersihan mulutnya dengan berkumur-kumur dan minum selepas minum
minuman yang berlemak.

Dan dari sunnahnya selepas minum ialah berdoa dengan doa yang baik dan
mengingati Allah dengan zikir yang mulia.

ً ‫حا ُأجا‬
‫جا بذنوبِنا‬ ْ ‫هلل الَّذي جعله‬
ً ‫عذبًا ُفراتًا برحمتِه ولم يج َع ْله ِمل‬ ِ ‫الحم ُد‬

“Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air yang baik dan segar
dengan rahmatnya, dan tidak menjadikan ia masin dengan dosa-dosa kami.”
Perasaan bahawa Allah SWT telah memuliakanku dengan air yang segar ini
sedangkan aku tidak berhak mendapatkan kerana dosaku mungkin boleh
mengubah air ini. Namun Allah SWT tidak berbuat demikian malah
memuliakan kita. Perasaan ini sangat indah dalam mensyukuri nikmat Allah
SWT.
Antara adab-adab minum yang agung dan menakjubkan, Baginda SAW
bersabda, “Orang yang menuang minuman, mereka minum yang terakhir.”
Jika kamu mahu menuang minuman kepada orang lain, maka engkau orang
terakhir yang minum. Dan ini adalah Sunnah dan perbuatan Nabi SAW.

Terdapat perkara-perkara yang dibenci oleh Nabi SAW semasa minum


antaranya ialah meniup kepada minuman/kuah. Manusia meniup benda
yang panas untuk menyejukkannya, maka ini dibenci oleh Nabi. Dan dengan
itu, bernafas di dalam bekas minuman dan minum dari mulut cerek.
Contohnya, jika terdapat bekas yang besar dan ramai yang minum darinya,
dan Baginda membenci mereka yang minum dari mulut bekas itu, kerana ini
menjijikkan untuk orang lain.

Tahukah anda bahawa air di dalam tab mandi bersamaan dengan 800 gelas
air? Allah SWT berfirman kepada kita, “Makan dan minumlah dan jangan
membazir.” Terdapat sebahagian perbuatan yang bersalahan dengan firman
Allah dan Sunnah Nabi contohnya, meninggalkan banyak botol-botol kosong
yang mempunyai baki air dan membuangnya, menggunakan air secara
membazir dan perkara-perkara kemewahan. Maka berapa ramaikah manusia
yang tidak mempunyai bekalan air bersih?

Nabi SAW menyukai minuman manis yang sejuk. Apabila ditanyakan kepada
Baginda SAW, apakah minuman yang disukainya, Baginda menjawab,
“Minuman manis yang sejuk.” Maka Baginda SAW mencampurkan air dengan
kismis atau kurma atau madu pada waktu malam dan Baginda meminumnya
pada waktu siang. Baginda bersabda, “Air ini akan menjadi manis dengan
adanya manisan ini.”

Bahawa Nabi SAW menyukai susu dan Baginda selalu meminumnya dan
menyejukkannya dan mencampurkannya dengan air sejuk. Maka Baginda
SAW cenderung kepada perkara ini. Antara minuman yang diminum oleh
Nabi SAW ialah Sawiq iaitu tepung gandum apabila dicampur dan larut di
dalam air, maka diminumnya ia memberi kesan kepada kelapangan dada
dan kecergasan badan.

Ketika kita mengingati Sunnah-sunnah minum Baginda SAW, kita


menghayati bahawa cara minum kita adalah mengikuti Sunnah Nabi dan
mencintai Baginda sehingga meresap ke dalam jiwa kita. Dan kita berharap
dengan beramal dengan Sunnah-sunnah minum Nabi SAW, agar kita dapat
minum sebaik-baik air dari telaganya, dengan tangan Baginda yang mulia
pada hari kiamat, air yang dapat menghilangkan dahaga buat selama-
lamanya.

Katakanlah (Muhammad), jika engkau mencintai Allah, maka ikutilah aku,


kamu akan dicintai Allah.”

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN SUNNAH
BERMUSAFIR
Nabi SAW bersabda : Bermusafir adalah satu penyeksaan. Namun begitu
Nabi SAW menyatakan kepada kita bermusafir juga mempunyai banyak
faedah. Sabda Nabi SAW : Bermusafirlah agar kamu sihat dan beruntung,
dan satu riwayat lain : Bermusafirlah agar kamu sihat dan sejahtera

Tujuan perjalanan adalah baik dan betul. Jika musafir tanpa arah
tujuan sudah tentu dia tidak menepati tujuan baik yang disebutkan oleh
Rasulullah SAW.

Jika seseorang ingin bermusafir dia sepatutnya menunaikan solat


sunat 2 rakaat di rumah sebelum bermusafir. Sabda Nabi Muhammad
S.A.W, ” Perkara yang terbaik yang ditinggalkan oleh seorang lelaki kepada
ahli keluarganya apabila dia bermusafir ialah menunaikan solat 2 rakaat”.
Inilah langkah pertama yang dilakukan sebelum seseorang itu keluar dari
tempatnya.

Anatara sunnah Rasulullah S.A.W. ialah baginda suka bermusafir pada


hari Khamis dan tidak suka bermusafir pada hari Jumaat. Seseorang
sepatutnya tidak bermusafir pada hari Jumaat, menyebabkan dia gagal
menunaikan solat Jumaat.

Nabi S.A.W. bersabda,


“Bermusafirlah di malam
hari kerana ia
memendekkan perjalanan”.
Kebiasaannya perjalanan
dimudahkan di malam hari.
Benarlah sabda Nabi S.A.W. bahawa jarak menjadi singkat di malam hari.

Antara perkara sunat dalam bermusafir ialah seseorang perlu


membawa bersamanya beg kecil berisi keperluan asas untuk dirinya. Setiap
kali bermusafir, Nabi S.A.W. membawa beg kecil berisi siwak. Baginda
sentiasa membawa siwak ketika bermusafir. Baginda juga membawa sikat,
cermin, celak dan kayu wangi. Kayu wangi ini dianamakan Al-Midra,
dengannya baginda meleraikan rambut. Dan beberapa peralatan dan barang
keperluan

Kemudian mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga, dengan


memohon penjagaan daripada Allah S.W.T. Inilah sunnah yang dibaca oleh
Nabi S.A.W. kepada beberapa sahabat, “Aku pohon agar kau dijagai Allah
S.W.T. yang takkan hilang jagaan daripadaNya”. Sesungguhnya Allah SWT
akan memelihara setiap jagaan-Nya.

Sunat bagi meminta didoakan oleh orang musafir. Sesungguhnya


Rasulullah S.A.W. meminta salah seorang sahabatnya iaitu Umar Al-Khattab
agar mendoakannya ketika dia berangkat untuk bermusafir apabila dia
datang meminta izin daripada Rasulullah S.A.W. Lalu Nabi S.A.W. bersabda,
“Saudaraku, janganlah kau lupa untuk mendoakan kami. Rasulullah S.A.W.
sendiri meminta sahabatnya mendoakan untuknnya.

Apabila keluar dari rumahnya, sunat kita membaca basmalah. ‘Dengan


nama Allah aku beriman dan bertawakal kepada Allah dan tiada yang
berkuasa melainkan Allah’. Riwayat lain : Aku berpegang kuat kepada Allah.
Apabila mula menaiki kenderaan untuk bermusafir, berdoalah dengan doa
musafir. Terdapat banyak doa dan zikir bermusafir.

Bagi yang bermusafir, jika mudah baginya, agar memilih teman


perjalanan yang pekerti. Sunat bagi yang bermusafir secara berkumpulan
agar seorang daripada mereka menjadi ketua. Jika jumlah mereka 3 orang
ke atas, mereka perlu bermesyuarat untuk memilih ketua. Sebagai pemimpin
dan menyusun program perjalanan mereka. Inilah Sunnah Rasulullah SAW
Juga salah satu Sunnah yang kini dilupai oleh kita.

Antara sunnah lain Rasulullah S.A.W. dalam bermusafir ialah sunat kita
bertakbir ketika pada paras ketinggian dan bertasbih ketika turun keparas
rendah.Ketika menaiki kapal terbang apabila dia mula berlepas dan terbang
tinggi, sunat bagi kita bertakbir, Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Dan bertasbih ketika turun, Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!. Begitu
juga kalau kereta kita mendaki bukit, jejantas atau kawasan tinggi. Sunat
bertakbir setiap kali naik ke atas. Dan bertasbih ketika menurun. Juga sunat
digunakan di mana-mana tempat dan Bandar.

Juga di antara sunnah Nabi S.A.W. ialah Al-Huda’ (nyanyian musafir).


Diketahui, antara sunnah Nabi S.A.W. ialah mendengar nyanyian. Sebagai
bukti bahawa Nabi S.A.W. suka mendengar nyanyian ketika dalam
perjalanan. Rasulullah S.A.W. inginkan kita dalam suasana yang baik.
Merehat dan menenangkan dirinya daripada suasana tegang yang mungkin
dialami ketika bermusafir.

Nabi S.A.W. mengajarkan kita, apabila memasuki sesuatu pekan atau


kampung kita disunatkan berdoa kepada Allah S.W.T. Setiap kali baginda
memasuki sesuatu negara atau kampung, baginda akan berdoa agar Allah
permudahkan perjalanannya. Jika seseorang itu mengamalkan sunnah ini,
Allah akan lindunginya setiap kali dia melalui sesuatu kawasan.

Nabi S.A.W. juga berpesan agar kita membawa balik hadiah. Pastikan
ada hadiah ketika balik daripada bermusafir. Biarpun hadiah tersebut hanya
kecil tetapi amat bernilai bagi ahli keluarga, kanak-kanak, sanak saudara dan
rakan karib. Hadiah mengeratkan hati manusia. Terutama apabila pulang
dengan membawa hadiah. Ramai yang pulang dengan membawa hadiah.
Tetapi siapa antara kita yang merasai ia adalah sunnah dan ikutan daripada
Rasulullah S.A.W.
Inilah keistiewaan kepada yang tahu dan belajar tentang sunnah Nabi
S.A.W. Apabila kita melaksanakan salah satu daripada sunnah ini, kita dapat
merasai perjalanan kita dalah perjalanan yang luar biasa. Dipenuhi dengan
berbagai manfaat dan faedah dan keagamaan dan mencontohi penghulu
para nabi S.A.W.

Katakanlah jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan
mencintai kamu. (Surah Al-Imran: 31)

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN SUNNAH
PAKAIAN
Nabi SAW seorang yang indah dan cantik serta baginda indah dalam
setiap aspek. Antara keindahan Nabi SAW ialah adabnya dengan
pakaiannya.

Baginda SAW menyukai warna putih dan juga warna hijau. Nabi SAW
memakai pakaian berbelang merah dan hijau. Nabi SAW juga memakai
warna hitam. Nabi SAW memakai serban, songkok dan kopiah.
Nabi SAW memakai gamis dan gamis yang paling disukai Nabi
SAW ialah baju (jubah). Ini merupakan baju yang paling
disukai Nabi SAW. Nabi SAW juga memakai ‘hullah’ iaitu
potongan selendang dan kain.

Seorang sahabat telah berkata “Aku tidak pernah


melihat seorang yang memakai hullah merah di malam
yang gelap lebih indah dari Rasulullah SAW”. Nabi SAW
juga memakai jubah dan menutup kepalanya dengan
selendang. Beginilah keadaan Nabi SAW dan Nabi SAW
mempunyai adab dengan pakaiannya.

Nabi SAW memakai pakaian, baju dan seluar


bermula dari sebelah kanan sebelum sebelah kiri dan
menyebut nama Allah SWT (membaca basmalah).
Baginda SAW membaca doa ketika memakai pakaian,
‫الحمد للا الذي كساني هذا ورزقنيه من غير حول مني‬
‫وال قوة‬
“Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku
pakaian ini dan memberiku rezeki tanpa daya dan
kekuatan dariku”
Jika pakaian itu baru, Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT agar
menjadikan kebaikan padanya dan menjauhkan ia dari keburukan. Apabila
Nabi SAW berjumpa dengan mereka yang memakai baju baru Nabi SAW
berdoa kepadanya
‫عش حمي ًدا و ِمت شهي ًدا‬
ِ ‫البَس جدي ًدا و‬
“Pakailah pakaian baru, hiduplah dengan kemuliaan dan matilah
sebagai syahid.

Beginilah sifat Rasulullah SAW, semua perkara ini adalah untuk


menunaikan perintah Allah SWT kerana manusia memakai pakaian untuk
menutup auratnya dan sebagai perhiasan. Seperti yang telah diperintahkan
Allah di dalam firmanNya, “Kami telah menurunkan pakaian untuk menutup
auratmu” (al-A’raf : 26). Allah SWT telah berfirman, “Pakailah pakaianmu
yang indah setiap kali ke masjid” (al-A’raf : 31).

Maka manusia berhias dengan pakaian yang baik tanpa berbangga-


bangga dan bermegah-megah. Nabi SAW berjumpa dengan seorang yang
berpakain lusuh. Nabi SAW bertanya, “Adakah engkau tidak mempunyai
harta? Jawabnya, “Ya, aku mempunyai harta.” “Maka mengapa engkau
tidak menzahirkan nikmat Allah kepadamu? “Dan dengan nikmat Allah, maka
ceritakanlah”. Sesungguhnya Allah SWT suka melihat kesan nikmatNya ke
atas hamba-hambaNya.

Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang memakai pakaian kemahsyuran di


dunia, nescaya Allah memakaikannya pakaian kehinaan pada hari kiamat.

Antara Sunnah Rasulullah SAW apabila Nabi SAW memakai baju baru
Baginda menyedekahkan pakaian yang lama. Tidak seperti ramai orang
pada hari ini yang mempunyai pakaian yang begitu banyak di dalam almari
mereka, Nabi SAW hanya memiliki pakaian yang sedikit. Ada ketikanya, Nabi
SAW meminjam pakaian daripada para sahabatnya.
Antara adab Nabi SAW di dalam berpakaian adalah Nabi SAW hanya
memakai pakaian yang sedia ada, iaitu Nabi SAW tidak suka berlebih-lebihan
dalam berpakaian. Sebahagian manusia berlebih-lebihan dalam berhias.
Ini bukanlah dari Sunnah Nabi SAW bahkan Nabi SAW bersederhana di
dalam berpakaian dan Baginda SAW tidak suka berbangga-bangga.

Maka Nabi SAW melarang kita memakai pakaian kemahsyuran. Nabi


SAW bersabda “Sesiapa yang memakai pakaian kemahsyuran di dunia,
nescaya Allah memakaikannya pakaian kehinaan pada hari kiamat.” Baginda
tidak memakai pakaian untuk berbangga. Baginda mengelakkan dari
‘menyerupai’ kaum wanita. Kaum wanita tidak menyerupai kaum lelaki.
Kaum lelaki tidak menyerupai perempuan pada warna atau cara berpakaian.
Apa yang diketahui daripada pakaian wanita, hendaklah lelaki menjauhkan
diri daripadanya. Apa yang diketahui untuk lelaki, haruslah bagi wanita
menjauhinya.

Nabi SAW melarang kaum lelaki untuk memakai sutera. Barang siapa
yang memakainya di dunia, Allah akan mengharamkan sutera baginya pada
hari akhirat.
Nabi SAW juga melarang kaum lelaki melabuhkan pakaiannya melebihi
paras buku lali. Baginda bersabda: “Apa yang di bawah buku lali, maka
nerakalah tempatnya” Nabi SAW mengangkat pakaiannya dengan penuh
tawaddhu’ dan beradab dengan Allah SWT.

Maka bagi wanita hendaklah mereka melabuhkan dan memanjangkan


pakaiannya dan bagi lelaki pula memendekkan dan mengangkatnya.
Beginilah Sunnah Baginda SAW.

Baginda SAW melarang daripada lukisan. Jika Nabi SAW menjumpai


salib, maka akan dimusnahkannya. Maka harus bagi mereka yang ingin
memakai pakaian yang mempunyai tulisan atau lukisan memastikan apa
yang ditulis dan dilukis agar ia tidak bertentangan dengan Sunnah Nabi SAW.
Sepertimana Nabi SAW menyukai sebahagian warna, Nabi SAW juga
membenci sesetengah warna yang lain. Baginda SAW membenci warna
merah pekat. Nabi SAW juga membenci warna kuning bagi lelaki. Kita
perlulah mengambil perhatian terhadap warna-warna yang dibenci
Rasulullah SAW.

Pada hari ini, para saintis telah menemukan bahawa warna


mempengaruhi tabiah dan perbuatan manusia. Maka apa yang terbaik ialah
menyukai perkara yang disukai Rasulullah SAW. Nabi SAW bersabda :
Sesungguhnya Allah itu cantik dan dia menyukai kecantikan.

Allah SWT berfirman kepada kekasihnya, “Dan pakaianmu, maka


sucikanlah” Nabi SAW mencintai kebersihan pada pakaiannya, begitu
jugalah bagi seluruh orang beriman yang mengikuti Nabi. Dan barang siapa
yang beramal dengan Sunnah Rasululah pada pakaian zahirnya, kita
berharap agar Allah memuliakannya dengan pakain batin yang telah
disebutkan oleh Allah di dalam firmanNya, “Dan pakaian taqwa itulah sebaik-
baik pakaian.” (al-A’raf : 26).

Kita juga berharap apabila kita beramal dengan Sunnah Nabi di dalam
berpakaian dan dimuliakan Allah dengan pakain batin, kita akan
memperolehi kemuliaan dan rahsia firman Allah “Katakanlah (Muhammad)
jika engkau menyintai Allah, ikutilah aku, nescaya engkau dicintai Allah”.
Jadi kita ‘memakai’ maksud firman Allah ini di dalam seluruh kehidupan kita,
Insha Allah.

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN SUNNAH
PENGLIHATAN
Nikamt penglihatan adalah nikmat yang terbesar daripada nikmat-
nikmat Allah SWT kepada kita yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit
yang paling banyak. Allah SWT memerintahkan dalam al-Quran agar
manusia menggunakan mata untuk berfikir tentang kehebatan & kekuatan
Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW mempunyai mata yang cantik, mata yang besar,
mata Rasulullah SAW juga luas, hujung mata baginda panjang, hitam dan
lebat. Mata Baginda SAW cantik. Bersama-sama kecantikan ini adalah
kecantikan pandangan Baginda SAW.

Kepada apakah ditujukan pandangan Nabi SAW? Nabi SAW suka


memandang kepada kehijauan, epal yang merah, dan Baginda SAW suka
melihat kepada air yang mengalir iaitu Nabi SAW suka melihat kepada
kecantikan dan pemandangan-pemandangan yang baik, kerana ia memberi
kesan kepada diri dan hati serta manusia dapat hidup dalam ketenangan dan
kerehatan.

Nabi SAW memandang orang lain dengan pandangan rahmat.


Pandangannya dipenuhi rahmat. Kerana pandangan manusia memberi
makna kepada manusia;
pandangan rahmat, kasih sayang,
kemarahan, tipu daya dan
sebagainya. Sesungguhnya
pandangan Nabi SAW kepada
manusia merupakan pandangan
rahmat.
Bagaimana pandangan Nabi SAW. Bahawa Nabi SAW memandang
kepada orang lain hanya seketika, iaitu memandang mereka dengan rasa
malu dan tidak menajamkan pandangannya kepada orang lain, tetapi
Baginda SAW melihat mereka dengan pandangan yang lembut.

Daripada sunnahnya SAW bahawa pandangan Baginda SAW banyak


menghala ke bumi daripada ke langit, Baginda SAW sangat tawadhu’ dan
beradab dengan Allah. Baginda SAW tidak banyak melihat kepada perkara-
perkara dunia, Jika Baginda SAW melihat perkara dunia yang
menakjubkannya, maka Baginda SAW mengucapkan “Tiada kehidupan yang
lebih baik daripada kehidupan akhirat”.

Allah SWT mengajar Nabi SAW “ Jangan engkau memandang


melainkan apa yang Kami telah berikan kepadamu iaitu pasangan-
pasanganmu, perhiasan kehidupan dunia”. Mata adalah saluran ke hati. Nabi
SAW sangat mulia, Pada hari ini, mata kita disibukkan memandang banyak
perkara tanpa berfikir. Mata ialah saluran ke hati.

Setiap perkara yang dilihat akan dicetak ke dalam hatimu. Lihatlah


bahawa hatimu begitu berharga bagimu. Apa yang dilihat akan dicetak ke
dalam hatimu. Mata ini ialah alat pencetak ke hati. Sebahagian manusia suka
memandang perkara-perkara yang tidak penting. Jika seseorang banyak
melihat perkara-perkara yang bermanfaat dan berfaedah pandangan ini
akan membawa kepada banyak faedah dan ilmu.

Mukjizat-mukjizat Penglihatan Nabi SAW. Nabi SAW melihat bintang-


bintang apa yang tidak dapat dilihat oleh manusia dari bilangan bintang-
bintang. Manusia melihat 7 bintang tetapi Baginda melihat 11 atau 12
bintang. Nabi SAW bersabda, “Berdiri tegak dan luruskan sofmu,
sesungguhnya aku melihatmu dari belakang badanku seperti mana aku
melihatmu dari depanku.”
Mata yang sibuk ambil tahu. Ramai manusia, jika seseorang membuka
telefon bimbitnya, maka orang di sebelahnya sibuk melihat apa yang tertulis
di telefonnya. Jika seseorang melalui sebuah rumah yang terbuka, dia sibuk
mengintai ke dalam rumah itu.

Perbuatan suka mengintai ini dilarang oleh Allah SWT, Allah SWT berfirman,
“Jangan mengintai”.

Kesan mata. Mata dan penglihatan mempunyai rahsia dan kesan.


Apabila seseorang memandang sesuatu dengan pandangan hasad dan
ta’ajub dengannya mungkin ia boleh menyebabkan kemudharatan.

Oleh itu, jika kamu melihat sesuatu yang engkau kagumi, maka
ucapkanlah “MashaAllah, Tabarakallah”, atau mengingati Allah SWT dan
berselawat ke atas Nabi SAW, sesungguhnya ini adalah kezaliman yang
boleh memudharatkan melalui penglihatan, dapat terjadi dan dihapuskan
dengan izin Allah SWT.

Pandangan yang mengandungi hasad dan zalim boleh memudharatkan


dan pandangan yang dipenuhi rahmat dan kasih sayang boleh memberi
manfaat dengan izin Allah SWT.

Penjagaan Mata Nabi SAW. Penglihatan adalah antara nikmat yang


terbesar dari Allah SWT, Maka memerlukan penjagaan dan bantuan kerana
Nabi SAW menjaga mata Baginda. Maka Baginda SAW menggunakan ithmid
dan celak. Nabi SAW bersabda kepada kita, “Bercelaklah kamu dengan
ithmid, kerana ia mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata”.

Ini adalah Sunnah Nabi SAW yang perlu kita titik beratkan kerana Nabi
SAW tidak pernah meninggalkan celak walaupun dalam musafir kerana
Baginda SAW membawa celak bersamanya. Dan daripada Sunnah Baginda
SAW bahawa Baginda bercelak, mata kanan sebelum mata kiri dan Baginda
SAW bercelak 3 kali kanan, dan 3 kali kiri atau 3 kali kanan, 2 kali kiri.
Apa yang penting, Baginda SAW suka melakukan amalannya secara
ganjil. Mungkin kita telah melupakan Sunnah ini, maka siapa yang
mengamalkannya, dia telah menghidupkan Sunnah kekasih kita SAW.

Penglihatan ialah kunci kepada Ilmu. Nabi SAW telah duduk pada suatu
malam, dan Baginda melihat bulan purnama di langit, Baginda berkata
kepada para sahabat, “ Adakah kamu melihat bulan itu?”, mereka menjawab,
“Ya, Wahai Rasulullah” Baginda bersabda, “Sesungguhnya kamu akan
melihat Tuhanmu di syurga, seperti kamu melihat bulan ini yang tidak
pernah kamu lihat sebelumnya.

Tuhan kita telah memuliakan Nabi SAW pada malam Mi’raj dengan
melihat kepada wajahNya yang mulia. Dan kita berharap dengan mengikut
Sunnah Nabi SAW dan mengikut Sunnah penglihatannya SAW Allah akan
memuliakan kita untuk memandang wajahNya bersama-sama Nabi SAW
maka kita akan mendapat kedudukan yang tertinggi di dalam firman Allah
SWT, “Katakanlah (Muhammad), jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah
aku, kamu akan dicintai Allah”.

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN SUNNAH
PERCAKAPAN
Rasulullah SAW baik dalam bertutur, baik dalam berkata-kata. Baginda
SAW suka menggunakan lafaz dan perkataan yang begitu baik, cantik dan
lembut. Bayangkan, jika ada insan yang cuba menggantikan perkataan
tersebut dengan perkataannya, pasti takkan dia temui. Sebaik-baik
pertuturan adalah milik Nabi SAW

Allah SWT berfirman kepada Nabi-Nya SAW “Katakanlah kepada


hamba-hambaku, ucapkanlah perkataan yang lebih baik, sesungguhnya
syaitan itu menimbulkan perselisihan antara mereka.” Ayat ini seakan-akan
ingin memberitahu kita berkata-katalah dengan baik kerana syaitan
menggunakan pertuturan dan lafaz kamu untuk menimbulkan perselisihan.

Oleh itu, kita lihat ramai yang menghadapi masalah disebabkan mulut
mereka. Ada individu yang menggunakan ayat tertentu tapi di salah erti oleh
individu yang lain. Allah SWT berfirman : Katakanlah kepada hamba-hamba-
Ku, Ucapkanlah perkataan yang lebih baik.

Salah satu adab Nabi SAW, kadang kala


mewakilkan orang lain untuk bercakap. Jika
Nabi SAW ingin menegur beberapa
kesalahan syarak yang dilakukan oleh
orang lain, Baginda SAW tidak
menegurnya terus tetapi Baginda akan
berkata : Kenapa mereka melakukan
begitu? Baginda hanya bertanya dan
tidak suka menyebut keburukan orang
lain.
Salah satu adab Nabi SAW kadangkala apabila ingin memberitahu
seseorang yang dia ada melakukan kesalahan baginda akan bercakap
dengan orang yang rapat dengan individu tersebut supaya bukan Baginda
yang menegur kesalahan individu tersebut.

Manusia yang berjaya ialah yang menutup mulutnya sebelum orang


lain menutup telinga mereka. Kini, sebahagian kita lebih suka pertuturan
yang kasar, maksudnya mereka tak sukakan pertuturan yang baik.
Sebahagian kita berubah kerana tidak memahami ini adalah Sunnah Nabi
SAW. Sebab itulah sebahagian kita menjadikan perkataan yang tak elok,
kejian dan kutukan, juga ungkapan yang pelik sebagai sapaan antara
mereka.

Bagi mereka inilah penampilan terbaik dan sesuai untuk pemuda.


Sahabat Nabi SAW bernama Jabir telah bertemu Nabi SAW dia berkata
kepada Nabi : Ya Rasulullah, berika peringatan kepadaku, Nabi SAW
bersabda kepadanya : Janganlah kau mencela orang lain. Maka dia berkata :
Demi Allah, sejak itu aku tidak pernah mencela orang lain sama ada dia
lelaki, perempuan, orang merdeka, hamba atau haiwan bermaksud, dia
setelah itu tak pernah mencela, hinggakan haiwan pun sudah tidak dicela
olehnya. Dia memahami peringatan daripada Nabi dan sejak itu, dia tidak
pernah mencela sesiapa pun.

Pernah seorang wanita mengutuk binatangnya, iaitu seeokor unta


telah dilaknatnya, lalu Nabi SAW bersabda: Turunkan barang daripada unta
tersebut dan lepaskannya, unta yang dilaknat tak patut berjalan bersama
kita. Maka unta tersebut berjalan bersendirian kerana Nabi tak redha unta
itu bersama dalam kumpulan.

Otot tubuh yang paling kuat dalam tubuh manusia ialah lidah. Nabi
SAW bersabda mungkin satu pertuturan daripada seorang lelaki
membuatkan khalayak ramai ketawa akan menghumbankan dia ke dalam
api neraka yang lebih jauh dari gugusan bintang.
Kadangkala manusia ingin berjenaka untuk membuatkan orang lain
ketawa maka dia menggunakan lafaz yang biadap terhadap Allah SWT atau
yang tak layak terhadap Allah.

Nabi SAW melarang kita bertutur kepada orang dengan kata-kata


kutukan dan leteran atau kata-kata yang melupakan kita dengan nikmat
yang diberikan Allah kepada kita. Hari ini kita namakannya dengan kata-kata
negatif kerana ia menjatuhkan motivasi masyarakat, menjadikan manusia
sentiasa melihat kegelapan.

Dengan kata-katanya telah memadam perasaan tenang dan


kedamaian yang ada dalam hati manusia. Fikir dahulu sebelum berkata,
ruangkan masa untuk mematangkan pertuturan, kata-kata seperti buah
yang memerlukan masa untuk menjadi matang. Indah sungguh kerana
Sunnah ini masih berterusan. Jika semua pertuturan kamu adalah baik maka
kamu akan sentiasa mencontohi Nabi SAW kerana kamu sentiasa ingin
bertutur dengan kata-kata yang baik.

Setiap percakapan sama ada kepada pegawai, ahli keluarga dan


kanak-kanak adalah apa yang terbuku dari dalam diri manusia. Seperti yang
disebut: “Setiap yang ada di dalam bekas pasti akan membasahi, Lidah
dijadikan bukti, apa yang terbuku dalam hati.”

Hati Nabi SAW adalah yang paling suci sebab itulah tuturnya begitu
suci. Timbangkan, adakah kamu memilih ini atau yang ini? Inilah yang
ditawarkan Allah SWT kepada kita dalam firmannya : Katakanlah, jika kamu
mencintai Allah ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu. Penting untuk kita
fahami iaitu mencontohi Nabi SAW dalam bertutur dan berkata-kata bukan
hanya perbuatan dan keadaan, agar kita dapat mendisiplinkan pertuturan
kita.
Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN SUNNAH
PERKAHWINAN
Perkahwinan adalah antara tuntutan bagi semua manusia, tepai Nabi
SAW dalam hal perkahwinan, Baginda mempunyai Sunnah-sunnah dan
adab-adab. Perkahwinan merupakan semanis-manis, secantik-cantik,
selembut-lembut perkara dan memberi banyak manfaat dan faedah bagi
manusia di dunia dan akhirat.

Tujuan perkahwinan bagi manusia sangat banyak, setiap orang


berkahwin dengan sebab sendiri. Namun Nabi SAW mengangkat tujuan
perkahwinan kepada tingkatan yang tertinggi. Nabi SAW menjadikan
perkahwinan sebagai penghubung antara kita dan Baginda bersabda,
“Berkahwinlah dan ramaikan ummatku, sesungguhnya aku berbangga
denganmu, umatku pada hari kiamat”.

Bayangkan, dengan berkahwin kamu telah meramaikan ummat Nabi


SAW dan Baginda gembira denganmu. Anda adalah antara sebab
kebanggaan Nabi SAW. Bayangkan Nabi SAW berbangga dengan ummatnya
pada hari kiamat, dan engkau merupakan sebab kebanggaan Nabi SAW,
engkau akan memperolehi ganjaran yang baik
daripadaNya.

Antara tujuan terpenting perkahwinan ialah


sebagai pelindung. Apabila engkau berkahwin,
niatkanlah ia sebagai melindungi dan memelihara
dirimu, melindungi dan memelihara gadis-gadis
muslimah. Tujuan ini merupakan tujuan yang
besar dalam membaiki masyarakat dan menjadi
banteng kepada perkara-perkara buruk yang
menimpa sesuatu masyarakat.
Perkara terpenting di dalam perkahwinan yang menentukan
kebahagiaan yang berpanjangan ialah proses pemilihan. Memilih calon yang
sekufu sangat penting bagi setiap pemuda dan pemudi. Nabi SAW
memberikan kita isyarat dan garis panduan di dalam memilih, jadi kita mesti
mengambil perhatian tentang hal ini. Nabi SAW bersabda, “Seorang wanita
dikahwini kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya,
maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia.”

Apabila seseorang berkahwin kerana kecantikan, jadilah kecantikan itu


lebih darinya. Apabila dia berkahwin kerana keturunan, mungkin keturunan
itu akan hilang dan dia menjadi hina kerana sesuatu sebab. Sekiranya dia
berkahwin kerana hartanya, mungkin dia akan menjadi hina dan miskin
disebabkan itu. Namun jika mengahwini seseorang kerana agama pasti ada
keberkatan padanya.

Nabi SAW mengingatkan kita akan hal yang penting. Nabi SAW
bersabda, “Berhati-hatilah dengan ‘hadraauddiman (hijau yang buruk)!”
Apakah ia ‘hadraauddiman’ wahai Rasulullah? Perkataan yang menimbulkan
tanda tanya. Nabi bersabda ‘wanita cantik yang hidup dalam persekitaran
yang buruk’. Ia adalah pokok yang hijau namun ditengahnya rosak. Ia
dijangkiti tumbuhan perosak. Contohnya seorang wanita yang cantik namun
dididik dengan buruk, maka berhati-hatilah!

Adapun bagi seorang wanita, dia juga perlu memilih calon suaminya.
Nabi SAW bersabda, “Jika datang kepadamu seorang lelaki yang baik
agamanya dan bertanggungjawab, maka kahwinilah dia!” Jika ada padanya
agama, akhlak dan amanah, dia memelihara hakmu dan takutkan Allah,
apabila dia datang meminang maka terimalah dia.

Nabi SAW telah menyebutkan satu ungkapan penting yang perlu diberi
perhatian dan penekanan. “Jika kamu tidak menerimanya, maka ia akan
menjadi fitnah dan kemusnahan yang besar di atas muka bumi ini”
Pada hari ini, kita mengetahui akan perkara ini dan keburukan yang
terjadi disebabkan tidak mengambil perhatian dalam soal memilih pasangan.
Jadi seseorang perlu berhati-hati di dalam memilih pasangan samada
pemuda ataupun gadis.
Antara perkara penting sebelum perkahwinan, iaitu semasa bertunang
dan ia dibenarkan oleh syariat ia melihat bakal isteri ditemani ahli
keluarganya. Mengapa? Melihat bakal pasangan ini mempunyai rahsia. Nabi
SAW bersabda, “Jika kamu ingin mengahwini seseorang lihatlah dirinya”
Sesungguhnya ini dapat mendekatkan di antara kalian. Ia umpama perasa
(di dalam makanan) yang akan membibitkan kasih sayang di antara kamu.
Melihat pasangan semasa proses pemilihan akan mendatangkan ketenangan
hati.

Mas kahwin yang terlampau mahal menyebabkan banyak masalah


kepada masyarakat. Ramai pemuda, apabila menjelang perkahwinan
kepenatan dan si gadis juga kepenatan, si bapa kepenatan, si ibu kepenatan,
begitu juga keluarga gadis itu. Mengapa kamu memenatkan dirimu sendiri?
Ini adalah masalah yang merunsingkan. Mereka semua kepenatan dan
mereka suka memenatkan diri mereka sendiri.

Seseorang perlu memiliki kesedaran bahawa aku bukanlah menjual


anak gadisku. Jika seorang lelaki ingin memiliki anakku dengan wang, harta
dunia tidak pernah sama dengan anakku. Namun, jika lelaki itu sesuai, apa
gunanya harta yang banyak, aku hanya inginkan anakku bahagia dan ia
bukanlah pada banyaknya harta. Kebahagiaan sebenar adalah apabila lelaki
itu memuliakan anakku dan memberikannya kehidupan yang bahagia.

Walimah dan kenduri merupakan Sunnah dalam perkahwinan. Nabi


SAW semasa berkahwin melakukan kenduri dan menjemput sahabatnya
mengikut kemampuannya. Kali pertama dengan seekor kambing, pernah
juga lebih dari seekor kambing. Ada juga ketikanya Baginda tidak mampu
menyembelih kambing. Sesetengah dari perkahwinan Nabi SAW
dihidangkan sawiq, iaitu campuran tamar dan gandum. Apabila kita
dijemput ke kenduri, hendaklah kita menjawabnya dengan menghadirinya
untuk turut sama bergembira atas kegembiraan saudara semuslim kita,
mengucapkan tahniah dan mendoakan mereka.

Doa yang diajarkan oleh Nabi SAW ialah doa yang penting “Wahai
Allah berkatilah pada mereka, ke atas mereka, dan keluarkanlah daripada
mereka banyak kebaikan.” Dia ini didoakan kepada siapa? Kepada anaknya
az-Zahraa (Fatimah) dan Saidina Ali.

Menjelang hari perkahwinan, ayah atau abang lelaki perlu rapat


kepada bakal pengantin. Bagi anak gadis, ibunya perlu rapat dengannya
dan menasihati mereka dengan nasihat yang penting dan berguna untuk
hari kemudian.

Malam pertama merupakan malam yang menyatukan seorang suami


dan isterinya. Detik pertama ini merupakan detik yang paling
membahagiakan. Padanya ada Sunnah yang penting yang perlu diberi
perhatian oleh para pemuda. Kebanyakkan orang melupakan Sunnah ini.
Namun pemuda yang baik tidak akan melupakan Sunnah ini, lebih-lebih lagi
pada saat yang penting ini. Dia solat 2 rakaat sebagai tanda syukur kepada
Allah SWT dan tidak sekali-kali melupakan Tuhannya. Dia tidak akan sampai
pada saat perkahwinan hanyalah kerana kebaikan Allah SWT. Jadi solatlah
2 rakaat sebagai tanda syukur.

Perkara pertama apabila mengangkat penutup muka isterinya adalah


meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubunnya dan bacalah “Ya Allah,
jadikan padanya kebaikan dan keberkatan” Hubungan yang kuat di antara
kita dan Nabi SAW. Nabi SAW bersabda kepada kita, “Nikah itu adalah
sunnahku, maka siapa yang membenci sunnahku dia bukanlah dari
kalanganku”. Jika kamu merupakan dari kalangan Nabi Muhammad, juga
pengikut sunnahnya, pastilah kamu mempunyai hasrat yang kuat untuk
berkahwin dan membina sebuah keluarga yang mengikut acuan Nabi SAW.
Dan kamu termasuk mereka yang dikhususkan Allah di dalam firmanNya
“Katakanlah (Muhammad) jika engkau menyintai Allah, ikutilah aku, nescaya
engkau dicintai Allah”.
ADAB DAN SUNNAH
DALAM RUMAH

Rumah merupakan pemilikan manusia, tempat perlindungan dan


kerehatan baginya dan tempat berkumpulnya seseorang dengan
keluarganya. Bagaimana kita dapat menjadikan rumah kita memberi
kerehatan dan selesa untuk kita. Bagaimana kita menjadikannya rumah
dengan acuan Nabi SAW kerana Nabi SAW merupakan contoh yang terbaik
di dalam kehidupan seseorang insan yang sahih dan baik.

Antara perkara yang terpenting ialah seseorang mestilah memilih


rumah yang sesuai, yang paling dekat dengan rumah Allah (masjid) dan
memilih jiran yang soleh. “Jiran sebelum rumah, dan teman sebelum
perjalanan”. Seperti yang telah disabdakan Nabi SAW.

Adab-adab masuk ke dalam rumah – Apabila seseorang masuk ke


dalam rumahnya, dia haruslah menyebut nama Allah SWT dan masuk
dengan kaki kanan. Disunnahkan juga, membaca doa yang diajarkan oleh
Rasulullah SAW :-

ْ
‫خرجنا وعلى‬ ِ ‫وبسم‬
‫للا‬ ْ َ‫للا وَل‬
‫جنا‬ ِ ‫بسم‬ ُ َّ ‫الله‬
ِ ِ ِ‫م إني أسألك خي َر المَولجِ وخي َر المَخرَج‬
َّ ‫للا رب ّنا‬
‫توك ْلنا‬ ِ ِ
Wahai Allah, aku memohon kebaikan semasa masuk dan keluar. Dengan
nama Allah kami masuk, Dengan nama
Allah kami keluar dan kepada Tuhan kami
berserah diri.

Apabila seseorang membaca doa ini,


syaitan berkata kepada syaitan yang lain,
“Engkau terlepas peluang untuk masuk”
Syaitan tidak mampu masuk ke dalam
rumah bersama orang tersebut. Apabila kamu masuk ke dalam rumah, maka
berilah salam kepada penghuni rumah, kerana salam merupakan permulaan
kepada pertemuan maka ia membangkitkan rasa selamat dan ketenangan di
antara dirimu dan keluargamu. Sekiranya tiada sesiapa di dalam rumah,
maka berilah salam kepada dirimu. Katakanlah “Assalamu’alaina, tahiyyatan
min ‘indillah toyyibatan mubarakah” dengan itu, engkau memperoleh
Sunnah-sunnah salam.
Apakah perkara pertama yang dilakukan Rasulullah SAW semasa
masuk ke dalam rumah? Sayyidah ‘Aisyah berkata, “Baginda SAW akan
bersiwak terlebih dahulu.” Antara perkara yang terpenting juga adalah
meminta keizinan. Pernah suatu ketika, Nabi SAW duduk di rumahnya, maka
seorang lelaki telah datang dan berkata, “Boleh saya masuk?” Nabi SAW
bersabda kepada hambanya, “Keluarlah dan ajarilah dia bagaimana meminta
izin!”

Nabi SAW begitu bersungguh-sungguh dalam mengajarkan adab yang


mulia. Hamba tersebut telah keluar dan berkata, “Ucapkanlah
Assalamualaikum, boleh saya masuk?” Apabila lelaki itu meminta izin
dengan cara ini, Nabi SAW berkata kepadanya, “Sekarang masuklah!”.

Nabi SAW melarang kita, tidak memperkenalkan diri ketika meminta


izin contohnya, apabila kamu mengetuk pintu seseorang dan ditanya,
“Siapakah itu?”, kamu menjawab, “Saya!” Seorang lelaki telah mengetuk
pintu Nabi SAW dan ketika ditanya siapakah itu, dia menjawab, “saya” Nabi
SAW membenci jawapannya dan berkata, “Saya, saya, saya” iaitu “Siapa
namamu, beritahu siapakah kamu?” maka ini merupakan adab yang
penting semasa ingin masuk ke dalam rumah.

Antara adab yang diamalkan Nabi SAW ialah Baginda SAW melakukan
tugasan rumah tangganya. Baginda SAW pernah membersihkan rumahnya,
membaiki kasutnya dan mengikat bekas air. Baginda mempunyai tugasan
sendiri di rumahnya. Begitu juga, golongan lelaki mestilah mempunyai
tugasan sendiri di rumah. Melakukan perkara yang dapat membantu
keluarganya, memenuhi keperluan mereka dan membaiki sesuatu yang
rosak. Ini merupakan Sunnah Nabi SAW.

Antara perkara yang terpenting di rumah kita, adalah


memakmurkannya dengan zikir dan bacaan al-Quran. Perumpamaan rumah
yang disebut nama Allah SWT dan rumah yang tidak disebutkan nama Allah
di dalamnya, seperti orang hidup dan orang mati (Bukhari).

Bayangkan sama ada rumahmu hidup atau mati. Nabi SAW


mengkhabarkan bahawa rumah yang dibacakan al-Quran di dalamnya
mampu dilihat oleh penduduk langit. Mereka melihatnya seperti kita melihat
bintang di langit (pada waktu malam).

Ramai sahabat mengajak Nabi SAW datang ke rumah mereka dan


bersolat di suatu tempat untuk dijadikan tempat solat mereka. Maka
Sunnah ini, wajarlah bagi setiap orang menjadikan suatu tempat khas untuk
bersolat bersama keluarganya. Nabi SAW memberi amaran mengenai
perkara yang menghalang masuknya malaikat ke dalam rumah kita. Ini
merupakan perkara yang penting kerana jika malaikat tidak masuk, maka
syaitan yang akan masuk.

Nabi SAW memberi amaran agar kita berhati-hati dengan gambar,


patung, ukiran yang kini banyak didapati di rumah-rumah. Begitu juga,
dengan kehadiran anjing bukan untuk tujuan pengawasan dan pemburuan.

Nabi SAW menyeru kita agar berhati-hati dengan segala penyebab


bahaya. Jika terdapatnya api, pintu yang terbuka, bekas yang terbuka yang
boleh memberi mudharat kepada seseorang. Begitu juga elektrik dan apa
jua perkara yang berbahaya wajarlah bagi seseorang untuk berjaga-jaga
dengannya khususnya sebelum tidur.

Nabi SAW bersabda, “Ketika malam menjelang atau sudah petang,


maka halangilah (anak-anak) mereka dari keluar kerana sesungguhnya
syaitan sedang berkeliaran”. Apabila telah berlalu waktu malam beberapa
ketika, maka bebaskanlah mereka, dan tutuplah pintu sambil menyebut
nama Allah kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup.
Ikatlah bekas air kamu sambil menyebut nama Allah dan tutuplah bekas-
bekas dan peralatan kamu sambil menyebut nama Allah walaupun dengan
meletakkan sesuatu dan tutuplah lampu rumahmu.

Adab keluar rumah – Keluar rumah juga mempunyai adab iaitu


seseorang keluar rumah dengan kaki kirinya sambil mengucapkan

‫بسم للا امنت باهلل توكلت على للا وال حول وال قوة اال باهلل العلي العظيم‬

Dengan nama Allah, aku beriman dengan Allah, aku bertawakkal kepada
Allah, Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah yang Maha Tinggi dan
Agung.

Nabi SAW bersabda bahawa sesiapa yang membaca doa ini ketika
keluar dari rumah, apabila dia bertembung dengan syaitan, maka syaitan itu
akan terpelanting, maka datanglah syaitan lain dan melihat ianya
terpelanting, lalu bertanya, ‘mengapa denganmu’? Apa halnya dengan si
fulan? Lalu dia menjawab, “Apa pandanganmu mengenai seseorang yang
dilindungi, diawasi dan diberi petunjuk?”

Sekiranya kita mengamalkan setiap Sunnah Nabi SAW di rumah-rumah


kita, rumah-rumah kita akan berkait rapat dengan bilik-bilik Nabi SAW, bilik-
bilik di mana Allah SWT telah menurunkan sebuah surah khas yang
menerangkan perihalnya. Maka apakah yang lebih baik lagi selain
menzahirkan makna hubungan kita dengan Rasulullah SAW pada rumah-
rumah kita, nescaya rumah kita akan berkait dengan firman Allah,
“Katakanlah (Muhammad), sekiranya engkau mencintai Allah, maka ikutilah
aku, nescaya engkau dicintai Allah”

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN SUNNAH
BERSELAWAT
Semulia-mulia tempat dan setinggi-tinggi impian yang diimpikan
seorang insan dan kita impikan ialah bersama-sama dengan kekasih kita
Nabi SAW pada hari kiamat. Ini merupakan kedudukan yang paling tinggi
dan terbaik.

Bagaimana seseorang dapat sampai kepada tahap ini? Nabi SAW telah
bersabda, “Di antara kamu yang diutamakan denganku pada hari kiamat,
ialah kamu yang paling banyak berselawat ke atasku”. Manusia yang paling
hampir kedudukannya dengan Nabi SAW adalah mereka yang paling banyak
berselawat ke atas Nabi SAW.

“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya sentiasa berselawat ke


atas Nabi, Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas
Nabi dan berilah salam penghormatan ke atasnya.”

Allah SWT sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW. Dan selawat Allah
SWT ke atas Nabi-Nya merupakan bentuk kasih sayang, keberkatan,
kemuliaan dan kehebatan daripada Allah SWT ke atas Nabi SAW yang
sentiasa bertambah bagi Nabi SAW dan ia merupakan kunci bagi kita, kepada
pengurniaan kasih sayang Allah kepada kita kerana ketika kita memohon
dari Allah SWT agar merahmati
kekasihNya dan berselawat ke atasnya,
maka Allah SWT akan mengasihi kita,
mengurniakan sepuluh rahmat dan
berselawat ke atas kita sepuluh kali.
Berapa banyak selawat yang dibacakan
menentukan kedudukan seseorang
manusia di sisi Allah SWT.
Pada suatu hari, Nabi SAW keluar dengan sangat gembira dan ceria.
Para sahabat berkata “Wahai Rasulullah, kami melihat engkau begitu
gembira hari ini? Rasulullah SAW bersabda “Bagaimana aku tidak gembira
sedangkan Jibril AS telah turun dan mengkhabarkan kepadaku bahawa Allah
SWT berselawat sepuluh kali kepada siapa yang berselawat ke atasku sekali”

Faedah-faedah berselawat ke atas Nabi SAW sangat banyak. Selawat


ke atas Nabi SAW merupakan sebab dipenuhi hajat-hajat. Nabi SAW
mengkhabarkan bahawa “Sesiapa yang berselawat ke atasku setiap hari 100
kali maka Allah SWT akan memenuhi hajatnya”.

Selawat ke atas Nabi SAW merupakan sebab dihapuskan kegelisahan


dan kesedihan. Selawat ke atas Nabi SAW merupakan sebab penerimaan
doa, penyembuhan, sebab penurunan hidayah. Selawat ke atas Nabi SAW
merupakan sebab penerimaan Allah ke atas seorang hamba dan amalannya.
Allah SWT berfirman “Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah
kamu (ke atas Nabi SAW) dan berilah salam penghormatan kepadanya”.

Satu soalan penting yang ditanyakan oleh ramai orang iaitu berapa kali
sepatutnya seseorang itu berselawat ke atas Nabi SAW dalam sehari
sehingga ia menjadi rutin mereka yang mencintai dan mereka yang banyak
berselawat. Salah seorang sahabat yang hebat di kalangan ahli fiqah telah
bertanyakan soalan ini, Ubay bin Kaab dia bertanya “Wahai Rasulullah,
Sesungguhnya aku berdoa kepada Allah SWT dan berselawat ke atasmu
maka berapa sepatutnya aku jadikan masaku (selepas menyempurnakan
fardhu) untuk berselawat ke atasmu?” Nabi SAW berkata kepadanya “Itu
mengikut kesukaanmu” Dia berkata “satu perempat, wahai Rasulullah? Nabi
SAW “itu mengikut kesukaanmu:, jika kamu tambah maka ia lebih baik” dia
berkata “Aku jadikan selawat untukmu satu perdua wahai Rasulullah? Nabi
SAW “Itu mengikut kesukaanmu, jika kamu tambah maka ia lebih baik” Dia
berkata “Aku jadikan selawat untukmu tiga perempat, wahai Rasulullah?”
Nabi SAW “Itu mengikut kesukaanmu, jika kamu tambah maka ia lebih baik”
Dia berkata “Aku jadikan seluruh masaku untuk berselawat kepadamu” Nabi
SAW bersabda kepadanya “Ini merupakan ibarah bahawa, perbuatan ini
perlu dilazimkan di dalam minda” Oleh yang demikian, dicukupkan
keperluanmu dan diampunkan dosa-dosamu.

Allah Maha Besar, Selawat ke atas Nabi SAW menghapuskan


kegelisahan. Ramai manusia yang mempunyai kegelisahan (keperluan),
orang yang banyak berselawat ke atas Nabi SAW akan dihapuskan
kegelisahan di dalam hatinya, dan Allah SWT akan mengampunkan dosa-
dosanya yang menyebabkan masalah-masalah bagi kita di dunia dan akhirat,
penyembuhnya adalah memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW.

Bayangkan, selawat dan salam yang dibacakan kepada Nabi SAW


dipamirkan dan sampai kepadanya. Ini semua dicatat dan ditunjukkan
kepada Nabi SAW bahawa si polan ini sentiasa berselawat ke atasmu
beberapa kali. Apabila engkau datang pada hari kiamat dan berjumpa Nabi
SAW, kita bersama dengan Nabi SAW yang selalu dibacakan dan dipamirkan
selawatmu ke atasnya.

Di dalam hadis sahih, sesungguhnya Nabi SAW mengingati salam @


selawat seketul batu. Sabdanya, Aku mengenali seketul batu di Mekah yang
sentiasa memberi salam kepadaku ketika aku melalui kawasannya.
Sesungguhnya Nabi SAW tidak pernah melupakan salam seketul batu
kepadanya. Adakah kamu pernah membayangkan bahawa mungkinkah
Nabi SAW lupa salam darimu, ummatnya yang Muslim dan mukmin? Nabi
SAW tidak akan melupakan salammu selama-lamanya.

Berselawat ke atas Nabi SAW ialah wajib ketika tahiyyat di dalam solat
dan di dalam khutbah Jumaat, wajib dalam solat jenazah selepas takbir yang
kedua dan disunnatkan pada banyak tempat dan kawasan. Sehinggakan
ramai ulama’ yang mengatakan bahawa disunnatkan berselawat ke atas Nabi
SAW di dalam setiap perkara dan setiap masa. Namun, di dalam sesetengah
tempat, kita sangat digalakkan untuk berselawat ke atas Nabi SAW.
Daripadanya ialah di majlis-majlis kerana Rasulullah SAW telah datang ke
perjumpaan sesuatu kaum yang mengingati Allah atau berkumpulnya suatu
kumpulan di dalam satu majlis dan mereka mengingati Allah dan berselawat
ke atasku atau berselawat ke atas Nabi SAW majlis tersebut akan
dikecualikan dari penyesalan dan kesedihan iaitu majlis-majlis yang di
dalamnya tidak mengingati Allah SWT dan tidak berselawat ke atas Nabi
SAW, maka majlis ini akan menjadi penyesalan kepada kita pada hari kiamat.

Disunnatkan berselawat ke atas Nabi SAW ketika memasuki masjid,


ketika memasuki rumah, ketika keluar dari masjid, dari rumah. Disunnatkan
berselawat ke atas Nabi SAW khususnya pada hari Jumaat. Kerana Nabi
SAW telah bersabda, “Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari jumaat,
sesungguhnya selawat-selawatmu akan sampai kepadaku atau
dipersembahkan kepadaku. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada
malam yang gelap dan hari yang terang sesungguhnya selawat-selawatmu
akan dipersembahkan kepadaku”.

Orang-orang yang bakhil ialah mereka yang apabila disebutkan


namaku mereka tidak berselawat ke atasku. Beginilah yang telah
diterangkan oleh Nabi SAW. Mengapa mereka ini bakhil? Janganlah kita
bersikap bakhil kepada diri sendiri. Allah SWT juga berselawat ke atasnya,
Nabi SAW tidak memerlukan selawat kita tetapi mereka itu bakhil terhadap
diri sendiri untuk mendapatkan kebaikan buat dirinya.

Nabi SAW telah bersabda, “Celakalah mereka yang apabila disebutkan


namaku, mereka tidak berselawat ke atasku” ketahuilah, doa akan
tergantung di antara langit dan bumi sehingga dibacakan ke atas Nabi SAW.
Sekiranya kita ingin berdoa kepada Allah SWT dengan sebarang permintaan,
mulakanlah dengan berselawat ke atas Nabi SAW dan akhirilah dengan
selawat ke atas Nabi SAW dengan kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah
SWT akan menerima doamu seperti mana yang disebutkan dalam banyak
riwayat mengenai Nabi dan para sahabat.

Jika kita menginginkan perkara ini (dicintai Allah), dan kita mengetahui
bahawa kunci hubungan di antara kita dan Nabi SAW ialah selawat ke atas
Nabi SAW kita akan mengejar kunci terbesar untuk menemukan maksud
firman Allah SWT “Katakanlah (Muhammad) jika engkau menyintai Allah,
ikutilah aku, nescaya engkau dicintai Allah”. Dan firman Allah SWT
“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas
Nabi, Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi
dan berilah salam penghormatan ke atasnya.”

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN SUNNAH
DALAM TANDAS
Kekasih kita SAW datang kepada umat ini untuk memperbaikinya,
Manusia merasa takjub lalu berkata, “Sesungguhnya Muhammad mengajar
para sahabatnya semua perkara, sehinggakan kepada bagaimana
menunaikan hajat apabila masuk tandas.”

Manusia masuk ke dalam tandas sebagai tempat membuang hajatnya.


Tempat yang jijik bagi manusia kerana di sana manusia membuang
kekotoran. Namuan, Nabi SAW mengubah perkara ini, kepada tempat yang
mendatangkan pahala dalam bermuamalah dengan Allah, sehinggakan
seorang daripada kita, apabila masuk ke dalam tandas dan memperoleh
ganjaran yang banyak, dan dia boleh mengamalkan lebih 15 sunnah dari
Sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Disunnahkan bagi mereka yang ingin
masuk ke tandas, beberapa Sunnah.

Pertamanya, menanggalkan cincin atau benda yang tertera nama Allah


SWT agar dia tidak masuk ke dalam tandas. Keduanya, menyebut nama
Allah dan memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan dengan
taawwuz Rasulullah,

ِ‫ والخبائث‬،ِ‫خ ْبث‬ ُ
ُ ‫أعوذ بك ِمن ال‬ ‫اللهم إني‬

“Wahai Allah, aku berlindung kepadamu dari syaitan


jantan dan syaitan betina.”

Maka ini akan melindunginya daripada syaitan kerana


tandas ialah tempat berkumpulnya syaitan.
Ketiga, menutup kepala. Keempat, memakai selipar agar tidak terpijak
najis. Kelima, mengangkat pakaiannya agar ia tidak terkena najis, dan
panjangkanlah ia semula semasa ingin menunaikan solat.

Kemudian, masuk ke tandas dengan kaki kiri. Dan hendaklah tidak


menyebut nama Allah SWT semasa di dalam tandas. Dengan itu, ditegah
bercakap-cakap kerana Nabi SAW membenci bercakap di dalam tandas,
maka apabila seseorang memanggilnya, hendaklah dia berdehem agar orang
itu mengetahui dia berada di dalam tandas.

Dan mengambil perhatian hal berkaitan ‘bertelanjang’, kerana Nabi


SAW membenci perkara tersebut. Baginda bersabda, “Allah lebih berhak
untuk engkau malu kepadanya” Maka apabila seseorang ingin menunaikan
hajatnya, angkatlah pakaiannya sekadar untuk membuang air sahaja.

Disunnahkan berdoa dengan doa pelindung iaitu

‫بسم للا الذي ال اله اال هو‬

di mana Nabi mengkhabarkan kepada kita bahawa barang siapa yang


membaca doa ini, maka Allah akan menutup auratnya dari pandangan jin
dan mereka tidak dapat melihat auratnya.

Allah SWT berfirman : Lelaki yang suka menyucikan dirinya dan Allah
menyintai orang-orang yang suci. Dengan ini, Nabi SAW telah mengajar kita
akan kebaikan beristinjak. Istinjak ialah membersihkan dan membuang najis
dari tempat keluarnya. Kita boleh menggabungkan batu dan air. Pada hari
ini, orang menggunakan tisu dan air. Orang Arab dan orang-orang terdahulu
tidak mengetahui cara istinjak dari kekotoran dengan menggunakan air,
kecuali selepas datangnya Rasulullah SAW.

Dan Allah SWT memuji sebahagian masyarakat Madinah kerana


mereka yang mula-mula mengamalkan perkara ini iaitu ahli Quba’. Allah
SWT berfirman tentangnya, “Manusia yang suka bersuci” Mengapa? Kerana
mereka menggabungkan batu dan air. Maka disunnahkan jika manusia
mahu beristinjak, menyapu najis dengan tisu dahulu kemudian diikuti
dengan air, maka dia menjadi orang yang beramal dengan Sunnah Nabi
SAW.

Disunnahkan beristinjak dengan tangan kiri agar dimuliakan tangan


kanan. Dan dengan itu, disunnahkan berdehem-dehem iaitu istibra’, kerana
Nabi SAW mengkhabarkan kepada kita kebanyakkan azab kubur adalah
kerana mengadu domba dan tidak istibra’ dari air kencing. Maka hendaklah
manusia mengambil perhatian akan hal ini. Beristibra’ dengan berdehem-
dehem, dan dengan melalukan tangannya di bawah alat sulitnya sehingga
keluar baki air kencing dari badannya.

Di kalangan manusia merasakan masa di dalam tandas sebagai sia-sia,


maka dia mencuba untuk memenuhinya dengan perkara yang salah. Waktu
yang digunakan semasa menunaikan hajat bukanlah sia-sia, akan tetapi ia
adalah waktu yang digunakan untuk berfikir akan nikmat Allah SWT. Dengan
ini, Nabi SAW telah mengajar kita apabila keluar dari tandas, hendaklah kita
keluar dengan kaki kanan dan berdoa dengan doa yang mulia,

‫ وعافاني‬، ‫هلل الذي أذهبَ ع ِنّي األ َذى‬


ِ ‫الحم ُد‬

“Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesakitan dariku dan
menyihatkanku” maka kita sentiasa berfikir akan nikmat Allah, dan dengan
itu, manusia merasai pengharapan yang besar kepada Allah, kerana dia
melihat dan menghidu pada dirinya sesuatu yang tidak diingininya. Maka
selepas itu dia tidak menyombongkan diri kepada orang lain. Ini adalah
faedah yang didapati manusia semasa di dalam tandas.

Sebuah hadis Nabi SAW : Janganlah dua orang keluar menuju ke


tandas dengan membuka auratnya serta bercakap-cakap. Maka
sesungguhnya Allah murka terhadap hal tersebut”

Berdasarkan apa yang diajarkan oleh Rasulullah tentang bagaimana


seseorang membuang hajatnya, maka disunnahkan bagi mereka yang
berhajat untuk membuang air kecil/besar, hendaklah mengangkat
pakaiannya sekadarnya sahaja, dan janganlah mendedahkan seluruh
auratnya.

Kemudian duduk dan menekan kaki kiri maka ini dapat memudahkan
keluarnya air kencing dan najis. Dan di antara perkara yang kita perlu ambil
berat dan perhatikan ialah, berhati-hati dengan percikan air kencing.
Sekiranya dia berada di tempat yang terbuka, berhati-hati dengan angin
yang boleh menyebabkan percikan air kencing. Dan jangan kencing
menghadap permukaan yang keras kerana air kencing akan terpecik
kepadanya, maka dia akan mengotori pakaiannya. Manusia perlu
mengambil perhatian ketika berdiri (selepas membuang air), jangan melihat
najis yang keluar. Dan janganlah meninggalkan najisnya dalam menjaga
kebersihan tandas bagi orang lain.

Nabi SAW dimuliakan Allah dengan mukjizat bahawa bumi menelan


apa yang keluar dari Baginda. Namun Baginda mengajar kita agar jangan
meninggalkan kesan najisnya kerana ia menjijikkan bagi orang lain seperti
yang berlaku di tandas-tandas khas dan awam, dan di tempat-tempat awam.

Perkara yang indah daripada Sunnah ini ialah, manusia dapat


merasakan bahawa perbuatannya terikat dengan perbuatan Nabi SAW di
dalam setiap aspek kehidupan termasuk aspek yang mudah dan tersembunyi
ini.

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN SUNNAH
MENERIMA TETAMU

Nabi SAW menyukai tetamu dan memuliakan tetamu, bahkan Nabi


SAW meminta tetamu, dan memuliakan mereka. Ini merupakan antara
akhlak Nabi SAW yang agung. Dan Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang
beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka dia akan memuliakan
tetamunya. Dan Nabi SAW bersabda, “Tiada kebaikan bagi mereka yang
tidak menerima tetamu”.

Pada hari ini, kita perlu berfikir mengenai perkara ini. Bagaimana kita
menerima tetamu sehingga kita dapat mencontohi sifat Rasulullah SAW.
Pada hari ini, ramai manusia yang sibuk dengan kehidupan serba moden
tidak mengalu-alukan kehadiran tetamu di sisi mereka. Mereka rasa
dibebani dengan kehadiran tetamu. Ini adalah antara perbuatan yang
ditegah oleh Nabi SAW.

Nabi SAW mengajar kita jika kita mahu menjemput tetamu, jemputlah
mereka yang bertakwa dan jangan menjemput orang kaya sahaja tanpa
orang miskin. Baginda SAW bersabda: “Janganlah engkau makan kecuali
makanan orang yang bertakwa, dan jangan pula makan makananmu itu
melainkan yang membawa kepada takwa.” Baginda SAW apabila
menjemput tetamu, Baginda memulakan dengan orang miskin di kalangan
ahli Suffah.
Sesetengah manusia selalu mendahulukan sesuatu yang memberi
kepentingan untuknya, dan melupakan orang sebelahnya yang lebih
memerlukan, sedangkan itu memberikan pahala sebagaimana yang dipandu
oleh Nabi SAW. Penerimaan tetamu dengan baik dan penuh kegembiraan
merupakan sebahagian daripada melayan tetamu. Rasulullah SAW
menerima tetamu dengan penerimaan yang baik. Dan Nabi SAW menerima
tetamu dengan rasa gembira, riang dan seronok. Ini merupakan antara
perkara penting yang perlu didahulukan tuan rumah untuk tetamunya.

Kemudian, menyediakan tempat duduk yang sesuai untuk mereka.


Nabi SAW telah didatangi tetamu dan Nabi SAW mempersilakan mereka
duduk di atas bantal dan Baginda duduk di atas tanah. Maka memuliakan
tetamu dan mempersilakan mereka di tempat yang bersih, baik dan indah
merupakan Sunnah Rasulullah SAW dan bukti kemuliaan Nabi SAW serta
kemurahan hatinya.

Disunnahkan bagi tuan rumah untuk menyegerakan hidangan


makanan bagi tetamunya, Firman Allah SWT: “Maka tidak beberapa lama
selepas itu, ia membawa jamuan untuk mereka, seekor anak lembu yang
dipanggang” kepada Saidina Ibrahim. Maka, tuan rumah tidak sepatutnya
lengah dalam menghidangkan makanan, atau menunggu seseorang dan
melambatkan hidangan untuk tetamu yang lain, bahkan mendahulukan
hidangan pada masa yang sepatutnya. Dengan itu, kamu perlu
mendahulukan makanan sekaligus, dan menyediakan makanan sebaik
mungkin mengikut kemampuanmu.

Namun di sini, terdapat suatu Sunnah yang penting iaitu tidak berlebih-
lebihan (sehingga membazir). Tuan rumah perlu makan dengan tetamunya.
Maka janganlah tuan rumah berhenti makan selagi tetamu tidak berhenti
makan. Dengan itu, jangan mengangkat makanan sehingga kamu yakin
tetamu itu sudah selesai, dan berhenti makan, agar tidak memalukan
tetamunya dengan mengangkat hidangan sedangkan dia masih
menginginkannya.
Antara perkara yang penting ialah penghuni rumah hendaklah
menolong tuan rumah, perempuan dan lelaki dalam menyediakan keperluan
tetamu. Kita mengetahui bahawa tetamu datang membawa rezeki dan
keluar dengan membawa dosa penghuni rumah itu.

Nabi Muhammad SAW memenuhi jemputan hamba sahaya, orang


miskin. Baginda sentiasa memenuhi jemputan walaupun di pinggir Madinah
bahkan di luar Madinah dan Baginda mengambil berat terhadap jemputan
kerana Allah dan Rasulnya, khususnya, jemputan perkahwinan dan aqiqah.
Jangan melengah-lengahkan menghadiri majlis-majlis yang penting di dalam
syarak.

Nabi SAW bersabda, “Jika aku dijemput di kampung, maka aku akan
menerimanya.” Iaitu jika seseorang menjemput aku dan menghidangkan sup
tulang pasti aku terimanya. Ini antara sifat tawadhuknya Nabi SAW.
Sebahagian manusia, jika dia tidak dijemput ke majlis yang hebat maka dia
tidak akan memenuhi jemputan tersebut.

Nabi SAW bersabda : Jika seseorang menjemput kamu ke walimah


maka hadirilah ia! (Riwayat Bukhari). Tetamu perlu meminta izin apabila dia
ingin masuk, dan duduk di tempat yang disediakan tuan rumah kerana
mungkin ada tetamu yang masuk dan duduk di tempat yang tidak disukai
oleh tuan rumah.

Maka duduklah di mana-mana sahaja yang telah disediakan tuan


rumah atau duduk di mana-mana tempat yang terdapat ramai orang di situ.
Dengan itu, apabila tetamu masuk ke rumah, dia tidak boleh memisahkan
dua orang di majlis itu, dan jangan memotong perbualan orang lain. Apabila
dia melihat perkara mungkar, hendaklah dia segera pulang agar dia tidak
menjadi penolong kepada kemungkaran yang terdapat di dalam jemputan
ini. Maka dia menjadi orang yang mendiamkan kemungkaran tersebut. Dan
janganlah kamu mengingkarinya kerana Allah SWT.
Nabi SAW bersabda : Tidak dihalalkan bagi seorang lelaki memisahkan
di antara dua orang kecuali dengan keizinan mereka (Riwayat Ahmad).

Nabi SAW bersama sahabat-sahabat Baginda pernah menjadi tetamu


bagi seorang sahabat. Apabila makanan dihidangkan, seorang sahabat telah
mengasingkan dirinya. Maka Nabi SAW bertanya, “Apa yang telah
menimpamu?”, Dia menjawab, “Aku sedang berpuasa”. Maka Nabi SAW
berkata, “Saudaramu bersusah payah untukmu dan engkau berpuasa?”
Dengan itu, para ulama’ berkata disunnahkan untuknya mengambil hati
saudara yang menjemputnya, dan berbuka puasa sunat serta merta. Namun,
jika dia mengetahui bahawa tuan rumah tidak kisah dengan perkara itu,
maka tiada masalah baginya untuk terus berpuasa.

Tetamu perlu menikmati hidangan sehingga ia membuatkan tuan


rumah merasa bahawa tetamunya gembira dan berpuas hati dengan
hidangan tersebut. Dengan itu, tetamu perlu berterima kasih kepada tuan
rumah dan mendoakannya. Nabi SAW semasa makan bersama sahabat-
sahabatnya di rumah seorang sahabat, Baginda SAW bersabda, “Berterima
kasihlah kepada sahabatmu (tuan rumah)” “Bagaimana?”, Baginda
bersabda, “Berdoalah untuknya”. Maka di antara doa Nabi SAW yang
disunnahkan,

ُ
‫المالئكة‬ ُ
‫عليكم‬ ‫ت‬ ُ
ْ ّ ‫طعامكم األبرا ُر وصل‬ ‫ل‬ َ
َ ‫الصائمون وأك‬ ُ
‫عندكم‬ ْ
‫أفطَر‬

Telah berbuka puasa orang-orang yang berpuasa di kalangan kamu, dan


kamu telah menikmati hidangan yang baik, dan telah berselawat ke atasmu
para malaikat.

Antara adab-adab tetamu, tidaklah dia membebani tuan rumah.


Seperti di dalam firman Allah SWT, “Apabila kamu sudah makan, maka
bertebaranlah (di atas muka bumi Allah)” Maka, para tetamu tidak boleh
melengah-lengahkan pulang selepas menikmati hidangan sehingga
menyusahkan tuan rumah itu.
Muliakanlah tetamumu, nescaya kamu akan dimuliakan Allah Yang
Maha Mulia. Mereka yang mengamalkan Sunnah Nabi SAW, mereka akan
pulang sebagai tetamu yang agung, pada hari kiamat, hari manusia pulang
sebagai tetamu Nabi SAW. Apabila kita meneliti makna firman Allah
“Katakanlah (Muhammad), jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku,
nescaya kamu akan dicintai Allah” kita akan minum air dari telaga Nabi SAW
dengan tapak tangannya pada hari tersebut, Insha Allah.

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN SUNNAH
TIDUR
Tidur merupakan hikmah dari Allah SWT, dengannya kita dapat
merehatkan badan, ketenangan, mencergaskan fizikal dan mental. Terdapat
banyak Sunnah dan adab yang diamalkan oleh Nabi SAW. Pertama
persediaan tidur awal bagi memudahkan kita bangun sebelum subuh. Jika
seseorang mahu tidur, disunnahkan berwudhu’ dan menggosok gigi.
Disunnahkan mengibas cadar atau tempat tidur barangkali terdapat sesuatu
di atasnya.

Seterusnya, jika dia mahu tidur, tidurlah di atas sisi kanannya dan
disunnatkan meletakkan tapak tangan kanan di bawah pipi kanannya.
Disunnatkan berdoa dengan doa yang telah diajarkan oleh Nabi SAW, seperti

َ ‫َمهَا َوإِ ْن أَر‬


‫ْس ْل َتهَا‬ ْ ‫سي َفا ْرح‬ ِ ‫ت نَ ْف‬َ ‫س ْك‬َ ‫ك أَ ْر َف ُع ُه َفإِ ْن أَ ْم‬
َ ِ‫ج ْنبِي َوب‬َ ‫ت‬ُ ‫ض ْع‬
َ ‫ك َربِ ّي َو‬
َ ‫م‬ ْ ِ‫ب‬
ِ ‫اس‬
َ‫حين‬ َّ ‫ك ال‬
ِ ِ‫صال‬ َ ‫عبَا َد‬
ِ ‫ه‬ ِ ِ‫ح َفظُ ب‬ ْ َ‫ظهَا بِمَا ت‬ ْ ‫اح َف‬
ْ ‫َف‬

Dengan nama Allah aku letakkan sisiku dan denganMu aku angkatnya
kembali, Wahai Allah, jika kamu genggam nyawaku maka ampunkan aku
dan jika kau hantarkan ia kembali maka peliharalah ia sebagaimana Kau
pelihara hamba-hamba Mu yang soleh.

Dan dengan itu, disunnatkan membaca Ayat Kursi dan Surah al-
Kafirun, dan disunnatkan membaca surah
al-Ikhlas dan Muawwizatain
(Surah al-Falaq dan an-Nas
sebanyak 3 kali, kemudian
ditiupkan di atas tapak tangan dan
disapukan ke seluruh badan. Ibubapa
boleh mengamalkan perkara ini kepada anak-
anak mereka kerana ia dapat menjaga dan membenteng daripada perkara
yang buruk.

Allah SWT berfirman: “Dan kami jadikan tidur sebagai alas”. Dan
dengan itu disunatkan bertaubat kepada Allah SWT dari segala dosa sebelum
tidur, dan tidur dengan hati yang bersih dan memaafkan semua manusia.

Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kamu mampu menjadi seperti Abu


DhamDham? Maka para sahabat tertanya-tanya, “Siapakah Abu DhamDham
wahai Rasulullah? “Beliau adalah lelaki biasa di kalangan orang Islam,
apabila dia berbaring di atas tilamnya, dia berkata, Wahai Tuhanku,
sesungguhnya aku sedekahkan kehormatanku ke atas manusia, siapa yang
menyakitiku, berkata tentangku dan mengumpatku, aku ampunkan dan
maafkan mereka semua. Maka, kemaafan ini akan menjadikan manusia
tidur dengan hati yang bersih dan suci.

Tidur ialah ibadah jika ianya disertakan dengan niat takwa dalam
mentaati Allah. Adapun keadaan Nabi SAW semasa tidur, Baginda tidak tidur
dalam keselesaan (kemewahan). Baginda tidur di atas tikar jerami, di atas
kulit haiwan sehinggakan Baginda pernah tidur di atas tanah. Baginda
mempunyai katil namun ia dibuat dari tali.

Saidina Umar al-Khattab masuk menemui Rasulullah SAW dan Baginda


sedang tidur di atas tikar jerami dalam cuaca yang panas, dan ia telah
meninggalkan kesan merah pada jasad Baginda. Maka Saidina Umar
menangis, Baginda bertanya, “Apa yang engkau tangisi wahai Umar?” Dia
berkata, “Ya Rasulullah, Kisra dan Kaisar tidur di atas tilam yang empuk, dan
engkau Rasulullah SAW hanya tidur di atas jerami?” Baginda bersabda, “Itu
tidak memudaratkanku. Bagi mereka dunia dan bagi kita akhirat.” Kaedah
yang telah dipakai oleh Nabi ini, perlulah manusia amalkan iaitu
memendekkan tidurmu.
Pernah Nabi SAW tidur nyenyak pada satu malam dan Baginda
bertanya, “Apa yang telah kamu lakukan pada tilamku?” Mereka berkata,
“Kami telah melipat tilammu wahai Rasulullah supaya ia lebih empuk” Maka
Baginda bersabda, “Sesungguhnya itu telah menghalangku untuk bangu
qiyamullail”. Jadi, hendaklah manusia tidak bermewah (terlampau selesa)
semasa tidur agar dia mampu bangun qiyamullail.

Rasulullah SAW telah melihat seorang lelaki di dalam masjid sedang


tidur di atas perutnya (meniarap), maka Baginda telah menuju kepada lelaki
itu dan berkata, “Bangunlah!” sesungguhnya tidur seperti ini dimurkai
Allah!”. Dalam riwayat lain, “Ini merupakan tidur ‘Jahanammiah’ iaitu tidur
penghuni Neraka!”.

Baginda SAW telah bersabda “Tidurlah sebentar (sebelum waktu


Zohor), Sesungguhnya syaitan tidak melakukannya”. Daripada Sunnah Nabi
SAW ialah qailullah iaitu tidur sebentar sebelum waktu zohor, yang akan
membantunya bangun pada tengah malam. Namun, ia hanyalah tidur yang
ringan (sekejap).

Dan Nabi SAW membenci tidur selepas Subuh dan Asar, kerana pada
waktu-waktu ini, Allah SWT sedang membahagikan rezekiNya. Pernah
seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu tentang
insomnia iaitu tidak dapat tidur pada waktu malam. Maka Baginda telah
mengajar doa ini,

ُّ ‫ يا ح‬، ‫م‬
‫ي يا‬ ٌ ‫سن‬
ٌ ‫َة وال نو‬ َ ‫خ ُذ‬
ِ ‫ك‬ ُ ‫م ال تأ‬
ٌ ‫ي قيو‬ ٌّ ‫وأنت ح‬
َ ُ
‫العيون‬ ِ‫هدَأَت‬
َ ‫م َ َغا َرتِ النجو ُم و‬
ّ ‫الله‬
‫م عينِي‬ ْ ‫قيو ُم‬
ْ ِ‫اه ِد ليلِي وأن‬

“Wahai Allah, bintang-bintang sudah hilang, mata-mata sudah terpejam, dan


Engkau Maha Hidup dan Berdiri dengan sendiri, Wahai Yang Maha Hidup,
Yang Maha Berdiri dengan Sendiri, tidurkan mataku dan pandulah
malamku.”
Dan apabila manusia melihat sesuatu yang menakutkan di dalam
mimpinya, Nabi SAW mengkhabarkan agar membaca ta’awwuz dari syaitan
yang direjam dan meludah 3 kali ke sebelah kiri.

Siapa yang beramal dengan adab tidur, maka tidurnya seperti jaga. Antara
Sunnah yang penting ialah bangun sebelum waktu subuh. Sebahagian
manusia tidur sehingga terbit matahari, maka Rasulullah SAW telah
mengkhabarkan “syaitan telah kencing di telinga lelaki itu” kerana semasa
tiba waktu solat, dia sedang tidur.

Antara Sunnah Rasulullah semasa bangun dari tidur, apabila Baginda


bangun, Baginda menyapu mukanya dengan tangannya, iaitu menyapu
kesan tidur dari wajahnya. Kemudian Baginda mengingati Allah SWT,
Baginda berdoa,

ُّ ‫ه‬
‫النشو ُر‬ ِ ‫َّلل الَّذي أحيانا بع َد ما أماتنا وإل ْي‬
ِ َّ ‫الحم ُد‬

Baginda berdoa, “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah
mematikan kami dan kepadaNya kami kembali”

Dan Baginda bersiwak, berwudhuk dan solat. Baginda memberitahu


kita bahawa syaitan mengikat kepala manusia dengan 3 simpulan semasa
dia tidur. Apabila dia bangun dan mengingati Allah, terlepas satu simpulan,
semasa dia berwhudu’ terlepas satu simpulan. Semasa dia solat, terlepas
satu simpulan. Maka dengan itu, jika manusia tidak melakukan perkara ini,
dia bangun dalam keadaan tidak baik. Apabila terlepas kesemua simpulan,
manusia bangun dalam keadaan yang baik. Maka dia menjalani harinya
dengan bahagia, penuh kerehatan.

Manusia jika mengamalkan adab-adab tidur, tidurnya sama seperti


jaganya. Ibnu Mas’ud telah berkata, “Aku mahu tidurku sama seperti
jagaku” Dan kita mengetahui bahawa Nabi SAW matanya tidur, namun
hatinya jaga.
Kita berharap dengan beramal dengan adab Rasulullah SAW, ia akan
menjadi rahsia bagi kesedaran (jaga) ini, dan kita dimuliakan oleh Allah
melihat Rasulullah di dalam mimpi, dan dikumpulkan bersamanya di negeri
akhirat. Dan itu adalah kerana berkatnya firman Allah, “Katakanlah
(Muhammad), jika engkau mencintai Allah maka ikutilah aku, engkau akan
dicintai Allah”.

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN SUNNAH
ZIARAH ORANG SAKIT
Nabi SAW mengajar manusia perkara yang tidak diketahuinya sebelum
ini. Nabi SAW mengajar kita bahawa menziarahi orang sakit mempunyai
ganjaran yang besar. Baginda SAW telah meninggikan kefahaman kita
dengan melakukan amalan insani yang dapat menenangkan orang lain. Ia
juga suatu perintah yang agung bahawa kita sedang bermuamalah dengan
Allah SWT.

Baginda SAW telah menyebut kepada kita di dalam hadis yang perlu
diambil perhatian dan difikirkan. Nabi SAW bersabda, “Allah SWT telah
berfirman kepada anak Adam, Aku telah sakit, dan kamu tidak menziarahiku!
Maka hambaNya telah berkata, “Bagaimana aku menziarahimu sedangkan
Engkau Tuhan sekelian alam?” Allah SWT menjawab, “Tidak engkau tahu
bahawa si polan telah sakit dan engkau tidak datang menjenguknya?”
Sekiranya engkau menjenguknya, nescaya engkau mendapati Aku di
sisinya!”

Perkataan ‘di sisiku’ perlu diambil perhatian, iaitu ia adalah perintah


menggembirakan hati mereka yang sakit. Bagi orang yang sakit, Allah
berada di sisinya, dekat dengannya. Dan dengan itu, mereka yang
menziarahi orang sakit, mengetahui bahawa aku sekarang seperti
menziarahi Allah.

Di dalam sebuah hadis lain, “Barangsiapa


yang menjenguk orang sakit pada
waktu ‘ghudwah’ iaitu waktu subuh, 70
ribu malaikat akan berselawat ke
atasnya sehingga waktu petang Dan
barangsiapa yang menjenguk orang
sakit pada waktu petang, 70 ribu
malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga ke pagi. Bilangan malaikat
yang banyak ini memohon keampunan buatku, berselawat ke atasku, dan
mendoakan kebaikan buatku, ketika mana aku menjenguk saudara
muslimku yang sakit.

Nabi SAW menjenguk setiap golongan yang sakit di kalangan umatnya.


Baginda SAW menjenguk wanita yang sakit, hamba sahaya, orang islam dan
bukan islam, para sahabatnya di kalangan tenteranya yang cedera
sehinggakan kepada orang badwi bukan Arab.
Baginda tidak meninggalkan satu pun golongan masyarakat yang sakit
melainkan pasti dijenguk kesemuanya. Sama ada di dalam Madinah atau
kampung dan kawasan di sekitar Baginda SAW.

Maka dengan itu, ketika mana Ummu Saaib sakit, Baginda SAW telah
menziarahinya, apabila Baginda SAW menemuinya, beliau sedang mengutuk
penyakitnya iaitu demam. Maka Baginda SAW berkata kepadanya, ‘Wahai
Ummu Saib, janganlah engkau membenci penyakitmu dengan mencacinya,
sesungguhnya ia menghapuskan keburukan seperti terhapusnya kekotoran
pada besi semasa dibakar.

Baginda SAW menjenguk orang sakit, menenangkannya serta


mengajarkannya. Beginilah seharusnya semasa menjenguk orang yang
sakit. Nabi SAW bukan sahaja mengajar para sahabatnya mengenai perintah
ini serta mendidik mereka, bahkan Baginda SAW memberi kepada pesakit
keyakinan dan semangat yang tinggi. Sehinggakan baginda telah
mengarahkan Saidina Umar al-Khattab dengan bersabda, “Wahai Umar, jika
engkau menziarahi mereka yang sakit, maka suruhlah mereka mendoakan
untukmu, kerana sesungguhnya doa mereka seperti doa para malaikat.

Adab menziarahi orang sakit – Dalam hal menziarahi orang yang sakit,
Nabi SAW telah mengajarkan adab, nilai-nilai dan makna-makna. Adab yang
paling penting ialah memilih waktu yang sesuai. Jangan menjenguk orang
yang sakit ketika dia agak sibuk atau dia sedang penat atau lewat malam
semasa dia hendak tidur. Sesungguhnya ini membebankan orang yang sakit
melampaui kemampuannya.

Nabi SAW bersabda : Tidaklah seorang Muslim itu ditimpa musibah,


melainkan Allah SWT mengampunkan dosanya walaupun duri menusuk
badannya.

Antara adab ketika menziarahi orang yang sakit ialah menyenangkan


hatinya, dan menyenangkan hati mereka dalam pelbagai bentuk antaranya
Nabi SAW bersabda, ‘Apabila kamu menziarahi orang yang sakit, maka
hilangkanlah kerunsingan mereka terhadap penyakitnya’. Maka perkara ini
akan memulihkan semangat mereka. Katakan kepada orang yang sakit,
‘Insha Allah, engkau akan dipanjangkan umur, Allah akan panjangkan
umurmu, engkau akan sihat’. Perkara ini memberi motivasi kepada mereka
yang sakit.

Para pengkaji telah menyebutkan bahawa, ianya merupakan antara


sebab yang penting di dalam penyembuhan. Memberi motivasi kepada
orang yang sakit, kerana ini merupakan salah satu sebab penyembuhan.
Ketika mana Baginda SAW menziarahi orang yang sakit, Baginda SAW
mengatakan kepadanya : ‘Sembuh! In Sha Allah’. Ketika menziarahi orang
yang sakit, Baginda SAW mendoakannya, ada ketikanya, Baginda SAW
meletakkan tangannya di atas bahagian yang sakit dan berdoa dengan
sebahagian doa. Antaranya, Nabi SAW berdoa kepada orang yang sakit, :

‫شفا ًء ال ُيغاد ُر‬ ِ ‫شفا َء إال‬


ِ ،َ‫شفاؤك‬ َّ
ِ ‫ ال‬،‫الشافي‬ ‫ف وأنت‬ َّ
ِ ‫ اش‬،ِ‫رب الناس‬ َ‫أذهبِ الباس‬
ً ‫سق‬
‫ما‬ َ

Wahai tuhan manusia, hilangkanlah penyakit, sembuhkanlah sesungguhnya


engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan kesembuhanmu,
Kesembuhan yang menghilangkan kesakitan. Dalam riwayat lain, kesakitan
dan penyakit.
Nabi SAW mengkhabarkan, ‘Jika kamu menjenguk orang sakit yang
belum nazak, iaitu orang yang penyakitnya bukan di tahap kritikal dan belum
hampir kepada ajalnya, maka doakanlah dia dengan doa ini,

ْ ‫العظيم‬
‫أن يشفيَك‬ ِ َّ ‫م‬
ِ‫رب العرش‬ َ ‫للا العظي‬
َ ‫ل‬ ُ َ‫أسأ‬

“Aku memohon kepada Allah, Tuhan Arasyh yang agung agar


menyembuhkamu, dibaca sebanyak 7 kali, nescaya Allah akan
menyembuhkannya dari penyakit itu.

Setiap perkara yang diajarkan Nabi dalam menziarahi mereka yang


sakit, memberikan kita isyarat bahawa Nabi SAW merupakan seorang yang
sangat sibuk, juga seorang guru, pembimbing yang mempunyai keluarga
yang besar serta memberi sedekah kepada faqir miskin dan mengetuai
peperangan, namun tidak pernah mengabaikan perkara penting ini di dalam
kehidupannya. Bahkan Baginda SAW sentiasa mengutamakan orang yang
sakit.

Dengan itu, ada ketikanya, Nabi SAW menyoal para sahabatnya,


adakah di antara kamu yang telah menziarahi orang yang sakit? Maka Abu
Bakar sentiasa menjawab, “Aku wahai Rasulullah” maka Nabi SAW pun
tersenyum. Soalan ini akan sentiasa ditanyakan oleh Rasulullah SAW kepada
setiap anggota masyarakat. Setiap hari, ingatlah bahawa Rasulullah SAW
menyoalmu, “Adakah engkau telah menziarahi orang yang sakit?” Jika
engkau membayangkan soalan yang diajukan oleh Rasulullah SAW ini,
nescaya ia akan menguatkan ikutanmu dan hubunganmu dengan Nabi SAW.
Maka ini akan menjelaskan makna firman Allah, “Katakanlah (Muhammad)
jika engkau mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya engkau dicintai
Allah.” Semoga Allah mengurniakan kita ‘mengikut’ jalan Nabi SAW dan
cintaNya (di dalam ayat tadi).

Sumber : https://www.youtube.com/user/fattabiouni
ADAB DAN SUNNAH
BERZIKIR
Antara hal kenabian yang agung ialah zikir kepada Allah. Zikir ialah
kunci mendekatkan diri (kepada Allah) dan antara amalan yang teragung.
Dan Nabi SAW merupakan orang paling banyak berzikir kepada Allah.
Saidatina Aisyah menceritakan bahawa Baginda SAW mengingati Allah di
dalam setiap urusan. Baginda mengingati Allah pada setiap masa.

Apabila Baginda ditanya oleh seorang lelaki, “Wahai Rasulullah,


terdapat banyak syariat Islam, maka wasiatkanlah aku dengan sesuatu jika
aku beramal dengannya, aku akan masuk syurga.” Baginda berkata
kepadanya, “Basahilah lidahmu dengan zikir kepada Allah.”

Baginda SAW mempunyai zikir yang mutlak, Baginda mengingati Allah


pada setiap waktu. Dan Baginda juga berzikir kepada Allah dalam urusan
yang berbeza dari pagi hingga malam, Setiap amalan Baginda terikat dengan
zikir, dengan Basmalah, puji-pujian dan doa kepada Allah SWT.

Dengan itu, Nabi SAW mempunyai zikir yang


berkaitan dengan masa. Baginya zikir pada waktu
pagi, zikir waktu petang dan lain-lain lagi. Nabi SAW
sentiasa berdamping dengan Allah. Malah Baginda
menggalakkan para sahabat agar berzikir, bahkan
di dalam setiap peluang. Baginda mengajar para
sahabat dan ummatnya untuk berzikir. Baginda
tidak pernah melepaskan peluang tersebut.

Pernah sekali semasa Baginda dalam


perjalanan dan Baginda sampai ke satu tempat
yang dipanggil Bukit ‘Jumudan’ Baginda SAW bersabda, “Golongan
‘Mufarridun’ akan mendahului Jumudan ini.”

Baginda seperti ingin menyedarkan mereka apakah maksud


‘mendahului’. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah ‘Mufarridun’?”
Baginda menjawab, “Mereka yang banyak berzikir kepada Allah SWT, atau
mereka yang kerap dan banyak berzikir kepada Allah SWT.”

Allah SWT telah berfirman dalam hadith Qudsi “Siapa yang


mengingatiku pada dirinya, Maka Aku mengingatinya pada diriKu. Siapa
yang mengingatiku di dalam kumpulan, maka Aku akan mengingatinya di
dalam kumpulan yang lebih baik dari mereka.”

Nabi SAW sangat menyukai majlis-majlis zikir dan mereka yang


berkumpul untuk berzikir. Sehingga pernah sekali Baginda keluar kepada
para sahabatnya maka Baginda mendapati mereka sedang mengingati Allah.
Baginda bertanya, “Apa yang kamu sedang lakukan? Mereka menjawab, “Ya
Rasulullah, kami sedang mengingati Allah, kebaikanNya dan segala
kurnianNya ke atas kami.” Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu hanya
duduk untuk mengingati Allah?” Baginda menyuruh mereka bersumpah.
Mereka menjawab, “Demi Allah, kami hanya berkumpul untuk tujuan ini
wahai Rasulullah.” “Adapun aku bukan menyuruhmu bersumpah untuk
menuduhmu, tetapi Jibril telah datang kepadaku, dan memberitahuku
bahawa Allah berbangga denganmu di hadapan para malaikatNya.”

Jika manusia menghayati makna ini bahawa Allah berbangga dengan


manusia yang berkumpul untuk mengingatiNya, Allah berfirman : “Sesiapa
yang mengingatiku pada dirinya, Maka Aku akan mengingatinya pada diriKu
dan siapa yang mengingatiKu di dalam kumpulan, maka Aku akan
mengingatinya di dalam kumpulan yang lebih baik.

Nabi SAW memberitahu kita mengenai suatu pemandangan yang


sangat indah. Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang mencari dan
singgah di dalam majlis zikir. Jika mereka menjumpai suatu kaum yang
mengingati Allah, mereka berkata, “Pergilah kepada apa yang kamu cari”
dan mereka berbondong-bondong sehingga ke langit dunia.

Pemandangan yang menakjubkan, perkumpulan malaikat di majlis


sehingga ke langit. Apabila mereka pulang selepas itu, Allah bertanya kepada
mereka, “Bagaimana hamba-hambaku? Mereka menjawab, “HambaMu
bertasbih, memujimu sehingga ke akhir majlis” Maka Allah berfirman,
“Saksikanlah wahai malaikat bahawa Aku telah mengampuni mereka.”
Mereka berkata, “Wahai Allah, fulan ini datang untuk mengambil tahu (hal
orang)” Allah berfirman, “Sesungguhnya aku telah mengampuninya, mereka
adalah kaum yang tidak sia-sia perkumpulan mereka.”

Mereka itulah ahli zikir yang telah disebutkan hak mereka oleh Allah
melalui NabiNya, “Dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada
mereka (ahli zikir)”- al-Kahfi : 28. Mereka ialah golongan yang selalu
melazimi zikir kepada Allah SWT.

Nabi SAW mempunyai zikir yang sentiasa dilakukannya. Dan mestilah


setiap pengikutnya mengambil berat akan zikir-zikir tersebut. Sebaik-baik
zikir ialah Laa ilaha illallah. Sebaik-baik zikir adalah Laa ilaha illallah. Sebaik-
baik ucapanku dan para Nabi ialah Laa ilaha illallah. Ia merupakan ucapan
ikhlas, tauhid dan kunci syurga. Seorang muslim perlu memperbanyakkan
ucapannya.

Antara zikir yang agung ialah “Subhanallahi wabihamdihi Subhanallahil


Adzim.” Sabda Rasulullah SAW, “2 kalimah yang ringan pada lisan, berat
pada timbangan, disukai oleh Allah, Subhanallahi wabihamdihi, Subhanallahi
‘Adzim.” Para sahabat r.a berkata, “Di dalam majlis bersama Rasulullah,
kami sentiasa membaca ucapan ini 100 kali”

ُ
‫التواب الغفو ُر‬ ْ ‫ب اغ ِف ْر لي و ُت‬
َّ ‫ب عل‬
‫ي إنك أنت‬ ِّ ‫ر‬
“Wahai tuhanku, ampunilah aku, dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Penerima Taubat dan Maha
Penyayang” Maka hendaklah bagi setiap Muslim mengamalkannya kerana
Nabi SAW sentiasa membaca zikir ini di setiap majlis.

Antara zikir yang paling penting ialah Baqiatussolihaat Rasulullah SAW


bersabda, “Ucapan Subhanallah, Alhamdulillah, Lailaahaillallah, Allahu Akbar
lebih baik bagiku daripada terbitnya matahari serta dunia dan seisinya.”

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya aku melihat seorang lelaki


yang pada malam mi’raj yang disinari dengan cahaya arasy’ Aku bertanya,
“Adakah dia seorang Nabi?, Jibril menjawab, “Bukan” Aku bertanya,
“Seorang Malaikat?”, Jibril menjawab, “Bukan” Aku bertanya, Maka siapakah
dia? Jibril menjawab, ini adalah lelaki yang lidahnya basah dengan zikrullah.”

Sesiapa yang suka melalui syurga di dunia, maka hadirilah majlis-majlis


zikir. Sesungguhnya ia adalah taman-taman syurga di dunia.” Perkara
terpenting bagi zikir ialah hati yang hadir terhadap Allah, dan merasakan
bahawa Allah sentiasa melihatku, dan Dia sentiasa bersamaku. Dan Dia
mengingatiku ketika mana aku mengingatiNya.

Maka ini merupakan makna firman Allah, “Maka ingatilah Aku, nescaya
Aku mengingatimu” dan Rasulullah SAW menekankan kepada kita
mengenainya di dalam banyak hadis Qudsi iaitu “Sesiapa yang menyebut
namaKu secara bersendirian, Maka aku akan mengingatinya pada diriKu”
dan siapa yang menyebut namaKu di dalam kumpulan, nescaya Aku
menyebut namanya di dalam kumpulan yang lebih baik”.

Ini bermakna, jika manusia memahaminya, ia merupakan pertalian


antara dirinya dengan Allah SWT. Dan sesungguhnya Allah SWT berfirman,
“Aku bersama hambaKu selagimana lidahnya menyebut namaKu”.
Begitulah Nabi datang kepada kita untuk menghidupkan dan
meningkatkan keimanan dan pengetahuan kepada Yang Maha Penyayang
dan kita dapat mengambil daripada rahsia firman Allah SWT “Katakanlah jika
engkau mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya engkau dicintai Allah.”
ADAB DAN SUNNAH DI
RUMAH

Rumah merupakan pemilikan manusia, tempat perlindungan dan


kerehatan baginya dan tempat berkumpulnya seseorang dengan
keluarganya.

Bagaimana kita dapat menjadikan rumah kita memberi kerehatan dan


selesa untuk kita. Bagaimana kita menjadikannya rumah dengan acuan Nabi
SAW kerana Nabi SAW merupakan contoh yang terbaik di dalam kehidupan
seseorang insan yang baik.

Antara perkara yang terpenting ialah seseorang mestilah memilih


rumah yang sesuai, yang paling dekat dengan rumah Allah (masjid) dan
memilih jiran yang soleh. “Jiran sebelum rumah, dan teman sebelum
perjalanan”. Seperti yang telah disabdakan Nabi SAW.

Adab-adab masuk ke dalam rumah – Apabila seseorang masuk ke


dalam rumahnya, dia haruslah menyebut nama Allah SWT dan masuk
dengan kaki kanan. Disunnahkan juga, membaca doa yang diajarkan oleh
Rasulullah SAW :-

ْ
‫خرجنا وعلى‬ ِ ‫وبسم‬
‫للا‬ ْ َ‫للا وَل‬
‫جنا‬ ِ ‫بسم‬ ُ َّ ‫الله‬
ِ ِ ِ‫م إني أسألك خي َر المَولجِ وخي َر المَخرَج‬
َّ ‫للا رب ّنا‬
‫توك ْلنا‬ ِ ِ
Wahai Allah, aku memohon kebaikan semasa masuk dan keluar. Dengan
nama Allah kami masuk, Dengan nama Allah kami keluar dan kepada Tuhan
kami berserah diri.

Apabila seseorang membaca doa ini, syaitan berkata kepada syaitan


yang lain, “Engkau terlepas peluang untuk masuk” Syaitan tidak mampu
masuk ke dalam rumah bersama orang tersebut. Apabila kamu masuk ke
dalam rumah, maka berilah salam kepada penghuni rumah, kerana salam
merupakan permulaan kepada pertemuan maka ia membangkitkan rasa
selamat dan ketenangan di antara dirimu dan keluargamu. Sekiranya tiada
sesiapa di dalam rumah, maka berilah salam kepada dirimu. Katakanlah
“Assalamu’alaina, tahiyyatan min ‘indillah toyyibatan mubarakah” dengan
itu, engkau memperoleh Sunnah-sunnah salam.

Apakah perkara pertama yang dilakukan Rasulullah SAW semasa


masuk ke dalam rumah? Sayyidah ‘Aisyah berkata, “Baginda SAW akan
bersiwak terlebih dahulu.”

Antara perkara yang terpenting juga adalah meminta keizinan. Pernah


suatu ketika, Nabi SAW duduk di rumahnya, maka seorang lelaki telah
datang dan berkata, “Boleh saya masuk?” Nabi SAW bersabda kepada
hambanya, “Keluarlah dan ajarilah dia bagaimana meminta izin!”

Nabi SAW begitu bersungguh-sungguh dalam mengajarkan adab yang


mulia. Hamba tersebut telah keluar dan berkata, “Ucapkanlah
Assalamualaikum, boleh saya masuk?” Apabila lelaki itu meminta izin
dengan cara ini, Nabi SAW berkata kepadanya, “Sekarang masuklah!”.

Nabi SAW melarang kita, tidak memperkenalkan diri ketika meminta


izin contohnya, apabila kamu mengetuk pintu seseorang dan ditanya,
“Siapakah itu?”, kamu menjawab, “Saya!” Seorang lelaki telah mengetuk
pintu Nabi SAW dan ketika ditanya siapakah itu, dia menjawab, “saya” Nabi
SAW membenci jawapannya dan berkata, “Saya, saya, saya” iaitu “Siapa
namamu, beritahu siapakah kamu?” maka ini merupakan adab yang
penting semasa ingin masuk ke dalam rumah.

Antara adab yang diamalkan Nabi SAW ialah Baginda SAW melakukan
tugasan rumah tangganya. Baginda SAW pernah membersihkan rumahnya,
membaiki kasutnya dan mengikat bekas air. Baginda mempunyai tugasan
sendiri di rumahnya. Begitu juga, golongan lelaki mestilah mempunyai
tugasan sendiri di rumah. Melakukan perkara yang dapat membantu
keluarganya, memenuhi keperluan mereka dan membaiki sesuatu yang
rosak. Ini merupakan Sunnah Nabi SAW.

Antara perkara yang terpenting di rumah kita, adalah


memakmurkannya dengan zikir dan bacaan al-Quran. Perumpamaan rumah
yang disebut nama Allah SWT dan rumah yang tidak disebutkan nama Allah
di dalamnya, seperti orang hidup dan orang mati (Bukhari).

Bayangkan sama ada rumahmu hidup atau mati. Nabi SAW


mengkhabarkan bahawa rumah yang dibacakan al-Quran di dalamnya
mampu dilihat oleh penduduk langit. Mereka melihatnya seperti kita melihat
bintang di langit (pada waktu malam).

Ramai sahabat mengajak Nabi SAW datang ke rumah mereka dan


bersolat di suatu tempat untuk dijadikan tempat solat mereka. Maka
Sunnah ini, wajarlah bagi setiap orang menjadikan suatu tempat khas untuk
bersolat bersama keluarganya. Nabi SAW memberi amaran mengenai
perkara yang menghalang masuknya malaikat ke dalam rumah kita. Ini
merupakan perkara yang penting kerana jika malaikat tidak masuk, maka
syaitan yang akan masuk.

Nabi SAW memberi amaran agar kita berhati-hati dengan gambar,


patung, ukiran yang kini banyak didapati di rumah-rumah. Begitu juga,
dengan kehadiran anjing bukan untuk tujuan pengawasan dan pemburuan.
Nabi SAW menyeru kita agar berhati-hati dengan segala penyebab bahaya.
Jika terdapatnya api, pintu yang terbuka, bekas yang terbuka yang boleh
memberi mudharat kepada seseorang. Begitu juga elektrik dan apa jua
perkara yang berbahaya wajarlah bagi seseorang untuk berjaga-jaga
dengannya khususnya sebelum tidur.
Nabi SAW bersabda, “Ketika malam menjelang atau sudah petang,
maka halangilah (anak-anak) mereka dari keluar kerana sesungguhnya
syaitan sedang berkeliaran”. Apabila telah berlalu waktu malam beberapa
ketika, maka bebaskanlah mereka, dan tutuplah pintu sambil menyebut
nama Allah kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup.
Ikatlah bekas air kamu sambil menyebut nama Allah dan tutuplah bekas-
bekas dan peralatan kamu sambil menyebut nama Allah walaupun dengan
meletakkan sesuatu dan tutuplah lampu rumahmu.

Adab keluar rumah – Keluar rumah juga mempunyai adab iaitu


seseorang keluar rumah dengan kaki kirinya sambil mengucapkan

‫بسم للا امنت باهلل توكلت على للا وال حول وال قوة اال باهلل العلي العظيم‬

Dengan nama Allah, aku beriman dengan Allah, aku bertawakkal kepada
Allah, Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah yang Maha Tinggi dan
Agung.

Nabi SAW bersabda bahawa sesiapa yang membaca doa ini ketika
keluar dari rumah, apabila dia bertembung dengan syaitan, maka syaitan itu
akan terpelanting, maka datanglah syaitan lain dan melihat ianya
terpelanting, lalu bertanya, ‘mengapa denganmu’? Apa halnya dengan si
fulan? Lalu dia menjawab, “Apa pandanganmu mengenai seseorang yang
dilindungi, diawasi dan diberi petunjuk?”

Sekiranya kita mengamalkan setiap Sunnah Nabi SAW di rumah-rumah


kita, rumah-rumah kita akan berkait rapat dengan bilik-bilik Nabi SAW, bilik-
bilik di mana Allah SWT telah menurunkan sebuah surah khas yang
menerangkan perihalnya. Maka apakah yang lebih baik lagi selain
menzahirkan makna hubungan kita dengan Rasulullah SAW pada rumah-
rumah kita, nescaya rumah kita akan berkait dengan firman Allah,
“Katakanlah (Muhammad), sekiranya engkau mencintai Allah, maka ikutilah
aku, nescaya engkau dicintai Allah”
ADAB DAN SUNNAH
DALAM MENANGANI SIHIR

Di dunia ini ada unsur baik dan jahat, baik ialah cahaya daripada Allah
SWT, jahat ialah kegelapan, sentiasa ada hubungan dengan syaitan. Antara
kegelapan yang mengancam manusia ialah sihir. Kita dengar tentang sihir
dan rasa takut mengenainya. Sihir hitam, merah dan banyak lagi.

Rasulullah SAW menjadi model hidup kita hinggakan Allah menduga


baginda dengan ancaman ini, sebagai panduan untuk kita. Nabi SAW disihir
oleh Labid dan anak-anaknya. Dia ambil helaian rambut Nabi SAW
melakukan beberapa ritual sihir, sehingga Nabi SAW terkena sihirnya. Kita
perlu tahu semua orang terdedah dengan bahaya sihir. Ia seperti sakit dan
masalah yang biasa dialami.

Pada suatu malam baginda mengadap Allah dengan penuh tawaduk.


Yang kita perlu lihat di sini ialah bertawajuh kepada Allah SWT. Pada malam
itu, baginda lihat dua orang seorang tanya seorang lagi jawab…. kenapa
dengan dia? dijawab, dia terkena sihir. siapa yang sihirnya? dihawab Labid,
dengan apa? dengan helaian rambut yang diletak dalam telaga si fulan. Lalu
Nabi SAW terjaga dan Allah SWT telah buang sihir itu.

Baginda SAW keluar dan ingin buang sihir itu dari telaga tetapi Nabi
SAW abaikannya. Nabi SAW berharap agar umat Islam tidak diancam
kejahatan, pertelingkahan dan perkara yang merumitkan masalah.

Bagaimana saya lindungi diri daripada sihir?


Nabi SAW ajar kita ayat-ayat pelindung. Jika diamalkan kita tidak diancam
sihir. Pertama, ayat Kursi, jika ayat ini dibaca dirinya disinari cahaya yang
melindunginya daripada sakit kegelapan.
Kedua Surah al-Ikhlas, surah an-Nas dan surah al-Falaq dibaca setiap pagi,
petang dan sebelum tidur kemudian sapu seluruh badan.

Ketiga, baca 3 kali pada waktu pagi dan petang


ُ ‫م ْي‬
‫م ال َعلِ ْيم‬ َّ
ِ ‫الس‬ ُ ‫السماَ ِء َو‬
‫ه َو‬ َ ‫ْض َوال َ فِي‬
ِ ‫مه فِي االَر‬ ْ ‫ع‬
ِ ‫اس‬ َ ‫َض ُّر َم‬
ُ ‫للا ال ِذي ال َ ي‬
ِ ‫م‬ ْ ِ‫ب‬
ِ ‫س‬

Keempat, baca tiga kali pada waktu pagi dan petang


‫خلَق‬
َ َ‫شرِ ما‬ َ ِ‫أَ ُع ْو ُذ ب‬
ْ ‫كلِمَاتِ للا التَاماَتِ ِم‬
َّ ‫ن‬

Masalah yang kita hadapi kini ialah kita suka berlebihan dalam sesuatu
perkara. Bila hadapi masalah dia tuduh sihir. Tak dapat bermain dengan
baik dia mengaku disihir, bila ada masalah antara suami isteri atau
pertunangan terbatal mengaku disihir yang menyebabkan terjadinya
suasana tidak tenteram. Kita tidak patut lakukan demikian. Sihir memang
wujud, tetapi sebab lain juga ada. Ada kaitan psikologi dan tabiat hidup
seperti manusia lain.

Apa perlu dibuat jika rasa disihir?


Jika kita rasa diri kita disihir lihat sesuatu atau bermimpi yang berkaitan
dengan sihir, ayat pelindung yang diamalkan ialah pertamanya berdoa
kepada Allah SWT. Kemudian baca ayat Kursi, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas
serta ayat berkenaan sihir seperti firman Allah dalam kisah Musa Surah
Yunus ayat 81

‫ل‬ َ ‫ح َع‬
َ ‫م‬ ْ ‫ن اللَّـ َه َال ُي‬
ُ ِ‫صل‬ َّ ِ‫طلُ ُه ۖ إ‬ َ ‫ن اللَّـ َه‬
ِ ‫س ُي ْب‬ َّ ِ‫ح ُر ۖ إ‬
ْ ‫س‬ ِ ِ‫ج ْئ ُتم ب‬
ِ ّ ‫ه ال‬ ِ ‫ى مَا‬ َ ‫ما أَ ْل َق ْوا َقا‬
َ ‫ل ُم‬
ٰ ‫وس‬ َّ َ‫َفل‬
َ‫س ِدين‬ِ ‫م ْف‬ ُ ‫ْال‬

Surah Taha ayat 69

ْ ‫ك تَ ْل َق‬ َ
ُ ‫ح ْي‬
‫ث‬ َ ‫ح ُر‬ َّ
ِ ‫السا‬ ُ ‫ح ٍر ۖ و ََال ُي ْف ِل‬
‫ح‬ ِ ‫سا‬ َ ‫ص َن ُعوا ۖ إِنَّمَا‬
َ ‫ص َن ُعوا َك ْي ُد‬ َ ‫ف مَا‬ َ ِ‫مين‬ ِ ‫وَأ ْل‬
ِ َ‫ق مَا فِي ي‬
َ
‫ى‬ٰ َ ‫أت‬
Jika kita baca ayat-ayat ini dengan niat sembuh dengan izin Allah SWT kita
akan sembuh seperti Nabi SAW. Namun rawatan ruqyah, pelindung takkan
berkesan kecuali kita ada rasa yakin ini daripada Allah. Dia ada keyakinan
terhadap Allah dan guna rawatan itu juga bersangka baik pada Allah SWT.

Jika dia yakin dan optimis ayat-ayat itu pasti berkesan. Sihir akan
terungkai jika kita jumpa dan rosakkan sihir itu. Sihir biasa diikat dengan tali.
Kesannya hilang jika dimusnahkannya. Antara masalah isu ini, kita lebih suka
bertemu bomoh. Ada yang menipu, ada yang guna sihir, mustahil kita buang
sihir dengan sihir. Rawat kegelapan dengan kegelapan. Di dunia ini, ramai
yang amalkan sihir, amalkan kebatilan dan kegelapan ini.

Kita perlu berhati-hati. Nabi SAW bersabda “Sesiapa yang temui dukun
atau peramal maka aku berlepas tangan dengan dia Maka dia telah kufur
dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad SAW. Ini adalah sesuatu
yang sangat berbahaya. Isteri ingin suami menyayanginya lalu dia pergi
jumpa bomoh. Mereka guna istilah lain dan bukan sihir, seperti istilah
mantera cinta, ramuan cinta dan pembuka hati. Semua ini akhirnya ada
kaitan dengan sihir.

Kita perlu jauhi amalan sihir dengan al-Quran dan sunnah Nabi SAW
selain Itu adalah sangat bahaya. Perkara utama dalam topik sihir ini,
manusia tidak tahu kelebihannya. Syaitan dan sihir tak dapat tandingi
kelebihan manusia. Syaitan ialah dikeji, kaum kegelapan, cahaya mengatasi
kegelapan. Jangan takut dan keliru dengan sihir. Bersama dengan Allah,
Allah Bersama dengan kita dengam mengamalkan sunnah Nabi SAW kita
akan jauh dari ancaman dan kita akan terlindung dan aman.
ADAB DAN SUNNAH
DALAM PERCAKAPAN
Rasulullah SAW baik dalam bertutur, baik dalam berkata-kata. Baginda
SAW suka menggunakan lafaz dan perkataan yang begitu baik, cantik dan
lembut. Bayangkan, jika ada insan yang cuba menggantikan perkataan
tersebut dengan perkataannya, pasti takkan dia temui. Sebaik-baik
pertuturan adalah milik Nabi SAW

Allah SWT berfirman kepada Nabi-Nya SAW “Katakanlah kepada


hamba-hambaku, ucapkanlah perkataan yang lebih baik, sesungguhnya
syaitan itu menimbulkan perselisihan antara mereka.”

Ayat ini seakan-akan ingin memberitahu kita berkata-katalah dengan


baik kerana syaitan menggunakan pertuturan dan lafaz kamu untuk
menimbulkan perselisihan. Oleh itu, kita lihat ramai yang menghadapi
masalah disebabkan mulut mereka. Ada individu yang menggunakan ayat
tertentu tapi di salah erti oleh individu yang lain.

Allah SWT berfirman : Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, Ucapkanlah


perkataan yang lebih baik.

Salah satu adab Nabi SAW, kadang kala mewakilkan orang lain untuk
bercakap. Jika Nabi SAW ingin menegur beberapa kesalahan syarak yang
dilakukan oleh orang lain, Baginda SAW tidak menegurnya terus tetapi
Baginda akan berkata : Kenapa mereka melakukan begitu? Baginda hanya
bertanya dan tidak suka menyebut keburukan orang lain.

Salah satu adab Nabi SAW kadangkala apabila ingin memberitahu


seseorang yang dia ada melakukan kesalahan baginda akan bercakap
dengan orang yang rapat dengan individu tersebut supaya bukan Baginda
yang menegur kesalahan individu tersebut.
Manusia yang berjaya ialah yang menutup mulutnya sebelum orang lain
menutup telinga mereka. Kini, sebahagian kita lebih suka pertuturan yang
kasar, maksudnya mereka tak sukakan pertuturan yang baik. Sebahagian
kita berubah kerana tidak memahami ini adalah Sunnah Nabi SAW. Sebab
itulah sebahagian kita menjadikan perkataan yang tak elok, kejian dan
kutukan, juga ungkapan yang pelik sebagai sapaan antara mereka.

Bagi mereka inilah penampilan terbaik dan sesuai untuk pemuda.


Sahabat Nabi SAW bernama Jabir telah bertemu Nabi SAW dia berkata
kepada Nabi : Ya Rasulullah, berika peringatan kepadaku, Nabi SAW
bersabda kepadanya : Janganlah kau mencela orang lain. Maka dia berkata :
Demi Allah, sejak itu aku tidak pernah mencela orang lain sama ada dia
lelaki, perempuan, orang merdeka, hamba atau haiwan bermaksud, dia
setelah itu tak pernah mencela, hinggakan haiwan pun sudah tidak dicela
olehnya. Dia memahami peringatan daripada Nabi dan sejak itu, dia tidak
pernah mencela sesiapa pun.

Pernah seorang wanita mengutuk binatangnya, iaitu seeokor unta


telah dilaknatnya, lalu Nabi SAW bersabda: Turunkan barang daripada unta
tersebut dan lepaskannya, unta yang dilaknat tak patut berjalan bersama
kita. Maka unta tersebut berjalan bersendirian kerana Nabi tak redha unta
itu bersama dalam kumpulan.

Otot tubuh yang paling kuat dalam tubuh manusia ialah lidah. Nabi
SAW bersabda mungkin satu pertuturan daripada seorang lelaki
membuatkan khalayak ramai ketawa akan menghumbankan dia ke dalam
api neraka yang lebih jauh dari gugusan bintang.

Kadangkala manusia ingin berjenaka untuk membuatkan orang lain


ketawa maka dia menggunakan lafaz yang biadap terhadap Allah SWT atau
yang tak layak terhadap Allah.
Nabi SAW melarang kita bertutur kepada orang dengan kata-kata
kutukan dan leteran atau kata-kata yang melupakan kita dengan nikmat
yang diberikan Allah kepada kita. Hari ini kita namakannya dengan kata-kata
negatif kerana ia menjatuhkan motivasi masyarakat, menjadikan manusia
sentiasa melihat kegelapan.

Dengan kata-katanya telah memadam perasaan tenang dan


kedamaian yang ada dalam hati manusia. Fikir dahulu sebelum berkata,
ruangkan masa untuk mematangkan pertuturan, kata-kata seperti buah
yang memerlukan masa untuk menjadi matang.

Indah sungguh kerana Sunnah ini masih berterusan. Jika semua


pertuturan kamu adalah baik maka kamu akan sentiasa mencontohi Nabi
SAW kerana kamu sentiasa ingin bertutur dengan kata-kata yang baik.

Setiap percakapan sama ada kepada pegawai, ahli keluarga dan


kanak-kanak adalah apa yang terbuku dari dalam diri manusia. Seperti yang
disebut: “Setiap yang ada di dalam bekas pasti akan membasahi, Lidah
dijadikan bukti, apa yang terbuku dalam hati.”

Hati Nabi SAW adalah yang paling suci sebab itulah tuturnya begitu
suci. Timbangkan, adakah kamu memilih ini atau yang ini? Inilah yang
ditawarkan Allah SWT kepada kita dalam firmannya : Katakanlah, jika kamu
mencintai Allah ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu. Penting untuk kita
fahami iaitu mencontohi Nabi SAW dalam bertutur dan berkata-kata bukan
hanya perbuatan dan keadaan, agar kita dapat mendisiplinkan pertuturan
kita.
ADAB DAN SUNNAH
PERGAULAN DENGAN REMAJA
Antara perkara yang dipentingkan oleh Nabi SAW semasa hayatnya
adalah penjagaan remaja. Nabi SAW telah mempraktikkan pergaulan dan
keutamaan yang khas dengan golongan remaja, kerana mereka merupakan
tenaga penting di dalam membangunkan ummah.

Nabi SAW dibangkitkan sebagai rasul semasa remaja dan yang terawal
beriman dengannya ialah seorang remaja. Nabi SAW bersabda “Aku
wasiatkan kamu dengan para remaja mereka mempunyai hati yang paling
lembut.” “Sesungguhnya aku dibangkitkan dengan agama yang lurus,
golongan remaja menyokongku manakala golongan tua membelakangiku.”
Orang yang terawal yang beriman dengan Nabi SAW merupakan pemuda.
Bagi ummat ini dan keunggulannya bermula dari golongan remaja.

Semasa Rasulullah SAW membuka Kota Makah, Nabi SAW telah


memberi tanggungjawab kepada Attab Bin Usaid yang berusia 21 tahun
untuk menguruskan Kota Makah sedangkan ada golongan yang lebih tua
dan berusia. Ketika mana Nabi SAW ingin mengutuskan seseorang untuk
menjadi penolongnya di dalam mengajar manusia dan berdakwa, sebelum
Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Nabi SAW mengutuskan seorang pemuda
bernama Mus’ab bin Umair yang sebelumnya
di dalam kesesatan dan Islam telah
mengangkatnya ke peringkat yang lebih
tinggi di dalam kehidupan sehingga dia
menjadi utusan Rasulullah SAW.

Tugas ini merupakan tugas yang


penting di dalam pembangunan agama Islam
secara keseluruhannya dan Nabi SAW telah
meletakkan tanggungjawab tersebut ke atas
bahu seorang pemuda. Nabi SAW telah menjadikan para remaja sebagai
pemimpin, sehinggakan dalam hal ilmu. Baginda SAW pernah bertanya
kepada Ibnu Abbas yang masih kecil dalam lingkungan umur 15 tahun atau
lebih muda, Baginda SAW pernah menjadikannya turut bersama dalam
mentafsirkan ayat-ayat al-Quran.

Baginda SAW pernah bersabda, “Aku mengetahui dalam kalangan


kamu yang mahir di dalam halal dan haram, iaitu Muaz bin Jabal”. Muaz bin
Jabal wafat pada zaman pemerintahan Umar, pada usia 33 tahun pada
zaman Baginda SAW masih hidup, mungkin umurnya ketika itu sekitar 15
tahun.

Ini kesemuanya memberi gambaran bahawa Nabi SAW sangat


mementingkan golongan remaja. Usamah bin Zaid telah diberi
tanggungjawab, di dalam memimpin para tentera yang hebat, ketika
umurnya baru 17 tahun. Jika dibandingkan hal ini dengan keadaan kita pada
hari ini, nescaya kita akan mendapati bahawa ramai remaja masih tidak
memahami peranan mereka yang sebenar.

Jika kita menghayati kata-kata Rasulullah SAW kepada para remaja


nescaya kita mendapati bahawa kesemuanya merupakan kata-kata motivasi
yang memberi semangat kepada golongan remaja untuk melangkah maju
dalam kehidupan.

Nabi SAW bersabda “Santunilah golongan tua dan sayangilah golongan


muda. Nabi SAW memerhatikan bahawa para remaja mempunyai darah
muda yang penuh semangat. Ketika mana Nabi SAW di Mekah dan muazzin
sedang melaungkan azan, Baginda SAW telah mendengar ada remaja dan
kanak-kanak sedang mempermainkan dan meremehkan azan. Maka Nabi
SAW bersabda, “Panggilah mereka”, dan ketika itu ada 10 orang lalu mereka
semua melaungkan azan.
Baginda bersabda, “Aku ingin mendengar mereka melaungkan azan”
maka mereka melaungkan azan seorang demi seorang lalu Baginda SAW
bersabda, ”Aku telah mendengar seseorang dengan suara yang lunak”
Apabila Baginda SAW mendengar pemilik suara lunak yang bernama Abu
Mahzurah, Baginda telah bersabda kepadanya, “Pergilah ke Masjidil Haram
dan laungkan azan!” Maka Baginda SAW telah melantiknya sebagai muezzin
Masjidil Haram di Mekah di tanah yang paling suci dan di masjid yang
teragung di atas bumi ini dengan serta merta. Baginda SAW telah
mempertanggungjawabkannya sedangkan sebelum itu dia telah
mempermainkan azan namun dia mempunyai suara yang bagus, maka Nabi
SAW serta merta memberikannya tanggungjawab.

Ini semua memberikan kita suatu isyarat kenabian, bahawa remaja


ketika diberikan tanggungjawab dan ketika diletakkan pada posisi
kepimpinan dia akan mula berkembang dan cuba untuk membuktikan diri
dan kejayaannya. Remaja merupakan tonggak ummat dan penentu masa
hadapan.

Nabi SAW mengambil berat di dalam menggalakkan remaja agar


membaiki kehidupan mereka. Baginda SAW bersabda, “Wahai sekelian
pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mampu, maka berkahwinlah dan
bagi siapa yang tidak mampu maka berpuasalah”. Nabi SAW mengetahui
bahawa para pemuda mempunyai naluri untuk berkahwin dan manusia jika
dikalahkan oleh naluri mereka akalnya tidak mampu berfikir.

Kebanyakkan pemuda sangat mengikut perasaannya seperti dalam


hadith yang lain, “mempunyai hati yang sangat lembut” maka Nabi SAW
inginkan para pemuda, untuk menuruti naluri mereka pada perkara yang
halal agar mereka mampu membezakan antara yang salah dan benar di
dalam berbuat ihsan kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman “Sesungguhnya mereka para pemuda itu telah


beriman dengan Tuhan mereka, lalu kami tambahkan bagi mereka
petunjuk”. Baginda SAW telah bersabda, “Ciptaan yang paling dicintai oleh
Allah SWT ialah remaja dengan akhlak yang baik” Remaja ini menghabiskan
masa remajanya di dalam ketaan kepada Allah SWT. Remaja yang
menginfakkan masa remajanya di dalam ketaatan dan ibadah kepada Allah
SWT, baginya kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.
Baginda SAW bersabda, “7 golongan yang mendapat naungan Allah
pada hari tiada naungan selain naunganNya, salah satunya remaja yang
membesar di dalam ketaatan kepada Allah SWT. Jika kita meletakkan
kalimah ini di dalam kurungan (maksudnya jika semua remaja beramai
dengan perkara ini), dan kita mengetahui bagaimana bermuamalah dengan
Allah melalui para remaja, nescaya akan terhasil ummat dalam kalangan
remaja yang akan mengubah alam ini kepada keadaan yang lebih baik dari
keadaan kita hari ini.

Nabi SAW sehinggakan kepada para pemudi, ketika mana Baginda


menuju ke Khaibar, telah datang seorang pemudi yang bernama Umaiyyah
al-Makhzumiah dia berkata, “Wahai Rasulullah, bawalah aku bersamamu”
Baginda bertanya, “Apa yang akan engkau lakukan?”, lalu jawabnya, “Aku
akan membawa air dan merawat orang sakit” maka Nabi SAW telah
membawanya bersama dan dia telah berkhidmat di dalam perang Khaibar,
tatkala perang itu tamat, Nabi SAW telah menyarungkan kepadanya seutas
kalung maka pemudi ini berasa bangga, kerana kalung ini telah dipakaikan
oleh Rasulullah dengan tangannya sendiri dan dia telah berkata kepada
sahabatnya setelah dia dewasa jika aku mati, maka tanamlah aku bersama-
samanya kerana dia berasa bangga dengan penghargaan Rasulullah SAW.

Ketika Nabi SAW di dalam perjalanan ke Tabuk, seorang sahabat telah


melihat seorang pemuda menggembala kambing, lalu berkata, “Sekiranya
pemuda ini berjihad di jalan Allah nescaya ia lebih baik baginya” Baginda
SAW bersabda, “Apa yang kamu tahu? semoga ketika mana dia menyara
ahli keluarganya, dia juga sedang berjuang di jalan Allah” atau menyara
dirinya sedangkan ia sama dengan berjihad di jalan Allah”.

Nabi SAW mengajar mereka bahawa remaja mempunyai banyak


peranan di dalam kehidupan, antaranya peranan dalam bidang ekonomi,
ilmu dan jihad maka janganlah kita memperkecilkan atau meremehkan
peranan seorang remaja di alam ini kerana setiap orang mempunyai
kepentingan dan peranan yang besar di dalam kehidupan
ADAB DAN SUNNAH
MEMBERI SALAM
Masalah besar yang dihadapi orang ramai sekarang ialah persaudaraan
yang semakin renggang. Rawatan yang mudah dan sangat berkesan yang
diajar oleh Nabi SAW : Sabda Nabi SAW, “Kamu takkan masuk syurga
melainkan setelah beriman, dan tidaklah kamu beriman melainkan kamu
telah berkasih saying, sukakah kamu jika aku tunjukkan sesuatu jika
dilakukan pasti kamu akan berkasih sayang, sebarkan salam sesame kamu.”

Maksud salam sangat mendalam. Salam menyebarkan kasih sayang


dan keharmonian, jika anda ucapkan salam pertama sekali as-Salam antara
nama Allah SWT, kedua, semasa memberi salam anda mendoakan
keamanan seseorang.

Salam berkait rapat dengan keamanan, ketika ucapkan salam, anda


seolah-olah menjamin keamanannya daripada pihak anda iaitu saya takkan
sakiti kamu, kamu selamat jika berada dengan saya.

Memberi salam adalah sunnah Nabi SAW manakala menjawab salam


pula hukumnya wajib. Firman Allah SWT, “Jika kamu terima ucapan maka
balaslah dengan ucapan yang lebih baik atau setaraf dengannya. Jika
seorang memberi salam kepada kita, kita mesti membalasnya dengan
ucapan yang lebih baik.

Ganjaran memberi salam


Seorang pemuda datang menemui Nabi SAW
dia ucapkan “Assalamualaikum” Nabi SAW
bersabda “sepuluh” pemuda kedua datang
dan ucapkan “Assalamualaikum
Warahmatullah” Nabi SAW bersabda “Dua
puluh”, pemuda ketiga datang dan ucapkan
“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh” Nabi SAW bersabda “Tiga
puluh”. Mereka bertanya, “Ada apa dengan jumlah itu semua?” Baginda SAW
menjawab, “Pemuda pertama dapat 10 pahala, pemuda kedua 20 pahala
dan yang ketiga 30 pahala.

Adab ini indah, menggalakkan orang mengucapkan salam, orang yang


beri salam bebas daripada sifat takbur. Antara cara merawat sifat takbur
ialah dengan memberi salam.

Sifat ucapan salam Nabi SAW


Ramai sahabat menyifatkan ucapan salam Nabi SAW sebagai ucapan yang
didengari oleh orang yang berjaga dan tidak mengejutkan orang yang
sedang tidur, kerana kelembutan dan ketenangan ucapan baginda SAW.
Nabi SAW beri salam di semua tempat, baginda beri salam kepada orang
tua, muda, lelaki dan wanita, termasuklah kepada kanak-kanak.

Pernah seseorang tertanya-tanya sama ada nak beri salam atau tidak,
emmm orang itu perlukan ucapan salam, orang sering pertikaikan siapa yang
patut beri salam dan kepada siapa kita patut beri salam. Ucapan salam
asalnya diciptakan untuk seluruh manusia.

Tatacara memberi salam


Perkara menarik tentang salam ialah pada tatacaranya. Orang di atas
kenderaan beri salam pada orang yang berjalan. Yang berjalan beri salam
pada yang duduk. Orang yang berseorangan beri salam pada sekumpulan
ramai.

Sesetengah orang menganggap ucapan salam ini tidak bernilai, kerana jika
selalu beri salam itu dianggap membebankan atau memberi salam
menurunkan darjat seseorang. Penghulu semua nabi dan insan paling mulia
Rasulullah SAW banyak ucapkan salam. Ketika para sahabat berjalan dan
terpisah antara pokok mereka akan berpatah balik untuk memberi salam.
Contohnya jika kita keluar bekerja dan kembali ke pejabat kita patut ucapkan
salam kepada rakan sekerja. Jika keluar ke mana-mana dan kembali ke
rumah berilah salam. Dengan memberi salam berulang-ulang kali keberkatan
dan kebaikannya juga digandakan.

Sunnah yang diabaikan


Sunnah yang sering diabaikan manusia adalah memberi salam ketika
berpisah. Kita saling ucapkan salam ketika bertemu tetapi kita jarang ucap
salam ketika berpisah. Nabi SAW menyatakan ini bukan perkara yang baik.
Ucapan salam ketika berpisah sama pentingnya dengan salam ketika
bertemu. Kita mesti hidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW ini.

Bila salam makruh diucapkan?


Ada orang ucapkan salam di tempat yang tak sepatutnya seperti di dalam
tandas atau beri salam pada sekumpulan orang yang sedang sibuk buat kerja
penting atau beri salam ketika masuk ke masjid di waktu orang sedang solat,
baca al-Quran atau sedang dalam majlis ilmu, perbuatan ini akan
mengganggu kelancaran majlis.

Kamu akan disayangi Allah


Situasi terindah ucapan salam diberikan ialah ketika Nabi SAW bertemu Allah
SWT di malam Israk dan Mi’raj. Ketika bertemu Allah, baginda ucapkan
“Segala penghormatan dan solawat yang baik untuk Allah. Allah menjawab,
“Salam sejahtera ke atas kamu wahai nabi, Bersama rahmat Allah dan
keberkatan-Nya. Bayangkan, kita ucapkan salam dengan ucapan yang
diberikan oleh Allah kepada Nabi SAW. Orang mukmin mesti perbanyakkan
memberi salam kerana Allah SWT berfirman “Ucapan ketika mereka bertemu
Tuhan mereka ialah salam.”

Jika sesiapa rajin memberi salam hingga ke akhir hayat dengan izin Allah dia
akan bertemu Allah dengan selamat. Dia akan menjadi penghuni
Darussalam. Itulah maksud tersirat di sebalik ayat ini “Katakanlah, jika kamu
sayang Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan menyayangi kamu.”
ADAB DAN SUNNAH
WANITA

Ketika wahyu pertama diturunkan kepada Nabi SAW di gua Hira’,


baginda SAW lari kepada siapa? Baginda SAW tidak pergi bertemu pakcik
atau sahabat, tetapi baginda SAW terus lari kepada isterinya Khadijah RA.

Hari terakhir Nabi SAW dalam hidup baginda SAW memilih untuk
menghembus nafas terakhir di pangkuan Aisyah RA. Risalah kenabian
bermula dan berakhir Bersama wanita. Ini bukan perkara kebetulan. Allah
SWT telah meletakkan hikmah pada peranan wanita. Nabi SAW berikan
wanita kedudukan dan hak mereka.

Bagaimana adab Nabi SAW terhadap wanita?


Rasulullah SAW sering didatangi orang ramai bertanya soalan. Pernah suatu
ketika baginda SAW didatangi sekumpulan wanita. Mereka bercakap dengan
suara yang kuat. Kemudian Umar RA datang menemui baginda. Wanita-
wanita itu terdiam setelah mendengar suara Umar RA. Rasulullah SAW
tergelak. Umar RA hairan, apa yang buat baginda tergelak? “Wanita-wanita
itu sedang bercakap, mereka terdiam setelah dengar
suara kamu.” Umar RA marah katanya, “Kamu takut aku
dan bukan Rasulullah?” Seorang wanita meminta izin
baginda untuk menjawab, Rasulullah SAW benarkan dia
menjawab, Katanya, “Umar, awak tegas dan garang,
Rasulullah SAW lembut dan penyayang.” Rasulullah
SAW tergelak lagi. Ini membuktikan bahawa Rasulullah
turut mendengar persoalan daripada wanita, samada
secara individua atau berkumpulan.

Nabi SAW mementingkan bakat wanita dan Pendidikan


untuk mereka.
Cuba imbas kembali doktor yang terkenal di zaman Nabi SAW beliau ialah
Ummu Atiyyah, beliau sertai Nabi SAW dalam peperangan. Beliau membantu
merawat pejuang yang tercedera. Nabi SAW memandang tinggi bakat
seperti ini pada wanita. Baginda meminta Syaffa’ mengajar isterinya untuk
menulis dan membaca. Nabi SAW mementingkan Pendidikan untuk Aisyah
RA. Aisyah RA meriwayatkan lebih 2000 hadis. Beliau seorang mufti yang
sering menjadi rujukan manusia. Semua itu hasil perhatian Rasulullah SAW
dan perhatian yang diberikan terhadap hak wanita.

Pernah suatu ketika, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat, seorang


wanita yang terkenal dengan sikap kurang sopan datang. Ketika itu,
Rasulullah SAW sedang makan bersama sahabat. Dia meminta makanan
daripada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW berikannya sedikit makanan,
tetapi wanita itu mahukan makanan di mulut baginda, lalu baginda berikan
wanita itu makanan daripada mulut baginda lalu wanita itu bertukar menjadi
wanita paling pemalu.

Mukjizat kenabian memang berlaku di sini, tetapi akhlak yang


diketengahkan di sini. Bayangkan siapa lagi yang sanggup melayan wanita
begini selain Rasulullah SAW?

Cara Nabi SAW kendalikan Keperluan Wanita


Nabi SAW berikan kaum wanita peluang bersolat di masjid, sehingga baginda
SAW bersabda, “Jangan haling hamba Allah daripada memasuki masjid.”
Ketika semakin ramai wanita memenuhi Masjid Nabawi, baginda SAW
khaskan satu pintu untuk mereka, ia masih kekal menjadi pintu masuk
wanita sehingga kini. Wanita berkumpul di sudut masjid dan tunaikan solat
di belakang Nabi SAW, mereka turut mendengar ceramah dan khutbah
baginda SAW.

Ada seorang sahabiyah bernama Ummu Waraqah, Rasulullah SAW


pernah ziarahnya dan akui beliau seorang syahid. Beliau pernah meminta
izin Nabi SAW untuk solat di rumahnya Bersama kaum wanita lain, Rasulullah
SAW melantik bilal khas untuk melaungkan azan di rumahnya supaya wanita
lain dapat datang. Rasulullah SAW meraikan hak mereka. Baginda SAW
memenuhi permintaan wanita.

Inisiatif Wanita Ketika Dalam Krisis


Wanita secara semula jadi bersifat penyayang. Rasulullah SAW benarkan
wanita terlibat dalam krisis, ketika Madinah berhadapan dengan krisis, ketika
Rasulullah SAW bersedia untuk perang Tabuk setelah sembahyang raya,
baginda SAW keluar untuk bercakap dengan kaum wanita, Baginda SAW
bercakap tentang sumbangan wang dan tenaga sukarela. Ada wanita yang
tanggalkan subang dan gelang untuk diberikan kepada Nabi SAW. Banyak
sumbangan diperoleh daripada kaum wanita di situ.

Wanita golongan terawal terlibat dalam kerja sukarela. Idea ini


diilhamkan oleh Rasulullah SAW, isu-isu besar meliputi isu kemasyarakatan
dan politik turut melibatkan wanita pada zaman Nabi SAW. Kaum wanita
berbai’ah kepada Rasulullah SAW. Ada ayat al-Quran diturunkan tentang
bai’ah kaum wanita kepada Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW memudahkan perjalanan kaum wanita. Jalan


untuk wanita ke syurga sangat mudah. Allah SWT menyediakan untuk
mereka banyak jalan. Sabda Nabi SAW, “Jika wanita solat lima waktu,
berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan mentaati suami,
katakanlah kepadanya “Masuklah ke syurga melewati pintu apa pun.” semua
pintu dibuka untuk kamu pilih, betapa mulianya taraf wanita seperti
dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.

Bayangkan jika semua wanita sedar betapa Rasulullah SAW


mementingkan hak mereka sehingga dalam wasiat terakhir sebelum baginda
SAW wafat baginda bersabda, “Aku wasiatkan agar kamu berbuat baik
terhadap wanita, kepentingan yang diletakkan oleh Nabi SAW ini
membuatkan kaum wanita lebih menyayangi baginda SAW. Kaum lelaki
dituntut agar berbuat baik. Mengikut contoh tauladan terbaik iaitu Nabi SAW,
Nabi SAW meraikan kehadiran wanita dalam hidup baginda SAW. Ini antara
adab yang diajar oleh Nabi SAW, ini juga yang tersirat di sebalik firman Allah
SWT “Katakanlah, jika kamu sayang Allah, maka cintailah aku, nescaya Allah
akan mencintai kamu.”
ADAB DAN SUNNAH
TUMBUH-TUMBUHAN
Allah SWT cipta dunia ini seimbang, antara ciptaan Allah yang penting
di dunia dan tak boleh hidup tanpanya ialah pokok dan tumbuh-tumbuhan.
Antara nikmat Allah SWT ialah kebanyakan tumbuhan ini mati dengan
sendirinya. Kita dikehendaki menjaga nikmat kehidupan ini kerana ia
mempengaruhi hidup kita semua.

Sesungguhnya Allah Menumbuhkan benih tumbuh-tumbuhan dan biji


buah-buahan. Sayur adalah kumpulan makanan paling penting di dunia.
Haiwan dan manusia makan sayur-sayuran. Makhluk yang patut paling
banyak di dunia adalah tumbuh-tumbuhan. Manusia bertanggungjawab
untuk menanam pokok demi kebaikan dunia.

Antara nikmat Allah ialah kita hanya perlu tanam biji benih gemburkan
dan jagaannya mudah sahaja tetapi siapa yang menanamnya? Dalam al-
Quran Allah berfirman “Adakah kamu yang menumbuhkan tanaman atau
kami yang menumbuhkan?. Kita hanya perlu tanam biji benih dan Allah yang
akan hidupkannya.

Rasulullah SAW Menggalakkan Bercucuk tanam


Rasulullah SAW galakkan kita bercucuk tanam,
berdasarkan hadis ini, Rasulullah SAW bersabda
tiada seorang muslim pun yang bertani atau
berladang lalu hasil pertaniannya dimakan oleh
burung atau manusia atau haiwan melainkan bagi
dirinya pahala sedekah. Bayangkan jika kita tanam
pokok hasil tanaman kita dimakan oleh burung,
serangga atau apa saja ia makan dan mendapat
manfaat kita mendapat pahala sedekah. Ini daripada
segi manfaat secara umum.
Pemanasan Global
Kebanyakan masalah pada hari ini berkaitan dengan tumbuhan, antaranya
ialah pemanasan global. Penyelesaiannya ialah tumbuh-tumbuhan.
Menanam pokok merupakan penyelesaian terbaik. Kebanyakan pencemaran
udara di sesetengah kawasan disebabkan oleh kekurangan pokok.

Ada sesetengah penyelesaian yang kita mesti tumpukan perhatian


padanya. Kita mesti tumpukan perhatian pada cara Rasulullah SAW berfikir.
Rasulullah SAW pertanggungjawbkan tugas ini secara individu. Ramai yang
fikir saya tanam 3 pokok apa bezanya? masalah takkan selesai. Ia
memerlukan jutaan pokok. Memang betul, kalau anda, kawan, orang lain
menerima seruan ini dan seruan ini tersebar, pertanian ini dianggap sebagai
cara mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kalau 1.5 juta orang islam
menyahut seruan ini dan setiap orang menanam 10 atau 20 pokok
kebanyakan masalah bumi pada hari ini yang berkaitan dengan pencemaran
dan pemanasan global akan selesai.

Rasulullah SAW menanam Lebih daripada 200 Pokok


Rasulullah SAW amat mengambil berat tentang bercucuk tanam. Rasulullah
SAW menanam 200 pohon kurma untuk Salman al-Farisi. Rasulullah SAW
menanam untuk tujuan sedekah. Ada sesetengah kawasan yang ditanam
mendapat manfaat daripada hasil tanaman.

Rizab Pertanian
Idea tentang rizab pertanian yang diamalkan di seluruh dunia dimulakan oleh
Rasulullah SAW. Sebab itulah ada banyak kawasan simpanan Rizab Mekah,
Rizab Madinah. Kawasan di luar bandar tidak boleh dibangunkan supaya
kawasan ini boleh ‘bernafas’ . Idea ‘paru-paru’ di tengah bandar, kalau
seluruh bandar dah tertutup taka da pokok, banyak penyakit akan
menyerang tetapi Rasulullah SAW tinggalkan beberapa kawasan untuk
tanam pokok.

Menggunakan Tanah Terbiar


Idea hebat yang dicetuskan oleh Rasulullah SAW iaitu menggunakan tanah
terbiar. Kalau ada tanah tanpa pemilik, kalau ada sesiapa yang bercucuk
tanam di situ tanah itu dikira menjadi miliknya. Idea menggunakan tanah
terbiar , ini akan menggalakkan orang ramai untuk bercucuk tanam, keluar
ke tanah di luar bandar,

Pertama ia sesuai untuk bercucuk tanam ada manfaat sebagai bekalan


makanan, ia akan membantu untuk meluaskan kawasan bandar supaya
bandar tak menjadi terlalu sesak dengan orang ramai, orang ramai akan
mula keluar ke kawasan bandar untuk bercucuk tanam maka kawasan
bandar akan menjadi lebih luas.

Larangan Menebang Pokok


Rasulullah SAW melarang kita daripada menebang pokok, malah Rasulullah
SAW melarang menebang pokok walaupun ketika waktu perang. Pada hari
ini dalam persidangan dunia mereka mencari cara untuk memelihara habitat
ketika waktu peperangan sedangkan Rasulullah saw telah melarang sesiapa
pun daripada menebang pokok walaupun peperangan itu dimenangi
Rasulullah tetap melarang para sahabat daripada menebang pokok, malah
baginda bersabda “barangsiapa yang menebang sepohon pokok Allah akan
memasukkan kepalanya ke dalam api neraka.” Begitulah tegasnya baginda
untuk melindungi tumbuhan yang mempengaruhi banyak masalah di dunia.

Allah Mencintaimu
Antara mukjizat Nabi SAW ialah sepohon pokok berjumpa Rasulullah SAW.
Pokok itu bergerak menuju baginda disebabkan kasihnya baginda pada
pokok dan kasihnya pokok pada baginda SAW. Tetapi kita mestilah mencintai
Rasulullah SAW lebih daripada perkara lain seperti pokok dan tumbuhan
sebab baginda adalah imam dan guru kita. Inilah jaminan yang akan
mengikat kita dengan amalan baginda sebagaimana firman Allah SWT
“Katakanlah jika kamu sayang Allah maka ikutilah aku nescaya kamu akan
disayangi Allah.”
ADAB DAN SUNNAH
SENYUM
Bagaimana ekspresi Rasulullah SAW pada kebanyakan waktu? Nabi
SAW merupakan insan yang sentiasa tersenyum kepada sahabat-
sahabatnya. Baginda takkan berkata-kata tanpa tersenyum. Begitulah
kehidupan Nabi SAW.

“Ceriakan dunia nescaya ia akan turut ceriakanmu, Ia merupakan satu


ikutan bukan sekadar sebuah perumpamaan”

Rasulullah SAW jika tersenyum akan bersinarlah keseluruhan dinding.


Yang bermaksud cahaya daripada wajah baginda SAW bersinar ke seluruh
dinding yang mengelilingi baginda. Ada juga yang menggambarkan Nabi
SAW jika baginda gembira seolah-olah matahari dan bulan beredar di
sekeliling dahi baginda. Ia adalah gambaran yang indah kepada matahari
dan bulan yang menunjukkan kepada cahaya baginda yang bersinar
menenangkan dan penuh kerahmatan dengan senyuman lembut baginda
SAW.

Perkara yang indah tentang kehidupan baginda SAW adalah baginda


sentiasa tersenyum iaitu pada kebanyakan waktu baginda SAW akan
tersenyum sehinggakan ada sahabat berkata kepada Jarir RA Sejak aku
memeluk Islam, Rasulullah SAW tak pernah membelakangkan aku dan
baginda tak pernah melihatku
melainkan baginda sedang tersenyum,
ini adalah fenomena yang luar biasa.

Baginda seorang insan yang anda


kenali dan bergaul dengannya
bertahun-tahun lamanya dan tak
mungkin baginda melihat anda atau ketika anda berjumpa wajahnya
sentiasa mengukirkan senyuman.

Kelebihan Senyuman
Senyuman memberi kelebihan kepada badan dan minda. Ia mengurangkan
risiko tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit jantung. Ia membawa
kepada anda suatu perubahan. Sekarang bayangkan jika anda terserempak
dengan seseorang yang sedang keluar dari rumahnya dan dia bermasam
muka kepada anda kemudian anda ke pejabat dan terserempak dengan
seorang pegawai yang sedang bermasam muka, ketika berjalan anda
terjumpa seseorang yang bermasa muka apa agaknya insan tersebut sedang
rasakan? Sudah tentu dia merasakan sesuatu yang sempit.

Dia merasakan bahawa kehidupannya gelap. Tetapi bayangkan jika


seorang insan daripada bangkitnya dia daripada tidur lalu mendapati
pasangannya tersenyum, di pagar pula pengawal itu tersenyum, di jalanan
dia dapati manusia saling bersalam-salaman sesame mereka dan saling
berbalas senyuman, begitu juga jika dia tiba di tempat kerjanya dengan
senyuman sudah tentu ini akan menyebarkan keceriaan.

Antara perkara penting mungkin manusia terlupa tentangnya


senyuman bukanlah suatu adat, ia merupakan ibadah. Nabi SAW bersabda
“Senyumanmu pada wajah saudaramu merupakan sedekah.”

Antara tempat yang Rasulullah SAW pernah tertawa dan baginda SAW
sentiasa tersenyum pada kebanyakan waktunya : Pernah seorang sahabat
Abu Darda RA setiap kali beliau bangun untuk berkata-kata di khalayak
manusia beliau tersenyum sesetengan Jemaah berkata : Wahai Abu Darda
manusia akan perbodohkan kamu, manusia akan kata orang ini bodoh
kerana untuk apa tersenyum setiap masa? ini kerana sesetengah manusia
berpendapat sedemikian, seorang insan jika dia sentiasa tersenyum bererti
ada yang tak kena atau ada kekurangan pada maruah dan nilai dirinya,
begitulah bagaimana sesetengah manusia berfikir bahawa senyuman
mengurangkan nilai seseorang insan manakala kekerasan dan kemarahan
menunjukkan ketinggian kedudukan dan maruah seseorang.

Kemudian Abu Darda berkata sesungguhnya aku melihat Rasulullah


SAW ketika itu beliau mengingatkan manusia tentang qudwah
sesungguhnya aku melihat Rasulullah SAW dan baginda takkan berkata-kata
melainkan dengan tersenyum. Hadis ini membawakan kepada kita dua
manfaat yang sangat besar.

Pertama : senyuman tak mengurangkan nilai insan bahkan senyuman


menambah nilai seseorang insan. Kedua : Abu Darda merupakan contoh
pengikut yang baik dan para sahabat merupakan pengikut setia Nabi SAW
walaupun pada senyumannya. sehinggakan manusia berkata senyum hanya
perkara biasa padalah tidak, walaupun pada senyuman Nabi SAW para
sahabat tetap berusaha mencontohinya dan mereka sentiasa tersenyum
ketika berkata-kata kerana mereka lihat Nabi SAW melakukannya.

Senyuman membawa suatu perubahan kepada anda, senyuman


menambah keyakinan diri, senyuman memupuk kreativiti. Nabi SAW yang
menjalani kehidupan dengan senyuman kepada para sahabat, para wanita,
yang tua dan yang muda. Pada hari kewafatan baginda, ketika kesakitan
menjengah baginda SAW kesakitan baginda ibarat kesakitan yang
ditanggung dua orang pemuda bererti ia amat berat buat Nabi SAW, ketika
baginda SAW berperang dengan kesakitan tersebut bayangkan pada hari
kewafatan baginda hari isnin yang merupakan hari terakhir kehidupan
Rasulullah SAW ketika solat subuh, para sahabat berada di masjid, Abu Bakar
As-Siddiq bersolat bersama-sama mereka ketika Rasulullah menyelak tabir
biliknya dan melihat kepada umatnya lalu baginda SAW tersenyum.

Senyuman ini luar biasa dan dinamakan senyuman perpisahan.


Baginda melihat dan mendapati para sahabatnya berjemaah menunaikan
solat subuh maka baginda menjadi senang hati lalu baginda melemparkan
senyuman. Para sahabat yang menyaksikan senyuman itu berkata kami
hamper nak berhenti daripada bersolat bermaksud mereka terlalu merindui
Nabi SAW dan juga senyuman baginda SAW ia membuatkan mereka hamper
berhenti bersolat hanya kerana senyuman baginda SAW dan itulah perkara
terakhir tanda perpisahan Nabi SAW dan para sahabat RA iaitu dengan
senyuman tersebut.

Jika seseorang faham erti senyuman yang dilemparkan Nabi SAW


dengan penuh kasih sayang, dia akan tahu makna hidup yang penuh dengan
senyuman seperti Nabi Muhammad SAW. Senyuman itu merupakan ikutan
yang berkait rapat dengan senyuman perpisahan yang diajar oleh Nabi SAW
pada pandangan terakhir baginda kepada sahabatnya RA.

Allah SWT berfirman : Katakanlah:”Jika kamu benar-benar cintakan


Allah ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihimu. (Ali-Imran:31)
ADAB DAN SUNNAH
DI PASAR
Allah SWT menggambarkan bantahan orang kafir terhadap
kesederhanaan Nabi SAW mereka berkata : “Nabi jenis apakah ini? Dengan
makan dan berjalan ke pasar? Baginda SAW memang berjalan ke pasar
malah baginda sendiri yang mengasaskan pasar untuk umat Islam di
Madinah al-Munawwarah selepas baginda melihat pasar kaum Yahudi dan
lain-lain terdapat penyelewengan dan penganiayaan maka baginda berdiri di
sebuat tempat lalu bersabda : “Ini adalah tapak pasar kamu”. Maka terdirilah
sebuah pasar untuk mereka dan Rasulullah SAW sendiri datang ke pasar
tersebut.

Terdapat pelbagai sunnah yang berkaitan dengan pasar. Antara adab


yang terpenting dan yang paling dituntut adalah Nabi SAW bersabda kepada
sesiapa yang memasuki pasar dan membaca

‫ي ال‬ ُ ‫ َو‬،‫يت‬
َ ‫ه َو‬
ّ ‫ح‬ ُ ‫م‬ِ ‫حيِي َو ُي‬ ْ ‫م ْلك وَلَ ُه ْالح‬
ْ ‫ ُي‬،‫َمد‬ ُ ‫ لَ ُه ْال‬،‫ش ِريك لَ ُه‬ َّ ‫ال إِلَه إِ َّال‬
ْ ‫َّللا و‬
َ ‫َحده ال‬
‫يء َق ِدير‬ْ ‫ش‬ َ ‫ل‬ّ ‫ه َو َعلَى ُك‬ُ ‫ َو‬،‫خ ْي ُر‬َ ‫ بِيَ ِد ِه ْال‬،‫موت‬ُ َ‫ي‬

dituliskan baginya sejuta kebaikan dan sejuta kejahatan akan dipadam dan
Allah menaikkan darjatnya ke sejuta darjat lebih tinggi dan Allah juga akan
sediakan untuknya sebuah rumah di syurga.

Sesetengah orang mempersoalkan


mengapa ganjarannya sangat besar?
Pertama ganjaran ini adalah daripada
Allah yang maha pemurah. Kedua ramai
orang di pasar akan leka daripada
mengingati Allah, jadi jika anda
mengingati Allah di tempat ramai orang
melupakannya ganjaran tersebut akan dilipat gandakan kerana anda
mengingatiNya ketika orang lain melupakanNya.

Ada doa lain yang diajarkan oleh Nabi SAW “Apabila memasuki pasar,
haruslah membaca : Dengan nama Allah, Ya Allah, kurniakan kepadaku
kebaikannya dan lindungilah aku dari kejahatannya.” Ya Allah aku berlindung
dari akad yang palsu dan jual beli yang merugikan.” Dengan cara ini,
pembeli dan penjual akan diberkati Allah kerana mereka telah memohon
perlindungan Allah dan meminta supaya berjaya dalam jual beli.

Nabi SAW bersabda “Peniaga yang jujur akan bersama dengan para
syuhada’ pada hari kiamat.” Nabi SAW juga akan bersikap mesra terhadap
para pedagang apabila memasuki pasar dan selalu menasihati mereka. Inilah
antara perkara terpenting ketika berada di pasar. Jika terdapat penjual yang
melakukan kesilapan dia harus dinasihati dengan baik seperti sabda Nabi
SAW kepada seorang pemuda “Barangsiapa yang menipu maka dia bukanlah
dari kalangan kita.” Ini kerana pemuda itu menyembunyikan barang yang
rosak di bawah barang yang elok.

Jika peniaga itu jujur, Nabi SAW bersabda bahawa mereka akan
bersama dengan para syuhada’ pada hari kiamat kelak. Bermakna dia akan
ditinggikan ke darjat para syuhada’ jika bersikap jujur.

Pernah sekali Nabi SAW memasuki pasar bersama Abu Hurairah dan
beliau membawa pakaian untuk dibaiki. Apabila Nabi SAW menerima pakaian
tersebut Abu Hurairah menghulurkan tangan untuk mengambilnya tapi Nabi
SAW tak membenarkan beliau melakukannya lalu bersabda Wahai Abu
Hurairah “Pemilik barang lebih berhak untuk membawanya.” Ini merupakan
antara sunnah yang sangat indah iaitu seseorang bertanggungjawab
mengambil barangnya sendiri.

Pasar umat Islam seperti tempat beribadah. Seseorang yang


membelanjakan wang untuk membeli keperluan keluarganya dia harus ingat
bahawa wang yang dibelanjakan dan bungkusan yang dibawa itu ada nilai
tertentu di sisi Allah SWT. Wang itu lebih berharga daripada wang yang
dibelanjakan di jalan Allah dan wang yang disedekahkan kepada fakir miskin
itulah nilai wang yang dibelanjakan untuk anak-anak dan ahli keluarga.

Nabi SAW juga disifatkan sebagai seorang yang tidak riuh rendah di
pasar. Baginda tidak sukakan pekikan dan kekecohan yang kebiasaannya
berlaku di pasar-pasar, sebaliknya baginda seorang yang tenang dan kita
sangat digalakkan mencontohinya. Kerana Nabi SAW merupakan ikutan kita.
Antara perkara penting yang perlu kita perhatikan dan ia sering berlaku di
pasar adalah akad yang terlalu banyak. Lebih banyak dari pihak penjual
daripada pihak pembeli.

Nabi SAW mengajar kita dengan sabdanya :”Bersumpah baik untuk


barang tapi menghilangkan keberkatannya.” Ini jika bersumpah ke atas
perkara yang benar. Kepada mereka yang bersumpah dengan nama Allah
SWT ke atas perkara yang salah sesungguhnya orang tersebut berdosa dan
dianggap menderhaka kepada Allah SWT.

Di pasar kebiasaannya terdapat lelaki dan wanita. Ramai orang


mungkin melakukan dosa bila berada di pasar. Namun Nabi SAW ada
bersabda kepada kita “Pandangan itu merupakan anak panah beracun dari
syaitan. Barangsiapa yang mengelaknya kerana takutkan Allah, Allah akan
kurniakannya kemanisan iman.” Selepas ini jika anda memasuki pasar dan
mendapati ramai wanita berjalan di sebelah anda seorang demi seorang, jika
anda merendahkan pandangan, Allah akan kurniakan kasih sayangNya.

Jika kita faham makna sunnah Rasulullah SWA ini, pasar akan menjadi
tempat untuk kita mendapat ganjaran dari Allah SWT kerana mengikuti
sunnah Nabi SAW yang akan memberikan kita ganjaran daripada Allah SWT.
Jika anda dalam keadaan yang dah faham tentang sunnah ini, berseronoklah
di pasar dengan mengamalkan sunnah ini. Allah SWT berfirman :
Katakanlah:”Jika kamu benar-benar cintakan Allah ikutilah aku, nescaya
Allah akan mengasihimu. (Ali-Imran:31)
ADAB DAN SUNNAH
WANGIAN

Setiap manusia mempunyai minat. Suka kepada sesuatu. Apakah


benda yang ada di dunia yang disukai oleh Nabi S.A.W? Apakah perkara di
dunia ini yang Nabi S.A.W minati? Sabda Nabi S.A.W : “ Perkara yang disukai
oleh aku daripada dunia, wanita yang halal dan wangian.”

Wangian dan haruman yang bagus adalah perkara yang disukai oleh
Nabi S.A.W. Tak syak lagi, sukanya baginda kepada wangian kerana naluri
fitrah seseorang manusia yang normal. Setiap orang jika fitrahnya baik, jika
kejadiannya baik, jika kemanusiaanya baik sudah tentu dia akan suka
kepada wangian. Sebaliknya dia akan membenci seperti Nabi SAW yang
tidak suka kepada bauan yang busuk. Nabi S.A.W benci jika terlihat atau
terbau benda yang busuk.

Rasulullah tak suka makan bawang putih, merah dan tumbuhan yang
berbau busuk. Apabila baginda ditanya tentang ini. “Saya seorang
pemohon”. Bermaksud, aku memohon kepada tuhanku dan malaikat turun
kepadaku,sebab itulah aku tak mahu ada padaku bau busuk.

Berwangi menyegarkan jiwa untuk beribadah. Allah S.W.T telah


kurniakan kepada diri Nabi S.A.W wangian semulajadi. Peluh Nabi S.A.W
lebih wangi dariapada minyak wangi.
Setiap manusia tahu macam mana
bau peluhnya. Tetapi peluh Nabi
S.A.W lebih wangi daripada
wangian. Nabi S.A.W kuat berpeluh.
Suatu hari baginda tidur di rumah
Ummu Salamah. Lalu Ummu
Salamah membawa bekas
mengumpul peluh yang ada di lengan baginda. Lengan Nabi S.A.W berpeluh
dan diambil olehnya (Ummu Salamah). Baginda terjaga dan berkata : “Apa
yang kau buat, Ummu Sulaim” Dia Menjawab : “ Ya Rasulullah, kami nakkan
wangian yang terbaik untuk kami.” Dalam riwayat lain, “ kami jadikannya
keberkatan untuk anak-anak kami.” Lalu Nabi S.A.W bersabda : “Kau benar”
Nabi jadikan wangian, 1/3 dari mas kahwin Fatimah Antara sunnah dalam
wangian.

Nabi S.A.W mengajar kita agar tidak menolak wangian. Sesiapa yang
mendapat wangian sebagai hadiah atau diberi wangian di tempat khusus
maka janganlah dia tolak wangian tersebut kerana dia adalah nikmat kurnian
Allah S.W.T kepada manusia. Nabi S.A.W sentiasa mendapatkan wangian
sama ada dengan dengan membelinya atau menggunakannya. Nabi
menggunakan wangian Kasturi. Nabi bersabda : “Sebaik-baik wangian
adalah kasturi” Nabi juga sukakan ‘Anbar dan Faghia iaitu bunga dari pohon
inai. Juga menggunakan wangian Raihan.

Nabi S.A.W bersabda : “ Sesiapa yang mendapat Raihan maka jangan


ditolak kerana ia berasal dari syurga.” Walaupun baginda berbau wangi
secara semulajadi baginda tetap berusaha mengguna wangian dan
menggunakan duit untuk mengguna wangian. Manusia mampu
membezakan antara 5 ribu aroma yang berlainan. Keharuman Nabi S.A.W
orang lain akan tahu baginda melalui jalan tertentu. Kerana baginda memiliki
wangian dan keharuman yang istimewa yang tidak ada pada orang lain.

Hinggakan jika baginda menggosok kepala kanak-kanak. Ini salah satu


dari kebiasaan baginda, jika bertemu seorang budak baginda akan
menggosok kepala budak itu, bercakap, bergurau dengannya. Bila budak itu
balik kerumahnya, keluarganya akan tahu bahawa dia telah bertemu dengan
Nabi S.A.W, bila mereka terbau wangian. Sebaik saja budak itu masuk ke
rumah, mereka terbau wangian Rasulullah dan baginda telah menggosok
kepalanya.
Anas berkata : “Aku tak pernah cium haruman ‘Anbar, Kasturi dan
wangian lain yang lebih harum dari haruman Rasulullah” Perkara penting
berkaitan dengan wangian, kita disunatkan untuk mengguna wangian pada
semua perkara. Baginda teliti tentang wangian. Begitu teliti! Sentiasa
mengguna wangian. Menggunakan ketika berumrah, menggunakannya
ketika menunaikan solat, menggunakannya ketika ingin menghadiri majlis
keramaian, juga menggunakannya pada hari Raya.

Maka sunat bagi kita mengguna wangian ketika bersolat. Sunat


menggunakannya ketika hadiri sebarang pertemuan. Sunat si isteri sapu
wangian kepada suaminya. Begitu juga si suami kepada isterinya. Wangian
ialah sunnah yang sentiasa diamalkan. Maksudnya seorang disunatkan
sentiasa menggunakan wangian. Berlebihan dalam mengguna wangian tidak
mengapa. Sunnah wangian ialah sunnah yang indah, baginda yang paling
banyak menggunakan wangian.

Jika seseorang ingin mencontohi Nabi S.A.W, merasai dan menghayati


bahawa sunnah ini menghubungkan dia dengan Nabi S.A.W. Dia merasai
bahawa pada dirinya sesuatu yang disukai oelah Rasulullah S.A.W. Tak syak
lagi, apa yang disukai olah Rasulullah juga disukai oleh Allah S.W.T. Saya
kini dalam keadaan berbau harum merasai Allah S.W.T menyukai akan
wangian tersebut dan Rasulullah S.A.W menyukainya kerana memahami dan
menghayati.
CATATAN

Anda mungkin juga menyukai