Hari Jumaat seperti yang kita semua sudah maklum merupakan penghulu segala hari. Kalau di dalam Bahasa Arab ia disebut Saiyidul Aiyam: . Bila sudah title Penghulu tu mestilah ada banyak kelebihan. Ok, di bawah ini Admin kongsikan bersaman pembaca blog www.PelikBinAjaib.com tentang kelebihan hari Jumaat dalam Islam. Pada hari Jumaat Allah SWT menciptakan Nabi Adam dan Hawa, kemudian pada hari itu juga Allah mengahwinkan mereka. Maka barangsiapa yang mengadakan akad Nikah hendaklah dilaksanakan pada hari Jumaat. Sebahagian Ulama berkata : Telah terjadi 7 Pernikahan antara para Nabi dan antara para Auliya pada har i Jumaat, iaitu : 1. Pernikahan antara Adam as dengan Hawa, 2. Pernikahan antara Yusuf as dengan Zulaikha, 3. Pernikahan antara Musa as dengan Shafrawa, 4. Pernikahan antara Sulaiman as dengan Balqis, 5. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Khadijah, 6. Pernikahan antara Nabi Muhammad saw dengan Siti Aisyah, 7. Pernikahan antara Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah.
Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda (maksudnya): Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya AldilFitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu: 1. Penciptaan Adam. 2. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga. 3. Pada hari itu juga, dia wafat. 4. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram. 5. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.Hadis Riwayat Ibnu Majah & Al-Baihaqi Menurut Imam Sayuti: 1. Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul 2. Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur. 3. Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur. 4. Api neraka tidak menyala. 5. Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Taala.
Kelebihan dan Fadhilat Amalan Hari Jumaat
Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.
Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
Banyak betul kelebihan hari Jumaat dalam Islam kan? Sama-samalah kita amalkan, insya-Allah kita bukan sahaja beroleh pahala yang banyak, bahkan mendapat rahmat dan naungan oleh Allah SWT. Sekian. PS: Kalau tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua.
Antara halangan dalam mengerjakan solat Jumaat pula ialah kerana sakit yang memudaratkan dan hujan iaitu apabila hujan itu menimbulkan kesukaran seseorang itu hendak ke masjid. Khutbah Jumaat mempunyai rukun dan syarat. Antara rukun dua khutbah Jumaat ialah mengucap puji-pujian kepada Allah, selawat keatas Rasulullah SAW, mengucap syahadah, berwasiat atau memberikan nasihat, membaca ayat Al-Quran pada salah satu khutbah, mendoakan untuk mukminin dan mukminat pada khutbah kedua. Antara syarat-syarat dua khutbah pula ialah hendaklah kedua-dua khutbah itu dimulai sesudah tergelincir matahari, sewaktu berkhutbah khatib hendaklah berdiri jika berkemampuan, ksatib hendaklah duduk di antara dua khutbah, hendaklah bersuara jelas mudah didengari oleh siding Jumaat, hendaklah berturut-turut(baik rukunnya atau jarak keduanya mahupun dengan solat), khatib hendaklah suci daripada hadas dan najis dan khatib harus menutup aurat. Hikmah mengerjakan solat Jumaat pula ialah dapat mendidik umat Islam untuk hidup bermasyarakat dengan tertib dan teratur. Selain itu, solat Jumaat mengandungi nilai-nilai rohaniah dan kemasyarakatan yang sangat tinggi disamping bertujuan menyatukan kaum muslimin dan menumbuhkan rasa kasih sayang sesama umat Islam. Tambahan lagi dapat membangun persatuan kaum muslimin yang kuat dan dapat memuhasabahkan diri.
bumi, hari wafatnya Nabi Adam as, pada hari itu ada saat mustajab, tiada seorang pun yang berdoa saat itu melainkan Allah pasti memberinya, selama tidak meminta yang haram dan pada hari itulah akan berlakunya kiamat dan tiada seorang Malaikat Muqarrab di langit atau dibumi melainkan ia merasa khuatir(sayang) pada hari Jumaat Mengenai masa yang mustajab memohon doa kepada Allah, Rasulullah ada menyebutkan; Sesungguhnya Rasulullah membicarakan tentang hari Jumaat ia berkata. Padanya terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba(Allah) yang Muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dimohonnya akan diberikan kepadanya. Ia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan. (HR Bukhari dan Muslim) Yang ketiga ialah hari penambahan kurnia. Banyak hadis yang menerangkan bahawa hari Jumaat ini merupakan hari tambahan kurnia dari Allah SWT untuk para hambanya. Hikmah yang keempat ialah hari penuh keampunan dan barakah. Yang kelima ialah hari untuk umat Muhammad SAW. Allah berfirman: Hai Musa, untukmu hari Sabtu, untuk Isa hari Ahad, untuk Al-Khalil Ibrahim hari Isnin, untuk Zakaria hari Selasa, untuk Yahya hari Rabu, untuk Adam hari Khamis dan untuk Muhammad SAW beserta umatnya hari Jumaat Menurut keterangan Rasulullah SAW hari Jumaat adalah penghulu sekelian hari yang mengandungi ketinggian. Hikmah yang keenam pula ialah terpelihara dari fitnah kubur iaitu orangorang yang matinya pada hari atau malam Jumaat, dipelihara Allah ia dari fitnah kubur. Dalam sebuah hadis ada menyatakan : Dari Abdullah bin Amr ra. Dari Nabi SAW beliau bersabda: Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau pada malam Jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari fitnah kubur. (HR Tarmizi) Hikmah yang ketujuh ialah baik untuk melangsungkan pernikahan. Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Ia berkata, Rasulullah telah ditanya oleh orang tentang hari Jumaat, maka baginda menjawab: "Hari Jumaat adalah hari silaturrahim dan hari pernikahan." Kemudian sahabat bertanya lagi: "Mengapa demikian ya baginda?" Rasulullah pun menjawab: Kerana para anbiya pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut. Antaranya ialah pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa, Nabi Yusuf as dengan Siti Zulaikha, Nabi Musa as dengan Shafrawa, Nabi Sulaiman as dengan Puteri Balqis, Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah, Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah dan pernikahan antara Sayyidina Ali bin Abi Talib dengan Fatimah.
itu, Allah mengampuni dosanya dari Jumaat ke Jumaat. Ianya diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat. Sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda:Siapa yang membaca surah alKahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat. (Diriwayatkan oleh Baihaqi) Amalan yang kedua yang harus kita amalkan ialah membaca surah Yaasin. Dari Abu Hurairah ra. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda ; Siapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan. Mengenai keutamaan surah Yaasin, Nabi Muhammad SAW telah menyebut dalam hadisnya : Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al_Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali. (HR Tarmizi) Selain itu, kita harus memperbanyakkan zikir, doa dan selawat. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyebut tentang selawat kepada Nabi. Diantaranya ialah; Firman Allah SWT: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya(Nabi). (Al-Ahzab:56) Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu. (HR Muslim) Dari Abdullah bin Masud ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku. (HR Tarmizi) Dari Abu Hurairah ra ia berkata Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu jadikan kuburku tempat berhari raya dan ucapkanlah selawat kepadaku, kerana selawatmu itu akan sampai kepadaku, di mana kamu berada. (HR Abu Daud) Amalan yang keempat yang boleh dilakukan ialah solat malam Jumaat. Iaitu solat yang didirikan di antara waktu Maghrib dan Ishak dengan 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam. Amalan yang lain adalah seperti berjimak iaitu bersetubuhan. Berjimak dengan isteri diberi pahala oleh Allah SWT sekiranya dilakukan dengan adab yang diajar oleh islam. Imam Syafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunat menjimak isteri. Malammalam tersebut ialah malam Jumaat, malam Khamis dan malam Isnin. Ini kerana Nabi Muhammad SAW mendekati isteri-isteri baginda pada malam-malam tersebut. Antara adab-adab berjimak ialah hari yang utama iaitu malam Isnin, malam Khamis dan malam Jumaat, mengucapkan salam, lakukan dengan hati yang gembira, berpakaian bersih dan wangi, nikmati kepuasan
bersama-sama, berwudhuk sebelum berjimak, menggunakan selimut, membaca doa sebelum dan selepas berjimak, bersifat lemah lembut, mensyukuri nikmat, dan membersih kemaluan setelah berjimak. Amalan yang seterusnya ialah Qiyamulail(solat malam) iaitu bangun pada waktu malam hari untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT serta bermunajat kepadaNya untuk memohon keampunan dengan mengerjakan ibadah solat seperti solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat witir serta solat sunat yang lain. Kemudian banyakkan zikir, bertasbih, bertahmid dan bertakhbir serta memperbanyakkan permohonan dan doa kepada Allah SWT. Keutamaan Qiyamullail di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud; Solat yang paling utama setelah solat wajib iaitu qiyamullail atau solat di tengah malam (Riwayat Muttafaqun Alaih) Selain itu keutamaan solat Qiyamullail dapat menghindarkan diri daripada gangguan syaitan seterusnya mendapat nikmat kerana dapat berhubungan langsung dengan Allah SWT.
Ya Allah, wahai zat yang kekal anugerahnya kepada manusia. Wahai Zat yang membuka tangan yang luas dengan pemberian. Wahai Zat yang mempunyai pemberian-pemberian yang murni, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW iaitu sebaik-baik manusia di dalam akhlaknya. Ampunilah aku, wahai Zat yang memiliki keluhuran pada malam ini. 10 kali pada malam Jumaat atau siang hari Jumaat, maka Allah menetapkan baginya sejuta kebaikan, dan menghapus sejuta dosa daripadanya serta mengangkat sejuta darjat untuknya. Selawat yang mendapat fadhilat yang ketiga pula ialah selawat mohon hajat dunia dan akhirat. Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada penghulu kami Nabi Muhammad dan kepada ahli keluarga baginda. Sesiapa yang membaca selawat ini sebanyak 100 kali, maka Allah SWT akan mendatangkan kepadanya 100 hajat dimana yang 30 di dunia dan selebihnya di akhirat. Seterusnya ialah selawat mohon Husnul khatimah. Selawat yang bermaksud; Ya Allah limpahkanlah rahmat dan keselamtan atas junjungan kita Nabi Muhammad dan para keluarga serta sahabat baginda dengan jumlah segala sesuatu yang ditulis oleh Qalam Tuhan. Keutamaan selawat ini jika dibaca 10 kali sesudah solat maghrib akan meninggal dunia (Husnul Khatimah) dengan membawa kebaikan dan keimanan. Selawat-selawat yang lain yang mempunyai keutamaan dan fadhilat ialah selawat murah rezeki dan menghindari bahaya. Keutamaannya apabila membaca selawat ini nescaya akan terhindar dari segala bahaya, serta memperoleh rezeki dengan mudah. Akhir sekali selawat agar mendapat keampunan Allah SWT. Dengan membaca selawat ini sebelum duduk maka dosanya sebelum duduk diampunkan begitu juga jika membaca selawat ini sebelum berdiri maka dosanya sebelum berdiri diampunkan Allah. Amalan di subuh hari yang seterusnya ialah memperbanyakkan doa. Pelbagai doa yang boleh kita amalkan sebagai umat Islam seperti doa memohon kebaikan di dunia dan di akhirat, doa mendapat kenikmatan (syurga ) Illahi, doa menjauhi gangguan syaitan supaya terlindung dari hasutan dan godaan syaitan, doa agar diampunkan dosa, doa agar terhindar perkara buruk seperti fitnah hidup atau fitnah mati dari tekanan hutang mahupun dari gangguan manusia, doa mohon rahmat dan ampunan Allah, doa terhindar dari segala bencana, doa meluruskan hati iaitu doa memohon petunjuk, doa memohon ampunan lahir dan batin, doa mohon perlindungan daripada kemarahan Allah dan doa memenuhi urusan dunia dan akhirat. Selain itu terdapat banyak lagi doa yang dapat kita amalkan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Semua itu merupakan rendah hati seorang hamba terhadap Allah SWT, sehingga segala sesuatu yang ada didunia merupakan pemberian Allah semata-mata. Oleh itu hanya kepada Allah kita memohon dan menyerah diri serta mengadu nasib, agar segala sesuatu yang kita hajatkan dikabulkan Allah SWT.
dua belas rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam. Selain itu, kita harus mandi sebelum pergi solat Jumaat untuk menghalang bau yang tidak sedap di badan. Seterusnya, memakai wangi-wangian. Amalan yang keempat ialah bersegera ke solat Jumaat. Ini kerana, pergi ke solat Jumaat dengan segera mendapat pahala yang besar sekali. Yang kelima pula mengerat kuku dan mencukur misai. Yang keenam doa ketika pergi ke masjid supaya mendpat petunjuk daripada Allah dan mendapat cahaya keimanan. Yang ketujuh ialah berjalan kaki dan tidak terburu-buru kerana setiap langkah tanpa berkenderaan mendapat labia banyak keutamaan dari yang cepat sampai dengan berkenderaan. Amalan yang kelapan ialah mengamalkan doa masuk masjid pada hari Jumaat untuk memohon rahmat dan petunjuk daripada Allah SWT. Amalan seterusnya ialah apabila berada di dalam masjid jangan melangkah tengkuk orang lain iaitu jangan melangkahi tengkuk orang-orang yang ada di dalam masjid kerana ingin saf yang dihadapan. Yang terakhir ialah memperbanyakkan berzikir dan berdoa antaranya membaca al-Quran, berzikir, berdoa, dan berselawat kepada Rasulullah SAW. Sebaik-baiknya gunakan hari Jumaat dengan benarbenar kusyuk dalam beribadah dan mengharap keampunan dari Allah SWT dan hindarkan dari membicarakan tentang orang iaitu mengumpat dan menyakiti hati orang lain kerana pada hari Jumaatlah hari yang boleh kita manfaatkan untuk memenuhi ibadah selain mendapat pahala yang berlipat kali ganda berbanding hari-hari yang lain. Selain itu juga terdapat beberapa amalan selesai solat Jumaat yang dapat diketahui dan diperaktikkan dalam mencapai kehidupan yang sempurna. Setelah selesai mengerjakan solat Jumaat, usahakanlah untuk membaca ayat-ayat al-Quran untuk menambah pahala yang besar dari Allah SWT. Antaranya ialah membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tujuh kali. Kemudian membaca surah Al-Falaq sebanyak tujuh kali, surah An-Nas sebanyak tujuh kali juga. Yang keempat membaca doa yang mendapat keutamaan sebanyak tiga kali dan jika bersanggupan sebaik-baiknya 70 kali. Doanya bermaksud; Wahai Tuhanku, wahai Tuhan yang Maha Kaya lagi Maha terpuji, wahai Tuhan yang menciptakan sesuatu dari permulaannya, wahai Tuhan yang mengembalikan hidup sesuatu. Wahai Tuhan yang Maha Rahim yang Maha Penyayang, limpahkanlah kecukupan kepadaku dengan barang-barang yang halal hingga aku tidak memerlukan barang yang haram dan perkayakanlah akan daku dengan keutamaan-Mu dari segala orang yang selain-Mu. Amalan yang kelima ialah mengerjakan solat sunat Badiah Jumaat setelah selesai solat Jumaat. Setelah selesai semua yang dinyatakan diatas bolehlah bertebar mencari rezeki seperti yang dimaksudkan oleh Firman Allah SWT: Apabila telah ditunaikan sembahyang maka bertebarlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. Oleh itu janganlah menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah pada hari Jumaat kerana pelbagai ibadah yang dapat kita lakukan pada hari Jumaat seperti yang telah diterangkan sebelum ini jadi penuhilah ia dengan sebaik-baiknya.
Penutup
Nabi Musa as seta pengikutnya memiliki hari yang paling utama iaitu hari Sabtu manakala Nabi Isa as pula pada hari Ahad. Nabi ibrahim as pula memiliki hari Isnin sebagai hari keutamaannya. Hari seterusnya iaitu hari Selasa dimiliki oleh Nabi Zakaria as. Hari Rabu dipegang oleh Nabi Yahya as sebagai hari keutmaannya. Nabi Adam as pula memiliki hari Khamis dan Allah SWT menjadikan hari Jumaat sebagai hari yang paling istimewa untuk Nabi Muhammad SAW dan umatnya iaitu umat Islam pada masa sekarang kerana pada hari ini tersimpan keutamaan, fadhilat dan hikmah. Pada hari Jumaat Allah SWT telah meletakkan kelebihan yang tidak terhingga. Pada hari inilah terciptanya Nabi Adam as, turunnya Nabi Adam as ke bumi serta hari wafat baginda. Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat. Hari Jumaat adalah hari yang paling besar disisi Allah SWT, bahkan lebih besar dari Hari Raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap Illahi yang berkemungkinan akan dimakbulkan selagi tidak meminta yang tidak sepatutnya. Pada hari Jumaatlah hari yang harus kita penuhi dengan sebaik-baiknya dengan beribadah kepada Allah SWT. Oleh itu, manfaatkan hari Jumaat yang akan datang dengan pelbagai amal ibadah yang boleh kita lakukan selagi kita mampu mengerjakannya. Jazakallah Khairan.
Kelebihan Hari Dalam Islam ALLAH SWT menjadikan seminggu itu terdiri daripada tujuh hari dan didalam hari-hari tersebut terjadi peristiwa-peristiwa tertentu yang merupakan rahsia keutamaan dari hari tersebut Kelebihan Hari Sabtu Tipu daya kaum Nuh terhadap Nabi Nuh Tipu daya kaum Saleh as. terhadap unta Nabi Saleh as. Tipu daya saudara-saudara Yusof terhadap Yusof as. Tipu daya Fir'un terhadap Nabi Musa. Tipu daya kaum Yahudi terhadap Nabi Isa as. Tipu daya kaum Quraisy terhadap Rasulullah SAW Tipu daya kaum Yahudi terhadap larangan Allah SWT Kelebihan Hari Ahad Penciptaan tempat jalan bintang-bitang Penciptaan bintang-bintang yang bergerak Penciptaan api neraka yang bertingkat-tingkat Penciptaan tujuh lapis bumi Penciptaan tujuh lautan yang besar Penciptaan tujuh anggota tubuh manusia Penciptaan tujuh hari dalam seminggu
Kelebihan Hari Isnin Nabi Idris as. naik kelangit Nabi Musa as. pergi ke Gunung Thursina Turunnya dalil-dalil tentang ke-Esaan Allah SWT Lahirnya Rasulullah SAW Malaikat Jibril turun menemui Rasulullah SAW Semua amalan umat ditunjukkan kepada Rasulullah SAW Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin Kelebihan Hari Selasa Jurjais as. dibunuh Wafatnya Nabi Yahya as. Wafatnya Nabi Zakaria as. Meninggalnya tukang sihir Fir'un Meninggalnya Asiah isteri Fir'un Sapi Bani Israil disembelih Meninggalnya Habil putera Adam as. Kelebihan Hari Rabu Kehancuran Auj bin Unuq Kehancuran Qarun Kehancuran Fir'un Kebinasaan Namruz bin Kan'an Kehancuran kaum Saleh as. Kehancuran Syadad bin 'Aad Kebinasaan kaum Hud Kelebihan Hari Khamis Nabi Ibrahim as menghadap Raja Mesir Tukang memberi minum Raja Mesir memperolwhi kebebasan Bunyamin datang ke Kota Mekah Ya'akub as datang ke Mesir Nabi Musa masuk ke Mesir Rasulullah SAW masuk ke Kota Mekah Kelebihan Hari Jumaat Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa Pernikahan anatara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa Pernikahan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis Pernikahan anatara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah Pernikahan antara Sayyidina Ali as dengan Siti Fatimah
Sekian, wassalam