Anda di halaman 1dari 5

perkara yg membawa kpd papa; - tidur sambil telanjang, - dan kencing telanjang, - makan ketika masih berjunub, - makan

dgn berbaring atas lambungnya, - membiarkan benda yg tumpah dr hidangan sprt nasi dn seumpamanya, - membakar kulit bawang merah dan bawang putih, - sapu rumah dgn kain mindil?, - sapu rumah waktu malam, - membiarkan sampah didlm rumah, - berjln-jln di hadapan org tua, - memanggil kedua ibubapa dgn nama keduanya, - menculik gigi dgn kayu, - basuh tgn dgn selut dn tanah, - duduk atas direning? pintu, - bengantung2 atas salah satu daripada dua keping papan pintu?, - berwhuduk pd tempat qada' hajat, - menjahit kain di atas tubuhnya, - mengeringkan basah2 mukanya dgn kain pakainya, - membiarkan sarang labah2 pd rumahnya, - bermudah2 dgn sembahyang, - bersegera keluar dr masjid slps solat subuh, - berpagi2 kepd kedai dn lambat pulang drpdnya, - membelikn yg pecah2 drpd roti2 drpd fuqara' yg meminta-minta, - berdoa dgn kejahatan atas anaknya, - meninggalkan menudung bejana2, - hembus pelita dgn mulut. - menyurat dgn kalam yg diberkas, - bersisir dgn sisir yg patah, - meninggalkan berdoa dgn kebajikan bagi kedua ibubapanya, - belit serban sambil duduk, - pakai seluar sambil berdiri, - penyayang dan sangat jimat, - boros melampaui had, - segan dan lambat, - bermudah2 pd sekelian pekerjaan2. kata2 sahabat2 rasulullah saw.

: "DOA UNTUK MENGELUARKAN JIN, MAKHLUK HALUS ATAU RACUN-RACUN ILMU SIHIR ATAU SANTAU DARI BADAN MANUSIA "

Berikut adalah diantara surah-surah Al-Quran yang sungguh berkesan untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racunracun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia. Mengeluarkan benda-benda tersebut sangat sukar jika sudah bersarang dalam tubuh badan pesakit. Sebaik-baiknya jika baru terkena sihir, santau atau racun yang ditujukan cepat-cepatlah berubat.

1. Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118. 2. Surah Arrad ayat 30 hingga 34. 3. Surah Fussilat ayat 25 hingga 44. 4. Surah Furqaan ayat 61 hingga 77. 5. Surah Al-Mukminun ayat 105 hingga 118.

Pilihlah mana-mana ayat-ayat diatas dan amalkan dan bacalah kepada ahli keluarga yang terkena santau, sihir seperti diberitahu. Jika nak baca kesemuanya sekali surah-surah tersebut sangat digalakkan.

Cara-caranya:

Sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 3x. 2. Shalawat Nabi 10x. 3. Al-Fatihah 1x. 4. Ayatul Kursi 1x.

Sediakan air kosong, setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi dengan air yang telah dibacakan dan minum setiap hari sehingga kesankesan sihir atau santau sampai hilang. Jika rasa nak muntah cari kain putih dan tadah muntah tersebut dan lihat apakah jenis racun itu dan hanyutkan bisa dan racun tersebut dan dibuangkan dalam sungai. Jika ada makhluk halus yang mendiami dalam tubuh badan anda akan meninggalkan buat selamanya sekiranya diamalkan selama 7 hari amalan ini. Boleh dibaca dan ditiupkan pada ubun-ubun kepala pesakit bagi yang kena gangguan makhluk halus. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

Amalan kaum Wahabi menurut hadithKaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924.

Perubahan yang mereka lakukan ialah : 1.Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan. [1] 2.Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi.Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala. 3.Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.[2] 4.Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri. 5.Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith [3], terutama menggunakan radio dan pembesar suara. 6.Melarang membaca qasidah. 7.Melarang melagu-lagukan al Quran. 8.Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri. 9.Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah asSanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.[4] Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri

SAFAR al-KHAYR ............................................................................................. Kebanyakan dari umat2 yang terdahulu dimusnahkan pada bulan ini... ADAB RABU TERAKHIR BULAN SAFAR: 1) Syahadatain 3 kali 2) Istighfar 300 kali 3) Ayatul Kursiy 7 kali 4) S.al-Fil 7 kali .... lalu diamalkan secara menyeluruh olehnya diri dan anggota keluarga... KAIFIAT SOLAT SUNAT HAJAT RABU TERAKHIR BULAN SAFAR: Berikut dimuatkan kaifiat dan fadhilat sembahyang pada hari Rabu khir Bulan Safar sepertimana yang alfaqir petik daripada Kitab Bada'uz Zuhur karangan al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani yang dihimpunkan semula oleh al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd.Saghir Abdullah terbitan

Khazanah Fathaniyyah cetakan 1997. Inilah dia amalan tersebut : 1) Niat Solat sunat (Mutlak @ Hajat) 4 Rakaat. 2) Tiap-tiap rakaat selepas al-Fatihah membaca :a. Surah al-Kauthar (17x) b. Surah al-Ikhlas (5x) c. Surah al-Falaq (1x) d. Surah an-Nas (1x) 3) Selepas solat bacalah doa ini : . . . . **mulakan adab doa dengan pujian kepada Allah kemudian apitkan dipermulaan doa dengan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w dan apitkan akhir doa dengan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w juga. RUJUKAN : 1. Kitab Bada'uz Zuhur karangan al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani yang dihimpunkan semula oleh al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd.Saghir Abdullah terbitan Khazanah Fathaniyyah cetakan 1997, m/s: 57 dan 58. 2. Tuhfatul Authan, Hj Ahmad bin Muhammad Said al-Linggi (Mufti Negeri Sembilan) 3. al-Bahjatul Mardiyyah, as-Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani wAllahu a'lam.
Doa murah rezeki dan panjang umur. (Dibacakan oleh Nabi SAAW kepada Anas bin Malik RA) . Maksudnya: Ya Allah, banyakkanlah hartanya, anaknya dan berkatilah apa yang engkau kurniakan padanya (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Kesan daripada doa tersebut, Allah telah panjangkan umurnya, mempunyai anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: Demi Allah, hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang. Subhanallah!

Anda mungkin juga menyukai