Anda di halaman 1dari 22

8

MASJID MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM 2.1 Pendahuluan

Masjid, secara bahasa, adalah tempat sujud. Adapun secara syari, masjid adalah tempat yang dijadikan untuk menunaikan solat lima waktu secara berjemaah oleh kaum muslimin. Akan tetapi, kadang-kadang masjid mempunyai erti yang lebih luas dari itu. Kerana ianya tempat yang dijadikan oleh seseorang di rumahnya untuk melaksanakan solat sunat atau solat fardu kerana dia tidak mampu untuk solat di masjid, yang orang-orang mendirikan solat berjemaah di dalamnya, dinamakan juga sebagai masjid. Di antara dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari: 323 dan selainnya dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya:Aku diberi lima hal yang tidak diberikan kepada seorang pun se belumku: aku dimenangkan dengan perasaan takut yang menimpa musuhku dengan jarak sebulan perjalanan, bumi dijadikan bagiku sebagai masjid dan suci, siapa pun dari umatku yang menjumpai waktu solat maka solatlah.1 2.2 Sejarah Pembinaan Masjid

Sebelum diutuskan Nabi Muhammad SAW, telah ada masjid yang didirikan oleh nabi yang terdahulu untuk menunaikan ibadah kepada Allah SWT. Masjid-masjid ini didirikan atas perintah Tuhan Yang Maha Esa juga iaitu Masjid Al-Haram dan juga Masjid Al-Aqsa. Di dalam sejarah Islam dan terutusnya Nabi Muhammad SAW, masjid yang pertama didirikan adalah Masjid Quba dan keduanya adalah Masjid Nabawi. Di sini diceritakan sedikit mengenai kedua-dua masjid ini. Masjid Quba
1

Hadis Sahih Bukhari, bab masjid: 323

Masjid Quba terletak di perkampungan Quba, kira-kira 3km dari arah selatan bandar Madinah. Nama Quba diambil daripada nama sebuah telaga yang berada di tempat itu. Masjid ini berbentuk empat persegi dan luas kawasannya kira-kira 5035m persegi pada masa sekarang. Masjid Quba ini merupakan masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam yang diasaskan atas dasar taqwa dan iman yang padu. Pada hari Isnin 8 Rabiul Awal bersamaan 23 September 622 masihi, Rasulullah telah tiba di perkampungan Quba dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di sana selama empat hari bersama Bani Amru bin Auf di rumah Kalthum bin Al-Hadm. Pada hari pertama tersebut Rasulullah terus membina Masjid Quba, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah sendiri turut mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabat. Asy-Syimus binti AnNuman menceritakan : Aku melihat Rasulullah ketika membina masjid ini. Baginda memikul batu-bata di atas belakangnya sehingga bongkok tubuhnya. Debu-debu dan pasir penuh di tubuh dan bajunya. Apabila salah seorang sahabat meminta untuk mengambil bebanan itu daripadanya, Baginda tidak membenarkannya, sebaliknya menyuruh mereka membawa bebanan lain sepertinya. Setelah itu Rasulullah mengimami solat berjemaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba, berkiblatkan Masjd Al-Aqsa pada waktu itu. Begitulah sedikit cerita yang menggambarkan bagaimana Masjid Quba, masjid yang pertama di dalam Islam didirikan. Masjid Quba Dibina Atas Dasar Taqwa Masjid Quba adalah antara masjid paling suci di antara penganut agama Islam, dan mengikut turutannya ialah Masjid al-Haram (Makkah), Masjid al-Nabawi (Madinah), Masjid al-Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah) Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas Taqwa. Firman Allah SWT: Maksudnya: Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orangorang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).2

Terjemahan Al-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman, surah Al-Taubah 9:108

10

Maksudnya: Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya ke dalam api Neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada orangorang yang zalim.3 Nabi SAW telah bersabda kepada mereka: Apakah yang kamu lakukan sehingga Allah telah memperelokkan kamu dengan pujiannya? Mereka berkata: Kami telah menghimpunkan di antara batu dan air untuk bersuci. Nabi Muhammad Dan Masjid Quba Semasa hayatnya, Nabi Muhammad SAW kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki. Telah diceritakan bahawa Nabi SAW menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin.4 Sabda Nabi SAW lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah.5 Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah 6. Senibina Masjid Quba telah siap dibina semula dalam tahun 1986M. Kerajaan Arab Saudi telah meminta Abdel-Wahed El-Wakil, seorang arkitek Mesir untuk membina semula Masjid Quba. Abdel Wahid asalnya hendak mengekalkan struktur masjid
3 4

Terjemahan Al-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman, surah Al-Taubah 9:109 Hadis Sahih Bukhari, bab Jumaat:1117,1118,1119 5 Hadis Sahih Bukhari, bab masjid:450 6 Hadis Sahih Bukhari, bab masjid:5956

11

yang lama dan digabungkan dengan bangunan baru. Tetapi Kerajaan Arab Saudi berkeras meruntuhkan bangunan Masjid yang lama. Masjid Quba mempunyai dewan solat berbentuk segi empat, dengan sebahagian dewan solat ditempatkan di tingkat dua. Dewan solat disertakan dengan kawasan kediaman petugas masjid, pejabat masjid, bilik wuduk, kedai-kedai dan juga sebuah perpustakaan. 6 buah pintu masuk sebagai tambahan kepada pintu masuk utama di bahagian utara, selatan dan timur masjid ini. Masjid ini mempunyai empat menara, dengan satu menara disetiap penjuru dewan solat. Masjid ini mempunyai kawasan lapang yang boleh dilindungkan dengan bumbung yang boleh dibuka dan ditutup.

Masjid Nabawi Rasulullah SAW membangunkan masjidnya atas asas taqwa. Masjid ini terletak kirakira 597m dari aras laut. Kedudukannya di tengah-tengah bandar Madinah menjadikannya seperti bulan purnama dan permata yang bersinar,sesuai dengan peranannya sebagai sumber cahaya dan keindahan Islam. Tanah tapak masjid ini berasal daripada tempat mengering tamar kepunyaan dua orang anak yatim (Suhail dan Sahl). Rasulullah SAW kemudiannya membeli tanah tersebut. Kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok tamar dan juga runtuhan-runtuhan lama yang kemudiannya dibersihkan dan diratakan untuk didirikan masjid. Kisah tanah ini terpilih untuk dijadikan tapak masjid sungguh unik sekali. Setelah Rasulullah SAW keluar dari Quba' menuju ke kota Madinah, orang ramai berebut-rebut mengheret tali unta Rasulullah SAW untuk membawa baginda sebagai tetamu ke rumah masing-masing. Namun demikian Rasulullah SAW menyerahkan kepada unta baginda untuk membuat pilihan. Unta itu terus berjalan sambil berpaling ke kanan dan ke kiri seolah-olah mencari sesuatu,sehinggalah ia berhenti di tempat mimbar yang ada pada hari ini. Selepas ia berhenti, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :" Insyaallah, di sinilah tempatnya". Masjid Nabawi dibina buat pertama kalinya pada tahun pertama hijrah (622M) iaitu pada hari kedua setibanya Rasulullah SAW di kota Madinah. Keluasan asalnya kira-kira 850.5m persegi dan 2.9m tinggi. Atapnya diperbuat daripada pelepah-pelepah pokok tamar, disimen dengan tanah liat. Rasulullah SAW sendiri turut sama dalam pembinaan ini dengan memikul dan membawa batu-batu. Pada ketika zaman Rasulullah SAW dan Khulafa' Rasyidin, Masjid Nabawi tidak memiliki menara. Orang yang pertama sekali membangunkan menara Masjid Nabawi ialah Umar ibn Abdul Aziz pada tahun 93H, iaitu di keempat sudut Masjid. Ukuran keluasan Masjid Nabawi selepas pembesaran terakhir ialah tingkat bawah

12

seluas 98,500m persegi, boleh menampung seramai 167,000m persegi dan tingkat atas seluas 67,000m persegi, boleh menampung seramai 90,000 jemaah. Jumlah keseluruhannya ialah 165,500m persegi dan boleh menampung lebih kurang 257,000 orang jemaah. Masjid Nabawi sekarang mempunyai 27 buah kubah bergerak, 543 buah kamera bagi mengawal keadaan di luar dan dalam masjid, 4 buah eskalator dan 18 buah tangga biasa. Inilah gambaran keadaan Masjid Nabawi atau dikenali juga dengan nama Masjid Madinah pada masa sekarang ini. 2.3 Takrif Masjid

Seperti yang telah dijelaskan di dalam pendahuluan tadi, masjid membawa maksud tempat sujud.. Kata masjid terulang sebanyak dua puluh lapan kali di dalam AlQuran. Dari segi bahasa, kata tersebut terambil dari akar kata sa-ja-da-sujud, yang bererti patuh, taat, serta tunduk dengan penuh hormat dan takzim. Meletakkan dahi, kedua tangan, lutut, dan kaki ke bumi, yang kemudian dinamai sujud oleh syariat, adalah bentuk lahiriah yang paling nyata dari maknamakna di atas. itulah sebabnya mengapa bangunan yang dikhususkan untuk melaksanakan solat dinamakan masjid, yang ertinya "tempat bersujud." Dalam pengertian sehari-hari, masjid merupakan bangunan tempat solat kaum Muslim. Tetapi, kerana akar katanya mengandungi makna tunduk dan patuh, hakikat masjid adalah tempat melakukan segala aktiviti yang mengandungi kepatuhan kepada Allah semata-mata. Kerana itu Al-Quran misalnya, menegaskan bahawa : Maksudnya: Sesungguhnya masjid-masjid itu adalah milik Allah, kerana itu janganlah menyembah selain Allah sesuatu pun.7 Rasul SAW bersabda: Telah dijadikan untukku (dan untuk umatku) bumi sebagai masjid dan tempat penyucian diri .8 Jika dikaitkan dengan bumi ini, masjid bukan hanya sekadar tempat sujud dan tempat penyucian. Di sini kata masjid juga tidak lagi hanya bererti bangunan tempat solat, atau bahkan bertayamum sebagai cara bersuci pengganti wuduk tetapi kata masjid di sini bererti juga tempat melaksanakan segala aktiviti manusia yang mencerminkan kepatuhan kepada Allah SWT.

7 8

Terjemahan Al-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman, surah Al-Jin 72:18 Hadis Sahih Bukhari, bab masjid:323

13

Dengan demikian, masjid menjadi pangkal tempat muslim bertolak, sekaligus pelabuhan tempatnya bersauh. Sujud Al-Quran menggunakan kata sujud untuk berbagai erti. Kadang-kala diertikan sebagai penghormatan dan pengakuan akan kelebihan pihak lain, seperti sujudnya malaikat kepada Adam dalam Al-Quran: Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. 9 Di waktu lain sujud bererti kesedaran terhadap kekhilafan serta pengakuan kebenaran yang disampaikan pihak lain, itulah erti sujud di dalam firman-Nya: Maksudnya: Maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa.10 Yang ketiga sujud bererti mengikuti mahupun menyesuaikan diri dengan ketetapan Allah yang berkaitan dengan alam raya ini, yang dinamakan dengan hukum-hukum alam. Firman Allah Taala: Maksudnya: Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.11 Dari sunnatullah diketahui bahawa kemenangan hanya tercapai dengan kesungguhan dan perjuangan. Kekalahan disebabkan kerana kelengahan dan pengabaian disiplin, dan boleh diraih dengan perancangan dan kerja keras, dan sebagainya, sehingga seseorang tidak disebut bersujud, apabila tidak mengendahkan hal-hal tersebut. 2.4 Dalil Al-Quran Berkenaan Masjid

Kalimat masjid di dalam al-Quran Kalimat masjid dan sajada, atau sujud dalam bahasa Melayu, adalah daripada akar yang sama. Ia bermaksud tempat sujud.
9

Terjemahan Al-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman, surah Al-Baqarah 2:34 Terjemahan Al-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman, surah Thaha 20:70 11 Terjemahan Al-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman, surah Al-Rahman 55:6
10

14

Terdapat 26 ayat yang mengandungi 27 perkataan masjid di dalam al-Qur'an. Daripada jumlah perkataan itu 15 adalah kalimah Masjidil Haram. Antara ayatayatnya adalah seperti berikut: i. Dalil pertama:

Maksudnya: Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.12 ii. Dalil kedua:

Maksudnya: Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (Kaabah) dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.13
iii.

Dalil ketiga:

Maksudnya: Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).14 iv. Dalil keempat: Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. 15 v. Dalil kelima: Maksudnya: Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka

12 13

Terjemahan Al-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman, surah Al-Baqarah 2:144 Terjemahan Al-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman, surah Al-Baqarah 2:149 14 Terjemahan Al-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman, surah Al-Araf 7:29 15 Terjemahan Al-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman, surah Al-Araf 7:31

15

menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.16
vi. vii.

Dalil keenam:
Maksudnya: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjidmasjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.17

viii.

Dalil ketujuh:

18

Maksudnya: Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orangorang yang mengerjakan Haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidilharam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim.19 ix. Dalil kelapan:
20

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersamasama Allah.21 Daripada dalil-dalil Al-Quran di atas, maka tidak dapat dinafikan bahawa masjid memainkan peranan yang penting di dalam agama Islam. Dengan berbagai fungsi dan peranan ini, masjid telah didirikan oleh umat Islam di mana saja mereka berada bagi menyebarkan kalimah tauhid kepada Allah dan seterusnya beribadah kepada Tuhan Yang Maha Esa. 2.5 Peranan Masjid

Al-Quran menyebutkan peranan masjid antara lain di dalam firman-Nya:

16 17

Terjemahan Al-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman, surah Al-Taubah 9:17 Terjemahan Al-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman, surah Al-Taubah 9:18 18 Al-Quran, surah Al-Taubah 9:19 19 Terjemahan Al-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman, surah Al-Taubah 9:19 20 Al-Quran, surah Al-Jin 72:18 21 Terjemahan Al-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman, surah Al-Jin 72:18

16

Maksudnya: Bertasbihlah kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya pada waktu pagi dan petang, orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan, dan tidak (pula) oleh jual-beli, atau aktiviti apa pun dan mengingat Allah, dan (dari) mendirikan solat, membayarkan zakat, mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan akan goncang.22 Tasbih bukan hanya bererti mengucapkan Subhanallah, bahkan lebih luas lagi, sesuai dengan makna yang dicakupi oleh kata tersebut beserta konteksnya. Sedangkan erti tersebut dapat disimpulkan dengan kata taqwa. Masjid Pada Masa Rasulullah SAW Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, langkah pertama yang beliau lakukan adalah membangunkan masjid kecil yang berlantaikan tanah, dan beratapkan pelepah kurma. Dari sana beliau membangunkan masjid yang besar, membangun dunia ini, sehingga kota tempat beliau membangun itu benarbenar menjadi Madinah, (seperti namanya) yang erti harfiahnya adalah 'tempat peradaban', atau paling tidak, dari tempat tersebut lahir benih peradaban baru umat manusia. Masjid pertama yang dibangun oleh Rasulullah SAW. Adalah Masjid Quba', kemudian disusuli dengan Masjid Nabawi di Madinah. Mengikut dari perbezaan pendapat ulama tentang masjid yang dijuluki Allah sebagai masjid yang dibangun atas dasar takwa. Firman Allah Taala: Maksudnya: Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba` yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orangorang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). 23 Yang jelas bahawa keduanya iaitu Masjid Quba dan Masjid Nabawi dibangunkan atas dasar ketakwaan, dan setiap masjid seharusnya memiliki landasan dan fungsi seperti itu. Itulah sebabnya mengapa Rasulullah SAW meruntuhkan bangunan kaum munafik yang juga mereka sebut masjid, dan menjadikan lokasi itu tempat pembuangan sampah dan bangkai binatang, kerana di bangunan tersebut tidak dijalankan fungsi masjid yang sebenarnya, yakni ketakwaan. Al-Quran melukiskan bangunan kaum munafik itu sebagai berikut:

22 23

Terjemahan Al-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman, surah An-Nur 24:36-37 Terjemahan Al-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman, surah Al-Taubah 9:108

17

Maksudnya: Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang Mukmin) dan kerana kekafiran-(nya), dan untuk memecah belah antara orang-orang Mukmin, serta menunggu/mengamat-amati kedatangan orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu.24 Masjid Nabawi di Madinah telah menjalankan fungsinya sehingga lahir peranan masjid yang beraneka ragam. Sejarah mencatatkan tidak kurang dari sepuluh peranan yang telah dimainkan oleh Masjid Nabawi, iaitu sebagai: 1. Tempat ibadah (solat, zikir). 2. Tempat mesyuarat dan komunikasi (masalah ekonomi-sosial budaya). 3. Tempat pendidikan. 4. Tempat pembentukan sosial. 5. Tempat latihan mujahidin dan persiapan alat-alatnya. 6. Tempat pengebumian para korban perang. 7. Tempat perdamaian dan pengadilan sengketa. 8. Tempat menerima tamu. 9. Tempat menawan tahanan, dan 10. Pusat penerangan atau pembelaan agama. Agaknya masjid pada masa silam mampu berperanan sedemikian luas, disebabkan antara lain oleh: 1. Keadaan masyarakat yang masih sangat berpegang teguh kepada nilai, norma, dan jiwa agama. 2. Kemampuan pembina-pembina masjid menghubungkan hubungan sosial dan keteguhan masyarakat dengan uraian dan kegiatan masjid. Manifestasi pemerintahan terlaksana di dalam masjid, baik pada peribadiperibadi pemimpin pemerintahan yang menjadi imam dan khatib maupun di dalam ruangan-ruangan masjid yang dijadikan tempat-tempat kegiatan pemerintahan dan syura (musyawarah). Keadaan itu kini telah berubah, sehingga timbullah lembaga-lembaga baru yang mengambil-alih sebahagian peranan masjid di masa lalu, iaitu organisasi-organisasi keagamaan swasta dan lembaga-lembaga pemerintah, sebagai pengarah kehidupan duniawi dan ukhrawi umat beragama. Lembagalembaga itu memiliki kemampuan material dan teknik melebihi masjid. Fungsi dan peranan masjid besar seperti yang disebutkan pada masa keemasan Islam itu tentunya sulit diwujudkan pada masa kini. Namun, ini tidak bererti bahawa masjid tidak dapat berperanan di dalam hal-hal tersebut.
24

Terjemahan Al-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman, surah Al-Taubah 9:107

18

Masjid, khususnya masjid besar, harus mampu melakukan kesepuluh peranan tadi. Paling tidak melalui pembinaannya mengarahkan umat kepada kehidupan duniawi dan ukhrawi yang lebih berkualiti. Apabila masjid dituntut berfungsi membina umat, tentu saranan yang dimilikinya harus tepat, menyenangkan dan menarik semua umat, baik dewasa, kanak-kanak, tua, muda, remaja, wanita, yang terpelajar maupun tidak, sihat atau sakit, serta kaya dan miskin. Di dalam Muktamar Risalatul Masjid di Makkah pada 1975, hal ini telah disepakati, bahawa sesuatu masjid baru dapat dikatakan berperanan secara baik apabila memiliki ruangan, dan peralatan yang memadai untuk: a. Ruang solat yang memenuhi syarat-syarat kesihatan. b. Ruang-ruang khusus wanita yang memungkinkan mereka keluar masuk tanpa bercampur dengan lelaki baik digunakan untuk solat, maupun untuk pendidikan kesejahteraan keluarga. c. Ruang pertemuan dan perpustakaan. d. Ruang poliklinik, dan ruang untuk memandikan dan mengkafankan mayat. e. Ruang bermain, berolahraga, dan berlatih bagi remaja. Semua hal di atas harus diwarnai oleh kesederhanaan fizik bangunan, namun harus tetap menunjang peranan masjid ideal termaktub. Hal terakhir ini perlu mendapat perhatian, kerana menurut pengamatan sementara pakar, sejarah kaum Muslim menunjukkan bahawa perhatian yang berlebihan terhadap nilai-nilai dan etika sesebuah masjid sering dilabelkan dengan kekurangan, bahkan kelumpuhannya dalam memenuhi fungsi-fungsinya. Seolah-olah nilai dan etika dijadikan objektif utama untuk menutupi kekurangan atau kelumpuhan tersebut.

2.6 Perkara Yang Boleh Dilakukan Dan Tidak Boleh Dilakukan Di Dalam Masjid

19

Masjid adalah milik Allah, kerana itu kesuciannya harus dipelihara. Segala sesuatu yang dapat mengurangi kesucian masjid atau dapat menjurus kepada hal tersebut, tidak boleh dilakukan di dalam masjid maupun dilakukan terhadap masjid. Salah satu yang ditekankan oleh sebahagian ulama sebagai sesuatu yang tidak wajar berlaku kepada masjid (dan sekitarnya) adalah kehadiran para pengemis. Untuk memelihara kesucian masjid, Allah SWT berfirman agar para pengunjungnya memakai hiasan ketika mengunjungi masjid sebagaimana firmanNya:

Maksudnya: Hai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap kali (memasuki) masjid.25 Rasulullah SAW menganjurkan agar memakai wangi-wangian ketika berkunjung ke masjid, dan melarang mereka yang baru saja memakan bawang memasukinya. Sabdanya: Siapa yang makan bawang putih atau merah hendaklah dihindarkan dari masjid kita. Masjid harus mampu memberikan ketenangan dan ketenteraman kepada pengunjung dan penghuninya, kerana itu Rasulullah SAW melarang adanya benih-benih pertengkaran di dalamnya, sebagaimana sabdanya: Jika engkau mendapati seseorang menjual atau membeli di dalam masjid, katakanlah kepadanya, "Semoga Allah tidak memberi keuntungan bagi perniagaanmu," dan bila engkau mendapati seseorang mencari barangnya yang hilang di da1am masjid, maka katakanlah, "Semoga Allah tidak mengembalikannya kepadamu (semoga engkau tidak menemukannya)." Kedua-dua teks yang disebutkan di atas tidak bererti larangan berbicara tentang perniagaan yang sifatnya mendidik umat, atau melarang para pembina dan pengelola masjid berniaga, melainkan yang dimaksud adalah larangan melakukan urusan perniagaan di dalam masjid. Fungsi masjid paling tidak, dinyatakan oleh hadis Rasulullah SAW ketika menegur seseorang yang membuang air kecil (di samping) masjid:

25

Terjemahan Al-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman, surah Al-Araf 7:31

20

Masjid-masjid tidak wajar untuk tempat kencing atau (membuang sampah). Ia hanya untuk (dijadikan tempat) berzikir kepada Allah Ta'ala, dan membaca (belajar) Al-Quran (HR Muslim). Dengan kata lain, masjid adalah tempat ibadah dan pendidikan dalam pengertiannya yang luas. Bukankah Al-Quran berbicara tentang segala aspek kehidupan manusia? 2.7 Hikmah Pembinaan Masjid Untuk Umat Islam

Di sini saya nyatakan beberapa hikmah atau kelebihan dengan pembinaan masjid di atas muka bumi Allah SWT ini antaranya ialah: i. Orang yang melakukan solat di masjid secara berjemah diberikan ganjaran pahala sebanyak 27 kali ganda berbanding sembahyang di rumah. Di dalam hadis Nabi menyebut orang yang beribadah di Masjidil Haram mendapat seratus ribu pahala, di Masjid Nabawi seribu pahala dan di Masjid Al-Aqsa mendapat lima ratus pahala berbanding masjid-masjid lain di atas muka bumi ini. ii. Masjid bukan hanya sebagai tempat beribadah tetapi juga tempat urusan pentadbiran, mesyuarat, pendidikan dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat. iii. Dengan adanya masjid, ia akan menunjukkan bahawa umat Islam mempunyai tempat sucinya yang tersendiri bagi menunaikan ibadat kepada allah SWT. iv. Solat jumaat yang dilakukan di masjid dapat menunjukkan kepada penganut agama lain bahawa umat Islam adalah umat yang sentiasa bersatu padu di bawah perintah Allah Taala dan Rasul-Nya. v. Memberi peluang kepada umat Islam di dalam beribadah dengan menyumbangkan derma bagi membina masjid. 2.8 Kesimpulan

Masjid merupakan pusat ibadah dan kegiatan masyarakat Islam, lambang perpaduan ummah dan keagungan Islam bahkan peranan dan fungsinya adalah sangat luas. Memandangkan terdapat masjid-masjid pada hari ini yang kurang dimanfaatkan dan diimarahakan, maka hendaklah diambil langkah-langkah yang segera lagi berkesan ke arah mengimarahkan masjid-masjid ini dengan lebih banyak pengisian dan penghayatan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat. Peranan dan fungsi masjid yang sebenarnya hendaklah diwujudkan kembali dan dilaksanankan dengan sepenuhnya dengan mengambil kira keadaan dan suasana yang ada dewasa ini demi membangunkan ummah dan Negara, dan dalam usaha membentuk individu dan masyarakat serta Negara ke arah penghayatan Islam

21

yang sebenar dan menyeluruh untuk memndapat keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat nanti.

MASJID-MASJID TERTUA DI NEGERI SEMBILAN SEBELUM TAHUN 1900M 3.0 Pendahuluan

Masjid-masjid yang menjadi kajian bagi projek ilmiah saya ini terbahagi kepada dua. Pertama masjid-masjid tertua di Negeri Sembilan sebelum tahun 1900M dan kedua masjid-masjid tertua di Negeri Sembilan selepas tahun 1900M. Bagi masjid-masjid tertua sebelum tahun 1900M, saya telah memilih tiga buah masjid iaitu Masjid Warisan Kariah Kuala Dulang, Masjid Jamek Dato Kelana Petra Sendeng dan Masjid Jamek Bandar Senawang. 3.1 Masjid Warisan Kariah Kuala Dulang

Masjid Warisan Kariah Kuala Dulang merupakan masjid yang terkenal di Negeri Sembilan sebagai masjid tertua di negeri ini. Masjid ini dijadikan masjid warisan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bermula pada tahun 2008M. Bermula tahun itu, segala pembaikan telah ditanggung dan dikendalikan oleh kementerian ini. 3.1.1 Sejarah Masjid Warisan Kariah Kuala Dulang Masjid Warisan Kariah Kuala Dulang adalah masjid yang tertua di Negeri Sembilan. Masjid ini telah dibina dalam kurun ke-18. Ia diasaskan oleh Al-Marhum Dato Moyang Saleh. Sejarah pembinaan masjid ini adalah bermula sejak abad ke-16 lagi. Ia bermula apabila seorang alim dari Minangkabau iaitu Dato Nika bersama rakannya Mudim Khatib Raja mendirikan pondok ijok di tepi Sungai Jelebu bagi memberikan pendidikan agama atau mengajar agama Islam dan menunaikan solat berjemaah bersama-sama penduduk sekitarnya. Dato Nika dan Mudim Khatib Raja (Dato Gamboh) merupakan gelaran kepada Ulama yang tersohor pada waktu itu yang mempunyai hubungan terus kepada Rasulullah SAW. Nama sebenar Dato Nika adalah Syed Abdul Rahman bin Syed Muhammad Al-Jufri dan Dato Gamboh adalah Syed Ali Al-Jufri. Mereka berdua telah mendapat perkenan dari Sultan Johor untuk mudik ke Jelebu melalui sungai pahang terus ke sungai teriang yang berulukan di kawasan Jelebu. Keturunan Al-

22

Jufri masih terus wujud di Jelebu yang kebanyakan berada di Kg. Peradong dan Kg Jerang. Pondok beratap ijuk ini mempunyai kisah yang penuh misteri kerana berlaku kehadiran dulang berisi sajian makanan yang tidak diketahui siapa menghidangkannya. Walau seramai mana pun jemaah yang hadir untuk belajar tentang agama Islam di pondok itu, makanan yang sedia terhidang itu sentiasa cukup untuk semua jemaah tanpa perlu ditambah. Kejadian ini berlarutan sehinggalah Raja Khatib telah habis mudik sehingga jauh ke Ulu Jelebu (kini meliputi Kampung-kampung Chepam, Guntong, Bukit, Kelembang dan Ulu Jelebu) dan seluruh kawasan Ulu Kelawang (kini meliputi Kampung-kampung Batu Piatu, Binjai, Tembon, Kemin, Tanjong, Jambatan Serong, Lalang, Batu Serambai, Batu Seremban, Renal, Bukit, Pengenting, Tanjong Berangan, Tanjong Chacha, Kelaka, Sg. Gunong Daun, Rambai Baris, Batu Tangga dan Ulu Kelawang), dan telah mengislamkan orang-orang biduanda di seluruh kawasan tersebut. Menurut orang tua-tua tanah Jelebu, Pondok Beratap Ijuk itulah bangunan asal Masjid Kuala Dulang yang merupakan masjid tertua di Tanah Jelebu pada masa itu. Pada abad ke 17, pondok yang telah didirikan itu telah diperbesarkan dan dinaik taraf menjadi masjid. Walau bagaimanapun masa telah berlalu, masjid ini telah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 50an, 80an, 1909M, 1998M, 2007M dan 2009M. Pada awal pembinaan masjid ini, ahli jemaahnya adalah seramai 100 orang sahaja. Kini ahlinya telah bertambah mencapai bilangan seramai 250 orang. 3.1.2 Senibina Masjid Warisan Kariah Kuala Dulang Menurut Imam yang bertugas di Masjid Warisan Kariah Kuala Dulang ini iaitu Tn. Hj. Alias b. Mohammad, pada asalnya masjid ini dibina tanpa menggunakan sebatang paku pun. Inilah kemahiran orang zaman dahulu, walaupun tidak mempunyai bahan yang lengkap, tetapi dapat membina juga bangunan yang cukup kukuh sehingga kekal pada hari ini. Walau bagaimanapun, apabila masjid ini dibaik pulih dan dinaik taraf, paku terpaksa digunakan juga bagi membina masjid ini. Senibina masjid ini masih lagi mengekalkan cirri-ciri masjid lama. Antaranya ibu atap masjid ini dikekalkan, dinding dan lantai kayu masih digunakan. Beduk atau tabuh yang digunakan pada masa dahulu untuk memberitahu masuknya waktu solat masih lagi disimpan ditepi masjid untuk tatapan umum. Dikatakan bahawa beduk atau tabuh ini adalah sama usianya dengan masjid ini semasa ia mula-mula dibina iaitu pada abad ke 16. 3.1.3 Fungsi Masjid Warisan Kariah Kuala Dulang Pada Masa Kini Walaupun telah banyak masjid-masjid baru yang besar dan moden didirikan di daerah ini, masjid lama ini tidak dilupakan oleh masyarakat Islam sekitarnya. Masjid Warisan Kariah Kuala Dulang masih mendapat tempat di hati penduduk sekitarnya. Solat berjemaah dan kuliah-kuliah agama masih dijalankan di masjid ini.

23

Masjid ini juga mengurus dan mengawal selia empat buah kawasan tanah perkuburan Islam dan lima buah surau yang berhampirannya. Untuk pengetahuan semua, Masjid Warisan Kariah Kuala Dulang ini pernah memenangi tempat ke-3 dalam Anugerah Masjid Contoh Peringkat Daerah Jelebu. Manakala pada tahun 2008M, masjid ini telah diiktiraf sebagai Masjid Warisan oleh KeKKWA bagi memelihara bangunan dan sejarahnya. 3.2 Masjid Jamek Dato Kelana Petra Sendeng

Masjid Jamek Dato Kelana Petra Sendeng adalah salah sebuah masjid yang sentiasa dikunjungi oleh umat Islam setempat. Menurut imamnya iaitu Ustaz Nor Azman dan juga nazir iaitu En. Abu Ubaidah, masjid ini mepunyai tarikannya tersendiri selain ia terletak di jalan utama yang menghubungkan daerah-daerah lain di negeri ini. 3.2.1 Sejarah Masjid Jamek Dato Kelana Petra Sendeng Masjid Jamek Dato Kelana Petra Sendeng terletak di Daerah Ampangan, Seremban. Masjid ini adalah antara masjid tertua di Negeri Sembilan. Masjid ini pada asalnya telah dibina pada tahun 1840M iaitu pada zaman pemerintahan YTM Dato Kelana Petra Kawal. Tapak masjid ini sebenarnya telah diwakafkan oleh Allahyarham Tok Mukim. Masjid ini telah dibaiki dan diubah suai oleh YTM Dato Kelana Petra Sendeng yang mana telah menjadi Undang Luak Sungai Ujong pada tahun 1850 hingga 1872M. Selepas itu masjid ini dibaiki lagi pada tahun 1928M oleh YTM Dato Kelana Petra Maamor bin Kasim yang menjadi Undang Luak Sungai Ujong. Pada tahun tersebut masjid ini telah dibina dengan menggunakan simen dan batu bagi menjamin keutuhannya dan ia telah menjadi induk kepada masjid ini sehingga ke hari ini. Masjid ini dikenali sebagai Masjid Jamek Dato Kelana Petra Sendeng setelah mendapat nasihat daripada YTM Dato Kelana Petra Mubarak bin Dhohak supaya menukar namanya. Ia telah berlaku pada Oktober 1955M. Selepas dari itu, masjid ini telah beberapa kali dibaiki dan dinaik taraf bagi menampung jumlah ahli jemaahnya yang bertambah ramai iaitu pada tahun 1963M, 1978M, 1991M dan 1993M. Semasa masjid ini mula dibina ahli jemaahnya hanya seramai 300 orang sahaja. Tetapi kini jemaahnya telah bertambah menjadi 3000 orang. 3.2.2 Senibina Masjid Jamek Dato Kelana Petra Sendeng Menurut Imam masjid ini iaitu Ustaz Nor Azman, Masjid Jamek Dato Kelana Petra Sendeng pada asalnya adalah dibina menggunakan kayu. Setelah masa berlalu, ahli jemaah bertambah ramai, maka pemerintah pada masa itu iaitu YTM Dato Kelana Petra Maamor bin Kasim, Undang Luak Sungai Ujong pada tahun 1928M telah membina semula masjid ini dengan menggantikannya dengan binaan simen dan batu supaya ia lebih kukuh dan utuh yang mana ia telah menjadi induk kepada binaan yang ada sekarang ini.

24

3.2.3 Fungsi Masjid Dato Kelana Petra Sendeng Pada Masa Kini Penduduk di sekitar masjid ini atau di daerah Ampangan adalah majoriti berbangsa Melayu dan beragama Islam. Maka masjid ini adalah masjid pilihan bagi penduduk di sekitar Ampangan menunaikan ibadah solat berjemaah terutamanya solat Jumaat. Masjid ini berfungsi mengurus dan mengawal selia sebuah kawasan perkuburan umat Islam di Ampangan. Ia juga menjaga dan mengawal lapan buah surau yang ada di sekitar Ampangan. 3.3 Masjid Jamek Bandar Seremban Masjid Jamek Bandar Seremban terletak di dalam bandar Seremban yang menjadi ibu kota kepada Negeri Sembilan. Masjid ini terletak di Jalan Tun Dr. Ismail Seremban. Walaupun telah terdapat Masjid Negeri yang berada di dalam Bandar Seremban ini juga, Masjid Jamek Bandar Seremban tetap menjadi pilihan penganut agama Islam bagi menunaikan ibadah terutamanya solat fardu secara berjemaah. 3.3.1 Sejarah Masjid Jamek Bandar Seremban Tidak dapat diketahui dengan tepat bila dan siapa yang membawa Islam ke Seremban. Walau bagaimana pun, menurut Imam masjid ini iaitu Imam Ahmad hilal, terdapat sedikit fakta sejarah yang boleh diguna pakai untuk dijadikan bukti. Seremban adalah sebuah daerah yang kaya dengan bijih timah. Pemerintah Inggeris pada masa itu menggunakan laluan air (Sungai Linggi) untuk mengangkut bijih dengan menggunakan tongkang dan kapal kecil. Pentadbir Inggeris telah melantik Allahyarham Hj. Ahmad bin Hj. Ali sebagai Dato Shahbandar Sungai Ujong untuk mengawasi dan memantau serta mengendalikan pungutan cukai ke atas kapal-kapal yang membawa bijih. Sehubungan dengan itu juga sebuah pangkalan telah didirikan di tebing sungai yang berhampiran dengan daerah Seremban. Tahun 1850an, bermulalah pembukaan penempatan baru secara aktif. Allahyarham Hj. Ahmad bin Hj. Ali telah membina rumah di atas sebidang tanah dan beberapa rumah lagi telah dibina di kawsan yang berhampiran. Tidak lama kemudian beliau telah mendirikan sebuah masjid daripada batu-bata dan beratapkan genting yang boleh menampung seramai 50-60 orang jemaah. Dikatakan juga bahawa tapak masjik ini telah diwakafkan oleh Allahyarham Hj. Ahmad bin Hj. Ali dan keluarga Sheikh Abdul Kader yang berasal dari Tanah Arab yang dating berniada ke negeri ini. Masjid ini telah dinamakan sebagai Masjid Jamek. Allahyarham Hj. Ahmad bin Hj. Ali telah meninggal dunia pada tahun 1348(H) bersamaan 1927M. Pada tahun 1990 Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju bahawa masjid lama yang sudah uzur itu diganti dengan sebuah masjid baru dengan mengekalkan reka bentuknya yang asal. Walau bagaimanapun menara masjid ini yang telah dibina pada tahun 1924M masih dikekalkan sehingga sekarang. Semasa masjid ini dibina ahli jemaahnya adalah seramai 1000 orang dan kini ahli jemaahnya telah bertambah menjadi 2000 orang.

25

3.3.2 Senibina Masjid Jamek Bandar Seremban Masjid jamek Bandar Seremban masih mengekalkan cirri-ciri asalnya walaupun telah mengalami perubahan. Kubah masjid ini dikekalkan mengikut cirri-ciri yang asal iaitu berbentuk piramid. Dewan sembahyang di dalam masjid ini telah telah diubahsuai dengan menambahkan cirri-ciri moden bagi memberikan keselesaan kepada ahli jemaahnya. Menara yang terdapat di luar masjid masih dikekalkan tanpa diubah. Di sini di paparkan beberapa gambar Masjid Jamek Bandar Seremban pada masa sekarang: 3.3.3 Fungsi Masjid Jamek Bandar Seremban Pada Masa Kini Menurut Imam Masjid Jamek Bandar Seremban ini iaitu Imam Ahmad Hilal, masjid ini sering mengadakan ceramah dan forum-forum agama isu semasa. Kuliah agama selepas setiap solat maghrib memang telah ada setiap masa. Ini bagi menyampai ilmu kepada ahli jemaah dan memenuhi waktu di antara maghrib dan isyak. Masjid Jamek Bandar Seremban juga menjadi pengurus kepada lapan buah surau yang berdekatannya. Oleh kerana masjid ini berada di tengah-tengah Bandar, maka ia sentiasa dikunjungi oleh muslimin dan muslimat yang berada di sini atau yang berurusan di bandar ini. 3.4 Kesimpulan Kesimpulan yang dapat saya buat hasil dari kajian terhadap masjid-masjid yang dibina sebelum tahun 1900M di Negeri Sembilan ini ialah masjid-masjid ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Walaupun masjid- masjid ini telah mengalami banyak perubahan, ciri-ciri asalnya masih dikekalkan. Masjid-masjid ini masih mendapat tempat di hati umat Islam yang mana mereka masih mengunjungi masjid ini untuk menunaikan ibadah yang diperintahkan oleh Allah Taala. MASJID-MASJID TERTUA DI NEGERI SEMBILAN SELEPAS TAHUN 1900M 4.0 Pendahuluan

Bahagian kedua kajian bagi projek ilmiah saya adalah masjid-masjid tertua di Negeri Sembilan selepas tahun 1900M. Masjid yang menjadi pilihan saya bagi tajuk ini ialah Masjid Kariah Kuala Talang, Masjid Kariah Pantai dan Masjid Kariah Kampung Mendom. 4.1 Masjid Kariah Kuala Talang (Masjid Tuan Tulis)

26

Masjid Kariah Kuala Talang adalah sebuah lagi masjid tertua di Negeri Sembilan. Masjid ini dikenali juga sebagai Masjid Tuan Tulis. Ia mempunyai sejarahnya yang tersediri yang menjadi tarikan masyarakat dan pengkaji sejarah untuk bertandang ke sini.

4.1.1 Sejarah Masjid Kariah Kuala Talang Masjid Kariah Kuala Talang pada asalnya dikenali sebagai Masjid Tuan Tulis. Masjid ini dinamakan sebagai Masjid Tuan Tulis kerana beliau telah mewakafkan tapak masjid dan dibina sendiri olehnya. Dikatakan bahawa ia telah dibina pada tahun 1907M oleh Tuan Tulis sendiri bersama penduduk kampung. Tuan Tulis terkenal kerana mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Menurut sejarah, Tuan Tulis ini merupakan seorang guru agama yang terkenal di Negeri Sembilan. Lebih-lebih lagi di daerah Kuala Pilah. Beliau merupakan seorang tokoh agama, guru agama dan pendakwah juga terkenal pada sudut pengamal perubatan Islam. Sesetengah pendapat mengatakan beliau adalah wali Allah kerana pernah dikurniakan karamah yang disaksikan oleh masyarakat setempat. Diceritakan pada kala Tuan Tulis sedang menelusuri zaman pembelajaran, beliau adalah seorang anak yang miskin. Jadi beliau tidak mampu membeli buku pembelajaran beliau. Tetapi dikurniakan Allah kecerdikan dan kerajinan yang membolehkan beliau menyalin setiap kitab pada malam hari untuk pembelajaran yang akan dipelajarinya pada esok hari. Jadi kerana kerajinan beliau menyalin atau menulis kitab itulah beliau digelar "Tuan Tulis". Malahan beliau pernah menulis dan menyalin semula Al-Quran. Tuan Tulis mempunyai karamahnya tersendiri. Antaranya ialah beliau sempat ke Mekah membantu memadamkan kebakaran besar pada awal tahun 1900 ketika tukang cukurnya masuk ke rumah untuk mengasah pisau cukurnya. Kerbau-kerbau milik beliau juga akur dengan perintahnya tidak memakan padi orang di sawah tetapi makan rumput sahaja. Keanehan lain pula ialah beliau pergi mengubat Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhamad di London dengan air jampi sedangkan beliau telah meninggal dunia tiga tahun sebelum itu. Tuan Tulis meninggal dunia dalam tahun 1923 selepas subuh hari ke sepuluh bulan Ramadhan ketika berusia 83 tahun. Beliau dikebumikan di Kawasan Masjid Kuala Talang, Tanjung Ipoh. Tuanku Muhamad Yang Dipertuan Besar telah perkenan membina makamnya di sana sejurus bila baginda balik dari England selepas diubati

27

oleh Tuan Tulis. Mengikut kepercayaan masyarakat tempatan, jenazahnya dikatakan ghaib secara tiba-tiba semasa dituruni ke liang lahad. Masjid ini telah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1985M atas perbelanjaan kerajaan. Pada tahun 1995M ia diubahsuai sekali lagi dengan perbelanjaan seorang dermawan bernama Allahyarham Tuan hj. Abdul Aziz bin Rentah. Pada awal pembinaan masjid ini, ahli jemaahnya hanya seramai 120 orang dan kini ahli jemaahnya telah mencapai bilangan 400 orang. 4.1.2 Senibina Masjid Kariah Kuala Talang Senibina Masjid Kariah Kuala Talang seperti juga masjid-masjid lain di Negeri Sembilan, binaannya hampir sama. Bumbungnya berbentuk piramid bertingkat tiga lapis. Kubah kecil diletakkan di atas kubah ini. Sebuah menara dibina di hadapan masjid. 4.1.3 Fungsi Masjid Kariah Kuala Talang Pada Masa Kini Masjid Kariah Kuala Talang antara masjid yang cukup terkenal di negeri ini kerana sejarah pengasasnya. Masjid ini pernah beberapa kali menjadi johan dan mendapat anugerah iaitu Anugerah Masjid Contoh Peringkat Daerah. Ini kerana masjid ini bukan terkenal hanya kerana sejarahnya sahaja, tetapi aktiviti dan pengimarahan masjid sentiasa diutamakan oleh AJKnya. Masjid ini berfungsi menguruskan dua buah tanah perkuburan Islam yang berdekatan dan juga mengawal selia lima buah surau di sini. Selain itu masjid ini menjadi salah satu ejen penyampai maklumat dari pihak jabatan agama dan juga kerajaan kepada umat Islam di sini. 4.2 Masjid Kariah Pantai

Masjid Kariah Pantai adalah salah sebuah masjid yang tertua di Negeri Sembilan ini. Masjid ini terletak di Batu 8, Seremban, jalan menuju ke daerah Jelebu. Masjid ini mudah untuk ditemui kerana terletak di tepi jalan utama Jelebu-Seremban. Ia mempunyai tarikannya yang tersendiri bagi masyarakat Islam setempat dan juga orang luar. Menurut imam yang bertugas iaitu Imam Salleh, masjid ini sentiasa dikunjungi oleh umat Islam dari serata tempat dari negeri ini. 4.2.1 Sejarah Masjid Kariah Pantai Masjid ini telah dibina pada tahun 1924M. Pengasas masjid ini ialah YTM Dato Kelana Putra Maamor Bin Kassim, Undang Luak Sungai Ujong. Menurut imam masjid ini, tapak masjid telah diwakafkan oleh penduduk setempat. Di atas cadangan YTM Dato Kelana Putra Maamor Bin Kassim, Undang Luak Sungai Ujong pada masa itu, maka masjid ini telah dibina. Ia mendapat sumbangan dari orang ramai dan juga bantuan YTM Dato Kelana Putra Maamor Bin Kassim sendiri serta pihak-pihak tertentu bagi menyiapkannya.

28

Masjid ini telah beberapa kali dibaiki dan dinaik taraf bagi menampung ahli jemaahnya yang semakin ramai iaitu pada tahun 1986M dan tahun 1994M. Semasa masjid ini mula-mula dibina, ahli jemaahnya hanya seramai 200 orang sahaja. Tetapi kini ahli jemaahnya telah bertambah seramai hampir 1000 orang. 4.2.2 Senibina Masjid Kariah Pantai Seperti juga masjid-masjid lama yang lain di Negeri Sembilan ini, Masjid Kariah Pantai tidak jauh beza senibinanya. Menurut imam Salleh, pada asalnya masjid ini dibina dengan kayu. Setelah masa berlalu, ia telah ditukar dengan binaan yang lebih kukuh iaitu menggunakan bata dan simen. Kubah utama masjid ini sama seperti kubah masjid-masjid lain di negeri ini iaitu dibina berbentuk piramid. Semasa binaan baru ini, banyak ukiran berbentuk bunga dan ditambah ayatayat al-Quran pada dinding-dindingnya. Terdapat sebuah kubah kecil berbentuk bulat telah dibuat dan diletakkan di hadapan masjid. 4.2.3 Fungsi Masjid Kariah Pantai Pada Masa Kini Oleh kerana Masjid Kariah Pantai adalah satu-satunya masjid di kawasan ini, maka ia menjadi tumpuan semua umat Islam di sini. Masjid ini ditugas menguruskan dan mengawal selia sebelas buah kawasan tanah perkuburan Islam yang ada berdekatan masjid ini. Masjid ini juga berfungsi mengawal selia dua buah masjid yang berdekatan bagi memastikan ahli jemaahnya menunaikan solat Jumaat di masjid ini. 4.3 Masjid Kariah Kampung Mendom

Masjid Kariah Kampung Mendom terletak di dalam kawasan Lenggeng. Imam yang bertugas di masjid ini pada masa ini ialah Imam Kassim dan bilalnya ialah En. Nazir Rosli. Masjid ini juga mempunyai tarikannya yang tersendiri. 4.3.1 Sejarah Masjid Kariah Kampung Mendom Menurut imam dan AJK masjid ini, Masjid Kariah Kampung Mendom telah dibina pada tahun 1928M. Pengasasnya ialah Tuan Hj. Mohd. Said. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh YTM Undang Luak Sungai Ujong pada masa itu dan juga penduduk tempatan di kampung ini. Pada masa masjid ini mulamula dibina, ia menggunakan kayu yang diperolehi di kampung ini yang banyak terdapat di sini. Ia telah didirikan secara bergotong-royong yang telah diketuai sendiri oleh YTM Undang Luak Sungai Ujong serta bantuan penduduk-penduduk setempat. Pada permulaan masjid ini dibina ia hanya dapat memuatkan seramai 100 orang ahli jemaah.

29

Oleh kerana ahli jemaahnya telah bertambah, maka masjid ini telah diperbesarkan pada tahun 1995M dan sekali lagi tahun 2009M. Masjid ini pada hari ini dapat memuatkan 300 orang ahli jemaah. 4.3.2 Senibina Masjid Kariah Kampung Mendom Masjid Kariah Kampung Mendom mempunyai keunikannya yang tersendiri berbanding masjid-masjid lain. Ini kerana di dalam masjid ini, sebatang tiang seri yang diambil daripada sepohon kayu cengal yang besar masih dikekalkan walaupun masjid ini telah beberapa kali dibaiki dan diperbesarkan. Senibinanya terdapat sedikit kelainan. Yang mana kubahnya dibina bertingkat iaitu berbentuk piramid dan berbentuk bulat ditengahnya.Terdapat tangga yang dibina untuk naik ke atas kubah bagi melaungkan azan pada masa masjid ini mula-mula dibina. Ia masih dikekalkan sehingga ke hari ini walaupun masjid ini telah beberapa kali dibaiki. Beduk yang dipukul untuk menandakan masuk waktu sembahyang juga masih tersimpan di masjid ini. 4.3.3 Fungsi Masjid Kariah Kampung Mendom Pada Masa Kini Seperti masjid-masjid lain di negeri ini, masjid ini tidak sunyi dengan mengadakan kuliah-kuliah agama pada waktu malam dan juga ceramah-ceramah sempena hari kebesaran Islam. Selain itu majlis-majlis tahlil dan kelas-kelas fardu ain turut diadakan. Oleh kerana masjid ini berada jauh sedikit dari bandar, ia hanya dikunjungi oleh penduduk setempat. Masjid ini mengurus dua buah kawasan perkuburan yang berada di kampung ini dan mengawal selia sebuah surau yang berdekatannya. 4.4 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, masjid-masjid yang dibina selepas tahun 1900M di Negeri Sembilan seperti dalam kajian di atas, mempunyai reka bentuk atau seni bina yang hampir sama. Setiap masjid juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang dapat menarik para pengkaji dan juga umat Islam untuk datang ke sini.

Anda mungkin juga menyukai