Anda di halaman 1dari 17

LAPORAN BAHAN BANTU MENGAJAR UNTUK MINGGU KE EMPAT Topik : Bengkel asas membaca; Kaedah pandang dan sebut

Tajuk : Latihan menyebut perkataan Nama bahan bantu mengajar : lihat dan sebut Objektif : Untuk melatih murid-murid untuk menyebut perkataan yang diberikan.

Bahan-bahan: Kertas Manila kad Polystyrene Board Pisau dan Gunting Kertas Warna Pelekat tanah liat Gambar jam, almari dan bola

Cara pembuatan : 1. Memotong polystyrene board berbentuk segiempat sama dan dilekatkan huruf abjab diatas potongan itu tadi.

2. Memotong polystyrene board dengan mengikut bentuk ukuran gambar yang dihasilkan.

3. Melekatkan juga kertas yang berbentuk empat segi itu diatas kad manila kad

Manual penggunaan: 1. 2. Guru memperkenalkan bahan bantu mengajar kepada murid Guru menjelaskan mengenai syarat permainan serta penggunaan bahan bantu mengajar ini. dimana, bahan ini hanya akan digunakan dalam proses pembelajaran secara berkumpulan. Lagi kecil bilangan ahli dalam kumpulan lagi baik. Hal ini kerana bahan bantu mengajar ini mempunyai saiz yang agak kecil sedikit. Oleh itu, tidak digalakkan penggunaanya secara kelas atau secara kumpulan yang besar. 3. Guru membahagikan muridnya kepada beberapa kumpulan. (sebolehnya 5 orang dalam satu kumpulan) 4. Guru memulakan aktiviti dengan menunjukkan gambar yang telah dipotong bersama polystyrene board diatas papan putih. 5. Guru akan menanyakan kepada murid-murid tentang, apa yang dilihatnya.

6.

Guru akan melekatkan bentuk huruf abjab di bawah gambar, kemudian menyuruh murid-murid untuk menyebutnya kembali.

7.

Aktiviti ini boleh diulang beberapa kali dan boleh menunjukkan gambar yang berlainan sesuai dengan pemahaman murid.

8.

Untuk latihan pengukuhan, guru akan menyuruh wakil kumpulan yang dipilih untuk bermain permainan silang kata.

Kelebihan Bahan Bantu Mengajar Lihat dan Sebut : 1. Memudahkan murid untuk lebih pandai dalam kemahiran membaca. 2. Menunjukkan bahawa membaca adalah merupakan satu perkara yang seronok dan menarik. 3. Menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan seronok. 4. Bahan bantu mengajar lihat dan sebut ini dapat dilihat dengan jelas dan terang kerana untuk membuatnya kami telah menggunakan warna yang terang dan potongan saiz yang sesuai untuk ditunjukkan dihadapan kelas. 5. Penggunaannya juga amat mudah dan tidak merumitkan murid-murid untuk memahaminya.

Tajuk : Latihan mencerakinkan perkataan menjadi suku kata Nama bahan bantu mengajar : Cerakinkan saya Objektif : Untuk membolehkan murid mencerakinkan perkataan untuk menjadi suku kata Untuk memudahkan murid supaya untuk membina dan membaca ayat

Bahan-bahan : Kertas Manila kad Polystyrene Board Pisau dan Gunting Kertas Warna Pelekat tanah liat

Cara pembuatan : 1. Memotong polystyrene board berbentuk segiempat sama dan melekatkan suku kata perkataan diatas polystyrene tersebut.

2. Membentuk dengan menggunakan polystyrene board dengan bentuk tambah dan bentuk sama dengan.

Manual penggunaan: 1. Guru memperkenalkan bahan bantu mengajar kepada murid 2. Guru menjelaskan mengenai syarat permainan serta penggunaan bahan bantu mengajar ini. dimana, bahan ini hanya akan digunakan dalam proses pembelajaran secara berkumpulan. Lagi kecil bilangan ahli dalam kumpulan lagi baik. Hal ini kerana bahan bantu mengajar ini mempunyai saiz yang agak kecil sedikit. Oleh itu, tidak digalakkan penggunaanya secara kelas atau secara kumpulan yang besar. 3. Guru membahagikan muridnya kepada beberapa kumpulan. 4. Guru memulakan dengan meletakkan suku kata perkataan dibawah gambar dengan mencerakinkan perkataan.

5. Guru akan menyebut dan menyuruh murid-murid untuk mengulanginya.

6. Kemudian suku kata perkataan itu diteraburkan dan menyuruh murid untuk menyusun semula suku kata perkataan dengan menyebutnya kembali. Kelebihan Bahan Bantu Mengajar Cerakinkan saya : 1. Memudahkan murid untuk lebih pandai dalam kemahiran membaca. 2. Menunjukkan bahawa membaca adalah merupakan satu perkara yang seronok dan menarik. 3. Menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan seronok. 4. Murid dapat memahami suku kata terbuka dan tertutup dan seterusnya membentuk frasa ayat. 5. Bahan bantu mengajar cerakinkan saya ini dapat dilihat dengan jelas dan terang kerana untuk membuatnya, kami telah menggunakan warna yang terang dan potongan saiz yang sesuai untuk ditunjukkan dihadapan kelas. 6. Penggunaannya juga amat mudah dan tidak merumitkan murid-murid untuk memahaminya.

Tajuk : Latihan Membina dan Membaca Ayat Nama bahan bantu mengajar : Binakan Saya Objektif : Melatih murid untuk membina dan membaca ayat dengan betul

Bahan-bahan : Kertas Manila kad Polystyrene Board Pisau dan Gunting Kertas Warna Pelekat tanah liat Gambar jam, almari dan bola Papan putih Marker pen

Cara pembuatan : 1. Memotong polystyrene board berbentuk segiempat sama dan dilekatkan huruf abjab diatas potongan itu tadi. 2. Memotong polystyrene board dengan bentuk ukuran gambar yang dihasilkan. 3. Melekatkan juga kertas yang berbentuk empat segi itu diatas kad manila kad dengan menggunakan pelekat tanah liat.

Manual penggunaan: 1. Guru memperkenalkan bahan bantu mengajar kepada murid 2. Guru menjelaskan mengenai syarat permainan serta penggunaan bahan bantu mengajar ini. dimana, bahan ini hanya akan digunakan dalam proses pembelajaran secara berkumpulan. Lagi kecil bilangan ahli dalam kumpulan lagi baik. penggunaanya secara kelas atau secara kumpulan yang besar.

3. Guru membahagikan muridnya kepada beberapa kumpulan. (sebolehnya 5 orang dalam satu kumpulan) 4. Guru memulakan aktiviti dengan menunjukkan gambar yang telah dipotong bersama polystyrene board diatas papan putih. Begitu juga dengan perkataan. 5. Guru akan menyuruh wakil kumpulan untuk tampil kehadapan dan cuba untuk membina ayat berdasarkan gambar dan perkataan yang dilekatkan di papan putih.

6. Guru akan menyuruh wakil kumpulan yang lain supaya membaca ayat yang dibina oleh ahli kumpulan yang lain. 7. Kemudian guru akan menyuruh semua murid untuk membaca ayat yang dibina itu tadi selepas membetulkan ayat tersebut.

Kelebihan Bahan Bantu Mengajar Binakan saya : 6. Memudahkan murid untuk lebih pandai dalam kemahiran membaca dengan lancar. 7. Menunjukkan bahawa membaca adalah merupakan satu perkara yang seronok dan menarik. 8. Menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan seronok. 9. Bahan bantu mengajar Binakan saya ini dapat dilihat dengan jelas dan terang kerana untuk membuatnya kami telah menggunakan warna yang terang dan potongan saiz yang sesuai untuk ditunjukkan dihadapan kelas. 10. Penglibatan murid secara menyeluruh. 11. Penggunaannya juga amat mudah dan tidak merumitkan murid-murid untuk memahaminya.

Rancangan pengajaran harian untuk topik Bengkel asas membaca; kaedah pandang dan sebut MATA PELAJARAN KELAS BILANGAN MURID MASA BIDANG TAJUK OBJEKTIF Untuk melatih murid-murid untuk menyebut perkataan yang diberikan. Untuk membolehkan murid mencerakinkan perkataan untuk menjadi suku kata Untuk memudahkan murid supaya untuk membina dan membaca ayat Untuk melatih murid-murid untuk menyebut perkataan yang diberikan. : Bahasa Melayu : Tahun 1 Cekal : 40 Murid : 1 Jam : Sains kemanusiaan : Mengenali benda disekeliling

NILAI MURNI Bekerjasama, berkeyakinan, tolong menolong, berdisiplin dan berkomunikasi dengan baik

PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid dapat mengenali benda yang berada disekeliling

BAHAN BANTU MENGAJAR Komputer riba Alat bantu mengajar : Lihat dan sebut Cerakinkan saya Binakan saya

Speaker Lembaran kerja Lcd

Langkah

Kandungan

Cara perlaksanaan

Kemahiran Catatan/Impak Proses Sains/Kemahiran manipulatif Sains/Nilai

Mencung kil idea ( 10 MINIT)

Menarik minat murid (Membawa gambargambar benda yang berada disekeliling) Latihan dalam menyebut perkataan

1. Guru Nilai: membawa gambar 1. Bekerjasama bola, jam dan almari 2. ingin tahu 2. Guru bersoal KPS: menyebut jawab dengan dengan betul murid: a) Apakah yang cikgu bawa ini? b) Apakah yang kita gunakan untuk nya c) Cuba kamu ikut cikgu baca perkataan ini. d) Selain daripada benda apa lagi yang berada disekeliling kamu 3. guru akan memberikan latihan pengukuhan dengan menunjukkan aktiviti silang kata 4.Sekiranya kamu dapat menjawab

BBM: 1. Lihat dan sebut 2.Gula-gula 3. Silang kata

dengan betul cikgu akan memberi gula-gula sebagai ganjaran.

Nilai: LANGKA H1 (20 Minit) Penerangan dan berbincanga n: 1. Guru 1.Bekerjasama menunjukkan gam bar Jam, Bola dan 2.Berminat Almari beserta 3.Berdisiplin dengan perkataan.

BBM: 1. Cerakink an saya

Latihan mencerakink KPS: an perkataan 2. guru akan menjadi suku 1.Memerhati mencerakinkan kata perkataan itu 2.menyebut menjadi suku kata.

3.mencerakinan 3. kemudian guru akan mengucar kacirkan perkataan itu dan menyuruh murid menyusun suku kata itu dengan menyebutnya.

KBKK: 1.Menganalisis

4. Guru kemudian membimbin g murid untuk membuat suku kata itu.

Nilai: LANGKA H2 (20 Minit) Latihan membina dan membaca ayat 1. Guru menyuruh wakil kumpulan untuk cuba membina ayat berdasarkan perkataan yang diberikan contoh : bola, jam dan almari. 2. Guru membimbing murid untuk membina ayat 3. Setelah itu guru menyuruh wakil kumpulan yang lain untuk membaca ayat yang dibina daripada kumpulan yang lain. 4. guru akan menyuruh semu amurid untuk menyebut dan membaca ayat yang dibinakan tadi. 1.Bekerjasama 2.tolong menolong 3.Berkeyakinan

BBM: 1. Binakan saya

KPS: 1.Membina dan membaca ayat

Nilai: LANGKA H3 (10 Minit) Penutup 1. Latihan pengukuhan kepada semua tajuk dengan memberi lembaran kerja 2. Guru menyemai semangat nilai-nilai murni. 1. Guru bersoal 1.Bekerjasama jawab bersama 2.Berkomunikasi murid: dengan baik a) Apakah 3.Berdisiplin kamu seronok belajar hari ini? 4. Berkeyakinan b) Tunjukkan hasil kerja kamu hari ini?

REFLEKSI: 1. Memudahkan murid untuk lebih pandai dalam kemahiran membaca dengan lancar. 2. Menunjukkan bahawa membaca adalah merupakan satu perkara yang seronok dan menarik. 3. Menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan seronok. 4. Bahan bantu mengajar Binakan saya ini dapat dilihat dengan jelas dan terang kerana untuk membuatnya kami telah menggunakan warna yang terang dan potongan saiz yang sesuai untuk ditunjukkan dihadapan kelas. 5. Penglibatan murid secara menyeluruh. 6. Penggunaannya juga amat mudah dan tidak merumitkan murid-murid untuk memahaminya.

REFLEKSI WAN MOHAMAD AIMAN AZRI BIN WAN YUSOFF 2 PISMP PSV 1

Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek Literasi Bahasa WAJ3104, kami agak keliru tentang kehendak soalan. Kami berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada kami tentang Bahasa Melayu amatlah sedikit, nampak mudah kerana ia bahasa seharian kita namun, ilmu tentang bahan bantu mengajarnya kurang diketahui.

Semasa menyiapkan kerja kursus, saya telah mengalami beberapa masalah dan masalah ini juga dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Pertama, apabila saya mendapat tugasan ini, saya berasa amat sukar untuk kami melakukanya kerana saya tidak faham dan juga saya tidak pernah mengendalikan bahan bantu mengajar kepada murid-murid. Perkara ini telah diselesaikan dengan menanyakan kepada pensyarah saya iaitu En Anuar bin Aris Beliau banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya dan sempurna. Kedua, saya sukar mendapatkan bahan tentang tugasan ini. Saya berusaha mencari beberapa bahan untuk tugasan ini di perpustakaan dan akhirnya saya dapat mencarinya dan bahan itu menjadi rujukan untuk saya mengetahui memanipulasikan bahan bantu mengajar dihadapan murid kelak. Akhirnya, rakan-rakan sekelas saya amat membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka sering berkongsi pendapat dan idea dalam menyiapkan tugasan ini.

Saya berasa amat berbangga kerana mereka semua tidak lokek untuk berkongsi ilmu kepada saya. Saya berharap agar segala usaha saya ini dapat diterima oleh pensyarah kami dan juga memberi inspirasi kepada saya untuk terus berjuang dalam bidang pendidikan. Saya mulakan dengan membina bahan untuk tajuk

Bengkel asas membaca iaitu kaedah pandang dan sebut tulisan, bahan-bahan yang digunakan ini hendaklah menepati standard pengajaran iaitu dari segi warna dan

saiz yang boleh dilihat dengan jelas dan menarik oleh murid-murid. Saya juga mengetahui bagaimana untuk mengaplikasikan bahan bantu itu kepada murid-murid nanti dan ilmu itu telah saya pelajari selepas membuat pembentangan mengenai tajuk ini dihadapan En Anuar bin Aris, katanya kita perlu menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu satu perkara yang tidak membosankan kepada murid-murid barulah ilmu itu mudah diterima oleh murid-murid. Selain itu, beliau juga menekankan aspek penggunaan teknik penyoalan kepada murid-murid supaya adanya respon yang diberikan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan supaya cikgu itu tidak syok sendiri ketika mengajar.

Tugasan saya yang seterusnya ialah menyediakan satu Rancangan Mengajar Harian Bahasa Melayu untuk kemahiran asas membaca yang meliputi latihan menyebut perkataan, latihan mencerakinkan perkataan menjadi suku kata dan latihan membina dan membaca ayat. Rancangan mengajar harian ini juga, melatih saya untuk merancang pengajaran yang akan kita lakukan ketika saya mengajar kelak.

Tugasan ini juga mendidik saya untuk lebih rajin kerana melalui pencarian buku-buku yang berkaitan dengan tajuk ini dan menerapkan budaya membaca dalam diri saya sendiri. Oleh yang demikian, diharapkan tugasan ini dapat memberi input yang berguna pada semua, InsyaAllah.

Anda mungkin juga menyukai