Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

1.0

NAMA PELAJAR:

2.0

NAMA SEKOLAH :

3.0

NAMA PROJEK :

4.0

TEMPOH PELAKSANAAN :
2 Minggu

5.0

OBJEKTIF
Di akhir program ini diharapkan dapat:

1. Memberi peluang kepada pelajar berseronok serta dapat mengurangkan


tekanan untuk menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
dengan aktiviti yang disediakan.
2. Merangsangkan naluri ingin tahu, menggerakkan minda dan meningkatkan
lagi kreativiti murid-murid dalam menghasilkan maklumat-maklumat yang
diperlukan dalam proses pembelajaran mereka.
3. Memberi pendedahan kepada pengetahuan kemahuran dan nilai murni
secara praktikal dan formal dalam situasi yang riang, selamat dan
menyeronokkan.
4. Mengurangkan kebergantungan murid-murid kepada gurunya untuk
mengetahui sesuatu isu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

6.0

STRATEGI PELAKSANAAN

Minggu Pertama

Perbincangan program bersama guru pembimbing


Perbincangan program bersama pihak pentadbir sekolah
Merangka draft program (Draft 1)
Perbincangan mengenai anggaran perbelanjaan,
tentatif program, senarai pembahagian tugas
Menambahbaikkan draft (Draft 2)
Penghasilan kertas kerja

Minggu Kedua

7.0

Menghantar kertas kerja


Penambahbaikan kertas kerja
Menambah maklumat dan info
Kelulusan kertas kerja
Melawat tempat program
Persiapan peralatan dan tempat
Pelaksanaan program
Post mortem

REFLEKSI

Kekuatan projek/aktiviti
Terdapat beberapa kekuatan yang dapat diambil daripada program Kembara
Minda ini antaranya dapat memberi pengalaman kepada pelajar untuk bermain secara
berfikir. Hal ini kerana setiap misi yang dijalankan akan menggerakkan kepada para
pelajar untuk memikirkan strategi, semangat kerjasama kumpulan dan kebolehan
memimpin selain dapat meredakan tekanan untuk menghadapi peperiksaan. Pelajar
juga dapat merasakan sedikit suasana gembira dan tidak formal dengan bersifat
kekeluargaan apabila terdapat BBQ dan jamuan yang disediakan oleh para guru. Selain
pelajar, pihak kami juga khususnya kepada guru pelatih yang bakal menjadi guru nanti
mendapat ilmu yang berguna dari segi cara mengadakan program, mengawal pelajar,
membuat kertas kerja, perancangan sebelum, semasa dan selepas program serta
dapat lagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami, guru pelatih dengan guru-

guru serta pelajar Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2. Daripada program ini juga,
kerjasama antara kami dengan pihak sekolah dapat dijalinkan dengan lebih erat
sebagai satu komuniti dalam pendidikan yang sudah tentunya akan kami gunakan
untuk menghadapi situasi yang sebenar nanti sekiranya menjadi guru yang sebenarnya
kelak.

Kelemahan projek/aktiviti
Sudah lumrah kehidupan suatu kebaikan pasti ada kelemahan. Kelemahan yang
dikenalpasti semasa program ini berlangsung ialah dari segi perancangan masa kami
yang boleh dikatakan hampir tidak bersedia. Hal ini kerana, perancangan yang kami
lakukan secara agak lewat menyebabkan perlaksanaan program agak kelam kabut
sedikit. Begitu juga dari segi bajet belanjawan untuk program ini yang berjumlah
sebanyak RM 50.00, menyebabkan kami terpaksa membuat penjimatan dari segi
pembeliaan alatan untuk melaksanakan program Kembara Mindaini . Kawalan pelajar
juga agak kurang memuaskan kerana ada segelintir pelajar yang tidak mengambil serta
dalam membuat misi dan tidak menunjukkan semangat kerjasama dalam kumpulan.
Kekurangan tenaga untuk mengawal pelajar yang begitu ramai juga merupakan salah
satu kelemahan yang dikenalpasti untuk program ini.

Cadangan penambaikkan
Penambahbaikkan dari segi penyediaan alatan yang lebih banyak. Selain itu,
dari segi penyediaan minuman kepada pelajar semasa aktiviti dijalankan dan
penambahan bajet program perlu dipertingkatkan. Semoga program sebegini akan
diteruskan pada masa akan datang dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

Kesimpulan

Pelaksanaan program Kembara Minda ini diharapkan dapat mencapai objektif


yang utama iaitu memberi keseronokkan kepada pelajar tahun 6 daripada tekanan
untuk menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal
tiba tidak lama lagi. Program ini juga secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah, selain memberi
pengalaman kepada guru pelatih dalam mengendalikan program seumpama ini
sekiranya diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program sebegini untuk pada
masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai