Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI OLEH : WAN MOHAMAD AIMAN AZRI BIN WAN YUSOFF

2 PISMP PSV 1 AMBILAN JANUARI 2013

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinan Nya dapat saya menyelesaikan


tugasan kerja kursus gerko iaitu permainan badminton secara berkumpulan. Sepanjang
menyelesaikan tugasan ini, pelbagai perkara yang dapat saya

pelajari. Banyak

pengalaman yang saya perolehi.


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung budi buat pensyarah
gerko yang tak pernah jemu mendengar idea-idea kami, semasa kerja kursus ini
dijalankan, sekalung penghargaan juga diucapkan kepada En Azizo bin Awang kerana
telah menunjukkan kepada kami cara mengajar dan bermain badminton yang sebenar.
Terima kasih juga kepada rakan sekumpulan yang sama-sama menyiapkan
tugasan ini, begitu juga kepada rakan-rakan yang lain.Tanpa kalian nescaya tugasan
saya ini tidak akan selesai. Banyak faedah yang saya peroleh sepanjang proses
menyempurnakan tugasan ini. Saya banyak belajar khususnya dalam memahami caracara ingin mengendalikan sebuah pertandingan, sistem kiraan mata dan kepegawaian
dalam permainan badminton ini. Tidak dinafikan memang kebanyakkan daripada kami
yang sudah mengetahui cara untuk bermain permainan ini begitu juga dengan saya,
tetapi kebanyakkan daripada kami masih lagi tidak mengetahui undang-undang dan
dari segi kepegawaian untuk mengendalikan permainan ini sekiranya saya dilantik
menjadi seorang guru kelak.
Saya masih ingat lagi kata En Azizo kita, kalau nak bermain memang semua orang
boleh buat...tapi kalau nak mengajar belum tentu kita mahir... kata-kata itu memang
kena benar dengan saya, kerana pertama sekali saya mengetahui yang semester ini
subjek gerko untuk unit PSV 1 permainan badminton, hati saya mengatakan subjek ini
mudah namun setelah pertengahan kami belajar permainan ini, nampak bahawa
banyak lagi yang masih kami khususnya saya belum mengetahui terutama sekali dari
segi kepegawaian dan undang-undang permainan ini.

Alhamdulillah dengan adanya kerja kursus yang menuntut saya sekumpulan untuk
membuat kertas kerja permainan ini, dapatlah kiranya saya dan rakan ahli kumpulan
mengetahui serba sedikit cara pelaksanaan permainan ini. Manalah tahu sekiranya
kami menjadi seorang guru yang sebenar kelak terpaksa mengendalikan pertandingan
permainan ini dan pada hari itu kami tidak lagi risau kerana ilmu yang dicurahkan di
IPGKSM ini khususnya dalam mata pelajaran gerko akan kami gunakan nanti.
insyaAllah.
Tugasan ini juga mendidik saya untuk lebih rajin kerana melalui pencarian bukubuku yang berkaitan dengan tajuk ini dan menerapkan budaya membaca dalam diri
saya sendiri. Oleh yang demikian, diiharapkan tugasan ini dapat memberi input yang
berguna pada semua, InsyaAllah.

Anda mungkin juga menyukai