Anda di halaman 1dari 3

TATACARA PEMAKAIAN DI KEM MOTIVASI SIC

OBJEKTIF :
1. Pelajar dapat mendisiplinkan diri dengan mengikuti tatacara pemakaian yang
2.
3.
4.
5.

dibenarkan ketika menjalani program.


Pelajar dapat mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan.
Pelajar dapat menunjukkan perwatakan sebagai seorang pemimpin.
Pelajar dapat berpakaian dengan kemas semasa program dijalankan.
Pelajar dapat menjana kecemerlangan diri.

PERATURAN DAN TATACARA PEMAKAIAN :


1. Pelajar hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan yang telah ditetapkan oleh
pengarah/ketua kem komander dan pihak pengurusan disiplin kem.
2. Sebarang pemakaian yang menjolok mata dan tidak sopan adalah dilarang sama
sekali.
3. Pemakaian baju sukan yang berkolar dan berseluar sukan hendaklah dipakai
ketika menjalani aktiviti yang melibatkan outdoor atau sebarang aktiviti sukan.
4. Pemakaian eksesori atau alat yang membahayakan dilarang sama sekali dipakai
atau dibawa semasa mengikuti program dan aktiviti yang dijalankan.
5. Pemakaian tag nama dan fail hendaklah dipakai dan dibawa semasa menjalani
aktiviti yang telah ditetapkan.
6. Kasut bertutup atau kasut sukan hendaklah dipakai semasa sepanjang aktiviti
yang dijalankan.
7. Pelajar hendaklah mematuhi waktu yang telah ditetapkan.
8. Pelajar hendaklah mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Institut
Perguruan Sultan Mizan.
9. Setiap peraturan boleh diubah tertakluk kepada persetujuan pengarah/ketua kem
komander dan pihak pengurusan disiplin kem mengikut kesesuaian program.

PANDUAN DAN TATACARA UNTUK FASILITATOR


1. Setiap fasilitator hendaklah melaksanakan arahan dan peraturan yang telah
ditetapkan oleh Pengarah/ketua kem komander dan pengurusan disiplin kem.

2. Sebarang perubahan atau percanggahan peraturan hendaklah dimaklumkan


terlebih dahulu kepada pengarah/ketua kem komander dan pengurusan disiplin
kem sebelum dilaksanakan.
3. Fasilitator bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan peraturan dan tatacara
pemakaian yang telah ditetapkan oleh pengarah/ketua kem komander dan
pengurusan disiplin kem.
4. Sebarang pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan hendaklah dimaklumkan
oleh pengarah/ketua kem komander dan pengurusan disiplin kem.
PANDUAN YANG PERLU DILAKSANAKAN
1. Fasilitator hendaklah memberi taklimat berkenaan panduan

tatacara

pemakaian dan peraturan kepada para pelajar.


2. Fasilitator hendaklah melantik satu penghulu dan penghuluwati, melantik
pengacara majlis, pembaca doa, pembaca ikrar dan sekiranya perlu melantik
ketua kepada setiap kumpulan yang dibentuk.(tertakluk kepada perubahan
dan keperluan semasa)
3. Fasilitator
juga
hendaklah

memantau

perlantikan

ketua

surau

(bertanggungjawab kepada perlantikan imam dan muazin setiap waktu solatdipantau oleh AJK Kerohanian)
4. Fasilitator hendaklah memantau setiap pemakaian yang dipakai oleh pelajar
dan mengambil tindakan, sekiranya perlu kepada perlanggaran etika
pemakaian.

PANDUAN PEMAKAIAN
HARI
KHAMIS
JUMAAT

PEMAKAIAN
BAJU SEKOLAH (pendaftaran)
BAJU SUKAN (Pemakaian Tight In, Warna Sama-Ikut Persetujuan
Pihak Sekolah Dan Pengarah Program)
SOLAT-(BAJU BEBAS)

SABTU

BAJU SUKAN
BAJU SUKAN

BAJU SEKOLAH ( majlis perasmian)

*Pemakaian baju sukan hendaklah diselaraskan untuk semua aktiviti dan diwajibkan
berpakaian dengan kemas.
*Kasut sukan diwajibkan semasa menjalani aktiviti yang disediakan dan kasut formal
semasa majlis perasmian atau majlis formal.
*Pemakaian bebas pada waktu solat dibenarkan.
*Pemakaian name tag diwajibkan pada setiap aktiviti yang dijalankan.
*Setiap perubahan peraturan dan pemakaian boleh diubah mengikut keadaan dan
kesesuaian majlis tertakluk kepada pengarah/ketua kem komander dan pengurusan
disiplin kem.

Anda mungkin juga menyukai