Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN DAN RESTU ILMU


CALON-CALON PT3, SPM DAN STPM 2018
SMK TAT BENG, SG NYIUR, TRONG

1.0 PENDAHULUAN
Program Solat Hajat & Bacaan Yasin ini merupakan salah satu
program untuk membantu murid-murid Islam sekolah ini mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan awam kelak. Ia diadakan untuk
mendidik murid-murid mendekatkan diri serta memohon kepada Allah
agar diberi ketenangan dan kejayaan dalam peperiksaan setelah berusaha
sedaya upaya sebelumnya.

2.0 OBJEKTIF
1. Merupakan persediaan terakhir murid-murid sebelum menghadapi PT2,
SPM dan STPM.
2. Memohon pertolongan serta bertawakal kepada Allah setelah berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan.
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara murid-murid, guru dan
ibu bapa.

4.0 PENGISIAN
1. Solat Hajat
2. Bacaan Yasin
3. Majlis restu ilmu

5.0 TEMPAT
Surau SMK Tat Beng

6.0 KUMPULAN SASARAN


Calon-calon PT3, SPM dan STPM

7.0 SUMBER KOS


PIBG
8.0 JAWATANKUASA PROGRAM
PENGERUSI – Encik Haris bin Omar
NAIB PENGERUSI - En. Zainudin Murad
SETIAUSAHA - Pn. Hanijah Selamat
BENDAHARI - Pn Norazlina Saad
AJK - Guru2 Pendidikan Islam

9.0 TENTATIF PROGRAM


07.30 pagi :Murid mengambil tempat
:Taklimat program
:Bacaan Yasin
:solat hajat
10.00 pagi majlis restu ilmu

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

BI PERKARA RM X BILANGAN PESERTA JUMLAH (RM )


L
1 Pulut kuning RM2.00 x 122 RM244.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM 244.00

12.0 PENUTUP
Sebagai makhluk yang kerdil di muka bumi ini, kita tidak dapat lari dari
kelemahan diri serta pelbagai kekurangan. Oleh itu sebagai manusia, semestinya
kita selalu menghadapkan diri serta mengharap bantuan dan pertolongan dari
Allah pada setiap masa dan ketika. Semoga dengan pelaksanaan solat hajat ini
dapat membantu murid-murid mengukuhkan lagi ketahanan diri dalam
menghadapi UPSR 2014.

Disediakan Oleh: Disahkan oleh :

----------------------------- --------------------------
HANIJAH SELAMAT ENCIK HARIS OMAR
SU KURIKULUM PK PENTADBIRAN
SMK TAT BENG SMK TAT BENG

Anda mungkin juga menyukai