Anda di halaman 1dari 4

Saban tahun kemalangan jalan raya di negara kita dilaporkan semakin

meningkat terutamanya menjelang musim perayaan

Anda sebagai pengerusi Kelab Keselamatan Jalan Raya di sekolah,


diminta menulis sebuah rencana berkaitan punca-punca berlakunya
kemalangan jalan raya untuk dimuatkan dalam buletin kelab tersebut.

Format: rencana

Punca-punca Berlakunya Kemalangan Jalan Raya


Penulis : Ali bin Ahmad

Pendahuluan

1. Keadaan
Mutakhir ini, kemalangan jalan raya di Malaysia dilaporkan semakin
meningkat terutamanya menjelang Hari Raya Aidil Fitri atau Tahun Baru
Cina.

2. Akhbar
Isu ini diperkatakan di rubrik-rubrik akhbar dan media massa
sehinggalah menjadi perbualan hangat di warung-warung kopi

3. Usaha
Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi menangani masalah ini,
namun usaha ini ibarat mencurahkan garam ke laut

4. K/kunci
Persoalannya, sampai bilakah perkara ini akan menemui titik noktah?
Siapakah yang harus dipersalahkan?
Apakah punca-punca yang menyebabkan kadar kemalangan jalan raya di
negara ini tidak pernah menurun?(67 perkataan)
Isi
A
M
K
C
P

1. Apa
Antara punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya
adalah ……………(isi)…………………….

2. Mengapa 1
Hal ini dikatakan demikian kerana ……………………………………

3. Mengapa 2
Selain itu, ………………………………………

4. Kesan 1
Impaknya, …………………………….

5. Kesan 2
Di samping itu, ………………………….

6. Contoh
Sebagai contoh …………………………

7. Penegasan
Jelaslah

Antara punca berlakunya kemalangan jalan raya ialah keadaan


kenderaan yang tidak memenuhi spesifikasi yang dibenarkan oleh
kerajaan. Hal ini dikatakan demikian kerana sesetengah pemilik
kenderaan mengubah suai kenderaan masing-masing supaya mencapai
kelajuan maksimum. Selain itu, terdapat juga kenderaan yang tidak
dihantar untuk diselenggara mengikut masa yang ditetapkan. Impaknya,
kenderaan tersebut boleh mencecah kelajuan di luar jangkaan . Di
samping itu, kenderaan tersebut tidak dapat dikawal apabila
berhadapan dengan masalah. Sebagai contoh, terdapat kenderaan biasa
yang menggunakan alat ganti kereta lumba. Jelaslah, keadaan
kenderaan yang tidak memenuhi spesifikasi yang dibenarkan oleh
kerajaan adalah antara punca berlakunya kemalangan jalan raya.
(89 perkataan)

Kemalangan jalan raya juga berlaku disebabkan pemandu yang tidak


mematuhi peraturan jalan raya. Hal ini dikatakan demikian kerana
terdapat segelintir pemandu yang ingin segera sampai ke destinasi yang
dituju. Selain itu, terdapat juga pemandu yang berpendapat tiada pihak
berkuasa yang memerhatikan gelagat mereka di jalan raya. Impaknya,
mereka memandu secara semberono dan mengikut kata hati sendiri
sahaja. Di samping itu, mereka telah membahayakan nyawa pengguna
jalan raya yang lain. Sebagai contoh, terdapat pemandu kenderaan yang
melanggar lampu isyarat. Jelaslah, pemandu yang tidak mematuhi
peraturan jalan raya menjadi punca terjadinya pusara di lebuh raya.
(80 perkataan)

Antara punca kemalangan jalan raya ialah struktur jalan raya yang rosak. Hal ini dikatakan
demikian kerana terdapat banyak kenderaan berat menggunakan jalan raya. Selain itu, pihak
berkuasa tidak menyelenggara keadaan jalan raya yang tidak sempurna. Impaknya, pemandu mudah
hilang kawalan sewaktu memandu. Di samping itu, keadaan jalan raya ini juga membahayakan nyawa
pengguna jalan raya yang lain. Sebagai contoh, terdapat sesetengah struktur jalan raya yang
berlubang dan berlopak-lopak. Jelaslah, struktur jalan raya yang rosak menjadi punca berlakunya
kemalangan jalan raya. (76 perkataan)

Anda mungkin juga menyukai