Anda di halaman 1dari 11

Contoh Karangan Bahasa Melayu A+

FAKTOR-FAKTOR KEMALANGAN JALAN RAYA-


BAHAGIAN A
Rajah di bawah menunjukkan punca-punca kemalangan jalan raya. Huraikan pendapat anda
tentang punca-punca kemalangan jalan raya. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.

PENDAHULUAN 5 Ayat
[AR] Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya saban tahun semakin meningkat dari
hari ke hari. Setiap hari sama ada di kaca-kaca televisyen, di dada-dada akhbar mahupun di corong-
corong radio pasti ada sahaja dipaparkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa manusia. [AR-
A.Tanya] Murah sangatkah nyawa manusia sehingga banyak jiwa yang terkorban di jalan raya? Jika hal
ini dibiarkan berterusan, sudah tentu merugikan sesebuah negara. [AA] Oleh itu,punca-punca
kemalangan jalan raya perlu dikenal pasti segera sebelum isu ini menjadi lebih parah lagi. [80 pp]

Perenggan Isi 1 : Sikap Pemandu Itu Sendiri 5 Ayat


[AP] Punca yang paling signifikan penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu
sendiri. [AH-Mengapa?] Hal ini disebabkan pemandu bersikap mementingkan diri, tidak sabar ketika
berada di jalan raya dan tidak mematuhi peraturan jalan raya. [AC] Sebagai contoh, pemandu kenderaan
memandu kereta dengan laju tanpa mematuhi had laju yang dibenarkan. [AH-Kesan?] Secara tidak
langsung, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa pengguna jalan raya
yang lain. [AP] Oleh itu, sikap berhati-hati di jalan raya dan Biar Lambat Asal Selamat akan dapat
menghindarkan kemalangan maut daripada berlaku. [78 pp]

Perenggan Isi 2 : Keadaan Struktur Jalan Raya 5 Ayat


[AP] Punca seterusnya penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah Keadaan struktur jalan raya.
[AH-Mengapa?] Keadaan jalan raya yang berlubang-lubang, sempit dan rata sudah pasti mengundang
bahaya kepada pengguna jalan raya. [AC] Sebagai contoh, jalan raya yang bengkang-bengkok, selekoh
tajam akan memudahkan pemandu yang tidak biasa jalan tersebut terbabas dan terlibat dalam
kemalangan jalan raya. [AH-Bagaimana?] Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil inisiatif segera
memperbaiki struktur jalan raya yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya.. [AP] Tegasnya
sebelum Nasi Menjadi Bubur, struktur jalan raya perlu diberi keutamaan terlebih dahulu agar
keselamatan pengguna-pengguna jalan raya terjamin. [86 pp]

Perenggan Isi 3 : Keadaan Kenderaan 5 Ayat


[AP] Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga menjadi punca berlakunya
kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara mengikut jadual
yang telah ditetapkan boleh mengundang malapetaka kepada pemandunya. [AC] Sebagai contoh, brek
kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan pemandu sukar mengawal kenderaan
ketika saat-saat kecemasan. [AH-Kesan?] Impaknya, pemandu akan mudah tersasar dan berlakunya
kemalangan jalan raya ketika ingin menghentikan kenderaan secara kecemasan. [AP] Jelaslah,
kenderaan hendaklah diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan yang jauh kerana
Malang Tidak Berbau. [76 pp]

Perenggan Isi 4 : Undang-undang 5 Ayat


[AP] Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga merupakan salah satu punca berlaku
kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Dendaan dan kompaun sebanyak RM300 bagi kesalahan berat
seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat merah tidak berkesan kerana pemandu
mampu bayar. [AC] Selain itu, Ops Sikap dan sekatan jalan raya hanya giat dijalankan ketika musim-
musim perayaan. [AH-Kesan?] Impaknya, pemandu tidak gentar melakukan kesalahan di jalan raya
kerana mereka mampu membayar denda yang dikenakan dan beranggapan operasi hanya dilakukan
pada waktu-waktu tertentu sahaja. [AP] Jadi, penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan
pemantauan di kawasan berbahaya hendaklah diambil untuk mengelakkan daripada berlakunya
kemalangan maut. [93 pp]

Kesimpulan.
[Rumusan] Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menangani isu kemalangan
jalan raya ini. [Cadangan] Segala usaha yang dilaksanakan hendaklah berterusan dan istiqomah
bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.
[Pendapat] Jangan sampai sudah terhantuk, baru nak terngadah, barulah inisiatif dirangka untuk
mengatasi kemalangan jalan raya. Isu kemalangan ini tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja kerana
impaknya sangat besar kepada negara terutamanya kerugian sumber tenaga yang produktif. [Harapan]
Slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat hendaklah dijadikan pedoman bagi semua pengguna jalan raya agar
nyawa mereka terselamat. Ingat, jangan jadikan lebuh raya sebagai gelanggang perlumbaan mahupun
pusara kerana nyawa manusia merupakan satu anugerah yang perlu dihargai. [80 pp]
Kadar kemalangan jalan
raya begitu meningkat
setiap tahun. Huraikan
punca-puncanya.
Kemalangan jalan raya ialah
peristiwa ngeri yang biasanya
melibatkan perlanggaran dua
kenderaan atau
lebih di jalan raya atau pun
lebuh raya. Kemalangan
sebegini biasanya boleh
membawa kecederaan dan juga
kematian. Negara kita
merupakan antara negara yang
mempunyai angka kematian
akibat kemalangan yang
tinggi. Oleh itu ada banyak
punca yang harus kita kaji
untuk memahami masalah ini.
Punca pertama ialah
kemalangan disebabkan oleh
kecuaian pemandu itu sendiri
ketika menggunakan
jalan raya. Ramai pemandu
yang memandu dalam keadaan
mabuk dan mengantuk atau
tidak sedarkan diri. Ada
juga yang tidak suka menjaga
kenderaan mereka lalu
kemalangan boleh berlaku
kerana masalah brek, tayar dan
sebagainya. Mereka tidak
menghiraukan keselamatan
orang lain ketika memandu
kerana menganggap mereka
cekap mengawal stering
kenderaan. Jadi, kemalangan
mudah berlaku akibat kecuaian
mereka ini.
Selain itu kemalangan juga
disebabkan oleh keadaan jalan
raya yang tidak baik. Biasanya
jalan raya
menjadi lebih bahaya ketika
waktu hujan turun kerana air
hujan menyebabkan jalanraya
menjadi lebih licin lalu
sukar untuk dikawal jika
pemandunya tidak berhati-hati.
Begitu juga dengan keadaan
jalan raya yang tidak lurus
dan turun naik yang
menyukarkan pemandu untuk
memberi tumpuan lalu mudah
berlakunya peristiwa ngeri
ini. Maka, keadaan jalan raya
harus diubah supaya menjadi
lebih selamat buat pengguna
jalan raya.
Malah, ada pihak yang
menyalahkan pemandu baru
yang menyebabkan kemalangan
terus menerus
berlaku di negara ini. Mereka
dikatakan tidak mahir untuk
mengawal kenderaan terutama
ketika dalam keadaan
kecemasan yang menyebabkan
banyak yang panik. Golongan
muda juga diselar kerana
mereka biasanya suka
memandu dengan bahaya dan
laju. Sesungguhnya, satu alat
mekanisme baru harus dicari
untuk memastikan
tahap pemanduan pemandu baru
mencapai piawaian yang baik.
Jumlah kemalangan bertambah
juga berkaitan dengan jumlah
kenderaan yang bertambah
setiap tahun.
Pertambahan bilangan
kenderaan menjadikan lalu
lintas begitu sibuk dan penuh
dengan kenderaan. Sudah pasti
keadaan ini meningkatkan
peratusan untuk sesuatu
kemalangan itu berlaku di jalan
raya. Jelaslah, semakin
banyak kenderaan di jalan raya
risiko untuk kemalangan
berlaku amat tinggi.
Kesimpulannya, kadar
kemalangan jalan raya di negara
ini begitu menakutkan kita
semua. Satu usaha
yang berani harus dilaksanakan
oleh pihak berkuasa untuk
menghalang masalah ini
menular lagi. Kita harus
sedar bahawa nilai nyawa
manusia begitu berharga.

Anda mungkin juga menyukai