Anda di halaman 1dari 11

Petua keselamatan jalan raya

# Rancang perjalanan anda. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah


pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram,
tangguhkan perjalanan.
# Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. Had laju musim perayaan
dikurangkan sebanyak 10 peratus.
# Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan ketika menukar
lorong. Periksa cermin sisi dan pandangan belakang sebelum melakukan
pertukaran lorong.
# Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila
lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
# Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana
ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
# Patuhi garis panduan keselamatan ketika memotong. Jangan memotong
jika teragak-agak.
# Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia
bukan saja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.
# Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan
keselamatan anda dan orang lain.
# Pastikan kenderaan diselenggara dan diperiksa sebelum perjalanan jauh.
Kompaun maksimum RM300 tanpa rayuan bagi enam kesalahan utama
# Melebihi had laju
# Memotong barisan
# Tidak mematuhi lampu isyarat
# Menggunakan lorong kecemasan
# Memotong di garisan berkembar
# Memandu secara berbahaya.
Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat - Anda Mampu Mengubahnya,
Patuhi Had Laju, Kelajuan Membunuh, Ingatlah Orang Tersayang dan Pandu
Cermat.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN JALANRAYA SEMPENA PERAYAAN


Langkah-Langkah Berhati-hati Ketika Memandu Sempena Perayaan
Hari Raya Aidilfitri Dan Perayaan Deepavali
Pengguna - pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya lebih berhati
hati ketika memandu untuk pulang ke kampung sempena menyambut Hari
Raya dan Deepavali . Pengguna - pengguna jalan raya dinasihatkan supaya
mematuhi hadlaju dan bersabar ketika memandu . Mereka juga hendaklah
memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek ,
tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan yang jauh .
Mereka hendaklah berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat
persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk . Disamping
itu beberapa langkah telah diambil oleh JKR bagi meningkatkan tahap
keselamatan jalan raya kepada pengguna pengguna sempena perayaan
yang akan tiba .
Langkah-Langkah Keselamatan Jalanraya Sempena Perayaaan

Melaksanakan Program Pembaikan Kos Rendah ke atas lokasi lokasi


kawasan jalan raya merbahaya yang telah dikenalpasti . Program ini
melibatkan pemasangan papan tanda , pembaikan persimpangan ,
mengecat semula garisan jalan dan lain-lain lagi . Kesemua lokasi terlibat
adalah seperti di Lampiran A
Aktiviti pembinaan di jalan raya diberhentikan agar tidak mengganggu
aliran trafik ketika musim perayaan . Papan tanda amaran dan 'blinker' akan
dilletakkan dikawasan pembinaan untuk memberi amaran kepada pengguna
jalan raya . Papan tanda tunjuk arah akan diletakkan ditempat-tempat yang
sesuai bagi membantu pengguana-pengguna jalanraya melalui dan melepasi
kawasan pembinaan tersebut
Kawasan yang berpotensi mengalami cerun runtuh , pihak JKR Negeri /
Syarikat Konsesi diarah meletakkan papan tanda amaran yang mencukupi
dan pengawasan berterusan dilakukan sepanjang musim perayaan .
Menjalankan rondaaan ke atas semua jalan bagi mengenal pasti
kerosakan atau kawasan yang berisiko tinggi .
Seterusnya adalah diharapkan tindakan-tindakan yang diambil oleh Jabatan
Kerja Raya akan dapat mengurangkan kemalangan jalanraya semasa musim
perayaan .

Had laju

Perangkap laju

Lampu isyarat

Salah laku jalan raya

Lorong kecemasan lori

Sekatan jalan raya

Faktor keselamatan (Had Laju)

Selain Peraturan 85 Peratus, had laju yang ditetapkan juga mengambil kira kesan tenaga kinetik
hasil daripada impak perlanggaran. Sebagai contoh, katakan terdapat 2 kejadian kemalangan
jalan raya, satu daripadanya membabitkan 2 buah kereta manakala satu lagi pula melibatkan
kereta dengan bas ekspres; dan kesemua kenderaan yang terlibat berlanggar pada kelajuan 90
km/j. Kecederaan serta kemungkinan kematian mangsa apabila berlanggar dengan bas ekspres
adalah lebih serius, oleh itu kesan impak daripada perlanggaran dengan kenderaan berat adalah
lebih besar daripada perlanggaran dengan kenderaan ringan.
Daripada faktor inilah had laju kenderaan berat ditetapkan pada kelajuan yang lebih rendah
daripada had laju asal yang diguna pakai pada kenderaan ringan. Malangnya, kebanyakan
kenderaan berat di Malaysia sering mengingkari had laju kenderaan berat yang ditetapkan.
[sunting] Faktor penggunaan bahan api

Kadar penggunaan bahan api juga mempengaruhi penentuan had laju di jalan raya. Misalnya,
suatu ketika dahulu Amerika Syarikat pernah menguatkuasakan had laju maksimum seragam
persekutuan 55 bsj (89 km/j) untuk mengurangkan penggunaan bahan api akibat Krisis Tenaga
pada dekad 1970-an.

PERANGKAP LAJU DI MALAYSIA


Di Malaysia, operasi perangkap laju adalah salah satu operasi yang sering dilakukan oleh Polis
Diraja Malaysia sebagai satu langkah pencegahan untuk menghalang pengguna jalan raya
daripada memandu melebihi had laju. Mereka yang bersalah memandu melebihi had laju
biasanya akan ditahan di dalam sekatan jalan raya yang dibuat tidak jauh daripada lokasi
perangkap laju, ataupun menerima saman secara pos ("saman ekor"). Perlaksanaan "saman ekor"
pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi apabila terdapat beberapa pemandu yang tidak
bersalah tiba-tiba menerima saman trafik; ada kalanya dengan kelajuan dikesan yang tidak
masuk akal (contohnya apabila sebuah Perodua Kancil disaman pada kelajuan 200km/j).
BAGAIMANA OPERASI PERANGKAP LAJU DILAKSANAKAN
Perangkap laju boleh dilakukan sama ada dengan menempatkan anggota polis dengan radar
pengesan kelajuan ataupun dengan menggunakan kamera pengesan kelajuan yang boleh
mengesan pesalah secara automatik tanpa perlu menempatkan anggota polis di tempat
berkenaan. Kedua-dua alat berkenaan menggunakan prinsip kesan Doppler bagi mengukur
kelajuan kenderaan dengan tepat.
Sungguhpun demikian, terdapat segelintir pemandu yang berupaya menangkis peralatan
sedemikian melalui alat pengesan radar. Alat pengesan radar diharamkan di kebanyakan negara,
dan pihak polis juga turut dibekalkan dengan "pengesan alat pengesan radar" (RDD; Radar
Detector Detector) bagi menangkis peralatan sedemikian.

Meter laju yang digunakan pada kenderaan biasanya mengukur kelajuan sama ada daripada
pusingan roda ataupun aci pemacu akhir di dalam sistem transmisi. Sungguhpun demikian,
ukuran kelajuan oleh meter laju biasanya adalah kurang tepat kerana beberapa faktor seperti saiz
roda dan beban spring tidak mempengaruhi bacaan kelajuan. Oleh itu, biasanya terdapat sedikit
selisih antara bacaan meter laju kenderaan dengan bacaan pada radar pengesan kelajuan yang
digunakan oleh pihak polis.

Salah laku jalan raya bermaksud tindak tanduk pengguna jalan raya yang salah, dan mungkin
membawa kepada kemalangan jalan raya. Dalam konteks etika salah laku jalan raya biasanya
berkait dengan sikap pengguna jalan raya dan bukan kemahiran pengguna jalan raya itu sendiri.
Salah laku jalan raya merupakan sesuatu yang mengancam keselamatan jalan raya dan pengguna
jalan raya. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa faktor manusia merupakan faktor tunggal
dalam 57% daripada kemalangan jalan raya. Daripada itu, masalah ini haruslah diberi perhatian
daripada pelbagai pihak.

BENTUK SALAH LAKU JALAN RAYA


Salah laku jalan raya boleh berlaku dalam pelbagi bentuk dan di mana sahaja. Secara kasarnya ia
boleh dibahagi kepada 3 kategori yang besar iaitu:

Kecuaian memandu

Memandu secara terburu-buru

Keganasan jalan raya

Di bawah adalah huraian mengenai 3 kategori salah laku jalan raya ini.
[sunting] Kecuaian memandu

Kecuaian memandu bermaksud kelalaian atau ketidakberhati-hatian yang dilakukan semasa


memandu. Perkara ini merupakan satu salah laku kerana perlakuan ini boleh menyebabkan
kecelakaan kepada diri pemandu itu sendiri dan juga kepada pengguna jalan raya yang lain.
Maka dari etika teleologi, perlakuan ini menepati kriteria sebagai satu kesalahan kerana ia
membawa kepada lebih keburukkan daripada kebaikan
Kecuaian memandu secara kasarnya berlaku daripada tiga punca, iaitu:

Tekanan jiwa

Memandu sambil buat kerja lain

Kemabukan

Tekanan jiwa boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada
kerja memandu. Dalam keadaan ini, minda si pemandu itu mungkin dipenuhi dengan
memikirkan mengenai masalah yang menrunsingkan sehinggakan si pemandu itu tidak dapat
menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Maka dengan itu, kemalangan jalan raya
mungkin akan berlaku. Contohnya, seorang pemandu yang sedang runsing fikirannya mungkin
tidak sedar bahawa kerata depannya sudah berhenti dan terus langgar.
Di sini mungkin ada yang mengatakan bahawa orang yang mencetuskan kemalangan jalan raya
atas sebab tekanan jiwa, seharusnya tidak perlu menanggung tanggungjawab moral, kerana ini
kemalangan tidak berlaku atas niat pemandu itu sendiri. Pekara ini mungkin benar dari segi etika
deontologi Kant. Tetapi dari sudut yang lain, si pemandu masih boleh dianggap bersalah kerana
membiarkan dirinya memandu dalam keadaan tertekan dan berbahaya sehinggalah menyebabkan
berlakunya kecelakaan. Di sini menunjukkan masih terdapat ruang untuk si pemandu untuk
berusaha bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Malah, dalam kursus memandu itu sendiri
telah dimaklumi bahawa harus mengelakkan memandu dalam keadaan tekanan jiwa.
Memandu sambil buat kerja lain merupakan satu bentuk kecuaian memandu. Kerja-kerja yang
biasanya dibuat bersambil memandu termasuklah bersembang, makan, merokok , membaca
SMS, malah menulis SMS. Perlakuan ini adalah sangat bahaya terutama bagi perlakuan
membaca dan menghantar SMS semasa memandu. Kerja-kerja di atas walaupun tidak
memerlukan banyak penumpuan tetapi ini tidak bermaksud boleh dilakukan semasa memandu
kerana sedikit sebanyak akan menjejaskan tumpuan pemandu. Memandu sebenar penuh dengan
perkara diluar dugaan. Contohnya, anda mungkin tidak dapat menduga bahawa terdapat sebuah
kereta keluar daripada lorong tepi sehingga menghalang laluan anda. Sekiranya pekara ini
berlaku semasa anda membaca SMS, maka kemungkinan besar anda akan terus langgar kereta
itu.
Alasan yang biasanya diberikan oleh pemandu untuk memandu sambil buat kerja lain
termasuklah terlalu bosan, kesuntukkan masa dan kecemasan. Walaupun alasan-alasan ini
mempunyai lojiknya sendiri tetapi perlakuan mereka ini tetap menyalahi prinsip moral.
Pemberian alasan sedemikian sebenarnya menunjukkan bahawa terdapat masalah hirarki nilai
dalam diri mereka. Dalam konteks ini, pemandu-pemandu tersebut tidak meletakkan nilai
keselamatan di atas nilai-nilai yang lain. Contohnya bagi mereka yang memberi alasan
kesuntukkan masa bagi memandu sambil bercakap telefon sebenarnya telah meletakkan nilai
ekonomi di atas nilai keselamtan.
Memandu dalam keadaan mabuk nyata satu kecuaian yang besar. Lebih-lebih lagi perlakuan
ini adalah salah dari segi undang-undang. Perlakuan ini adalah sangat bahaya kerana orang yang
mabuk tidak berakal malah tidak sedar diri. Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk
sebenarnya adalah salah dari segi moral kerana bersikap tidak bertanggungjawab. Di sini tiada
banyak pertikaian mengenai tanggungjawab moral yang ditanggung oleh pemandu mabuk kerana
ternyata mereka adalah salah.
[sunting] Memandu secara terburu-buru

Memandu secara terburu-buru bermaksud memandu dalam gaya yang cepat dan bergegasgegas. Pekara ini boleh ditafsir sebagai satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta

Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya hingga
mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain dan boleh dihukum penjara hingga lima
tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya.
Pemandu yang suka akan akan gaya memandu sedemikian biasanya menghadapi masalah dalam
keperibadian diri mereka. Keperibadian mereka sebenarnya telah tercemar oleh sikap buruk
seperti di bawah:

Menunjuk-nunjuk

Kecetekan melayan nafsu sensasi

Tidak menghargai nyawa

Semua pemandu yang memandu secara terburu-buru sebenarnya sedikit sebanyak mempunyai
sikap menunjuk-nunjuk ini. Mereka adalah terlalu kagum dengan kemahiran memandu mereka
sehinggakan tidak tertunggu-tunggu untuk diperlihatkan oleh orang ramai. Sikap ini terserlah
juga dari segi kebiasaan mereka memasang muzik yang kuat semasa memandu serta kegemaran
mereka mengubahsuai kereta kepada bentuk yang mongel. Perlakuan mereka seperti ini
menunjukkan mereka tidak ternanti-nanti untuk meminta perhatian ramai.
Sikap menunjuk-nunjuk ini sebenarnya merupakan satu sifat kejahatan (vice). Ia sangat berkaitan
dengan sifat-sifat keji seperti bongkak, sombong, angkuh dan pongah. Malah ia adalah sangat
berlawanan dengan sikap kesopanan yang biasanya didukung oleh masyarakat timur seperti
Malaysia.
Cara memandu yang terburu-buru boleh mendatangkan keseronokkan dari segi sensasi. Adalah
sukar menerangkan mengapa manusia itu menikmati kelajuan kenderaan. Tetapi agaknya rasa
kegentingan itu satu kenikmatan bagi mereka yang memandu secara terburu-buru. Pekara ini
perlu diselidik dengan lebih mendalam lagi secara psikologi. Oleh itu, kertas kerja ini tidak akan
menerangkan pekara ini secara lebih mendalam.
Pemandu-pemandu yang memandu secara terburu-buru sedikit sebanyak bertujuan untuk
menikmati kelajuan. Pekara ini menunjukkan peribadi mereka mengahadapi kecetakkan dari
segi melayan nafsu sensasi. Peribadi mereka dikatakan cetek kerana mereka mengejar
keseronokan yang merupakan sensasi fizikal, selera kasar, tidak berpanjangan malahan dapat
memudaratkan nyawa diri mereka serta pengguna jalan raya yang lain. Maka dari segi ini kita
boleh mengatakkan bahawa sikap dan perlakuan mereka adalah tidak bermoral.
Sikap tidak menghargai nyawa merupakan satu lagi sikap yang ditunjukkan oleh pemandu
yang memandu secara terburu-buru. Walaupun tindakan mereka itu bukan bertujuan untuk
membunuh orang, tetapi tindakan mereka itu tidak mempunyai sebarang nilai keselamatan.
Dengan kata lain mereka tidak berniat membunuh tetapi pada masa yang sama juga tidak berniat
untuk menyelamatkan nyawa. Mereka telah membiarkan nyawa manusia bergoyang-goyang
antara hidup dan mati. Layanan mereka terhadap nyawa manusia secara demikian ternyata salah
kerana nyawa manusia merupakan sesuatu yang harus dihargai dan dilindungi. Maka dari sudut

ini, dapat dikatakan bahawa memandu secara terburu-buru merupakan satu salah laku dari segi
etika.
[sunting] Keganasan jalan raya

Keganasan jalan raya merujuk kepada kegiatan mencederakan orang lain malah membunuh
orang lain secara segaja dan sedar yang berlaku di antara pengguna jalan raya atas perselisihan
yang berkaitan dengan masalah pengangkutan. Biasanya pemangsa dalam kes keganasan jalan
raya dikenali sebagai samseng jalan. Pekara ini merupakan satu jenayah yang berat dan boleh
membawa hukuman penjara, sebat malah hukuman bunuh.Contoh-contoh bagi kes keganasan
jalan raya sejak 3 tahun lalu yang berlaku di Malaysia adalah seperti berikut:

Pada 8 April 2003 di Puchong seorang pemuda telah dibelasah kerana pihak
berkenaan tidak puas hati akan tindakannya memotong kereta.

Pada 9 April 2003 di Gelang Patah, seorang pemuda telah diserang orang
dengan pisau seni lukis kerana beliau nyaris terlanggar orang yang
berkenaan. Untuk itu beliau telah mengalami kecederaan di bahagian lengan
dan telah menerima rawatan jahitan luka sebanyak 100 jahitan.

Pada 25 Januari 2005, seorang AJK pemuda UMNO telah dibunuh oleh
samseng jalan

Pada 13 Februari 2005, seorang pemuda dari Balakong nyaris membunuh


orang kerana ia menyerang orang dengan penukul besi.

Pada 25 Februari 2005, seorang jurutera MAS telah diparang mati oleh
seorang samseng jalan yang membawa kereta mewah.

Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa keganasan jalan raya sememangnya lumrah di


negara Malaysia.
Punca berlakunya keganasan jalan raya yang dapat dikesan sepanjang kajian ini adalah seperti
berikut:

Tekanan jiwa

Kesedaran perlindungan diri yang melulu

Menurut Pengerusi Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Univeristi


Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof, tekanan akibat
kesesakan jalan raya di bandar besar menjadi faktor penting yang melahirkan pembuli. Katanya,
Kesesakan jalan raya menyebabkan pemandu menjadi tidak sabar, cepat marah, agresif dan tidak
dapat mengawal perasaan apabila berlaku perkara tidak diingini walupun berpunca dari
kemalangan kecil. Pendapat beliau ini disokong dengan fakta bahawa bahawa pada tahun 1995,
terdapat 171 kes pembuli jalan raya yang dilaporkan kepada polis di Kuala Lumpur.

Walau bagaimanpun, pendapat mengenai tekanan jiwa itu sebagi punca utama berlakunya
keganasan jalan raya tidak pula dipersetujui oleh pakar Psikologi Kejenayahan, Encik Lok Jian
Sin . Menurut beliau, tekanan jiwa seperti tekanan jiwa daripada perkerjaan dan
kesesakkan jalan raya tidaklah merupakan punca berlakunya keganasan jalan raya. Sebaliknya
beliau mengatakan bahawa kesedaran perlindungan diri yang melulu adalah punca utama
berlakunya keganasan jalan raya. Dalam keadaan ini, orang bandar selalunya terlalu menjaga
ruangan perlindungan (defensible space) sehingga ia terlalu sensitif akan sesiapa yang
menembusinya. Maka pemandu-pemandu itu akan senang bereaksi ganas kerana terlalu ingin
untuk melindungi diri. Selain itu keganasan jalan raya itu juga sangat berkaitan dengan sifat
kejantanan dan sikap tunjuk kuasa yang ada pada kaum lelaki.
Maka di sini kita boleh buat satu kesimpulan bahawa masalah keganasan jalan raya sebenarnya
melibatkan masalah kebatinan yang agak rumit dan ini bukan satu masalah moral semata-mata.
CARA-CARA MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA
Kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh salah laku jalan raya akan akan membawa kerugian
besar kepada masyarakat dan negara. Oleh kerana itu pihak yang berkenaan seharusnya
mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini.
Secara pokoknya, masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah yang berpunca daripada
sikap pemandu jalan raya. Bertolak dari situ maka saluran penyelesaian masalah salah laku boleh
berbunyi 3 P iaitu

Pendidikan

Perundangan

Penyelidikan

Huraian mengenai ketiga-tiga pekara ini adalah seperti berikut.


PENDIDIKAN
Oleh kerana masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah sikap, maka pendidikan
memainkan peranan yang terpenting untuk membentuk sikap pengguna yang baik dan sekali gus
mengelakkan berlakunya salah laku jalan raya. Untuk tujuan mengurangkan masalah salah laku
jalan raya, pengguna jalan raya harus dididik supaya mempunyai kesedaran keselamatan jalan
raya, dan juga mempunyai sahsia diri yang betul sebagai seorang pengguna jalan raya.
Pendidikan untuk mengurangkan salah laku jalan raya perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa
iaitu sebelum seseorang itu menjadi pemandu, semasa dia menerima latihan pemandu dan setelah
dia sah menjadi pemandu. Maka pendidikan ini boleh disampaikan melalui tiga saluran iaitu:

melalui sekolah dasar dalam matapelajaran moral,

melalui sekolah memandu

melalui komunikasi awam seperti televisyen.

Secara lebih khusus lagi, fungsi yang dimainkan oleh pendidikan moral di sekolah untuk
mengurangkan salah laku jalan raya ialah memberikan pendidikan moral yang dasar supaya ia
akan diterapkan dalam penggunaan jalan raya. Contohnya, pelajar boleh menerapkan prinsip
hormat-menghormati yang dipelajari dalam sekolah ke dalam penggunaan jalan raya dengan
sentiasa menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. Bagi sekolah memandu ia boleh
memainkan fungsi dalam pekara ini dengan memberikan pendidikan memandu yang lebih
berkhusus dan membentuk sahsiah diri yang betul, khusus bagi seorang pemandu. Manakala bagi
komunikasi awam pula ia berperanan untuk mengingatkan pengguna jalan raya mengenai moral
jalan raya dari semasa ke semasa.
PERUNDANGAN
Perundangan merupakan satu langkah yang penting untuk menyelesaikan masalah salah laku
jalan raya. Tanpa perundangan, pemandu-pemandu yang jahat dan tidak masuk ajar akan terus
mengancam keselamatan jalan raya.
Perundangan termasuk dua bahagian yang besar iaitu:

Pembentukan undang-undang

Penguatkuasaan undang-undang

Pembentukan undang-undang merupakan asas kepada perundangan. Undang-undang yang


dibentuk seharusnya mempunyai kesan psikologi ke atas pengguna jalan raya yang jahat dan
praktikal pula kepada pihak polis untuk dilaksanakan. Dengan ada undang-undang yang
membawa hukuman yang menakutkan maka sebahagian besar pengguna jalan raya akan takut
terlibat dalam salah laku. Bagi sekelintir kecil pengguna jalan raya yang keras kepala dan
mengancam keselamatan awam maka dibawah undang-undang ia boleh dihalang untuk terus
demikian dengan mekanisme kepenjaraan.
Undang-undang tidak akan sempurna sekiranya ia tidak dilengkap dengan penguatkuasaan
undang-undang. Penguatkuasaan yang baik sememangnya boleh meningkatkan kewibawaan
undang-undang dan kesannya terhadap keselamatan awam. Untuk itu pihak berkuasa haruslah
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
PENYELIDIKAN
Penyelidikan tidak boleh menyelesaikan masalah salah laku jalan raya secara langsung. Tetapi ia
boleh membantu kita menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik dalam jangka masa yang
panjang. Secara kasarnya penyelidikan yang harus dibuat untuk menyelesaikan masalah salah
laku jalan raya adalah di bawah bidang seperti di bawah.

Ilmu kaji kejenayahan (criminology)

Pengurusan jalan raya

Ilmu kaji kejenayahan penting untuk kita memahami salah laku jalan raya yang berat seperti
keganasan jalan raya. Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pekara ini maka,
adalah lebih mudah untuk kita menyelesaikan masalah ini.
Pengurusan jalan raya merupakan satu bidang yang luas. Ilmu ini diyakini boleh membantu
mengurangkan salah laku pemandu kerana dengan adanya sistem trafik yang terurus, maka
tekanan jiwa para pemandu akan menjadi kurang dan seterusnya salah laku mereka juga akan
kurang.

Anda mungkin juga menyukai